Rabu, 22 Jun 2011

Kosmo Online - Horizon


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Horizon


Destinasi libur warisan Kuala Lumpur

Posted:

Destinasi libur warisan Kuala Lumpur

Destinasi libur warisan Kuala Lumpur

Oleh AMMAR JAZLAN MAD LELA
ammar.jazlan@kosmo.com.my



SEMENJAK Raja Abdullah dan Raja Jumaat bersama 87 pekerja Cina menghilir Sungai Klang sehingga ke Sungai Gombak dan menemui bijih timah di Ampang sekitar 1850-an, Kuala Lumpur tidak pernah berhenti membangun.

Daripada sebuah pekan perlombongan yang dihuni pelombong-pelombong bijih timah, ia terus berkembang sebagai sebuah kota metropolitan yang menjadi pusat pentadbiran dan perniagaan yang terulung di negara ini.

Perubahan demi perubahan yang dilakukan menyebabkan bandar raya yang diiktiraf sebagai ibu negara Malaysia dengan populasi menghampiri dua juta penduduk itu terus gah dengan pelbagai kegemilangan dan kejayaan.

Jika dahulu, ia dikelilingi rumah-rumah beratap nipah, kini ia diserikan dengan kehadiran bangunan-bangunan pencakar langit.

Kehadiran beberapa mercu tanda baru seperti Menara Berkembar Petronas yang pernah mencatat sejarah sebagai bangunan tertinggi di dunia serta Menara Kuala Lumpur, menyaksikan ibu negara Malaysia itu terus gah di mata dunia.

Di sebalik pembangunan pesat kota metropolitannya, Kuala Lumpur juga kaya dengan pelbagai kesan sejarahnya yang tersendiri. Antaranya ialah bangunan-bangunan bersejarah yang terus kekal sehingga ke hari ini serta menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara.

Horizon minggu ini cuba mengupas beberapa lokasi bersejarah yang tersenarai di antara 10 ikon pelancongan utama di Kuala Lumpur oleh Kementerian Pelancongan Malaysia.

Muzium Negara


MUZIUM Negara terus menjadi tumpuan bagi mereka yang mahu mengenali kebudayaan dan sejarah negara.


Memulakan operasinya pada tahun 1963 hasil daripada ilham bekas bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Reka bentuk bangunan adalah bercirikan elemen estetik dan ukiran bangunan istana Melayu tradisional.

Seni bina bangunan Muzium Negara disokong oleh 26 batang tiang konkrit secara keseluruhan. Gabungan tiang konkrit iaitu 13 tiang pada bahagian timur dan 13 tiang lagi pada bahagian barat bangunan mempunyai falsafahnya sendiri iaitu melambangkan Malaysia dibentuk daripada 13 buah negeri.

Muzium Negara memuatkan pelbagai informasi dan sejarah mengenai Malaysia dari dahulu sehingga kini. Ia terbahagi kepada beberapa galeri utama iaitu zaman prasejarah, zaman kesultanan Melayu, kolonial, selepas kemerdekaan di samping pencapaian dan kejayaan yang diperoleh negara.

Ketua Pengarah Jabatan Muzium Negara (JMN), Datuk Ibrahim Ismail berkata, sejak dibuka Muzium Negara terus menjadi menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara yang mahu mengenali kebudayaan dan pelbagai sejarah negara ini dengan lebih dekat.

Katanya, dalam konteks masa pada hari ini peranan muzium bukan sekadar memaparkan maklumat semata-mata bahkan, memberikan pengalaman yang menyeronokkan kepada pengunjung.

"Pelbagai bahan pameran dipamerkan secara interaktif sejajar dengan perkembangan semasa. Pada masa yang sama, JMN turut mengadakan pelbagai siri pameran khas seperti pameran keranda, pameran senjata, pameran Orang Asli dan sebagainya bertujuan memberi nilai tambah terhadap pameran yang sedia ada," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tarikan acara tradisi kampung

Posted:

Tarikan acara tradisi kampung

Tarikan acara tradisi kampung

Oleh BASIR ABU BAKAR
basir.abubakar@kosmo.com.my


BALAI polis lama yang sudah dibaik pulih ini menyimpan banyak sejarah mengenai kisah jenayah dan isu keselamatan.


KESERONOKAN dan keunikan merasai pengalaman menginap di homestay sering kali menjadi buah mulut para pelibur khususnya pelancong domestik.

Konsep inap desa itu pasti akan membuatkan sesiapa sahaja yang mendengar berasa teringin dan teruja untuk merasai sendiri tawaran pakej yang banyak disediakan di negara ini.

Oleh itu, jemputan Kementerian Pelancongan Malaysia untuk mengunjungi rumah peserta Inap Desa Kampung Sungai Pasu dan Kampung Gali Hilir di Raub, Pahang tidak dilepaskan oleh Kosmo!.

Inap Desa Sungai Pasu sememangnya tidak asing dalam kalangan pelancong dalam dan luar negara. Cuma kunjungan kali ini turut memperkenalkan tarikan di sebuah lagi inap desa iaitu Kampung Gali Hilir.

Inap Desa Sungai Pasu yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan sejak tahun 2002 merupakan salah satu daripada banyak inap desa yang aktif di negara ini.

Terletak hanya 13 kilometer dari bandar Raub atau 150 kilometer dari Kuala Lumpur, keindahan kampung dengan kedudukan rumah yang tersusun dan masing-masing dihiasi landskap pokok bunga di pekarangannya sudah cukup menyenangkan pengunjung.

Pengalaman desa

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Mohd. Zambri Maarof, 45, berkata, sejak memulakan operasi inap desa pada 1992, kini terdapat 22 buah rumah yang terlibat menyediakan pakej inap desa sekali gus memberi pengalaman kehidupan desa sebenar.

Katanya, pelancong akan disajikan dengan gaya hidup kampung tradisional bersama keluarga angkat dalam suasana damai dan udara yang bersih lagi menyegarkan.

Katanya, keistimewaan dan keunikan Inap Desa Sungai Pasu datangnya daripada aktiviti-aktiviti yang disediakan peserta program inap desa yang terlibat.

"Selain mendalami budaya masyarakat Melayu Pahang, antara permainan tradisional yang boleh disertai ialah permainan tradisional seperti bermain gasing, congkak dan batu seremban serta persembahan tarian," katanya.

Selain itu, tambah Mohd. Zambri, pengunjung turut didedahkan dengan aktiviti harian penduduk tempatan yang mencari sumber rezeki melalui aktiviti menoreh getah dan bekerja di ladang kelapa sawit.

Selain daripada itu, pertunjukan masakan hidangan tradisional Pahang dan Jawa juga sentiasa mendapat perhatian tetamu inap desa. Masakan seperti sambal goreng tempe, sambal hitam, ikan masak tempoyak dan pulut turut disediakan para wanita tempatan selain kuih-muih tradisional.

Kampung terbersih


RUMAH ini adalah salah satu daripada 22 buah rumah yang menyertai program inap desa di Kampung Sungai Pasu.


Peserta program inap desa, Norhaila Serahan, 36, berkata, kerana keindahan dan kebersihan di sini, Kampung Sungai Pasu pernah memenangi pertandingan kampung terbersih peringkat negeri selama beberapa tahun.

Katanya, ketibaan pelancong akan disambut dengan majlis penuh tradisi dan berwarna-warni bagi memperkenalkan adat budaya tempatan.

"Setiap pelancong akan dilayan seperti sebahagian daripada keluarga tuan rumah. Mereka akan makan apa yang tuan rumah makan dan bergaul mesra dengan ahli keluarga tuan rumah.

"Tuan rumah akan menyediakan bilik mengikut kehendak dan keperluan pelancong. Mereka akan tinggal sebumbung bersama peserta (tuan rumah) inap desa di sini," katanya.

Majoriti penduduk kampung itu, jelasnya, terdiri daripada orang Melayu berketurunan Jawa yang telah menetap di daerahtersebut sejak lebih 50 tahun lalu.

"Pertembungan budaya antara Jawa dan Melayu sekali gus menghasilkan cara hidup dan adat resam yang unik serta menarik," ujarnya.

Di samping itu, jelas Norhaila, kampung itu turut didiami masyarakat Orang Asli suku Che Wong yang mengamalkan cara hidup separa moden.

Para pelancong dapat melihat dan menyaksikan sendiri cara hidup unik masyarakat minoriti itu.

Lazimnya, para tetamu inap desa akan dibawa melawat ke perkampungan Orang Asli untuk menyaksikan demonstrasi menyumpit dan tarian sewang serta budaya hidup suku tersebut.

"Tetamu homestay juga berpeluang menyumpit dan mencuba tarian sewang yang sangat mengasyikkan itu," jelasnya.

Ternakan ikan

Di Kampung Sungai Pasu, keluarga peserta program inap desa itu turut mengujakan tetamu dengan tarikan di kolam ternakan ikan air tawar mereka.

Ternakan ikan tilapia, patin dan tongsan sudah menjadi sebahagian daripada usaha menambah sumber pendapatan mereka. Lebih menarik, para tetamu homestay dibenarkan memancing tanpa bayaran.

Antara aktiviti lain dalam pakej penginapan homestay itu termasuklah lawatan ke Pusat Perlindungan Gajah dan Deerland di Lanchang, Temerloh. Tetamu boleh merasai sendiri pengalaman menunggang dan memandikan gajah.

Bagi yang inginkan lebih elemen lasak, aktiviti sukan air seperti berakit dan berkayak serta terbang keluang (flying fox) turut disediakan di Taman Tasik Sungai Pasu.

Di samping itu, pelancong turut dibawa dalam aktiviti treking di Hutan Simpan Ulu Dong untuk melihat bunga rafflesia yang tumbuh liar.

Sebagai tarikan bonus, inap desa tersebut juga terletak hanya lima kilometer dari pusat rekreasi Lata Jarum dan Pulau Chekas yang terletak dalam kawasan hutan simpan tersebut.

Tangkap itik


WAKTU petang yang redup amat sesuai untuk menyertai aktiviti berkayak di tasik.


Sementara itu, Pengendali Tasik Kampung Sungai Pasu, Salman Wagirun, 43, berkata, inap desa di sini turut menawarkan pelbagai aktiviti rekreasi di Tasik Kampung Sungai Pasu yang telah beroperasi 18 tahun itu.

"Peserta inap desa diberi peluang untuk berkayak mengelilingi tasik dan duduk bersantai sambil memancing ikan dengan hanya menggunakan pancing tradisional .

"Selain itu, aktiviti yang cukup menyeronokkan ialah menangkap itik dan ikan di dalam lumpur, berakit serta bermain gasing," katanya.

Tidak ketinggalan, terdapat juga tapak perkhemahan seluas 1.2 hektar dan dewan serba guna juga turut tersedia di dalam kawasan tasik seluas 3.2 hektar itu.

Tasik pelbagai guna itu sememangnya menjadi tumpuan untuk bersiar-siar dan bersantai, apatah lagi di tengah-tengahnya telah dibina sebuah jambatan.

Dengan keadaan sekeliling tasik yang dipenuhi rimbunan pokok buah-buahan, sesiapa sahaja akan berasa damai dan seronok.

Tambah Salman, kedamaian itu sememangnya sukar diperoleh di bandar.

Keseronokan berkayak, menoreh getah dan melakukan aktiviti-aktiviti kampung sememangnya cukup bermakna terutama bagi yang sudah lama hidup di kota konkrit.

Justeru, bagi yang inginkan kelainan semasa bercuti, merasai kehidupan desa di Inap Desa Kampung Sungai Pasu dan Kampung Gali Hilir, Raub, Pahang adalah pilihan terbaik.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Mohd. Zambri di talian 019-990 6222 atau penyelaras homestay, Sumi Ngah di talian 019-314 2558.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Udara nyaman di Cherengin

Posted:

Udara nyaman di Cherengin

Udara nyaman di Cherengin

Oleh BASIR ABU BAKAR
basir.abubakar@kosmo.com.my


RESORT ini menawarkan kemudahan kolam renang yang luas untuk keperluan riadah tetamunya.


BILA disebut tentang Kampung Janda Baik yang cukup popular di Pahang, pasti ramai antara kita akan berfikir sejenak mengenainya dan tidak kurang pula pasti ada yang tersenyum mendengar ungkapan nama tersebut.

Kampung Janda Baik yang dikelilingi kehijauan hutan hujan tropika pada altitud 600 hingga 800 meter di atas paras laut mampu menggamit perasaan, bukan sahaja bagi penggemar alam semula jadi malah bagi mereka yang ingin lari daripada rutin kota.

Seorang anak jati Janda Baik, Mohd. Fauzi A. Latif terdorong untuk membangunkan kawasan kampungnya dengan sebuah resort bertaraf antarabangsa yang tidak mengetepikan kepentingan memulihara kawasan hijau.

Ekoran itu, menurut Ketua Pengarah Eksekutif Cherengin Hills Convention & Spa Resort tersebut, berbekalkan pengalaman yang ada, dia bertindak membeli tanah seluar 4.4 hektar di Kampung Cheringin dan membangunkan Cherengin Hills Convention & Spa Resort.

Resort tersebut dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk 136 buah bilik penginapan pelbagai saiz termasuk 10 unit suit termasuk dua suit perdana.

"Kami juga menyediakan kolam renang, bilik persidangan, kafetaria dan restoran yang menyajikan makanan Barat, Timur serta beberapa makanan popular penduduk Janda Baik.

"Lebih menarik, pelbagai aktiviti boleh dilakukan di resort ini dan ia bukan hanya terbatas untuk riadah atau program bina diri sahaja," jelasnya.

Bagi mereka yang gemar aktiviti berekreasi dan sukan lasak katanya, pihak resort turut menawarkan aktiviti memanjat bukit untuk ke Air Terjun Ulu Tampit.

"Kepenatan memanjat bukit hilang sebaik sahaja menyaksikan air terjun yang sungguh indah. Tarikan di kawasan ini pasti mengagumkan mereka yang berkunjung ke situ," ujarnya.


BERSIAR-SIAR dengan mengayuh basikal menjadi aktiviti riadah yang digemari para tetamu resort.


Untuk ke lokasi tersebut, pengunjung perlu menggunakan pemandu pelancong yang disediakan oleh pihak resort.

Selain itu, banyak lagi tempat menarik yang boleh dilawati. Antaranya adalah lawatan ke ladang heliconia, kolam ternakan ikan dan ladang organik yang menjadi tapak subur pelbagai jenis sayur dan pokok-pokok tempatan.

Kata Mohd. Fauzi, jika pengunjung inginkan lebih cabaran, kakitangan rekreasi resort juga boleh membawa pengunjung mengikuti aktiviti mendaki Gunung Nuang atau ke Air Terjun Kuala Gua.

Ekoran keunikan resort yang masih memelihara keaslian kawasan hijau ketika ia dibina, tidak hairanlah jika pengunjung terus merasakan kenikmatan udara bersih dan dingin, biarpun ketika matahari memancar terik pada waktu tengah hari.

Pada waktu malam pula, adakalanya suasana nyaman di situ akan mencecah suhu sehingga 22 darjah Celsius.

Mohd. Fauzi menambah, matlamat utama resort itu diwujudkan adalah untuk menjadikannya sebagai sebuah pusat sehenti bagi pakej program bina diri dan percutian lengkap sekeluarga.

"Dengan adanya pelbagai jenis bilik hotel yang disediakan termasuk kolam renang, bilik persidangan, kafe dan restoran, mereka yang menginap di sini tidak perlu keluar bagi mengisi kehendak mereka.

"Lebih daripada itu, mereka boleh melakukan banyak aktiviti menarik di sini, tanpa terasa terlalu jauh meninggalkan Kuala Lumpur," katanya yang mahukan tetamu berasa seronok dengan aktiviti bernilai tambah lain seperti berbasikal, merentas hutan dan tubing iaitu me

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved