Sabtu, 3 September 2011

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


‘Saya terdengar dua das tembakan’

Posted:

'Saya terdengar dua das tembakan'

'Saya terdengar dua das tembakan'

Daripada khairulanuar yahaya

KESAN tembakan pada cermin tepi tempat duduk belakang kenderaan pacuan tempat roda yang dinaiki Noramfaizul.


MOGADISHU – "Saya masih tidak percaya kejadian yang menimpa kami. Hakikat jurukamera saya, Noramfaizul Mohd. Nor, maut akibat terkena tembakan peluru sesat pada petang Jumaat, masih belum dapat saya terima," demikian kata wartawan BernamaTV, Khairulanuar Yahaya.

Beliau dan Noramfaizul, 39, adalah antara 54 anggota Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia di Mogadishu, Somalia yang berlepas pada 28 Ogos lalu dan dijadual tiba di tanah air hari ini.


NORAMFAIZUL yang dalam keadaan nazak selepas ditembak sebelum menghembuskan nafas terakhir.


Kejadian tembakan itu berlaku ketika krew BernamaTV, TV3, Astro Awani dan RTM bergerak dari pusat operasi ke asrama tempat mereka tinggal sejauh kira-kira satu kilometer, selepas membuat liputan pemberian bantuan kepada mangsa kebuluran.

"Saya duduk di bahagian paling hadapan di sebelah pemandu kenderaan pacuan empat roda itu, manakala Noramfaizul duduk di bahagian paling belakang di sebelah kanan bersebelahan jurukamera TV3, Aji Saregar Mazlan yang turut cedera.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Baju, kasut raya jadi hadiah terakhir

Posted:

Baju, kasut raya jadi hadiah terakhir

Baju, kasut raya jadi hadiah terakhir

Oleh RADIAH SAORI dan JULIA ISMAIL
berita@kosmo.com.my


norazrina memeluk Mohd. Irfan dan Mohd. Naufal sambil diperhatikan Naemah setelah tiba di rumah bapa mertuanya di Taman Serdang Raya, Serdang semalam.


JOHOR BAHRU – Baju dan kasut raya yang dibeli jurukamera BernamaTV, Noramfaizul Mohd. Nor, 39, pada awal Ramadan lalu menjadi hadiah terakhir paling bermakna buat isteri dan anak-anaknya sebelum dia meninggal dunia akibat terkena tembakan curi ketika membuat liputan di Mogadishu, Somalia kelmarin.

Isteri Allahyarham, Norazrina Jaafar, 37, berkata, baju dan kasut untuk dia dan dua orang anak mereka, Mohd. Irfan, 8, dan Mohd. Naufal, 3, akan disimpan sebagai kenangan.

Meskipun sedih dengan pemergian suami, Norazrina tetap reda dan menganggap ia qada dan qadar Tuhan.

"Yang pergi tetap pergi. Saya akan pikul amanah untuk membesarkan anak-anak kami sebaik mungkin," katanya ketika ditemui di rumah ibunya di Taman Sentosa di sini semalam.

Eksekutif Perhubungan Awam di sebuah agensi kerajaan itu menjelaskan, arwah pernah berpesan supaya dia menerima ketentuan dan reda dengan segala yang berlaku sekiranya terjadi sesuatu ke atas dirinya.

"Dia tidak pernah membantah arahan tugasan di mana- mana," katanya.

Noramfaizul dilaporkan terkena tembakan kelmarin sewaktu membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia di Mogadishu, Somalia.

Kejadian berlaku ketika Noramfaizul bersama rakan media elektronik lain berada di dalam kenderaan pacuan empat roda menuju ke sebuah pusat komersial untuk menghantar berita.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Somalia lebih buruk berbanding Gaza

Posted:

Somalia lebih buruk berbanding Gaza

Somalia lebih buruk berbanding Gaza


Rohana dan anaknya, Adjah Naqkiah melihat gambar Aji Saregar di rumah mereka di Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU – Jurukamera TV3, Aji Saregar Mazlan, 27, yang cedera selepas menjadi mangsa tembak curi di Mogadishu, Somalia kelmarin menyifatkan keadaan di sana lebih buruk berbanding konflik di Gaza, Palestin.

Menurut ibunya, Rohana Jamil, 50, sejak berangkat ke Somalia pada 28 Ogos lalu, Aji akan menghubungi ayahnya, Mazlan Mohd. Sam, 52, pada pukul 5 petang setiap hari bagi memaklumkan keadaannya di sana.

Katanya, Aji juga sering meminta ahli keluarga mendoakan keselamatan dia dan sukarelawan lain yang mengikuti Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia untuk membantu mangsa bencana di Somalia.

"Setiap kali dia telefon, dia akan memberitahu keadaan di Somalia lebih dahsyat berbanding konflik di Gaza. Itu yang membuatkan kami sentiasa bimbang.

"Apabila dia tidak telefon seperti biasa semalam (kelmarin), saya semakin risau," katanya ketika ditemui di rumahnya di Jalan Bukit Kempas di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved