Sabtu, 2 Julai 2011

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Mengamuk di rumah bekas kekasih

Posted:

Mengamuk di rumah bekas kekasih

Mengamuk di rumah bekas kekasih

Oleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN
zulsham@kosmo.com.my



MELAKA - Angkara gagal menagih cinta lama, seorang lelaki tiba-tiba naik berang sebelum bertindak mencederakan bekas kekasihnya dan menikam ibu wanita itu sehingga mati dalam kejadian yang menggemparkan penduduk Kampung Baru Ayer Salak, Bukit Rambai, dekat sini malam kelmarin.

Wanita itu, Lim Mui Tang, 32, cedera parah ditikam di perut dan kini dirawat di Hospital Melaka tetapi ibunya, Ah Ngo, 75, meninggal dunia dipercayai akibat ditikam beberapa kali di rusuk kiri dan beberapa kesan kelar di leher dalam serangan tersebut.

Anak lelaki Mui Tang yang berusia dua tahun hasil perkahwinannya empat tahun lalu bagaimanapun terselamat kerana tidur dalam bilik. Suspek yang sebaya dengan Mui Tang datang ke rumah bekas kekasihnya itu pada pukul 7 malam dan berbual dengan mangsa selama kira-kira empat jam di dapur, dipercayai dengan niat untuk menagih cinta lama. Pada waktu itu, suami Mui Tang tidak berada di rumah kerana bekerja di luar negara.

Suspek dipercayai naik berang apabila Mui Tang menolak cintanya dan menyuruh dia pulang memandangkan hari sudah lewat dengan jam menunjukkan pukul 11.40 malam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Australia yang kurung pelarian, bukan Malaysia

Posted:

Australia yang kurung pelarian, bukan Malaysia

Australia yang kurung pelarian, bukan Malaysia



MELBOURNE - Bekas ketua jabatan imigresen kerajaan pimpinan Malcolm Fraser berkata, tuduhan kononnya Malaysia memberi layanan buruk kepada orang pelarian adalah bersifat rasis dan hipokrit kerana sebenarnya Australialah yang mengurung orang pelarian. Berucap pada satu forum di Sydney baru-baru ini, John Menadue (gambar kecil) berkata, pengalamannya dalam mengendalikan masalah kebanjiran pelarian Vietnam pada 1980-an menyebabkan beliau 'keberatan' untuk mempercayai bahawa pertukaran pengambilan orang pelarian antara Australia dan Malaysia merupakan suatu cara untuk memecah kebuntuan dalam perbahasan hangat berhubung isu orang pelarian masa kini.

Beliau berkata, kerjasama yang diberi oleh Malaysia amat bermanfaat dalam usaha menempatkan semula beratus ribu pelarian Vietnam suatu ketika dulu. "Walaupun adakalanya keadaan tidak begitu menggembirakan, tapi penahanan dan layanan yang kita beri kepada kanak-kanak juga khususnya, tidaklah begitu menggembirakan. "Wujud unsur perkauman dalam cara kita mengkritik Malaysia dan cara negara itu mengendalikan orang pelarian. "Tapi, mereka tidak mengurung orang pelarian di pusat tahanan, sebaliknya, kitalah yang berbuat begitu,'' kata Menadue yang dipetik akhbar Sydney Morning Herald.

Beliau mengkritik Perdana Menteri, Julia Gillard, dan Ketua Pembangkang, Tony Abbott kerana ketidakcekapan mereka menangani isu pencari suaka. Sementara itu, bekas Penolong Setiausaha kedua Imigresen Arja Keski-Nummi, yang meletak jawatan tahun lepas, memberitahu forum itu: "Malaysia lebih maju daripada segi pengurusan orang pelarian berbanding Australia kerana Australia mengenakan tahanan secara mandatori." - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Menteri pertahan potong rambut

Posted:

Menteri pertahan potong rambut

Menteri pertahan potong rambut


KERATAN Kosmo! 25 Jun 2011.


KUALA NERANG - Seminggu selepas memohon maaf, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung semalam mempertahankan tindakan kakitangan Akademi Jabatan Bomba dan Penyelamat memotong rambut seorang pelatih wanita hingga botak di Terengganu pada 2 Mei lepas. Alasan beliau ialah tindakan itu mengikut peraturan jabatan yang menetapkan rambut pelatih akan dipotong sehingga enam milimiter (mm) dari kulit kepala.

"Saya dah dapat laporan siasatan berhubung kes pelatih wanita dibotakkan kepala mereka itu, dan itu memang syarat yang telah ditetapkan semasa latihan, semua harus dipotong sehingga 6 mm," katanya kepada pemberita di sini semalam. Kosmo! baru-baru melaporkan bekas pelatih itu, Hizyaty Othman, 28, dari Taman Berjaya, Alor Setar kecewa dengan tindakan akademi berkenaan yang membotakkan kepalanya serta 18 pelatih perempuan lain ketika mereka mendaftar diri untuk menjalani latihan di kem itu 2 Mei lepas.

Dia mendakwa tindakan itu tidak seperti apa yang dinyatakan dalam peraturan kursus yang diterima mereka sebelum melaporkan diri di akademi itu. Chee Heung pada sidang akhbarnya minggu lalu bagaimanapun meminta maaf kepada mangsa dan keluarganya tetapi permohonan maaf itu ditolak atas alasan ia tidak dilakukan secara bersemuka.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved