Jumaat, 3 Jun 2011

Kosmo Online - Hiburan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Nora rapat lelaki muda

Posted:

Nora rapat lelaki muda

Nora rapat lelaki muda



HAMPIR tiga tahun hidup bergelar janda, pastinya banyak dugaan yang terpaksa dilalui oleh pelakon Nora Danish. Terutamanya apabila dia terpaksa berhadapan dengan kontroversi yang sering menjadi tumpuan ramai.

Kontroversi yang paling hangat diperkatakan sudah tentu perbalahan Nora dengan seorang pelakon wanita popular dan kontroversi yang dikatakan punca kepada penceraian dengan bekas suaminya sebelum ini.

Bagaimanapun, Nora kini tiba-tiba dilanda gosip hangat apabila dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan seorang jejaka.

Malah, ada khabar angin yang mengatakan bahawa jejaka yang dimaksudkan merupakan seorang kerabat diraja dan berasal dari Terengganu.

Kesempatan bertemu Nora pada majlis pelancaran drama bersiri Ana Lu'Lu baru-baru ini, pelakon berkenaan telah diajukan pertanyaan mengenai hubungannya dengan jejaka tersebut.

"Memang tidak dinafikan kini saya menjalin hubungan yang agak rapat dengan seseorang, tetapi adalah terlalu awal untuk saya katakan hubungan kami sebagai pasangan kekasih.

"Apa yang boleh saya katakan, dia merupakan lelaki yang paling rapat dengan saya ketika ini, namun dia bukanlah seorang kerabat dan tidak berasal dari Terengganu," jelasnya.

Tambahnya, jejaka berkenaan merupakan seorang ahli perniagaan yang langsung tidak terbabit dengan dunia hiburan dan usianya dua tahun lebih muda berbanding dirinya.

Bagaimanapun, Nora enggan mengulas lebih lanjut tentang hubungannya dengan lelaki berkenaan dan sekadar menyatakan bahawa mereka berdua masih lagi berkawan dan dalam proses saling mengenali.

"Boleh dikatakan hubungan kami agak rapat kerana masing-masing mempunyai keserasian. Walaupun dia lebih muda daripada saya, tetapi saya rasa senang berkawan dengannya sejak setahun lalu.

"Cuma kalau boleh saya tidak mahu bercerita sangat tentang hal ini kerana kami masih lagi di peringkat berkawan. Nanti kalau terlalu heboh sangat, risau pula apa yang diharapkan tidak menjadi," ujar pelakon berusia 29 tahun itu lagi.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai tempoh untuk dia menamatkan zaman jandanya, Nora memberitahu bahawa setakat ini dia masih belum terfikir lagi untuk mendirikan rumah tangga semula.

Menurutnya, dia memang masih lagi mempunyai keinginan untuk berumah tangga, namun dia memerlukan masa untuk mencari lelaki yang betul-betul sesuai dengan dirinya.

"Kalau boleh saya memang ingin berkahwin semula, namun apa yang boleh saya katakan ia tidak mungkin berlaku pada tahun ini kerana tidak terlalu terdesak sangat.

"Selepas ini kalau hendak mencari pasangan hidup, saya memerlukan masa yang lebih lama untuk mengenali hati budi lelaki yang akan saya pilih untuk menjadi suami nanti," jelasnya.

Tidak tertekan


NORA dan Kamal merupakan teraju utama drama Ana Lu'Lu.


Biasanya seseorang wanita yang hidup bergelar janda akan merasai tekanan kerana tiada tempat untuk bergantung atau terpaksa berhadapan dengan pandangan serong sesetengah pihak.

Apatah lagi kalau wanita berkenaan bergelar seorang selebriti yang sememangnya tidak akan lari daripada dilanda kontroversi hangat membabitkan hubungan dengan lelaki yang berkedudukan.

Bagaimanapun, Nora menjelaskan dia bersyukur kerana sepanjang tiga tahun menjadi janda, dia berasa tidak terlalu tertekan dalam menjalani kehidupan seharian.

"Saya sendiri mendapat sokongan pelbagai pihak terutamanya daripada keluarga mertua. Malah, hubungan saya dengan mereka masih tetap baik dan rapat sehingga kini.

"Jadi saya tidak merasa hidup keseorangan dan melalui kehidupan seperti biasa. Apa yang lebih penting saya mahu memberi fokus untuk membesarkan anak saya," ujarnya.

Meskipun begitu, pelakon berkenaan tetap tidak dapat menyembunyikan rasa kecewanya apabila wanita yang bergelar janda kerap dipandang negatif oleh sebilangan masyarakat.

Jelasnya lagi, tidak ada mana-mana wanita di dunia ini yang mahu menjadi janda, namun jodoh dan pertemuan semuanya telah ditentukan oleh Allah.

Kontroversi perubahan imej

Tentu ramai yang sudah mengetahui bahawa pada tanggal 8 April lalu, Nora telah menjejakkan kaki di Mekah untuk mengerjakan umrah selama dua minggu.

Namun, tidak lama kemudian tiba-tiba timbul cerita bahawa pelakon berkenaan dikatakan telah membuat kenyataan mahu mengubah penampilan sebaik sahaja pulang dari Mekah.

Ketika diajukan pertanyaan mengenai perkara berkenaan yang agak heboh sebelum ini, dia menafikan sekeras-kerasnya ada membuat kenyataan berkenaan.

"Saya sendiri agak terkejut apabila membacanya di akhbar, sedangkan saya langsung tidak pernah membuat sebarang kenyataan kepada mana-mana pihak media pun.

"Niat saya untuk ke Tanah Suci Mekah tempoh hari adalah mahu mendekatkan diri dengan Allah dan saya tidak mahu peminat salah anggap kalau mereka masih lagi melihat penampilan saya yang masih sama," ujarnya.

Jelasnya lagi, dia sendiri sangat hairan bagaimana perkara tersebut boleh timbul dan menegaskan penampilannya masih lagi sama seperti sebelum ini.

"Bukannya saya tidak mahu berubah langsung, tetapi kalau benar biarlah ia dinyatakan oleh saya sendiri kerana ini merupakan satu perkara yang cukup sensitif," tegasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Fasha enggan dedah nama aktor lewat

Posted:

Fasha enggan dedah nama aktor lewat

Fasha enggan dedah nama aktor lewat

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN


FASHA SANDHA


PELAKON sensasi Fasha Sandha yang telah meluahkan rasa marahnya terhadap seorang pelakon lelaki menerusi laman sosial Twitter ternyata mengejutkan ramai pihak.

Ia adalah kerana aktor berkenaan yang tiba lewat di lokasi selama empat jam. Menurut Fasha, masa yang ditetapkan oleh pihak produksi untuk tiba ke lokasi adalah pada pukul 8 pagi, sedangkan aktor berkenaan hanya tiba pada pukul 12.30 tengah hari.

Disebabkan masalah tersebut, Fasha telah melahirkan rasa marahnya menerusi Twitter. Apa yang lebih menimbulkan kemarahannya, aktor itu juga langsung tidak meminta maaf atas kelewatannya itu.

Walaupun tidak menjelaskan secara terang-terangan nama aktor yang dimaksudkan, namun difahamkan bahawa kemarahannya itu telah ditujukan kepada Iqram Dinzly yang juga gandingannya dalam drama rantaian Dewa Cintaku.

Setelah Iqram membuat kenyataan kelmarin, kali ini Fasha pula tampil membuat penjelasan berhubung perkara berkenaan.

Ikuti temu bual Fasha bersama Kosmo! semalam ketika dia dihubungi sewaktu menjalani penggambaran drama berkenaan di Pelabuhan Klang., Selangor.

Apakah yang membuat Fasha sangat marah sehingga meluahkannya menerusi Twitter?

FASHA: Apa yang saya nyatakan itu adalah berdasarkan situasi pada (hari) masa itu. Cuma ingin saya tegaskan yang saya tidak marah, tetapi sekadar meluahkan rasa tidak puas hati tentang perkara tersebut.


IKRAM DINZLY


Benarkah aktor yang dimaksudkan itu ialah Iqram Dinzly?

Sebenarnya saya tidak mahu menyatakan nama aktor berkenaan kerana bagi saya ia telah pun selesai apabila sehari selepas itu dia meminta maaf kepada semua orang serta menjelaskan punca dia datang lewat. Jadi, kalau boleh saya tidak mahu ulas lagi tentang masalah ini.

Adakah pada masa ini anda masih menjalani penggambaran dengan aktor berkenaan?

Ya, kami masih lagi menjalani penggambaran bersama. Malah, tidak ada masalah langsung kerana kami sama-sama menjalankan kerja secara profesional dan saya sendiri pun telah memaafkannya.

Anda kesal terhadap masalah yang berlaku?

Mulanya memang sedikit kesal kerana saya sendiri tidak mahu menjadi pelakon yang mendatangkan sebarang masalah kepada sesiapa pun. Apa yang terjadi ini diharapkan dapat menjadi iktibar dan pengajaran kerana kita bekerja dalam satu pasukan. Kalau seorang membuat masalah, tentu ia akan memberi kesan terhadap kerja orang lain.

Dikenali sebagai pelakon yang cukup berdisiplin, apa nasihat anda kepada pelakon-pelakon baru?

Perkara yang paling utama untuk bergelar seorang pelakon adalah disiplin. Saya ini tidaklah pandai untuk menasihati orang, tetapi apa yang boleh saya katakan kalau mahu maju dalam bidang ini, disiplin adalah kunci kejayaan. Sepanjang tujuh tahun dalam industri lakonan, saya bersyukur kerana masih mendapat kepercayaan pengarah dan penerbit disebabkan disiplin yang saya terapkan sejak dahulu serta sentiasa menepati waktu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kenny G tetap gah

Posted:

Kenny G tetap gah

Kenny G tetap gah


KENNY G turut mempamer kredibiliti dengan meniup saksafon selama 15 minit tanpa henti.


WALAU hampir tiga abad bermain seksofon, Kenny G atau nama sebenarnya Kenneth Gorelick masih teguh membina nama dalam bidang muzik kontemporari jazz apabila berjaya membuai peminatnya dengan alunan merdu seksofon tidak kira peringkat umur.

Anak kelahiran Seattle, Washington, Amerika Syarikat ini ternyata dapat memukau peminatnya di Malaysia apabila muncul di hadapan mereka menerusi konsert yang berlangsung di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur baru-baru ini.

Apa yang menariknya, setelah memperdengarkan dua buah lagu pada sesi pertama konsert tersebut iaitu Home dan Sillouette, Kenny berjaya memikat hati penonton konsertnya itu dengan berdialog menggunakan bahasa Melayu.

"Selamat datang. Harap maaf, bahasa Melayu saya tidak bagus. Jadi, saya akan cuba sebaik mungkin. Saya cinta Malaysia!" ucap Kenny walaupun sedikit pelat, namun dia berjaya menyebut setiap perkataan dengan betul dan berjaya mendapat sorakan daripada penonton yang hadir.

Ini bukanlah kali pertama kunjungannya ke Malaysia, malah ia merupakan kali ketiga Kenny mengadakan konsert, yang mana konsert pertamanya pada tahun 2008 berlangsung di Genting Highlands.

Konsert Kenny G Live In Concert itu telah dihadiri oleh hampir 2,000 penonton yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur.

Apa yang pasti, pemain seksofon berambut kerinting ini pandai menambat hati peminat yang sanggup hadir menontonnya dengan memberi kata-kata pujian kepada mereka.

Sepanjang 90 minit konsert tersebut berlangsung, selesai sahaja setiap lagu dipersembahkan, Kenny pasti dilemparkan tepukan dan sorakan penonton yang ternyata berpuas hati dengan persembahan yang diberi.

Kenny mempersembahkan tiupan seksofonnya menerusi 17 buah lagu termasuk tiga buah lagu latin dan sebuah lagu dari runut bunyi filem Titanic, serta lagu-lagu seperti Forever in Love, Heart and Soul dan Songbird.

Bukan itu sahaja, Kenny membuat kejutan dengan memberikan hadiah istimewa kepada pemenang cabutan bertuah iaitu sebuah seksofon yang digunakannya dan seksofon tersebut dimenangi oleh seorang gadis remaja, yang mana gadis tersebut juga dapat berinteraksi bersama Kenny di atas pentas dan menyaksikan persembahan Kenny dengan jarak hanya beberapa meter.

Kepuasan nyata terserlah di kalangan peminat yang hadir apabila Kenny diberi tepukan gemuruh penonton yang membuktikan dirinya peniup seksofon profesional. Malah sebelum berlalu pergi dia sempat membuat kejutan dengan menunjukkan kepakarannya meniup seksofon selama 15 minit tanpa bernafas. Kenny G nyata masih gah dan akan terus menjadi kesayangan peminatnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved