Jumaat, 24 Jun 2011

Kosmo Online - Pesona


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pesona


Hadir bukan sebagai ganti

Posted:

Hadir bukan sebagai ganti

Hadir bukan sebagai ganti

Oleh ADLAN JAAFAR
adlan.jaafar@kosmo.com.my



MASYARAKAT kita secara umumnya sering berpendapat bahawa anak-anak yang berasal daripada keluarga berantakan biasanya menjadi mangsa dera bapa atau ibu tiri jika ibu atau bapa mereka berkahwin lain.

Ada yang berpendapat, kasih sayang yang diterima oleh seorang anak daripada ibu atau ayah kandungnya tidak sama dengan ibu atau bapa tiri.

Pandangan tersebut bukanlah dakwaan kosong semata-mata kerana sentimen orang ramai juga banyak dipengaruhi laporan yang kerap disiar di media massa.

Salah satu daripada kes yang boleh dikaitkan dengan perkara itu adalah kejadian yang menimpa Allahyarham Syafiah Humairah Sahari tahun lalu.

Arwah yang ketika itu hanya berusia tiga tahun meninggal dunia selepas didera oleh lelaki yang didakwa sebagai ayah tirinya di padang permainan yang terletak di kawasan perumahan di Ulu Yam lama, Batang Kali.

Awal tahun ini, satu lagi kes penderaan kanak-kanak oleh seorang lelaki yang juga teman lelaki kepada ibu bayi tersebut di Ampang.

Hooi Wai Chew, 34, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian Law Hong Jun dengan meninggalkan bayi itu dalam kereta dari pukul 2 pagi hingga 12 tengah hari keesokannya.

Tanggungjawab

Namun begitu, kes-kes seperti itu sebenarnya langsung tidak memalitkan keburukan kepada imej mereka yang bergelar bapa tiri di negara ini.

Ramai lelaki, baik seorang bapa kandung ataupun bapa tiri, tidak semuanya berperangai sadis dan tidak tahu menjalankan tanggungjawab seorang ayah atau penjaga.

Bagi pelakon terkenal, Aaron Aziz, 35, yang dibesarkan oleh bapa tiri, menyifatkan insan bernama Abdullah Daud, 53, ialah individu yang bertanggungjawab mengajarnya segala perkara berkaitan agama, asal-usul dan tanggungjawab.

"Perkara yang arwah ayah kandung saya tidak sempat ajar, berkenaan agama, kehidupan dan bagaimana menjadi seorang lelaki, bapa tiri sayalah insan yang melakukannya.

"Peranannya umpama memasang semua aplikasi yang diperlukan oleh seorang anak," kata Aaron ketika ditemui di sebuah majlis di Mutiara Damansara, Petaling Jaya.

Bagi Aaron, ayah tirinya seorang yang sangat kuat agama dan tiap kali memberi tunjuk ajar, dia seperti memberi syarahan.


AARON yang dibesarkan oleh bapa tiri memanfaatkan didikan bapa tirinya itu terhadap perkembangan anak-anaknya. (Dari kiri atas, ikut jam: Aaron, isterinya Diyana, Dwi Ariana dan Danish.


Pada mulanya, pelakon yang berasal dari Singapura itu mengakui kurang menyukai kehadiran seorang lelaki yang bergelar ayah tiri.

Namun begitu selepas melihat kesabarannya menerima seorang wanita yang mempunyai empat orang anak membuatkan hati Aaron berubah.

"Sehingga kini, ayah tiri saya tidak memiliki anak sendiri dan kami tidak pernah bertanyakan hal tersebut kerana baginya kami adalah anak mereka," ujar Aaron yang tinggal bersama ayah tiri sejak usia 13 tahun.

Memetik antara ajaran ayah tirinya, walaupun kedengaran biasa bagi orang lain, adalah tiada makna jika mempunyai segala-galanya di dunia tetapi tiada tanggungjawab dan kasih sayang.

Memori

Tambah Aaron, memori dengan ayah kandungnya terlalu sedikit berbanding dengan insan yang bernama Abdullah itu.

"Saya cuma diingatkan tentang arwah ayah kandung apabila emak saya bercakap mengenai nasihat dan tegurannya," tambah Aaron.

Pengalaman membesar oleh ayah tirinya banyak membentuk gaya Aaron dalam mendidik anak-anaknya sendiri. Dia disifatkan sebagai seorang yang tegas namun penyayang kepada mereka.

"Alhamdulillah, sehingga sekarang saya tidak perlu menggunakan kaedah hukuman kepada anak-anak tetapi hanya perlu bertindak seperti pegawai polis sahaja.

"Tidak perlu untuk ambil tali pinggang untuk menakutkan mereka. Cukup hanya mendengar ton suara saya yang berlainan," tambahnya yang sudah lapan tahun mendirikan rumahtangga selama lapan tahun.

Aaron dan isterinya, Diyana Halik, dikurnia seramai tiga orang anak iaitu Danish Anarqi, 7, Dwi Ariana, 5, dan Dahlia Anissa, 1.

Teguran

Bagi pegawai pemasaran di sebuah rangkaian butik yang beribu pejabat di Kuala Lumpur, Siti Azliyana Azmi, 23, dia dan adiknya, Siti Fatin Azmiera Azmi, 19, sudah hampir 20 tahun tinggal bersama bapa tiri.

"Saya sudah tinggal dengan bapa tiri sejak umur tiga tahun dan dia banyak mengajar kami supaya menjadi wanita yang baik.

"Ayah (tiri) mahu kami sentiasa dipandang hormat oleh orang lain dan sangat mengambil berat mengenai kami.

"Jika kami adik-beradik didapati pulang ke rumah terlalu lewat, ayah pasti akan memarahi kami," kata Azliyana ketika ditemui di Puchong.

Bukan itu sahaja, menurut Azliyana, insan yang bernama Noor Badrol Akram, 51, itu pasti akan menegurnya jika dia kelihatan berpakaian kurang sopan di matanya.

"Bukan mahu memaksa kami, tetapi sekurang-kurangnya dia mahu kami berpakaian sopan dan menghormati pandangan orang sekeliling," ujar Azliyana yang masih menjaga hubungan baik dengan bapa kandungnya.


AZLIYANA (kiri) tidak kekok meneruskan kehidupan bersama bapa tirinya, Badrol (kanan) di samping ibunya, Norlyn.


Perkara paling penting, Noor Badrol mahu mereka menjaga nama baik keluarga, terutamanya ibu mereka, Norlyn Hamid, 50.

Hasil perkongsian hidup ibunya dengan Noor Badrol, telah dikurniakan dengan seorang anak, Tia Nellisa, 15, yang kini rapat dengan Azliyana dan Fatin umpama adik-beradik kandung.

Ketika kali pertama berjumpa, Azliyana menyatakan bahawa bapa tirinya yang lebih selesa dipanggil sebagai daddy itu kelihatan sangat senang menerima mereka berdua.

"Mungkin disebabkan sikap saya yang suka bercakap dan Fatin yang sewaktu kecil amat manja kepadanya dengan sering meminta didukung. Mungkin itu membantunya meredakan tekanan apabila pulang dari tempat kerja.

"Dia tidak pernah menunjukkan perasaan seperti tidak mahu atau malas mahu menjaga kami dua beradik," tambah Azliyana.

Menurut Noor Badrol, dia tidak terkejut ketika mula-mula mengetahui wanita yang mahu dikahwininya itu mempunyai dua orang anak.

"Cuma, saya berasa sedikit takut ketika mula-mula memikirkan akan menjaga dua orang anak tetapi apabila berjumpa dan melihat mereka seperti sudah memiliki ayah, saya terus menjadi sayang kepada mereka," katanya ringkas kepada Kosmo!.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bakat chef Daisy dari Pantai Timur

Posted:

Bakat chef Daisy dari Pantai Timur

Bakat chef Daisy dari Pantai Timur

Oleh FAUZI MOHD.
rencana@kosmo.com.my


PARA peserta Cabaran Daisy Sehebat Chef 2011 Zon Pantai Timur bergambar beramai-ramai.


SUASANA pagi di pekarangan pasar raya Giant Kuala Terengganu, Terengganu Sabtu lalu tiba-tiba menjadi riuh dengan telatah 30 peserta yang mengambil bahagian pada acara Cabaran Daisy Sehebat Chef 2011.

Cuaca panas di negeri pantai timur itu sedikitpun tidak dihiraukan oleh orang ramai dan para peserta yang tampil dengan resipi ciptaan masing-masing. Seawal pukul 10 pagi orang ramai mula beratur di kaunter minyak jagung Daisy untuk menebus minyak jagung dengan isipadu 500ml secara percuma. Syaratnya, mereka perlu membawa dua keping kepala akhbar Kosmo!.

Bagaimanapun, penebusan itu terhad untuk 200 pengunjung terawal sahaja. Program anjuran Kosmo! dengan kerjasama minyak jagung Daisy dan Tupperware itu memilih Kuala Terengganu sebagai lokasi pertama bagi cabaran sulung tahun ini.

Tujuan utama program itu adalah untuk mencungkil bakat-bakat usahawan kecil dalam pembuatan kek dan biskut.

Selain itu, kerjasama yang terjalin antara rakan penganjur dan penaja bertujuan untuk berkongsi dengan masyarakat Pantai Timur khususnya mengenai teknik penggunaan minyak jagung Daisy dalam pembuatan kek dan biskut.

Dalam tempoh masa 45 minit, yang ditetapkan oleh para juri yang diketuai duta minyak jagung Daisy, Chef Liza Zainol, 30 peserta bertungkus-lumus menyiapkan dekorasi pada kek dan biskut masing-masing mengikut tema yang ditetapkan iaitu seni dan kebudayaan.

Dalam pertandingan itu, setiap peserta perlu menggunakan jenama minyak jagung Daisy dalam resipi kek dan biskut mereka.

Produk yang menggunakan 100 peratus minyak jagung asli dan bebas kolesterol itu diperkaya dengan vitamin E, omega 6 dan poli lembut.

Bagi chef muda syarikat pembuat kek, Ziq Bakery & Cake, Mohd. Nawawi Alias, 24, yang mempertaruhkan resipi Kek Lapis Khazanah Tradisional berjaya memikat hati para juri untuk dinobatkan sebagai juara kategori kek.

Kata Mohd. Nawawi, kelebihan yang dimiliki peserta lain yang rata-ratanya wanita begitu sengit buatnya apatah lagi dia baru tiga tahun bekerja dalam bidang tersebut.

"Walaupun ada yang berkata, idea orang lelaki lebih kreatif jika diasah dengan baik, tetapi orang yang banyak memberi tunjuk ajar adalah wanita iaitu majikan saya sendiri.

"Jika selama ini, ramai pelanggan memuji kek keluaran Ziq Bakery, rasanya tidak salah pada kali ini sekiranya produk yang saya hasilkan dinilai oleh juri profesional," katanya kepada Kosmo!.

Mengasah bakat

Mohd. Nawawi bersama pemenang kategori biskut, Mohamad Suhasman Mohamad Rozi, 23, masing-masing menerima hadiah wang tunai RM300. Lebih istimewa, kesemua 30 peserta bertanding turut mendapat saguhati wang tunai RM100 serta hadiah daripada Daisy dan Tupperware.


Dari kiri, Pengarang Rencana Kosmo!, Najibah Hassan, Mohd. Nawawi, Chef Liza, Mohd. Suhasman, Stella dan Cecelia pada majlis penyampaian hadiah kepada para peserta Cabaran Caisy Sehebat Chef 2011 di Kuala Terengganu, Terengganu baru-baru ini.


Mohamad Suhasman pula mengakui, pengalaman membuat biskut sejak berusia 12 tahun daripada ibunya memberi keyakinan kepada anak muda yang berasal dari Tumpat, Kelantan itu untuk mempertaruhkan resipi biskut garlic creamy Daisy.

Kata pembantu tukang masak di Dewan Makan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Bharu, Kelantan itu, kunjungan ke Kuala Terengganu adalah semata-mata untuk mengasah kebolehan yang ada padanya ke peringkat lebih tinggi.

"Kalau saya tidak datang ke sini pun, biskut yang saya hasilkan sentiasa mendapat sambutan khususnya menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri pada setiap tahun.

"Walaupun jauh dan cuti hujung minggu yang singkat, sampai juga saya ke sini kerana mahu membuktikan saya bukan sekadar jaguh kampung dan ingin bergerak lebih jauh dalam bidang ini," katanya.

Bagi peserta yang membawa resipi vitato sesame cake, Chef Johana Ibrahim, 38, kalah atau menang bukan ukuran kerana panduan yang diperoleh dalam pembuatan kek yang diusahakannya Terengganu.

"Sebelum menyertai pertandingan, saya mencuba sebanyak 10 kali menggunakan minyak jagung Daisy dalam pembuatan kek kerana sebelum ini saya menggunakan mentega.

"Ia merupakan alternatif untuk mengganti marjerin kerana sukatannya lebih tepat dan yang pasti menjimatkan," ujar pemilik Galeri Kek Manjalera, di Seberang Takir, Kuala Terengganu itu sejak tiga tahun lalu.

Bagi peserta dari Sungai Tong, Setiu, Terengganu, Yusmaliza Naim, 32, berkata, walaupun penglibatannya dalam pembuatan kek sudah menjangkau 12 tahun, pertandingan itu memberinya lebih ruang untuk mempelajari banyak perkara.

Kata usahawan program Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) itu, petua dan tip daripada pihak Daisy akan digunakan untuk menghasilkan kek yang berkhasiat.

"Apa yang perlu kami pelajari ialah hidangan bukan sekadar cantik dan menarik, malah ia perlu berkhasiat.

"Paling meminati makanan ini adalah kanak-kanak. Sehubungan itu, khasiat pemakanan perlu diambil kira," ujarnya.

Chef Liza turut melakukan demonstrasi membuat biskut semperit istimewa Daisy dan kek hitam manis untuk dirasa oleh pengunjung.

Bagi menggamatkan suasana, persembahan dua artis remaja, Mila Akademi Fantasia (AF5) dan penyanyi, Sabhi Saddi berjaya memukau pelanggan Giant Kuala Terengganu pada hari berkenaan. Acara tersebut turut dimeriahkan oleh persembahan gamelan daripada para pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Gong Badak, Kuala Terengganu, Terengganu. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengurus Pengiklanan Kosmo!, Stella Abdullah dan Pengurus Jenama Bahagian Pemasaran Lam Soon Edible Oils Sdn. Bhd., Cecilia Lee.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Filosofi label Replay

Posted:

Filosofi label Replay

Filosofi label Replay


MESKIPUN sudah beradatiga dekad dalam pasaran jenama Replay tetap mempunyai penggemar tersendiri.


KREATIF dan bersifat lasak di luar, pencinta fesyen Replay semakin berkembang seiring dengan usia jenama itu yang sudah menjangkau lebih 30 tahun.

Dengan mengumpulkan peminat dari segenap negara dan budaya, Replay dikenali bukan hanya kerana baju-T dan jean yang dihasilkannya, tetapi juga aksesori, kasut, haruman dan pakaian kanak-kanak.

Memastikan jenama itu sentiasa selari dengan cita rasa peminatnya, kembara dan pembacaan menjadi dua elemen yang menjadi kunci filosofi yang sentiasa membuka minda pereka jenama itu.

Mula membuat debut label pada tahun 1978 oleh Claudio Buziol, sejak itu Replay terus berkembang sehingga mempunyai lebih 220 butik di seluruh dunia pada tahun 2009.

Mengimbau hasil kerja Replay yang masih diingati sehingga kini termasuklah denim jean dinamakan double-ring yang berjaya memukau orang ramai.

Penghasilan jean tersebut berjaya mencecah sehingga satu juta helai dalam tempoh dua tahun pada tahun 1989.

Tiga tahun selepas itu, Replay terus berkembang dengan menubuhkan cabang baru diberi nama The Replay & Sons yang didekasikan khas untuk pakaian si kecil.

Pada tahun 1994, menjadi titik tolak kepada fenomena Replay apabila ia melebarkan sayap ke Asia dan Asia Barat.

Tidak pernah berkompromi dengan hasil rekaan, kualiti fabrik dan kerja tangan, setiap musim Replay menghasilkan lebih 1,300 item untuk memenuhi almari pencinta fesyen.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved