Selasa, 5 Julai 2011

Kosmo Online - Infiniti


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Infiniti


Mulakan dengan telefon bimbit

Posted:

Mulakan dengan telefon bimbit

Mulakan dengan telefon bimbit

Oleh ADLAN JAAFAR



SETIAP kali subjek kitar semula diutarakan umum mengetahui mengenai perkara tersebut tetapi, persoalannya adalah sejauh mana ia diamalkan? Sampah hasil daripada barangan pengguna seperti tin, kertas surat khabar dan botol kaca memang tidak perlu diperkatakan lagi. Namun, bagaimana pula dengan barangan elektronik terutama telefon bimbit yang tidak digunakan lagi selepas ia dianggap ketinggalan zaman?

Dalam kajian yang dilakukan oleh syarikat pengeluar telefon bimbit Nokia, hanya tiga peratus sahaja yang mengitar semula, manakala 44 peratus lagi menyimpan telefon lama mereka di rumah. Malah, terdapat segelintir individu yang membuang pemain MP3 dan telefon bimbit Nokia 3310 mereka terus ke dalam tong sampah.

Menurut laman web www.fonebank.com, sebuah telefon bimbit mengandungi bahan-bahan berbahaya seperti kadmium, rodium, nikel, raksa, arsenik dan banyak lagi yang boleh mencemar alam sekitar. Jika dibuang ditapak pembuangan sampah pula, gajet yang pernah menjadi barang kesayangan anda dahulu itu akan mengeluarkan gas bertoksik yang boleh mencemar nutrisi tanah dan sumber air. Menurut Presiden Persatuan Kandungan Mudah Alih, Azli Paat, bahagian yang paling bertoksik dalam barang elektronik adalah bateri kerana ia boleh menghasilkan bahan bertoksik seperti merkuri dan kadmium yang beracun selain litar elektronik. Katanya, sehingga awal tahun 2011, sebanyak 32.4 juta nombor telefon yang telah berdaftar.


DENGAN mengitar semula telefon bimbit ia dapat mengelakkan bahan merkuri dan kadmium daripada mencemari alam sekitar.


"Secara kasar, sebuah bateri telefon mampu bertahan selama enam bulan maka secara anggarannya sebanyak 64.8 juta bateri akan dibuang dalam setahun," ujar Azli ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini. Terang beliau, ketika membuang sampah, bahan-bahan yang tidak diasingkan antara organik dan bahan tidak mesra alam akan dihantar terus ke tempat pelupusan sampah terbuka. "Bahan-bahan bertoksik daripada bateri atau telefon tadi akan masuk ke dalam ekosistem dengan mencemari tanah terlebih dahulu. Sebab itu banyak kawasan tanah pelupusan sampah kelihatan mati malah, tidak boleh ditanam apa-apa tumbuhan.

"Sebagai contoh, merkuri akan mengalir ke dalam sistem sungai seterusnya boleh mencemarkan kawasan di sepanjang sungai," ulas Azli lagi. Merkuri dan kadmium adalah bahan yang sangat beracun kepada hidupan air seperti ikan dan ia boleh masuk ke dalam kitaran makanan manusia. Lebih teruk lagi, kata Azli, jika merkuri memasuki sistem badan manusia, ia boleh menyebabkan kematian dan penyakit-penyakit seperti kanser. Tambahnya, bateri dan telefon bimbit perlu dibuang atau dikitar semula dengan cara yang betul seperti yang disediakan oleh sayrikat Nokia atau Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF).

Peranan individu


KOTAK kitar semula yang disediakan di pusat kitar semula.


Kerana itu sebagai salah seorang penduduk dunia, mulakan langkah pertama dengan mengitar semua telefon bimbit lama di tempat-tempat yang menyediakan kemudahan kitar semula. Nokia Malaysia baru-baru ini telah melancarkan kempen terbaharu bagi menggalakkan orang ramai mengitar semula telefon bimbit mereka. Dikenali sebagai Nokia Recyclimpics, syarikat pengeluar telefon terkemuka itu mereka bentuk sebuah gerai yang bersifat hiburan dan pada masa yang sama dapat mengitar semula. Pengurus Besar Nokia Malaysia, Singapura dan Brunei, Vlasta Berka berkata, pihak mereka mahu berkongsi pengetahuan mengenai kebaikan mengitar semula dengan orang ramai.

"Selain itu, kami mahu menjadikan kitar semula sebagai aktiviti yang mudah dan menyeronokkan," ujar Berka ketika ucapan permulaan di MidValley, Kuala Lumpur. Sebanyak tiga buah permainan disediakan iaitu bola keranjang, melembing dan boling. Orang ramai hanya perlu membawa telefon bimbit lama mereka tanpa mengira jenama ke pusat-pusat Nokia. Menariknya, individu-individu yang mengitar semula telefon akan mendapat sebatang pokok yang dipanggil pokok angkat. Anda dapat memilih kedudukan pokok serta memantau tumbesarannya. Selain itu, dalam kehidupan seharian, pengguna telefon bimbit boleh mengurangkan pencemaran dengan memilih peranti elektronik yang mempunyai pelbagai fungsi. Banyak model telefon sekarang memiliki pelbagai fungsi seperti pemain MP3, kamera, navigasi dalam satu produk malah, kajian menunjukkan hampir 25 tan karbon dioksida dapat dikurangkan dengan penggunaan alatan-alatan itu.

Peranan syarikat


PELAJAR Kolej TAR mengambil inisiatif mengadakan kempen ECOnnect bagi menggalakkan pelajarnya mengitar semula.


Di Nokia, pihaknya sudah lebih 10 tahun menjadikan amalan kitar semula dan pengurangan tenaga dalam setiap polisi syarikat mereka. Ia bermula dari peringkat pembuatan produk sehingga kepada penghantaran.

Dalam tempoh tersebut, syarikat pengeluar utama telefon itu telah berjaya mengurangkan impak buruk kepada alam sekitar sebanyak 65 peratus. Bercerita berkenaan perihal tersebut, Pengurus Hal Ehwal Alam Sekitar SEAP Nokia, Francis Cheong berkata, Nokia mengamalkan prinsip pemikiran kitar hayat terhadap produk dan langkah pemprosesan secara berterusan untuk mengurangkan impak kepada alam sekitar. "Nokia menggunakan logam yang dikitar semula dan biobahan untuk bahagian penutup, bingkai dan bahagian dalaman sesebuah telefon bimbit.

"Bahan-bahan tersebut terbukti mempunyai nilai prestasi dan kualiti sama dengan bahan asal," ujar Francis dalam sesi penerangan kepada media baru-baru ini. Penukaran teknologi dalam setiap produk keluaran mereka juga turut mendapat perhatian seperti menggunakan pengecas yang mempunyai sistem peringatan dan kecekapan tenaga. "Paparan OLED (Organic Light-emitting Diode) pada produk telefon keluaran Nokia pula mampu menjimatkan tenaga sehingga 30 peratus berbanding paparan LCD yang hanya kurang 25 peratus sahaja," ulasnya lagi. Bagi pembungkusan pula, Nokia turut menggunakan 95 peratus kertas kitar semula serta mengecilkan kotak bungkusan mereka bagi menjimatkan ruang.

"Pada akhir 2008, Nokia berjaya mengurangkan jumlah trak penghantar di atas jalan raya daripada 100,000 buah kepada 12,000 buah trak setahun sahaja," kata Francis lagi. Peranan institusi pendidikan

Golongan remaja terutama pelajar adalah kelompok teramai yang menggunakan telefon bimbit tambahan pula pada peringkat usia begitu, fesyen memainkan peranan penting. Ledakan populariti laman-laman sosial turut memberi impak kepada golongan tersebut sehingga ada yang memiliki dua atau tiga buah telefon bimbit seorang. Disebabkan alasan tersebut, Pensyarah dan Penyelia Program Komunikasi Massa Kolej Tunku Abdul Rahman (TAR), Lim Siz Siz berkata, dia mencadangkan kepada pelajarnya mengadakan hari kitar semula sebagai projek tahun akhir mereka. "Projek yang dipanggil sebagai ECOnnect itu boleh disifatkan berjaya

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Hutan simpan mangsa pencuri kayu bakau

Posted:

Hutan simpan mangsa pencuri kayu bakau

Hutan simpan mangsa pencuri kayu bakau

Oleh ADLAN JAAFAR


PENCURI bakau sangat teliti memotong batang bakau kerana hanya pokok matang sahaja yang dipilih.


MINGGU lalu, Jabatan Perhutanan Selangor dengan kerjasama Maritim Malaysia (APMM) berjaya menumpaskan satu sindiket mencuri kayu bakau Hutan Simpan Pulau Klang dan Hutan Simpan Pulau Ketam. Sebanyak 500 batang pokok bakau berjaya dirampas dengan nilai kerugian lebih RM50,000. "Amat sukar untuk menentukan jumlah keluasan hutan simpan yang terlibat. "Ini kerana mereka hanya memilih pokok-pokok yang matang dan kebanyakannya berada di celah-celah pokok," ujar Penolong Pengarah Kanan Perhutanan Negeri (Penguat Kuasa Hutan), Jabatan Perhutanan Negeri Selangor, Mohd. Yussainy Mohd. Yusop ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

Kes kecurian kayu bakau yang dikesan oleh Jabatan Perhutanan Selangor di hutan simpan menunjukkan peningkatan yang mendadak sejak tahun 2010 iaitu sebanyak 38 kes berbanding tahun 2009, sebanyak 12 kes dan hanya lapan kes pada tahun 2008. "Sementara itu, Laporan Audit Negara 2010 pula melaporkan sebanyak 54 kes kesalahan hutan direkodkan melibatkan kayu bakau sepanjang tiga tahun tersebut. "Rampasan kayu bakau yang dibuat adalah sebanyak 184,218 batang, manakala kerugian ditafsirkan berjumlah RM1.9 juta," ulasnya lagi. Harga pasaran kayu bakau matang lebih kurang RM18 sebatang dan untuk kayu mentah pula kira-kira RM10 sebatang.

Lesen tamat

Krisis tersebut semakin berleluasa dan tidak terkawal selepas lesen pengusaha kayu bakau telah ditamatkan oleh Jabatan Perhutanan sejak 1 Julai 2010. "Jabatan Perhutanan pernah mengeluarkan 23 lesen pengusaha hasil bakau di Hutan Tanah Kerajaan Pulau Ketam antara tahun 1994 hingga 2000. "Bagaimanapun, hanya tujuh lesen yang aktif merangkumi keluasan hutan seluas 927.7 hektar tetapi, semuanya telah ditamatkan pada bulan Julai tahun lalu. "Ia berlaku kerana kawasan yang terlibat telah diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal pada 4 Jun 2009 di bawah Seksyen 7, Akta Perhutanan Negara 1984," ulas Mohd. Yussainy lagi. Penamatan semua lesen pengusaha hasil bakau dan permintaan yang sentiasa mendapat sambutan menyebabkan kegiatan mencuri bakau semakin meruncing berdasarkan laporan tangkapan dan jumlah hasil rampasan.

Dari Indonesia

Pelbagai cara yang digunakan oleh pencuri bakau bagi mengaburi mata pihak berkuasa seperti mengisytihar hasil bakau tersebut dari Indonesia. "Lebih 70 peratus bekalan kayu mentah bagi keperluan industri berasaskan kayu jaras bakau datang dari Selangor walaupun ia diisytiharkan sebagai kayu import. "Kayu-kayu import dari Indonesia tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah dari Pemerintah Indonesia yang menyatakan tempat asalnya. "Bot-bot mereka pula bebas memasuki perairan Malaysia, ia menyukarkan lagi pihak jabatan bagi menguat kuasa Akta Perhutanan Negara 1984," kata Mohd. Yussainy.

Kayu bakau biasanya digunakan sebagai pancang pada ternakan ikan dalam sangkar, zon perindustrian berdekatan pelabuhan, pembinaan kawasan pangkalan nelayan dan tapak gudang kontena. Banyak usaha telah dilakukan bagi membanteras aktiviti mencuri kayu bakau seperti Kerajaan Negeri Selangor pernah menulis surat kepada Menteri Kehutanan Indonesia bagi merungkai kemelut tersebut. "Walaupun mengalami kekurangan dari segi kakitangan dan logistik, pihak kami mengadakan operasi bersepadu secara berterusan dengan APMM dan Pasukan Gerakan Polis Marin Selangor. "Jabatan Perhutanan juga mendapat kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi memantau kecurian kayu bakau daripada terus berlaku," ulasnya lagi.

Selain itu, penguat kuasa perhutanan turut meningkatkan pengawalan di perairan Klang memandangkan kawasan kecurian dilakukan di kawasan kepulauan, 20 batu nautika dari tanah besar. Hutan simpan kekal di negeri Selangor mempunyai keluasan 18,088 hektar yang telah diwarta sejak tahun 1904 lagi. Seluas 4,442 hektar hutan paya laut lagi dikategori sebagai hutan tanah kerajaan atau beri milik dengan jumlah keseluruhan hutan paya laut seluas 22,530 hektar. Itu menjadikan, hutan paya laut di negeri perindustrian itu yang kedua terbesar di Semenanjung Malaysia selepas Hutan Paya Laut Matang, Perak.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Rekaan sempurna Liquid Metal

Posted:

Rekaan sempurna Liquid Metal

Rekaan sempurna Liquid Metal

Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM


SAIZ paparan skrin besar dan jelas melancarkan akses kepada pelbagai aplikasi.


ENAMA Acer sememangnya cukup sinonim dalam industri perkomputeran antarabangsa. Penghasilan pelbagai produk yang dilengkapi teknologi canggih dan terkini menjadikan ia salah satu jenama popular dalam kalangan penggemar peranti pada hari ini. Kepakaran menghasilkan peranti canggih dan teknologi tinggi tersebut tidak terbatas kepada produk perkomputeran sahaja malah diketengahkan dalam segmen telefon pintar untuk memenuhi permintaan pengguna.

Dengan menampilkan model Liquid Metal menggunakan platform sistem operasi Android 2.2, telefon pintar itu dijangka mampu menarik perhatian pengguna peranti telefon pintar terutamanya mereka yang sentiasa menitikberatkan kualiti premium. Ia yang mempunyai reka bentuk menarik dengan saiz paparan skrin sentuh 9.1 sentimeter Active Matrix TFT Colour LCD yang mampu memberi kepuasan kepada pengguna. Saiz paparan skrin besar dan jelas dapat memudahkan lagi pengguna menggunakan pelbagai ciri terkini yang ditawarkan telefon peranti berkenaan.

Dalam pada itu, mereka yang gemar melayari Internet akan merasai pengalaman menakjubkan apabila menggunakan Liquid Metal. Kepantasan pelayaran alam maya dapat dinikmati kerana ia didatangkan bersama sokongan Flash dan penggunaan enjin JavaScript secara optimum. Antaramuka pengguna yang dibangunkan dengan teknologi terkini juga memudahkan lagi pengurusan aplikasi dapat dilakukan lebih mudah.

Lebih menarik, informasi paparan skrin dapat dilihat oleh pengguna walaupun skrin dikunci pengguna.

Mereka juga boleh melihat sejarah aplikasi yang digunakan sebelum ini untuk memastikan kemudahan di hujung jari pengguna. Telefon pintar Liquid Metal yang hanya mempunyai berat 135 gram turut memberi kebebasan kepada pengguna untuk mengubah skrin mengikut kehendak mereka agar mudah digunakan apabila berada di mana-mana sahaja. Populariti laman sosial seperti Facebook dan Twitter juga dapat digunakan melalui peranti telefon pintar ini lantaran penyediaan aplikasi yang lancar.

Dengan menggunakan Acer SocialJogger, pengguna boleh melayari laman web lebih mudah dan mendapat pelbagai pengemaskinian melalui widget disediakan pada paparan skrin. Selain itu, bagi pengguna yang menggemari fungsi rakaman video, mereka tidak akan berasa hampa apabila menggunakan telefon pintar ini kerana ia dicipta bersama ciri video definisi tinggi (HD). Untuk keterangan lanjut mengenai telefon pintar Liquid Metal boleh melayari laman web www.acer.com.my.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved