Isnin, 11 Julai 2011

Kosmo Online - Urban


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Urban


Artikulasi metafora tiga bandar raya

Posted:

Artikulasi metafora tiga bandar raya

Artikulasi metafora tiga bandar raya

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID
mazlina.majid@kosmo.com.my


YUSOF menggalakkan pelukis generasi muda supaya hidup mengembara bagi memperoleh idea selain meluaskan perspektif.


KEMBARA bagi seorang pelukis tersohor, Yusof Ghani, 61, bukan sekadar untuk beroleh ketenangan dan melepaskan lelah kerja.

Sebaliknya, perjalanan lelaki ini ke tiga lokasi di Central Park, New York; Hyde Park, London dan St. Denis, Paris telah menerbitkan artikulasi yang luar biasa untuk diluahkan di dada kanvas.

Untuk kesekian kalinya, karya Yusof dilihat menyimpang daripada kelaziman. Daripada terbiasa dengan tema alam semula jadi, persekitaran dan isu sosial, lelaki itu bereksperimentasi pula dengan latar pemandangan dan wacana landskap visual.

Beliau menzahirkannya menerusi refleks deria yang tajam dan pemerhatian jitu ketika meneroka kesemua bandar raya tersohor itu selama lebih kurang empat bulan baru-baru ini.

"Justeru, saya simpulkan karya-karya terbaru saya dengan tema Taman iaitu satu rangkuman inspirasi yang dikumpulkan ketika saya mengembara. Idea Taman itu datang dengan tiba-tiba saja.

"Peluang melihat persekitaran memberi cetusan idea kepada saya. Sesungguhnya, hidup ini umpama roda, pelbagai perasaan yang akan lahir. Sama juga seperti saya, perasaan itu diterjemahkan ke dalam karya-karya saya," katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Pameran Taman oleh Yusof kini mengambil posisi di ruang pameran Galeri Seni Puncak, Bukit Jelutong, Shah Alam yang dibuka pada bila-bila masa kepada orang ramai melalui panggilan temu janji.

Buku lakaran Yusof

Barangkali pengalaman telah membezakan antara Yusof dengan pelukis-pelukis lain. Biarlah dikatakan tidak seiring dengan teknologi, beliau selesa melakar setiap landskap yang ditemuinya dengan hanya menggunakan dakwat pen dan buku lakaran.

"Mungkin orang lain bawa kamera untuk merakam tetapi saya tidak begitu. Saya hanya bawa buku lakaran.

"Bagi saya, ia lebih praktikal dan banyak membantu saya menyimpan setiap memori yang terlintas ketika itu dengan baik," ujar graduan seni dari University Catholic di Washington, Amerika Syarikat (AS) itu.

Secara keseluruhannya, pelukis yang prolifik dan mempunyai ramai penggemar itu telah menghasilkan 33 buah lukisan untuk Taman.

Sebanyak 11 buah karya pelbagai saiz menceritakan tentang landskap di Central Park, New York, 10 lakaran dibawakan dari suasana di Hyde Park, London, manakala dari Paris pula, sembilan keping gambar berlatarbelakangkan kemeriahan St. Denis dihasilkan.

Rona warna


YUSOF menggunakan warna-warna terang dan ceria dalam memperincikan suasana dalam Hyde Park, London #1.


Dari kepingan lakaran kenangan, anak kelahiran Johor itu terdorong untuk memindahkannya ke medium kanvas. Yusof dilihat bermain dengan keindahan pelbagai rona warna pada setiap karyanya. Ada lukisan yang ditata rapi dengan warna pastel dan hitam, namun penghasilannya terhad.

Ia terserlah pada wajah Central Park, New York #4; Central Park, New York #7; St. Denis, Paris #4 dan Hyde Park, London #4.

Yusof pernah berkata, hayunan emosi si pengkarya memainkan peranan penting dalam melontar persepsi, motif dan imej. Ya, barangkali mood Yusof lebih banyak disulami dengan bunga-bunga keriangan ketika itu.

Ini terbukti apabila sentuhan abstraknya pada kanvas, rata-ratanya menyuntik warna terang dan ceria seperti kuning, biru, jingga, ungu dan sedikit kehijauan.

Paling menarik perhatian adalah gabungan warna-warna ceria dan garisan lincah yang diabadikan pada lukisan St. Denis, Paris #2.

Daripada sudut artistik, calitan demi calitan pada karya Yusof umpama menggambarkan transisi perasaan dan musim di bandar raya negara itu.

Seperti kata Yusof: "Pengalaman merasai musim sejuk dan tiga musim yang penuh keindahan di negara-negara terbabit memberi inspirasi kepada saya untuk menghasilkan siri kepada lukisan-lukisan ini."

Bagaimanapun, untuk menembusi maksud tersirat di sebalik lukisan itu, seseorang harus berfikir sejenak. Tidak semua individu mampu menghadam dan memahami seni abstrak sebegitu.

Dalam pada itu, praktis penghasilan karya Yusof masih statik. Lorekan kanvasnya masih setia menggunakan medium minyak, akrilik, pastel dan arang.

"Saya menggunakan gaya ekspresif dengan strok berus dalam menghasilkan suasana spontan pada lukisan.

"Pada masa sama, saya menggunakan teknik warna tulen dan warna campuran supaya kesan pencahayaan warnanya berkesan," ujar figura itu lagi.

Hidup mengembara

Yusof sudah lebih 30 tahun bergelumang dengan seni. Daripada seorang artis grafik, beliau melakukan anjakan dengan melibatkan diri dengan seni halus.

Seusai tamat Ijazah Sarjana Seni Halus di AS pada tahun 1984, beliau diberi ruang untuk mengadakan pameran solo di galeri berprestij iaitu di Galeri Anton, Washington.

Lukisan-lukisannya ketika itu mengekspresikan lakaran perihal situasi yang berlaku di Nicaragua dan El Salvador.

Sekembalinya beliau ke tanah air, Yusof meneruskan kelangsungan bakatnya dengan mengadakan pameran dengan mengangkat tema-tema tertentu di negara ini.

Pameran pertama yang mula memperkenalkan nama Yusof di Malaysia ialah pameran bertemakan Tari yang diadakan di Galeri Citra pada tahun 1989.

Kemudian diikuti dengan Topeng (1993), Hijau (2002), Segerak (2004), Segerak III (2006) dan Biring (2007).


DARI sudut artistik, warna yang dicalitkan pada setiap kanvas menggambarkan transisi perasaan dan musim di tiga bandar raya yang dilawati seniman ini.


Pelukis tersohor itu juga terlibat sama dengan lebih daripada 20 pameran berkumpulan di serata dunia. Lukisan hasil calitan berus pada kanvasnya pernah di tatapi khalayak pencinta seni AS, Iraq, Kanada, Indonesia, Arab Saudi, India, Hong Kong dan juga Thailand.

Melihat kepada prestasi dirinya yang berada di kemuncak kejayaan, Yusof ditanya mengenai cara beliau mendokumentasi imej sehingga memberikan kesan tampak yang amat kuat dan jelas pada pecinta seni.

Jawabnya penuh teliti: "Sebagai seorang seniman, kita harus banyak mengembara. Bila mengembara, pelbagai perkara yang dapat dilihat dan daripada itu wujud idea untuk melakukan sesuatu pada karya kita seterusnya.

"Apabila saya duduk di Shah Alam, idea saya kurang. Jadi penting untuk kita mengembara waima ke mana sekalipun. Golongan seni juga harus sensitif dan lebih prihatin terhadap isu-isu semasa," jelas beliau.

Justeru, tidak hairanlah lelaki yang penuh falsafah itu berupaya menghidupkan figuratif ataupun subjek pada dada kanvas pelbagai acuan.

Memetik kata-kata seorang pelukis muda: "Dia (Yusof) adalah antara artis seni yang mempunyai keghairahan yang kuat terhadap seni.

"Misalnya koleksi Tari, yang menghasilkan pergerakan yang amat menarik, lebih-lebih lagi di atas kanvas. Ia sejenis karya yang paling bernilai dan pastinya akan menawan setiap mata yang memandang."

Yusof juga pernah berkata, pameran bukan hanya tentang lukisan. Namun ia adalah perantara yang mampu menyumbang dalam usaha merapatkan hubungan antara negara-negara luar.

"Seni merupakan bahasa sejagat yang tidak mengenal perbezaan antara manusia," ungkap beliau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Nafas baru Red Box di Pulau Pinang

Posted:

Nafas baru Red Box di Pulau Pinang

Nafas baru Red Box di Pulau Pinang

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID
mazlina.majid@kosmo.com.my


RUANG sambutan yang unik dan ceria.


SELURUH negara mengenali jenama Red Box yang merupakan pusat karaoke berkonsep santai kontemporari pilihan ramai. Di situlah lokasi untuk melepaskan tekanan yang memuncak dan tempat paling ideal untuk keluarga mahupun rakan taulan berkumpul.

Ramai berpendapat bahawa konsep yang ditampilkan Red Box bersesuaian dengan kehendak pelbagai lapisan masyarakat.

Red Box turut menerima kata-kata pujian apabila mementingkan konsep berkaraoke dalam suasana sihat, bersih dan selamat. Jadi, tidak hairanlah sekiranya pusat karaoke itu semakin menjadi tumpuan.

Justeru, bagi memastikan setiap pelanggannya berpuas hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan, Red Box memberi nafas baru kepada salah satu cawangannya iaitu di Red Box Karaoke di Plaza Gurney, Pulau Pinang.

Bukan itu saja, lokasinya yang sebelum ini di aras bawah juga dialih ke tempat yang lebih strategik iaitu di tingkat tujuh plaza beli-belah yang cukup terkenal dalam kalangan penduduk Pulau Mutiara itu.

Imej dramatik

Menurut Pengarah Urusannya, Valerie Choo, paparan idea hiasan dalaman Red Box Plaza Gurney menjurus kepada penerapan imej yang dramatik. Ia sekali gus menjadikan pusat itu berbeza dengan lokasi hiburan seumpamanya yang lain.

"Di situ, kami menampilkan elemen moden dan kontemporari yang menggabungkan warna hitam dan putih bagi mewujudkan suasana dan mood yang lebih klasik.

"Begitu juga sentuhan kreatif pada kemasan pada dinding, lantai, lounge dan ruang lobi," beritahunya kepada Kosmo!.

Secara keseluruhannya, pusat karaoke itu mempunyai keluasan 17,000 kaki persegi (1,579 meter persegi) dan memuatkan 45 unit bilik pelbagai saiz.

Bilik berskala besar boleh memuatkan sehingga 50 orang sementara bilik yang paling kecil berupaya menampung sekitar dua hingga empat pengunjung.

Red Box di negeri itu turut dilengkapi kemudahan untuk majlis keraian keluarga, pelancaran produk, sidang akhbar, sambutan hari jadi, majlis tahunan syarikat dan pelbagai acara lain.


RUANG khas Red Box 1st Avenue ini boleh dijadikan lokasi untuk pelancaran produk mahupun acara keraian tertentu.


Setakat ini, Red Box mempunyai 15 cawangan merangkumi Lembah Klang, Negeri Sembilan, Johor termasuk Pulau Pinang.

Tidak keterlaluan jika melabelkan Red Box Plaza Gurney mewakili pusat karaoke mewah dan eksklusif untuk golongan sosial dan korporat di Pulau Pinang.

Sajian makanan

Tanyalah kepada semua penggemar karaoke. Salah satu daya penarik yang dipersetujui bersama di Red Box ialah kompilasi hiburan bersama sajian makanan dan minumannya.

Tidak tertakluk kepada set makan tengah hari, Red Box turut menawarkan hidangan minum petang dan bufet makan malam. Ujar Valerie, sajian di situ lebih kepada hidangan Barat dan tempatan.

Lebih menarik, pelanggan boleh membuat tempahan ala-carte semasa sesi Happy Hour.

Ciri nilai tambah lain di Red Box Plaza Gurney ialah kemudahan WiFi, sistem audio yang canggih, kelengkapan sistem pemilihan lagu yang sistematik dengan lebih 30,000 lagu lama dan baharu.

"Secara keseluruhannya, apa yang saya boleh katakan ialah selain dekorasi yang memukau, kelengkapan dan prasarana yang ditawarkan adalah berorientasikan perkhidmatan yang lebih mantap dan berdaya saing," kata Valerie.

Cawangan baru

Nampaknya, Red Box terus menempa sejarah. Tidak cukup dengan transformasi terhadap Red Box Plaza Gurney, mereka terus mengorak langkah dengan membuka cawangan baru yang ke-15 dan masih di negeri Pulau Pinang iaitu di 1st Avenue Mall.

Setanding dengan Red Box Plaza Gurney, Red Box 1st Avenue dilengkapi dengan 44 buah bilik karaoke yang canggih dan pengunjung dijanjikan dengan suasana berhibur yang mengasyikkan.

Premis pusat hiburan seisi keluarga yang diteraju oleh Grand Surf Sdn. Bhd. itu turut mempunyai keluasan 1,579 meter persegi.

Seperti cawangan-cawangannya di tempat lain, pusat karaoke itu tampil megah dengan kelengkapan sistem audio visual meliputi skrin LCD gergasi yang turut dilengkapi dengan mikrofon tanpa wayar di setiap bilik.


PELBAGAI seleksi hidangan lazat menanti pengunjung yang mahu menjamu selera.


Bagaimana pula dengan dekorasi ruangnya? Kata Valerie, Red Box 1st Avenue menonjolkan warna-warna yang garang dan ceria. Aura warna merah, hitam dan putih yang diterapkan pastinya membangkitkan rasa keterujaan pelanggan.

Sedikit berbeza dengan cawangan yang lain, keistimewaan cawangan tersebut adalah penyediaan masakan popular Pulau Pinang.

Untuk itu, Red Box telah menjalin usahasama dengan Ali Nasi Lemak Daun Pisang, Teochew Cendol (Lebuh Keng Kwee), Pasembor Gurney Drive, Eucharkoay (People Court) dan Asam Laksa (Lebuh Keng Kwee).

"Ia dimasak oleh anak-anak negeri ini. Berhibur sambil menikmati signatur makanan sendiri pastinya mengujakan. Kami sangat berharap dua pusat karaoke yang satu dinaik taraf dan sebuah lagi yang baru dibuka akan memenuhi cita rasa pelanggan. Kami juga yakin konsep terbaharu yang dijayakan ini amat sempurna bagi pengunjung yang mementingkan servis, formaliti dan kualiti," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Radius Residence di pinggir kota

Posted:

Radius Residence di pinggir kota

Radius Residence di pinggir kota

Oleh NIZHA PERIASWAMY
nizha.periaswamy@kosmo.com.my


GAMBARAN Radius Residence yang dijual bermula dari harga RM249,800.


SUDAH menjadi trend orang kota hari ini untuk memiliki kediaman di pinggir Kuala Lumpur kerana tidak terlalu sesak dengan hiruk-pikuk tengah kota.

Kerana itu Radius Residence, Selayang Heights, Selangor menjadi kediaman terbaharu yang mungkin dapat memenuhi sebuah rumah idaman anda.

Selayang Heights mempunyai 352 unit apartmen yang dibina ala resort dengan pagar berperimeter memberikan nilai tambah kepada projek tersebut.

Unit apartmen itu yang dibina khas untuk golongan berpendapatan sederhana, terdiri daripada satu blok dengan tiga menara yang saling berhubung.

"Harga unit rumah bermula dari RM249,800 untuk keluasan 916 kaki persegi (85 meter persegi) hingga RM474,800 untuk 1,633 kaki persegi (151.7 meter persegi). Tambahan diskaun tujuh peratus juga dberikan untuk bumiputera," kata pegawai hartanah projek tersebut, Vincent Wong.

Beliau yang ditemui di Pameran Hartanah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur baru-baru ini memberitahu, pembeli juga akan diberi pelepasan membayar caj guaman Perjanjian Jual Beli bagi pembeli projek tersebut.

"Unit-unit kediaman Radius Residence @ Selayang Heights yang berpaling ke arah selatan memberikan penghuni pengalaman pemandangan indah bandar Selayang dan Kepong, manakala di sebelah utara pula kawasan perumahan yang cantik.

"Di sebelah barat, ia berjiran dengan satu lagi apartmen yang dibina oleh pemaju yang sama dan di timur pula pemandangan menghijau dan bergunung," katanya lagi.

Pemaju hartanah, Syabas Pemaju (M) Sdn. Bhd. juga membangunkan satu lagi projek tidak jauh dari Radius Residence iaitu projek rumah berkembar Blue Sky.

Menyentuh lanjut mengenai unit Radius Residence, Vincent memberitahu, semua unit didatangkan dengan satu tempat letak kereta berbumbung dan boleh ditambah dengan membuat pembelian. Selain itu, setiap tingkat mempunyai empat lif dan caj pengurusan yang akan dikenakan ialah serendah RM0.15 setiap kaki persegi termasuk pembetungan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved