Sabtu, 2 Julai 2011

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Warga Pakistan ikat heroin pada betis

Posted:

Warga Pakistan ikat heroin pada betis

Warga Pakistan ikat heroin pada betis

02/07/2011 7:48pm

SEPANG – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) KLIA menahan seorang lelaki warga Pakistan bersama tiga kilogram dadah jenis heroin bernilai RM600,000 yang diikat pada betisnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini semalam.

Pengarahnya, Datuk M. Govinden berkata, lelaki berusia 20-an itu ditahan pada 8.30 pagi sejurus tiba dari Karachi, selepas pihaknya melihat suspek yang membawa beg bimbit biru dalam keadaan mencurigakan.

"Imbasan ke atas beg tidak menampakkan imej mencurigakan. Pemeriksaan rapi dibuat ke badan suspek dan pegawai Kastam menjumpai dua bungkusan diikat pada betis suspek iaitu seberat 1.5 kg untuk setiap bungkusan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurutnya, dadah yang dirampas itu berkualiti tinggi dan jika diproses, beratnya boleh mencecah tiga kali ganda daripada berat asal dengan nilai pasaran mencecah RM6 juta.

Katanya, suspek yang sebelum ini sudah empat kali datang ke Malaysia kini direman tujuh hari untuk siasatan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum mati mandatori.

Govinden berkata, bagi tempoh Januari hingga semalam, pihaknya berjaya merampas sejumlah 57kg dadah pelbagai jenis dengan anggaran nilai pasaran RM5 juta dalam 12 kes berasingan. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sepasang kekasih bawa heroin ditahan

Posted:

Sepasang kekasih bawa heroin ditahan

Sepasang kekasih bawa heroin ditahan

02/07/2011 7:46pm

KUALA LUMPUR – Polis menemui dadah yang disyaki heroin bernilai RM115,000 daripada sepasang kekasih di Hentian Puduraya di sini dua hari lalu.

Dadah tersebut seberat 2.3 kilogram dirampas daripada pasangan tersebut yang disyaki pengedar dadah, sebaik mereka tiba dari negeri di sebelah utara dengan bas pada 8 malam.

"Pemeriksaan ke atas mereka menemui lima bungkusan dadah dipercayai heroin dengan anggaran berat 2,300 gram di dalam beg galas yang dibawa oleh lelaki tersebut," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, ACP Kang Chez Chiang kepada Bernama hari ini.

Pasangan tersebut dipercayai mahu mengedarkan dadah itu di sekitar Lembah Klang.

Beliau berkata, lelaki berkenaan berumur 25 tahun dan bekerja sebagai pemasang penghawa dingin dan mempunyai tiga rekod jenayah dadah manakala kekasihnya yang berumur 20 tahun bekerja sebagai jurujual.

Chez Chiang berkata, pasangan itu yang turut positif dadah kini ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ronnie ditahan kerana menghasut

Posted:

Ronnie ditahan kerana menghasut

Ronnie ditahan kerana menghasut

02/07/2011 4:41pm

SHAH ALAM – Ahli exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu ditahan polis tengah malam tadi kerana didakwa menghasut orang ramai dalam satu ceramah di Hulu Selangor supaya menyertai perhimpunan haram pada 9 Julai ini.

Liu, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Pandamaran, ditahan oleh sepasukan anggota polis selepas meninggalkan sebuah majlis ceramah dan dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur pada kira-kira 12.30 tengah malam.

Beliau kemudian dibebaskan dengan jaminan polis kira-kira tiga jam kemudian selepas memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor, Kuala Kubu Baru.

Insiden penahanan Liu itu disahkan oleh Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah pada sidang media selepas mengadakan dialog dengan 150 pemimpin masyarakat berkaitan dengan isu kepolisan masyarakat di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Selangor, di sini, hari ini.

Beliau berkata, penahanan dan rakaman percakapan terhadap Liu itu dibuat mengikut Seksyen 27 (5) Akta Polis dan Seksyen 109 Kanun Keseksaan di mana kertas siasatan kes itu akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Dalam pada itu, Tun Hisan turut berkata bahawa polis tidak melarang mana-mana pihak untuk memakai apa jenis pakaian berwarna termasuk warna kuning.

Bagaimanapun, katanya, polis melarang pemakaian pakaian yang menunjukkan lambang pertubuhan tidak berdaftar apatah lagi lambang pertubuhan yang mahu mengadakan perhimpunan haram yang melanggar peruntukan undang-undang negara ini.

"Kita benarkan orang nak pakai baju warna kuning ke, merah ke... tetapi kita hanya larang orang ramai ramai memakai pakaian yang tertera logo atau lambang pertubuhan tidak berdaftar yang jelas menyalahi undang-undang di bawah Seksyen 50(3) Akta Pertubuhan," kata Tun Hisan.

Pada masa yang sama, beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan haram itu. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved