Selasa, 23 Ogos 2011

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Dua beranak didakwa bunuh amah

Posted:

Dua beranak didakwa bunuh amah

Dua beranak didakwa bunuh amah

23/08/2011 6:42pm

PETALING JAYA - Dua beranak warga Bangladesh didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas tuduhan membunuh seorang pembantu rumah warga Filipina di Jalan Gasing di sini.

Mamun, 41, seorang kontraktor dan anak lelakinya Mehedi Hasan, 22, yang juga pelajar kolej didakwa membunuh Rowena Cariga Tadena, 35, di sebuah rumah di no.

239, Jalan 5/50, Jalan Gasing di sini, pada pukul 11.30 malam, 23 Julai lalu.

Mereka yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Kedua-dua mereka mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Ibrahim Mohamad Ghulam, namun tiada pengakuan direkodkan. - Bernama

Nasib Jenain 15 September

Posted:

Nasib Jenain 15 September

Nasib Jenain 15 September

23/08/2011 6:41pm

SHAH ALAM - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 15 September depan bagi memutuskan sama ada anggota polis berpangkat koperal, Jenain Subi yang didakwa menyebabkan kematian remaja berumur 15 tahun Aminulrasyid Amzah pada April tahun lepas, akan dibebaskan atau dipenjara.

Hakim Latifah Mohd. Tahar menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan kedua-dua belah pihak di akhir kes pembelaan.

Sepanjang perbicaraan yang bermula pada 12 Okt tahun lepas, mahkamah telah mendengar keterangan 39 saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan.

Jenain, 48, didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid antara 1.10 pagi dan 2 pagi pada 26 April tahun lepas di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11 di sini.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaaan yang membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun, dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Aminulrasyid dilaporkan meninggal dunia kerana luka tembakan di kepala. - Bernama

Tindakan jika simpan gading gajah maut

Posted:

Tindakan jika simpan gading gajah maut

Tindakan jika simpan gading gajah maut

23/08/2011 5:56pm

KUALA KRAI - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan akan mengambil tindakan ke atas orang ramai yang menyimpan pelbagai anggota dua ekor gajah liar, termasuk gading yang hilang selepas kedua-dua haiwan itu mati dirempuh kereta api di Kampung Slow Pak Long, awal pagi, Ahad lepas.

Pengarahnya Rahmat Topani berkata, siasatan berhubung kejadian itu akan dilakukan dan jika terdapat barangan tersebut dijumpai disimpan oleh pihak tertentu, mereka boleh diambil tindakan mengikut Akta Perlindungan Hidupan Liar.

"Saya telah mengarahkan seorang pegawai jabatan itu untuk mengawasi tempat dua beranak gajah liar yang mati dilanggar Keretapi Ekspres Senandung Timur dalam perjalanan dari Tumpat (Kelantan) ke Johor pada Ahad lalu," katanya.

Dalam kejadian Ahad lepas, kira-kira 300 penumpang kereta api cemas apabila tiba-tiba kereta api yang mereka naiki bergegar selepas merempuh dua ekor gajah yang menyebabkan lokomotif kereta api itu rosak.

Kemalangan itu menyebabkan perjalanan kereta api ekspres itu lewat lebih lima jam dan hanya bertolak semula ke Johor kira-kira pukul 4.30 pagi selepas mendapat gantian lokomotif dari Stesen Tumpat. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved