Jumaat, 17 Jun 2011

Kosmo Online - Varia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Cabaran Daisy Sehebat Chef di Kuala Terengganu

Posted:

Cabaran Daisy Sehebat Chef di Kuala Terengganu

Cabaran Daisy Sehebat Chef di Kuala Terengganu


CHEF Liza menunjukkan Minyak Jagung Daisy yang akan digunakan peserta pertandingan untuk mencipta resipi kek dan biskut yang lazat.


CABARAN Daisy Sehebat Chef 2011 iaitu sebuah program kerjasama Minyak Jagung Daisy, Kosmo! dan Tupperware membuka tirai hari ini dengan menyaksikan Kuala Terengganu menjadi lokasi pertama pertandingan.

Bertempat di Giant, Kuala Terengganu dengan tema Seni dan Kebudayaan seramai 30 peserta akan bersaing menunjukkan kepakaran masing-masing membuat kek dan biskut resipi sendiri dengan menggunakan Minyak Jagung Daisy.

Jurucakap Minyak Jagung Daisy yang juga juri program, Chef Liza memberitahu, kriteria pemarkahan akan dilihat kepada ketulenan resipi, inovatif peserta serta cara ia dipersembahkan termasuk hiasan.

"Untuk resipi kali ini saya tidak mahu peserta mencampurkan Minyak Jagung Daisy dengan mentega. Selain itu, saya juga mahu mereka lebih fokus terhadap mutu kek dan biskut," jelas Chef Liza selaku juri cabaran itu nanti.

Signifikan penggunaan Minyak Jagung Daisy dalam penyediaan kek dan biskut untuk cabaran itu adalah kerana ia mengandungi soft-poly yang menjadikan kek lebih lembut dan halus.

Bahkan, jika digunakan untuk membuat biskut, anda akan mendapat biskut yang lebih rangup dan ringan.

Pada program Cabaran Daisy Sehebat Chef 2011, menariknya pembaca Kosmo! berpeluang mendapatkan Minyak Jagung Daisy 500 gram secara percuma dengan menebus dua kepala surat khabar Kosmo! di kaunter lokasi pertandingan.

Sebanyak 200 botol minyak disediakan di setiap lokasi pertandingan bermula dari pukul 10.30 pagi sehingga 11.30 pagi termasuk di Giant, Kuala Terengganu.


KEK HITAM MANIS


Tidak ketinggalan hari ini juga orang Terengganu berpeluang merasai kek dan biskut air tangan Chef Liza secara percuma.

Ini kerana Chef Liza akan menyediakan 400 hidangan percubaan masing-masing untuk kek hitam manis dan biskut samperit istimewa Daisy.

Orang ramai berpeluang menikmati kedua-dua hidangan itu.

Selain aksi para peserta, Giant Kuala Terengganu hari ini akan dimeriahkan dengan persembahan hiburan.

Sekolah Menengah Kebangsaan Gong Badak akan membuka acara dengan persembahan gamelan.

Ini diikuti dengan persembahan juara Akademi Fantasia 5, Mila pada pukul 2.15 petang.

Bintang baru yang sedang menempa nama dalam industri melalui lagu Nadiku, Sabhi Sadhi akan menghiburkan peminat pada pukul 5.45 petang.

Program itu akan diacarakan oleh Mimi DJ KLFM.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Menjaga khazanah alam laut

Posted:

Menjaga khazanah alam laut

Menjaga khazanah alam laut

Oleh NURFIRDAUS ABDUL RAHIM


PULAU TIOMAN salah sebuah pulau di Malaysia yang kaya dengan hidupan marin.


TEPAT pukul 9.30 malam, enjin tiga kapal peronda iaitu Kapal Taman Laut 1 Permata (KTL 1 Permata) dan dua bot peronda laju taman laut (PTL), PTL 1 dan PTL 4 bergerak meninggalkan jeti Taman Laut Pulau Tioman menuju ke arah utara Pulau Tioman.

Operasi penguatkuasaan oleh Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) di perairan Pulau Tioman itu diketuai oleh Pegawai Memerintah Atas Kapal, Mohd. Asri Awalluddin.

Turut serta dalam operasi penguatkuasaan tersebut ialah lapan anak kapal yang terdiri daripada anggota penguat kuasa dan dua jurutera enjin.

Operasi penguatkuasaan adalah kaedah terbaik bagi melindungi khazanah biodiversiti milik Malaysia.

Perlindungan berterusan diperlukan kerana kehidupan marin terdedah kepada ancaman aktiviti manusia dan fenomena alam seperti El-Nino dan peningkatan suhu global.

Sebagai langkah pencegahan, 42 kawasan perairan di Malaysia iaitu di Terengganu, Pahang, Johor dan Kedah diwartakan sebagai taman laut.

Ini bermakna kawasan yang diwartakan itu adalah zon larangan bagi sebarang aktiviti menangkap ikan menurut peruntukan di bawah Akta Perikanan 1985 (Pindaan 1994).

Di bawah peruntukan itu, mana-mana orang yang melakukan kesalahan menangkap ikan di kawasan larangan taman laut boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Malaysia dianugerahkan perairan yang mengandungi pelbagai spesies kehidupan marin, sesuai dengan tarafnya sebagai antara 12 negara yang mempunyai kehidupan biodiversiti terbesar di dunia.

Pada tahun 2010, anggota penguatkuasaan JTLM menangani 47 kes yang melibatkan pelbagai kategori kapal dan kesalahan.

"Kapal yang menggunakan pukat tunda adalah kapal yang mencatatkan kes kesalahan tertinggi iaitu 65 peratus keseluruhan kes tangkapan diikuti pukat hanyut (13 peratus), pukat jerut (11 peratus) dan lain-lain 11 peratus dan melibatkan jumlah kompaun RM111,800," kata Ketua Pengarah JTLM, Dr. Sukarno Wagiman.

Penguatkuasaan mikro

Menyedari aktiviti pelancongan di sekitar taman laut juga mampu menyebabkan kemusnahan kepada terumbu karang, JTLM juga pada tahun ini banyak bertegas dalam penguatkuasaannya. Pada masa yang sama, JTLM juga meningkatkan penguatkuasaan mikro di semua taman laut dengan memberi tumpuan kepada kerosakan terumbu karang secara langsung dan tidak langsung.

"Jika sebelum ini penguatkuasaan tertumpu kepada aktiviti pencerobohan nelayan di taman laut, penguatkuasaan mikro akan melibatkan pengawasan aktiviti rekreasi dan kesalahan melibatkan pelancong dan orang awam.

"Pihak penguat kuasa akan bertindak secara terus memantau segala aktiviti dalam air terutama di kawasan perairan taman laut. Sebagai contoh mengawasi aktiviti pelancong seperti snorkeling dan selam skuba yang boleh merosakkan batu karang dan hidupan lain," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Sukarno menjelaskan, pemantauan di tempat tumpuan pelancong dan orang awam dengan menggunakan perkhidmatan penyelam JTLM yang bertauliah juga akan ditingkatkan bagi melindungi kehidupan marin daripada terus terancam.


ANGGOTA Pasukan Gerakan Marin melakukan pemeriksaan ke atas sebuah bot pukat tunda Thailand yang dirampas di perairan Pulau Tioman.


"Kita juga jalinkan kerjasama dengan pengendali pelancongan dan pengusaha calet sekitar taman laut.

"Mereka bertindak sebagai pemberi maklumat dan menasihatkan pelancong tentang apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan di taman laut," katanya.

Sementara itu, Mohd. Asri memberitahu wakil akhbar bahawa operasi penguatkuasaan JTLM kini dimantapkan lagi dengan kewujudan kapal KTL 1 Permata.

Jentera tersebut mampu beroperasi dalam cuaca buruk khasnya semasa musim tengkujuh iaitu musim para penceroboh giat menjalankan aktiviti yang dilarang di sekitar taman laut.

"Sejak penyerahannya kepada JTLM Disember tahun lalu, sebanyak lapan tangkapan berjaya dilakukan terhadap penceroboh termasuk nelayan asing yang terlibat dalam aktiviti penangkapan ikan menggunakan pelbagai jenis pukat di perairan Pulau Tioman," katanya. Berkeupayaan bergerak sejauh 900 kilometer atau 500 batu nautika, kapal ini mempunyai kelajuan maksimum 34 knot, dengan kemampuan membawa muatan air tawar sehingga 1,000 liter dan bahan bakar sehingga 6,000 liter selain sistem pemantau Global Positioning System (GPS).

Ujian laut

Dibina oleh sebuah syarikat perkapalan tempatan iaitu Kejuruteraan Kapal Masai (KKM) Sdn. Bhd., kapal ini boleh memuatkan 16 orang kru pada satu-satu masa.

Dilengkapi enjin jenis MAN V12-1360BHP @ 2300 RPM dengan 1100 kuasa kuda dan mempunyai sistem jet air, kapal itu telah melalui ujian di laut bagi memenuhi syarat kontrak dan prestasi kapal sebelum penyerahannya.

"KTL 1 Permata akan menjadi tonggak utama JTLM dalam pelaksanaan operasi penguatkuasaannya di seluruh taman laut di negara ini," katanya.

Ketika kapal KTL 1 Permata meluncur laju dengan kelajuan 16 knot, penulis dan tiga rakan media lain mula terasa kelajuan bot yang membelah arus deras perairan Pulau Tioman menuju ke arah Kampung Juara, timur Pulau Tioman.

Pelbagai persoalan bermain di minda apakah yang akan terjadi sekiranya kami bertemu dengan penceroboh ataupun nelayan asing?

Malangnya pada malam itu kami pulang dengan tangan kosong apabila operasi yang berakhir pada pukul 12..30 pagi itu tidak menemukan sebarang aktiviti pencerobohan di sekitar perairan Pulau Tioman dengan dua batu nautika.

Dalam perjalanan pulang ke jeti, kami terserempak dengan sebuah bot nelayan tempatan dipercayai dari Pahang berdasarkan plat C di badan kapal.

Bagaimanapun, setelah bot dan 200 awak-awak itu diperiksa oleh anggota penguat kuasa JTLM, mereka bebas daripada kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985.

Walaupun tiada tangkapan pada malam itu JTLM akan terus giat menjalankan tanggungjawab sebagai pemantau dan penjaga khazanah alam laut negara daripada terus terancam. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved