Ahad, 21 Ogos 2011

Kosmo Online - Varia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Resipi dari dapur kampung

Posted:

Resipi dari dapur kampung

Resipi dari dapur kampung

MENU daging masak kicap memang diminati golongan kanak-kanak dan juga dewasa.


MENGUNJUNGI restoran The Saddle yang terletak di Bukit Kiara Equestrian, Kuala Lumpur pasti menggamit nostalgia pada kampung halaman.

Struktur restoran yang secara holistik diperbuat daripada kayu membuatkan diri terasa seperti berada di kampung nenda tercinta. Ditambah pula dengan suasana hiasan dalaman restoran yang dihiasi elemen kemelayuan, walaupun didominasi sentuhan moden kontemporari.

Lebih menarik, suasana desa itu diperhebat dengan menu masakan yang diangkat daripada sajian kampung tradisional. Secara tidak langsung, pengalaman berbuka puasa di The Saddle dapat melepaskan kerinduan pengunjungnya terhadap keenakan masakan ibu.

Menurut Chef Ray Zainuddin Putih, 40, yang bertanggungjawab menyediakan masakan bufet Ramadan, menu kampung tradisional sememangnya cukup sinonim dengan juadah berbuka puasa. Ia selari dengan selera masyarakat Melayu yang menyukai lauk-pauk untuk dinikmati bersama nasi putih.

"Pengunjung berpeluang menjamu selera dengan seleksi sajian masakan kampung resipi warisan turun-temurun. Selain ikan kembung air asam, sup daging berempah dan kupang masak lemak, kami turut menyajikan kari kambing India dan sayur sambal.


CHEF RAY bersama sebahagian juadah bufet Ramadan yang disajikan di The Saddle.


"Bagi mereka yang 'wajib' berbuka puasa dengan nasi, kami menyajikan nasi putih dan nasi minyak. Ia enak dimakan bersama ayam masak merah, ulam-ulaman dan kurma ayam serta daging," jelas Chef Ray.

Beliau turut menyatakan bahawa The Saddle sesuai dijadikan lokasi berbuka puasa seisi keluarga memandangkan juadah untuk kanak-kanak juga disediakan seperti daging masak hitam manis, udang goreng kunyit dan kailan sos tiram.

Tambahnya, jika ingin menikmati pemandangan dan menghirup udara segar sewaktu menjamu selera, pengunjung boleh memilih ruang meja makan di tepi kolam renang dan taman mini.

Selain itu, bagi membangkitkan mood berbuka puasa, The Saddle menampilkan juga konsep gerai-gerai kecil yang menawarkan sajian laksa Kedah, kambing panggang, roti canai, dan gerai goreng-goreng.

Selain aneka minuman sejuk dan panas, seleksi manisan pula terdiri daripada bubur, kuih tradisional Melayu, buah-buahan, kek cawan dan aiskrim. menanti untuk membasahkan tekak anda. - IZYAN LIYANA MOHD. DARIF

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved