Rabu, 03 September, 2025

Selasa, 11 Februari 2014

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Bekas pelajar SMK Kampung Baru bertemu selepas 30 tahun

Posted:

Bekas pelajar SMK Kampung Baru bertemu selepas 30 tahun

Bekas pelajar SMK Kampung Baru bertemu selepas 30 tahun

AHLI Alumni SMK Kampung Baru, Jalan Stoney, Kuala Lumpur mengadakan majlis perjumpaan di Batu Caves, Selangor baru-baru ini


BERSEJARAH. Kira-kira 30 orang ahli Alumni Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Baru, Jalan Stoney, Kuala Lumpur mengadakan majlis perjumpaan di Restoran Surasa, Dataran Selayang, Batu Caves, Selangor baru-baru ini.

Turut hadir pada majlis itu ialah guru-guru yang bertanggungjawab mendidik mereka di sekolah tersebut pada tahun 1974 yang kini dikenali sebagai SMK Puteri Wilayah.

Selepas lebih 30 tahun tidak berjumpa, perjumpaan tersebut menjadi detik bersejarah buat masing-masing untuk mengimbau semula zaman persekolahan yang sudah lama ditinggalkan selain berkongsi rutin kehidupan baharu masa kini.

Penyelaras program itu, Halijah Alias berkata, tujuan perjumpaan itu yang diadakan buat julung-julung kalinya adalah sebagai usaha untuk menjejak semula rakan-rakan persekolahan mereka yang sukar dikesan sehingga ke hari ini.

Bomba Perlis hargai kakitangan media

Posted:

Bomba Perlis hargai kakitangan media

Bomba Perlis hargai kakitangan media


MOHD. FADZIL (duduk empat dari kanan) bergambar bersama wakil media di Perlis sempena Majlis Perbarisan Tahunan Bomba dan Penyelamat Negeri di Kangar, Perlis semalam.


PENGHARGAAN. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis meraikan wakil media di negeri ini sempena Majlis Perbarisan Tahunan Bomba dan Penyelamat Negeri di Ibu Pejabat JBPM di Kangar, Perlis baru-baru ini.

Pengarah JBPM Perlis, Mohd. Fadzil Haroon turut menyampaikan sijil penghargaan kepada wakil media cetak dan elektronik sebagai menghargai sumbangan mereka terhadap jabatan itu.

"Media banyak membantu menyebarkan maklumat mengenai langkah-langkah keselamatan untuk menangani kebakaran dengan lebih berkesan terutama di negeri ini," katanya.

5,000 warga kota hadiri Forum Perdana Ehwal Islam

Posted:

5,000 warga kota hadiri Forum Perdana Ehwal Islam

5,000 warga kota hadiri Forum Perdana Ehwal Islam


SEBAHAGIAN daripada orang ramai yang hadir pada Forum Perdana Ehwal Islam sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2014 di Kuala Lumpur baru-baru ini.


ILMIAH. Kira-kira 5,000 orang warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menghadiri Forum Perdana Ehwal Islam sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2014 yang diadakan di Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Forum bertajuk 'Penipu Akidah dan Pemuda Yang Dirindui Allah' dikendalikan oleh Prof. Madya Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah manakala ahli panelnya ialah Ustaz Mohammad Kazim Elias dan Imam Muda, Muhammad Asyraf Mohd. Ridzuan.

Majlis itu diadakan bertujuan menggalakkan warga kota termasuk golongan belia menyertai program ilmu berbentuk keagamaan dan mengupas permasalahan semasa umat Islam yang semakin meruncing.

Turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Geram wanita hamil

Posted:

Geram wanita hamil

Geram wanita hamil

Oleh ADHAM SHADAN
adham.shadan@kosmo.com.my

ZURA menunjukkan laporan polis yang dibuatnya di Kampung Jal, Ketereh, Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU – Entah apa motifnya, seorang wanita yang sarat mengandung lapan bulan cedera di belakang badan akibat dipukul dengan objek keras oleh seorang lelaki yang sudah berkahwin semasa mangsa menunggang motosikal di Kampung Jal, Ketereh di sini, Sabtu lalu.

Zura Muda, 26, yang mengalami luka dalam kejadian pada pukul 9 pagi itu mendakwa, suspek merupakan lelaki yang pernah cuba menciumnya dua tahun lalu.

Menurutnya, ketika itu dia sedang mengandung anaknya yang kedua iaitu Nor Sara Alisha yang kini berusia setahun empat bulan.

Lelaki berusia 25 tahun yang dikenali mangsa kerana tinggal di kampung berhampiran itu telah ditangkap polis Ahad lalu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kementerian Pendidikan kaji semula sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Posted:

Kementerian Pendidikan kaji semula sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Kementerian Pendidikan kaji semula sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan memutuskan untuk mengkaji semula pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang telah diperkenalkan sejak 2011 secara menyeluruh.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah tersebut bertujuan menangani segala permasalahan yang dibangkitkan golongan guru berkaitan PBS sejak mula diperkenalkan.

Beliau yang juga Menteri Pendidikan berkata, sejak PBS dilaksanakan, kementerian telah menerima pelbagai pandangan dalam kalangan guru-guru di seluruh negara antaranya mengenai sistem capaian bagi merekod prestasi dan pencapaian pelajar yang tidak efisien.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Penunggang motosikal mati dirempuh tayar lori tercabut

Posted:

Penunggang motosikal mati dirempuh tayar lori tercabut

Penunggang motosikal mati dirempuh tayar lori tercabut

Oleh NUR AISHAH AMIN
nuraishah.amin@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR - Seorang penunggang motosikal menemui ajal selepas dirempuh sebuah tayar yang tercabut dari sebuah lori dalam kejadian di Kilometer 450 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran susur keluar ke Sungai Buloh dekat sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 8 pagi itu, mangsa Norazmi Zam, 38, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di badan dan kepala.

Jurucakap polis berkata, kemalangan itu dipercayai berlaku selepas motosikal yang ditunggang mangsa dan dalam perjalanan ke arah ibu negara secara tiba-tiba dirempuh salah sebuah daripada dua buah tayar lori yang tercabut.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Cinta fantasi penuh hikmah

Posted:

Cinta fantasi penuh hikmah

Cinta fantasi penuh hikmah

Oleh NADIA SHAIFUL BAHARI
nadia.bahari@kosmo.com.my

THE WEDDING BREAKER merupakan karya sulung Evelyn Rose yang sudah beberapa kali diangkat sebagai Buku Terlaris di toko-toko buku utama negara.


FENOMENA drama dan filem yang diadaptasi daripada novel semakin rancak mewarnai industri seni tanah air. Kini, suhu drama bersiri terbitan Pena Creative bertajuk Ariana Rose yang mengisi slot Akasia di TV3 sedang hangat meniti di bibir peminat drama tanah air.

Terdetik di hati untuk mengenali nama di sebalik penulis cerita asal drama tersebut. Ariana Rose merupakan drama adaptasi novel The Wedding Breaker karya sulung Evelyn Rose.

Orangnya secantik nama. Itulah apa yang dirasakan kru Kosmo! ketika menatap gambar kiriman Evelyn Rose atau nama sebenarnya, Wan Iman Wan Mohd Nazi, 27, yang kini sedang melanjutkan pengajian di peringkat doktor falsafah dalam bidang Kelestarian dan Tenaga Boleh Diperbaharui di Universiti Newcastle, England.

Anak kelahiran Kelantan itu sebenarnya mempunyai latar belakang pendidikan yang jauh berbeza dengan bidang penulisan. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Kejuruteraan Mikroelektronik dari Universiti Sheffield, England. Sebelum ini, Evelyn Rose pernah bekerja sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Katanya, penulisan sudah sebati dengan dirinya kerana sejak zaman sekolah beliau pernah dilantik sebagai editor majalah bulanan sekolah, editor untuk Hari Kebudayaan Jepun peringkat Sekolah Berasrama Penuh Malaysia dan mempunyai blog yang membicarakan isu-isu serius sewaktu di universiti.

Beliau mula menulis novel The Wedding Breaker secara dalam talian pada April 2012 dan dihantar ke laman web milik penerbitan Karya Seni iaitu penulisan2u.com. Ia mendapat sambutan yang sangat baik daripada pembaca dan pihak Karya Seni menawarkan Evelyn Rose peluang menerbitkan novel tersebut ke naskhah cetak.

Setakat ini, Evelyn Rose sudah menghasilkan sebanyak dua buku iaitu The Wedding Breaker diterbitkan pada November 2012 dan 13 Jam A380 diterbitkan pada Ogos 2013.

Minatnya yang mendalam terhadap bidang penulisan dianggap sebagai medan luahan hati, emosi dan terjemahan minda. Beliau berpendapat, penulisan mampu menyentuh hati dan minda manusia melalui susunan ayat yang betul.

NOVEL 13 Jam A380 mengisahkan percintaan ala fantasi yang dialami oleh Hana Sofea.


"Penulisan bagaikan ada kaitan yang rapat antara hati dan akal manusia.

"Nama-nama tersohor yang mempengaruhi revolusi politik dunia juga terlibat dalam bidang penulisan, contohnya Hitler dan Martin Luther King Jr. yang mengeluarkan beberapa buah buku dan Karl Marx yang terlibat dalam pengeluaran akhbar radikal," ujarnya.

Tema cinta

Kedua-dua buku Evelyn Rose mengangkat tema cinta yang disulam dengan aspek kendiri, motivasi, falsafah kehidupan dan ketuhanan. Melalui novel 13 Jam A380, Evelyn Rose menonjolkan kisah seorang gadis, Hana Sofea yang menyimpan angan-angan untuk berjumpa jutawan muda terkenal, Syed Haydar yang telah lama diminati.

Doa dan impiannya tercapai apabila mereka bertemu dalam penerbangan ke London, England. Peluang itu digunakan untuk berkenalan dan mula mencipta kenangan terindah di langit biru.

Mereka bergelar kekasih kayangan untuk empat jam, menari tango, menjelajah seluruh pesawat dan merasai keenakan minuman Caramel Latte. Namun, segala-galanya berubah apabila merpati dua sejoli itu mendarat di lapangan terbang. Perubahan tersebut membawa Hana Sofea dalam perjalanan mencari erti cinta dan pencarian diri.

Di London, A380 turut menerbangkan Hana Sofea kepada jutawan kacukan, Fawwaz Hussaini sekali gus menghiasi kehidupan keluarga si jejaka. Pada saat semuanya bagaikan baru bermula, Syed Haydar datang menuntut sebuah cinta.

Novel setebal 752 itu disiapkan dalam tempoh tujuh bulan dan Evelyn Rose perlu membuat banyak rujukan supaya ilmu yang disampaikan itu betul selain kekangan masa kerana terpaksa memberikan tumpuan terhadap pengajian.

Novel terbaharu buah tangan Evelyn Rose itu diterbitkan oleh Karya Seni dan boleh didapati di kedai-kedai buku utama seluruh negara pada harga RM28 senaskhah.

Rekaan berinovasi pelajar UiTM

Posted:

Rekaan berinovasi pelajar UiTM

Rekaan berinovasi pelajar UiTM

Oleh HAFIZ AHMAD
mohammadhafiz.ahmad@kosmo.com.my


NURUL ALIAA (kanan sekali) menerangkan aplikasi Grocez kepada pengunjung yang menghadiri pameran Bold.


KEBIMBANGAN terhadap semangat patriotisme yang semakin menipis dalam kalangan generasi muda memberi idea kepada penciptaan satu inovasi bagi mengembalikan rasa kecintaan pada negara.

Produk yang dinamakan sebagai Negaraku oleh Jefri Adam, 48, telah dipamerkan dalam Pameran Bold anjuran pelajar tahun akhir rekaan grafik dari Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Puncak Alam, Selangor.

Ia merupakan set alat mainan untuk kanak-kanak berumur tujuh hingga 12 tahun yang menggunakan simbol-simbol kenegaraan dan disertakan buku-buku komik sebagai kesinambungan permainan dam ular yang popular di Malaysia.

"Idea tersebut timbul selepas menyedari kanak-kanak sekarang tidak mengambil kira isu-isu yang melibatkan sejarah dan simbol negara.

"Bagi menarik perhatian mereka, saya reka permaian ini menggunakan watak-watak komik," ujarnya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Jefri menambah, set permainan tersebut mempunyai empat peringkat. Dalam peringkat permainan dam ular, pemain akan ditanyakan beberapa soalan asas sejarah atau kenegaraan.

"Antara soalan-soalan yang ditanyakan seperti jata negara, monumen-monumen negara dan sejarah ringkas berkaitan Malaysia," ujarnya.

Produk Jefri itu diangkat sebagai salah satu daripada lima inovasi terbaik dalam pameran tersebut.

Sehubungan itu, beliau melihat permainan itu dapat dimanfaatkan sebagai satu kaedah pembelajaran di sekolah-sekolah agar semangat patriotisme negara terus disemai dalam kalangan generasi muda.

Bagi Nur Alis Razman Sham, 26, aplikasi ciptaannya yang dinamakan CookPro diharap dapat membantu golongan muda, terutamanya kaum Hawa, mempelajari cara-cara memasak dengan betul.

"Kesibukan sering dijadikan alasan hingga menyebabkan ramai wanita berasa canggung ketika berada di dapur.

Kelas memasak

"Rentetan masalah itu, aplikasi ini boleh menyediakan 'kelas memasak' dengan cepat dan mudah," ujarnya yang turut menerima penghormatan inovasi terbaik di pameran berkenaan.

Jelasnya, pengguna akan melalui beberapa peringkat memasak bermula dengan cara-cara pemotongan bahan mentah seperti sayur-sayuran dan daging.

BELAJAR memasak menggunakan aplikasi CookPro ciptaan Nur Alis.


"Selepas berjaya pada peringkat tersebut, mereka akan diajar beberapa jenis masakan Melayu yang menjadi kegemaran masyarakat tempatan," jelasnya yang berasal dari Ampang, Kuala Lumpur.

Pada peringkat memasak hidangan, ia turut dibahagikan kepada beberapa kumpulan seperti hidangan mudah hingga sukar.

"Apabila pengguna melepasi satu tahap, mereka akan diberikan gelaran mengikut tahap kepakaran masakan," katanya.

Terdapat 26 jenis masakan yang boleh dipelajari dalam aplikasi tersebut. Menu-menu tersebut dipilih menerusi perbincangan bersama pelajar-pelajar Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan, UiTM, Shah Alam.

Kepayahan mencari tempat letak kereta dan fasiliti-fasiliti yang terdapat pasar raya besar dapat dimudahkan menerusi penggunaan aplikasi Grocez yang dihasilkan oleh Nurul Aliaa Mahamad Radzi, 25.

Maklumat

Aplikasi yang mendapat kerjasama daripada rangkaian pasar raya Tesco itu akan memberikan maklumat kepada pelanggan mengenai kapasiti semasa pengunjung di pasar raya.

"Selain itu, ia dapat menyimpan senarai barangan dapur yang ingin dibeli bagi menjimatkan masa ketika berada di pasar raya," ujarnya.

Maklumat mengenai jumlah pengunjung dalam pasar raya diperoleh melalui sumbangan daripada komuniti yang menggunakan aplikasi tersebut.

"Mereka akan memuat turun informasi-informasi itu dalam aplikasi dan ia akan dijadikan panduan kepada pengunjung lain sebelum datang ke pasar raya," jelas Nurul Aliaa.

Dua lagi penerima inovasi terbaik Pameran Bold ialah Syazana Aqilah Abdul Karim dan Nafissa Mazlan.

Mengulas penganjuran pameran itu, Timbalan Dekan Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Prof. Dr. Muliyadi Mahamood berkata, para pelajar diberi peluang menunjukkan kebolehan dalam mencipta inovasi yang boleh dimanfaatkan dalam kehidupan seharian.

"Kami amat menggalakkan pelajar untuk terlibat secara terus dengan industri sebenar bagi mendapatkan kualiti produk yang lebih berkesan.

"Saya melihat melalui jalinan kerjasama itu, pelajar dapat menghasilkan satu inovasi yang boleh digunakan terus oleh orang awam," ujarnya ketika merasmikan pameran yang diadakan di White Box, Publika, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


'Mereka peminat atau pengganas?'

Posted:

'Mereka peminat atau pengganas?'

'Mereka peminat atau pengganas?'

ANGGOTA polis mententeramkan segelintir penyokong selepas tamat aksi Liga Super antara Pahang dan Johor DT di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Jumaat lalu.


BEKAS pemain kebangsaan, Khalid Ali tampil melontarkan pandangan mengenai isu kekecohan yang berlaku ketika Pahang menentang Johor Darul Takzim (Johor DT) pada aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur, Kuantan Jumaat lalu.

Menurut Khalid, sudah tiba masanya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berbincang dengan pihak berkuasa bagi menghalang penyokong-penyokong bertopeng daripada memasuki dan berada di dalam kawasan stadium.

"Saya tidak tahu pula semakin ramai Batman (penyokong bertopeng) datang ke stadium. Kadang-kadang saya terfikir mereka ini sebenarnya peminat atau pengganas?

"Bagi saya, datang tengok bola tiada masalah tetapi jika ada perancangan untuk menghuru-harakan suasana bola sepak, ini satu perkara membimbangkan.

"Kita tidak boleh salahkan FAM dalam hal ini kerana FAM telah sedaya upaya mengetatkan kawalan keselamatan sewaktu perlawanan berlangsung.

"Jadi, saya berharap pihak berkuasa mula campur tangan dalam hal ini," kata Khalid ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Pada pertembungan di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Jumaat lalu, kejayaan Pahang menewaskan Johor DT 3-2 dicemari dengan beberapa insiden panas membabitkan penyokong kedua-dua pasukan.

Bagaimanapun, kekecohan yang tercetus di dalam mahupun di luar stadium itu dapat diselesaikan oleh pihak polis.

Difahamkan, dalam kejadian tersebut, empat buah bas penyokong Johor DT didakwa diserang segelintir penyokong Pahang sebaik perlawanan berakhir.

Insiden itu dikatakan berlarutan hingga di luar Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan apabila penyokong kedua-dua pasukan mula melakukan provokasi sehingga menyebabkan ada segelintir penyokong dan orang awam mengalami kecederaan.

"Saya setuju bahawa polis seharusnya sudah boleh mengambil tindakan tegas kepada para penyokong yang membuat kacau ini.

"Cuma saya khuatir polis gagal mengecam pesalah yang sebenar kerana ada di antara mereka yang memakai topeng.

"Stadium adalah kawasan ahli keluarga bersantai menyaksikan perlawanan bola sepak, bukannya medan untuk bergaduh sesama penyokong," tegasnya.

Irfan masih sah jadi milik T-Team

Posted:

Irfan masih sah jadi milik T-Team

Irfan masih sah jadi milik T-Team

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my


KETUA jurulatih Johor DT, Cesar Ferrando Jimenez (kiri) berkata sesuatu kepada barisan pengadil ketika aksi di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin minggu lalu.


PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) memaklumkan bahawa penamatan kontrak seseorang pemain tidak boleh melibatkan sebelah pihak.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin memberitahu, seseorang pemain tidak boleh membuat keputusan untuk meletakkan jawatan sekiranya masih terikat kontrak dengan majikan asalnya.

Semalam, pemain pertahanan T-Team, Muhammad Irfan Abdul Ghani telah membuat keputusan untuk melepaskan jawatannya bersama pasukan berstatus kelab dari Terengganu itu.

Ia gara-gara kenyataan Irfan sebelum ini yang mendakwa tiada sebarang insiden panas berlaku di dalam terowong di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada 1 Februari lalu.

Kenyataan Irfan jelas bertentangan dengan pihak T-Team yang mendakwa pemain import dari Brazil, Evaldo Rodrigues dan jurulatih kecergasan, Stefano Impagliazz telah dikasari di dalam terowong stadium itu ketika menuju ke bilik persalinan.

Mengulas lanjut, Hamidin berkata, FAM tidak boleh masuk campur tangan dalam kemelut yang melanda Irfan dan pihak pengurusan T-Team berhubung insiden di Larkin.

"Kita tunggu apa jawapan pihak pengurusan T-Team. T-Team boleh mengambil tindakan seperti yang ada dalam kontrak (Irfan).

"Sudah tentu penamatan kontrak sebelah pihak tidak dibenarkan.

"Andai kata ada pertikai berlaku selain aduan rasmi daripada T-Team, barulah FAM boleh bertindak," katanya di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam.

Menurut Hamidin, Irfan yang juga bekas pemain Johor DT perlu berbincang dengan pihak pengurusan T-Team sebelum membuat keputusan sedemikian.

"Atas kertas, Irfan masih lagi milik T-Team dan jika ada pertikaian dalam kontrak tersebut, Jawatankuasa Status FAM akan membuat tindakan sekiranya T-Team mengemukakan aduan rasmi kepada kami," katanya.

Siapa kapten Harimau Malaya?

Posted:

Siapa kapten Harimau Malaya?

Siapa kapten Harimau Malaya?

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

PIYA antara nama yang disebut-sebut sebagai pilihan Kim Swee mengetuai skuad Harimau Malaya.


TEKA-TEKI berhubung siapa kapten baharu skuad Harimau Malaya bakal terjawab dalam masa terdekat.

Pengendali sementara Harimau Malaya, Datuk Ong Kim Swee berkata, beliau enggan terburu-buru mengenal pasti pemain yang bakal memikul tanggungjawab sebagai kapten skuad kebangsaan.

"Ada dua tiga pemain dalam radar saya buat masa ini, tetapi saya belum membuat keputusan muktamad.

"Buat masa ini, saya masih meneliti perkara itu bergantung sekiranya pemain berkenaan tercedera dan sebagainya sebelum dipanggil menjalani latihan pusat selepas ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Seminar Kepimpinan Sukan di Insitut Sukan Negara (ISN), Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam.

Buat masa ini, kapten Kelantan, Badhri Radzi yang mesra dengan panggilan Piya disebut-sebut akan memiliki lilitan kapten itu menjelang pertemuan berdepan Yemen dalam aksi terakhir Kumpulan D kempen kelayakan Piala Asia 2015 di Dubai pada 5 Mac depan.

Tanggungjawab selaku kapten skuad kebangsaan sebelum ini disandang oleh perancang Johor Darul Takzim, Safiq Rahim.

Bagaimanapun jelas Kim Swee, beliau tetap berpuas hati dengan prestasi semasa Safiq bersama skuad Harimau Selatan itu.

"Saya lihat, Safiq beraksi dengan baik serta kerap diturunkan musim ini," katanya.

Kim Swee juga menafikan telah membuat keputusan muktamad berhubung senarai akhir 25 pelatih skuad kebangsaan menjelang aksi persahabatan berdepan Filipina pada 1 Mac depan seperti mana yang digembar-gemburkan di laman sosial ketika ini.

"Ia hanya satu khabar angin, senarai pelatih hanya akan dikeluarkan Khamis ini (esok).

"Saya memahami ada pihak-pihak tertentu mahu pemain-pemain berkenaan beraksi bersama skuad kebangsaan.

"Namun, saya tidak dipengaruhi dengan desakan mana-mana pihak... sebaliknya saya akan nilai dengan mata saya sendiri sambil mendengar pandangan pembantu-pembantu jurulatih sebelum membuat keputusan," katanya.

Beliau turut menolak kemungkinan bakal merombak skuad Harimau Malaya secara besar-besaran ekoran majoriti pemain utama sekadar memanaskan bangku simpanan bersama pasukan masing-masing musim ini.

"Faktor pengalaman juga diambil kira walaupun secara dasarnya pemain yang tidak beraksi dalam kesebelasan utamanya sudah tentu terkeluar daripada senarai pelatih.

"Namun bergantung kepada posisi tertentu, jadi saya perlu menilai setiap posisi dan masih ada beberapa kekosongan.. tidak mustahil ada beberapa pemain baharu yang akan dipanggil kali ini," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


40 maut di Syria

Posted:

40 maut di Syria

40 maut di Syria

BEBERAPA orang membawa barang-barang mereka untuk berpindah dari Homs, Syria kelmarin.


DAMSYIK - Seramai 40 orang maut termasuk 20 orang awam yang terdiri daripada wanita dan kanak-kanak dalam satu serangan oleh sekumpulan penentang anti-Presiden Bashar Al-Assad di sebuah perkampungan di tengah Syria kelmarin.

Beberapa aktivis hak asasi manusia berkata, serangan lewat kelmarin yang berlaku di perkampungan Maan yang terletak di tengah wilayah Hama menyebabkan 20 orang pejuang yang mempertahankan penempatan itu maut.

Seorang aktivis, Rami Abdurrahman berkata, seramai 20 orang awam termasuk enam orang wanita antara yang turut terkorban dalam serangan tersebut.

Agensi berita di Syria pula melaporkan kumpulan penentang membunuh seramai 10 orang wanita di perkampungan berkenaan.

Kumpulan penentang sebelum ini melancarkan serangan bersenjata bagi menggulingkan Presiden Bashar.

Peperangan saudara yang melibatkan tentera Bashar dengan kumpulan penentang di Syria itu bermula sejak Mac 2011 dan telah menyebabkan lebih 100,000 orang terkorban.

Para penentang Bashar itu mahu menggulingkannya selepas beliau gagal untuk membawa pembaharuan demokrasi di negara tersebut. - AP

Pusat pelacuran di selatan China diserbu polis

Posted:

Pusat pelacuran di selatan China diserbu polis

Pusat pelacuran di selatan China diserbu polis


BEBERAPA orang pelacur ditangkap di sebuah pusat hiburan di Dongguan, selatan China kelmarin.


HONG KONG - Anggota-anggota pihak berkuasa China membuat satu siri serbuan ke atas beberapa buah pusat hiburan di lima buah bandar di Dongguan, selatan China.

Serbuan yang jarang dilakukan tersebut disiarkan oleh sebuah agensi penyiaran di negara ini kelmarin yang melaporkan seramai 67 orang ditangkap dan sebanyak 12 pusat pelacuran ditutup.

China mengharamkan pelacuran selepas Revolusi Komunis pada tahun 1949 tercetus.

Namun, industri pelacuran kembali meningkat ekoran kemajuan ekonomi negara itu sejak tiga dekad lalu dan peningkatan penyakit Aids di negara ini.

Sebuah syarikat penyiaran negara itu, China Central Television menyiarkan laporan selama setengah jam berhubung serbuan tersebut.

Beratus-ratus anggota polis terlibat dalam operasi itu yang dilakukan di wilayah Dongguan yang merupakan sebuah pusat perindustrian yang terletak di daerah Guangdong.

Satu rakaman dibuat secara rahsia juga memaparkan beberapa wanita berjalan di atas pentas.

Beberapa orang bapa ayam turut mengaku secara terang-terangan berhubung perkhidmatan pelacuran yang ditawarkan mereka.

Walaupun China sering melakukan serbuan ke atas pusat pelacuran tetapi media di negara ini jarang melaporkan penangkapan para pelacur. - Reuters

3,000 ayam sabung dirampas di New York

Posted:

3,000 ayam sabung dirampas di New York

3,000 ayam sabung dirampas di New York


GAMBAR menunjukkan beberapa buah bekas yang mengandungi ayam sabung ditemui di sebuah kawasan kejiranan di Queens.


NEW YORK - Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) menahan sembilan lelaki dan menyelamatkan sebanyak 3,000 ekor ayam jantan dalam serbuan ke atas satu sindiket sambung ayam, lapor akhbar New York Daily News semalam.

Operasi yang dikenali sebagai Operasi Angry Birds itu dilancarkan pada Sabtu lalu dan berakhir kelmarin ke atas sindiket sabung ayam yang dianggap paling besar di negeri ini.

Serbuan itu dilakukan ke atas tiga buah lokasi di bandar ini.

Salah satu lokasi itu merupakan tempat acara sabung ayam, sebuah tempat penyimpanan ayam jantan dan sebuah ladang menternak ayam.

Pihak berkuasa turut menahan 70 orang pengunjung yang terdiri daripada pemilik ayam jantan, kaki judi dan penonton.

Dalam acara tersebut setiap ayam jantan akan diberi dadah dan akan bertarung dengan ayam jantan yang lain sehingga mati.

Seorang pendakwa raya Eric Schneiderman berkata, sabung ayam adalah satu aktiviti kejam dan tidak berperikemanusiaan serta mendorong aktiviti jenayah yang lain.

"Kami dan beberapa agensi penguat kuasa yang lain komited untuk menghentikan sukan yang kejam itu," katanya. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Polis tahan dua lelaki mengugut, rampas dua senjata tiruan

Posted:

Polis tahan dua lelaki mengugut, rampas dua senjata tiruan

Polis tahan dua lelaki mengugut, rampas dua senjata tiruan

11/02/2014 10:58pm

KLANG - Dua adik beradik yang dicari polis sejak Ogos lepas kerana mengugut bunuh seorang peniaga restoran, berjaya ditahan pada Ahad lepas dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Desa Meru di sini.

Polis turut merampas dua senjata tiruan berupa senapang dan pistol yang

disorok di dalam rumah tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Polis Mohd. Shukor Sulong pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua lelaki itu yang berumur 23 dan 26 tahun, dipercayai turut terlibat dengan kumpulan kongsi gelap malah mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau.

Mereka juga kini sedang dibicara untuk kes berkaitan seksyen 302 Kanun

Keseksaan.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati mereka mengugut bunuh peniaga itu

kerana bermotifkan dendam terhadap perniagaan mangsa.

- Bernama

Jurujual kerugian lebih RM10,000 akibat disamun

Posted:

Jurujual kerugian lebih RM10,000 akibat disamun

Jurujual kerugian lebih RM10,000 akibat disamun

11/02/2014 10:10pm

KUANTAN - Seorang jurujual kerugian lebih RM10,000 selepas disamun empat lelaki di tempat letak kereta di hadapan Kuantan Parade, di sini malam semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superitendan Abdul Aziz Ahmad ketika dihubungi di sini hari ini berkata, dalam kejadian pukul 9.20 malam itu, mangsa seorang lelaki berusia 21 tahun dihampiri empat suspek terbabit semasa berjalan keluar dari pusat beli belah itu menuju ke keretanya.

"Seorang daripada suspek kemudian mengacukan pisau ke perut mangsa yang berasal dari Kemaman dan seorang lagi mengacukan pistol di lehernya," katanya.

"Suspek-suspek kemudian bertindak merampas beg sandang yang mengandungi wang deposit pelanggan mangsa berjumlah RM10,000 yang diletakkan di bawah tempat duduk penumpang hadapan sebelum bergegas melarikan diri ke arah Jalan Wong Ah Jang," jelasnya.

Bagaimanapun beliau berkata dalam rompakan itu mangsa tidak mengalami

sebarang kecederaan.

Polis kini giat memburu dan mengesan suspek terbabit.

- Bernama

Kerajaan digesa tegas banteras dagangan haram hidupan liar

Posted:

Kerajaan digesa tegas banteras dagangan haram hidupan liar

Kerajaan digesa tegas banteras dagangan haram hidupan liar

11/02/2014 10:01pm

KUALA LUMPUR - Tabung Alam Sedunia Malaysia (WWF-Malaysia) dan Jaringan Pemantauan Dagangan Hidupan Liar (TRAFFIC) menggesa kerajaan Malaysia bertindak tegas membanteras pemburuan dan perdagangan haram hidupan liar di negara ini.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini hari ini, kedua-dua badan itu berkata, gesaan itu dibuat kerana Malaysia dijangka menyertai 50 negara lain di Persidangan Perdagangan Haram Hidupan Liar di London selama dua hari bermula esok (12 Febuari 2014).

Organisasi tersebut menggesa kerajaan Malaysia menandatangani Deklarasi Persidangan dan terus memberi perhatian kepada tujuh bidang utama antaranya tindakan menghapus jaringan perdagangan hidupan liar haram yang beroperasi di negara ini.

Kerajaan juga diminta menubuhkan Pasukan Petugas Harimau Kebangsaan bagi menyelia pelaksanaan Pelan Tindakan Pemuliharaan Harimau Kebangsaan serta tindakan anti-pemburuan haram bagi melindungi harimau dan hidupan liar yang lain.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif WWF-Malaysia, Datuk Dr. Dionysius

Sharma berkata, persidangan itu merupakan peluang bagi kerajaan menunjukkan komitmen untuk menghapus perdagangan haram hidupan liar di Malaysia.

Katanya, sebarang langkah yang dipersetujui di London mesti dilaksanakan di negara masing-masing kelak.

- Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Neelofa tak kejar jodoh

Posted:

Neelofa tak kejar jodoh

Neelofa tak kejar jodoh

SEBENARNYA majlis hari jadi pengacara dan pelakon popular, Noor Neelofa Mohd. Noor yang berlangsung di Hotel One World, Petaling Jaya, Selangor pada malam kelmarin dirancang khas tanpa pengetahuan empunya diri.

Dihadiri ahli keluarga terdekat, rakan-rakan, peminat dan pihak media, majlis berkenaan sengaja diaturkan oleh ibu tersayang, Noor Kartini Noor Mohamed dan pengurusnya, Mohd. Amer Shafiq Khalip bagi memberi kejutan buatnya.

Sebaik sahaja figura jelita yang popular dengan nama Neelofa itu melangkah masuk ke lokasi majlis yang dikenali sebagai Pool Bar di hotel berkenaan kira-kira pukul 8.30 malam, jelas terpancar riak wajah terkejut dirinya melihatkan kehadiran ramai tetamu.

Ujar Neelofa, dia agak terkejut apabila sekali lagi diraikan pada majlis yang dia sendiri tidak mengetahuinya.

Malah, ibu tercinta pula memberitahu ia sekadar makan malam bersama keluarga untuk meraikan hari jadinya yang disambut awal sehari.

"Kalau boleh, saya tidak mahu diadakan lagi majlis kejutan sebegini buat diri saya, apatah lagi dengan usia yang sudah menjangkau 25 tahun.

"Kalau usia saya masih lagi muda sekarang ini, saya tidak kisah sangat untuk diraikan dengan cara sebegini.

"Bagaimanapun, saya tetap berasa terharu dengan majlis yang diadakan ini dan lebih menggembirakan saya apabila melihat kehadiran ramai tetamu yang turut meluangkan masa untuk hadir," ujarnya yang baru sahaja pulang dari Los Angeles, Amerika Syarikat pada Rabu lalu itu.

PADA usia yang mencecah 25 tahun, Neelofa mahu terus fokus dalam bidang yang diceburinya.


Berkongsi cerita mengenai kehidupannya dengan usia yang sudah semakin bertambah, Neelofa tanpa berselindung mendedahkan bahawa dia pernah berasa gusar apabila masih belum bertemu jodoh yang sesuai.

Ujarnya, perasaan tersebut timbul dalam dirinya sebelum ini memandangkan kebanyakan rakan sebayanya sekarang yang sudah berumah tangga serta memiliki anak sendiri.

"Pada mulanya, saya sedikit risau melihatkan kehidupan rakan-rakan yang sudah memiliki keluarga sendiri, tetapi apabila difikirkan semula lebih baik saya tumpu sahaja pada karier terlebih dulu.

"Buat masa ini, saya tidak perlu mengejar jodoh dan tidak mahu terlalu menyentuh mengenainya. Kini, saya mahu memperbaiki lagi segala kelemahan yang ada terutamanya karier sebagai pengacara dan pelakon," jelasnya.

Dalam pada itu, Neelofa turut ditanya tentang pandangannya terhadap kontroversi yang timbul berhubung isu ditangkap khalwat yang heboh diperkatakan sejurus sebelum dia berlepas ke Los Angeles untuk menjalani kursus di New York Film Academy, Los Angeles pada awal bulan lepas.

Enggan mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan, Neelofa sebaliknya menjelaskan bahawa sama ada orang menyukai atau membenci dirinya, apa yang lebih penting, dia perlu menjadi seorang wanita yang tabah untuk berhadapan dengan segala cabaran.

"Segala perkara yang telah saya lalui sebelum ini juga akan dijadikan sebagai pengalaman hidup untuk menjalani kehidupan yang lebih baik pada masa akan datang," luahnya.

Pengalaman baharu

Pelakon yang dikenali menerusi filem Lemak Kampung Santan itu turut berkongsi tentang pengalamannya ketika menimba ilmu di New York Film Academy, Los Angeles.

Dengan nada penuh ceria, Neelofa menyatakan bahawa terdapat pelbagai perkara yang dipelajarinya sepanjang berada di sana dan tempoh selama sebulan dirasakan masih belum mencukupi.

"Banyak pengalaman baharu yang saya lalui, misalnya duduk seorang diri dan berjauhan dengan ahli keluarga di Malaysia serta ada beberapa perkara lain yang terpaksa saya uruskan sendiri sehingga ia serba sedikit dapat mengubah cara hidup saya.


SALAH seorang adik perempuan Neelofa, Ameera (dua dari kiri) menyampaikan ucapan kepadanya sambil ditemani adik bongsunya, Faliq dan ibunya, Kartini.


"Selain itu, pengalaman dapat mengikuti kursus lakonan di sana memang sangat menyeronokkan kerana dapat bergaul dengan beberapa rakan dari negara lain seperti Belgium, England dan Hong Kong," jelasnya.

Ujarnya, sepanjang menuntut di sana banyak perkara baharu yang dapat dipelajarinya mengenai bidang lakonan, misalnya teknik berlakon yang baik dan pengetahuan lebih mendalam tentang filem.

Jelas Neelofa, mempunyai rakan sekelas yang terdiri daripada pelbagai negara juga memberi kelebihan dan keunikan tersendiri, terutamanya dapat melihat perbezaan cara lakonan masing-masing.

"Apabila dapat belajar dan bergaul dengan mereka barulah saya dapat mengetahui dan merasai sendiri pengalaman tentang perbezaan budaya serta teknik lakonan yang ditampilkan," ujarnya.

Filem muzikal

Berkongsi tentang karier seninya pula, artis cantik kelahiran Pasir Mas, Kelantan itu berkata, selepas menjadi pengacara Anugerah MeleTOP yang berlangsung pada minggu lalu, dia bakal terbabit dengan filem berjudul Sinaran.

Ujarnya, ia merupakan sebuah filem berbentuk muzikal arahan Osman Ali dan dia akan bertolak ke Singapura pada awal bulan Mac ini untuk menjalani latihan di sana.

"Saya menerima tawaran berlakon filem Sinaran kerana ini kali pertama saya berlakon dalam sebuah filem muzikal dan saya tertarik kerana ia akan memuatkan lagu-lagu popular nyanyian Datuk Sheila Majid.

"Buat masa ini, saya tidak dapat menjelaskan lebih lanjut tentang jalan ceritanya, tetapi saya agak teruja kerana dapat bekerjasama sekali lagi dengan pengarah hebat seperti Osman," jelasnya yang sebelum ini pernah berlakon dalam Pilot Cafe arahan pengarah berkenaan.

Akui Neelofa, sesuatu yang menarik tentang filem berkenaan juga kerana ia akan membabitkan gabungan pelakon dari tiga buah negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Adira akui buang gambar Shahrul

Posted:

Adira akui buang gambar Shahrul

Adira akui buang gambar Shahrul

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA
saphilla.isa@kosmo.com.my

ADIRA bakal muncul dengan album sulungnya pada hujung bulan ini.


SEBELUM ini, penyanyi Adira hangat digosipkan bercinta dengan Presiden Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia, Shahrul Nasrun Kamarudin.

Biarpun Adira dan Shahrul tidak pernah berterus terang mengenai status hubungan mereka, tetapi gambar-gambar mesra yang dimuat naik di laman sosial Instagram (IG) kedua-duanya mengukuhkan lagi gosip yang mereka sedang bercinta.

Bagaimanapun, pada 7 Februari lalu, sebuah portal hiburan menulis bahawa Adira kini tidak lagi bersama Shahrul. Ia berikutan gambar-gambar Shahrul yang telah dipadamkan dalam IG Adira.

Portal tersebut juga mendakwa, hubungan mereka dikatakan putus disebabkan orang ketiga iaitu pelakon sensasi, Lana Nodin.

Ikuti temu bual Kosmo! bersama penyanyi berasal dari Ranau, Sabah itu mengenai hubungannya bersama Shahrul.

Kosmo!: Ada sebuah portal hiburan yang mendakwa Adira dan Shahrul kini tidak lagi bersama kerana orang ketiga iaitu Lana Nodin. Boleh Adira komen tentang perkara itu?

ADIRA: Berita tersebut tidak betul. Hubungan kami masih baik. Mungkin orang salah sangka.

Jika begitu, kenapakah gambar-gambar Shahrul di IG Adira dipadamkan?

Saya buang gambar dia sebab komen-komen negatif daripada golongan pembenci (haters). Saya mahu mengelak daripada ia menjadi lebih buruk. Disebabkan itu, saya terpaksa memadam gambar tersebut. Bagaimanapun, masih terdapat beberapa gambar Shahrul yang tidak dipadamkan.


ADIRA akui banyak pihak salah sangka tentang hubungannya dengan Shahrul.


Ada sebarang perancangan ke arah perkahwinan?

Insya-Allah, kalau ada rezeki.

Beralih pada soalan lain, bagaimanakah sambutan produk kecantikan Adira Beauty Signature yang merupakan sabun pemutih kulit itu?

Selama hampir dua bulan sabun itu di pasaran, sambutannya Alhamdulillah, baik.

Ada sebarang perancangan untuk menghasilkan produk lain selain sabun?

Ada. Dalam tahun ini juga saya akan mengeluarkan produk penjagaan kulit sendiri.

Bagaimana pula dengan perkembangan kerjaya nyanyian anda pula?

Saya bakal mengeluarkan album pertama hujung bulan Februari ini. Terdapat lima lagu baharu dan lima lagu lama dimuatkan dalam album saya. Antara lagu baharu yang ada dalam album itu merupakan ciptaan komposer terkenal seperti Ajai, AG Coco dan Aubrey Suwito manakala, lagu lama pula terdiri daripada Ombak Rindu dan Ku Ada Kamu.

Berapa lamakah masa yang diambil untuk menghasilkan album pertama Adira?

Saya ambil masa selama setahun untuk kumpulkan lagu manakala proses keseluruhan memakan masa selama dua tahun.

Difitnah berstatus janda, bekas isteri ketiga

Posted:

Difitnah berstatus janda, bekas isteri ketiga

Difitnah berstatus janda, bekas isteri ketiga

MISHA OMAR memohon agar fitnah tentang dirinya pernah berkahwin sebagai isteri ketiga dihentikan demi meghormati perasaan ibu, bakal suami serta keluarganya.


ASSALAMMULAIKUM pembaca budiman. Saya, Misha Omar meminta maaf andainya surat terbuka ini mengganggu hari kalian. Ada sesuatu yang ingin saya sampaikan buat semua kalian yang budiman. Sebagai anak seni yang telah lebih 12 tahun berkecimpung dalam dunia hiburan, dilempar nista dan dihina atau diserang gosip itu lumrah buat saya. Selalunya, saya menghalalkan semua yang datang kepada saya dengan pemikiran ia peluru permainan padang kerja yang sedang saya lalui.

Namun, saya minta maaf kerana kali ini saya tidak dapat bertahan dengan tohmahan yang saya anggap satu fitnah besar buat saya dan keluarga yang datang daripada status Facebook seorang individu wanita hujung minggu lalu.

Benar, ini bukan pertama kali isu kononnya saya pernah berkahwin dan menjadi isteri ketiga seorang usahawan ditumbulkan. Malah, ia juga bukan pertama kali saya jelaskan dengan sebaik mungkin bahawa ia hanya satu gosip tidak berasas.

Bagaimanapun, pada saat saya baru mengumumkan berita baik tentang niat mendirikan rumah tangga, nampaknya masih ada pihak yang berasa saya sedang menipu umum.

Saya menjadi sangat terkesan kerana status tersebut secara terang-terangan memfitnah saya.

Demi Allah, entah buat berapa kali perlu saya menafikan hal yang serupa iaitu saya tidak pernah bernikah. Saya tidak pernah menjadi isteri ketiga seorang jutawan. Maka dengan rasmi saya juga tidak pernah memegang status janda!

Apa dosa saya apabila saya ingin mendirikan rumah tangga dengan tunangan saya, Firos pada bulan Mei ini, saya dihukum dengan fitnah seperti ini?

Puan, anda pasti tersenyum bangga sekarang ini apabila status puan menjadi bualan hangat dan saya berharap agar tercapailah keinginan puan untuk menjatuhkan maruah diri saya dan keluarga saya.

Mana mungkin puan tidak pernah terfikir apakah kemungkinan yang akan terjadi kepada saya apabila puan dan rakan-rakan puan dengan sewenang-wenangnya menyebarkan fitnah terhadap diri saya tanpa mengambil kira tentang kebenaran sesuatu fakta yang puan dengar mahu pun terima daripada sumber-sumber yang puan percayai itu.

Dengan ini, saya mencabar pihak puan jika masih mahu mempertahankan apa yang puan dakwa, saya mohon puan kemukakan bukti yang menunjukkan saya ini pernah berkahwin.

Jika permintaan ini terlalu berat bagi pihak puan maka puan boleh membawa kedua-dua saksi yang ada ketika saya diijabkabul. Ini kerana wali saya baru saja dijemput Ilahi.

Juga, jika sesiapa di luar sana masih meragui status saya, saya juga mahu kalian tampil bersama bukti.

Sejujurnya, surat ini dilayangkan bukanlah bertujuan untuk memalukan puan atau sesiapa yang terlibat memberi pandangan tidak bertanggungjawab terhadap fitnah yang disebarkan.

Sebaliknya, saya terpanggil untuk mempertahankan hak saya dan rakan-rakan artis yang lain. Masyarakat hari ini dengan mudah melemparkan fitnah terhadap kami. Kemudahan teknologi disalah guna tanpa menyedari pernyataan-pernyataan yang dikeluarkan merosakkan reputasi kerja dan maruah kami

Jika hal sebegini terus didiamkan, saya kira maka akan menularlah penyakit fitnah siber dalam kalangan masyarakat kita. Bagaimana kita mahu menanganinya nanti? Sihatkah aktiviti ini untuk generasi yang akan datang? Pernahkah kita terfikir bahawasanya suatu hari nanti anak-anak kita akan terbaca apa yang kita tulis pada hari ini?

Hormatkah lagi mereka kepada kita bila mereka mengetahui apa yang pernah kita lakukan? Dan pernah kita terfikir, apakah impaknya kepada anak-anak kita bila rakan-rakan mereka bertanyakan apa yang telah kita tulis atau lakukan?

Akhir sekali saya mohon agar kita semua mengambil iktibar daripada kejadian ini. Adakalanya sebelum kita memperkatakan tentang sesuatu perkara berkenaan dengan seseorang individu itu, ada baiknya kita cuba meletakkan diri kita di tempatnya dan apakah impak yang bakal diterimanya nanti.

Betul pepatah orang tua-tua, 'cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar'.

Sebelum saya akhiri surat ini, saya ingin tegaskan sekali lagi saya memang belum pernah berkahwin. Juga, ingin saya tegaskan tentang permintaan bukan wang ringgit untuk mas kahwin atau hantaran pada majlis saya nanti, bukan bermakna saya jahil atau membelakangkan adat yang selalunya menggunakan wang ringgit, namun ia lebih kepada menyerahkan seberapa ikhlas bakal keluarga lelaki saya mahu memberi kepada saya.

Wallahulam,

Misha Omar

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved