Kosmo Online |
Posted: Tiga penyelam ditemui selamat21/08/2011 2:55pm KUCHING - Tiga penyelam termasuk dua warganegara Jepun ditemui dalam keadaan selamat selepas mereka dilaporkan hilang ketika pergi menyelam kira-kira 17 batu nautika dari Santubong tengah hari semalam. Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Mun Kok Keong ketika dihubungi Bernama berkata, penyelam terakhir selamat ditemui kira-kira jam 10.30 pagi tadi di pantai pusat peranginan Damai Puri iaitu warga Jepun Hisashi Koze. Seorang lagi warga Jepun Satoo Makoto dan rakyat tempatan Chai Teck Hua diselamatkan pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) semalam tidak jauh dari tempat mereka menyelam. "Koze dijumpai awal pagi ini dekat pantai pusat peranginan Damai Puri selepas dikatakan berjaya berenang sendiri ke pantai," katanya. Ketiga-tiga penyelam berkenaan dikatakan sedang membuat eksplorasi dasar laut sedalam 25 meter ke atas sebuah rangka kapal perang Jepun Karoti Maru peninggalan zaman Perang Dunia Kedua. Rangka kapal perang tersebut merupakan antara lokasi menyelam popular di sekitar perairan Santubong. - Bernama |
Posted: Mayat dalam longkang21/08/2011 2:51pm PORT DICKSON - Mayat seorang lelaki dijumpai dalam longkang di stadium mini Padang Merdeka di sini, pagi ini. Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supritendan Baljit Singh berkata, mangsa dikenali sebagai Nor Azlan Mohd Nor, 29, seorang yang dibuang daerah kerana kesalahan jenayah yang berasal dari Perak. "Polis menerima panggilan mengenai penemuan mayat itu dari orang awam pada kira-kira pukul 12.05 pagi ini," katanya ketika dihubungi. Baljit berkata, terdapat kesan kecederaan di kepala mangsa. "Siasatan awal mendapati mangsa mati dipercayai terbabit dalam satu pergaduhan di stadium mini di situ sebelum mayatnya dicampakkan ke dalam longkang. Setakat ini polis menahan seorang suspek," katanya ketika dihubungi. - Bernama |
Maut kereta terhumbang ke longkang Posted: Maut kereta terhumbang ke longkang21/08/2011 2:49pm IPOH - Seorang lelaki terbunuh selepas kereta yang dipandunya terbabas dan terhumban ke dalam longkang yang dipenuhi air di Jalan Medan Ipoh di sini hari ini. Ketua Polis Trafik Daerah Ipoh, Deputi Supritendan Mohd. Rodzi Rejab berkata, mangsa Lim Cheng Woei, 27, bekerja sendiri dan berasal dari Butterworth yang mengalami cedera parah di kepala dan badan, meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat, katanya ketika dihubungi hari ini. Rodzi berkata kejadian berlaku pada 8 pagi tadi, apabila kereta jenis Proton Iswara yang dipandu mangsa dikatakan cuba membuat pusingan U tetapi gagal lalu terbabas dan terhumban ke dalam longkang. Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat dikejarkan ke tempat kejadian untuk mengeluarkan mayat mangsa yang terperangkap di dalam keretanya. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan