Jumaat, 12 Ogos 2011

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Perak akan wujudkan Kolej Pengajian Al-Quran dan hadis

Posted:

Perak akan wujudkan Kolej Pengajian Al-Quran dan hadis

Perak akan wujudkan Kolej Pengajian Al-Quran dan hadis

12/08/2011 6:21pm

LUMUT — Kerajaan negeri Perak akan menubuhkan sebuah lagi institusi pengajian Islam bertaraf kolej sebagai usaha melahirkan lebih ramai ulama dan ilmuan Islam, kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata, kolej itu yang akan menjadi satu-satunya seumpama itu di Perak dicadangkan dibina di sebuah tapak di Ipoh dan kertas kerja berkaitan dengan penubuhannya sedang giat disediakan.

"Kerajaan negeri berharap, penubuhan kolej baru itu dapat melahirkan golongan cerdik pandai Islam yang berketerampilan dalam bidang pengajian Islam, Al-Quran dan Hadis," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan zakat dan van jenazah yang disumbangkan oleh Bank Simpanan Nasional di Kampung Sungai Tiram dekat sini hari ini.

Beliau berkata, kos pembinaan kolej tersebut masih dalam kajian dan hanya dapat dipastikan sebaik sahaja kertas kerja penubuhannya itu siap tidak lama lagi.

Katanya, pada masa yang sama, kerajaan negeri sedang melaksanakan rancangan menaik taraf Kolej Islam Darul Ridzuan (Kisdar) kepada Kolej Universiti Islam Darul Ridzuan bagi menyediakan lebih banyak lagi peluang kepada lepasan Sekolah Agama Rakyat dan Maahad Tahfiz melanjutkan pelajaran di peringkat diploma dan ijazah.

Zambry berkata, bagi tujuan itu, Rektor Kisdar Prof. Madya Dr. Jamil Hashim dan pasukannya sedang giat menyediakan kertas cadangan untuk menaiktaraf kolej tersebut kepada peringkat universiti.

"Ini antara komitmen kerajaan negeri yang prihatin dengan institusi pengajian Islam di negeri ini termasuk akan memperhebatkan lagi penubuhan Maahad Tahfiz di setiap daerah," katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri turut meluluskan tanah seluas kira-kira 5,000 ekar bagi tujuan tabung khas untuk menjaga kebajikan Sekolah Agama Rakyat seluruh negeri.

"Kemudahan infrastruktur semua Sekolah Agama Rakyat seluruh negeri juga akan dinaik taraf secara berperingkat bagi memastikan pelajar mendapat pendidikan yang sempurna di situ," katanya. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Lelaki miliki mercun bernilai RM9,000 ditahan

Posted:

Lelaki miliki mercun bernilai RM9,000 ditahan

Lelaki miliki mercun bernilai RM9,000 ditahan

12/08/2011 5:41pm

KUANTAN — Polis berjaya menahan seorang lelaki yang dipercayai memiliki pelbagai jenis mercun yang dianggarkan bernilai RM9,000 di sebuah stesen minyak, Semambu di sini, awal pagi tadi.

Timbalan Komander Pasukan Gerakan Marin Polis Wilayah Tiga Kuantan, Supt. Sapian Salihin berkata bertindak berdasarkan maklumat awam sepasukan gerakan Marin telah membuat intipan di kawasan berkenaan.

"Dalam intipan 3.50 pagi tersebut, suspek, 38, yang memandu kereta berseorangan telah ditahan berhampiran stesen minyak berkenaan.

"Hasil pemeriksaan polis telah menemui 17 jenis mercun yang disimpan di dalam kenderaan berkenaan dan dianggarkan bernilai RM9,000," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, mercun berkenaan dipercayai untuk diedarkan di kawasan bazar Ramadan di sekitar Kuantan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Letupan 1957. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Persekutuan Thalasemia mohon bantuan peruntukan

Posted:

Persekutuan Thalasemia mohon bantuan peruntukan

Persekutuan Thalasemia mohon bantuan peruntukan

12/08/2011 5:33pm

ALOR SETAR — Persekutuan Pertubuhan Thalasemia Malaysia merayu kepada kerajaan agar meluluskan permohonan mereka mendapatkan peruntukan bagi menggunakan ubat berbentuk pil untuk pesakit Thalasemia.

Presidennya, Ramli Mohd. Yunus berkata, pada masa ini kerajaan hanya membiayai rawatan menggunakan mesin dan jarum suntikan bagi mengeluarkan zat besi berlebihan terhadap penghidap Thalasemia yang merupakan penyakit keturunan berkaitan ketidakseimbangan komponen darah.

"Pesakit Thalasemia di negara ini bertuah kerana kerajaan menanggung sepenuhnya rawatan untuk mereka sejak 2004. Bagaimanapun kita berharap untuk dapat menggunakan rawatan tanpa jarum dan mesin," katanya di sini.

Ini kerana kata Ramli, kaedah rawatan 'infusion pump' ini yang mengambil masa lapan jam amat menyakitkan, namun disebabkan kos yang tinggi pesakit Thalasemia masih belum dapat menikmati kemudahan ubat pil yang ada sejak 2006.

"Kami menyedari kos ubat pil amat tinggi berbanding rawatan sekarang iaitu dua kali ganda. Tetapi demi memberikan kehidupan yang lebih baik kepada pesakit, kami mohon peruntukan untuk penggunaan ubat pil bagi pesakit Thalasemia di seluruh negara," katanya.

Ramli yang juga Ahli Lembaga Pengarah Persekutuan Thalasemia Antarabangsa turut memohon kepada Kementerian Kesihatan agar meneliti semula pam yang diguna untuk rawatan sedia ada kerana peralatan terbabit cepat rosak. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved