Rabu, 10 Ogos 2011

Kosmo Online - Horizon


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Horizon


Hayati sejarah seni bina lama

Posted:

Hayati sejarah seni bina lama

Hayati sejarah seni bina lama

Oleh BASIR ABU BAKAR



SAMA ada disedari atau tidak, sebenarnya Kuala Lumpur mempunyai tinggalan sejarah yang masih 'bernafas' hingga ke hari ini dan ada antara monumen dan tinggalan sejarah itu telahpun berusia lebih 100 tahun.

Menyingkap sejarah Kuala Lumpur sejak ia mula dibuka pada tahun 1857 secara umumnya berkait rapat dengan penemuan bijih timah di kawasan tersebut dan di beberapa negeri lain di Tanah Melayu.

Aspek geografinya juga terbentuk daripada pertemuan dua sungai utama iaitu Sungai Gombak dan Sungai Klang. Ia akhirnya berkembang menjadi kawasan penempatan utama kepada lebih pesat dengan kewujudan kemudahan pelabuhan kecil dan pusat perniagaan hingga ke hari ini.

Bermula dengan mengambil ungkapan 'kuala berlumpur', hasil daripada pertemuan dua batang sungai tersebut, ibu negara Malaysia yang pesat membangun ini terus mengukir nama di peringkat antarabangsa dengan kemodenan yang dikecapinya kini.

Namun begitu, realitinya mungkin tidak ramai warga kota dan masyarakat negara ini mengetahui asal-usul sejarah ibu negara dengan mendalam. Lebih-lebih lagi apabila nilai sejarah itu seakan-akan ditelan arus kemodenan.

Aset-aset seni bina warisan itu sebenarnya banyak yang terlindung di sebalik percambahan bangunan pencakar langit, apatah lagi dibayangi kehebatan Menara Berkembar Petronas.

Bagaikan membuka lembaran buku sejarah, semula tinggalan warisan itu dapat diketahui dan dihayati apabila seseorang mengikuti program khusus buat pelancong asing yang diberi nama Perjalanan Warisan Malaysia. Penerokaan itu dijalankan di tengah-tengah segi tiga emas Kuala Lumpur.

Atas kesedaran mengenai kepentingan sejarah, perkhidmatan pelancongan percuma yang bermula Oktober tahun lalu itu diperkenalkan oleh sekumpulan sukarelawan yang menggelar diri mereka sebagai Be Tourist.

Be Tourist menyediakan perkhidmatan membawa pelancong menyelusuri jejak sejarah yang terdapat di segenap sudut bandar raya ini hanya dengan berjalan kaki.

Seorang pelancong Perancis, Alex Jones, 26, yang teruja dengan program yang dilakukan Be Tourist itu berkata, perkhidmatan yang ditawarkan sangat menarik dan bermaklumat untuk pelancong seperti beliau.


BANGUNAN lama dengan kemasan seni ukiran di jendela ini tampil unik di tengah-tengah ibu negara.


"Melalui perjalanan dua jam ini sahaja, saya sudah berpeluang untuk mengetahui sedikit sebanyak gambaran umum budaya dan cara hidup masyarakat di Kuala Lumpur khususnya dan Malaysia amnya.

"Kawasan-kawasan yang dibawa oleh pemandu pelancong sangat menarik buat pelancong seperti saya. Pada masa yang sama, pengunjung dapat merasai sendiri keadaan suatu tempat bersejarah itu," katanya.

Tambahnya, menyertai rombongan itu merupakan pengalaman pertamanya dan ia didapati sangat menarik untuk pelancong luar memahami Kuala Lumpur dan Malaysia secara umum.

Masjid tertua

Sementara itu, pasangan pelancong dari Britain, Penny Biley Smith, 57, dan Alex Smith, 64, turut tidak melepaskan peluang mengikuti rombongan Perjalanan Warisan Malaysia dalam rangka lawatan menziarah anaknya yang menyambung pelajaran di Universiti Malaya.

Penny berkata, rombongan pelancong dibawa berjalan sejauh kira-kira tiga kilometer melalui lorong, jalan raya dan sepanjang Sungai Klang. Rombongan itu singgah sebentar di beberapa lokasi tertentu untuk diterangkan mengenai kisah sejarah yang berkaitan.

"Bermula dari Pasar Seni, kami berjalan ke beberapa lokasi bersejarah berdekatan seperti Masjid Jamek Kuala Lumpur yang kaya dengan seni bina Islam, Moghul dan Moor," ujarnya teruja.


MASJID Jamek Kuala Lumpur yang berusia lebih sekurun ini mempunyai pengaruh seni bina Islam, Moghul dan Moor.


Rombongan pelancong yang dibawa memasuki Masjid Jamek dinasihatkan untuk memakai pakaian menutup aurat yang disediakan oleh pihak pengurusan masjid.

Sambil mengelilingi rumah ibadah di persimpangan Sungai Klang dan Sungai Gombak itu, mereka diterangkan mengenai sejarah kewujudan masjid tersebut yang pada asalnya dibina oleh pedagang Islam dari India pada zaman penjajahan British.

Binaan tahun 1909 itu asalnya didirikan di Kampung Rawak yang terletak di tapak bangunan HSBC pada masa kini. Kampung tersebut kini hanya tinggal sejarah.

"Selepas melawat masjid, kami bergerak ke Lebuh Ampang yang dahulunya popular dengan kehadiran ramai ceti atau peminjam wang dari Selatan India. Kini, waris-waris mereka menjalankan pelbagai jenis perniagaan lain.

Kedai lama

Di Jalan Tun H.S. Lee, para pelancong diperkenalkan dengan beberapa buah bangunan kedai lama yang telah wujud sejak sekurun lalu.

Sementara itu, di Lebuh Pasar Besar atau dikenali sebagai Dataran Pasar Lama pula pernah digunakan oleh tokoh pembuka kemakmuran Kuala Lumpur, Kapitan Yap Ah Loy, untuk berniaga.

Jelas Alex, ketika melalui Jalan Hang Kasturi, para pelancong diberitahu mengenai kewujudan beberapa buah rumah kedai lama yang sebelum ini merupakan kedai menjual makanan laut kering dan herba dari China.


LEBUH Ampang mempunyai deretan rumah kedai yang berusia hampir 70 tahun dan masing-masing menyimpan sejarah tersendiri.


"Kami turut difahamkan bahawa kawasan ini terletaknya banyak kedai barang kemas dan pajak gadai sekitar 50 tahun lalu," katanya.

Di kawasan berhampiran, Alex juga tertarik pada sebuah tokong Taoist lama yang dibina oleh Yap Ah Loy di sebelah rumahnya bagi menunjukkan rasa hormat tokoh itu terhadap ketuanya yang terbunuh dalam sebuah perang saudara.

Pemandu Pelancong Be Tourist, Joan Lee, 29, berkata, setiap hari pada pukul 10.30 pagi, rombongan percuma Perjalanan Warisan Malaysia akan bermula di pintu masuk hadapan Pasar Seni.

Jelasnya, lawatan selama dua jam itu memulakan perjalanan dengan menerangkan mengenai sejarah Central Market atau Pasar Seni yang dahulunya sebuah pasar basah pada 1888 berubah menjadi pusat seni budaya seperti sekarang.

Seni dan rempah

"Suatu ketika dahulu, Pasar Seni merupakan sebuah pasar biasa yang menjual barangan basah. Di sekitarnya pula terdapat kawasan perniagaan baharu yang membabitkan urus niaga rempah ratus malah ada di antara perniagaan itu kekal hingga ke hari ini.

"Atas nilai sejarah, bangunan Pasar Seni dikekalkan sebagai monumen warisan negara yang menjadi tarikan buat pelancong tempatan dan asing yang mahu mendapatkan produk kesenian dan kraf tangan," kata sukarelawan Be Tourist itu.

Joan memberitahu, dari pintu besar Pasar Seni, mereka yang terbabit dengan Perjalanan Warisan Malaysia akan diberi penerangan ringkas mengenai sejarah bangunan itu yang kini telah berusia 123 tahun.


PASAR SENI yang dibina pada tahun 1888 menjadi titik permulaan Perjalanan Warisan Malaysia.


Kemudiannya perjalanan akan melalui Annexe Central Market dengan pengunjung akan melawat bangunan yang dipenuhi dengan koleksi galeri seni termasuk Galeri Annexe.

Pengunjung juga berpeluang untuk dibawa bagi menikmati transformasi di Pasar Seni seperti yang terdapat pada Kasturi Walk yang berkonsepkan kawasan terbuka.

Laluan pejalan kaki berbumbung di lokasi tersebut dipenuhi jualan barangan runcit, gerai-gerai menjual cenderamata, aksesori wanita, kraf tangan dan juadah makanan tempatan yang unik.

Sepanjang perjalanan, peserta lawatan berpeluang meneroka sejarah tiga kaum utama yang terdapat di Malaysia di lokasi yang berbeza. Setiap lokasi tersebut ada cerita tersendiri.

Joan mendedahkan, ketika ini jumlah bangunan bersejarah yang ada tidak banyak dan telah semakin usang dimamah usia manakala rumah kedai asal yang sebelum ini banyak dibina telah dijual kepada pihak pemaju yang mahu membangunkan projek baharu.

"Jika pemuliharaan bangunan bersejarah ini tidak dilakukan, saya bimbang semua monumen bersejarah yang kita dapat dilihat dan hayati sekarang tidak akan dapat disaksikan generasi akan datang," ujar Joan.

Untuk pengunjung dalam kumpulan besar, khususnya pelancong asing, mereka dinasihatkan untuk membuat tempahan awal bagi melancarkan urusan lawatan. Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi 012-208 4260 atau 017-989 1031.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Lazatnya sushi Sarawak

Posted:

[unable to retrieve full-text content]MISI Makan Angin 2 seterusnya adalah di Bumi Kenyalang Sarawak. Menu istimewa yang akan saya masak kali ini ialah manok pansoh, umai ikan dan juga obor-obor.

Meneroka misteri Bukit Malawati

Posted:

Meneroka misteri Bukit Malawati

Meneroka misteri Bukit Malawati


PELBAGAI salasilah keturunan raja di Selangor tersimpan rapi di Bukit Malawati.


BILA sebut sahaja Bukit Malawati, pasti sesetengah daripada kita pernah mendengar mengenai kawasan sekitarnya yang menyimpan pelbagai kisah sejarah dan legenda yang penuh misteri. Ia merupakan antara lokasi percutian yang harus dilawati di Selangor kerana destinasi itu menawarkan banyak persinggahan menarik.

Berdasarkan sejarah, Bukit Malawati pernah ditakluki Belanda dari tangan Sultan Ibrahim pada Julai 1784 sebelum dirampas kembali setahun kemudian pada 28 Januari 1785 dalam masa satu malam.

Di atas Bukit Malawati terdapat beberapa buah rumah pegawai tinggi kerajaan, sebuah rumah rehat, rumah api dan beberapa kesan tinggalan sejarah.

Perjalanan dari Kuala Lumpur melalui Sungai Buloh sejauh lebih 90 kilometer bakal disambut dengan cerita orang tempatan berhubung cerita legendanya.


GOLONGAN penderhaka dikurung dan disiksa di perigi beracun.


Kisah Makam Anak Dara, Makam Tiga Sultan, Bukit Malawati yang terdapat Batu Hampar, Telaga Tujuh, meriam meletup sendiri, pokok terbakar sendiri serta Kampung Teluk Penyamun cukup menarik untuk diperdengarkan.

Menurut ceritanya, Makam Anak Dara mengisahkan seorang gadis warak yang dipaksa berkahwin oleh ibu bapanya telah menghilangkan diri ketika mengambil air sembahyang di Sungai Selangor.

Sejurus selepas itu orang tuanya bermimpi, anak gadisnya melarang mereka mencarinya kerana beliau telah mendapat suatu tempat yang tenteram di sebuah pulau. Ekoran itu, ibu bapanya hanya menjumpai baju anaknya di sebatang pokok telah mendirikan sebuah makam.

Jika kedatangan Ramadan dan Syawal dialu-alukan dengan pengumuman kemunculan anak bulan di kaca televisyen, Bukit Malawati menawarkan tempat yang strategik untuk melihat anak bulan.

Dibina ringkas, bangunan dua tingkat itu juga boleh digunakan sebagai tempat untuk menikmati pemandangan hutan yang menjadi 'rumah' kepada pelbagai spesies hidupan terutamanya burung.

Meriam Penggawa yang sentiasa dibalut dengan kain kuning terletak di dalam kawasan Makam Tiga Sultan. Ia ditemui di pinggir Sungai Buluh, 12 kilometer ke Selatan Kuala Selangor pada 23 September 1966. Nama asalnya ialah Petoi Boga yang bererti Puteri Putih.


MAKAM Anak Dara turut menyimpan misteri tersendiri.


Ketika dijajah Belanda, Bukit Malawati dikenali sebagai Kota Utrecht yang diambil sempena nama kapal Belanda yang berjaya mengalahkan Raja Hadi di Teluk Ketapang.

Kota Malawati dibina oleh orang Melayu ketika pemerintahan Sultan Selangor ke 2 sebagai salah satu usaha mempertahankan Kuala Selangor dari serangan Belanda. Kota ini turut dilengkapi dengan meriam.

Perkhidmatan kereta api turut disediakan di Bukit Malawati pada setiap hari Ahad dan Sabtu. Setiap penumpang dikenakan tambang sebanyak RM2.00 sahaja. - BASIR ABU BAKAR

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved