Ahad, 25 September 2011

Kosmo Online - Varia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Pameran 250 tahun Faber-Castell

Posted:

Pameran 250 tahun Faber-Castell

Pameran 250 tahun Faber-Castell

Oleh ALIF ABU BAKAR


PAMERAN 250 tahun Faber-Castell akan menjelajah ke beberapa buah negeri sehingga Februari depan.


TIDAK keterlaluan dikatakan setiap individu di Malaysia pernah atau sedang menggunakan jenama alat tulis Faber-Castell. Ternyata jangka hayat jenama itu mendominasi pasaran alat tulis di dunia membuatkan ia terus menjadi pilihan orang ramai untuk kegunaan anak-anak ataupun diri sendiri.

Produk-produk seperti pensel grafit hitam, pensil warna dan krayon Faber-Castell diakui selamat untuk kegunaan kanak-kanak.

Jenama yang berakar umbi dari Jerman itu merupakan perniagaan keluarga Faber yang ditubuhkan oleh pengasasnya, Kaspar Faber sejak 1761 lagi. Memasuki tahun 2011, Faber-Castell masih gah di pasaran dan masih diterajui pewaris Faber, Count Anton Wolfgang Von Faber-Castell.

Pengarah Urusan Faber-Castell Asia Pasifik, Dr. Toh Yan Peng memberitahu, keupayaan jenama itu untuk bertahan selama 250 tahun di bawah kendalian waris Faber adalah satu perkara membanggakan.

"Jarang sekali kita bertemu perniagaan keluarga yang mampu dijaga dengan baik oleh generasi akan datang, Faber-Castell kini telah berpindah tangan sebanyak lapan generasi dan semakin berkembang.

"Bermula dengan sederhana di Jerman, jenama ini kini menjadi pengeluar pensel kayu terkemuka di dunia. Hari ini juga kita telah mengeluarkan lebih 2 bilion pensel grafit hitam dan pensel warna untuk keluaran setiap tahun. Ini menunjukkan komitmen serta kreativiti syarikat ini sememangnya berada pada tahap yang tinggi," ujarnya pada majlis sambutan ulang tahun ke-250 Faber-Castell di Pavilion, Kuala Lumpur baru-baru ini.


YAN PENG (kiri) bersama Duta Jerman ke Malaysia, Gruber pada pameran 250 Faber-Castell.


Bersempena dengan ulang tahun itu, Faber-Castell Malaysia turut mengadakan pameran khas produk-produk jenama itu untuk memberi peluang kepada orang ramai mengenali lebih terperinci sejarah jenama tersebut.

Lokasi pertama pameran itu ialah di Pavilion Kuala Lumpur yang berlangsung pada 14 hingga 18 September lalu. Ia telah pun dirasmikan oleh Duta Jerman ke Malaysia, Dr. Guenter Gruber.

Selepas Kuala Lumpur, pameran itu akan berpindah pula ke East Coast Mall, Kuantan bermula 14 hingga 16 Oktober, Queensbay Mall, Pulau Pinang pada 24 hingga 27 November sebelum berakhir di Sunway Pyramid, Selangor pada 16 hingga 21 Februari depan.

Orang ramai berpeluang menyaksikan pensel tertua di dunia yang dibuat pada abad ke-17 selain melihat sendiri pensel terkecil di dunia berukuran 17.5 milimiter (mm).

Dalam masa yang sama, pengunjung pameran juga akan diberi kesempatan melihat pensel paling mahal di dunia yang diperbuat daripada emas putih padu disempurnakan oleh tiga butang berlian halus berkualiti tinggi.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pameran, sila layari laman web www.faber-castell.com.my atau http://250.faber-castell.com.

Keenakan Mocha Almond Fudge

Posted:

Keenakan Mocha Almond Fudge

Keenakan Mocha Almond Fudge


PROMOSI Mocha Almond Fudge akan diadakan sehingga 2 Oktober ini sahaja.


PEMINAT-PEMINAT aiskrim New Zealand Natural mempunyai tiga sebab untuk gembira dengan pengenalan semula Mocha Almond Fudge.

Dengan kombinasi yang kaya dengan coklat dan kopi bagi memberikan rasa mocha diadun pula dengan badam rangup dan kemudian dilengkapkan dengan pusaran ooey gooey fudge di permukaannya yang memberikan rasa sensasi di dalam mulut anda.

Satu ceduk sememangnya tidak mencukupi. New Zealand Natural juga menawarkan Sundae Mocha Almond Fudge. Dihidangkan di dalam mangkuk bersama tofi Inggeris dihiasi pelbagai buah-buahan dan coklat di atasnya.

Kongsi kegembiraan anda menikmatinya bersama keluarga, rakan-rakan atau rasai keenakannya seorang diri!

Tidak puas menikmati kelazatan Mocha Almond Fudge?, Jangan risau kerana anda boleh juga menikmati keenakan Mocha Almond Fudge Miraka Shake melalui straw.

Ya, anda tidak salah membaca. Aiskrim Mocha Almond Fudge dicampur dengan biskut oreo dan susu penuh krim dikisar bersama bagi memberikan rasa yang sempurna.

Sundae Mocha Almond Fudge dijual pada harga RM20.90 dan Miraka Fudge Almond Mocha Shake dijual pada RM16.90.

Pemanis mulut itu boleh didapati pada masa yang terhad sahaja iaitu sehingga 2 Oktober ini di semua cawangan New Zealand Natural kecuali di IPC Shopping Center dan Queensbay Mall, Pulau Pinang.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved