Selasa, 26 Julai 2011

Kosmo Online - Hiburan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Mahu berpijak di bumi nyata

Posted:

Mahu berpijak di bumi nyata

Mahu berpijak di bumi nyata



KISAH percintaan Nora Elena dan Seth Tan menjadi idaman dan igauan setiap penonton yang mengikuti siri drama tersebut yang telah ditayangkan di slot Akasia TV3 beberapa bulan lalu. Di dalam drama yang diadaptasi dari sebuah novel yang berjudul Kasih Yang Suci ini, pendatang baharu Siti Saleha atau nama sebenarnya Siti Saleha Mohd. Baharum telah diberi kepercayaan untuk memegang watak utama di samping pelakon kacak Aaron Aziz yang memegang watak Seth Tan.

Walaupun telah tiga tahun berada di dalam industri seni, nama Siti Saleha kurang dikenali ramai. Namun, bak kata orang, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Watak Nora Elena berjaya melonjak terus nama gadis berusia 21 tahun ini dalam bidang yang diminatinya sejak kecil itu. "Saya tidak sangka drama ini mendapat sambutan ramai. Namun, apa yang boleh dikatakan, saya seronok sepanjang terlibat dalam penggambaran Nora Elena. Saya juga suka kepada watak yang saya lakonkan sejurus selepas menerima tawaran tersebut.

"Ia merupakan pengalaman pertama saya berlakon dan memegang watak dari drama yang diadaptasikan dari sebuah novel," ujar Saleha yang manis berkebaya rekaan Salikin Sidek ketika ditemui dalam majlis The Blue Kebaya Showcase, The Weld, Kuala Lumpur baru-baru ini. Di sebalik kejayaan dan kepuasan berlakon yang dikecapinya, Saleha akui masih baru dengan publisiti yang diterima dirinya dan sedikit sebanyak membuatkan empunya diri takut dengan penerimaan masyarakat terhadapnya.


SALEHA mengaku mula terkena tempias popular selepas drama bersiri Nora Elena.


"Saya mendapat kepuasan yang berlainan setelah berlakon di dalam drama ini dan dari segi publisiti pula sedikit menakutkan. Ini kerana kini apabila saya bersiar-siar atau berjalan di mana-mana, orang akan mula mengenali dan melihat saya. "Seperti baru-baru ini, ketika saya ingin menuju kereta selepas tamat kuliah, tiba-tiba seorang lelaki memanggil saya dari arah belakang. Masa itu, saya sedar yang saya semakin dikenali. Namun, saya tidak mahu sombong dan lupa diri," cerita Saleha yang berikrar dia akan sentiasa mengingatkan dirinya agar terus berpijak di bumi nyata dan tidak hanyut dibuai keenakkan dunia glamor.

Kontroversi foto seksi

Bukan seorang, malah ramai artis tempatan yang pernah terpalit kontroversi dek foto-foto yang dimuat naik melalui laman web sosial interaktif Facebook justeru foto tersebut disiarkan di blog-blog untuk tatapan masyarakat bagi dibuat penilaian. Sebagai seorang artis yang namanya kian melonjak naik, Saleha juga tidak terlepas daripada kontroversi yang mungkin boleh mengganggu perjalanan kariernya sebagai anak seni.

Tidak berapa lama dahulu, foto-foto Saleha berpakaian seksi disebarkan melalui laman-laman blog hiburan yang mana foto tersebut jelasnya diambil dari laman Facebooknya yang telah diprivasikan. "Ada juga perasaan takut yang menyelubungi diri. Namun, foto-foto yang disebarkan itu gambar lama saya bersama keluarga dan rakan-rakan. Tapi, saya berasa pelik kerana laman Facebook saya memang telah diprivasikan hanya kepada rakan-rakan dan keluarga sahaja.

"Jadi saya tidak pasti bagaimana mereka mendapatkan foto-foto tersebut. Tidak pernah terjadi kepada saya sebelum ini. Mungkin kini saya perlu berhati-hati untuk melakukan apa sahaja," tuturnya sopan yang juga mengatakan tidak mahu namanya naik, jatuh dan hilang begitu sahaja. Tambahnya lagi, mengenai kontroversi yang diterimanya, ia merupakan sebahagian daripada asam garam kehidupan jika ingin bergelar seorang artis.

Saat diaju persoalan mengenai apakah empunya diri tidak takut kontroversi yang melanda menjatuhkan populariti yang sedang diraihnya, jawab anak kacukan Melayu-Inggeris ini, ia merupakan perkara normal dan cabaran cabaran yang perlu dihadapi jika ingin menjulang nama di persada seni.


SALEHA juga kerap menjadi wajah komersial untuk iklan produk kecantikan dan makanan.


"Mungkin sebelum ini, nama saya bersih dan ada di antara mereka yang ingin mengambil kesempatan dari foto laman Facebook saya. Namun, jika ada rezeki saya di dalam bidang ini, tidak akan ke mana. Biarlah ia lambat sekalipun, tapi kejayaan yang dikecapi berpanjangan," ujar gadis yang mula menceburkan diri di dalam bidang hiburan sejak berumur 13 tahun dan drama pertama penampilannya merupakan 5 Jingga pada tahun 2008.

Privasi diceroboh

Menjawab soalan para media yang bertanya mengenai mungkinkah privasinya telah diceroboh menerusi laman sosial popular tersebut, dia mengaku ada timbul perasaan curiga namun dirinya tidak mahu menyalahkan sesiapa. "Ini merupakan sebahagian dari kehidupan seorang selebriti dan jika boleh saya memang tidak mahukan langsung kontroversi seperti ini dan saya mahu dikenali sebagai seorang pelakon yang bersih.

"Saya masih belum bersedia kerana selama ini saya fikirkan mereka hanya mahu tahu mengenai perkembangan karier saya sahaja, tapi rupa-rupanya anggapan saya salah. Baru kini saya sedar bahawa peminat ingin juga ketahui segalanya tentang artis yang mereka minati," jelasnya sambil mengukir senyuman sambil menjelaskan bahawa ramai juga peminat yang masih menyokongnya dan memberikan komen-komen positif terhadap apa yang terjadi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Platun Setangkas Harimau

Posted:

Platun Setangkas Harimau

Platun Setangkas Harimau

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN


BARISAN karyawan drama bersiri Platun Harimau yang kini sedang bersiaran setiap Khamis di RTM2.


MENJEJAK tanpa dijejak, membunuh tanpa dibunuh! Kejam bunyinya namun itu semangat sebenar perajurit tanah air yang tidak jemu berkhidmat di perbatasan demi mempertahankan negara tercinta. Merangkak, menyusup, menghidu dan merenung tajam pada setiap inci perubahan tanah, pokok, bukit dan sungai bagaikan Sang Belang memburu gerombolan mangsa sudah cukup menggambarkan sifat sebenar sepasukan tentera yang bertempur pengganas komunis sekitar tahun 1980-an. Diterjemah ke dalam sebuah naskhah baharu bercorak drama 13 episod, cerita sebenar unit komando khas Platun Harimau di bawah pimpinan Leftenan Fauzi menentang pengganas komunis Black Jacket kini sudah mula bersiaran di RTM2 bermula hari Khamis, 21 Julai lalu pukul 9 malam.

Drama yang diarahkan oleh Razali Mohd. Yussof itu sebenarnya direalisasikan daripada karya tulisan Leftenan Kolonel Mohd. Radzi Abdul Hamid dan turut mendapat kerjasama Tentera Darat Malaysia sepanjang pembikinannya selama sebulan. Platun Harimau antara lain turut membariskan pelakon hebat antaranya Zul Huzaimi, Norman Hakim, Yatt Hamzah, Yus Waisar, Safura Yaacob dan Zamarul Hisyam. Bagi pengarah drama itu, berdepan dengan jarak lokasi penggambaran yang jauh ke dalam hutan dan kerjasama dengan pasukan yang mengutamakan disiplin seperti tentera merupakan cabaran utama menghasilkan filem bercorak ketenteraan itu.

"Kos pembikinan drama ini lebih kurang RM500,000, tetapi hasil daripada bantuan logistik pasukan Tentera Darat Malaysia banyak perbelanjaan dapat dijimatkan," ujarnya ketika ditemui selepas majlis pratonton drama Platun Harimau di Wisma Transit Kuala Lumpur baru-baru ini. Memilih kawasan Tapah, Sungai Udang dan Hospital Kem Terendak, Melaka sebagai lokasi utama pembikinan drama itu, kisah yang penuh tragis dan patriotik itu turut mengetengahkan elemen kekeluargaan dan percintaan pada masa yang sama.


YATT HAMZAH menghidupkan karakter Dr. Bani dalam drama Platun Harimau.


Yatt Hamzah yang memegang watak Dr. Bani dan menjadi kekasih kepada Leftenan Fauzi yang dilakonkan oleh Zul Huzaimi berkata impian menyarung sut celoreng yang dipendamnya selama ini sudah terlaksana.

"Daripada kecil lagi saya bercita-cita untuk menjadi seorang juruterbang pesawat tentera, syukur Alhamdulillah menerusi drama ini saya dapat juga memakai seragam celoreng itu walau sekadar lakonan. Ia umpama satu penghargaan kepada saya," bicaranya menyusun frasa.

Selain itu, muncul mendukung watak sebagai seorang wanita yang baik hati, lemah lembut tapi luarannya perlu tegas, Yatt mengakui itu pengalaman sulung yang dikutipnya. "Dalam drama ini saya akan berdepan dengan dilema antara memilih cinta atau keluarga dan saya akan melakonkan watak seorang wanita bertudung yang baik tapi cuba menyembunyikan sifat sebenar apabila sedang berkhidmat," ceritanya mengenai watak yang dilakonkannya. Jadi, jangan lepaskan peluang menyaksikan drama penuh mendebarkan, tragis, tangis, tawa dan air mata itu setiap hari Khamis pukul 9 malam di saluran RTM2.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved