Jumaat, 3 Januari 2014

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Ringan, kecil dan mudah lipat

Posted:

Ringan, kecil dan mudah lipat

Ringan, kecil dan mudah lipat

BERMULA dengan menonton video seorang individu sedang menunggang sebuah basikal elektrik selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Negara, Kuala Lumpur, Elizuan Rafys, 35, ternyata kagum dengan rekaan inovasi tersebut.

Dia tertanya-tanya, apakah basikal itu merupakan salah satu inovasi terbaharu yang dibikin oleh rakyat tempatan?

Ketika dalam perjalanan menaiki kereta ke pejabatnya di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur baru-baru ini, dia sekali lagi melihat seorang ekspatriat menunggang basikal tersebut di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman.

Dia melihat individu tersebut memakai sut dan membawa beg bimbit seperti gaya seorang korporat.

Ketika itu, dia begitu teruja kerana berpeluang melihat rekaan basikal elektrik itu dengan lebih jelas.

"Rekaan basikal Yike Bike seolah-olah kenderaan makhluk asing dalam filem Hollywood yang memukau mata untuk memandangnya. Saya beranggapan harga basikal elektrik itu pasti mahal," ujarnya yang mengetahui jenis basikal tersebut melalui carian di internet.

Kunjungan Elizuan ke Festival Antarabangsa Petaling Jaya, Disember lalu memberi peluang kepadanya untuk bertemu dengan komuniti pengguna Yike Bike di Malaysia iaitu Wow Yike Bike.

Gerai Wow Yike Bike merupakan antara tumpuan pengunjung sepanjang festival itu. Elizuan juga tidak melepaskan peluang untuk bertanya soalan tentang basikal elektrik itu.

Basikal elektrik Yike Bike merupakan inovasi teknologi dari New Zealand pada tahun 2009 di bawah kendalian YikeBike Ltd.


REKA bentuk Yike Bike pasti menarik perhatian orang ramai yang memandangnya.


Pengiktirafan

Jika dilihat secara fizikal, Yike Bike tidak ubah seperti sebuah basikal klasik Penny Farthing yang dicipta oleh jurutera British, James Starley pada tahun 1871.

Dengan kecanggihan teknologi masa kini, pelbagai inovasi telah dilakukan dengan reka bentuknya. Yike Bike memperoleh pengiktirafan Guinness Book of World Records sebagai basikal elektrik paling ringan kecil dan mudah lipat di dunia pada tahun 2011.

Walaupun hendalnya dicipta dibahagian belakang tempat duduk, ia tetap selesa untuk ditunggang dalam jangka masa lama. Rekaan itu juga memberi imbangan yang sempurna kepada penunggang agar tidak mudah tumbang.

Hanya 20 saat diambil untuk melipat sebuah Yike Bike, sebelum memasukannya ke dalam beg. Ia memudahkan pengguna meletakkannya di dalam but kereta mahupun ketika menaiki pengangkutan awam seperti transit aliran ringan (LRT) dan komuter.

Menurut seorang pengguna Yike Bike dan ahli Wow Yike Bike sejak setahun lalu, Mohd. Fadzil Muda, 35, dia mula tertarik dengan basikal elektrik itu apabila melihat jirannya menunggang Yike Bike.

Menurutnya, ketika dia menunggang basikal itu di sekitar ibu kota, ramai yang tertarik untuk bertanyakan pelbagai soalan mengenai spesifikasi Yike Bike.

"Yike Bike merupakan satu inovasi teknologi terkini yang sesuai bagi mereka yang menghargai masa. Saya sering menggunakan LRT terutamanya untuk ke tempat kerja. Saya menunggang Yike Bike untuk ke destinasi-destinasi terdekat. Ia ternyata menjimatkan masa dan tenaga terutamanya ketika berjumpa klien.

"Melalui Facebook Wow Yike Bike, kami memperoleh banyak respons positif mengenai basikal ini. Ramai yang berminat dengan Yike Bike. Ia merupakan platform utama untuk kumpulan kami memberi maklumat mengenai basikal ini kepada orang ramai," ujar pengedar Yike Bike di sekitar Lembah Klang dan wilayah Pantai Timur itu.

RUPA bentuk Yike Bike yang boleh dilipat memudahkan ia dibawa dan digunakan pada bila-bila masa.


Kategori

Kategori Yike Bike bergantung kepada berat sesebuah basikal. Ia terbahagi kepada tiga jenis iaitu 10 kilogram (kg), 11 kg dan 14 kg. Setiap kategori basikal mempunyai spesifikasi yang sama. Ia juga direka untuk aktiviti tahan lasak. Hanya berat yang membezakan harga dan kemudahan untuk pengguna.

Bahagian bingkai badan Yike Bike 10 kg diperbuat sepenuhnya daripada karbon manakala bahan separuh karbon dan fiber untuk basikal seberat 11 kg. Bagi Yike Bike 14 kg pula, ia dibina sepenuhnya daripada aloi atau logam.

Menurut Mohd. Fadzil, Wow Yike Bike kini mempunyai seramai 21 orang ahli, kebanyakannya golongan eksekutif berusia 35 tahun keatas.

Pengangkutan utama

Di New Zealand, Yike Bike merupakan antara pengangkutan utama penduduk yang tinggal di kawasan bandar. Sebagai contoh, penduduk Pulau Waiheke di Auckland menggunakan Yike Bike untuk ke tempat kerja dan melakukan aktiviti harian.

Kelajuan Yike Bike boleh mencecah 23 kilometer sejam. Dua pek bateri litium ion 450 watt yang diletakkan pada kompartmen di bahagian tayar basikal berupaya menggerakkan Yike Bike sejauh 10 kilometer.

Yike Bike juga dilengkapi lampu diod pemancar cahaya dan signal di bahagian belakang untuk tujuan keselamatan.

Pengarah Urusan YikeBike Ltd. Malaysia dan Indonesia, William Shaw, 32, memberitahu, bateri akan dicaj secara automatik apabila penunggang menekan picu brek pada hendal.

PENUNGGANG juga bebas melakukan pelbagai gaya asalkan tidak membahayakan keselamatan.


"Apabila menuruni bukit, bateri juga akan dicaj secara automatik. Bateri litium ion 450 watt keluaran syarikat Jepun, Sony Corporation itu juga boleh dicaj sehingga 1,000 kali sebelum dilupuskan. Yike Bike merupakan sebuah pengangkutan mesra alam.

"Basikal elektrik ini merupakan jalan penyelesaian terbaik kepada kesesakan lalu lintas yang dihadapi warga kota. Mereka dapat menggabungkan dua cara dalam satu masa iaitu pengangkutan awam dan persendirian tanpa menggunakan sebarang bahan api," ujarnya yang sudah menunggang basikal elektrik itu sejak dua tahun lalu.

Jangka hayat sebiji tayar dianggarkan bertahan selama setahun. Kos sebanyak RM110 untuk menukar tayar hadapan Yike Bike.

Kisah bunga api seluruh dunia

Posted:

Kisah bunga api seluruh dunia

Kisah bunga api seluruh dunia


DUBAI, yang terkenal dengan pembangunan mewah dan menakjubkan di dunia, memulakan lembaran baharu dengan pertunjukan bunga api yang berjaya mencipta rekod dunia.


KEDATANGAN Tahun Baru 2014 tentunya tidak lengkap tanpa pertunjukan bunga api pelbagai corak dan warna yang mengagumkan.

Antara yang menjadi tumpuan ialah pertunjukan bunga api di Dubai, Emiriah Arab Bersatu yang memecahkan rekod dunia apabila lebih 500,000 bunga api digunakan pada persembahan yang berlangsung selama enam minit.

Meliputi kawasan seluas melebihi 100 kilometer di bandar raya pinggir laut itu, paparan tersebut melibatkan beberapa mercu tanda terkemuka Dubai termasuk gugusan kepulauan buatan manusia, Palm Jumeirah; pencakar langit tertinggi dunia, Burj Khalifa dan hotel mewah, Burj Al Arab.

Pertunjukan bunga api yang direka oleh firma dari Amerika Syarikat, Fireworks by Grucci itu menggunakan 100 buah komputer untuk menyelaraskan bunga api bersama runut bunyi yang telah direka khas.

Sementara itu, pertunjukan bunga api juga berjaya menarik perhatian pelancong mengunjungi Las Vegas, Amerika Syarikat yang telah berjaya menarik lebih 335,000 pelancong pada malam perayaan tahun baharu.

Berbeza pula kisah pertunjukan bunga api di Abidjan, Ivory Coast.

Kerajaan negara tersebut terpaksa melaksanakan langkah-langkah keselamatan untuk mengelakkan berlakunya rempuhan seperti yang berlaku pada sambutan tahun 2013 yang mengakibatkan 60 orang maut dan 48 orang lain cedera.


DATARAN Katedral yang terletak di ibu negara Lithuania, Vilnius, menjadi tumpuan ribuan pengunjung yang meraikan kedatangan tahun 2014.


Rakyat Jerman menyambut lembaran baharu dengan paparan bunga api mempesonakan di ibu negaranya, Berlin. Dengan Gerbang Brandenburg sebagai latar belakang, sambutan itu berjaya menarik kehadiran ribuan pengunjung.

Tarikan

Pertunjukan bunga api di Pelabuhan Vieux di Marseille, selatan Perancis, pada malam 31 Disember 2013, merupakan sebahagian daripada sambutan hari terakhir Pertunjukan Budaya Eropah Marseille-Provence 2013.

Sementara itu, lebih dua juta pengunjung berhimpun di Sydney Harbour pada malam musim panas untuk menyaksikan persembahan bunga api tahunan terkemuka dan paling mewah di Sydney, Australia.

Persembahan penuh warna-warni itu berlangsung selama 11 minit dengan mercun dilancarkan daripada keempat-empat bumbung Sydney Opera House buat kali pertama dalam tempoh lebih sedekad. Mencuri perhatian juga paparan bak air terjun api dari Jambatan Harbour.

Di ibu negara Brazil, Rio de Janeiro, lebih dua juta pengunjung telah berkumpulan di sepanjang Pantai Copacabana bagi menyaksikan pertunjukan bunga api yang berlangsung selama 20 minit.

Walaupun pertunjukan bunga api pada kebiasaannya menyempurnakan lagi sambutan tahun baru, namun terdapat insiden-insiden yang menyebabkan kecederaan, contohnya di Manila, Filipina apabila seorang disahkan mati dan kira-kira 600 orang lagi cedera akibat terkena bunga api dan mercun sesat.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Majlis Sentiasa Di Hati rai OKU, warga emas dan kanak-kanak

Posted:

Majlis Sentiasa Di Hati rai OKU, warga emas dan kanak-kanak

Majlis Sentiasa Di Hati rai OKU, warga emas dan kanak-kanak

SURAYA (kanan) beramah mesra dengan warga emas, kanak-kanak dan golongan OKU pada majlis Sentiasa di Hati di Alor Setar, Kedah baru-baru ini.


RAI. Kerajaan negeri Kedah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri mengambil inisiatif meraikan golongan orang kelainan upaya (OKU), warga emas dan kanak-kanak kurang berkemampuan satu majlis Sentiasa di Hati di Alor Setar, Kedah baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Kebajikan Masyarakat, Pertanian dan Asas Tani, Pembangunan Usahawan, Datuk Suraya Yaacob berkata, majlis tersebut diadakan sempena sambutan Hari Warga Emas, Hari Kanak-kanak dan Hari OKU 2013 peringkat negeri Kedah.

Beliau berkata, usaha mengadakan program tersebut diharap dapat dimanfaatkan dan memberi kesedaran dalam menggalakkan masyarakat melakukan amal kebajikan.

Pengamal media Pulau Pinang berpindah diraikan

Posted:

Pengamal media Pulau Pinang berpindah diraikan

Pengamal media Pulau Pinang berpindah diraikan


PENGAMAL media Pulau Pinang bergambar kenangan dalam majlis meraikan tujuh wartawan dan jurufoto yang berpindah ke Kuala Lumpur di kediaman seorang jurufoto di Jalan Masjid Negeri baru-baru ini.


HARGAI. Sebanyak tujuh wartawan dan jurufoto beberapa organisasi media Pulau Pinang yang akan bertukar ke Kuala Lumpur diraikan rakan-rakan media lain pada satu majlis ringkas di kediaman seorang jurufoto di Jalan Masjid Negeri baru-baru ini.

Mereka termasuk Ketua Biro Bernama, Azeman Ariffin, Ketua Biro Utusan Malaysia, Zabry Mohamad Madzlan serta Penolong Ketua Biro Kosmo!, Zaki Salleh.

Penganjur program, Ahmad Zhafaran Nasib berkata, majlis itu juga bertujuan merapatkan lagi silaturahim yang sedia terjalin antara rakan-rakan media berkenaan sepanjang bertugas bersama-sama.

"Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada rakan-rakan media Pulau Pinang yang bakal bertugas di tempat baharu dan mengalu-alukan petugas baharu yang bertukar ke sini nanti," ujarnya.

30 peserta sertai bengkel penulisan novel remaja

Posted:

30 peserta sertai bengkel penulisan novel remaja

30 peserta sertai bengkel penulisan novel remaja


MAHADZIR (barisan kedua, tengah) dan Che Saad (barisan kedua, kanan) bergambar dengan peserta bengkel Penulisan Novel Remaja anjuran Kelab Stringer Wilayah Utara di D'Keriangan Village Kampung Bagan Sena, Padang Serai, Kulim, Kedah baru-baru ini.


BENGKEL. Seramai 30 peserta termasuk penuntut institusi pengajian tinggi awam dari Kedah, Perlis dan Pulau Pinang menyertai bengkel Penulisan Novel Remaja di D'Keriangan Village Kampung Bagan Sena, Padang Serai, Kulim, Kedah baru-baru ini.

Kursus itu anjuran bersama Kelab Stringer Wilayah Utara dengan kerjasama UMNO Bahagian Baling bersama Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Sik.

Pengerusi kelab itu, Che Saad Noordin berkata, sambutan peserta begitu menggalakkan dan ceramah mengenainya disampaikan oleh seorang penulis novel yang tidak asing lagi di Kedah, Amelia Hashim.

Sijil kepada peserta disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri, Mahadzir Abdul Hamid.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pemotoran


Streetfighter Jepun setanding model Eropah

Posted:

Streetfighter Jepun setanding model Eropah

Streetfighter Jepun setanding model Eropah

Oleh SHAWKATH AZDE
shawkath.ashraf@kosmo.com.my

UMUM diketahui, rata-rata pengeluar motosikal di Eropah bijak memberi sentuhan magis ketika mencipta sebuah jentera streetfighter. Bukan suatu perkara mudah untuk merealisasikan idea rekaan tanpa mengambil kira faktor kejuruteraan binaan sesebuah motosikal. Itu cabaran utamanya.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, peneraju motosikal di Jepun, Kawasaki Heavy Industries Ltd. (KHI) berjaya mencuri perhatian global apabila membuktikan kemampuan pasukan perekanya untuk meneroka segmen streetfighter.

Streetfighter merujuk kepada sebuah model kategori motosikal sport yang tidak didatangkan bersama komponen fairing. Ada yang mendakwa istilah itu lahir daripada tindakan penunggang muda di Eropah yang melucutkan komponen fairing untuk mengelakkan kerosakan dan meminimumkan kos baik pulih motosikal jika terjatuh.

Falsafah Sugomi

Trend itu kemudiannya dikatakan menambat hati sebilangan besar pengeluar motosikal khususnya di Eropah dan Jepun sekitar tahun 1980-an untuk mencipta jentera streetfighter bagi mengisi segmen baharu itu. Keluarga streetfighter KHI diwakili oleh siri Z.

Bagi mengekalkan momentum persaingan, KHI tampil dengan model Kawasaki Z1000 baharu. Model yang dibangunkan berasaskan falsafah sugomi itu pernah dipamerkan sewaktu

INSTRUMEN meter LCD dipasang pada bahagian hendal besar dan futuristik.


Pameran Motor Milan (EICMA) di Itali, November lalu.

Secara ringkas, falsafah sugomi menyentuh keseluruhan aspek gayaan dan pendekatan terperinci kejuruteraan motosikal untuk dinikmati sepenuhnya oleh seseorang penunggang. Sebenarnya, pendekatan itu mula diaplikasi pada model Z800 sebelum ini.

Bagi Z1000 2014, penampilannya nyata radikal hasil pengenaan garis badan tanpa menghilangkan warisan seni bina siri Z. Rupa paras Z1000 kelihatan seperti sebuah motosikal anime Jepun.

Dalam laman motorcyclenews.com, Ketua Pereka Motosikal Kawasaki, Keishi Fukumoto berkata, pihaknya mengambil pendekatan gayaan baharu Z1000 untuk menjadikan sebuah jentera yang mempamerkan elemen ghairah dan emosi sugomi yang menarik perhatian para penunggang.

"Dari perspektif gayaan, kami mengetengahkan paras rupa dan perasaan pemangsa yang menanti masa untuk menerkam pada masa sama mengadun kejuruteraan semula berprestasi bagi mengukuhkan posisi Z1000 sebagai peneraju dalam kelas tersendiri," katanya.

Jentera satu liter itu nyata memberi tamparan hebat kepada beberapa pesaing streetfighter terkemuka termasuk Ducati Streetfighter, KTM 1290 Super Duke R, Aprilia Tuono V4 dan MV Agusta Rivale.

Kawasaki Z1000 2014 masih menggunakan khidmat enjin empat silinder sebaris tetapi telah menerima beberapa modifikasi baharu. Antaranya perubahan komponen aci sesondol untuk melonjakkan hamburan tork pada pusingan enjin (RPM) peringkat rendah hingga sederhana.


TRANSFORMASI Z1000 membuatkannya kelihatan seperti jentera dalam anime Jepun.


Talaan Semulan

Sistem penyaluran udara ke dalam kotak angin ditingkatkan dengan adanya bolong kemasukan bersama penapis udara baharu yang dipasang pada bahagian hadapan jentera. Ia bertujuan memastikan saluran udara kekal stabil pada RPM tinggi.

Jurutera Kawasaki memasang empat unit pendikit badan Keihin 38 milimeter untuk menyuntik bahan api ke dalam setiap kebuk pembakaran. Pembaharuan lain dilakukan ialah penalaan semula tetapan unit kawalan enjin (ECU) dan sistem gear Z1000.

Keseluruhan rangkaian kuasa Z1000 dilindungi oleh kerangka aluminium yang kelihatan hampir sama seperti yang terdapat pada model Ninja ZX-10R. Kerangka itu telah ditambah dengan alas getah (mounting) untuk mengurangkan kesan getaran enjin sewaktu tunggangan.

Keupayaan memberhentikan motosikal juga diperbaharui dengan aplikasi angkup monoblok Tokico yang diperbuat daripada aluminium. Ia menawarkan respons mencengkam piring brek cakera yang lebih baik sewaktu tunggangan agresif.

Edisi Z1000 2014 juga didatangkan dengan unit fork baharu iaitu Showa SFF-BP (Separate Function Fork - Big Piston). Batang fork sebelah kiri adalah untuk menyelaras kadar prabeban manakala kadar redaman omboh boleh diubah menerusi fork bahagian kanan.

Lengan ayun pula bersambung dengan sistem penyerap hentak tunggal gas/ minyak yang di posisi sedikit mendatar untuk membantu meningkatkan keseimbangan dan kestabilan jentera.

BOLONG udara ditempatkan pada bahagian hadapan untuk membantu menyalurkan udara ke ke dalam kotak angin motosikal.


Buat julung kalinya, KHI menggunakan rekaan set lampu utama jenis LED tanpa pemantul bagi model Z1000. Perumah lampu belakang juga mengaplikasi lampu LED untuk pencahayaan lebih terang.

Model Z1000 2014 yang diimport dari Jepun bakal diperkenalkan oleh Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn. Bhd. ke pasaran Malaysia dalam tempoh terdekat.

Bukan itu sahaja, syarikat yang bertanggungjawab untuk pengedaran dan pemasangan produk jenama Jepun itu juga akan memperkenalkan satu lagi model dalam siri Z iaitu Z1000 SX. Nantikan sahaja.

Ford Mustang 2014

Posted:

Ford Mustang 2014

Ford Mustang 2014

Oleh MUHAMMAD MD TAJUDIN


MUSTANG 2014 didatangkan bersama beberapa pilihan konfigurasi enjin termasuk jenis V8 dan EcoBoost.


JIKA tidak kerana James Bond memandu Ford Mustang dalam filem Goldfinger pada 1964, mungkin kereta itu tidak akan menjadi legenda seperti hari ini. Sungguhpun ia sudah hampir 50 tahun diperkenalkan, ikon permotoran Amerika Syrikat itu hanya memperkenalkan Mustang untuk pasaran Eropah pada awal November lalu. Kali ini, Spain Ford Motor Co. yang berpangkalan di Barcelona, Sepanyol diamanahkan untuk memasarkan varian fastback dan convertible yang menjanjikan prestasi serta perincian kelas dunia.

9 juta terjual

Naib Presiden Kumpulan Ford, Raj Nair dalam majlis pelancaran itu berkata, reka bentuk Mustang terkini lebih menarik manakala prestasi enjinnya membangkitkan minat ramai walaupun mereka tidak pernah memandunya.

"Mustang bukan hanya setakat sebuah kereta tetapi ia adalah hati dan jiwa Ford," kata Nair.

Sejak dilancarkan, lebih dari 9 juta unit Mustang terjual, maka tidak hairanlah model itu merupakan kereta yang paling banyak digemari (like) di dalam media sosial Facebook.

Populariti Mustang banyak dibantu melalui penampilannya dalam filem, televisyen, muzik dan permainan video. Berikutan itu, kata Nair, Mustang akan menjadi salah satu daripada 25 kenderaan baharu yang bakal Ford perkenalkan di Eropah dalam tempoh lima tahun akan datang.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Reka Bentuk Ford, Moray Callum pula menjelaskan, Mustang baharu dibangunkan mengikut standard prestasi dunia, dinamik pemanduan, kebolehgunaan dan berteknologi insan termaju.

"Falsafah reka bentuk Mustang baharu berpijak di bumi yang nyata dan merendah diri walaupun mempunyai reputasi dan jenama yang hebat.

"Anda hanya mempunyai satu peluang untuk mempesona pelangan tetapi sebaik mereka melihat kereta ini, serta-merta anda akan merasai karakter Mustang yang kuat dan jujur," katanya.

Identiti Mustang jelas terletak pada bonet enjin yang panjang dan bahagian belakang yang pendek. Kali ini warisan tersebut diadunkan dengan cita rasa moden. Pada bahagian dalaman, instrumen diletakkan bertentangan dengan pemandu di dalam ruang kabin yang diinspirasikan daripada kokpit kapal terbang.


RUANG dalaman model baharu Mustang mengambil inspirasi rekaan seperti kokpit sebuah kapal terbang.


Ukuran lebar dan suspensi belakang yang baharu berjaya memperbaiki ruang bahu serta punggung manakala ruang bagasi yang mampu untuk diisi dengan dua beg golf.

Enjin EcoBoost

Sebagai sebuah identiti Uncle Sam, Mustang dikuasakan oleh enjin bersesaran 5 liter V8 dengan output 426PS dan tork sekuat 529Nm. Jika ada yang merasakan itu terlalu besar untuk pasaran masing-masing, Ford menyediakan opsyen enjin global 2.3 liter EcoBoost yang berkuasa tinggi tetapi memenuhi keperluan penggunaan minyak dan emisi konsumer Eropah.

Enjin 2.3 liter EcoBoost itu menggunakan teknologi pancitan terus, aci (cam) boleh ubah, dan pengecas turbo. Rekaan manifold dan perumah turbo yang unik membolehkan kuasa tinggi dicapai dengan nilai kuasa berjumlah 309PS dan tork 407Nm. Transmisi automatik pula didatangkan dengan tuil penukar gear di stereng untuk pelanggan yang mahukan tukaran gear mudah.

Sistem suspensi depan dan belakang Mustang baharu turut dirombak semula. Pada bahagian depan, sebuah subrangka empat segi baharu berfungsi untuk mengukuhkan lagi struktur depan dan mengurangkan pergerakan. Rekaan baharu itu juga turut menjadi sokongan kuat terhadap kawalan stereng terutama dalam mempengaruhi pemanduan. Ford turut memperbaiki roda belakang dengan set baharu suspensi bebas. Selain daripada itu, geometri, pegas gegelung, sesendal (bushing) dan penyerap hentak turut diubah suai dan ditala mengikut gaya Eropah.

Sesuai status Mustang sebagai kereta prestasi, Ford juga menyediakan seleksi kategori pemanduan yang diinginkan pelanggannya. Untuk jalan yang berliku atau hari trek pada hujung minggu, pemandu boleh bermain-main dengan suis kawalan pada konsol untuk mengubah talaan ringan dan berat stereng, respons enjin, transmisi dan kawalan kestabilan elektronik melalui Selectable Drive Modes.

Sistem kawalan kestabilan juga ditala untuk memaksimumkan dinamik pemanduan seperti pengagihan tork yang membahagi kuasa enjin kepada roda tertentu untuk mengekalkan Mustang pada laluannya.

Pesta PNGL di Manjung

Posted:

Pesta PNGL di Manjung

Pesta PNGL di Manjung

Oleh AFIFI HAFIZ MOHD. NOR


AHLI PNGL tidak melepaskan peluang bergambar bersama sempena himpunan yang mencatat sejarah tersendiri komuniti itu.


HIMPUNAN terbesar Pemilik Nissan Grand Livina Malaysia (PNGL) di AEON Seri Manjung, Perak baru-baru ini berjaya mencatat nama komuniti tersebut di dalam Malaysia Book Of Records (MBOR).

Sebanyak 818 buah kenderaan pelbagai guna (MPV) itu disusun di ruang parkir kompleks membeli belah itu yang datang dari seluruh negara.

Pengasas PNGL, Shukri Samar berkata, aktiviti itu merupakan acara kemuncak 2013 yang bertujuan untuk mengeratkan hubungan sesama pemilik dari seluruh negara.

Menurut Shukri, perhimpunan itu bukan sahaja dijayakan oleh pemilik Grand Livina tetapi kelab-kelab bersekutu dari seluruh negara turut menyertai program itu.

"Pada perhimpunan ini juga setiap ahli dapat mengenali setiap ahli-ahli yang sebelum ini hanya dikenali dalam alam maya sahaja di samping dapat berkongsi pendapat dan pandangan khususnya berkenaan PNGL.

"Pihak kami menghebahkan berkenaan program ini menggunakan saluran media sosial seperti Facebook dan ternyata bilangan kenderaan yang hadir sangat memberangsangkan," katanya.

Tambah Shukri, pihaknya akan menganjurkan himpunan seperti itu pada masa akan datang. Aktiviti itu bukan sahaja merapatkan hubungan sesama ahli malah turut menjana ekonomi setempat khususnya sektor pelancongan.


GELAGAT sebahagian ahli PNGL yang meraikan kejayaan selepas komuniti itu tersenarai dalam Malaysia Book Of Records baru-baru ini.


"Kami diberitahu bahawa hotel-hotel serta inap desa sekitar Manjung telah habis ditempah oleh ahli-ahli PNGL yang turut serta membawa keluarga keluarga sempena musim cuti sekolah dan keadaan ini boleh memacu aktiviti pelancongan negara," katanya.

Justeru itu, pada aktiviti akan datang PNGL bercadang untuk melibatkan kerjasama pelbagai organisasi untuk sama-sama turut serta dan memeriahkan pengisian program malah berhasrat menyenaraikannya dalam kalendar pelancongan kebangsaan.

Selain dari membuat kiraan untuk catatan MBOR, PNGL juga turut melancarkan tabung kutipan derma untuk disalurkan kepada mangsa banjir di Pahang dan Terengganu melalui kelab-kelab bersekutu dari negeri tersebut.

Jelas Shukri, PNGL ditubuhkan sebagai platform untuk pemilik kenderaan itu berkongsi minat, pandangan dan pendapat serta penganjuran aktiviti bersama.

"PNGL merupakan sebuah komuniti yang disertai oleh pelbagai kaum dan jantina dengan pelbagai aktiviti penganjuran pelbagai aktiviti bersifat kemasyarakatan, kebajikan dan pendidikan," jelas Shukri.

Katanya lagi, PNGL merupakan sebuah komuniti yang berkembang dengan jumlah ahli terkini seramai 5,679 orang tanpa mengira kaum dan jantina dengan penganjuran pelbagai aktiviti bersifat kemasyarakatan, kebajikan serta pendidikan.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Pensyarah dijel, denda RM25,000

Posted:

Pensyarah dijel, denda RM25,000

Pensyarah dijel, denda RM25,000

Oleh FIRDAUS HASSAN
firdaus.hassan@kosmo.com.my

CHEE WAI dibawa keluar dari Mahkamah Khas Rasuah Ipoh, Perak semalam selepas dijatuhi hukuman.


IPOH – Seorang bekas pensyarah Institut Teknologi Perak (ITP) dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM25,000 oleh Mahkamah Khas Rasuah di sini semalam atas lima kesalahan menerima rasuah daripada dua pelajarnya, tiga tahun lalu.

Pada prosiding semalam, Wong Chee Wai, 41, pensyarah di Jabatan Matematik dan Statistik di institut itu menukar pengakuan kepada bersalah terhadap lima pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Madihah Harullah.

Tertuduh dari Taman Indah Jaya di sini didakwa menerima suapan wang tunai RM1,130 menerusi lima transaksi antara 14 September 2011 dan 8 Februari 2012 di institut berkenaan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Pengusaha mengeluh terbeban kos operasi meningkat

Posted:

Pengusaha mengeluh terbeban kos operasi meningkat

Pengusaha mengeluh terbeban kos operasi meningkat


WAJIRA menunjukkan papan tanda harga minuman dan makanan yang dijual di kantin SMK Sungai Isap Murni, Kuantan, Pahang semalam.


KUALA LUMPUR - Rata-rata pengusaha kantin sekolah di seluruh negara mengeluh kerana terpaksa menanggung kos operasi yang meningkat terutamanya membabitkan pembelian bahan mentah tetapi terpaksa menjual dengan harga yang rendah.

Menurut mereka, walaupun kos operasi meningkat, namun mereka tidak boleh menaikkan harga makanan dan minuman sesuka hati kerana terikat dengan perjanjian tender pengurusan kantin bersama pihak sekolah.

Seorang pengusaha kantin Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tun Hussein Onn 2 di sini, Norraidah Idris, 55, dia terpaksa mengimbangi kenaikan kos operasi dengan mengecilkan saiz hidangan bagi membolehkan harga yang dijual tidak dinaikkan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

100,000 jawatan perkhidmatan awam untuk diisi

Posted:

100,000 jawatan perkhidmatan awam untuk diisi

100,000 jawatan perkhidmatan awam untuk diisi

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menjangkakan kira-kira 100,000 kekosongan jawatan dalam perkhidmatan awam untuk diisi pada tahun ini.

Pengerusi SPA, Tan Sri Mahmood Adam berkata, kekosongan jawatan itu melibatkan pelbagai kementerian, agensi dan kerajaan negeri.

"Kebanyakan kekosongan adalah di peringkat kumpulan sokongan memandangkan lebih 70 peratus jawatan dalam perkhidmatan awam ketika ini diisi kumpulan itu," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


‘Hanya berehat sepanjang Ramadan’

Posted:

'Hanya berehat sepanjang Ramadan'

'Hanya berehat sepanjang Ramadan'

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
sukan@kosmo.com.my

AFANDI memberi jaminan bahawa jadual Liga Malaysia musim ini tidak akan dipinda.


PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak akan merombak jadual perlawanan saingan Liga Malaysia (Liga M) bagi musim 2014 biarpun dilanda kehangatan 'demam' Piala Dunia.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM, Datuk Seri Afandi Hamzah berkata, sebaliknya saingan

Liga M 2014 hanya akan direhatkan seketika bagi menghormati bulan Ramadan.

Ini kerana, beliau yakin sambutan penonton terhadap liga tempatan tidak akan terjejas biarpun bertembung dengan pusingan akhir Piala Dunia di Brazil kelak.

"Saingan liga hanya direhatkan sepanjang Ramadan (seperti mana sebelum ini).

"Perbezaan masa di sini dan Brazil juga bukannya sama, jadi saya percaya bulan itu bakal menjadi 'bulan bola sepak' buat kesemua peminat," katanya pada sidang akhbar di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Tahun ini, tarikh 1 Ramadan 1435 Hijrah bakal disambut oleh umat Islam di seluruh dunia pada 28 Jun iaitu 16 hari selepas tirai Piala Dunia 2014 disingkap di Arena Sao Paulo, Brazil yang menemukan tuan rumah dengan Croatia pada 12 Jun.

Perlawanan akhir Piala Dunia di Stadium Maracana, Rio de Janeiro pula dijadual pada 13 Julai sementara umat Islam dijangka menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 28 Julai iaitu lima hari selepas tirai temasya Sukan Komanwel di Glasgow, Scotland dibuka.

Mengulas lanjut, Afandi yang juga Naib Presiden FAM turut mengesahkan tiada sebarang pindaan jadual liga domestik dibuat menjelang temasya Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan dari 19 September hingga 4 Oktober.

"Ketika itu hanya saingan Piala Malaysia sedang berlangsung, jadi kita akan semak semula jika ia menjejaskan persiapan skuad Harimau Muda A yang akan beraksi di Piala Asia nanti.

"Buat masa ini, kesemua perlawanan kekal berlangsung seperti mana jadual asal," jelas beliau.

'Tunggu keputusan Jawatankuasa Tatatertib'

Posted:

'Tunggu keputusan Jawatankuasa Tatatertib'

'Tunggu keputusan Jawatankuasa Tatatertib'

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
sukan@kosmo.com.my

TEKA-TEKI sama ada bekas penjaga gol Kuala Lumpur, Azizon Abdul Kadir layak beraksi bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dijangka diketahui dalam masa terdekat.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Afandi Hamzah berkata, pihaknya perlu menunggu keputusan Jawatankuasa Tatatertib yang dipengerusikan Datuk Taufek Abdul Razak terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.

"Tunggu keputusan Jawatankuasa Tatatertib terlebih dahulu.

"Jika dia (Azizon) tidak bersalah, dia tidak perlu menunggu sehingga jendela perpindahan pemain dibuka semula Mac depan," katanya kepada pemberita semalam.

Kelmarin, pengendali baharu PDRM, Dollah Salleh berharap supaya Azizon terlepas daripada sebarang hukuman dan mendapat 'lampu hijau' beraksi bersama skuad itu mengharungi saingan Liga Premier musim ini.

Ini kerana Azizon ketika ini sedang disiasat Jawatankuasa Tatatertib FAM atas dakwaan terlibat dengan isu rasuah dan gejala mengatur perlawanan semasa menyarung jersi Kuala Lumpur musim lalu.

Selain Azizon, pihak Jawatankuasa Tatatertib FAM juga telah mengambil keterangan seorang lagi pemain Kuala Lumpur, Benedict Martin pada 27 Disember lalu.

Tiga lagi pemain Kuala Lumpur iaitu Syazwan Rani, J Mugilan Kartik dan Azwan Jatin juga dikatakan telah tampil memberikan keterangan semalam manakala dua lagi pemain, S Sivaraj dan Amirul Asraf Mohd Noor pula hanya akan memberi keterangan pada 7 Januari ini.

Kelmarin, Taufek juga mengesahkan sebarang keputusan hanya akan dibuat selepas kesemua pemain berkenaan selesai memberikan keterangan.

Pada 21 Disember lalu, tiga pegawai dan lima pemain Kuala Lumpur musim lalu digantung seumur hidup selepas Jawatankuasa Tatatertib FAM mendapati semua tertuduh gagal menjawab surat pertuduhan atau tidak memberikan butir-butir pembelaan dalam tempoh yang ditetapkan.

Ketua jurulatih Kuala Lumpur, Stanislav Lieskovsky; penolong pengurus Rosli Omar; pegawai pasukan Saari Jani dan lima pemain iaitu Jeremy Danker, Khairul Anuar, Hafizi Roslee, Fadhlullah Yunsifar serta Phoo Kai Lun masing-masing digantung daripada sebarang aktiviti bola sepak seumur hidup dan didenda RM20,000 setiap seorang kerana kesalahan menerima rasuah dan mengatur perlawanan.

Tonggak import jadi penentu

Posted:

Tonggak import jadi penentu

Tonggak import jadi penentu

Oleh YATIMIN ABDULLAH
sukan@kosmo.com.my


FORKEY Doe antara tonggak import yang akan memperkuatkan skuad Kelantan dalam saingan liga musim ini.


BEKAS Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa meramalkan tonggak import bakal menentukan hala tuju skuad The Red Warriors dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Annuar berkata, kombinasi yang dibentuk antara Mohammad Shawky, Mohammad Ghaddar dan Francis Forkey Doe bakal menjadi tunjang kekuatan pasukan untuk mengharungi saingan Liga M yang akan bermula pada 17 Januari ini.

"Soal keserasian saya fikir ia tak menjadi masalah kerana mereka pernah beraksi bersama-sama ketika mewakili Kelab Mesir, Al-Ahly pada tahun 2010.

"Malah saya yakin dan percaya mereka bakal mencongak kekuatan pasukan selain membentuk gandingan mantap bersama pemain tempatan musim ini," katanya ketika ditemui pemberita di Kota Bharu semalam.

Tambahnya, kehadiran Steve Darby yang menggantikan Bojan Hodak juga dilihat mampu melonjakkan prestasi The Red Warriors dalam menghadapi saingan liga.

Annuar memberitahu, Darby memerlukan lebih banyak aksi persahabatan bagi membentuk kombinasi terbaik antara pemain.

"Jurulatih baru nak kenal barisan pemain, jadi saya fikir kita perlu memberikan masa dan peluang dulu kepadanya. Saya nampak sekarang dia lebih bersedia," ujarnya.

Ditanya mengenai prestasi hambar Kelantan dalam beberapa perlawanan persahabatan, Annuar berpendapat bahawa skuad tersebut belum menurunkan barisan terkuat dalam aksi tersebut.

"Kelantan masih belum menurunkan skuad utama kerana semua pemain import diberikan cuti. Mereka tidak pernah beraksi lagi sehingga sekarang.

"Dua minggu terakhir ini amat penting bagi Kelantan untuk memantapkan keserasian dalam kalangan pemain.

"Oleh itu, saya difahamkan beberapa perlawanan

persahabatan telah diaturkan dengan Perlis dan sebuah kelab dari Thailand untuk memastikan Kelantan bersedia untuk perlawanan pertama liga," katanya.

Sementara itu, beliau berkata jersi The Red Warriors yang akan dilancarkan pada 15 Januari ini ditaja oleh dua syarikat berasingan iaitu Umbro dan Warriors.

"Jersi jenama Warriors akan dilancarkan di Kota Bharu manakala jersi jenama Umbro untuk piala AFC belum diputuskan, tetapi mungkin di Kuala Lumpur," katanya

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Sarawak ungguli FTM 2013

Posted:

Sarawak ungguli FTM 2013

Sarawak ungguli FTM 2013

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN

PASUKAN Anak Dalam Gading gembira apabila diumumkan muncul juara FTM 2013.


EDISI ke-15 penganjuran Festival Tari Malaysia (FTM) memperlihatkan satu revolusi dengan kemasukan kategori moden untuk menarik minat penyertaan generasi muda.

Bagaimanapun, perubahan itu secara kasarnya telah mencemarkan kualiti tarian tradisional yang telah sekian lama menerajui pergerakan festival yang diadakan dua tahun sekali itu.

Ini kerana, pada penganjuran lepas, para peserta hanya mempersembahkan tarian tradisional asli tanpa campuran moden.

Sebaliknya, kemasukan kategori moden sedikit sebanyak menenggelamkan kategori tradisional yang hanya mampu melayakkan sebuah kumpulan saja iaitu Nyala Dance Theatre Kuala Lumpur berentap di pusingan akhir di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada 7 Disember lalu.

Nyala Dance Theatre mempersembahkan tarian rampaian zapin dan joget pada pusingan akhir. Bagaimanapun, kumpulan itu gagal memperoleh sebarang kedudukan tertinggi walaupun untuk kategori tradisional.

Kategori tradisional FTM 2013 dijuarai oleh pasukan Anak Dalam Gading (ADG) dari Sarawak yang mempersembahkan tarian ciptaan etnik Bidayuh Sarawak berjudul Chapan.

Menerusi kemenangan itu, ADG membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM10,000, trofi dan sijil penyertaan. Jagoan kampung dari daerah Lundu itu juga memenangi kategori busana terbaik dan koreografi terbaik yang masing-masing bernilai RM3,000.

Ujar koreografer pasukan itu, Fred anak Kamea, 30, pasukannya berlatih dalam durasi masa tiga hari sahaja untuk menghasilkan karya yang dipersembahkan pada malam final itu.

"Selepas diumumkan layak ke final, kami terus berlatih dan akhirnya tarian ini berjaya disiapkan dalam masa tiga hari. Syukur rezeki berpihak kepada kami tahun ini," ujarnya yang bertugas sebagai kerani sepenuh masa di Universiti Teknologi Mara, Samarahan, Sarawak.


PASUKAN Nyala Dance Theatre Kuala Lumpur satu-satunya kumpulan yang mempersembahkan tarian tradisional.


ADG ditubuhkan pada tahun 2005 dianggotai oleh bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Lundu berusia antara 19 hingga 21 tahun.

Tempat kedua kategori tradisional dimenangi oleh Prima Dansa, Universiti Tun Abdul Razak (Unitar), Sabah yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM8,000, trofi dan sijil penyertaan.

Berputih mata

Kumpulan harapan kategori tradisional disandang oleh Busak Lawai dari Sabah yang membawa pulang RM5,000, trofi dan sijil penyertaan.

Nyala Dance Theatre Kuala Lumpur satu-satunya kumpulan yang mempersembahkan tarian tradisional bagaimanapun terpaksa berputih mata dan pulang dengan tangan kosong.

Sementara itu, kategori moden digondol oleh Stop Reverse Crew dari Melaka yang membawa pulang RM10,000, trofi dan sijil penyertaan. Pasukan itu turut memenangi kategori busana terbaik dan koreografi terbaik.

Kitta Move dari Sabah sekadar menduduki tempat naib johan kategori moden manakala Humble First dari Perak diiktiraf sebagai Pasukan Harapan.

Destar Limar, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak yang menjadi pasukan pilihan audiens menerusi persembahan memukau pada malam separuh akhir bagaimanapun gagal meraih sebarang anugerah.

"Alhamdulillah, kami gembira kerana kerja keras selama sebulan berlatih berbaloi dan sejujurnya tanpa peserta lain tiadalah kami di sini," kata wakil pasukan Stop Reverse Crew, Himsak Putra Saipul Anuar, 18.

Persembahan malam gala FTM 2013 turut diserikan oleh penyanyi undangan Noraniza Idris mempersembahkan lagu Ngajat Tampi dan One Nation Emcees.

FTM 2013 melibatkan 16 buah penyertaan terbaik dari seluruh negara yang dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dengan menjalani uji bakat di peringkat negeri dari bulan April hingga Jun tahun lalu dan cuma lapan pasukan daripada setiap kategori terpilih untuk peringkat separuh akhir pada 5 dan 6 Disember lalu.

Kepentingan 1,000mg kalsium

Posted:

Kepentingan 1,000mg kalsium

Kepentingan 1,000mg kalsium


PRESIDEN IOF, Prof. John A. Kanis (tiga dari kanan) bersama barisan penulis Laporan Audit Rantau Asia Pasifik: Epidemiologi, Kos dan Beban Osteoporosis tahun 2013.


YAYASAN Osteoporosis Antarabangsa (IOF) baru-baru ini mendedahkan bahawa rakyat Malaysia hanya mengambil separuh daripada kalsium yang diperlukan bagi mengekalkan kesihatan tulang.

Perkara itu didedahkan menerusi laporannya yang bertajuk Audit Rantau Asia Pasifik: Epidemiologi, Kos dan Beban Osteoporosis tahun 2013. Laporan tersebut telah dihasilkan dengan sokongan geran pendidikan daripada Fonterra Co-operative Group Limited (Fonterra).

Ia bertujuan mewujudkan pemahaman yang lebih mendalam mengenai status kesihatan tulang penduduk di Asia Pasifik dan impak kesihatan tulang yang semakin meningkat di rantau ini.

Antara yang didedahkan dalam laporan tersebut ialah rakyat Malaysia sememangnya sedar risiko osteoporosis, namun mereka tidak mengambil langkah yang sewajarnya untuk mencegah penyakit tersebut.

Saranan WHO

Walaupun rakyat Malaysia mempunyai kesedaran yang tinggi mengenai risiko osteoporosis, namun secara purata mereka hanya mengambil kurang daripada 500 miligram (mg) kalsium setiap hari.

Jumlah itu lebih rendah berbanding saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) yang mengesyorkan sekurang-kurangnya 1,000 miligram sehari.

Dalam pada itu, laporan tersebut turut mendedahkan bahawa hampir sembilan daripada 10 penduduk di Malaysia sedar mengenai osteoporosis.

Osteoporosis merupakan sejenis penyakit tulang yang ditentukan berdasarkan pengurangan jisim dan kepadatan tulang. Ia boleh menyebabkan keretakan tulang dan mengehadkan mobiliti seseorang dengan ketara.

Golongan yang berisiko menghidap penyakit ini adalah mereka yang berusia melebihi 50 tahun, wanita yang sudah menopaus, mempunyai sejarah keluarga yang mengalami osteoperosis, pengambilan kalsium dan vitamin D yang tidak mencukupi, mengamalkan gaya hidup yang tidak aktif dan perokok.


PERUBAHAN tulang belakang akibat osteoporisis mengikut peringkat usia. - Gambar hiasan


Hampir semua penduduk boleh mengenalpasti secara tepat bahawa pengambilan kalsium yang rendah sebagai salah satu faktor risiko osteoporosis.

Ketua Pegawai Eksekutif IOF, Judy Stenmark berkata, prevalens osteoporosis adalah tinggi dan semakin meluas di rantau ini. Namun, pengesanan, rawatan dan peruntukan sumber masih kurang. Ini telah menjadi suatu beban yang serius kepada manusia, sosial dan ekonomi di Malaysia dan semua negara Asia yang lain.

"Kes-kes keretakan tulang pinggul meningkat antara dua hingga tiga kali ganda di kebanyakan negara Asia dalam tempoh tiga dekad ini. Menjelang tahun 2050, lebih 50 peratus daripada keseluruhan keretakan tulang pinggul osteoporotik berlaku di Asia.

"Melalui laporan ini, IOF menyeru agar tindakan segera perlu diambil bagi mengelakkan kerugian sosioekonomi, kesakitan, penderitaan dan kematian yang mungkin melibatkan berjuta-juta manusia pada masa akan datang," katanya.

Sementara itu, Pengurus Inovasi Fonterra, Joanne Todd berkata, syarikat itu beriltizam meningkatkan kesedaran kesihatan tulang di Malaysia dan lebih meluas di seluruh Asia.

Todd berkata, Fonterra telah bekerjasama dengan IOF selama tujuh tahun bagi meningkatkan kesedaran mengenai prevalens dan kesan negatif osteoporosis di seluruh rantau ini.

"Kami menggalakkan diet yang kaya dengan kalsium dan protein, vitamin D yang mencukupi serta senaman untuk mengurangkan risiko osteoporosis dan keretakan tulang pinggul," katanya.

Kepentingan vitamin D

Tinjauan IOF juga mendedahkan, secara purata, pengambilan vitamin D dalam kalangan rakyat Malaysia adalah sangat rendah. Dianggarkan, hanya 59 peratus lelaki dan 13 peratus wanita dewasa mengambil vitamin D yang mencukupi.

Sementara itu, hanya dua pertiga daripada kanak-kanak Malaysia mempunyai status vitamin D yang mencukupi.

Keadaan ini amat membimbangkan kerana peringkat kanak-kanak dan remaja adalah masa yang penting dalam pembinaan jisim tulang.

Vitamin D memainkan peranan untuk mengawal penyerapan kalsium dan fosforus dalam tulang dan membantu dalam komunikasi sel dalam badan.

Ujar Todd, jisim tulang akan mencapai kemuncaknya pada usia 30 tahun. Apabila mencapai usia ini, kekurangan kalsium dan senaman yang tetap, tulang mula kehilangan jisim.

"Adalah penting bagi orang ramai mengetahui langkah-langkah untuk mencegah osteoporosis," katanya lagi.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Misteri kematian duta Palestin

Posted:

Misteri kematian duta Palestin

Misteri kematian duta Palestin

BEBERAPA anggota bomba meninjau rumah yang didiami Jamal di Prague kelmarin.


PRAGUE - Beberapa penyiasat Palestin dan Republik Czech semalam menyiasat kematian misteri Duta Palestin ke negara ini, Jamal al-Jamal di rumahnya akibat letupan peti besi.

Polis Republik Czech menyatakan, pihaknya percaya letupan tersebut disebabkan bahan letupan antipencuri pada peti tersebut.

Namun, akhbar MF DNES menyiarkan tajuk muka depan dengan perkataan misteri yang merujuk tentang kematian duta berkenaan.

Jamal. 56, yang memegang jawatan itu sejak Oktober lalu mengalami kecederaan parah di kepala, dada dan perut ekoran letu- pan tersebut.

Isteri Jamal turut dirawat di sebuah hospital kerana terhidu asap tetapi dibenarkan keluar kelmarin.

"Peti besi yang meletup itu telah digunakan hampir setiap hari," kata jurucakap Kedutaan Palestin, Nabil al-Fahel.

Menurutnya, peti besi itu sudah terlalu tua dan dibeli pada pertengahan tahun 1980-an.

Beliau berkata, maklumat yang diterimanya menyatakan bahawa tiada sistem antipencuri terdapat pada peti besi tersebut.

Ketika ditanya apakah punca yang menyebabkan letupan itu, beliau berkata: "Kami masih belum mengetahuinya. Kami sedang menunggu hasil siasatan."

Pasukan khas Palestin turut berada di sini bagi membantu menyiasat tentang kematian jamal.

Jamal merupakan anggota parti Fatah yang mentadbir Palestin. - AFP

Penumpang diselamatkan dari kapal terkandas di Antartika

Posted:

Penumpang diselamatkan dari kapal terkandas di Antartika

Penumpang diselamatkan dari kapal terkandas di Antartika

SEBUAH helikopter milik China mendarat untuk mengambil para penumpang kapal MV Akademik Shokalskiy di Antartika Timur semalam. - AFP


CANBERRA, Australia - Sebuah helikopter digunakan untuk menyelamatkan 52 penumpang sebuah kapal penyelidikan yang terkandas di Antartika Timur semalam.

Para penumpang itu terkandas sejak sebelum Krismas lagi ekoran lapisan ais yang tebal sehingga menyebabkan kapal tersebut tidak boleh belayar.

Sebuah helikopter milik China membawa beberapa saintis dan pelancong yang menaiki kapal MV Akademik Shokalskiy itu secara berperingkat-peringkat.

Menurut Pusat Penyelaras Menyelamat Pihak Berkuasa Maritim Australia, para penumpang itu dihantar ke sebuah kapal pemecah ais milik Australia.

Kapal pemecah ais itu akan menghantar para penumpang tersebut ke Pulau Tasmania.

Namun, semua 22 kru akan berada di atas kapal MV Akademik Shokalskiy itu sehingga ais tebal di kawasan tersebut merekah dan cair.

Sebelum ini, beberapa percubaan untuk menyelamatkan 52 orang penumpang itu mengalami kegagalan akibabat cuaca buruk dan lapisan ais yang tebal.

Kapal yang terkandas itu meninggalkan New Zealand pada 28 November lalu bagi melakukan ekspedisi untuk meraikan ulang tahun ke-100 pelayaran ke Antartika yang diketuai pengembara dari Australia, Doughlas Mawson.

Namun, kapal tersebut terkandas pada 24 Disember lalu. - Agensi

Berbaris beli ganja di Colorado

Posted:

Berbaris beli ganja di Colorado

Berbaris beli ganja di Colorado


BEBERAPA orang berbaris dalam cuaca sejuk untuk membeli ganja di Kelab Kanabis di Breckenridge, Colorado kelmarin.


PUEBLO BARAT, Colorado - Sejumlah orang sanggup berbaris di luar sebuah kedai yang menjual ganja di sini kelmarin.

Situasi yang sama juga kelihatan di Kelab Kanabis di Breckenridge apabila beberapa orang beratur dalam cuaca sejuk untuk membeli ganja.

Penjualan 28 gram ganja untuk setiap penduduk negeri Colorado yang berusia 21 tahun ke atas mula dilaksanakan pada 1 Januari lalu.

"Saya telah menunggu sepanjang hidup saya untuk membeli ganja seperti ini," kata seorang penduduk, Scott Van Pelt yang berusia 43 tahun di luar Kelab Kush di Denver, negeri ini. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved