Rabu, 7 September 2011

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Telaga tiub keluar gas metana

Posted:

Telaga tiub keluar gas metana

Telaga tiub keluar gas metana

Oleh MANIRAH OTHMAN
manirah.othman@kosmo.com.my

PENDUDUK kampung menyalakan api daripada gas bawah tanah yang keluar dari batang paip di Kampung Padang Machang, Manir, Kuala Terengganu, semalam.


KUALA TERENGGANU – Seorang buruh terkejut apabila telaga tiub yang digali di belakang rumah seorang penduduk di Kampung Padang Macang, Manir dekat sini semalam mengeluarkan gas dipercayai metana.

Gas itu dikesan pada kedalaman 11 meter selepas Musa Omar, 48, membuat ujian terhadap air dalam telaga yang digali pada jarak kira-kira empat meter dari rumah pemilik tanah itu.

"Air itu berbau dan tidak sesuai digunakan.

"Selepas saya tarik batang paip yang dipacakkan di tapak telaga itu tiba-tiba keluar wap yang tidak berbau dan bunyi berdesir seperti gas,'' ceritanya ketika ditemui di tempat kejadian semalam.

Katanya, kejadian itu satu kejutan kepadanya kerana inilah kali pertama ia berlaku selepas lebih 10 tahun dia bekerja sambilan mengambil upah menggali telaga.

Musa berkata, dia segera memanggil seorang rakan lalu mereka cuba menguji gas itu dengan menggunakan pemetik api dan mendapati ia terus disambar api yang terus bernyala selama beberapa jam.

Seorang penduduk, Ali Ibrahim, 56, memberitahu, kejadian seumpama itu pernah berlaku di kampung berkenaan sewaktu ada orang cuba menggali telaga tidak jauh dari tempat itu kira-kira 25 tahun lalu.

"Tetapi disebabkan takut mendengar bunyi macam gas bocor, dia menimbus semula lubang yang telah digalinya," kata Ali.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Hidup dengan RM30 sebulan

Posted:

Hidup dengan RM30 sebulan

Hidup dengan RM30 sebulan

Oleh JUNHAIRI ALYASA dan ROHANITA MAHMUD
berita@kosmo.com.my


KANAK-KANAK Somalia mendapatkan bantuan makanan di daerah Hodan, selatan Mogadishu baru-baru ini.


KUALA LUMPUR – Jumlah wang sebanyak RM30 mungkin bukan nilai yang terlalu besar bagi sebahagian besar daripada rakyat di negara ini.

Namun, jumlah itu sebenarnya amat berharga di Somalia kerana boleh membiayai makanan seorang kanak-kanak berusia lima tahun di negara itu untuk tempoh sebulan.

Menurut Timbalan Presiden 1, Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy Malaysia), Prof. Madya Dr. Mohamed Ikram Mohamed Salleh, bantuan sebanyak RM300 pula membolehkan satu keluarga yang mempunyai seramai lima hingga tujuh orang dapat makan pada tempoh yang sama.

Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat di negara ini menghulurkan bantuan bagi meringankan penderitaan rakyat negara tersebut melalui tabung bantuan kemanusiaan anjuran Mercy Malaysia.

"Misi pertama yang telah dilakukan pada 25 Ogos lalu merupakan misi penilaian dan pada masa yang sama kita telah berjaya memberikan bantuan makanan kepada 600 keluarga dan kami berharap pada misi kedua nanti kita berharap memberi bantuan kepada 1,000 keluarga," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar mengenai misi penilaian dan kutipan Tabung Bantuan Somalia di sini semalam.

Mohamed Ikram menjelaskan, misi yang dilakukan pada 25 Ogos lalu dibuat khusus untuk menilai keadaan semasa di negara tersebut, membina rangkaian, memulakan aktiviti bantuan serta mengkaji projek-projek jangka pendek dan panjang.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Kes tertunggak hakis kepercayaan

Posted:

Kes tertunggak hakis kepercayaan

Kes tertunggak hakis kepercayaan


NAJIB (kanan) diiringi Zaki melawat ruang pameran ketika melakukan lawatan kerja ke Istana Kehakiman di Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA – Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan masalah kes tertunggak sebagai masalah ketidakcekapan pentadbiran yang boleh menghakis kepercayaan rakyat bukan sahaja kepada sistem kehakiman tetapi juga kepada kerajaan secara keseluruhannya.

Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata, badan kehakiman negara telah mengambil langkah bijak dan cepat apabila kes-kes tertunggak di semua mahkamah dalam negara telah berjaya dikurangkan kepada hampir 90 peratus dalam masa dua tahun.

Beliau berkata, berikutan itu, hampir tiga perempat daripada seluruh mahkamah di Malaysia kini hanya mempunyai kes-kes semasa iaitu kes yang didaftarkan pada tahun lalu dan tahun ini sahaja.

"Masalah kes tertunggak bukanlah satu masalah luar biasa yang unik kepada mana-mana sistem kehakiman di dunia ini," katanya ketika melakukan lawatan kerja pertama beliau ke Istana Kehakiman di sini semalam.

Turut hadir Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Tun Azmi dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved