Jumaat, 3 Jun 2011

Kosmo Online - Pesona


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pesona


Anda refleksi apa yang anda makan

Posted:

Anda refleksi apa yang anda makan

Anda refleksi apa yang anda makan

Oleh HAZLINDA HAMZAH


TABIAT makan dan kurang bersenam faktor yang menyebabkan kanak-kanak obes.


KAJIAN Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) selama lapan tahun di negara maju seperti Amerika Syarikat, Jerman dan United Kingdom mendapati negara-negara tersebut mencatatkan jumlah penduduk yang obes.

Paling atas dalam senarai ialah American Samoa yang mencatatkan hampir 94 peratus penduduknya termasuk dalam kategori obes.

Ia dikatakan akibat perubahan mendadak pada corak pemakanan mereka.


TABIAT makan dan kurang bersenam faktor yang menyebabkan kanak-kanak obes.


Penduduk di American Samoa dikatakan tidak lagi makan makanan tradisional mereka. Sebaliknya, mereka memilih makanan yang diproses dari Amerika dan Eropah.

Makanan diproses ini lebih murah dan mudah didapati.

Penduduk obes di Republik Kiribati, yang terletak di Lautan Pasifik berada pada tahap hampir 82 peratus jumlah penduduknya. Masalah obes ini juga disebabkan mereka lebih cenderung memilih makanan yang sudah diproses.

Antara makanan yang diklasifikasikan sebagai penyebab kegemukan melampau ialah makanan diproses, makanan segera, minuman keras seperti bir, makanan berlemak dan mengandungi pemanis seperti sirap jagung yang tinggi fruktosa.

Faktor lain ialah penduduk di negara-negara ini semakin tidak aktif dan hilang minat dalam melakukan aktiviti tradisional mereka.

Sebagai contoh, penduduk di New Zealand dan United Kingdom semakin dihantui fenomena gaya hidup tidak aktif dan kurang beriadah.

"Seingat saya, generasi datuk nenek kita halus-halus dan kecil molek orangnya. Susah nak jumpa orang kampung yang berisi atau gemuk dan besar.

"Tapi hari ini kita sudah terlalu biasa dengan makanan segera dan berlemak serta berkolesterol tinggi seperti rendang ayam," kata Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Persatuan Pengguna Islam Malaysia, (PPIM), Tengku Azwil Tengku Tengku Abdul Razak.

Wang saku


MAKAN secara sederhana dapat membantu mencegah obesiti.


Tengku Azwil bagaimanapun tidak bersetuju makanan tradisional seperti nasi lemak dipersalah dan dianggap penyebab kegemukan sedangkan makanan itu wujud sejak zaman berzaman.

Bagaimanapun pada hari ini nasi lemak menjadi makanan berkolesterol tinggi apabila ditambah dengan lauk sampingan seperti rendang ayam dan rendang daging, sambal udang dan lain-lain.

Tengku Azwil juga berkata, kanak-kanak kini berkemampuan untuk berbelanja lebih kerana ibu bapa menyediakan wang saku yang lebih banyak di sekolah.

Beliau menggesa ibu bapa supaya tidak memberikan anak-anak mereka wang yang terlalu banyak sehinggakan boleh digunakan untuk perkara lain yang tidak berfaedah.

"Saya pernah melihat seorang pelajar membawa wang saku sebanyak RM10 sehari.

Wang lebih akan dikumpul dan digunakan untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan di kafe siber, bermain permainan maya di komputer, tanpa menggunakan tenaga fizikal," kata bapa kepada dua orang anak itu.


MENGHABISKAN masa berjam-jam di kafe siber boleh menjadi faktor penyumbang masalah obes dalam kalangan kanak-kanak.


Tengku Azwil juga menggesa supaya menu makanan di kantin sekolah turut dipantau dan diselaraskan harganya di seluruh negara.

Ibu bapa juga katanya tidak harus berikan anak-anak wang saku yang banyak kerana mereka boleh menyediakan bekalan makanan yang berkualiti dan selamat dari rumah.

Disiplin pemakanan

Disiplin ketika makan dan memilih makanan perlu bermula dari rumah.

"Jauhkan makanan segera yang kurang berkhasiat kerana ia mengandungi bahan perasa, bahan pengawet dan perisa yang tidak asli dan boleh memudaratkan.

"Makanan ringan seperti snek dan makanan manis seperti ais krim, kek serta pencuci mulut juga harus dielak kerana ia boleh menyebabkan diabetes dan gigi sakit," katanya.

Senaman boleh membantu membakar lemak. Melalui aktiviti fizikal yang betul dan melebihkan pengambilan makanan berserat seperti sayur-sayuran, bijirin dan buah-buahan juga baik dapat mengawal berat badan.

Dari segi makanan, mengamalkan makan makanan yang dimasak di rumah kerana ia merupakan pilihan terbaik untuk anak-anak.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada permintaan pakaian saiz XXXL

Posted:

Tiada permintaan pakaian saiz XXXL

Tiada permintaan pakaian saiz XXXL


SEHINGGA kini, belum ada permintaan untuk mendapatkan saiz XXXL untuk pakaian seragam sekolah. -Gambar hiasan


ADA yang mendakwa jumlah kanak-kanak yang obes di negara ini semakin meningkat dan mereka memerlukan pakaian yang bersaiz besar.

Bagaimanapun, tinjauan saiz pakaian seragam sekolah yang dijual di beberapa kedai mendapati tanggapan tersebut tidak tepat. Rata-rata peniaga berkata, tidak berlaku peningkatan yang signifikan terhadap permintaan baju dan kasut yang bersaiz besar.

"Jumlah mereka yang membeli pakaian dan kasut sekolah bersaiz besar pada hari ini tidak banyak bezanya. Sebenarnya ada sedikit pengurangan dan tidak ada yang mahukan saiz luar biasa seperti XXXL.

"Bahkan, tidak ramai yang memerlukan pengubahsuaian baju untuk dilonggarkan. Bagi kami permintaannya sama seperti biasa," kata Grace, pemilik sebuah kedai pakaian seragam sekolah SBJ Uniform. Kedai itu, yang menjual pakaian seragam sekolah telah beroperasi sejak lebih 15 tahun di Lembah Klang.

Walaupun Grace tidak merujuk kepada saiz tertentu, beliau mengakui kebanyakan permintaan pakaian seragam sekolah di kedainya ialah untuk saiz di antara 26 hingga 32.

"Adakalanya pinggang muat tapi baju terlalu panjang atau pendek, yang itulah yang perlu diubah suai tetapi ia bukan satu masalah besar," katanya sambil melayan seorang pelanggan yang mencari sehelai seluar panjang untuk pelajar lelaki tingkatan satu.

Saiz paling besar untuk gaun seragam perempuan di kedai itu ialah 40.

"Saiz badan memang tidak semua sama. Ada kanak-kanak kurus tinggi, dan ada yang rendah dan gempal. Apa yang saya dapat lihat tidak berapa ramai pelajar di kawasan ini yang terlalu besar," kata Grace.

Kualiti makanan kantin

Sebuah lagi kedai yang banyak menerima tempahan menjahit pakaian seragam sekolah ialah Merlin.

Kedai yang terletak di SS2 Petaling Jaya itu juga tidak banyak menerima tempahan pakaian seragam sekolah bersaiz besar.

Seorang daripada pelanggannya ialah He Jhe Ming yang tinggi dan bertubuh sederhana besar. Pelajar tingkatan satu itu mengaku yang dia memang suka makan, tetapi dia aktif bersukan.

Tabiat makan dipercayai antara punca utama kanak-kanak menjadi obes.

Kantin sebuah sekolah rendah di bandar raya Kuching, Sarawak yang mempunyai lebih 900 pelajar menjual pelbagai jenis makanan. Pengurusan sekolah memantau kualiti makanan yang dijual bagi memastikan tidak memudaratkan kesihatan pelajar.

"Ramai pelajar membawa bekal untuk dimakan pada waktu rehat. Ada yang bawa nasi lemak, mi goreng dan sosej, yang lain membawa naget dan burger," kata guru Zubaidah Zainuddin, dari Sekolah Kebangsaan RPR Jalan Astana, Petra Jaya.

Beliau berkata, beberapa orang pelajar turut membawa wang saku untuk membeli makanan sebagai tambahan kepada bekal yang dibawa.

Bagaimanapun sekolah itu hanya mempunyai paling ramai 15 pelajar yang agak gemuk yang dianggap lebih kurang 1.7 peratus sahaja daripada jumlah keseluruhan pelajar.

Mungkinkah gaya hidup yang menjadi faktor penyumbang?

"Saya selalu kejutkan anak saya untuk sarapan pagi setiap hari. Kalau anak saya nak tidur semula, saya benarkan, asalkan dia sudah bersarapan," kata Cik Putih, seorang suri rumah dan ibu muda yang mempunyai seorang anak perempuan yang agak montel.

Melihat pada saiznya, berkemungkinan disebabkan amalan kanak-kanak ini yang tidur semula sejurus selepas makan.

Ramai yang menyatakan seseorang itu perlu membenarkan badannya menghadam makanan sebelum tidur.

Seseorang yang merebahkan badannya sejurus selepas makan akan mengumpul lemak di dalam badan. "Kita tak boleh makan sekenyang-kenyangnya kemudian tidur. Makanan akan terkumpul di dalam perut dan proses penghadaman akan terbantut," kata Sawaliyah Mohd. Nor, seorang warga Indonesia.

Gaya hidup yang tidak aktif ini dipercayai menjadikan seseorang itu obes. Apa yang pasti, kegemukan bukan berpunca saja daripada makanan, bahkan gaya hidup. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

SOKONGAN ASKAR MS BERBAJU OREN

Posted:

SOKONGAN ASKAR MS BERBAJU OREN

SOKONGAN ASKAR MS BERBAJU OREN

Oleh NURUL IZZA ROSLY


PADMA PANIKKER (kanan) melepaskan 250 peserta yang menyertai I Walk For MS di Taman Lembah Kirana, Petaling Jaya baru-baru ini.


SUASANA pada pagi 22 Mei lalu di Taman Lembah Kiara, Taman Persekutuan Bukit Kiara, Petaling Jaya tidak seperti hujung minggu yang biasa.

Biasanya lokasi itu menjadi tempat pilihan riadah sekeluarga untuk menghirup udara segar tanpa pencemaran seperti asap kenderaan tetapi suasana di kawasan rekreasi itu berubah ceria apabila dibanjiri lebih 250 individu seawal pukul 7 pagi.

Memakai kemeja-T berwarna oren, mereka seakan-akan tidak sabar untuk memulakan acara jalan kaki yang diberi nama I Walk For MS. Ia merupakan acara kemuncak sempena sambutan Hari Sklerosis Multipel (MS) yang jatuh pada 22 Mei setiap tahun. Acara tersebut dianjurkan oleh Persatuan MS Malaysia.

Selain acara jalan kaki yang berlangsung 22 Mei lalu, Persatuan MS Malaysia telah mengadakan kempen kesedaran selama lima minggu yang diberi nama A Wake Of Hope. Tujuannya untuk menyedarkan masyarakat mengenai penyakit MS dan implikasinya terhadap emosi serta fizikal yang dilalui oleh pesakit, keluarga dan rakan-rakan mereka.

Bagi merealisasikan usaha tersebut, Persatuan MS Malaysia turut menganjurkan pameran bergerak di beberapa pusat beli-belah di sekitar Lembah Klang.

Sambutan acara jalan kaki yang pertama kali diadakan sempena Hari MS sangat menggalakkan dan di luar jangkaan.

"Jumlah mereka yang hadir hari ini amat memberangsangkan dan di luar jangkaan. Ini bermakna ramai yang tampil untuk memberikan sokongan moral kepada penghidap MS dan pada masa yang sama melengkapkan dengan maklumat mengenai MS pada taklimat ringkas yang diadakan.

"Tujuan acara ini diadakan adalah untuk mendedahkan kepada orang ramai mengenai penyakit ini dan menguar-uarkan bahawa penyakit ini boleh dirawat .

"Pesakit yang menghidap MS juga dapat menjalani kehidupan harian seperti biasa," kata Presiden Persatuan MS Malaysia, Padma Panikker.

Seramai lima orang daripada 100,000 orang di Asia menghidap MS. Tetapi ramai yang tidak mengetahui mengenai penyakit ini sehingga ada yang melabelkannya sebagai penyakit misteri ataupun buatan orang.


ORANG awam dan pesakit MS sendiri hadir menjayakan acara I Walk For MS.


"Saya mahu tanamkan dalam diri penghidap MS bahawa penyakit ini bukanlah penamat kehidupan anda. Hidup perlu diteruskan dan jangan berputus asa.

"Saya juga penghidap MS dan hidup dengan penyakit ini selama 30 tahun," ujarnya penuh semangat.

Setelah tamat berjalan mengelilingi taman tersebut, askar MS berbaju oren beramai-ramai menurunkan tandatangan di sebuah dinding yang dikhaskan bagi menunjukkan sokongan terhadap kempen tersebut.

Norlida Mahasan, 36, yang setia menyorong kerusi roda suaminya, Kamaruddin Mohamad, 43, yang menghidap MS sejak tahun 2004 turut tidak ketinggalan menyertai acara tersebut.

"Saya mengenali suami pada tahun 2002 dan pada ketika itu dia masih sihat, kemudian barulah saya tahu bahawa dia menghidap MS tetapi kami masih berkawan seperti biasa. Sejak itu saya mula mencari maklumat mengenai MS dan memberinya semangat untuk menjalani kehidupan seperti biasa.

"Acara sebegini sedikit sebanyak dapat membuka mata orang ramai mengenai penyakit ini supaya lebih ramai orang tahu apa itu MS dan bagaimana caranya untuk ahli keluarga berdepan dengan masala ini. Sokongan dan semangat daripada keluarga amat penting buat pesakit-pesakit MS kerana mereka memerlukan bantuan dan ada antara mereka tidak mampu berdikari," katanya yang baru sahaja mengikat kasih dengan suaminya itu.

Jika Norlida menemankan suaminya untuk menyertai `A Walk of Hope', Lim Thin How, 32, bersama isteri tercinta, Hiew Mang Fang, 26, sanggup terbang dari Kuching, Sarawak semata-mata untuk menjayakan acara tersebut.

"Kami seronok bersama kawan-kawan yang lain berjalan kaki untuk menunjukkan tanda sokongan terhadap kempen ini. Harap usaha sebegini diteruskan pada masa akan datang dengan pelbagai aktiviti yang menarik.

"Sedikit pesanan buat ahli keluarga pesakit MS, menjaga mereka yang menghidap MS ini memerlukan kesabaran yang amat tinggi. Kita kena faham bahawa mereka memerlukan sokongan dan bantuan untuk meneruskan kehidupan yang berkualiti," luah Thin How.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved