Isnin, 11 Julai 2011

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Keropok lekor losong ke pasaran global

Posted:

Keropok lekor losong ke pasaran global

Keropok lekor losong ke pasaran global

11/07/2011 7:12pm

KUALA TERENGGANU – Pengusaha keropok lekor Losong, KY Food Industries (M) Sdn Bhd, berhasrat memperluaskan pasarannya ke peringkat global di masa hadapan.

Menurut pemiliknya Sariah Ismail atau lebih dikenali sebagai Kak Yah, 52, beliau yakin dapat merealisasikan impian itu setelah mendapat jemputan menyertai Program Malaysia Kitchen di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri di London tidak lama lagi.

Katanya, dalam usaha untuk menembusi ke peringkat global dia mengambil inisiatif mengeluarkan produk keropok lekor sejuk beku bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berada di luar Terengganu.

Menurut Kak Yah, pengiktirafan status sijil halal yang diperoleh daripada Jabatan Agama Islam Terengganu pada tahun 2007 sedikit sebanyak membuka peluang kepadanya untuk meluaskan lagi pasaran keropok lekornya di bawah jenama Kak Yah.

Selain mendapat tempahan daripada hotel terkemuka di Terengganu, syarikat itu juga mempunyai 10 pembekal tetap di Terengganu, Johor dan Kuala Lumpur, katanya di sini, hari ini.

Kak Yah juga merupakan pengusaha keropok lekor pertama di Terengganu yang memperoleh sijil halal dan menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah bagi pengusaha produk halal daripada kerajaan negeri pada tahun 2008. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kilang terbakar: Dua bomba cedera

Posted:

Kilang terbakar: Dua bomba cedera

Kilang terbakar: Dua bomba cedera

11/07/2011 6:07pm

MELAKA – Dua anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh di sini, cedera semasa memadamkan kebakaran sebuah kilang perabot di kawasan perindustrian Bukit Rambai dekat sini, malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Melaka R.Ezhumalai berkata dua anggota tersebut, Amran Kassim, 36, dan Sabri Ahmad, 40, mengalami kecederaan ringan ketika mereka bersama anggota lain memadamkan kebakaran kali kedua yang berlaku ke atas kilang itu.

Dalam kejadian tersebut, berlaku letupan kecil di kilang itu yang mengakibatkan percikan api yang mengenai dua anggota tersebut, katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Ezhumalai berkata kedua-dua anggota berkenaan dihantar ke Hospital Melaka di sini untuk menerima rawatan dan sudah dibenarkan keluar dari hospital itu.

Beliau berkata bomba menerima panggilan mengenai kebakaran pertama kilang itu pada pukul 12.43 malam tadi dan api berjaya dikawal kira-kira pukul 3 kemudian bagaimana pun bomba menerima panggilan mengenai kebakaran kedua kilang itu pada pukul 9.31 malam tadi.

Katanya pihaknya berjaya mengawal dan memadamkan kebakaran daripada merebak ke premis berdekatan kilang itu pada pukul 6 pagi tadi.

Beliau berkata punca kebakaran masih dalam siasatan dan kerugian dianggarkan sebanyak RM2 juta.

Sebanyak lima jentera bomba dengan 36 anggota terlibat dalam memadamkan kebakaran kilan itu. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kadar jenayah di Kelantan menurun 11%

Posted:

Kadar jenayah di Kelantan menurun 11%

Kadar jenayah di Kelantan menurun 11%

11/07/2011 6:49pm

KOTA BHARU – Kadar jenayah di Kelantan bagi tempoh Januari hingga semalam menurun 11 peratus atau 402 kes berbanding tempoh sama tahun lepas, kata Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi.

"Tahun lepas, sebanyak 3,658 keseluruhan kes (untuk tempoh sama) dilaporkan dan tahun ini sehingga semalam, ada sebanyak 3,256 kes, menurun 402 kes," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baharu di sini hari ini, sempena majlis pertukaran beliau.

Rahim akan bertukar ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sebagai Timbalan Pengarah Pengurusan dan Latihan bermula 16 Julai ini.

Abdul Rahim berkata, kejadian jenayah kekerasan menurun 14 kes setakat ini kepada 450 kes berbanding 464 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Beliau berkata, jenayah harta benda menurun 388 kes daripada 3,194 kes tahun lepas kepada 2,806 kes tahun ini. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved