Khamis, 30 Jun 2011

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Pilihan raya damaikan negara Gajah Putih

Posted:

Pilihan raya damaikan negara Gajah Putih

Pilihan raya damaikan negara Gajah Putih

Susunan NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
amir.azam@kosmo.com.my



SELEPAS tujuh tahun berdepan dengan pergolakan yang tiada berpenghujung akibat sengketa antara kumpulan berbaju merah dengan kumpulan berbaju kuning, rakyat Thailand akhirnya akan menentukan nasib negara mereka Ahad ini.

Rakyat Thailand akan menggunakan kuasa yang ada sebagai pengundi dalam pilihan raya umum untuk menentukan siapakah yang akan memimpin negara Gajah Putih itu.

Selain pergelutan kepimpinan politik di tengah Bangkok, pilihan raya itu juga penting dalam mencari jalan penamat konflik berlarutan di wilayah yang majoriti rakyatnya beragama Islam di selatan Thailand.

Apa yang pasti, di sebalik kehangatan parti-parti utama yang bertanding dalam pilihan raya umum pada kali ini yang turut berkempen di selatan Thai, masih ramai penduduk di wilayah itu merasakan ia tidak akan membawa masa depan lebih cerah kepada mereka.

Mengundi tidak

"Semua parti itu lebih kurang sama, sesetengahnya lebih baik sedikit, setengahnya lebih teruk sedikit tetapi kesemua mereka melayan kami dengan buruk," kata seorang lelaki Islam berusia 48 tahun yang datang mendengar ucapan Perdana Menteri, Abhisit Vejjajiva yang mengadakan kempen memancing pengundi.

Bagi Pranee Chindaphet, 46, yang kehilangan adik dalam satu serangan pada bulan Mei lalu pula memberitahu, dia masih tidak mengetahui siapa yang akan diundi- nya.

"Ini kerana saya tidak merasai kehanga- tan pilihan raya, malah tidak ada sesiapa yang datang menjenguk saya," katanya.

"Saya akan mengundi tidak," kata seorang lelaki Islam, Peng, 50, yang akan membiarkan kertas undi kosong.

"Orang dalam kerajaan tidak pernah mengotakan janji kempen mereka. Justeru, saya sudah bosan dengan politik," katanya.

Bagaimanapun, kerajaan mendakwa, keadaan di wilayah selatan Thailand semakin baik.

"Terdapat langkah yang jelas telah diambil ke arah mewujudkan keamanan dan kestabilan.

"Kini sikap saling mempercayai lebih ketara antara penduduk dengan pegawai tempatan," kata Abhisit kepada AFP semasa membuat lawatan singkat ke selatan Thai.


SOKONGAN terhadap Abhisit tetap tinggi lantaran kemampuannya mengekang Thailand daripada terus dilingkari kekacauan beberapa tahun ini.


Dalam pada itu, penganalisis meramalkan perpecahan yang melanda masyarakat Thailand sekarang akan menjadi bertambah buruk selepas pilihan raya pada Ahad ini.

Keadaan tersebut hanya akan berubah jika musuh-musuh ketat politik bersetuju menghormati keputusan pengundian.

Tidak ramai pemerhati percaya bahawa pemenang pilihan raya akan mengambil alih kuasa dengan lancar selepas memenangi pengundian yang bakal diadakan pada 3 Julai ini.

Abhisit lawan adik Thaksin

Pilihan raya kali ini bakal menyaksikan pertarungan sengit antara Parti Demokrat pimpinan Perdana Menteri, Abhisit Vejjajiva dengan parti pembangkang, Pheu Thai yang diterajui bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra yang menampil- kan adik perempuannya, Yingluck Shina- watra.

Ramai pemerhati khuatir penunjuk perasaan akan kembali melancarkan protes jalanan pada beberapa bulan akan datang.

"Pilihan raya ini akan mencetuskan lebih banyak keganasan dan kekacauan kerana tidak kira siapa yang membentuk kerajaan, sama ada Pheu Thai atau Demo- krat, penunjuk perasaan yang menentang parti-parti tersebut akan membanjiri jalan raya.

"Perkembangan itu bermakna tiada satu parti boleh mendakwa mendapat mandat yang sah daripada seluruh rakyat Thai," kata penyelidik kanan di Universiti Prayap Chiang Mai, Paul Chambers.

Satu lagi faktor adalah penyelewengan pilihan raya yang sudah lama menjadi tradisi negara tersebut.

Hanya sebuah pertubuhan antarabangsa dan tiada kerajaan asing akan menghantar pemerhati bagi mengikuti perjala- nan pilihan raya Thailand kali ini.

Impak pergolakan politik

Tokoh perniagaan Thai yang menjadi ahli lembaga pengarah beberapa syarikat dan Bursa Saham Thailand, Aswin Kongsiri berkata, adalah sangat penting pilihan raya itu dilihat seberapa adil yang boleh.

"Jika satu pihak menganggapnya tidak adil, disebabkan campur tangan tentera, pembelian undi atau undi palsu, pihak yang kalah boleh melancarkan protes jalanan," katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Dewan Pernia- gaan Thailand, Dusit Nontanakorn berkata, terlalu banyak peluang melibatkan sektor pelancongan, pelaburan dan kepimpinan hilang akibat perbalahan politik.

Beliau menambah, ahli-ahli politik perlu mempelajari untuk meninggalkan kepenti- ngan diri sendiri dan berhenti bertengkar antara satu sama lain semata-mata kerana keuntungan mereka.


KELEMBUTAN dan kecantikan Yingluck dikatakan mampu menarik sokongan warga Thailand.


"Sejak lima tahun lalu, sektor perniagaan telah menderita apabila ahli-ahli politik hanya bersaing dan menjatuhkan antara satu sama lain tanpa memacu kemajuan negara," kata Dusit yang turut pernah menyokong kempen bebas rasuah.

Pengerusi Lembaga Pelancongan Thailand, Piyaman Techapaiboon pula berharap ahli- ahli politik dapat meninggalkan kepentingan peribadi dan membawa semula keceriaan pada wajah rakyat Thailand kerana pelanco- ngan merupakan sektor pertama yang merasai tempias pergolakan politik.

"Daripada kepungan lapangan terbang antarabangsa sehingga bantahan berlarutan dan pembakaran di pusat bandar Bangkok telah mengakibatkan keyakinan pelancong merudum kerana memikirkan risiko keselamatan mereka," kata Piyaman.

Beliau berkata, sektor pelancongan telah menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, malah memberi peluang kepada enam juta penduduk dan menjana hasil tahunan sehingga satu trilion baht (RM98 juta).

"Kami membuat rayuan ini bukan kerana kepentingan kami tetapi untuk semua indi- vidu dan industri," ujarnya lagi.

Timbalan Ketua Setiausaha Persekutuan Industri Thailand, Kriengkrai Teeranokul pula memberitahu, pelabur asing telah menunjukkan keengganan untuk melabur di negara itu dan mencari peluang pela- buran di negara lain di rantau ini.

"Sudah tiba masanya semua pihak berdamai dalam mengatasi konflik dan keganasan supaya dapat fokus terhadap masa depan yang lebih cerah untuk Thailand.

"Pada 2015, penubuhan Komuniti Ekonomi Asia Tenggara (ASEAN) akan menyaksikan kebebasan pengaliran modal dan mobiliti rakyat. Justeru, jika perniagaan tidak boleh bertahan dalam tahun-tahun akan datang, pengangguran akan berlaku di negara ini," kata Kriengkrai. – Agensi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


30% murid tidak bersarapan

Posted:

30% murid tidak bersarapan

30% murid tidak bersarapan

Oleh ZULKIFLI MANZOR
zulkifli.manzor@kosmo.com.my


AMALAN tidak bersarapan sebelum ke sekolah menyebabkan murid-murid sukar memberi tumpuan kepada pelajaran. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Lebih 30 peratus murid-murid di sekolah rendah di negara ini didapati tidak bersarapan sebelum ke sekolah selain gemar makan pada waktu lewat malam.

Tabiat pemakanan tersebut menyebabkan mereka sukar memberi tumpuan terhadap pelajaran semasa berada di dalam kelas selain menjadi punca masalah obesiti.

Ketua Jabatan Pemakanan dan Dietetik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof. Madya Dr. Poh Bee Koon (gambar kecil) berkata, ia merupakan hasil kajian yang dijalankan pihaknya terhadap kanak-kanak berusia bawah 12 tahun pada tahun lalu.

"Mengambil sarapan pagi amat penting untuk sel otak kanak-kanak berfungsi dengan baik dan dapat mengelakkan tubuh mereka menjadi lesu pada waktu pagi.

"Bagaimanapun, segelintir ibu bapa mengabaikan keperluan untuk memberi sarapan kepada anak-anak mereka," katanya pada sidang media mengenai kerjasama kajian pemakanan kanak-kanak oleh UKM dan Dutch Lady Malaysia di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

IAEA tegaskan projek kilang nadir bumi Lynas di Kuantan selamat

Posted:

IAEA tegaskan projek kilang nadir bumi Lynas di Kuantan selamat

IAEA tegaskan projek kilang nadir bumi Lynas di Kuantan selamat


KILANG nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan didapati selamat untuk beroperasi oleh IAEA.


KUALA LUMPUR - Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) memutuskan bahawa kilang nadir bumi Lynas Corporation Ltd. (Lynas) di Gebeng, Pahang adalah selamat.

Bagaimanapun, syarikat dari Australia itu perlu melaksanakan pelbagai langkah penambahbaikan dalam beberapa bidang sebelum ia boleh meneruskan operasi peringkat seterusnya.

Satu laporan yang dikeluarkan oleh pemantau nuklear itu semalam menyatakan bahawa ia tidak menemui sebarang ketidakpatuhan terhadap standard keselamatan radiasi antarabangsa dalam projek itu.

Bagaimanapun, pasukan pengkaji IAEA mengenal pasti 10 isu yang disifatkannya perlu dilakukan penambahbaikan sebelum pengeluaran lesen bagi fasa seterusnya untuk projek Lynas.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Michelle Yeoh 'sedih' diusir

Posted:

Michelle Yeoh 'sedih' diusir

Michelle Yeoh 'sedih' diusir

HONG KONG - Bekas pemegang watak gadis Bond, Datuk Michelle Yeoh yang kini memegang peranan pemimpin pro-demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi untuk sebuah filem bioepik menyatakan kesedihannya kerana diusir dari Myanmar baru-baru ini.

Pelakon berusia 48 tahun itu dikatakan tiba di Yangon pada 22 Jun lalu dan diusir pada hari yang sama. Alasannya, Yeoh berada dalam senarai hitam, jelas seorang pegawai di sana.

Watak ikon demokrasi yang dimainkan oleh Yeoh hasil arahan pengarah Luc Beson itu menunjukkan beliau ditembak di Thailand. Filem bertajuk The Lady itu dijangka ditayangkan pada hujung tahun ini.

Dalam komen pertama mengenai pengusirannya, Yeoh menyatakan beliau terkejut dan berasa sangat sedih atas tindakan tersebut.

Yeoh bagaimanapun mengakui tidak berkecil hati dan tetap sukakan Myanmar serta rakyatnya. Beliau memberitahu dilayan dengan sewajarnya oleh pegawai imigresen Myanmar di Yangon, walaupun tidak diberi sebab atas pengusirannya.

"Saya sentiasa berharap untuk melihat negara ini meneruskan usahanya ke arah keamanan, demokrasi dan boleh kembali ke sini tidak lama lagi," kata Yeoh.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Token terakhir Atan di Bukit Timah

Posted:

Token terakhir Atan di Bukit Timah

Token terakhir Atan di Bukit Timah

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID
mazlina.majid@kosmo.com.my


STESEN Bukit Timah merupakan satu-satunya stesen yang boleh menyaksikan proses pertukaran kunci token kereta api yang dipraktikkan sejak zaman pemerintahan British di Singapura.


PERJALANAN menuju ke Stesen Bukit Timah di Singapura dari Geylang dicabar dengan beberapa ujian. Pertama, rata-rata pemandu teksi agak kabur dengan destinasi tersebut. Bahkan penulis hampir bertegang leher dengan seorang pemandu kerana enggan mengakui kewujudan Stesen Bukit Timah.

Jika ada yang mahu menghantar pun, penulis dibawa ke destinasi yang salah iaitu pusat beli-belah Railway Mall Bukit Timah. Enggan berputus asa, dari Railway Mall perjalanan ke stesen tersebut diteruskan dengan menaiki bas berdasarkan kedudukannya dalam peta. Meskipun cuaca tidak mengizinkan, namun semua itu tidak mematahkan semangat penulis bersama jurufoto Abdul Nazir Mohamed untuk menjejak stesen kereta api yang berusia 108 tahun itu.

Setelah berjalan kaki menaiki dan menuruni kawasan berbukit di kediaman elit King Albert Park selama 30 minit dalam hujan lebat akhirnya destinasi yang dicari ditemui.

Papan tanda di tepi jalan dengan tulisan berwarna putih kecil yang bertulis Malayan Railway Bukit Timah Railway Station dengan sedikit contengan vandalisme itu menyebabkan penulis menjerit kecil akibat terlalu teruja.

Jalan kecil berturap tar yang diapit semak pada kiri dan kanan lorong itu memberi jawapan kepada penulis mengapa rata-rata pemandu teksi tidak ambil peduli destinasi tersebut. Meskipun mendiami bumi yang sama, Temasik, namun nama Bukit Timah tidak segah Stesen Keretapi Tanjong Pagar.

Jalan kecil sejauh 400 kilometer dari jalan besar itu akhirnya menemukan penulis dengan pejabat stesen itu. Benar, wajah Stesen Bukit Timah terlalu sunyi dan sepi serta terpinggir daripada hikuk-pikuk kota. Namun, pejabat stesen berwarna merah bata itu tidaklah terlalu usang jika dibandingkan dengan usia stesen tersebut.

Ketika melangkah masuk ke dalam pejabat stesen tersebut, penulis seolah-olah kembali ke zaman kolonial apabila mata dijamu dengan peralatan kereta api lama yang masih utuh.

Kurang diikenali

Lelah berjalan mencari stesen tersebut hilang apabila Ketua Stesen Bukit Timah, Master Atan Ahmad menyambut kehadiran kami dengan senyuman meskipun terlewat daripada masa yang dijadualkan.

"Saya faham ramai tak tahu ada sebuah stesen kereta api yang beroperasi di sini, ia tak dikenali sebab stesen ini tak turunkan penumpang, tiada kaunter tiket dan tak angkut barang-barang lagi," ujar Ketua Stesen Bukit Timah, Master Atan Ahmad yang memahami punca kelewatan kami.

Atan sudah berkhidmat dengan KTMB sejak dua dekad lalu. Dia mula ditugaskan di Singapura pada tahun 1998 di Tanjong Pagar sebelum berpindah ke Bukit Timah dua tahun lalu.

Tanpa banyak bicara, Atan terus menukar pakaian kepada seragam lama berwarna putih lengkap dengan songkok, khas untuk sesi wawancara dan fotografi eksklusif bersama dengan Kosmo!.


ATAN mengerah seluruh kudratnya untuk menarik poin yang terletak di kabin Stesen Berkunci Kait Penuh, Bukit Timah untuk proses perselisihan landasan tren.


Menurut Atan, stesen yang sebelum ini sunyi sepi itu bagaimanapun mendapat perhatian luar biasa daripada orang ramai sejak penutupannya diuar-uarkan enam bulan lalu.

"Sebelum stesen ini diumumkan nak tutup, tidak ada orang datang, kalau ada pun orang lama-lama yang kerja di pejabat pos atau anggota polis yang datang untuk berehat.

"Di sini dulu ada warung tapi sejak pemiliknya pulang ke India pada tahun 1996, kawasan ini sepi, " luah Atan.

Kenyataan Atan itu turut disokong bekas Ketua Stesen Bukit Timah, Hashim Muji, 47, yang sudah 10 tahun berkhidmat di situ.

"Memang benar, sesetengah orang Singapura tak sedar tentang kewujudan stesen ini," ujarnya sambil menggelengkan kepala.

Jika sebelum ini orang ramai tidak dibenarkan berada atau mengambil foto di kawasan stesen, tetapi dalam tempoh enam bulan sehingga semalam orang awam dari Malaysia dan Singapura bertali arus semata-mata mahu melihat stesen itu lebih dekat. Ketika kunjungan Kosmo! ke stesen itu, penulis dan jurufoto terpaksa bersaing dengan orang awam yang berebut-rebut mahu merakamkan setiap sudut yang ada di situ.

Hartanah berprestij

Stesen Bukit Timah atau sebelum ini dikenali sebagai Kranji Railway Station menerima nasib yang sama dengan Tanjong Pagar apabila ia ditutup secara rasmi mulai hari ini.

Selepas tarikh tersebut, semua perkhidmatan kereta api yang tiba dan berlepas dari stesen Tanjong Pagar sebelum ini akan beroperasi sepenuhnya di Pusat Pemeriksaan Kereta Api Woodlands (WTCP).

Umur stesen itu lebih tua daripada Stesen Tanjong Pagar. Stesen Bukit Timah dibuka pada tahun 1903 dan kemudian dibina semula pada 3 Mei 1932.

Menurut Atan, stesen yang terletak di kawasan hartanah paling berprestij dan dikelilingi kediaman mewah menyebabkan penghuni di sekelilingnya tidak selesa dengan bunyi roda gerabak, semboyan dan wisel kereta api yang bergema mengikut masa.

"Orang yang duduk di sekitar landasan ini tak suka, dia datang jumpa saya tanya berapa kali kereta api lalu dan tanya kenapa wisel ditiup.

"Dia mungkin nak tidur atau terjaga daripada tidur dek bunyi wisel itu. Tapi tak apalah, lepas ni mereka pasti gembira dan tak marah-marah lagi sebab stesen ini akan ditutup," katanya.

Namun sebagai individu yang bertanggungjawab mengawasi kawasan itu Atan tidak pernah menghalang warga Singapura daripada berjoging di sepanjang landasan.

Stesen tunggal

Selama 108 tahun beroperasi, bangunan setingkat yang diperbuat daripada batu-bata berwarna merah (sebelum ini kayu) hanya sekali diubah suai iaitu pada 16 Julai 1960.

Namun, fungsinya daripada menghubungkan, membawa dan menurunkan penumpang ke kawasan luar bandar Singapura telah bertukar. Selepas 2 Mei 1932, ia menjadi lokasi perselisihan tren dan mengawal laluan menerusi semboyan dan lampu isyarat.


STESEN Bukit Timah yang berusia 108 pernah menjadi stesen kereta api yang mengambil dan menurunkan penumpang.


"Walau stesen ini kecil, ia berfungsi membantu mengurangkan kelewatan tren," jelas Atan sambil memberitahu stesen itu juga merupakan stesen tunggal yang melakukan pertukaran kunci token yang dipraktikkan sejak zaman kolonial British.

Kunci token adalah kuasa yang diberikan oleh master stesen untuk sesebuah kereta api bertolak ke stesen lain.

Pelbagai peralatan separa mekanikal wujud di situ. Dengan penuh semangat, Atan membawa kami ke Stesen Berkunci Kait Penuh yang merupakan sebuah kabin yang mempunyai lebih 27 poin untuk mengawal signal landasan.

"Untuk menarik poin ini perlu kekuatan, kalau tak, ia boleh beri kesan buruk pada badan kita," kata Atan sambil menunjukkan demonstrasi menarik poin.

Ketika kereta api mewah Orient Express Train (Singapura-Bangkok) melewati dan berhenti seketika di landasan Bukit Timah, Atan berkata: "Kemungkinan ini yang pertama dan terakhir awak melihat proses pertukaran token di sini, kita tunggu kereta api pukul 1.15 tengah hari nanti."

Kelajuan kereta api yang bergerak kira-kira 80 kilometer (km) sejam membuatkan individu yang berhasrat untuk merakam gambar dari tepi platform membatalkan niat mereka.

Namun, Atan tidak berganjak. Dia sudah bersedia mengangkat bendera hijau dan menghulurkan token kepada pembantu pemandu kereta api. Kepada yang pertama kali melihat, gerak kerja itu disifatkan satu proses yang mendebarkan dan berisiko tinggi.

"Setiap kali tren datang, saya akan rasa berdebar sehingga sekarang, nyawa boleh melayang bila-bila masa," akuinya yang tidak pernah cedera tetapi cuma mengalami sengal-sengal tulang.

Atan memberitahu, pada asalnya, dia rasa berat untuk bertugas di Stesen Kereta api Bukit Timah kerana tanggungjawab itu memerlukan kekuatan fizikal dan mental yang kuat.

Sangka penulis, tugas bapa kepada lapan orang anak sudah selesai pada hari itu tetapi sebenarnya tidak. Atan membawa penulis dan Abdul Nazir ke bilik operasi. Dia memperkenalkan kami dengan kunci token, radas token dan telefon radas.

Dia memasukkan kunci token ke dalam radas token yang berwarna merah. "Tadi kita dah dapat kunci token, bila masuk dalam radas, itu bermakna landasan sudah bebas, lepas tu barulah kita beri laluan kepada kereta api Orient Express Train untuk bergerak," terangnya yang mengamalkan surah-surah tertentu dalam al-Quranketika proses penyerahan dan penerimaan token kerana tugas itu tinggi risikonya.

Pujuk hati

Tuas pada telefon radas bentuk klasik itu kemudiannya dipusing-pusingnya beberapa kali. Rupa-rupanya lelaki itu membuat panggilan ke Pintu Pagar Bukit Gombak.

"Bila tren dah lepas dari Bukit Timah, saya akan telefon Bukit Gombak, signal diterima, petugas akan tutup jalan raya untuk kenderaan," jelasnya.


KIRI : PEMINAT tegar kereta api dan orang awam tidak melepaskan peluang untuk meninjau Stesen Kereta Api Bukit Timah pada saat-saat akhir sebelum stesen itu ditutup hari ini.


Namun, mulai semalam, rutin Atan sudah berakhir. Dia juga tidak perlu lagi menaiki bas bernombor 61 untuk ke tempat kerja. Selepas ini juga, dia tidak akan diherdik kerana bunyi wisel di wilayah termahal di Singapura dan tiada lagi proses pertukaran token yang membahayakan.

Atan dan Hashim jujur memberitahu, mereka tidak mempunyai sebarang pengalaman pahit sepanjang bekerja di Bukit Timah. Cuma kemalangan akibat kereta api tergelincir pada November tahun lalu dianggap Atan sebagai satu cabaran dalam kerjayanya.

Atan sempat membayangkan, dialah orang terakhir yang akan menutup signal, suis dan lampu di stesen warisan negara itu. Ketika berbicara tentang soal perpisahan, dia seolah-olah meminta diberi ruang untuk menghela nafas.

"Saya pasti akan mengalirkan air mata. Lambang perkembangan sistem pengangkutan darat antara pulau ini dan Malaysia sudah bernoktah.

"Nostalgia Stesen Bukit Timah tidak akan hilang begitu saja," ujar Atan seolah-olah sedang memujuk hatinya. Dia kini bertugas di Stesen Pontian, Johor.

Seperti Atan dan Hashim, seluruh rakyat Malaysia juga masih menaruh harapan agar bendera Singapura dan Malaysia di Stesen Bukit Timah akan terus berkibar megah.

Dengan tamatnya perkhidmatan stesen itu, maka berakhirlah mimpi ngeri penduduk kondominium mewah berhampiran yang selama ini mengharapkan tidur mereka bebas daripada gangguan bunyi kereta api.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Nescafe Milano tanpa barista

Posted:

Nescafe Milano tanpa barista

Nescafe Milano tanpa barista

Oleh ALIF ABU BAKAR
alif.abubakar@kosmo.com.my


MENJIMATKAN MASA... Dengan lebihan waktu yang ada, barista boleh membuat hiasan pada hidangan kopi mereka.


MENYEDARI kebijaksanaan penggemar kopi hari ini menilai cita rasa sesuatu kopi mendorong Nescafe meluaskan sayapnya dengan pengenalan mesin kopi premium kafe khas.

Nescafe Milano dicipta khusus untuk pengendali komersial luar rumah yang ingin menjadikan kedai mereka sebuah destinasi minuman.

Jika di kafe-kafe, individu bergelar barista bertanggungjawab menyediakan secawan kopi terbaik buat pelanggan mereka, namun adakalanya kualiti kopi yang disediakan tidak konsisten.

Usaha Nescafe dilihat sebagai mengurangkan beban sesebuah perniagaan melatih pekerja mereka menjadi barista dalam bidang penyediaan kopi yang adakalanya menelan kos lebih tinggi.

Apatah lagi dengan mesin mudah Nescafe Milano, elemen-elemen seperti kualiti, kemudahan serta penyesuaian dapat dicapai bagi membolehkan pelanggan mendapat rasa kopi yang berkualiti tinggi dan konsisten.

Pengurus Perniagaan Minuman, Nestle Profesional, Rosalia Chua menjelaskan, mesin tersebut sesuai diletak- kan di kafe, hotel dan restoran.

"Ia mempercepatkan servis sesebuah perniagaan kerana pelanggan tidak perlu menunggu lama bagi mendapatkan secawan kopi. Ketiadaan barista pada waktu-waktu tertentu menyukarkan operasi sesebuah perniagaan kopi, namun dengan adanya mesin ini, minu- man kopi dapat disediakan dengan mudah," ujarnya.

Sistem mesin Nescafe Milano mampu menghasilkan kualiti setanding kopi yang dihasilkan secara manual oleh barista.

Dengan menekan satu butang, secawan kopi yang lengkap ramuannya dapat disediakan dengan mudah dan pantas.

Penciptaan mesin itu turut didatangkan dengan produk-produk baharu oleh Nestle iaitu kopi tradisional yang menggunakan kopi Arabica terbaik dengan sedikit kopi robusta bagi mengimbangi asid dan rasa pahit.

Bagi penggemar latte, mesin tersebut mampu menyediakan minuman latte berlapis yang ideal. Dengan penggunaan mesin itu juga, susu skim Nestle Milano yang hanya mengandungi satu peratus lemak, membantu menghasilkan susu berbuih halus.

Menariknya, secawan cappucino yang sempurna boleh disediakan dalam beberapa saat sahaja tanpa perlu bersusah payah membuihkan susu secara berasingan.

Lebihan masa yang dimiliki pengendali mesin tersebut membolehkan mereka menumpukan kepada seni latte di atas lapisan teratas bagi menambah nilai istimewa secawan kopi.

Mereka yang tidak mengambil kopi pula boleh memilih produk terbaharu Nestle, Complete Mix Hot Chocolate yang mengandungi 33 peratus koko dan 98.5 peratus tanpa lemak.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Pemberontak Libya terima bantuan asing RM303 juta

Posted:

Pemberontak Libya terima bantuan asing RM303 juta

Pemberontak Libya terima bantuan asing RM303 juta


BEBERAPA wanita yang memegang pelbagai jenis senjata menjerit slogan pro-Muammar Gaddafi di bandar Bani Walid, LIbya pada Selasa lalu.


LONDON - Setiausaha Luar Britain, William Hague menyatakan para pemberontak Libya menerima sumbangan wang daripada para penderma asing untuk membayar gaji kakitangan sektor awam di kawasan-kawasan yang dikuasai mereka.

Hague memberitahu ahli-ahli Parlimen Britain semalam bahawa sumbangan pertama berjumlah AS$100 juta (RM303 juta) telah disalurkan kepada kepimpinan pemberontak Majlis Peralihan Nasional (TNC) di Libya.

TNC menyatakan wang itu akan digunakan untuk membayar gaji para guru, tukang sapu dan pekerja lain yang memberikan perkhidmatan yang penting.

Sumbangan wang berkenaan akan turut digunakan untuk membeli petrol dan diesel.

Pada satu pertemuan di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dalam awal bulan ini, para penderma berjanji akan menyalurkan bantuan lebih AS$1.3 bilion (RM3.9 bilion) untuk membantu pihak pemberontak Libya.

Sementara itu, sejumlah wanita termasuk nenek menjalani latihan menggunakan senjata api termasuk pelancar roket di Bani Walid, 200 kilometer ke tenggara Tripoli.

Wanita-wanita itu merupakan penyokong kuat pemimpin Muammar Gaddafi yang kini berdepan tentangan daripada pemberontak yang mahu menyingkirkannya sejak Februari lalu. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pejabat Facebook tidak mewah disangkakan

Posted:

Pejabat Facebook tidak mewah disangkakan

Pejabat Facebook tidak mewah disangkakan


Kanan: SEBUAH meja dan bangku dalam sebuah bilik untuk pekerja di ibu pejabat Facebook.


MENLO PARK, California - Ibu pejabat baru Facebook di , Amerika Syarikat (AS) tidak mempunyai ciri-ciri kemewahan walaupun ia merupakan antara laman web paling kaya di dunia, lapor sebuah akhbar semalam.

Tiada permaidani dan hiasan dalaman yang mewah dalam pejabat tersebut.

Terdapat banyak paip terdedah yang dibaluti kertas kerajang perak dengan wayar bergantungan dalam bangunan ibu pejabat berkenaan.

Gambar-gambar ruang dalaman ibu pejabat baru Facebook yang dibina di kawasan seluas 23 hektar di sini disiarkan dalam laman web berkenaan awal bulan ini.

Para pengunjung mungkin terkejut kerana kedatangan mereka disambut dengan siling terbuka dan lantai konkrit tanpa karpet atau sofa mewah.

Ruang dalaman itu yang lebih menyerupai kilang banyak menggunakan kotak kayu yang diubah suai sebagai meja manakala susun atur tempat duduknya pelik kerana ada yang menghadap dinding.

Walaupun bangunan berkenaan mempunyai kapasiti untuk menempatkan 9,000 pekerja, Facebook kini mempunyai sekitar 2,000 kakitangan yang bekerja di premis barunya itu.

Laman Facebook yang bernilai AS$70 bilion (RM212.3 bilion) diramalkan memperoleh pendapatan sekitar AS$2 bilion (RM6 bilion) pada tahun ini.

Berdasarkan maklumat majalah Forbes, Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Marck Zuckerberg merupakan orang ketiga paling kaya di dunia dalam sektor teknologi maklumat.

Zuckerberg yang berusia 27 tahun dilaporkan memiliki kekayaan sehingga mencecah AS$18 bilion (RM54.5 bilion). - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Spekulasi tunang Putera Albert larikan diri

Posted:

Spekulasi tunang Putera Albert larikan diri

Spekulasi tunang Putera Albert larikan diri


PUTERA ALBERT II berjalan bersama tunangnya, CharleneWittstock di Monaco semalam.


MONACO - Pemerintah Monaco, Putera Albert II dan tunangnya, Charlene Wittstock yang merupakan atlet renang dari Afrika Selatan keluar bersama di bandar raya ini semalam.

Mereka keluar bersama selepas timbul spekulasi bahawa tunang Putera Albert II itu cuba melarikan diri pulang ke negaranya walaupun majlis perkahwinan mereka akan berlangsung pada bulan depan.

Sebuah akhbar semalam memetik laporan sebuah majalah Perancis bahawa Wittstock, 33, didakwa mahu pulang ke negaranya selepas mendengar pendedahan bahawa Putera Albert II seorang kaki perempuan.

Majalah L'Express menyatakan Wittstock cuba menaiki sebuah pesawat untuk menuju ke Afrika Selatan tetapi sempat dihalang oleh polis Perancis di Nice, Perancis.

Putera berusia 50 tahun itu dilaporkan membelanjakan sebanyak £50 juta (RM243.1 juta) untuk majlis perkahwinan tersebut yang akan diadakan secara besar-besaran.

Putera Albert memiliki dua anak luar nikah iaitu seorang anak lelaki dan anak perempuan.

Anak lelakinya, Alexandre, 6, lahir hasil hubungannya dengan bekas peragawati syarikat penerbangan Air France, Nicole Coste manakala anak perempuannya yang kini berusia 19 tahun, Jazmin merupakan anaknya bersama seorang ejen hartanah Amerika Syarikat, Tamara Rotola. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


50,000 kg beras dirampas

Posted:

50,000 kg beras dirampas

50,000 kg beras dirampas

30/06/2011 6:09pm

JOHOR BAHARU — Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Johor menumpaskan percubaan menyeludup masuk 50,000 kilogram beras ke negara ini selepas menahan seorang pemandu treler di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin Sultan Abu Bakar, Gelang Patah, di sini, Isnin lepas.

Pengarah KDRM Johor, Datuk Ramli Johari berkata, pemandu berusia 35 tahun bersama treler dari Singapura itu ditahan kira-kira pukul 10.30 malam selepas anggota bahagian penguatkuasaan mendapat maklumat daripada orang awam.

"Pemeriksaan dalam treler itu menemui 1,000 guni beras dengan setiap guni itu mengandungi muatan 50 kilogram beras. Kesemua beras bernilai RM90,000 itu diikrarkan sebagai "polycarbonate resin" ketika diangkut masuk ke negara ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

RM30 juta bina IPD baru Sipitang

Posted:

RM30 juta bina IPD baru Sipitang

RM30 juta bina IPD baru Sipitang

30/06/2011 5:55pm

SIPITANG — Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan peruntukan berjumlah RM30 juta untuk membina Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sipitang yang baru.

Pengumunan Najib itu yang dibuat ketika beliau berucap merasmikan Karnival Gasing dan Tamu Besar Sipitang di sini hari ini, disambut gembira dan tepukan gemuruh ribuan hadirin di Padang Pekan Sipitang.

Skop pembinaan IPD berkenaan merangkumi pembinaan sebuah bangunan pentadbiran dan sebuah bangunan balai polis, lokap, dewan serbaguna, stor barang kes, bengkel pengangkutan dan garaj.

Komponen lain dalam projek tersebut termasuk pondok pengawal, stor peluru, stesen pencawang, pusat pengumpulan sampah dan surau.

Proses mereka bentuk bangunan IPD berkenaan dijangka siap pada Oktober tahun ini dan tender mungkin dikeluarkan pada November. Pembinaan dijangka bermula pada April 2012 dan projek djangka siap pada Disember 2013.

Sebelum itu, Najib melawat IPD Sipitang yang kemudian dianggapnya sebagai sudah terlalu uzur.

Pada majlis yang sama, Najib turut mengumumkan peruntukan berjumlah RM2.7 juta untuk membina bumbung Esplanade Sipitang, khususnya kawasan gerai sate dan makanan yang lebih kukuh dan tidak mudah diterbangkan angin.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pil kuda tahan sakit

Posted:

Pil kuda tahan sakit

Pil kuda tahan sakit

30/06/2011 5:53pm

BESUT — Mungkin sudah kehabisan idea, seorang buruh binaan yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menggunakan pil methamphetamine memberitahu mahkamah dia mengambil pil itu untuk dijadikan ubat penahan sakit.

Mohd Zabidin Awang, 42 dari Kampung Batu 29, Langkap, Permaisuri, di sini dituduh mengambil pil itu di tandas Balai Polis Sungai Tong, Setiu pada pukul 1 tengah hari, 29 Jun lalu.

Dia mengaku mengambil pil itu sebagai ubat penahan sakit untuk menghilangkan sakit badan kerana sering melakukan kerja berat kerana tidak ada cara lain.

Mendengar pengakuan itu, Majistret Ahmad "Adha "Amir Yasser Amri berkata tertuduh telah mengambil jalan yang salah dengan mengambil dadah terlarang, sedangkan masih banyak "dadah" yang dibenarkan boleh diperoleh di hospital sebagai ubat. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Sedia pikul tanggungjawab

Posted:

Sedia pikul tanggungjawab

Sedia pikul tanggungjawab



DALAM tempoh 24 jam, figura yang terkenal dengan lagu Bagaikan Bidadari, Tomok atau nama sebenarnya, Shah Indrawan Ismail, 27, bakal melangsungkan perkahwinannya bersama wanita pilihan hidup, Siti Rahayu Abas.

Baginya, itulah saat yang paling ditunggu-tunggu setelah lebih lapan tahun menjalin hubungan cinta bersama pramugari syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) itu.

"Alhamdulillah semua persiapan berada di landasan yang betul dan harap-harap semua berjalan dengan lancar," tuturnya tatkala ditebak persiapan terkini menjelang majlis perkahwinannya esok.

Belum merancang lokasi dan tarikh bulan madunya yang barangkali dipilih selepas Hari Raya Aidilfitri, Tomok sudah sedia menggalas tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga.

"Tugas ketua keluarga sangat besar, InsyaAllah jika kita jujur dan ikhlas dalam setiap kerja yang kita lakukan maka akan ada rezeki daripada Allah.

"Kerjaya saya sebagai anak seni masih menjadi landasan walaupun selepas saya berkahwin namun sekiranya ada tawaran lain yang dirasakan mampu dibuat, tidak salah untuk saya mencuba nasib," bicara anak kelahiran Kuala Lumpur itu.

Cintaku di Indonesia

Biarpun sibuk merencanakan yang terbaik untuk menjadi raja sehari, ada agenda lain yang bermain-main di benak minda Tomok terutama kecintaannya kepada peminat di Indonesia.

Tidak mengambil masa yang lama untuk mencuri hati peminatnya di Indonesia, sebuah lagu didedikasikan khas sendiri oleh Tomok.

Lagu berjudul Cintaku Di Indonesia yang dipetik daripada album sulungnya, TOMOK OIAM3, menumpahkan sepenuhnya jiwa dan perasaan terhadap sokongan tak berbelah bahagi peminatnya di negara jiran itu.

"Sebenarnya kumpulan New Boyz mempunyai peminat yang ramai di Indonesia dan dengan adanya lagu ini yang ditujukan khas buat peminat di sana, diharapkan lebih banyak potensi dan peluang untuk saya dan New Boyz bertapak kukuh di sana," ujar vokalis kumpulan New Boyz itu.

Diari Kampus Biru

Metafora lagu Cintaku Di Indonesia yang membuktikan penghargaan kepada peminatnya di negara garuda itu kini juga dipilih menjadi runut bunyi sebuah telefilem lakonan Tomok sendiri yang bakal memulakan penggambaran bermula pertengahan bulan Julai nanti.

Telefilem yang diberi judul Diari Kampus Biru diterbitkan sepenuhnya oleh Universiti Utara Malaysia (UUM) hasil ilham Naib Canselor UUM, Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak menerusi Uniutama Management Holding Sdn. Bhd. iaitu syarikat milik penuh UUM sendiri.

Mendapat suntikan pengarah Murali Abdullah dan penulis skrip Nassarudin Abdul Rasif@ Ramli, telefilem berdurasi 90 minit itu juga akan menjalankan sesi penggambaran di Bandung, Sumatera Utara Indonesia.

Diari Kampus Biru merupakan sebuah sinetron ringkas hubungan percintaan antara pelajar di sebuah universiti di Malaysia dan Indonesia yang berdepan dengan pelbagai konflik antara penerimaan keluarga, penolakan atmosfera masyarakat dan paradoks cinta benci-sayang merentasi dua negara.

Bercerita mengenai watak Tomok selaku penyandang watak utama, Zakhrul, mainan emosi, perasaan dan jiwa perlu dizahirkan dari dalam dirinya.

"Watak Zakhrul merupakan cabaran yang berat bagi saya kerana ada beberapa babak yang perlukan saya menangis.

"Tapi, InsyaAllah dengan bimbingan daripada pengarah, krew produksi dan pelakon-pelakon lamai seperti Wan Maimunah dan Wan Nor Azlin, saya harap dapat memberikan hasil yang terbaik," katanya.

Selain itu, Tomok juga dikehendaki 'bercinta' dengan heroin utama telefilem itu, Fita Angela yang membawakan watak Aisha.

"Ya, saya perlu bercinta dengan Aisha, iaitu seorang pelajar dari Indonesia yang datang ke Malaysia untuk belajar," akui Tomok ketika ditemui selepas sidang akhbar menandatangani persetujuan dan persefahaman antara pelakon Diari Kampus Biru baru-baru ini.


CINTA lapan tahun antara Tomok dan Ayu kini akan bersatu dalam ikatan suci perkahwinan esok.


Telefilem yang bakal disiarkan di saluran tempatan itu juga akan menjalankan penggambaran di sekitar negeri Kedah dan beberapa tempat di daerah Bandung, Indonesia.

Kolaborasi Tomok dan UUM hakikatnya bukan baru pertama kali terjalin. Sebelum ini Tomok juga pernah ke Palembang, Indonesia untuk sesi promosi UUM kepada penuntut di sana.

"Sebelum ini saya pernah ke Palembang untuk mempromosikan kampus UUM, selain membuat persembahan serta temu bual TV dan radio di sana pada tahun lalu, dalam masa yang sama saya sempat mempromosikan lagu-lagu saya," katanya yang optimis dengan prospeknya dalam bidang lakonan.

Mantera

Sejak mula berjinak-jinak dalam bidang lakonan bermula dengan filem pertamanya pada tahun 2004, Makar, mutu lakonan Tomok semakin bersinar sekali gus disunting untuk menggalas watak utama dalam filem Mantera.

Sementara itu, Tomok turut menyatakan keterujaannya melihat hasil lakonannya dalam filem sains aksi, Mantera yang kini baru selesai proses dubbing.

"Tugas sebagai pelakon dalam filem itu sudah selesai dan kini hanya menunggu hasil akhirnya.

"Saya tak berani untuk maklumkan bila filem itu akan masuk panggung, tapi harapan saya agar kesabaran menunggu berbaloi dengan kesan khas dan yakin dengan kualiti filem ini," katanya.

Selain itu, Tomok juga turut terlibat dalam pembikinan telemovie Cer Citer Cinta bersama Shahir AF7 dan pelakon jelita Rozita Che Wan, yang sedang disiarkan di Astro Prima bermula 23 Jun lalu.

"Saya memainkan peranan sebagai budak kolej yang mengikuti sebuah perkhemahan sempena cuti semester dalam telemovie ini.

"Selain itu, saya juga perlu bercakap dalam dialek Kedah yang saya rasa merupakan latihan terbaik untuk lakonan saya," cerita Tomok lebih lanjut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Amal amalan DJ Dave

Posted:

Amal amalan DJ Dave

Amal amalan DJ Dave


SAMBUTAN hari jadi DJ Dave pada tahun lalu yang menyaksikan dia menerbangkan anak-anak yatim dan ibu tunggal menaiki helikopter mengelilingi sekitar Kota Kinabalu, Sabah.


TIDAK dinafikan bahawa kehidupan sebagai seorang artis sememangnya sangat sibuk dan sering dipenuhi dengan jadual kerjaya yang tidak menentu tanpa mengira siang dan malam serta termasuk pada waktu hujung minggu.

Bagaimanapun, ia langsung tidak menjadi satu halangan yang besar kepada sebilangan daripada mereka untuk terbabit dengan aktiviti amal terutamanya dalam usaha untuk membantu golongan yang memerlukan.

Salah seorang artis yang dimaksudkan adalah Datuk Irwan Shah Abdullah atau lebih dikenali sebagai DJ Dave, seorang penyanyi serta penghibur terkenal tanah air yang cukup popular sekitar tahun 1970-an sehingga kini.

Menariknya, DJ Dave yang turut dikenali sebagai artis pertama Malaysia yang melancarkan album Hindi pada tahun 2005 telah menjadikan aktiviti amal yang dianjurkannya sebagai acara tradisi tahunan terutama pada sambutan ulang tahun kelahirannya.

Pada tahun lalu misalnya, penyanyi tersebut telah mencipta kelainan dalam meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-62 dengan menerbangkan 20 orang tetamu yang terdiri daripada anak-anak yatim dan ibu tunggal menaiki helikopter mengelilingi sekitar Kota Kinabalu, Sabah.

Menurutnya, biarpun jadual hariannya sering padat dengan pelbagai urusan seperti menguruskan perniagaan dan membuat persembahan di merata-rata tempat, namun ia langsung tidak menghalang dirinya untuk berbakti kepada golongan yang kurang bernasib baik.

"Selalunya kalau setiap tahun, saya memang akan menganjurkan majlis ulang tahun kelahiran saya dan mengundang anak-anak yatim dari beberapa buah rumah kebajikan sebagai tetamu untuk meraikan mereka.

"Lagipun saya merasakan dengan cara ini sahaja saya dapat berpeluang untuk mendekatkan diri dan berdampingan dengan mereka serta pada masa yang sama dapat menghiburkan hati mereka," ujarnya.

Tambah DJ Dave, selain gemar menganjurkan aktiviti amal, dia sendiri menyatakan tidak keberatan dan sedia untuk memberi kerjasama sekiranya mendapat undangan daripada mana-mana pihak untuk terbabit dengan aktiviti sebegitu.

Jelasnya, dalam tempoh terdekat ini dia telah mendapat undangan daripada pihak Persatuan Usahawan Wanita Bumiputera (Usahanita) untuk terbabit dalam persembahan amal sempena Karnival Awal Silaturahim yang berlangsung pada 3 Julai ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

"Sudah tentu saya sangat teruja untuk mengadakan persembahan tersebut dan tidak sabar untuk menghiburkan tetamu yang hadir. Malah, saya menyeru agar para peminat saya dapat hadir untuk sama-sama berhibur dan membantu golongan yang memerlukan.

"Saya juga difahamkan bahawa tema pada malam berkenaan juga adalah tema Bollywood dan saya akan menyanyikan kira-kira lapan buah lagu. Selain saya, Jamal Abdillah juga akan turut membuat persembahan dan tentunya ia akan lebih menarik," ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Projek Karnival Amal Silaturrahim, Che Ruhani Che Hassan pula menjelaskan seramai 80 anak yatim yang akan diraikan pada malam tersebut dan turut dimeriahkan dengan kehadiran artis popular lain seperti Azad Jazmin, Eira Syazira dan Ogy Ahmad Daud.

"Sehingga kini kami masih lagi melakukan penjualan meja yang berharga antara RM250 sehingga RM5,000. Kami berharap agar ramai lagi yang dapat hadir kerana kutipan yang perolehi nanti semuanya akan disumbangkan kepada anak-anak yatim yang hadir," ujarnya.

Sehubungan itu katanya, kepada sesiapa yang berminat untuk sama-sama memeriahkan majlis makan malam berkenaan bolehlah menghubunginya sendiri melalui talian 012-991 2678.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Raymond Lam suka Malaysia

Posted:

Raymond Lam suka Malaysia

Raymond Lam suka Malaysia


RAYMOND LAM sedang mengusahakan projek terbaharunya iaitu sebuah album Kantonis.


PENYANYI dan pelakon terkenal Hong Kong, Raymond Lam, telah dilantik sebagai duta produk lelaki Nugeno. Minggu lalu, Raymond telah datang ke Malaysia untuk siri promosi produk tersebut.

Katanya, dia suka berkunjung ke Malaysia dan bekerjasama dengan produk Nugeno.

"Selain datang mempromosikan produk Nugeno, saya juga mengambil kesempatan ini untuk bertemu dengan peminat saya di Malaysia," ujarnya dalam sidang media yang diadakan di pusat membeli-belah Summit USJ, Subang pada Sabtu lalu.

Raymond yang kini dalam proses menyiapkan album Kantonis terbaharunya bakal mengadakan konsert selama dua hari iaitu pada 30 dan 31 Julai depan di Coliseum, Hong Kong.

"Saya kini sibuk dengan persiapan album terbaru dan album itu nanti akan lebih banyak lagu rancak. Saya berharap agar peminat Malaysia akan terus menyokong saya," ujarnya.

Mengenai kerjasamanya dengan produk Nugeno, kata Raymond, dia tidak akan sesekali bersetuju untuk menjadi duta sesuatu produk jika dia sendiri tidak menyukai produk tersebut.

"Saya cuba semua produk yang mahu mengambil saya menjadi duta. Jika produk itu bagus dan dan saya sukakannya, baru saya bersetuju menjadi duta produk mereka.

"Bagi saya produk khas untuk lelaki keluaran Nugeno amat bersesuaian dengan kulit lelaki Asia dan saya membawanya ke mana sahaja saya pergi," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Memori sebuah stesen bersejarah

Posted:

Memori sebuah stesen bersejarah

Memori sebuah stesen bersejarah

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID dan IZYAN LIYANA MOHD. DARIF
rencana@kosmo.com.my



SUASANA dan pemandangan di sekitar stesen Keretapi Tanjong Pagar pada pagi itu agak luar biasa. Lazimnya, sebaik penumpang kereta api dari Kuala Lumpur yang bertolak pada waktu malam sebelumnya tiba di stesen tersebut, kawasan itu tenang seketika selepas orang ramai menuju ke destinasi masing-masing.

Namun, pada pagi itu hampir kebanyakan meja makan di kedua-dua buah restoran di stesen tersebut dipenuhi pelanggan yang menikmati sarapan pagi sambil berbual kosong bersama teman-teman.

Bahkan, stesen berusia 79 tahun yang menghubungkan dua buah negara jiran Malaysia dengan Singapura itu dibanjiri oleh pihak media, orang ramai dan para pelancong yang mahu mengabadikan setiap inci sudut yang ada di stesen tersebut.

Baik pelancong mahupun penduduk tempatan Kota Singa, mereka tidak lekang dengan kamera masing-masing. Senario itu menggambarkan seolah-olah stesen Tanjong Pagar akan 'meninggalkan' mereka.

Kesayuan wajah stesen itu dapat dirasai apabila kedai yang menjual cenderamata di pintu masuk negara itu juga kelihatan kosong.

Ketika membuat tinjauan di stesen tersebut dua minggu lalu, penulis dapat menyelami kesedihan yang dirasai oleh rakyat kedua-dua negara apabila tren terakhir meninggalkan stesen Keretapi Tanjong Pagar malam ini pukul 10.30. Stesen Keretapi Tanjong Pagar bakal dipindahkan ke Pusat Pemeriksaan Kereta Api Woodlands (WTCP) mulai esok.

Keputusan memindahkan stesen Tanjung Pagar itu dicapai pada pertemuan antara Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak dan rakan sejawatannya dari Singapura, Lee Hsien Loong, di Hotel Shangri-La Hotel pada Mei 2010.

Malaysia akan juga menempatkan kemudahan kastam, imigresen dan kuarantin (CIQ) kereta apinya di WTCP.

Kedua-dua pemimpin itu bersetuju tanah yang akan dikosongkan itu akan dimajukan oleh sebuah syarikat usaha sama Malaysia-Singapura dikenali M-S Pte. Ltd.

Selain tanah KTMB di Tanjong Pagar, Kranji dan Woodlands tiga bidang tanah tambahan di Bukit Timah yang kesemuanya berjumlah 271 hektar dan membabitkan landasan sepanjang 20 hingga 30 kilometer (km) akan diserahkan kepada syarikat berkenaan untuk dimajukan.

Antara individu yang paling terkesan dengan penutupan stesen ini adalah Ketua Stesen Tanjong Pagar, Mohd. Ayoub Embong, 49. Sudah enam tahun Mohd. Ayoub berkhidmat di stesen yang dulunya dipanggil Stesen Keretapi Keppel Road.


MOHD. AYOUB mengimbas kad pekerjanya sebelum dia meninggalkan stesen penuh nostalgia ini buat selama-lamanya.


Lelaki berkaca mata yang berdiri di tingkat tiga bangunan stesen tersebut sambil melemparkan pandangan ke arah kaunter tiket berkata :

"Selepas 80 tahun, bangunan ini tak berpenghuni lagi. Stesen ini adalah kebanggaan Malaysia di Singapura. Kami telah sebati dengan aura negara ini di Kota Singa.

Emosi terpancar

"Kita rasa rugi tapi mungkin ada keuntungannya, ada yang boleh terima (keputusan) tapi ada juga yang tak dapat terima, saya sendiri tak dapat menelah perasaan saya pada hari-hari terakhir nanti."

Beliau termangu di kala diajak bercerita tentang memori berkhidmat di sebuah stesen yang penuh sejarah. Emosinya jelas terpancar pada wajah dan suaranya.

"Dalam tempoh enam bulan ini orang yang datang mahu membeli tiket bertali arus. Jika selama ini, ada yang tak ada hati nak naik kereta api, tapi pada hari-hari terakhir, mereka mahukan pengalaman menaiki kereta api," ujar Mohd. Ayoub dengan lontaran wajah penuh kesyahduan.

Petugas kaunter juga lelah melayani barisan pelanggan yang beratur panjang sejak pukul 8 pagi setiap hari tanpa henti.

Hubungan keluarga

Ketika melewati lot kedai makanan dalam bangunan stesen, kami terdengar suara tangisan seorang wanita ketika diwawancara krew televisyen.

"Dengar tak, ada orang menangis tadi?," kata seorang peniaga, Noraini Said Paiman, 53. Dia yang terkenal dengan menu signaturnya soto baseball memberitahu, Stesen Tanjong Pagar sangat erat dengan keluarganya.

"Sejak kecil, ayah bawa saya ke sini hinggalah saya sendiri buka kedai sejak lapan tahun lalu dan beroperasi selama 24 jam," katanya.

Kerancakan perbualan tergendala tatkala diajukan pertanyaan tentang hala tujunya selepas ini. "Memang dah dapat tempat tapi rentaknya tidak sama seperti di sini," ujarnya.

Sambil membancuh teh tarik, Rosnah Mamat, 45, berkata, dia seperti tidak percaya deruan bunyi semboyan kereta api Tanjong Pagar akan berakhir.

"Bayangkan kedai M.Hasan dah berusia 40 tahun, staf sudah bagaikan keluarga, pelanggan dah macam kawan," ujarnya yang menghidangkan masakan Melayu seperti soto, lontong, tauhu bakar, laksa Singapura dan nasi lemak.

Akui wanita ini, sehingga kini kedainya masih belum bertemu dengan lokasi baharu. Dakwanya, notis yang diberikan kepada peniaga terlalu singkat.


MOHD. AYOUB mengakui kesedihannya sukar diungkapkan dengan kata-kata kerana Stesen Keretapi Tanjong Pagar ibarat rumah kedua baginya.


Pengusaha Habib Railway Book Store, Seenishahul Hamid, 36, lebih terkesan. Sudah 75 tahun perniagaannya bertapak di pintu masuk stesen. Dia adalah generasi ketiga yang mengurus kedai itu.

"Saya ingatkan tak jadi (pindah) dan berita ini ternyata mengejutkan kami semua, sedih tak terkata," ujarnya yang bakal berpindah ke WTCP.

Secara keseluruhan terdapat lebih 10 buah lot kedai yang menghidangkan masakan Melayu dan mamak.

"Di sinilah tempat kami melepak dan makan makanan Melayu, lepas ni, mungkin kita boleh lihat bangunan ini dari celah-celah pagar saja," kata seorang rakyat Singapura dikenali sebagai Pak Ya, 50-an kepada penulis.

Selama sembilan tahun, kerani kaunter Stesen Tanjong Pagar, Norhaiza Hadis, 37, menunggu pelanggan untuk membeli tiket.

Bagaimanapun, atmosfera itu berubah selepas pengumuman penutupan operasi kereta api di stesen ini.

"Kami dihujani panggilan telefon dan setiap masa kaunter dipenuhi orang ramai, purata jualan sehari mencecah 20,000 tiket," kata Norhaiza yang sudah sedekad bertugas di stesen Tanjong Pagar.

Rakan setugas, Wan Adli Wan Sulaiman, 27, sependapat dengan Norhaiza.

"Orang marah-marah pasal tiket satu perkara normal, kami tetap melayan mereka dengan baik," katanya.

Bangunan tiga tingkat yang mendapat sentuhan pengarca tersohor Itali, Angelino Vanette sememangnya sarat dengan penataan seni yang memukau.

Bidikan lensa kamera banyak terarah kepada empat arca figura manusia setinggi 22 meter, menara jam dan lukisan mural yang gah dalam bangunan.

"Kita berharap janji untuk menjadikan bangunan ini sebagai warisan kebangsaan ditunaikan," kata seorang jurufoto amatur, Rahmat Raslan, 39.

Hari terakhir di stesen itu cukup merengsakan perasaan. Seakan enggan berpisah dengan stesen yang penuh nostalgia itu kepada rakyat kedua-dua negara, seboleh-bolehnya penulis berharap berdenyut waktu terhenti seketika.

Kereta api merajuk

Bagaikan memahami apa yang terbuku di hati, kereta api Senandung Sutera yang sepatutnya berlepas tepat pukul 10.30 malam itu tertangguh selama dua jam.


STESEN Tanjong Pagar menjadi kelangsungan pada sejarah awal perkhidmatan kereta api di kota Singa ini.


"Sudah tiga hari berturut-turut kereta api buat perangai, mungkin dia pun merajuk macam kita," kata pemandu pada malam itu yang mahu dikenali sebagai Khairi bertungkus-lumus membaiki enjin yang meragam. Khabarnya, sejak 22 Julai lalu stesen tersebut sudah mulai sunyi sepi selepas masing-masing diarahkan berpindah.

Bahkan, pemandangan pelanggan setia dan penumpang kereta api menjamu selera sambil bergelak ketawa bersama teman-teman melepas lelah selepas waktu kerja di restoran-restoran di tanah Malaysia itu kini tinggal memori. Ketika kereta api terakhir yang membawa penulis dan penumpang dari Tanjong Pagar meninggalkan stesen terasa sebak yang menggamit hati.

Penulis masih berdiri di tangga kereta api sehingga wajah stesen lenyap daripada pandangan. Selepas Pulau Batu Putih, pelabuhan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Woodlands dan Istana Kampung Gelam di tengah bandar Singapura yang pesat, kita kehilangan Tanjong Pagar. Seperti harapan rakyat negara ini semoga Singapura tidak memadamkan sejarah stesen Tanjong Pagar seperti terpadamnya sejarah Temasik.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Rabu, 29 Jun 2011

Kosmo Online - Horizon

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Horizon


Ujian sukar dalam belantara

Posted:

Ujian sukar dalam belantara

Ujian sukar dalam belantara

Oleh RAIS YEOP JOHARI
rais.johari@kosmo.com.my



SELEPAS sarapan dan membawa sebotol dua air mineral dalam beg masing-masing, peserta Kumpulan 2 pagi itu bagai tidak sabar dan teruja ingin memulakan misi Kembara Duga di hutan belantara Taman Negara Kuala Koh di Gua Musang, Kelantan.

Seramai 36 peserta Perajurit Muda pasukan Askar Wataniah dari Kem Rejimen 515 Askar Wataniah begitu bersemangat apabila mengetahui bahawa kumpulan sebelum mereka berjaya menamatkan misi dengan penuh cabaran.

Kumpulan 1 itu terdiri daripada pelatih dari kem Rejimen 502 Askar Wataniah, Bahagian Teknologi Persenjataan (Stride) Batu Arang dan Stride Kajang seramai 30 orang. Kumpulan itu diterajui Sarjan Sapawi Hamdan Mohd. Nor dan Sarjan Junaidi Mamat.

Ramai yang begitu teruja mahu untuk menempuhi misi berkenaan kerana rata-rata peserta termasuk penulis dan rakan dari Platun Media, kali pertama menjejakkan kaki ke taman negara tersebut.

Selesai taklimat ringkas dari Ketua Program, Mejar Mohd. Yusoff Sadri, dan kata-kata semangat daripada Staf Sarjan Mohd. Yusuff Musa, kira-kira pukul 9 pagi kesemua peserta memulakan cabaran yang dipanggil Canopy Walk dengan melalui jambatan gantung sejauh kira-kira 50 meter dan tinggi lebih kurang 25 meter.

Kemudian perjalanan merentas hutan (jungle tracking) di belantara itu benar-benar menakjubkan apatah lagi peserta dapat melihat keindahan flora dan fauna yang terpelihara untuk tatapan untuk generasi akan datang.

Kira-kira dua jam meredah hutan, tidak dinafikan fizikal dan mental peserta mula tercabar. Riuh rendah suara dan keriangan mereka mula bertukar perasaan serius, letih dan cemas ketika merentasi lebih lima bukit-bukau di Pertang.

Dalam kembara itu, pelbagai aksi peserta mencuit hati rakan sekumpulan apabila ada dalam kalangan mereka yang panik dan terkejut akibat 'serangan' pacat di kaki mereka.

Walau apa jua rintangan yang menanti, kesemua peserta meneruskannya atas dasar semangat berpasukan walaupun keletihan. Seorang wartawan Bernama, Nurqalbi Mohd. Reda, 28, dari Platun Media yang mengalami kecederaan pangkal buku lali juga tidak patah semangat demi menyempurnakan misi berkenaan.

"Misi ini memang mencabar fizikal dan mental, lepas turun bukit curam kita daki pula bukit yang tinggi. Biar apa pun, kita harung juga sampai tamat.

"Buddy, lepas dua jam, kita harung bukit ini memang nalla (bermakna besar mengikut dialek Utara)," kata rakan sekhemah penulis, Mohamad Naim Firdaus Abd. Aziz.

Meskipun letih, Mohamad Naim yang bertindak selaku jurugambar, yakin menyempurnakan misi berkenaan sambil tidak melepaskan peluang merakamkan keindahan hutan, aksi para peserta dan juga bekas tapak kaki harimau menerusi kamera digital Canon 1D Mark V yang begitu lasak.

Riak sungai


PENGALAMAN menaiki trak tentera untuk ke Taman Negara Kuala Koh begitu mengujakan.


Apabila terdengar bunyi air sungai semakin hampir dan jelas, kesemua peserta kembali bersemangat meneruskan perjalanan untuk tiba di check point pertama berehat dan menunggu makan tengah hari di Sentri Kelah.

Sejurus selesai makan dan berehat kira-kira satu jam lebih, pengembaraan diteruskan semula. Mental dan fizikal peserta sekali lagi diuji apabila dikehendaki berpatah balik dan mendaki beberapa buah bukit untuk ke check point kedua.

Perjalanan kali ini benar-benar menguji kekentalan semangat para peserta selepas sejam lebih berjalan. Ada beberapa peserta hampir putus asa untuk meneruskan perjalanan berikutan mengalami keletihan dan kesakitan di pangkal buku lali.

Bukan sekali dua kaki peserta terpelecok malah ada yang beberapa kali tersadung tunggul-tunggul kecil. Saat berjalan terhoyong-hayang dan kesakitan di kaki, ketika itu kelibat Medic, Koperal Mohd. Saifuddin Mohamed, Koperal Razal Aziz dan Prebet Noriyana Md. Shah memainkan peranan membantu peserta yang memerlukan rawatan.

Rasa penat bukan kepalang berbanding perjalanan pagi membuatkan pakaian peserta habis lencun dek peluh. Hanya mental dan gerak berpasukan menjadi tonik terbaik bagi meneruskan langkah.

Jeram Sinar

Tanpa beralah pada kepenatan dan kesakitan, kesemua peserta akhirnya berjaya dan selamat tiba di check point kedua di Jeram Sinar. Perasaan puas dan bangga segera dirasai kerana itulah laluan yang mencabar sebelum meneruskan aktiviti terakhir iaitu Rubber Floating sejauh dua kilometer (km).

Rubber Floating adalah aktiviti air yang memerlukan peserta berbaring di atas tiub pelampung besar dan menyusuri Sungai Kuala Koh hingga di check point terakhir.

"Inilah saat yang ditunggu kerana kita tidak perlu berjalan. Cuma relaks dalam pelampung ini. Walaupun nampak mudah, aspek keselamatan tetap diutamakan.

"Pengalaman merasai Rubber Floating ini memang menyeronokkan setelah penat mengharungi halangan hutan belantara," ujar seorang peserta yang juga pensyarah muzik, Yasmin Malik.


BERGAMBAR kenang-kenangan selepas menamatkan Program Kembara Duga Askar Wataniah.


Akhirnya, kesemua peserta tiba di check point terakhir kira-kira pukul 4.15 petang selepas tujuh jam mengharungi misi berkenaan. Tatkala berjaya menamatkannya semua peserta sekali lagi bersorak kegembiraan sebagai tanda berjaya menamtkan misi tanpa ada seorang pun ahli kumpulan terkecuali.

Aktiviti hari ketiga Kembara Duga itu dianggap paling mencabar selepas hari sebelumnya kumpulan penulis melakukan aktiviti merentas hutan ke Bumbun dan Pertang.

Pengalaman bermakna

Selain aktiviti berkenaan, peserta juga berpeluang melakukan aksi terbang keluang (flying fox), menikmati makan malam barbeku dan mengunjungi perkampungan Orang Asli di sekitar taman negara tersebut.

Salah salah seorang peserta, Ahmad Syah Ejaz Ismail, 23, berkata, penyertaannya bersama rakan-rakan dalam program berkenaan memberi pengalaman yang bermakna dari aspek mental dan fizikal.

"Ia sesuatu yang menarik untuk dikongsi bersama rakan kumpulan dalam membentuk kerja berpasukan dan membina semangat yang kental," katanya.

Seorang lagi peserta, Zuhaira Zainuddin, 34, berkata, dia berasa bangga dapat mengikuti program yang diatur untuk pasukan Wataniah.

"Walaupun bukan seorang tentera tetap, saya berasa amat teruja dan amat berminat sekiranya diberi peluang sebegini pada masa akan datang," katanya.

Kehadiran kesemua peserta menerusi perjalanan sejauh lebih 500km dan mengambil masa kira-kira tujuh jam dari Kuala Lumpur ke taman negara itu pada 2 hingga 5 Jun lalu merupakan aktiviti yang dirancang oleh pihak kementerian di bawah Program Kembara Duga Askar Wataniah, Kementerian Pertahanan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berkunjung ke ‘tanduk’ Borneo

Posted:

Berkunjung ke 'tanduk' Borneo

Berkunjung ke 'tanduk' Borneo


TITIAN di tepi pantai ini merupakan laluan khas buat pengunjung yang mahu menghayati keistimewaan landskap semula jadi.


AKHIRNYA, sampai juga hajat penulis untuk menjejakkan kaki ke Tanjung Simpang Mengayau di Kudat, Sabah. Gambaran pemandangan alam semula jadi yang sering dilihat di laman web, blog, akhbar dan Internet kini di depan mata.

Walaupun dilahirkan di Negeri Di Bawah Bayu, penulis sendiri belum pernah sampai ke daerah Kudat sebelum ini, apatah lagi menyaksikan keindahan Tanjung Simpang Mengayau yang sangat menakjubkan.

Justeru, dalam perjalanan melawat saudara-mara pada tahun lalu, destinasi ini menjadi agenda wajib.

Untuk ke destinasi ini, pemanduan selama empat jam dari Kota Kinabalu diperlukan. Tempoh itu terasa berbaloi kerana perjalanan tersebut menyajikan pemandangan yang menarik.

Cuma cuaca panas terik ada ketikanya membuatkan tekak terasa perit dan kekeringan.

Terkenal dengan jolokan nama The Tip Of Borneo atau Penghujung Barat Laut Kepulauan Borneo, pemandangan mempesona yang sentiasa menjadi buah mulut selain lambakan gambar di Internet itu ternyata mampu memanggil sesiapa sahaja untuk bertandang, terutamanya para pencinta alam.

Subhanallah. Itulah ungkapan pertama penulis ketika tiba di tanjung di Semenanjung Kudat, kira-kira 215 kilometer (km) dari Kota Kinabalu.

Mula-mula penulis dan rombongan singgah di kawasan pantai sebelum beralih ke dataran. Berbanding di kawasan dataran, pengunjung boleh menjalankan pelbagai aktiviti di pantai seperti berenang, snorkeling, barbeku dan beriadah mahupun sekadar berbaring untuk sesi istirehat di bawah redup pokok.

Setelah puas melakukan pelbagai aksi untuk rakaman gambar, kami terus ke dataran kerana kami ingin tahu juga pelbagai pilihan aktiviti lain.


LAUT ini pernah menjadi laluan pedagang China yang datang ke Borneo menggunakan tongkang.


Lokasi 'tanduk'

Sebenarnya Tanjung Simpang Mengayau ini merupakan kawasan paling hujung kepulauan Boneo bahagian utara. Ia terletak pada 'tanduk' seperti yang terlihat pada peta negeri Sabah.

Dari dataran, anda akan nampak pandangan luas lautan Sulu dan Laut China Selatan, selain beberapa pulau termasuk Pulau Bangi dan sebuah pulau lagi yang menempatkan rumah api.

Rumah api itu terletak di Pulau Kalampunian yang khabarnya memiliki hamparan pantai tercantik di Kudat. Kejernihan laut dan pasir pantainya yang memutih pasti membuatkan sesiapa saja terpanggil untuk bermandi-manda.

Selain itu, jika anda berpeluang ke pantai anda akan melihat pelbagai bentuk formasi batu semula jadi, monumen berupa bongkah batu bulat dan beberapa tempat tinggalan sejarah.

Diterjemahkan sebagai 'simpang yang berpanjangan', Simpang Mengayau menjanjikan pemandangan memukau yang melepasi Laut China Selatan.

Menariknya, ia tempat pertemuan Laut China Selatan dan Laut Sulu yang pernah satu ketika dulu menjadi laluan pedagang China ke Borneo menggunakan tongkang.

Difahamkan, banyak tongkang yang karam kini menjadi tukun di dasar laut lantas membentuk habitat ideal bagi hidupan laut.

Peperangan

Dalam bahasa kaum Rungus, Kudat, Tanjung Simpang Mengayau dikenali dengan nama Tanjung Sampang Mangazo.

'Tanjung' bermaksud hujung, 'sampang' adalah simpang dan 'mangazo' pula bermakna peperangan.

Bagi kaum Rungus, tempat itu mempunyai makna tersendiri yang menyaksikan peristiwa penting dalam kisah keturunan mereka.

Menurut catatan sejarah, kawasan itu adalah tapak pertempuran pahlawan Rungus dengan lanun yang sering menyerang perkampungan mereka sekitar abad ke-18 dan 19.

Justeru, mereka menggunakan tanjung tersebut sebagai lokasi pertahanan untuk melindungi kampung mereka. Tanjung tersebut juga begitu strategik sebagai tempat pemantauan kapal asing yang melewati perairan atau yang mahu mendarat di pantainya.

Merakam kenangan


PELUANG bergambar beramai-ramai sememangnya sesuatu yang wajib dirakam oleh seorang pengembara.


Untuk sampai di titik penghujung barat laut di pulau ketiga terbesar di dunia itu, pengunjung terpaksa berjalan kaki kira-kira 200 meter dari tempat letak kereta untuk ke pancang bendera raksasa dan replika bumi.

Ini membolehkan pengunjung merakamkan gambar kenangan seterusnya ke batuan singkapan granit. Walaupun terpaksa berjalan, segala tenaga yang digunakan pasti berbaloi kerana kedatangan itu disambut elemen alam yang memukau.

Elemen itu termasuklah pecahan batuan pasir yang membentuk landskap unik seperti formasi pusaran dan tetingkat.

Bagi yang meminati seni fotografi, inilah masanya untuk merakam pelbagai keindahan dan panorama yang sukar diungkap dengan kata-kata.

Selain Tanjung Simpang Mengayau, pengunjung yang datang ke sana juga berpeluang melawat lokasi menarik. Antaranya adalah ladang madu lebah di Kampung Gombizau, kilang gong di Kampung Sumangkap dan rumah panjang kaum Rungus.

Justeru, bagi yang mahukan percutian menarik, masa yang diluangkan di Tanjung Simpang Mengayau pasti tidak akan sia-sia kerana setiap detik adalah saat yang menyeronokkan.

Jangan lupa untuk turun ke kawasan batuan paling hujung di tanjung. Walaupun terdapat papan tanda amaran mengenai tindakan tersebut, anda akan berasa rugi jika tidak berbuat demikian. Begitupun, sikap berhati-hati perlu diutamakan agar anda selamat ketika melangkahkan kaki di kawasan itu.

Jika anda sekadar ingin tahu, sebenarnya kawasan tersebut terdapat banyak formasi batuan yang luar biasa formasinya. Pastinya ia suatu pemandangan istimewa untuk dirakamkan dengan lensa kamera seterusnya ditunjukkan kepada keluarga dan rakan-rakan yang tidak pernah sampai ke destinasi itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved