Rabu, 29 Jun 2011

Kosmo Online - Varia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Tanam meranti di Tanarimba

Posted:

Tanam meranti di Tanarimba

Tanam meranti di Tanarimba

Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
amir.azam@kosmo.com.my


HOI MING (kiri) menanam salah satu daripada 26 pokok meranti di Tanarimba.


SEKALI-SEKALA dapat mendekatkan diri dengan alam semula jadi tentu sekali dapat melahirkan perasaan mendamaikan di dalam jiwa.

Bagaimanapun, kehijauan alam semula jadi dunia yang menjadi khazanah berharga kini dihimpit pemanasan global yang mungkin satu hari nanti tidak dapat dinikmati oleh generasi masa hadapan.

Menyedari kepentingan itu, Dimension Data (Malaysia) Sdn. Bhd. menjalin kerjasama bersama Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) dalam menjejak alam semula jadi serta menanam 26 pokok meranti melalui program Go For Green di Tanarimba Janda Baik, Pahang baru-baru ini.

Pengarah Urusan Dimension Data, Chong Hoi Ming berkata, program berkenaan merupakan tanggungjawab sosial syarikat dalam memberi sumbangan terhadap pemuliharaan alam sekitar.

"Sudah menjadi sebahagian daripada budaya Dimension Data memulihara alam sekitar kerana kami terlibat secara langsung dalam teknologi hijau. Bagaimanapun, program ini diharap dapat memberi pendedahan dan meningkatkan kesedaran mengenai alam sekitar dalam kalangan pekerja.

"Kami juga berharap program yang diadakan ini dapat memberi kesan jangka panjang terhadap alam sekitar dan generasi akan datang untuk merasai kehijauan khazanah dunia ini," katanya.

Program yang diadakan bersempena ulang tahun ke-26 syarikat itu melibatkan 103 peserta merangkumi pihak pengurusan, pekerja, pelanggan dan MNS.

Dimension Data turut menyerahkan sumbangan bernilai RM15,000 kepada Pengarah Eksekutif MNS, Clliford Clement untuk melaksanakan pelbagai aktiviti penyelidikan dan kajian mengenai pemuliharaan alam sekitar.

Dalam pada itu, Clifford menjelaskan, pokok meranti dipilih dalam program itu kerana keupayaan sebatang pokok tersebut mampu meresap dan memerangkap sehingga 25 kilogram karbon dioksida.


SEBANYAK 103 peserta menyertai program Go For Green di Tanarimba Janda Baik baru-baru ini.


"Justeru, ia dapat membantu dalam memulihara alam sekitar terutamanya sewaktu dunia berdepan dengan pemanasan global," katanya.

Sementara itu, salah seorang peserta, Lim Ju-Lian, 26, berkata, melalui program berkenaan dia memperoleh pengalaman baharu apabila dapat mendekatkan diri dengan alam semula jadi.

"Rutin harian agak sibuk, apabila dapat bersama-sama menyertai program ini ia memberi kesempatan untuk mendekatkan lagi diri dengan alam semula jadi.

"Dalam pada itu, kita juga dapat mengenali dengan lebih rapat rakan sepejabat yang jarang ditemui kerana kesibukan tugas masing-masing," kata Perunding Perkhidmatan Profesional Dimension Data itu.

Bagi Elmy Nasiruddin, 36, pula, program berkenaan dapat memberi pendedahan mengenai kepentingan ekosistem kepada manusia.

"Walaupun, sumbangan menanam pokok meranti kecil tetapi, ia dapat membantu dalam memulihara alam sekitar yang dilanda kepanasan global.

"Kita juga dapat meningkatkan pemahaman mengenai alam sekitar dan mengenali rakan-rakan pejabat dengan lebih dekat lagi apabila dapat bersama-sama menjejak alam di Tanarimba Janda Baik ini," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jualan amal di stesen kereta api

Posted:

Jualan amal di stesen kereta api

Jualan amal di stesen kereta api

Oleh ADLAN JAAFAR
adlan.jaafar@kosmo.com.my


KTM turut menjalankan kutipan di dalam gerabak sepanjang perjalanan ke Stesen Kereta Api Ipoh.


SUASANA hujung minggu lalu di Stesen Kereta Api Ipoh yang menyimpan sejarah pembinaan berusia 76 tahun itu sangat berbeza daripada hari-hari biasa.

Dalam kesibukan penumpang menunggu ketibaan gerabak kereta api yang akan membawa mereka ke destinasi pilihan, di siar kaki stesen, sekumpulan sukarelawan sedang giat menarik perhatian khalayak.

Berlatarbelakangkan seni bina kolonial, celoteh deejay bertugas yang diselang-seli dengan dendangan muzik berjaya mencuri perhatian orang ramai yang rata-ratanya sibuk dengan urusan masing-masing.

Berdekatan kanopi yang menempatkan deejay bertugas, pelbagai pakaian terpakai digantung dan ada juga yang ditempatkan di dalam kolam mandi plastik untuk kanak-kanak yang diubah fungsi menjadi ruang longgokan.

Selain itu, barang-barang terpakai lain seperti buku, pinggan-mangkuk malah tudung berwarna-warni turut menjadi pilihan kepada mereka yang berminat untuk membeli.

Pakaian yang masih berada dalam keadaan elok itu dijual pada harga serendah RM2 manakala buku-buku termasuk hasil karya penulis terkenal boleh dibeli pada harga RM5 sahaja.

Bonanza Amal

Keadaan meriah itu adalah sebahagian daripada usaha Pertubuhan Bantuan Kemanusiaan Islam Malaysia (IRM) dalam menganjurkan program Bonanza Amal Barangan Terpakai 1Malaysia dengan kerjasama Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Semua barang terpakai yang dijual semula itu merupakan hasil sumbangan orang ramai. Semua aktiviti pengumpulan dan derma telah diadakan selama tiga minggu di stesen-stesen komuter.

Kemudian, barang-barang tersebut disaring oleh para sukarelawan bagi memastikan hanya barangan yang masih dalam keadaan baik dijual.

Program jualan amal itu bertujuan untuk mencari dana bagi membantu penduduk Malaysia yang memerlukan tanpa mengira bangsa dan agama.

Menurut Presiden IRM, Zawahir Abdullah, kutipan daripada jualan yang dibuat di Ipoh itu nanti akan disalur kepada keluarga miskin yang telah dikenal pasti di Bagan Serai pada 9 Julai ini.

"Seramai 200 orang yang telah terpilih terdiri daripada ibu tunggal, warga emas yang miskin, OKU (orang kelainan upaya) dan sumbangan berbentuk barang-barang makanan.


PARA sukarelawan IRM terlibat dalam jualan program Bonanza Amal bagi mengumpul dana membantu rakyat Malaysia yang tidak bernasib baik.


Bagi memastikan bantuan disalur kepada pihak yang benar-benar layak, pihak IRM mendapat senarai nama-nama individu yang dikategorikan miskin dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Dengan senarai yang ada, sukarelawan IRM akan melakukan pemeriksaan dan meninjau keadaan dan rumah individu yang berada di dalam senarai bagi melihat keperluan mereka.

"Dari situ, kami akan menyaring orang yang berkelayakan untuk menerima bantuan," ujar Zawahir ketika sidang akhbar Bonanza Amal di Bilik VIP Stesen Kereta Api Ipoh.

Sasar

Bagi tahun ini, IRM menyasarkan jumlah dana yang terkumpul sebanyak RM10,000 dan bagi program Bonanza Amal di Ipoh sahaja mereka berharap dapat mengumpulkan hasil dana sejumlah RM3,000,

Jualan amal Bonanza 1Malaysia di Ipoh juga turut dihadiri oleh Pengerusi IRM cawangan Perak, Ahmad Najib Ahmad dan Pengurus Pemasaran KTM Intercity, Mohd. Noordin Kimi serta kakitangan KTMB dan sukarelawan IRM.

Sebagai rakan kerjasama, KTMB sentiasa peka dalam membantu golongan yang memerlukan dengan menghulurkan bantuan seperti menyediakan tempat acara jualan amal dijalankan.

Menurut Noordin, KTMB turut mengadakan sebuah tabung yang dipanggil charity-drive dengan tujuan mengutip derma di dalam gerabak sepanjang perjalanan kereta api.

"Wang derma itu nanti akan diserahkan kepada IRM untuk diagih-agih kepada rakyat Malaysia yang memerlukan," tambah Noordin.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved