Sabtu, 20 Ogos 2011

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Bayi maut tercampak dari kereta

Posted:

Bayi maut tercampak dari kereta

Bayi maut tercampak dari kereta

20/08/2011 5:26pm

SEREMBAN – Seorang bayi lelaki maut setelah tercampak keluar dari kereta dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di KM252.8, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Senawang dekat sini, hari ini.

Jurucakap polis berkata kemalangan itu berlaku kira-kira pukul 3 petang semasa hujan lebat ketika kedua-dua buah kereta terbabit sedang menuju arah utara.

Difahamkan kedua-dua buah kereta itu hilang kawalan lalu terbabas di tepi lebuh raya berkenaan.

Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar di sini untuk bedah siasat.

Jurucakap itu berkata bapa, dan ibu bayi itu serta seorang lagi anggota keluarganya bagaimanapun terselamat. Setakat ini, identiti kesemua mangsa belum dikenal pasti.

Pemandu sebuah lagi kereta turut terselamat.

Dua buah jentera bomba bersama 12 anggota dari Balai Bomba Senawang dan Rembau tiba ke tempat kejadian untuk kerja-kerja menyelamat mangsa yang tersepit di bawah kereta. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Pendaftaran Program 6P dilanjut

Posted:

Pendaftaran Program 6P dilanjut

Pendaftaran Program 6P dilanjut

20/08/2011 5:25pm

PUTRAJAYA – Tempoh pendaftaran Program Penyelesaian menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P) yang sepatutnya berakhir esok dilanjutkan seminggu sehingga 31 Ogos ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam berkata keputusan itu dibuat berikutan sambutan berterusan daripada majikan dan pendatang tanpa izin (PATI) di semua kaunter pendaftaran Program 6P yang dibuka sejak 1 Ogos lalu.

Dalam kenyataan di sini hari ini, Mahmood berkata lanjutan itu juga dibuat selepas mengambil kira inisiatif beberapa syarikat pengurus yang turun ke ladang-ladang di kawasan pedalaman untuk memujuk PATI supaya berdaftar.

Menurutnya, proses memujuk dilaporkan mengambil sedikit waktu dan hanya beberapa hari kebelakangan ini sahaja mereka bersetuju memberikan kerjasama.

"Justeru itu, jika lanjutan tarikh tidak dibuat, sebahagian besar daripada mereka ini tidak akan sempat didaftarkan, sekaligus menjejaskan capaian maklumat yang ingin kita perolehi menerusi program ini," katanya.

Oleh itu, beliau menggesa semua majikan dan PATI supaya mengambil kesempatan daripada tempoh lanjutan ini untuk keluar berdaftar kerana tempoh pendaftaran tidak akan dilanjutkan selepas 31 Ogos ini.

Setiap PATI yang berdaftar melalui syarikat pengurus perlu merujuk dan menggunakkan khidmat syarikat yang sama apabila memohon untuk proses pemutihan yang akan menyusul pada pertengahan September ini. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Lelaki ditemui mati dengan kesan cekik

Posted:

Lelaki ditemui mati dengan kesan cekik

Lelaki ditemui mati dengan kesan cekik

20/08/2011 5:24pm

NIBONG TEBAL – Seorang nenek yang ingin ke pasar terkejut selepas menemui mayat seorang lelaki yang terlentang dalam sebuah parit di jalan masuk ke Kampung 3 Kongsi berhampiran Taman Tasek Mutiara, Simpang Ampat dekat sini, pagi ini.

Warga emas berkenaan, dikenali sebagai Teh, 60-an, menemui mayat itu pada 7 pagi dan bergegas ke pasar raya Taman Tasek Mutiara untuk memaklumkannya kepada orang ramai yang kemudian menghubungi polis.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Superintendan Shafien Mamat berkata M.Asokumaran, 31, yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dan masih bujang, dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dibuang di kawasan itu.

Beliau berkata terdapat beberapa kesan di leher Asokumaran, dipercayai akibat dicekik, manakala dompet yang mempunyai pengenalan mangsa berada di poket seluar.

"Kita percaya mangsa yang tinggal di Taman Puteri Gunung di sini, telah dibunuh lebih enam jam sebelum ditemui oleh warga emas berkenaan," katanya.

Shafien berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved