Jumaat, 12 Ogos 2011

Kosmo Online - Varia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Kad istimewa Smart Reader Kids

Posted:

Kad istimewa Smart Reader Kids

Kad istimewa Smart Reader Kids

Oleh NURUL IZZA ROSLY

KANAK-KANAK Smart Reader Kids mendapat potongan harga istimewa sebagai pemegang kad keahlian di premis terpilih.


KANAK-KANAK sering tertanya-tanya ketika ibu bapa mereka mengeluarkan kad kredit atau kad debit sewaktu membeli-belah di pasar raya sehingga sesetengahnya meragam dan mengamuk untuk memiliki kad seperti itu.

Dek kerana situasi itulah, Smart Reader Kids Worldwide Sdn. Bhd. (Smart Reader Kids) mengambil inisiatif tampil dengan memperkenalkan kad keahlian istimewa Smart Reader Kids dan Smart Reader Kids Junior khusus untuk kanak-kanak.

Kad tersebut mula diperkenalkan sejak tahun 2007 dengan penglibatan 10 rakan niaga dan baru-baru ini pelancaran semula kad itu buat keempat diadakan di Zoo Negara, Kuala Lumpur. Ia menampilkan beberapa lagi rakan niaga baharu.

"Kad ini bukan sahaja memberikan keistimewaan kepada pemegang kad malah, seisi keluarga dapat menikmati faedahnya. Ia membolehkan pemegang kad mendapat potongan harga istimewa.

"Projek kad istimewa seperti ini membolehkan pelajar kami menikmati keistimewaan dan faedah tambahan daripada premis-premis mesra kanak-kanak," kata Ketua Jabatan Latihan Smart Reader Kids, S. Gnanambal ketika majlis pelancaran kad keahlian istimewa Smart Reader Kids dan Smart Reader Kids Junior baru-baru ini.

Antara rakan niaga baharu yang bekerjasama ialah Action City, Domii, ELC, Gingersnaps, Jigsaw Puzzle World, KidStyle, Little Haven, Lost World of Tambun, Mothercare, My Lil One's, Poney, Treehouse, Windancer dan Zoo Negara.

Pada masa yang sama, Gnanambal turut mengucapkan terima kasih kepada rakan niaga sedia ada yang setia bekerjasama iaitu Aquaria, AXA Insurance, Axxezz, Taman Tema Berjaya Times Square, CIMB Bank, Focus Point, KPJ Healthcare Berhad, MegaKidz, Secret Recipe, Snips, Kolej Sri, Sunway Lagoon dan Yamaha Music.

"Kanak-kanak adalah harta yang tidak ternilai harganya dan kita harus menjaga aset ini sebaik mungkin kerana mereka adalah cermin kepada masa depan negara.

"Oleh itu pembentukan jati diri dan keyakinan perlu dilaksanakan ketika usia mereka kecil lagi," ujarnya.

Dalam pada itu, Pengarah Zoo Negara, Dr. Mohamad Ngah memberitahu, pihaknya mahu memperkenal dan melibatkan zoo sebagai aktiviti luar kelas yang dapat mendidik kanak-kanak.

"Selain membentuk kesedaran terhadap alam sekitar dan belajar mengenai haiwan, kami mahu menerapkan kemahiran mengira, mengenali huruf, membezakan saiz dan mengeja dalam kalangan kanak-kanak," katanya.

Majlis pelancaran kemudian dimeriahkan dengan persembahan tarian dan nyanyian daripada 64 kanak-kanak Smart Reader.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Hanya RM10.40 berbuka di A&W

Posted:

Hanya RM10.40 berbuka di A&W

Hanya RM10.40 berbuka di A&W


HANIZA ROS (depan tiga dari kiri) membawa hidangan berbuka puasa A&W untuk kakitangan Kosmo!.


ANDA inginkan kelainan untuk juadah berbuka puasa? Kini restoran makanan segera kesukaan ramai, A&W memperkenalkan set istimewa sempena Ramadan iaitu XXXcellent Chicken Rice Combo yang pastinya enak hingga membuatkan anda mahu menikmatinya lagi.

Nasi ayam istimewa itu dihidangkan dengan ayam goreng resipi istimewa yang diberikan cita rasa baharu iaitu Simply XXXcellent Golden Aroma Chicken yang mula diperkenalkan pada 21 Jun lalu.

"Set istimewa sempena Ramadan ini merupakan kesinambungan daripada hidangan ayam yang dilancarkan Jun lalu. Untuk bulan ini kami menggandingkannya dengan nasi ayam yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia.

"Promosi XXXcellent Chicken Rice Combo ini didatangkan dengan sup, kuah kari, acar buah, kurma, jeli pencuci mulut dan semestinya air rut bir terkenal kami," kata Pengurus Besar Pembangunan Perniagaan Kumpulan KUB, Haniza Ros Nasaruddin.

Tambahnya, set Ramadan itu boleh didapati di semua cawangan A&W pada harga RM10.40.

Bukan itu sahaja, pelanggan yang membeli set XXXcellent Chicken Rice Combo layak mendapat rut bir percuma. Malah bagi mereka yang mahukan nasi tambah, hanya bayaran RM1.50 dikenakan.

"Dengan hanya menambah RM7, mereka boleh memilih salah satu daripada tujuh pilihan menu yang ditawarkan dan berpeluang mendapat isian semula air rut bir tanpa had.

"Menu XXXcellent Chicken Rice Combo ditawarkan sehingga 31 Ogos ini pada harga RM10.40 dan boleh didapati di semua 45 cawangan A&W di Semenanjung Malaysia," ujarnya ketika ditemui di pejabat Kosmo! bagi mengedarkan juadah berbuka puasa kepada kakitangan Kosmo! baru-baru ini.


SEN SAVERS pula adalah promosi hidangan tengah hari untuk yang bukan muslim.


Menu XXXcellent Chicken Rice Combo juga sesuai untuk dijadikan hidangan sahur.

Walaupun baru beberapa hari di pasaran, sambutan yang diterima terhadap menu itu sangat memberangsangkan.

Mereka yang mahu bersahur dengan hidangan nasi ayam istimewa itu boleh mengunjungi restoran A&W 24 jam dan bebas memilih untuk makan di sana atau membelinya melalui kaunter pandu lalu.

Bagi pelanggan bukan Islam pula, A&W turut menawarkan promosi menarik untuk hidangan tengah hari iaitu promosi Sen Savers yang bermula pada harga RM4.50 berserta air rut bir.

Hidangan Sen Savers itu boleh didapati pada pukul 12 tengah hari hingga pukul 3 petang.

"Dalam kemeriahan menyambut puasa dan Hari Raya Aidilfitri, A&W bersama-sama KUB Malaysia Berhad akan membuat kunjungan amal ke rumah orang-orang tua di Cyberjaya pada 15 Ogos ini selain memberikan sumbangan keperluan mereka," ujarnya.

Dalam pada itu, A&W yang berkongsi usia dengan Malaysia bakal menyambut ulang tahun kelahirannya di negara ini yang ke-48 pada Disember ini merancang untuk mengadakan sesuatu yang istimewa. - NURUL IZZA ROSLY

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Sup gear box Grand Season

Posted:

Sup gear box Grand Season

Sup gear box Grand Season


SUP gear box antara menu yang harus dicuba oleh setiap pengunjung di Hotel Grand Season.


TAHUN ini Hotel Grand Season yang terletak di Jalan Pahang, Kuala Lumpur menawarkan lebih 60 jenis makanan untuk tetamunya berbuka puasa sempena Ramadan.

Bertempat di Season Cafe Teh Halia, antara lauk-pauk yang dihidangkan merangkumi makanan tradisi Melayu, hidangan India, makanan laut Cina dan sajian Barat.

Makanan pengenalan hotel yang harus dicuba sebelum merasa hidangan lain sudah tentunya sup gear box.

Menurut Chef Eksekutif Hotel Grand Season, Chef Randy Y.L Liow, sup tersebut hanya menggunakan bahagian-bahagian daging lembu terpilih.

"Rempah-ratus dan daging lembu itu akan direneh antara lima hingga enam jam bagi mendapatkan rasa daging lembu yang pekat pada sup.

"Bahan-bahan yang terpilih pula akan dipastikan segar dan berkualiti baik tanpa menggunakan rempah segera," ujar Chef Randy yang berpengalaman selama 28 tahun dalam bidang kulinari.

Tambah Chef Randy, pihak hotel turut menyediakan makanan tradisional lain seperti nasi kandar dengan lauk-pauk seperti kari kepala ikan gaya mamak Pulau Pinang dan kambing masak kicap berempah.

"Kami juga membawa khas seorang chef dari Johor yang pakar dalam memasak hidangan Melayu seperti pelbagai jenis kerabu, sate, masak ketam lemak cili api, daging kerutup, sotong sambal dan lain-lain," kata Chef Randy lagi.

Hidangan nasi beriani dari Johor dan rendang daging batang pinang juga disediakan bagi penggemar tegar kedua-dua masakan itu.

Sajian lain yang turut dihidangkan adalah kulinari India dengan makanan yang dikenali ramai iaitu roti naan dan ayam tandoori.

Berbeza dengan dijual di kedai-kedai mamak, roti naan yang terdapat di Hotel Grand Season lebih nipis dan rangup dan jika dicecah, kuah akan meresap dalam rongga roti dengan mudah.

Jika inginkan kelainan, kupang goreng ala kam heong, ikan tiga rasa gaya Cina dan makanan Jepun seperti sushi dan gulungan futumaki pasti membuka selera. - MOHD. ADLAN JAAFAR

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved