Kosmo Online - Negara |
- Astro turunkan caj atau diboikot
- Misi ke Filipina selamatkan Nazaruddin
- Bincang kenaikan harga makanan
Astro turunkan caj atau diboikot Posted: Astro turunkan caj atau diboikotOleh LUQMAN RIDHWAN MOHAMED NOR dan HALIMATON AHMAD PPIM mahu syarikat televisyen berbayar Astro mengkaji semula kanaikan caj langganannya bagi mengelakkan pengguna terbeban. - Gambar hiasan KUALA LUMPUR - Syarikat televisyen satelit berbayar, Astro diberi kata dua untuk mengkaji semula kenaikan harga langganannya atau berdepan dengan tindakan boikot secara besar-besaran oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Penasihat PPIM, Tunku Azwil Tunku Abdul Razak berkata, selain Astro, pihaknya juga bersedia melancarkan boikot terhadap penaja dan syarikat pengiklan dengan syarikat televisyen tersebut. "Tindakan Astro menaikkan kadar bayaran langganan sehingga RM15 sebulan adalah tidak wajar kerana syarikat itu telah mendapat keuntungan menjangkau RM831 juta setahun. "Sebanyak RM31 juta daripada jumlah itu merupakan hasil keuntungan daripada iklan yang disiarkan. Malah tindakan mengenakan caj sebanyak RM20 untuk menyambung perkhidmatan Astro juga tidak munasabah kerana ia tidak melibatkan sebarang kerja teknikal, mereka hanya perlu menekan satu butang sahaja," katanya pada satu sidang akhbar di sini semalam. Astro baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka akan melakukan pelarasan terhadap pakej yang ditawarkan berkuat kuasa 11 Julai ini dengan harga langganan diselaraskan bergantung kepada pakej pilihan pelanggan. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Misi ke Filipina selamatkan Nazaruddin Posted: Misi ke Filipina selamatkan NazaruddinKHAIRUN (kiri) mendukung anak bongsu Nazaruddin, Nur Athirah, sambil diperhatikan Mazlina (kanan) dengan Saidin Aziz (dua dari kanan) di Kuala Lumpur semalam. KUALA LUMPUR - Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO dijangka bertolak ke selatan Filipina minggu hadapan bagi mengadakan rundingan dengan kumpulan penculik Mohd. Nazaruddin Saidin, 38, (gambar) dalam usaha untuk membebaskan beliau. Pengerusinya, Datuk Muhamad Khairun Aseh berkata, rombongan tiga orang yang diketuainya itu bakal berjumpa dengan kumpulan terbabit di satu lokasi yang ditetapkan melalui orang perantara. Katanya, beliau berharap rundingan yang bakal dilakukan bakal menemui jalan penyelesaian dan dapat membebaskan Mohd. Nazaruddin. "Kita akan cuba mencari kata sepakat bersama pihak terlibat supaya segera membebaskan beliau (Mohd. Nazaruddin)," katanya pada satu sidang akhbar di pejabatnya di sini semalam. Ditanya mengenai tuntutan wang tebusan sebanyak RM5.6 juta yang dituntut oleh pihak penculik, beliau berkata, perkara tersebut tidak termasuk dalam perbincangan yang bakal diadakan. "Sememangnya ada permintaan wang melibatkan jutaan ringgit namun kita akan cuba mengadakan rundingan tanpa melibatkan sebarang wang tebusan," ujarnya. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Bincang kenaikan harga makanan Posted: Bincang kenaikan harga makanan
PUTRAJAYA – Kenaikan harga makanan dan sumber tenaga serta langkah-langkah proaktif yang akan diambil bagi menghalang masalah itu daripada menjadi lebih teruk adalah antara isu yang akan dibincangkan oleh para pemimpin yang menghadiri Dialog Antarabangsa Langkawi 2011 (LID2011) di Langkawi Ahad ini. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata indeks harga makanan telah meningkat sebanyak 15 peratus di antara Oktober 2010 dan Januari tahun ini dan ia dijangka terus naik. "Sama seperti harga minyak mentah yang telah melepasi AS$90 setong," kata beliau. Beliau berkata, semasa sesi pemukiman, para pemimpin atau wakil mereka dari 15 negara akan membincangkan langkah-langkah dan cara alternatif, termasuk usaha kerjasama mengurangkan kemeruapan berlebihan, terutamanya dalam harga-harga makanan dan tenaga, yang menjejaskan pertumbuhan dan kestabilan sosio-ekonomi. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan