Selasa, 11 Mac 2014

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Hanis, Aliff, dan Hairul

Posted:

Hanis, Aliff, dan Hairul

Hanis, Aliff, dan Hairul

BILA ditawarkan berlakon dalam drama Jodoh musim kedua, hati pelakon dan pengacara, Hanis Zalikha dipagut resah. Benak fikirannya berselirat rasa gusar dibandingkan dengan heroin Jodoh musim pertama, Scha Al-Yahya. Ada sebabnya.

Bagi Hanis, menerusi Jodoh, Scha telah berjaya membawakan watak Olly di samping Dazrin dengan bagus sehingga meraih sambutan yang menggalakkan daripada penonton.

Mencari ketenangan dalam gundah yang bertamu di hati, Hanis meminta sinopsis Jodoh 2 terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.

"Bila saya minta sinopsis baru saya tahu yang saya pegang watak utama seperti Dazrin. Dan, akhirnya saya setuju berlakon dalam Jodoh 2.

Menerusi Jodoh, Dazrin membawa watak seorang pemuda yang mencari calon isteri dengan menyertai sebuah program realiti mencari jodoh yang disertai sekumpulan wanita jelita termasuk Olly.

Jodoh 2 sebaliknya mengenai Zara, lakonan Hanis - gadis yang mencari jodoh menerusi program realiti sama tetapi disertai sekumpulan pemuda kacak.

"Saya bukan takut bawa watak Olly lakonan Scha. Saya cuma takut dibandingkan dengan Scha. Juga takut jangkaan daripada peminat Jodoh terhadap Jodoh 2.

"Saya sendiri tengok Jodoh dan ia merupakan drama yang bagus. Scha bawa watak Olly dengan baik. Mula-mula saya ingatkan, watak saya lebih kurang dengan watak yang dibawakan Scha.

"Sebab itu, saya risau untuk berlakon dalam Jodoh 2. Rupa-rupanya macam watak Dazrin dalam Jodoh tetapi versi wanita. Jadi saya lega dan gembira membawakan watak Zara dalam Jodoh 2," ungkapnya mesra ketika ditemui di lokasi penggambaran drama Jodoh 2 di Subang Jaya, Selangor baru-baru ini.

Drama bersiri 13 episod arahan Syed Khairul Fariz yang bakal menemui penonton pada 24 Mac ini, berkisarkan tentang Zara yang mencari jodoh.

KETIKA awal kemunculannya dalam dunia hiburan, Hanis pernah dilabel sebagai seorang diva.


Seorang selebriti internet yang tidak mempunyai kekasih, Zara turut digambarkan sebagai seorang gadis yang naif dan sopan.

"Dia seorang selebriti internet yang naif. Dia masuk program cari jodoh itu sebab ingin mencari cinta sejati.

"Bagaimanapun dia berdepan dengan tekanan kerana tidak mampu memilih pasangan yang dia mahukan.

"Terlalu banyak elemen drama, kemahuan penerbit rancangan itu dan juga penonton dalam rancangan tersebut yang perlu dikutinya," ulasnya.

Karakter Zara nyata ada persamaan dengan Hanis yang sebelum menceburi bidang lakonan merupakan seorang blogger terkenal. Namun, pelakon berusia 24 tahun ini bukan seorang yang lemah lembut, tetapi sebaliknya bersikap gila-gila.

"Cabaran bawa watak Zara ialah apabila saya terpaksa kekalkan sikap sopan dan ayu. Kalau boleh, saya ingin bawa watak seperti Elly lakonan Jannah Nik yang gila-gila. Sebabnya itu karakter sebenar," ujarnya mengenai watak Elly yang dibawa oleh pelakon Jannah Nik, yang juga merupakan tunjang utama dalam drama Jodoh 2.

Aliff Aziz

Menjalani penggambaran drama Jodoh 2 selama 35 hari, Hanis turut berlakon di samping penyanyi sensasi, Aliff Aziz.

Pertama kali bergandingan dengan Aliff, ada cerita mengatakan mereka bermasam muka ketika penggambaran Jodoh 2 dijalankan.

Menjawab mengenai gosip tersebut, ulas Hanis, khabar yang mengatakan dia bermasam muka dengan Aliff adalah pelik.

"Saya tidak tahu macam mana boleh timbul khabar ini (bermasam muka dengan Aliff). Serius tidak ada langsung. Boleh tanya soalan ini kepada mereka di lokasi penggambaran ini.

"Saya rasa benda ini timbul sebab kami belum lagi ada babak bersama dalam Jodoh 2. Semua babak saya banyak dengan Fadlan Hazim (hero Jodoh 2). Kalau ada babak bersama Aliff sekalipun, ia membabitkan pelakon-pelakon lelaki lain juga.

HANIS mengakui hubungannya dengan Hairul tidak lebih sekadar teman rapat.


"Tetapi ia tidak bermakna kami bermasam muka dan tidak bertegur sapa. Kalau minum petang kami turut minum bersama," ungkapnya terkejut dengan khabar terbabit.

Disoal mengenai kontroversi yang mengaitkan Aliff dengan beberapa wanita dan selebriti sebelum ini, kata Hanis, dia tiada masalah mencipta keserasian berlakon bersama Aliff kerana umur mereka juga hampir sebaya.

"Hanis tidak pernah dengar kontroversi dia (Aliff) di set penggambaran - kami tiada masalah. Kami mudah serasi sebab saya, Aliff dan juga semua pelakon memiliki umur yang hampir sebaya," ujarnya.

Diva

Pernah didakwa bersikap diva dengan media sebelum ini, Hanis menangkis dakwaan tersebut. Sebaliknya dia mengakui, ketika itu dia belum pandai membawa diri.

"Kalau dulu, saya tidak pandai bawa diri ketika hadir ke majlis hiburan. Saya juga tidak tahu hendak berbual dengan orang yang tidak dikenali. Sekarang saya sudah kenal wartawan," jelasnya.

Disoal mengenai pandangan orang ramai terhadapnya selepas dituduh diva, kata Hanis, peminatnya yang mengenalinya sejak menjadi penulis blog tahu siapa dirinya dan masih menyokongnya.

"Saya cuma kesal kalau orang yang tidak kenal membaca dan mempercayai berita itu (isu diva). Alhamdulillah, sekarang saya sudah pandai bawa diri. Cerita sebegini tidak lagi timbul," akuinya.

Selain daripada Jodoh 2, Hanis juga baru menjalani penggambaran telefilem arahan Micheal Ang berjudul Patung.

Mengakui Patung merupakan karya paling berat pernah dibawa olehnya, akui Hanis, dia membawa watak seorang wanita psiko yang didera oleh ibunya serta dibomoh oleh suaminya.

"Patung merupakan cerita hantu. Saya bawa watak wanita yang dipaksa kahwin dengan orang lain selepas kekasihnya dibunuh. Dia kemudiannya menjadi psiko dan sering bermain dengan anak patung selepas dibomoh oleh suami," kongsinya lagi mengenai telefilem yang bakal ditayangkan pada bulan April ini.

Hairul Azreen

Turut disoal mengenai hubungannya bersama pelakon Hairul Azreen, Hanis memberitahu, pemuda itu merupakan lelaki yang paling rapat dengannya sekarang.

"Sejak di tingkatan tiga lagi, saya sudah mengenali dia ( Hairul). Kami kenal menerusi laman sosial Myspace. Sejak itu, kami berkawan dan menjadi rapat sehingga kini. Dia banyak membantu saya dalam bidang lakonan," ulasnya mengenai perkenalannya dengan Hairul.


HANIS (berdiri tiga dari kanan) bersama barisan para pelakon yang menjayakan drama bersiri Jodoh 2 yang akan mula ditayangkan pada 24 Mac ini.


Begitu sukar berkongsi lebih lanjut status hubungannya dengan Hairul, akui Hanis, sejak menjadi penulis blog lagi, dia tidak suka mencanangkan kisah peribadi.

Katanya, walaupun dia pernah mempunyai teman istimewa satu ketika dahulu dia tidak pernah bercerita mengenainya dengan peminat blognya biarpun disoal berkali-kali.

Berkongsi sasarannya untuk berkahwin, ujar anak kedua daripada tujuh orang adik-beradik itu, dia pernah berhasrat untuk berkahwin di usia 20 tahun.

Sebabnya, Hanis ingin mengikut langkah ibunya yang berkahwin di usia 20 tahun dan mempunyai anak yang ramai.

"Saya ingin ikut dia berkahwin di usia 20 sebab perbezaan umur kami tidak terlalu jauh. Dia sekarang 46 dan saya pula 24 tahun. Walaupun hubungan kami adalah ibu dan anak tetapi kami rapat seperti kawan baik.

"Tetapi bila mula berlakon saya tidak lagi teringin untuk berkahwin awal. Ini kerana, saya mulai suka memperoleh pendapatan sendiri. Memegang duit sendiri. Ibu juga pernah menasihati saya supaya tidak berkahwin di usia sepertinya," luahnya lagi.

Farid jaga pemakanan Diana

Posted:

Farid jaga pemakanan Diana

Farid jaga pemakanan Diana

Oleh IZWAN MOHD. ISA

FARID KAMIL mengakui anak kini menjadi keutamaan buat dirinya dan Diana.


SEJAK pelakon tinggi lampai, Farid Kamil, 33, mendirikan rumah tangga dengan Diana Danielle, 23, pada penghujung tahun 2012, ada sahaja kisah kurang enak serta kontroversi yang sering menghambat pasangan tersebut.

Daripada isu pakaian seragam dan lencana kententeraan yang dipakai pada majlis resepsi perkahwinan hinggalah keengganan Farid dan Diana untuk mengumumkan nama anak lelaki mereka, pasangan itu seperti mengambil keputusan untuk mengunci mulut apabila disoal mengenai kisah peribadi.

Ketika ditemui pada majlis pengumuman pelantikannya sebagai jurucakap kedai dobi layan diri CleanPro di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini, pelakon yang pernah popular dengan filem I'm Not Single itu mengakui dia mempunyai sebab yang tersendiri untuk terus merahsiakan indentiti anak sulungnya itu.

Ikuti temu bual Kosmo! dengan Farid.

Kosmo!: Tahniah kerana dilantik sebagai duta rangkaian kedai dobi terbesar di Malaysia! Kenapa Farid begitu tertarik untuk menerima tawaran ini?

FARID: Terima kasih. Ketika saya berada di Amerika Syarikat (AS), saya telah menggunakan perkhidmatan seperti ini. Ia sangat mudah dan praktikal. Selain itu, saya tertarik untuk menerima tawaran ini kerana ia merupakan satu konsep yang menarik untuk diketengahkan di Malaysia.

Sebagai seorang seorang selebriti yang telah mendirikan rumah tangga, adakah Farid sudah bersedia untuk menjadi jurucakap sebarang produk bersama isteri dan anak?

Saya belum menerima sebarang tawaran untuk muncul bersama isteri dan anak. Lagipun, saya tidak mahu anak saya terlibat secara langsung dalam industri hiburan ketika dia masih kecil.

Adakah Farid melarang anak daripada menceburi dunia seni, terutamanya dunia lakonan?

Buat masa ini, ya. Saya tidak gemar melihat anak saya bekerja pada usia muda. Saya juga tidak menyokong child labor (kanak-kanak yang diminta untuk bekerja). Tetapi, jika dia mengambil keputusan untuk menceburkan diri dalam dunia hiburan ketika dia sudah dewasa, itu terpulang dengan keputusannya sendiri.

Sudah hampir setahun sejak anak sulung anda dilahirkan. Kenapa Farid mengambil keputusan untuk tetap merahsiakan nama anak anda?

Saya akan mengumumkan tentang anak saya apabila tiba masa yang sesuai nanti.

FARID dan Diana masih belum mendedahkan nama anak sulung mereka ini kepada umum.


Apakah perancangan Farid untuk anak?

Saya bercadang untuk menghantarnya ke sekolah tahfiz apabila usianya menginjak lima tahun.

Kenapa Farid bercadang untuk berbuat demikian?

Idea untuk menghantar anak saya ke sekolah tahfiz tercetus apabila ibu saya sendiri berhasrat untuk melihat salah seorang daripada anak-anaknya bergelar tahfiz. Akibat hasrat yang diimpikan sebelum ini tidak kesampaian, dia kemudian mencadangkan agar cucunya pula diberikan pendidikan sebegitu. Pada pandangan saya, tidak salah untuk mencuba.

Apakah perubahan ketara yang Farid alami selepas bergelar seorang bapa?

Perubahan paling ketara yang berlaku dalam hidup kami sekarang adalah cara kami membahagikan masa. Jika dulu kami ada 24 jam untuk diri sendiri, tetapi selepas menimang cahaya mata, anak merupakan keutamaan kami.

Isteri anda, Diana kelihatan sungguh kurus. Adakah Farid menjaga pemakanan Diana selepas melahirkan anak?

Saya memang menjaga pemakanan Diana terutamanya sejak dia masih mengandung lagi. Dia memerlukan nutrisi yang betul bagi menjamin kandungan yang sihat. Justeru, selepas melahirkan anak, pola pemakanan yang serupa masih diteruskan.

Adakah Farid meletakkan syarat untuk Diana dalam kerjayanya?

Saya tidak menyekat sebarang keputusannya untuk terus berlakon. Asalkan dia pandai membahagikan masa antara kerjaya dan anak, saya tidak kisah.

Sejak kebelakangan ini, Farid sering dikaitkan dengan hal yang berkaitan dengan pihak berkuasa. Apakah status hubungan anda dengan mereka sekarang?

Buat masa ini, saya dan pihak berkuasa tidak mempunyai apa-apa masalah. Semua yang berlaku sebelum ini adalah disebabkan salah faham sahaja.

Apakah perkembangan terbaharu Farid?

Saya bakal muncul dengan filem arahan Mamat Khalid berjudul Apokalips X pada 3 April ini. Selain itu, saya akan berlakon dalam sebuah supertelefilem, selain trilogi filem Lagenda Budak Setan.

Arja Lee gapai impian

Posted:

Arja Lee gapai impian

Arja Lee gapai impian

Oleh HARYATI KARIM

ARJA Lee menhabiskan kos sebanyak RM30,000 untuk single sulungnya yang berjudul Cerita Pada Mereka.


SEBELUM namanya popular sebagai pelakon, Arja Lee atau nama sebenarnya Azharudin Ramli, 30, menyimpan impian untuk bergelar penyanyi.

Dia pernah mencuba nasib dengan menyertai beberapa program realiti nyanyian seperti Audition dan Gangstarz.

Malah sebanyak dua kali dia cuba menyertai Akademi Fantasia – pada musim keenam dan kesepuluh.

Namun, semangatnya tidak pernah luntur meskipun dia gagal menempatkan diri sehingga ke peringkat akhir.

Percaya pada rezeki yang tidak menyebelahinya ketika itu, Arja meneruskan perjalanan seninya di pentas teater.

Seterusnya, dia kini bergelar salah seorang pelakon lelaki popular sejak memegang watak Ramzul dalam drama bersiri Ariana Rose.

Impiannya untuk bergelar penyanyi bagaimanapun menjadi kenyataan apabila baru-baru ini, Arja melancarkan single berjudul Cerita Pada Mereka.

Lagu itu dicipta sepenuhnya oleh Keroz Nazri manakala muziknya disusun oleh Alfa Booty.

"Sebenarnya, impian terbesar saya adalah untuk bergelar penyanyi. Saya pernah cuba dalam beberapa program realiti tetapi tidak sampai ke peringkat akhir.

"Mungkin waktu itu saya masih belum cukup bagus dan bukan rezeki saya. Selepas Akademi Fantasia musim ke sepuluh saya tidak masuk mana-mana program realiti lagi.

"Selepas itu, saya bersedia untuk menjadi penyanyi dan menerbitkan sendiri lagu hasil pendapatan daripada lakonan," katanya yang berhabis wang sebanyak RM30,000 untuk rakaman lagu Cerita Pada Mereka.

Tambah Arja, dia bukannya kecewa selepas menyertainya pelbagai program realiti sehingga memaksanya menerbitkan sendiri lagu untuk bergelar penyanyi.

Sebaliknya, selepas drama Ariana Rose popular dan melonjakkan namanya, dia merasakan kini adalah waktu yang tepat untuknya melancarkan single tersebut.

"Bukanlah sebab saya kecewa sehingga terpaksa keluarkan duit poket sendiri untuk jadi penyanyi tetapi sudah sampai masanya.

"Kebetulan, rezeki dalam lakonan lebih banyak membolehkan saya mengumpul wang untuk merakamkan lagu. Waktunya juga sesuai untuk lancarkan single kerana drama Ariana Rose baru sahaja tamat dan saya telah berjaya mengumpul ramai peminat baharu," ujarnya.

FIGURA ini tidak akan meninggalkan dunia lakonan meskipun gigih mengejar impian untuk bergelar penyanyi.


Rapat dengan Shima Anuar

Meskipun sudah bergelar penyanyi, tegas pelakon drama Misiku Kuza itu, dia tidak akan sesekali meninggalkan dunia lakonan.

"Penyanyi Salamiah Hassan pernah bercakap kepada saya, untuk menjadi penyanyi yang bagus saya harus tinggalkan dunia lakonan kerana menyanyi perlu banyak rehat untuk menjaga suara.

"Namun, buat masa sekarang rezeki lakonan saya lebih banyak dan orang pun mengenali saya sebagai pelakon.

"Tidak mungkin untuk saya tinggalkan dunia lakonan walaupun saya akan aktif sebagai penyanyi pada masa hadapan," jelasnya yang mengakui mempunyai hubungan rapat dengan pelakon baharu, Shima Anuar.

Melihat imej yang lengkap dengan tuksedo ketika majlis pelancaran single Cerita Pada Mereka di Istana Budaya, Kuala Lumpur baru-baru ini, penampilan Arja tidak ubah seperti penyanyi lelaki tersohor, Anuar Zain.

Bukan itu sahaja, lagu Cerita Pada Mereka juga seakan-akan kedengaran seperti lagu yang biasa didendangkan adik kepada penyanyi Ziana Zain itu.

Anuar Zain

Menjawab persoalan itu, Arja mengakui dia merupakan salah seorang peminat kepada Anuar Zain, bagaimanapun tidak adil untuknya disamakan seperti penyanyi itu menerusi sebuah lagu single sahaja.

"Saya tidak mahu jadi klon Anuar Zain, memang saya peminat dia dan selalu menyanyikan lagunya apabila mendapat undangan nyanyian.

"Mungkin disebabkan usia saya yang sudah capai angka 30 tahun dan wajah maskulin menyebabkan orang melihat saya ingin menjadi seperti Anuar Zain.

"Sebagai penyanyi saya ada identiti saya sendiri, saya harap pihak media dan orang ramai lebih terbuka dalam menerima muzik saya," ulasnya.

Bercakap tentang perjalanan kerjayanya, Arja bersyukur selepas drama Ariana Rose, jadualnya sudah penuh sehingga hujung tahun ini.

"Alhamdulillah, sekarang orang sudah mula kenali siapa Arja Lee dan perjalanan kerjaya lebih mudah. Saya mula daripada bawah dan apa yang saya kecapi hari ini saya akan guna sebaik mungkin untuk membantu keluarga," balasnya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Isnin, 10 Mac 2014

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Teknik penggunaan kuasa minda

Posted:

Teknik penggunaan kuasa minda

Teknik penggunaan kuasa minda

DALAM sebuah kelas, seorang remaja yang ditutup matanya dengan kain hitam kelihatan tekun mewarna sebuah lukisan yang berunsurkan haiwan liar.

Di sebelahnya, seorang guru wanita memberikan arahan sambil membantu remaja tersebut yang dikenali sebagai Syazedee Haiqal Samsuddin, 13. Dia tekun mendengar arahan itu sambil mengaplikasikan ke atas lukisan berkenaan.

Dalam tempoh setengah jam, tugasan tersebut dapat disiapkannya dengan kemas dan cantik.

"Pada mulanya, saya tidak percaya boleh melakukan apa yang diberitahu oleh guru ketika pertama kali mengikuti kelas pengaktifan otak tengah ini, tahun lalu.

"Apabila saya mempraktikkan semua aktiviti tersebut, barulah saya percaya sesuatu perkara yang dianggap mustahil itu boleh menjadi kenyataan. Contohnya, melukis sambil menutup mata," katanya kepada Kosmo! ketika mengikuti Program Pengaktifan Otak Tengah di Smart Mid Brain, Subang Jaya, Selangor, Februari lalu.

Turut serta abangnya, Syahrul Daniel, 15. Penyertaan tersebut merupakan kali kedua buat kedua-dua adik-beradik itu setelah menyertainya sebulan sebelum itu.

Selain kemampuan tersebut, Syazedee Haiqal juga berkemampuan menunggang basikal dengan mata ditutup kain hitam.

"Saya juga tidak lagi dileteri ibu untuk mentelaah buku dan mengulang kaji pelajaran.

"Minat saya terhadap mata pelajaran matematik dan sains juga semakin meningkat," katanya.

Program selama dua hari itu memfokuskan kepada kanak-kanak berusia lima hingga 19 tahun dengan modul pembelajaran mempraktikkan kegunaan dan mengaktifkan otak tengah dalam pembelajaran harian.

Peserta yang mengikuti program itu diberi latihan mengikut kaedah sains, psikologi, alam sekitar dan kaunseling termasuk latihan mewarna dengan mata ditutup bertujuan meningkatkan perhatian dan lebih fokus.

PENGAKTIFAN otak tengah membolehkan peserta yang ditutup matanya meneka objek dengan tepat.


Pancaindera

Pemilik Smart Mid Brain, Fadhiah Salwati Salwan berkata, teknik mengaktifkan otak tengah merupakan satu fenomena dalam pendidikan kanak-kanak hari ini terutamanya di Jepun.

Katanya, di negara Matahari Terbit itu, langkah mempraktikkan pengaktifan otak tengah dimulakan pada peringkat kanak-kanak lagi.

"Seorang kanak-kanak yang telah diaktifkan otak tengahnya memiliki kemampuan yang lebih baik berbanding kanak-kanak yang otak tengahnya belum diaktifkan lagi.

"Kemampuan dasar yang dapat dilakukan adalah 'melihat' dengan mata ditutup (blind fold)," katanya.

Sebagai contoh katanya, bagi sesetengah kanak-kanak setelah mengikuti kursus pengaktifan otak tengah, mereka dapat 'melihat' angka, warna dan bentuk gambar dengan mata tertutup.

Mereka menggunakan pancaindera yang dimiliki untuk merasa dan melihat warna lengkap dengan angka hanya melalui penglihatan kulit (skin vision).

Pengaktifan otak tengah bukanlah satu silap mata atau sesuatu yang luar biasa, sebaliknya ia dilakukan dengan cara ilmiah iaitu menggunakan gelombang otak Alpha.

Menurutnya, penggunaan gelombang otak Alpha itu pula dibuktikan secara ilmiah menerusi gelombang otak yang muncul dominan pada saat seseorang itu berada dalam keadaan tenang dan paling kreatif.

"Gelombang otak itu biasanya akan menjadi dominan pada saat seseorang itu bangun dari tidur atau dalam keadaan santai.

"Jadi, saya tidak hairan bagaimana, Pakar Matematik dan Fizik, Archimedes menemukan hukum Achimedes ketika sedang mandi," ujarnya.

Otak tengah yang diaktifkan akan memancarkan gelombang otak yang mirip seperti radar.

Katanya lagi, hal itu membuat pemiliknya mampu melihat benda dalam keadaan mata tertutup. Latihan yang teratur dapat membuatkan minda anak menjadi lebih kuat dan mampu melihat benda yang terletak lebih tinggi lagi.


SEORANG peserta (kiri) memejamkan mata ketika mencuba untuk meneka kad dan nombor yang dipegang pengajar (kanan).


"Bahkan ada beberapa anak yang dapat menjangkau hingga 360 darjah. Hal itu bererti mereka dapat menjelaskan benda yang terletak di belakang, atas dan semua arah.

"Ramai yang tertanya-tanya, bagaimana anak yang ditutup matanya mampu melihat apa yang berada di sekelilingnya. Jika kita sedari, manusia adalah makhluk yang paling sempurna diciptakan tuhan.

"Maka, fenomena seperti ini adalah perkara yang wajar kerana manusia akan terus-menerus melakukan penelitian terhadap keupayaan peningkatan kualiti manusia khususnya penelitian tentang otak," jelas Fadhiah Salwati.

Katanya lagi, jika sekarang ini ramai yang memandang 'aneh' fenomena otak tengah, namun pada masa depan, kemampuan tersebut akan banyak dimiliki kanak-kanak.

Sehubungan itu, jelasnya, penemuan kaedah mengaktifkan otak tengah merupakan hasil dari jalan panjang puluhan tahun yang dikembangkan oleh ilmuwan-ilmuwan dunia.

Bercerita pembabitannya dalam perniagaan tersebut, Fadhiah Salwati berkata, beliau tidak menyangka mampu membuka satu perniagaan yang dirasakan sebagai sesuatu yang luar biasa.

Katanya, kebanyakan orang akan berfikir untuk menjual barang apabila menyebut tentang perniagaan tetapi beliau cuba mengaplikasikannya dalam bentuk yang lain.

"Sebelum ini, saya tidak pernah tahu, apa itu pengaktifan otak tengah tetapi setelah kedua-dua anak lelaki saya mengikuti program ini, barulah saya terfikir bidang ini akan memberi jaminan terhadap minat saya dalam perniagaan," katanya yang pernah menceburi pelbagai jenis perniagaan termasuk dalam talian.

Beliau turut dibantu rakan karib, Azura Isa yang merupakan rakan kongsi perniagaannya.

Dalam pada itu, Azura menganggap usaha tersebut sebagai satu titik permulaan untuk dirinya terlibat secara langsung dalam perniagaan.

Beliau berkata, usahanya itu dibantu dan disokong oleh suaminya yang merupakan seorang usahawan berpengalaman dalam bidang telekomunikasi.


KANAK-KANAK ini mampu mewarnakan lukisan dengan mata ditutup kain.


Manfaat

Katanya, dia menaruh harapan tinggi untuk melihat usahanya itu berjaya dan menjadikan bidang yang diceburi itu sebagai sesuatu yang mampu memberi manfaat kepada semua orang.

"Bukanlah niat saya untuk mendapatkan untung yang banyak, sebaliknya, saya berharap usaha ini dapat membantu kanak-kanak bermasalah dalam pembelajaran," ujarnya.

Azura berkata, ekoran sambutan baik daripada orang ramai, pihaknya berhasrat untuk mengembangkan lagi perniagaan tersebut. Tidak terhenti dengan usahanya itu, beliau turut bercadang membuka kelas untuk golongan dewasa pada masa akan datang.

Sementara itu, pasangan suami isteri, Mejar (B) Ramli Othman, 58, dan Mardiana Sabaruddin, 56, menghantar anaknya menyertai program berkenaan bagi meningkatkan penguasaan pembelajarannya.

Ramli berkata, dia merasai perubahan pada tingkah laku anaknya terutama daripada aspek tahap tumpuannya ketika diminta menyelesaikan tugasan mewarna.

"Saya dapati anak saya lebih fokus dan serius dalam mengikuti arahan yang diberikan oleh jurulatih, apa yang penting anak saya kelihatan fokus.

"Selepas dia menjalani kursus ini, diharapkan penguasaannya dalam pembelajaran di bilik darjah meningkat berbanding sebelumnya," kata Ramli.

Sementara itu, orang ramai yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program berkenaan, boleh menghubungi Fadhiah Salwati di talian 019-971 0515 atau Azura 019-661 0015.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Tabung Haji serah zakat RM3.87 juta kepada Maik

Posted:

Tabung Haji serah zakat RM3.87 juta kepada Maik

Tabung Haji serah zakat RM3.87 juta kepada Maik

TENGKU MUHAMMAD FAIZ (dua dari kiri) menerima replika cek zakat perniagaan TH bagi tahun 2013 berjumlah RM3.87 juta di PNB Darby Park, Kuala Lumpur baru-baru ini.


TUNAI ZAKAT. Lembaga Tabung Haji (TH) menyerahkan zakat perniagaan bagi tahun 2013 bernilai RM3.87 juta kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail Petra selaku Yang Dipertua Maik berkenan menerima bayaran zakat tersebut yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan TH, Datuk Rozaida Omar.

Menurut Rozaida, pembayaran zakat bagi negeri berkenaan meningkat sebanyak 11 peratus berbanding RM3.48 juta pada tahun sebelumnya.

"Jumlah keseluruhan zakat perniagaan TH untuk tahun kewangan 2013 akan dibayar kepada negeri-negeri di Malaysia adalah sebanyak RM46.29 juta berbanding RM41.21 juta bagi tahun 2012.

Turut hadir Timbalan Yang Dipertua Maik, Datuk Kamaruddin Mohd. Zin dan Pengarah TH Kelantan, Mohd. Sawal Abong.

25,360 penduduk Muar terima BR1M 3.0

Posted:

25,360 penduduk Muar terima BR1M 3.0

25,360 penduduk Muar terima BR1M 3.0


RAZALI (berdiri depan dua dari kanan) meninjau proses pengagihan BR1M bagi Parlimen Muar di SMK Tengku Mahkota, Muar, Johor baru-baru ini.


TERIMA BANTUAN. Seramai 25,360 penduduk di bandar Muar, Johor gembira selepas menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia 3.0 (BR1M) berjumlah RM15 juta yang berlangsung di pekarangan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Mahkota Ahmad, Muar baru-baru ini.

Menurut Ahli Parlimen Muar, Datuk Razali Ibrahim, angka itu lebih tinggi berbanding kira-kira 22,000 penerima berjumlah RM11 juta pada tahun lalu.

Razali yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, kira-kira 8,000 penerima di Muar sudah menerima BR1M menerusi akaun, manakala selebihnya boleh mendapatkan baucar di Pusat Khidmat Parlimen Muar.

90 pelajar PPKI sertai hidroterapi laut

Posted:

90 pelajar PPKI sertai hidroterapi laut

90 pelajar PPKI sertai hidroterapi laut


SEBAHAGIAN daripada 90 pelajar kelas pendidikan khas daripada 32 buah sekolah di Besut mengikuti terapi pasir pantai di Pantai Bukit Keluang, Jertih, Terengganu.


HIDROTERAPI. Seramai 90 orang pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dari 32 sekolah menengah dan rendah di daerah Besut menyertai Program Hidroterapi Laut di Pantai Bukit Keluang, Jertih, Terengganu baru-baru ini.

Program anjuran Unit Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas Pejabat Pendidikan Daerah Besut itu turut disertai 35 guru pelatih dan pensyarah dari Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Kota Bharu, Kelantan.

Penyelaras program, Che Alias Che Yusoff berkata, program tersebut bertujuan merangsang perkembangan minda dan membina keyakinan diri pelajar dalam membina proses sosialisasi yang sihat dan berdisiplin.

"Selain itu, program ini juga memberi ruang dan peluang kepada pelajar memahami diri serta saling berinteraksi dengan orang lain.

"Ia sekali gus dapat mengurangkan tekanan dalam proses pembelajaran normal," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Penumpang guna pasport curi disyaki dari negara Asia Barat

Posted:

Penumpang guna pasport curi disyaki dari negara Asia Barat

Penumpang guna pasport curi disyaki dari negara Asia Barat

AHLI keluarga penumpang pesawat MH370 yang memenuhi lobi Hotel Evelyn di Putrajaya semalam.


KAJANG - Dua penumpang lelaki pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang dikesan menggunakan pasport curi disahkan bukan rakyat Malaysia atau rakyat China.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, salah seorang daripada penumpang itu sudah dikenal pasti namun beliau enggan mendedahkan dengan alasan belum masa untuk berbuat demikian.

"Semakan terhadap kedua-dua lelaki itu mendapati mereka bukan rakyat Malaysia dan kita juga percaya kedua-dua individu itu bukan etnik Uyghur dari Xinjiang, China," kata beliau kepada pemberita selepas taklimat Pilihan Raya Kecil DUN Kajang di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Buat pengakuan dalam bahasa Mandarin

Posted:

Buat pengakuan dalam bahasa Mandarin

Buat pengakuan dalam bahasa Mandarin


HISHAMMUDDIN (dua dari kanan) pada sidang akhbar mengenai kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia MH370 di Sepang semalam. Turut kelihatan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya (kanan) dan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman.


SEPANG - Teori kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang dikaitkan dengan perbuatan pengganas mendapat asas baharu semalam apabila sebuah kumpulan tidak dikenali bergelar Briged Berani Mati China (Chinese Martyrs Brigade) tampil mendakwa mereka bertanggungjawab dalam kejadian itu.

Spekulasi tersebut tersebar luas apabila sekumpulan wartawan di negara China menerima e-mel dalam bahasa Mandarin daripada kumpulan tersebut yang mendakwa mereka bertanggungjawab atas kehilangan pesawat yang membawa 239 penumpang termasuk 12 anak kapal itu.

Bagaimanapun, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang mengulas perkara itu berkata, siasatan setakat ini menunjukkan tiada bukti kukuh bahawa kehilangan pesawat MH370 itu mempunyai kaitan dengan kumpulan tersebut.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Bukan minyak pesawat MH370

Posted:

Bukan minyak pesawat MH370

Bukan minyak pesawat MH370


KESAN tompokan minyak yang ditemui pasukan APMM di perairan Laut China Selatan berdekatan Tok Bali, Pasir Puteh kelmarin dipercayai bahan api tongkang, bukannya minyak pesawat Penerbangan Malaysia.


PASIR PUTEH - Keputusan analisis kimia terhadap tompokan minyak berwarna kuning yang ditemui Maritim Malaysia (APMM) kelmarin mendapati ia adalah bahan bakar yang digunakan tongkang dan bukan minyak pesawat MH370 yang hilang sejak Sabtu lalu.

Ketua Penguat Kuasa APMM Wilayah Maritim Timur, Datuk Nasir Adam berkata, keputusan itu dikeluarkan oleh Jabatan Kimia Petaling Jaya yang diterima pihaknya pada pukul 5 petang semalam.

"Keputusan adalah negatif. Sampel tersebut dikategorikan minyak bahan bakar yang digunakan tongkang dan bukan oleh mana-mana pesawat udara," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Stailo

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Stailo


Manfaat kecantikan sarang burung

Posted:

Manfaat kecantikan sarang burung

Manfaat kecantikan sarang burung

LIA ZALEE AHMAD, 39, percaya perkongsian rahsia kecantikan bersama wanita lain merupakan satu pendekatan mulia. Ini kerana penampilan cantik dan menawan merupakan impian setiap kaum hawa.

Oleh demikian, Lia memilih nama Reedha, sempena nama anak perempuannya, Amyreedha Razalee, 9, bagi rangkaian produk penjagaan kecantikan keluaran syarikatnya, Tenang Ikhtiar Enterprise (Tenang Ikhtiar).

Bagi beliau, penawaran produk berkualiti tinggi itu diharapkan memberi impak positif pada penampilan segenap lapisan wanita.

Menurut usahawan berkenaan, setakat ini Reedha menawarkan suplemen minuman Reedha Collagen Sarang Burung Plus, rangkaian kebersihan diri dan krim kecantikan yang mampu memberi nilai tambah kepada elemen luaran dan dalaman seorang wanita.

"Bagi saya, kecantikan diri mempunyai maksud tersendiri yang mendalam. Ia terdiri daripada penjagaan rapi kebersihan diri, kulit wajah yang sentiasa licin berseri dan kesihatan dari hujung rambut ke kaki.

"Tidak ketinggalan, keindahan rohani dengan mempunyai niat yang baik dan bersikap positif dalam setiap sudut pandangan," kata ibu kepada dua cahaya mata ini ketika ditemui Stailo di Setapak, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kelihatan anggun dalam persalinan blaus biru dan seluar jingga yang dipadankan dengan hijab biru bersama selendang sebagai aksesori, Lia tanpa berselindung berkongsi rahsia kejelitaan dirinya.

Ia termasuk amalan rawatan pengelupasan kimia wajah setiap bulan, bersenam tiga kali seminggu dan menjaga pemakanan dengan pengambilan diet seimbang dan jus buah.

Keberkesanan rutin

"Saya tidak ketinggalan minum jus buah-buahan setiap hari. Kandungan seperti saderi, epal dan timun adalah ramuan wajib dalam minuman berkenaan kerana ia kaya dengan kandungan antioksida dan membantu kesihatan organ dalaman saya.

PENYENTAL badan susu dan madu Reedha antara produk terlaris keluaran Tenang Ikhtiar.


"Selain itu, saya juga peka terhadap pengambilan makanan saya dengan mengelak daripada makanan bergula dan berminyak," jelasnya.

Namun, usaha penjagaan diri yang diamalkan Lia tidak terhenti setakat itu sahaja.

Ujarnya, dua tahun yang lalu, dia telah mendapat idea untuk memulakan sebuah perniagaan berkaitan penjagaan diri dan kecantikan.

"Setelah sekian lama menjadi suri rumah dan menjalani rutin penjagaan kesihatan tersendiri yang saya lihat berkesan, wujud satu impian untuk berkongsi ilmu yang ada dengan wanita-wanita di luar sana," katanya.

Justeru itu, Lia mula melakukan penyelidikan sendiri mengenai manfaat sumber alam semula jadi yang menyediakan pelbagai manfaat kesihatan.

Hasilnya, dia memperkenalkan rangkaian produk Reedha ke pasaran tempatan.

Bagi wanita berkenaan, kolagen sarang burung walet merupakan antara ramuan penting dan istimewa dalam produk ulung Reedha iaitu Reedha Collagen Sarang Burung Plus.

Mengulas tentang penggunaan ramuan tersebut, jelasnya, masyarakat umum telah mengetahui bahawa sarang burung walet mempunyai pelbagai manfaat sejak zaman dahulu lagi.

"Semasa kecil, saya suka menonton drama Cina. Antara perkara yang sering menarik perhatian saya ialah bagaimana sarang burung walet sering ditampilkan sebagai satu makanan kecantikan.

"Selain itu, pengambilan sarang burung ini menjadi satu kemestian dalam kalangan wanita Cina dan kesan positifnya terhadap kulit jelas kelihatan. Ini membuatkan saya sentiasa mahu menggunakan ramuan itu sebagai elemen utama dalam rutin penjagaan kecantikan," kata anak kelahiran Kampung Tenang, Labis, Johor ini .

Motivasi

Ketika Lia memasang hajat untuk tampil dengan satu perniagaan produk berasaskan kecantikan, beliau secara kebetulan berpeluang menyertai sebuah satu ekspo kecantikan bersama suaminya, Razalee Ahmad, 40-an, yang diadakan di Kuala Lumpur pada pada tahun 2012.


LIA percaya perkongsian pengetahuan terhadap amalan penjagaan diri dan kesihatan beliau akan mampu memberi manfaat besar kepada wanita lain.


Lia berkata, di situ, beliau telah menerima banyak motivasi dan bimbingan untuk memulakan perniagaannya.

Susulan itu, dia telah mendekati sebuah makmal tempatan yang menguruskan penyediaan suplemen dan produk kecantikan dengan harapan untuk mengeluarkan suplemen kolagen sarang burung.

Memandangkan penggunaan kolagen sarang burung walet dilihat mampu memberikan kesan positif kepada pengguna, makmal berkenaan telah bersetuju menghasilkan Reedha Collagen Sarang Burung Plus yang turut diadun dengan pelbagai ramuan yang lain.

Lia berkata, sarang burung walet merupakan makanan sihat yang diamalkan wanita Cina sejak berzaman-zaman.

"Selain itu, di peringkat tempatan, kita juga dapat melihat peningkatan usaha kerajaan dalam menggalakkan penternakan dan pengkomersialan sarang burung walet. Ini secara tidak langsung membuktikan manfaat ramuan ini," ujarnya.

Rangkaian produk

Menyentuh mengenai suplemen Reedha Collagen Sarang Burung Plus, Lia berkata, pengambilan produk itu digalakkan pada waktu malam.

"Sebaik-baiknya sebelum tidur agar suplemen itu dapat bertindak balas dalam keadaan badan yang sedang berehat.

"Respons pengguna terhadap Reedha Collagen Sarang Burung Plus amat positif dan ini membuka peluang kepada saya untuk memperkenalkan produk penjagaan kulit dan pembersihan diri yang menggunakan ramuan eksklusif yang benar-benar bermanfaat," katanya sambil menunjukkan beberapa lagi produk Reedha.

Antaranya ialah Sabun Sarang Burung Plus + Hablur Emas, Toner Gold, UV Foundation Emas 24K+Apple Stem Cell dan Night Cream Sarang Burung+Hablur Emas 24K Reedha.

Selain itu, dia berkata, produk penyental badan susu dan madu Reedha adalah antara produk terlaris syarikat berkenaan.

"Kegunaan kali pertama sahaja sudah membuktikan perubahan pada kulit. Ia menjadi lebih bersih dan halus dengan segera," jelasnya.

JUS buah-buahan dan sayuran merupakan agen antioksida yang baik.


Tidak menolak kemungkinan untuk menambah tawaran produk di pasaran, Lia bagaimanapun menegaskan bahawa pada masa ini Tenang Ikhtiar mahu memperkukuhkan perniagaan sedia ada terlebih dahulu.

"Salah satu langkah ialah menambah penyertaan individu yang ingin melibatkan diri dalam dunia perniagaan kecantikan ke dalam perniagaan Reedha sebagai pengedar mahupun stokis," jelasnya.

Reedha Collagen Sarang Burung Plus dengan 15 paket seberat 20 gram ditawarkan pada harga RM119.90 sekotak, manakala sabun Sarang Burung Plus+Hablur Emas (RM 69.90), Toner Gold (RM39.90), UV Foundation Emas 24K+Apple Stem Cell (RM49.90) dan Night Cream Sarang Burung+Hablur Emas 24K (RM49.90).

Penyental badan madu dan susu Reedha dijual pada harga RM19.90.

Kesemua produk berkenaan boleh didapati menerusi hampir 30 stokis Reedha di seluruh negara dan Brunei.

Maklumat lanjut boleh diperolehi dengan menghubungi talian 010-303 1441 atau melayari laman web www.reedhacollagen.com.my.

Keperibadian kamar mandi

Posted:

Keperibadian kamar mandi

Keperibadian kamar mandi


GOLONGAN wanita menyukai syampu yang berbau harum.


WAKTU mandi adalah masa paling intim untuk setiap orang. Selain bertujuan membersihkan badan daripada kotoran, mandi juga mengembalikan kesegaran tubuh. Justeru, penting bagi kita memaksimumkan keselesaan waktu mandi dengan menggunakan produk berkaitan yang tepat.

Setiap individu mempunyai turutan rejim membersih tersendiri. Pada asasnya, kebanyakan individu akan memulakannya dengan membersihkan wajah menggunakan pencuci muka pilihan masing-masing. Teknik tersebut sesuai digunakan pada waktu pagi agar tubuh tidak terkejut apabila disiram terus air sejuk atau panas.

Ia diikuti dengan menggosok gigi. Jika pada waktu malam, ia adalah rejim terakhir dilakukan sebelum masuk tidur. Pemilihan ubat dan berus gigi yang sesuai dengan gusi dan gigi dapat memberi kesegaran nafas pada pagi hari.

Apabila tubuh sedia untuk dijirus air, pastikan kelengkapan asas seperti sabun, syampu, pelembap dan span pembersih badan berada dalam lingkungan capaian. Mulakan mandian dengan meratakan air pada keseluruhan badan.

Kemudian, ambil sabun sama ada dalam bentuk cecair atau buku, sapukan pada badan. Kawasan yang perlu disabun adalah bermula dari leher hingga tapak kaki. Ingat, jangan sesekali menjadikan sabun badan sebagai pencuci muka dan rambut. Nilai pH sabun mandi mungkin berbeza dengan produk wajah dan syampu.

Usai bersabun, susuli dengan mencuci rambut. Di sini terletak puncak keselesaan mandian seseorang. Tanpa syampu yang betul, waktu mandi mungkin tidak memberikan kepuasan dan kesegaran kepada individu. Memilih syampu dan haruman yang sesuai dengan rambut mampu mempengaruhi mood mandian setiap orang.

HARUMAN syampu Herbal Essences mampu membangkitkan mood positif.


Kewangian

Bagi golongan wanita, proses pembelian syampu memerlukan penelitian. Setiap penutup botol syampu dibuka dan harumannya dihidu terlebih dulu. Jika aroma syampu itu mencetuskan keterujaan atau ketenangan, ia pasti dibeli.

"Perempuan memang gemarkan syampu berbau harum. Ia antara kriteria penting kepada mereka memandangkan rambut adalah mahkota bagi setiap wanita. Selain kelihatan cantik, rambut juga mesti wangi," ujar Pengurus Komunikasi Procter & Gamble (Malaysia) Sdn. Bhd., Goh Seng Jone pada majlis pelancaran dua syampu baharu Herbal Essences.

Dua penulis blog tempatan, Ringo Tan daripada Cheeserland dan Jane Lau yang mewujudkan Chuckei turut hadir berkongsi kepentingan haruman syampu ketika waktu mandi.

Kongsi Lau, rejim mandian adalah waktu paling penting kepadanya. Ia merupakan momen paling peribadi untuk berasa bebas daripada sebarang kekalutan hidup. Disebabkan itu, kamar mandinya bagaikan spa di rumah yang berfungsi sebagai satu ruang yang menenangkan.

Ini ditambah dengan kehadiran haruman syampu Herbal Essences siri Jepun baharu yang membangkitkan mood positif.

"Ramai orang memuji haruman rambut saya dan ia membuatkan saya terus setia dengan syampu ini," tambahnya.

Dua varian syampu Herbal Essences baharu terdiri daripada siri Touchable smooth dan Touchable moisture. Siri Touchable smooth dihasilkan dengan ekstrak ros merah jambu dan kamelia bagi merawat rambut kering, sementara syampu siri touchable moisture direka khusus untuk mereka yang mengalami rambut rosak dan sering terdedah kepada sinaran ultra ungu. Selain melindung daripada matahari, ia turut memberikan haruman daripada gabungan bunga osmanthus dan teh hijau. – ALIF ABU BAKAR

Rekaan individualiti Ipanema

Posted:

Rekaan individualiti Ipanema

Rekaan individualiti Ipanema


TAMPIL bergaya dan selesa dengan pilihan terbaharu Ipanema.


MENGGUNAKAN pendekatan baharu dalam fesyen selipar santai, jenama Ipanema dari Grendene pasti memberikan satu kejutan kepada para pelanggan.

Menggunakan pendekatan luar jangkaan, rangkaian terkenal dari Brazil ini memperkenalkan empat varian selipar santai yang bukan berpasangan. Malah, ia menawarkan tiga pilihan dalam setiap varian bagi menyempurnakan satu set selipar.

Penghasilan tiga selipar dengan rekaan unik ini bukan sahaja untuk memberi kelainan pada kaki si pemakai tetapi menekankan keperluan individualiti dan memberikan konsep fesyen baharu dalam penampilan.

Berpandukan trend fesyen semasa, setiap rekaan selipar membawakan tema tersendiri agar mampu menepati imej si pemakai.

Rekaan Rocker yang menggunakan keperincian spike atau pepaku dengan cetakan harimau bintang, sesuai untuk wanita yang mahukan fesyen penuh sensasi, pada masa yang sama menyerlahkan identiti berani, manakala Glam menampilkan rekaan penuh glamor tanpa mengabaikan keanggunan wanita melalui penggunaan rona metalik.

Varian Lady Rock pula adalah pilihan untuk wanita yang berperwatakan manis tetapi riang dengan aura tersendiri. Menampilkan warna merah jambu terang dengan keperincian unik, varian ini pastinya satu pilihan feminin yang mampu menonjolkan penampilan si pemakai.

Koleksi terbaharu Ipanema ini boleh diperoleh di semua rangkaian Samba dan Stadium, Royal Sporting House, Studio R dan Sports Station di seluruh negara pada harga RM69.90 sepasang. – NIZHA PERIASWAMY

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


‘Kes tetap dibicarakan’

Posted:

'Kes tetap dibicarakan'

'Kes tetap dibicarakan'

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

TAUFEK menegaskan kes insiden 'Terowong Larkin' tetap akan dibicarakan walaupun PBNJ tidak menjawab surat pertuduhan kes.


INSIDEN 'Terowong Larkin' akan tetap dibicarakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) meskipun Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) tidak menjawab surat pertuduhan kes berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufek Abdul Razak berkata, pihaknya tetap meneruskan perbicaraan biarpun tidak menerima sebarang jawapan daripada PBNJ selewat-lewatnya tengah hari esok.

"Buat masa ini, pihak kami masih belum menerima jawapan daripada PBNJ berhubung surat pertuduhan berkenaan.

"Namun, PBNJ masih memiliki masa untuk menjawab surat pertuduhan itu selewat-lewatnya pukul 12 tengah hari pada 12 Mac (esok).

"Jika surat pertuduhan itu gagal dijawab PBNJ mengikut tempoh yang ditetapkan, perbicaraan tetap diteruskan dan satu tarikh akan dikenal pasti bagi memulakan perbicaraan kes berkenaan," katanya kepada Kosmo! semalam.

Minggu lalu, satu surat pertuduhan telah dikeluarkan FAM terhadap PBNJ gara-gara gagal menjamin keselamatan pegawai dan pemain di stadium itu ketika aksi pusingan kedua Piala FA antara Johor DT dan T-Team bulan lalu.

Justeru, PBNJ diberikan tempoh selama seminggu sehingga pukul 12 tengah hari esok bagi menjawab surat pertuduhan itu mengikut Kod Tatatertib 28.1 kerana gagal menjamin keselamatan hasil siasatan pihak Sekretariat FAM baru-baru ini.

Jika sabit kesalahan, Johor DT selaku tuan rumah boleh dikenakan denda maksimum RM100,000 atas kesalahan kelonggaran keselamatan ketika perlawanan itu.

Mengulas lanjut, Taufek memberitahu pihaknya juga akan mengenal pasti tarikh perbicaraan sebenar mengikut kelapangan ahli Jawatankuasa Tatatertib badan induk itu sebelum bersidang dan membuat sebarang kata putus.

"Pihak Jawatankuasa Tatatertib FAM boleh menentukan tarikh perbicaraan sekurang-kurangnya dua jam selepas menerima jawapan (daripada PBNJ).

"Namun, tarikh perbicaraan bergantung kepada kelapangan kesemua ahli Jawatankuasa Tatatertib FAM untuk bersidang, mungkin ia memakan masa dan akan ditetapkan dalam tempoh selewat-lewatnya sebulan," jelas beliau.

Ketika ditanya apakah tindakan yang bakal diterima PBNJ sekiranya gagal menjawab surat pertuduhan itu sebelum tengah hari esok, jelas Taufek: "Itu semua bergantung kepada keputusan ahli Jawatankuasa Tatatertib.

"Buat masa ini, pihak kami menunggu jawapan bertulis secara rasmi daripada PBNJ terlebih dahulu."

Pada 1 Februari lalu, insiden kekecohan itu berlaku di dalam terowong menuju ke bilik persalinan pemain di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin selepas tamat aksi babak pertama.

Ekoran insiden tersebut, T-Team bertindak menarik diri dan enggan meneruskan aksi babak kedua selepas pemain import dan jurulatih kecergasan, Elvado Rodrigues dan Stefano Impagliazzo mendakwa mereka dikasari ketika menuju ke bilik persalinan stadium berkenaan.

Biarpun T-Team mengemukakan laporan rasmi berhubung insiden tersebut, FAM memberikan kemenangan percuma 3-0 kepada Johor DT selepas FAM mendapati alasan keselamatan yang diberikan oleh The Titans tidak kukuh.

Kedua-dua pasukan juga membuat laporan polis berhubung insiden itu.

Chong Wei beri bayangan awal

Posted:

Chong Wei beri bayangan awal

Chong Wei beri bayangan awal

Oleh MOHD. IKHSAN FIRDAUS AZMI
ikhsan.azmi@kosmo.com.my

CHONG WEI memegang trofi selepas menjuarai Seluruh England 2014 di Birmingham awal pagi semalam.


AKSI terbaik Datuk Lee Chong Wei pada final Kejohanan Badminton Seluruh England. Itu rumusan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong ketika ditanya mengenai kejayaan Chong Wei muncul juara Seluruh England 2014.

Pada aksi final di National Indoor Arena, Birmingham, England awal pagi semalam, Chong Wei tampil dengan rentak memukau apabila menjinakkan bintang muda China, Chen Long 21-13, 21-18 dalam tempoh 59 minit.

Kejayaan itu sekali gus menyaksikan Chong Wei yang juga pemain No. 1 dunia merampas kembali gelaran juara Seluruh England selepas dia muncul juara pada edisi 2010 dan 2011.

Sebagai rekod, Chong Wei tewas kepada jaguh China, Lin Dan pada final edisi 2012 sebelum tumbang ketika menentang Chen Long dalam aksi final tahun lalu.

Mengulas pertemuan menentang Chen Long semalam, Zolkples mengakui, beliau berasa risau jika pemain No. 2 dunia itu memenangi set kedua.

"Saya menonton perlawanan itu dan ia merupakan aksi terbaik pernah saya lihat daripada Chong Wei. Saya percaya dia tidak ada masalah untuk menewaskan sesiapapun jika dia mampu mengulangi aksi sebegitu.

"Chen Long juga memberikan aksi sengit dan pada suatu ketika, kita dapat lihat dia mengejar kedudukan daripada 13-18 hingga 17-18 pada set kedua.

"Kalau dia menang set kedua itu, mungkin keputusan akan berbeza kerana Chen Long juga bukan calang-calang pemain," jelas Zolkples semalam.

Kejayaan itu juga sudah pasti memberi kelegaan kepada Chong Wei kerana sebelum beraksi di Birmingham, dia dikatakan mahu menarik diri ekoran kecederaan buku lali.

Sejurus tamat aksi final semalam, Chong Wei memberikan bayangan bahawa dia mungkin tidak akan kembali beraksi pada kejohanan berprestij itu.

"Saya rasa penampilan kali ini mungkin aksi terakhir saya pada Seluruh England. Saya sangat gembira dan saya telah cuba yang terbaik kerana Chen Long memberikan cabaran yang paling sukar untuk saya.

"Saya pernah tewas dengan dia banyak kali, sebab itu saya mahu cuba yang terbaik dan berazam untuk sekali lagi menjuarai Seluruh England.

"Saya mungkin akan mengakhiri (karier) tahun ini dan saya tidak tahu akan kembali lagi atau tidak tahun depan," ujar Chong Wei.

Senarai 18 pemain masih rahsia

Posted:

Senarai 18 pemain masih rahsia

Senarai 18 pemain masih rahsia

Oleh MUHAMMAD ZUHAILY BADLISHAH
zuhaily.badlishah@kosmo.com.my


DHAARMA RAJ (kiri) memerhati bekas ketua jurulatih, Paul Revington mengendalikan sesi latihan skuad senior negara di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil bulan lalu.


KETUA jurulatih skuad hoki senior negara, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah telah mempunyai gambaran skuad utama yang akan beraksi pada kempen Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) 2014 di Ipoh, Perak bermula Khamis ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, senarai penuh 18 pemain itu masih dirahsiakan dan hanya akan diumumkan selepas tamat dua perlawanan persahabatan terakhir menentang China dan Australia hari ini.

Menurut Dhaarma Raj, beliau masih lagi mahu melihat prestasi anak-anak buahnya meskipun mereka berjaya memperagakan rentak yang baik ketika menentang Kanada dalam tiga aksi persahabatan di Melaka minggu lalu.

"Saya telah kenal pasti 18 pemain yang akan menyarung jersi negara pada PSAS kali ini tetapi saya dimaklumkan oleh Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) supaya menghabiskan dahulu dua perlawanan persahabatan (menentang China dan Australia).

"Kami menang dua perlawanan dan tewas sekali (menentang Kanada) di Melaka tetapi kerana saya ada kumpulan pemain yang besar, jadi saya mahu tunggu tamat dua perlawanan itu dahulu.

"Macam apa yang saya katakan sebelum ini, kemungkinan besar ramai pemain-pemain remaja yang akan beraksi (pada PSAS). Apa pun, saya akan umumkan dalam masa terdekat," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Dhaarma Raj berkata, barisan pemain remaja yang dinaikkan 'pangkat' telah menunjukkan potensi dan keyakinan tinggi untuk terus memberi saingan kepada pemain senior.

"Mereka tidak sabar untuk bermain dalam PSAS dan saya boleh lihat, mereka mempamerkan keyakinan tinggi sewaktu menentang Kanada baru-baru ini.

"Secara peribadi, saya lihat mereka ini sudah boleh memberi saingan untuk merebut tempat dengan pemain senior. Jika mereka menampilkan rentak sama (menentang Kanada), saya akan turunkan mereka di Ipoh nanti.

"Jika mereka boleh menggalas tugas dengan baik, saya pasti akan berlaku persaingan sihat merebut tempat dalam skuad negara bagi menghadapi Cabaran Juara-Juara 1 (April depan)," jelasnya.

Skuad negara akan memulakan kempen PSAS menentang Afrika Selatan, Khamis ini sebelum bertemu Korea Selatan (16 Mac), Kanada (17 Mac), China (19 Mac) dan Australia (22 Mac).

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Inspirasi detik terindah dibukukan

Posted:

Inspirasi detik terindah dibukukan

Inspirasi detik terindah dibukukan

PARA pemenang kempen Detik Terindah bersama Fair & Lovely bergambar dengan Herry Budiazhari (dua dari kiri) dan Chong Yen Nee (tiga dari kanan) dari Unilever Malaysia serta penulis novel, Damya Hanna (tiga dari kiri).


BUKAN sekadar satu jenama produk pencerahan kulit yang dikenali ramai, Fair & Lovely keluaran Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd. (Unilever Malaysia), turut memberi sumbangan dari aspek sastera sosial menerusi pertandingan Detik Terindah bersama Fair & Lovely.

Kempen tersebut berjaya menghimpunkan 100 kisah jalinan kasih sayang penuh inspirasi dari seluruh negara.

Dilihat sebagai satu antologi pertama seumpamanya, ia turut memuatkan sebuah kisah cinta garapan penulis novel Melayu yang menggunakan nama tema Damya Hanna. Ia memaparkan kisah cinta seorang gadis dan seorang jejaka bernama Alya dan Adam.

Detik-detik percintaan pasangan yang cukup menyentuh hati itu sehingga kini telah memperoleh lebih 1.4 juta tontonan di YouTube. Lagu Aku Cinta Padamu yang menjadi tema kempen oleh penyanyi, Lokman Aslam ternyata berjaya menjiwai kisah cinta nukilan Damya Hanna.

Lagu berkenaan bukan sahaja dipaparkan di YouTube tetapi juga di kaca televisyen dan saluran radio tempatan.

"Setiap penulis memerlukan inspirasi bagi menghasilkan karya mereka. Kali ini, inspirasi saya datang daripada Fair & Lovely.

"Kisah ini menceritakan seorang gadis biasa yang memperoleh keyakinan diri daripada transformasi kecantikan selepas menggunakan produk Fair & Lovely. Menerusi perubahan peribadi dan perjalanan yang ditempuhinya, dia juga ditemukan cinta dengan seorang lelaki yang kagum dengan dirinya yang cantik, menawan dan elegan. Ia akhirnya menjadi detik terindah buat dirinya," demikian kata Damya Hanna mengenai inspirasinya di sebalik kisah cinta Detik Terindah bersama Fair & Lovely itu.

Tidak hanya merangkumi kisah cinta, pertandingan yang dianjurkan itu turut memaparkan kisah-kisah kasih sayang terhadap ibu bapa, rasa hormat terhadap individu tertentu, persahabatan, pencarian keyakinan diri dan penyemaian nilai-nilai murni seorang ibu terhadap anak-anaknya.

"Menerusi pelancaran kempen Detik Terindah ini, kami ingin memberitahu para gadis di luar sana bahawa Fair & Lovely akan sentiasa menjadi teman mereka dalam merakamkan detik-detik terindah, di samping memberi inspirasi dalam kehidupan mereka," kata Pengarah Pemasaran Unilever Malaysia, Herry Budiazhari pada majlis pelancaran buku Detik Terindah bersama Fair & Lovely di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Turut hadir ialah Pengurus Jenama Kategori Kulit, Unilever Malaysia Chong Yen Nee.

Tiga pemenang hadiah utama pertandingan itu turut diumumkan pada acara tersebut. Mereka ialah Siti Aisah Hussein, Yasmin Md. Yassin dan Jaslinawati Ahmad yang membawa pulang wang tunai bernilai RM5,000 dan hamper Fair & Lovely bernilai RM100 setiap seorang.

Buku Detik Terindah bersama Fair & Lovely kini berada di semua rangkaian kedai buku utama seperti MPH dan Popular pada harga RM21 senaskhah.

Restoran mewah dalam universiti

Posted:

Restoran mewah dalam universiti

Restoran mewah dalam universiti

Oleh NIZHA PERIASWAMY

MAKANAN ini disediakan oleh pelajar setiap Khamis, dua minggu sekali.


SEBANYAK enam jenis hidangan Thai diatur dalam menu restoran L'apprenti yang terletak di Kompleks Perkhidmatan Makanan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor. Restoran yang berkonsep fine dining atau mewah itu kelihatan sibuk dengan kakitangan restoran yang terdiri daripada pelajar, tidak menang tangan melayan pelanggan.

Mereka kelihatan mesra melayang permintaan para pelanggan.

Keadaan di dapur tidak kurang sibuknya dengan para pelajar Pengurusan dan Khidmat Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, UPM itu sibuk menyiapkan hidangan enak yang bakal disajikan kepada pengunjung.

Restoran L'apprenti yang dibuka pada September 2010 mampu memuatkan 100 pelanggan pada satu-satu masa itu mempunyai sentuhan tersendiri dengan hampir setiap peringkat penyediaan perkhidmatan dilaksanakan oleh pelajar tahun pertama fakulti berkenaan mengikut konsep yang sudah diatur.

Menurut cef yang memimpin pada hari berkenaan iaitu, Mohammad Yazid Anuar, menu-menu hidangan yang disediakan di L'apprenti adalah mengikut tema yang ditetapkan setiap dua minggu sekali.

"Setiap pelajar akan mengambil giliran menyediakan perkhidmatan sama ada di dapur atau di barisan hadapan agar pendedahan yang diberikan adalah adil untuk semua," katanya sambil memaklumkan pada hari itu, 17 orang pelajar telah ditugaskan di dapur dan 20 di bahagian perkhidmatan.

Pada minggu lalu, kumpulan pelajar tersebut menyediakan sajian Thai di bawah pengendalian Ketua Jabatan mereka, Professor Madya Dr. Shahrim Karim.

Silibus

Menurut Shahrim, pembukaan restoran tersebut merupakan sebahagian daripada silibus pembelajaran di pusat pengajian tersebut.

"Para pelajar didedahkan mengenai bidang kulinari dan pengurusan restoran sebagai satu langkah persediaan sebelum mereka melangkah ke dunia sebenar setelah tamat pengajian kelak," katanya ketika ditemui Kosmo! di restoran berkenaan baru-baru ini.

HIDANGAN utama, nasi kukus bersama kari ayam hijau dan sayur campur.


Memulakan hidangan ialah sajian pembuka selera popular, miang kham yang menampilkan balutan daun kaduk bersama sos masam manis, potongan bawang, halia, cili, limau dan kacang. Ini diikuti dengan hidangan salad betik muda, som tam yang menggabungkan lima rasa hidangan Thai utama iaitu masam, pedas, masin, savuri dan manis.

Menu hidangan Thai pastinya tidak lengkap tanpa sajian tomyam. Pada hari itu, para pelajar terlibat telah menyediakan tomyam gai atau kai iaitu hidangan bersantan dengan makanan laut. Sedikit cair namun tidak memualkan, hidangan yang kaya dengan udang harimau dan sotong, cendawan serta limau purut itu tentunya antara pilihan yang mesti cuba jika anda ke L'apprenti.

Sementara menunggu hidangan utama pada hari itu, para pelanggan dilayan dengan hidangan sejuk sorbet limau. Selepas menikmati makanan-makanan yang panas dan berempah, hidangan itu seolah-olah menyegarkan semula kerongkong untuk fasa kedua sajian makan tengah hari yang disediakan iaitu nasi kukus wangi bersama kari ayam hijau, terung dan sayur campur. Malah, keenakan rasa asli yang diterapkan dalam hidangan kari ayam itu menjadikan ia satu satu lagi pilihan menu mesti cuba.

Sebagai pelengkap selera, hidangan pencuci mulut yang seharusnya tidak dilupakan pelanggan tentunya pulut mangga yang menampilkan hirisan buah mangga segar bersama pulut, santan dan gula Melaka sambil dihias buah ceri.

Bagi Shahrim, restoran yang berkonsep mewah itu sememangnya satu kebanggaan pelajar dan fakulti dengan penyediaan perkhidmatan yang terbaik dalam menjamin kepuasan pelanggan.

"Lebih penting, harga yang dikenakan kepada pelanggan jauh lebih rendah berbanding restoran-restoran mewah lain iaitu RM30 untuk seorang.

"Ini untuk membantu pelajar, pada masa yang sama menggalakkan kehadiran lebih ramai pengunjung ke sini" katanya.

Beliau menambah, sokongan berterusan yang diberikan diharap dapat memberi semangat kepada para pelajar terlibat dan seterusnya diterjemah dalam menyediakan pengalaman gastronomi terbaik kepada pengunjung.

Pada masa terdekat, restoran L'apprenti berhasrat untuk menyediakan hidangan Mexico sekali gus memberikan banyak pilihan kepada para pelanggan.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved