Isnin, 18 November 2013

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


80 pelajar Malaysia di AS selamat

Posted:

80 pelajar Malaysia di AS selamat

80 pelajar Malaysia di AS selamat

Oleh SYED AZLAN SAYID HIZAR
azlan.hizar@kosmo.com.my

PELAJAR Malaysia terpaksa bergelap selepas bekalan elektrik terputus di perpustakaan bawah tanah, Universiti Purdue, Indiana, AS kelmarin.


KUALA LUMPUR - Kira-kira 80 orang pelajar Malaysia di Universiti Purdue, Indiana berada dalam keadaan selamat selepas kejadian puting beliung melanda kawasan tengah Amerika Syarikat (AS) kelmarin.

Menurut seorang pelajar, Nik Nur Elanie Nik Nor Zainal Abidin, 22, keadaan di sekitar kampus universiti itu sudah beransur pulih, namun masih terdapat beberapa kawasan masih lagi terputus bekalan elektrik.

"Alhamdulillah, keadaan di sini sudah bertambah baik dan bekalan elektrik di kampus universiti sudah disambung semula setelah bekalan terputus lebih kurang pukul 2.30 petang (waktu AS).

"Ketiadaan bekalan elektrik selepas kejadian itu menyebabkan para pelajar terpaksa bergelap dan melakukan aktiviti berbekalkan cahaya lilin sahaja," katanya ketika dihubungi Kosmo! di Universiti Purdue, Indiana semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tun Mahathir dirawat di IJN akibat jangkitan dada

Posted:

Tun Mahathir dirawat di IJN akibat jangkitan dada

Tun Mahathir dirawat di IJN akibat jangkitan dada

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) di sini akibat jangkitan dada semalam.

Menurut kenyataan daripada pejabat beliau, Dr. Mahathir telah disahkan mempunyai jangkitan dada dan kini sedang menjalani rawatan serta fisioterapi.

"Pasukan perubatan sedang memantau keadaan beliau dan berpuas hati dengan kemajuannya," menurut kenyataan itu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Jam RM1.9 juta jadi daya tarikan

Posted:

Jam RM1.9 juta jadi daya tarikan

Jam RM1.9 juta jadi daya tarikan


Pusat beli-belah terkenal Starhill Gallery di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.


KUALA LUMPUR - Seutas jam tangan jenama Maitres du Temps berharga RM1.9 juta dijangka menjadi daya tarikan pada pameran jam tangan dan barang kemas mewah bertemakan A Journey Through Time bermula Jumaat ini.

Pameran jam dan barangan kemas mewah selama lapan hari itu akan diadakan di pusat beli-belah terkenal Starhill Gallery di Bukit Bintang di sini.

Pengarah Urusan YTL Corporation Berhad, Tan Sri Francis Yeoh berkata, pameran tersebut tidak tertumpu kepada kecantikan dan keanggunan reka bentuk semata-mata malah menampilkan kelainan pertukangan dan kesenian ciptaan jam tangan yang dipamer.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Wajib menang ke atas Qatar

Posted:

Wajib menang ke atas Qatar

Wajib menang ke atas Qatar

Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM dan
MUHAMMAD ZUHAILY BADLISHAH
sukan@kosmo.com.my

RAJAGOBAL (kanan) bersalaman dengan rakan sejawatnya dari Qatar, Fahad Al-Thani selepas sidang akhbar menjelang aksi kelayakan Piala Asia 2015 di Wisma FAM, Kelana Jaya, Selangor petang semalam.


"CORAK bertahan tidak akan menjamin kemenangan."

Demikian tegas jurulatih Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal menjelang perlawanan kelayakan Piala Asia 2015 peringkat Kumpulan D menentang Qatar di Stadium Shah Alam malam ini.

Kenyataan tersebut menimbulkan pelbagai persoalan kerana dalam setiap perlawanan bola sepak, seseorang jurulatih itu memang sudah mengetahui apa akibatnya jika mempamerkan corak bertahan.

Ia sebenarnya perkara asas dalam sukan dan rupa-rupanya Rajagobal menyedari hakikat tersebut.

Maka, tidak hairan mengapa skuad negara sering mengalami kekalahan dalam setiap perlawanan yang mereka harungi kerana berdasarkan kenyataan tersebut, taktik yang mereka gunakan adalah beraksi dengan corak bertahan.

Apa pun strategi yang bakal digunakan oleh Rajagobal pada perlawanan malam ini, mereka wajib menang jika berhasrat untuk mengubah nasib mereka pada kempen kelayakan Piala Asia 2015 ini.

Semalam, Rajagobal menjelaskan bahawa dia menyedari corak bertahan tidak akan menjamin kemenangan seperti mana yang berlaku ketika mereka tewas 0-1 kepada Bahrain, Jumaat lalu.

Jika sedar akibatnya, maka perubahan perlu dilakukan agar tiga mata mampu diraih pada aksi menentang Qatar malam ini.

Menurut Rajagobal, kemenangan ke atas Qatar di Stadium Shah Alam malam ini mungkin menghidupkan peluang mereka untuk layak ke pusingan akhir di Australia nanti.

Justeru, bekas jurulatih Selangor itu tidak rela berputih mata di gelanggang sendiri dan dia mahukan anak-anak buahnya berjuang ke tahap maksimum untuk meraih kemenangan.

"Saya tidak fikir bahawa kita memiliki kelebihan beraksi di laman sendiri memandangkan Qatar tidak pernah bermain di sini.

"Pada pendapat saya, terdapat banyak perbezaan di antara kedua-dua pasukan dan masing-masing memiliki kelebihan tersendiri.

"Kemungkinan saya akan melakukan pertukaran dalam kesebelasan utama selepas kembali mendapat khidmat Mohd. Fadhli Shas meskipun pemain pertahanan itu masih belum cergas sepenuhnya.

"Saya harus optimis dan berharap para pemain menggunakan peluang sebaik mungkin pada perlawanan malam esok (malam ini)," katanya pada sidang akhbar di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Tambah Rajagobal, beliau turut memberikan amaran kepada barisan pemainnya agar berwaspada dengan kelibat pemain Qatar, Sebastian Soria yang sering kali mencuri tumpuan dengan prestasi cemerlang sepanjang kempen kelayakan Piala Asia 2015.

Soria, pemain kelahiran Uruguay merupakan sandaran utama Qatar untuk memusnahkan gawang Harimau Malaya.

"Soria adalah pemain yang cukup merbahaya tetapi kami tidak boleh terlalu memberikan fokus terhadap satu pemain, sebaliknya kepada seluruh pasukan Qatar.

"Harapan kami adalah mahu mempamerkan aksi lebih baik berbanding Qatar dalam usaha mengutip kemenangan penting," katanya.

'Saya tak sebut nama sesiapa'

Posted:

'Saya tak sebut nama sesiapa'

'Saya tak sebut nama sesiapa'

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

"SAYA tak sebut pun nama sesiapa, jadi mengapa dia (Mohd. Safee Sali) terasa?"

Demikian soal Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong selepas dibidas penyerang sensasi negara itu ekoran kenyataannya ketika mengulas kekalahan Harimau Malaya pada aksi kelayakan Piala Asia 2015 di bumi Bahrain, Jumaat lalu.

Zolkples berkata, beliau hanya memberikan pandangan terhadap prestasi keseluruhan pasukan dan bukannya menyalahkan mana-mana pemain secara individu sebagai punca kekalahan itu.

"Wartawan tanya, saya kena jawablah. Kesemua akhbar juga menulis cerita yang sama.

"Saya bercakap berdasarkan fakta. Kita berdepan lawan yang kuat seperti Bahrain di gelanggang lawan, jadi sudah tentu ia sudah diduga jika tewas. Kalau menang lainlah cerita.

"Saya turut menjelaskan bahawa faktor nasib tidak menyebelahi pasukan negara dan nampak ada perkembangan positif ketika berdepan Bahrain tempoh hari.

"Selain itu, saya juga tidak masuk campur mengenai KPI (Penunjuk Prestasi Utama) Datuk K. Rajagobal untuk layak ke Piala Asia, sebaliknya menyerahkan perkara itu kepada FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) untuk mengambil sebarang tindakan lanjut.

"Jadi, dia (Safee) tidak perlu melatah yang bukan-bukan termasuk mencabar saya untuk bermain bola sepak dan sebagainya, apa semua ini?," katanya kepada Kosmo! semalam.

Terdahulu, Safee kembali membidas kenyataan Zolkples dan menyifatkan kecaman terhadap Harimau Malaya satu perbuatan yang tidak adil gara-gara seringkali tidak mendapat sokongan moral daripada kesemua pihak.

Ia rentetan daripada reaksi Zolkples kepada media sejurus selepas Harimau Malaya tumpas 0-1 kepada Bahrain dalam aksi Kumpulan D, kempen kelayakan Piala Asia 2015 di Stadium Nasional, Manama Jumaat lalu lalu.

Mengulas lanjut, Zolkples bagaimanapun enggan memanjangkan isu tersebut termasuk berdepan Safee bagi menjelaskan perkara itu.

"Tak perlu jumpa (Safee), saya tidak mahu memanjangkan perkara ini."

Harimau Malaya yang sekadar mengutip empat mata selepas empat perlawanan bakal berdepan Qatar di Stadium Shah Alam malam ini.

Hanya kemenangan yang mampu menghidupkan semula sisa-sisa peluang skuad kendalian Rajagobal layak secara automatik ke Australia kelak.

Rekod pertemuan kedua-dua pasukan juga dilihat tidak menyebelahi Harimau Malaya apabila tumpas 0-2 kepada Qatar dalam aksi pembuka tirai kumpulan di Stadium Jassim Hamad, Doha pada 6 Februari lalu.

Peluang kita masih ada - Safiq

Posted:

Peluang kita masih ada - Safiq

Peluang kita masih ada - Safiq

Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM dan
MUHAMMAD ZUHAILY BADLISHAH
sukan@kosmo.com.my


SAFEE (dua dari kanan) tetap giat menjalani latihan bersama rakan sepasukan di Stadium Shah Alam semalam menjelang pertemuan dengan Qatar untuk kelayakan Piala Asia 2015 hari ini. Walaupun dikritik, semangat mereka tidak pernah luntur.


KAPTEN Harimau Malaya, Safiq Rahim masih percaya pasukannya berpeluang untuk melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Asia 2015 dengan syarat mereka mampu mengatasi Qatar pada menjelang aksi kelayakan peringkat Kumpulan D di Stadium Shah Alam, malam ini.

Selepas mengharungi empat perlawanan, skuad negara sekadar mengutip empat mata selepas tewas 0-2 kepada Qatar pada aksi pertama, menang 2-1 ke atas Yemen 2-1 dan seri 1-1 dengan Bahrain, namun tewas 0-1 pada aksi kedua Jumaat lalu kepada Bahrain selaku peneraju Kumpulan D.

Kini, bintang Johor Darul Takzim (Johor DT) itu menggesa rakan-rakan sepasukan agar memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri dalam misi mengutip tiga mata ke atas Qatar.

"Pada pandangan saya, memang ada persaingan sengit tetapi kami perlu menghormati pasukan lawan.

"Harimau Malaya perlu mencari kemenangan pada malam esok (malam ini) untuk menghidupkan peluang melayakkan diri ke pentas Piala Asia 2015.

"Kami akan menyajikan satu persembahan terbaik dan memberi tentangan hebat kepada Qatar. Lebih tepat, kami mahu menjadikan kemenangan terhadap Qatar sebagai pengubat kekecewaan selepas tewas 0-1 kepada Bahrain baru-baru ini.

"Kami akan menjadikan kekalahan itu sebagai motivasi untuk mengatasi kelemahan-kelemahan yang ada dalam skuad negara," katanya pada sidang akhbar di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Dalam perkembangan sama, penjaga gol pilihan kedua Qatar, Soud Al Khater yang turut senada dengan Safiq, menyedari pasukan tuan rumah bakal memberikan tentangan sengit kepada pasukannya.

"Saya tahu mereka akan memberikan saingan sengit tetapi pasukan kami sudah bersedia untuk turun dan mengutip tiga mata penuh pada perlawanan ini," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Stailo

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Stailo


Pereka muda Indonesia mencabar stereotaip

Posted:

Pereka muda Indonesia mencabar stereotaip

Pereka muda Indonesia mencabar stereotaip

SEBAGAI sebuah negara dengan populasi penduduk Islam terbesar di dunia, Indonesia mempunyai permintaan yang tinggi terhadap pakaian yang memenuhi syarak dan menekankan kesopanan wanita.

Pada Minggu Fesyen Jakarta (JFW) yang berlangsung pertengahan Oktober lalu, para peserta tampil mendedahkan koleksi pakaian Muslim yang penuh bergaya, berwarna-warni dan ternyata menarik. Ini sekali gus mempelawa negara-negara Asia Tenggara yang lain untuk memasang hajat menjadi peneraju global dalam industri fesyen Islam yang nilainya dianggarkan mampu mencecah hampir AS$100 bilion (RM319.65 billion).

Sehubungan itu, kerajaan Indonesia mengalu-alukan penglibatan pereka muda dalam dunia fesyen dan perniagaan yang mempunyai pasaran berpotensi melibatkan tiga bilion pengguna di seluruh dunia, sekali gus menyumbang kira-kira AS$15 bilion (RM47.95 bilion) kepada ekonomi.

"Kita boleh menjadi pemacu trend," kata Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Indonesia, Mari Pangestu.

Mencabar stereotaip

Sering dianggap sebagai konservatif dengan pakaian lengkap menutupi kepala sehingga ke kaki, tafsiran mengenai fesyen Muslimah turut dipengaruhi tradisi dan penghormatan yang diamalkan di negara-negara Islam seperti Arab Saudi dan Afghanistan.

DIAN (kiri) bersama model dan baju rekaannya.


Namun, itu bukan realitinya di negara seperti Malaysia dan Indonesia. Di kedua-dua negara tersebut, fesyen Islam tampil lebih sederhana dan menarik.

Sungguhpun selendang atau tudung berserta pakaian longgar dan tidak telus yang menutup aurat merupakan tuntutan pemakaian dalam Islam, tiga anak muda dari Indonesia yang mengambil langkah sulung di JFW, jelas mencabar stereotaip menerusi koleksi pakaian sedia untuk dipakai mereka.

Nur Zahra mempamerkan rekaan rakyat bertemakan Folk Solitude dengan menggunakan fabrik organik yang warna-warni, terutamanya indigo dan khaki. Semua koleksinya bercirikan kasual dengan penerapan elemen keselesaan tanpa mengabaikan gaya.

Folk Solitude adalah fesyen yang diinspirasikan daripada pengaruh Eropah Timur seperti tunik longgar, jaket panjang, seluar slim fit dan kapas voile.

Koleksi tersebut juga diperkayakan dengan corak-corak geometri unik shibori Jepun yang terhasil melalui teknik ikat celup dan batik Indonesia.

Dalam pada itu, koleksi Eastern Opulence oleh Jenahara Nasution mempersembahkan rekaan potongan bergaya dengan lapisan organdi dan sifon beralun yang dipenuhi sulaman tradisional Tasikmalaya dari Jawa Barat.

"Misi saya selama ini ialah untuk menghasilkan pakaian yang boleh membuatkan wanita Muslimah kelihatan mempersona," kata Jenahara yang berusia 27 tahun.

Dia sedang berunding dengan ejen dari Milan untuk memasarkan jenamanya, Jenahara, ke Itali, Rusia dan Dubai.

Jenahara memberitahu, kapasti pengeluarannya telah meningkat hampir dua kali ganda sejak tahun lepas.

"Ejen itu tampil dengan tempahan permulaan sebanyak 200 helai untuk setiap musim.

"Tetapi selepas mereka melihat koleksi saya, mereka mahu saya menandatangani kontrak tiga tahun," ujarnya.

REKAAN minimalis Jenahara dalam tona monokromatik sesuai dengan cita rasa Barat.


Pasaran eksport

Sementara itu, Dian Wahyu Utami yang tampil dengan label Dian Pelangi mempamerkan fesyen tahun 1960-an dengan persembahan warna-warna terang dalam cetakan batik.

Dian, yang kini memiliki jenama berusia 22 tahun yang dimulakan oleh ibu bapanya itu, tampil dengan persembahan fesyen sulung beliau lima tahun lalu di Melbourne, Australia.

"Ekoran sambutan menggalakkan yang diterima,saya sedar terdapat potensi antarabangsa untuk fesyen Muslim ini," ujarnya.

Dian Pelangi kini mempunyai cawangan di Malaysia, Singapura dan Brunei dengan para pelanggan dari Australia, Mesir, Emiriah Arab Bersatu, Jordan dan Kuwait.

Koleksi Dian Pelangi turut dijual di pameran-pameran fesyen yang diadakan di Perancis, Jerman, Hungary dan beberapa negara Eropah lain.

"Amerika Syarikat merupakan sasaran pasaran kami seterusnya. Saya juga ingin membuka butik sendiri di Asia Barat, bukan sekadar menjual koleksi pakaian ini di pusat-pusat beli-belah," ujarnya.

Ketiga-tiga pereka busana Muslim tersebut merupakan antara 12 pereka fesyen yang mengikuti program Indonesia Fashion Forward (IFF) 2013.

Mereka mendapat bimbingan secara langsung dari Center for Fashion Enterprise (CFE) di London yang membimbing peserta untuk menghasilkan rekaan bagi tujuan menembusi pasaran antarabangsa.

Persalinan lasak pengembara

Posted:

Persalinan lasak pengembara

Persalinan lasak pengembara


KOLEKSI baharu Jeep lengkap untuk seisi keluarga dengan persalinan bergaya ketika bercuti atau bersantai bersama.


HUJUNG tahun merupakan waktu paling mengujakan untuk bercuti dan mengembara ke lokasi-lokasi menarik. Bagi meraikan detik istimewa itu, jenama pakaian Jeep memperkenalkan koleksi baharu yang direka khusus buat si pengembara tegar.

Tema Rugged Nomad menepati barisan rekaan Jeep kali ini. Ia sesuai untuk mereka yang sering mencari lokasi mencabar dan golongan pengembara yang gemarkan percutian panjang.

Menerusi koleksi Jeep Spirit, si pemakai lebih yakin melihat negara orang dari sudut yang berbeza, sekali gus menimba pengalaman berharga untuk dikongsi bersama rakan-rakan.

Kepelbagaian warna dan tekstur dalam koleksi kali ini mewakili kebudayaan dan gaya hidup berbeza dalam jiwa pengembara Jeep. Rona cerah dicampur dengan warna tanah bagi memaparkan ekspresi seimbang kepada si pemakai saat berkunjung ke tempat orang.

Rona tanah seperti biru, hijau, kelabu, khaki dan coklat menjadi warna teras kepada koleksi Jeep Spirit.

Lelaki Jeep lebih fleksibel dan versatil dalam persalinan berlapis. Jean dan seluar kargo yang mempunyai banyak poket di sisi diolah moden menerusi penggunaan material dan potongan yang lebih baik. Kemeja, baju-T berleher bulat dan baju-T berkolar pula disuntik elemen segar dengan penambahan cetakan dan warna baharu.


BAJU T leher bulat dipadankan dengan seluar jean warna tanah memberi gaya baharu kepada kanak-kanak aktif Jeep.


Lasak dan ceria, ciri-ciri dalam koleksi Jeep Spirit untuk jejaka memberikan gaya sempurna kepada pengembara global. Kemeja fabrik chambray diperkenalkan manakala jaket tentera melalui pembaharuan perincian dan penggunaan material yang lebih ringan untuk keselesaan berpanjangan si pemakai.

Rekaan untuk golongan wanita pula diutamakan kepada nilai keselesaan dan santai. Kemeja berkotak dan dres korduroi diberi sentuhan feminin dengan penggunaan cetakan flora cerah dan tona tanah seperti biru, merah, kuning dan kuning air.

Jean, seluar kargo dan jegging (berfungsi seperti legging tetapi diperbuat daripada jean) dalam warna asas seperti biru, coklat dan hitam juga tersedia untuk dipadankan bersama kemeja dan baju-T berleher bulat.

Jeep Spirit turut menawarkan fesyen ceria, lasak dan ringkas untuk kanak-kanak. Baju-T polos dan kemeja berkotak dengan percikan warna-warna alam semula jadi bersatu sempurna dengan seluar pendek kargo atau jean.

Koleksi Jeep Spirit boleh didapati di semua butik Outfitters Studio dan gedung beli-belah utama di seluruh negara. Koleksi ini ditawarkan pada harga RM39 sehingga RM399. Untuk keterangan lanjut berkenaan koleksi baharu Jeep, layari laman Facebook www.facebook.com/JeepApparelMY.

Pesona mata berkilat

Posted:

Pesona mata berkilat

Pesona mata berkilat


BERLIAN mawar, coklat jingga, coklat cair, hijau, istimewa dan perak adalah variasi pembayang mata yang boleh dipilih mengikut kesesuaian kulit.


SOLEKAN mata berkilat menjadi pilihan utama kebanyakan wanita sempena musim luruh/sejuk 2013. Jika diimbas, tahun 2008 dikuasai solekan mata yang lebih gelap, manakala 2012 didominasi teknik semula jadi yang menekankan penggunaan warna-warna neutral.

Bagi mendapatkan pesona mata berkilat, alat solek berasaskan berlian berwarna wajar dijadikan pilihan terbaik. Sebagai alternatif, kaum Hawa mungkin boleh mencuba seleksi kosmetik khusus untuk mata daripada jenama Kate.

Pengenalan Kate kepada warna-warna berkilat yang bertujuan menyerlahkan seri sepasang mata, dilihat bertepatan dengan solekan sempena musim luruh dan sejuk tahun ini. Kombinasi efek kilauan dan rona pastel atau hitam menciptakan pesona feminin yang elegan.

Rahsia gabungan warna dan efek kilauannya tercipta daripada penggunaan bedak berwarna yang bersinar. Ia sekali gus membolehkan pembayang mata Kate memberi ilusi kepada mata yang lebih galak dan besar.

Enam jenis pembayang mata Kate Colorcious Diamond juga bebas daripada sebarang wangian. Berlian mawar, coklat jingga, coklat cair, hijau, istimewa dan perak adalah variasi pembayang mata yang boleh dipilih pengguna mengikut kesesuaian kulit.

Setiap jenis pembayang mata pula disediakan mengikut lima gradasi warna. Penyediaan tona warna cerah kepada gelap membolehkan pengguna mengadunkan bayangan berbeza, seterusnya membentuk solekan mata yang unik.

Anda disarankan untuk memulakan solekan dengan mengaplikasikan tona warna paling cerah menggunakan hujung jari atau berus. Kemudian, oleskan rona paling gelap menggunakan hujung berus dengan membentuk satu garisan di tepi kelopak mata atas.

Tona kedua gelap pula disapu dari tepi kelopak mata menghala ke arah bawah kening. Warna neutral (terletak antara tona cerah dan gelap) kemudiannya dioleskan di tepi kelopak mata dan bawah kening menggunakan berus kecil.

Sempurnakan solekan dengan mengoles tona kedua cerah pada kelopak atas mata menggunakan hujung jari. Hasil akhir akan mencipta solekan mata berkilat yang menawan.

Beg kanvas

Seiring introduksi pembayang mata Kate Colorcious Diamond, jenama itu turut mengambil peluang bekerjasama dengan ilustrator dan pereka grafik tempatan, Vivian Loh bagi menjayakan satu projek menarik.

Menjadikan falsafah Kate iaitu No More Rules sebagai rujukan asas, Vivian menghamparkan empat rekaan beg mekap kanvas edisi terhad yang comel. Nilai vintaj jelas terpapar pada setiap beg yang diinspirasikan daripada memori kanak-kanak, impian, haiwan, muzik dan alam semula jadi.

Dengan pembelian produk Kate bernilai RM100, termasuk sekurang-kurangnya satu item daripada koleksi musim luruh/sejuk 2013, anda layak untuk memiliki beg kanvas istimewa itu secara percuma.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Twitz.fm Sahana radio internet Tamil

Posted:

Twitz.fm Sahana radio internet Tamil

Twitz.fm Sahana radio internet Tamil

GUNASELVI memberi jaminan radio internet Twitz.fm Sahana sebagai pilihan alternatif yang menghiburkan.


WALAUPUN baru setahun ke udara, Twitz.fm Sahana, sebuah stesen radio Tamil tempatan kini semakin popular baik dalam kalangan pendengar tempatan mahupun di luar negara.

Stesen tersebut merupakan stesen radio Tamil pertama yang memperoleh lesen di Malaysia untuk beroperasi secara dalam talian menerusi laman web www.twitz.fm/sahana.

Bekas deejay sebuah stesen radio Tamil yang popular di Astro, Gunaselvi Chelliah yang kini bertugas di stesen itu berkata, kewujudan stesen radio Tamil dalam talian memberikan pilihan kepada para pendengar untuk berhibur.

"Kami mempunyai pendengar dari seluruh dunia. Antaranya termasuklah United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Lebanon dan Sri Lanka.

"Selaku sebuah stesen radio internet, kami dapat berhubung tanpa sempadan, malah stesen ini satu-satunya radio internet berbahasa Tamil di negara ini yang berlesen dan memperoleh kelulusan Hakcipta Karyawan Muzik Malaysia (MACP)," ujar Gunaselvi atau lebih dikenali sebagai Selvi.

Twitz.fm merupakan stesen radio yang dimiliki syarikat rakaman Infinity, yang diusahakan oleh K. S. Kannadasan, 49.

Sasaran pendengar radio tersebut ialah generasi muda, hype dan pelayar internet.

"Cabaran utama kami ialah untuk memperkenalkan jenama Sahana menggunakan medium internet. Kami banyak melakukan promosi dalam talian seperti laman sosial Facebook dan Twitter.

"Selain itu, kami juga meneruskan hubungan baik dengan beberapa syarikat hiburan di India sekali gus memudahkan untuk mendapatkan berita-berita hiburan terbaharu," kata Kannadasan.

Di konti radio Twitz.fm Sahana, semua peralatan dan gajet yang digunakan adalah canggih dan terkini.

Stesen tersebut turut mempunyai dua orang deejay lain iaitu Khartik Ganason, 24, yang dikenali sebagai DJ Khartik dan S. Samson Thomas, 26, iaitu DJ Saint.


Dari kiri : DJ SAINT, Khartik dan Selvi sibuk melayan pendengar sambil memutar lagu pilihan di stesen radio internet Tamil, Twitz.fm Sahana.


Pendengar setia

Khartik ke udara pada waktu malam dari pukul 8 hingga 11 malam. Walaupun kurang fasih berbahasa Tamil tetapi beliau mempunyai gaya tersendiri yang menjadi tarikan pendengar.

Selain itu, Khartik peka dengan berita hiburan Tamil dan Hollywood semasa.

"Kami ada pendengar setia yang hanya mengenali kami melalui suara. Tetapi saya percaya bilangan tersebut akan bertambah pada masa akan datang.

"Saya juga seronok menjadi sebahagian daripada keluarga Twitz.fm Sahana kerana pendedahan terhadap peralatan di konti yang canggih dan terkini membuatkan kerja menjadi mudah serta menyeronokkan. Kami juga sentiasa menyajikan berita-berita terbaharu mengenai hiburan Tamil di seluruh dunia," ujar Khartik.

Dalam pada itu, DJ Saint mengendalikan sesi siaran dari pukul 11 pagi hingga 3 petang. Pada pendengarnya terdiri daripada pelajar kolej dan pekerja pejabat.

"Ketika ini, kami membekalkan hiburan dan info hiburan yang lengkap tanpa banyak iklan komersial.

"Ketika ke udara kami bebas bersembang bersama para pendengar dengan membincangkan isu-isu semasa. Kami juga turut menyenarai filem terbaik atau terburuk, topik-topik semasa berkaitan golongan muda, temuramah tetamu jemputan di samping menawarkan kebebasan kepada pendengar untuk berkongsi maklumat," kata DJ Saint. - NIZHA PERIASWAMY

Usaha Taiwan tangani iklim dunia

Posted:

Usaha Taiwan tangani iklim dunia

Usaha Taiwan tangani iklim dunia

Oleh WAN HASNAN WAN HASAN
hasnan.hasan@kosmo.com.my
(Yang melawat Taiwan baru-baru ini)


TAUFAN Morakot pada Ogos lalu di Pingtung, selatan Taiwan telah mencetuskan bencana banjir.


SEBAGAI pulau yang cantik di bahagian barat Lautan Pasifik, Taiwan secara amnya mempunyai cuaca yang baik sepanjang tahun.

Namun, itu bukanlah tiket kepada Taiwan untuk bebas daripada ancaman bencana alam seperti taufan, kemarau dan gempa bumi.

Malah, kejadian taufan dan kemarau yang melanda negara kecil itu semakin ganas ekoran perubahan iklim dunia. Tanpa disedari, perubahan iklim dunia hakikatnya telah memberi kesan drastik kepada Taiwan sejak beberapa tahun kebelakangan ini dengan indikasi peningkatan paras laut.

Kesannya, jutaan penduduk di pulau tersebut terpaksa menghadapi pelbagai siri bencana alam yang dahsyat dan menakutkan.

Pemanasan global menyebabkan perubahan cuaca secara drastik, kemarau, banjir silih berganti dan ramalan taufan semakin sukar.

Pada bulan Ogos lalu, Taufan Morakot telah membawa jumlah hujan yang banyak iaitu 2,686 milimeter dalam masa kurang empat hari di Pingtung, selatan Taiwan. Hujan lebat beserta taufan itu telah mencetuskan bencana banjir besar dan tanah runtuh yang teruk sehingga menyebabkan kemusnahan harta benda.

Langkah tegas

Kejadian tersebut merupakan satu amaran kepada Taiwan supaya segera mengambil langkah tegas bagi menangani masalah perubahan iklim dunia.

Berdasarkan laporan penyelidikan Panel Antara Kerajaan Mengenai Perubahan Iklim (IPCC) pada tahun 2007, punca utama berlakunya pemanasaan global ialah aktiviti industri yang tidak terkawal sehingga menyebabkan pelepasan gas karbon dioksida secara berleluasa.

Menteri Pentadbiran Perlindungan Alam Sekitar Taiwan, Stephen Shu-hung Shen berkata, perubahan iklim dunia adalah satu fenomena yang memerlukan penyelesaian secara global.

"Sebagai ahli yang bertanggungjawab dalam komuniti antarabangsa, Taiwan komited untuk mengatasi masalah ini.

"Kami juga merupakan salah satu daripada beberapa buah negara di dunia secara sukarela mengumumkan sasaran pengurangan pelepasan gas karbon dioksida," katanya.

Tegas beliau, Taiwan memerlukan sokongan dunia untuk berada dalam Konvensyen Rangka Kerja Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC) bagi membolehkan negara itu menyalurkan kepakaran mereka.

"Walaupun ketika ini, Taiwan tidak termasuk dalam organisasi UNFCCC tetapi Taiwan tetap berminat untuk menyertai usaha antarabangsa ke arah menjimatkan tenaga dan mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida," tegasnya. Pada pendapat Shu-Hung Shen, Taiwan seharusnya dimasukkan ke dalam UNFCCC walaupun bukan sebagai ahli tetap memadai menjadi anggota pemerhati kerana negara itu tidak terkecuali menanggung beban kesan perubahan iklim dunia.


PENUNGGANG motosikal bersesak-sesak di salah satu simpang jalan raya di Taipei pada waktu puncak.


Shu-hung Shen memberitahu, sejak dua tahun lalu, Taiwan telah menerima pakai pelbagai langkah penyesuaian untuk memerangi isu pemanasan global dan perubahan iklim. Antara langkah yang telah diambil ialah dengan melancarkan kempen penjimatan tenaga dan pengurangan pelepasan gas karbon dioksida di negara itu.

Dalam usaha untuk menyelamatkan dunia, Taiwan telah memulakan langkah tegas dengan meningkatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) terhadap penggunaan teknologi yang menjimatkan tenaga serta mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida dalam pelbagai sektor di negara itu.

Antara teknologi yang dibangunkan ialah mempertingkatkan penggunaan tenaga solar dalam menjimatkan tenaga.

Sebelum tahun 2007, penggunaan tenaga dan tahap pelepasan karbon di Taiwan sangat tinggi dan kecekapan pengurusan tenaga di negara itu berada pada tahap yang sangat rendah.

Bagaimanapun, selepas tahun 2008, pihak pemerintah Taiwan telah menetapkan pengurangan pelepasan karbon sebagai salah satu matlamat dalam pembangunan nasional.

Antaranya memberi diskaun kepada orang ramai yang kurang menggunakan elektrik dan menggalakkan para pelabur menandatangani perjanjian pengurangan pelepasan gas karbon dioksida secara sukarela melalui penggunaan teknologi hijau.

Sokong Taiwan

Usaha untuk mengurangkan tenaga telah berjaya menjimatkan penggunaan elektrik sebanyak 6.3 terawatt sejam atau bersamaan dengan penggunaan elektrik untuk 1.87 juta isi rumah di bandar Tainan selama dua tahun.

Bagi pengurangan pelepasan gas karbon pula, di bawah inisiatif itu, Biro Tenaga Kementerian Hal Ehwal Ekonomi Taiwan mengeluarkan data yang menunjukkan bahawa tahap pengeluaran gas karbon dioksida negara itu pada tahun 2012 ialah sebanyak 248.7 juta tan metrik dan ia telah merosot sebanyak 1.9 peratus berbanding tahun 2011. Penurunan itu juga menunjukkan tahap pelepasan karbon dioksida pada tahun 2005 sebanyak 245.2 tan metrik.

Sehubungan itu, masyarakat antarabangsa perlu menyokong penyertaan Taiwan dalam UNFCCC dengan memberikan status pemerhati kepada Pentadbiran Perlindungan Alam Sekitar Taiwan (EPA) untuk turut serta dalam organisasi badan dunia itu.

"Melihat usaha-usaha yang telah kami lakukan, kami percaya bahawa Taiwan layak untuk menyertai UNFCCC sebagai pemerhati dan kami memohon bantuan anda untuk kemasukan Taiwan ke dalam badan dunia itu," Shu-hung Shen.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Aquino tinggal di Tacloban

Posted:

Aquino tinggal di Tacloban

Aquino tinggal di Tacloban

AQUINO (dua dari kiri) tiba di bandar Tacloban, tengah Filipina semalam.


BANDAR TACLOBAN - Presiden Filipina, Benigno Aquino semalam menyatakan beliau akan tinggal di bandar ini sehingga operasi bantuan kemanusiaan berjalan dengan lancar untuk mangsa-mangsa Taufan Haiyan.

"Saya akan tinggal sehingga saya berpuas hati bahawa tiada ada apa lagi yang boleh kita lakukan di sini," katanya kepada pemberita di sini.

Bandar ini yang terletak dalam wilayah Leyte di tengah Filipina teruk dilanda taufan tersebut.

Taufan tersebut melanda wilayah tengah Filipina pada 8 November lalu.

Kelajuan taufan itu adalah lebih 300 kilometer sejam menyebabkan angka kematian rasmi setakat ini ialah 3,976 orang dengan 1,590 lagi hilang manakala hampir empat juta penduduk hilang tempat tinggal.

Sebelum tiba di sini, Aquino melawat bandar Guiuan di wilayah Samar.

Aquino memeriksa keadaan di beberapa buah hospital di sini selain mengedarkan bungkusan makanan.

Sejumlah misi bantuan kemanusiaan antarabangsa termasuk melibatkan tentera Amerika Syarikat telah tiba di kawasan-kawasan terpencil yang teruk dilanda taufan tersebut di tengah Filipina.

Dalam pada itu, seorang bayi yang baru dilahirkan pada 13 November lalu meninggal dunia kelmarin akibat kekurangan oksigen di sebuah hospital yang turut mengalami kemusnahan akibat taufan itu.

Bayi malang yang dilahirkan di Pusat Perubatan Visayas Timur, di sini mengalami masalah kegagalan penafasan. - Agensi

Banjir landa Riyadh

Posted:

Banjir landa Riyadh

Banjir landa Riyadh


BEBERAPA buah kenderaan meredah sebatang jalan yang dilanda banjir di Riyadh semalam.- AFP


RIYADH - Seorang warga Yemen terkorban dalam kejadian banjir yang berlaku akibat hujan lebat di sini, lapor portal berita gulfnews.com semalam.

Warga Yemen itu sedang berjalan di sebatang jalan yang dinaiki air bersama bapanya di Wadi Namar.

Dia dan bapanya berjalan dengan meredah banjir kerana kereta yang dinaiki mereka tidak boleh menyeberangi jalan tersebut yang dinaiki air.

Namun, si mangsa itu dihanyutkan arus yang deras di depan bapanya.

Portal itu tidak mendedahkan identiti si mangsa cuma menyatakan dia merupakan seorang perempuan.

Pihak berkuasa turut mencari dua lagi langsa yang dilaporkan hilang dalam kejadian banjir itu.

Kementerian Pendidikan Arab Saudi turut menggantung sesi persekolahan di sini akibat banjir tersebut.

Kejadian banjir itu berlaku akibat hujan lebat yang melanda ibu kota Arab Saudi itu sejak kelmarin.

Sebahagian penduduk gembira dengan perubahan cuaca yang berlaku di bandar raya tersebut.

Beberapa buah universiti juga ditutup antaranya Universiti Raja Saud dan Universiti Kesihatan Sains Raja Saud Bin Abdulaziz.

Seorang penduduk di daerah Roudah di sini memberitahu portal berita Arab News, banyak kereta tersangkut di jalan raya ekoran banjir. - Agensi

Bangkai ikan paus ditemui di pantai

Posted:

Bangkai ikan paus ditemui di pantai

Bangkai ikan paus ditemui di pantai


BANGKAI seekor ikan paus ditemui di sebuah pantai dekat bandar Mielno, Poland pada Jumaat lalu.


WARSAW, Poland - Bangkai seekor ikan paus ditemui di sebuah pantai dekat bandar Mielno pada Jumaat lalu yang dianggap sebagai kejadian yang luar biasa.

Ia dianggap sebagai luar biasa kerana Laut Baltik bukan habitat ikan tersebut.

Ketua sebuah agensi penyelidikan hidupan laut, Krzysztof Skora berkata, bangkai ikan paus jantan itu seberat tiga tan metrik.

Menurutnya, haiwan itu merupakan spesies bottlenose.

Dia menyatakan, habitat ikan tersebut terletak di kawasan utara Lautan Atlantik.

Skora menjelaskan, ikan itu mungkin berenang ke luar habitat asal.

Sekumpulan saintis menunggu peralatan khas untuk mengangkat ikan itu ke lokasi tempat bedah siasat yang akan dilakukan bagi mengetahui punca kematiannya.

Bangkai ikan paus spesies yang sama pernah ditemui di Sungai Thames, London pada tahun 2006. - AP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Seorang maut, tujuh cedera dalam nahas membabitkan dua treler, dua kereta

Posted:

Seorang maut, tujuh cedera dalam nahas membabitkan dua treler, dua kereta

Seorang maut, tujuh cedera dalam nahas membabitkan dua treler, dua kereta

18/11/2013 11:09pm

IPOH - Seorang maut manakala tujuh yang lain cedera dalam kemalangan membabitkan dua treler dan dua kereta di kilometer 257.2 Lebuhraya Utara-Selatan menghala Selatan berhampiran Terowong Menora di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 4.30 petang itu, pemandu lori treler yang membawa muatan siling, M. Ukesparen, 31, disahkan mati di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Abdul Gaffar Muhamad ketika dihubungi berkata, kejadian itu membabitkan treler berkenaan dengan sebuah lagi treler yang membawa muatan bitumen serta dua kereta masing-masing jenis Avanza dan Nissan Latio dengan kesemuanya dalam perjalanan menghala ke Selatan.

"Treler yang membawa muatan siling itu mengalami kerosakan brake dan cuba memperlahankan kenderaannya sebelum menghimpit treler yang membawa muatan bitumen itu dan menyebabkannya (treler bitumen) terbalik dan masuk gaung," katanya.

Katanya, treler yang membawa muatan siling itu kemudiannya terbabas ke hadapan dan merempuh dua kereta itu.

Beliau berkata, bapa kepada Ukesparen cedera pada bahagian kepala manakala pemandu treler yang membawa muatan bitumen tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Kereta Avanza membawa seramai lima penumpang dan seorang daripada mereka Rokiah Awang mengalami patah tangan kiri manakala yang lain cedera ringan.

Pemandu kereta Nissan turut mengalami cedera ringan," katanya.

Tiga mangsa dihantar ke HRPB manakala empat yang lain menerima rawatan di Hospital Kuala Kangsar.

Abdul Ghaffar berkata, ekoran kejadian itu, kenderaan dari arah selatan menghala utara bergerak perlahan sepanjang empat kilometer disebabkan pengguna jalan raya mahu melihat kejadian itu. - Bernama

Graduan maut akibat keracunan makanan terima ijazah UIAM

Posted:

Graduan maut akibat keracunan makanan terima ijazah UIAM

Graduan maut akibat keracunan makanan terima ijazah UIAM

18/11/2013 9:54pm

KUALA LUMPUR - Allahyarham Nurshazana Mohd Rashid, 24, yang meninggal dunia akibat keracunan makanan di Sungai Petani, September lepas merupakan antara penerima ijazah sarjana muda dalam konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) hari ini.

Ibu Allahyarham, Mahani Ismail, 45, mewakili anaknya menerima Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Islam) daripada Rektor UIAM, Prof. Datuk Seri Dr. Zaleha Kamaruddin pada hari ketiga konvokesyen itu.

Mahani diberi tepukan gemuruh oleh graduan dan jemputan ketika menaiki pentas selepas seluruh dewan bertafakur dan menghadiahkan bacaan al-Fatihah kepada Allahyarham.

Ketika ditemui pemberita selepas itu, Mahani berkata, Allahyarham yang memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.8 bercita-cita menjadi ustazah.

"Pada mulanya mak cik tidak mahu mengambil ijazah itu kerana terlalu sedih mengingatkan arwah, tetapi anak-anak menasihati mak cik supaya pergi untuk menerima penghargaan bagi pihak Allahyarham," katanya yang hadir ditemani tujuh anggota keluarga.

Pada September lepas, tiga orang termasuk Nurshazana meninggal dunia akibat keracunan makanan selepas menikmati hidangan kenduri kahwin di Kampung Huma, Tanjung Dawai, Sungai Petani, Kedah.

Allahyarham merupakan anak ketiga daripada tujuh beradik dan menurut Mahani Allahyarham berhasrat membeli sebuah kereta untuknya selain membawa beliau menunaikan haji.

Kata Mahani, selepas menamatkan pengajian pada Jun lepas, Allahyarham sangat teruja dalam membuat persiapan konvokesyen dengan membeli sepasang baju kurung untuk ibunya itu.

"Anak mak cik seorang yang ceria dan taat, Allahyarham pernah menjaga mak cik yang sedang sakit ketika dia bersedia menduduki Sijil Pelajaran Malaysia dan berjaya memperolehi 7A dalam peperiksaan itu," katanya.

Dalam sesi hari ini, 583 graduan menerima ijazah sarjana muda dalam bidang seni bina dan reka bentuk, alam sekitar, sains kesihatan bersekutu serta pendidikan. - Bernama

Pengawal keselamatan maut motosikal dirempuh kereta

Posted:

Pengawal keselamatan maut motosikal dirempuh kereta

Pengawal keselamatan maut motosikal dirempuh kereta

18/11/2013 8:38pm

KEPALA BATAS - Seorang pengawal keselamatan sebuah bank maut selepas motosikal yang ditungganginya dirempuh sebuah kereta dalam kemalangan di Permatang Tok Loba, di sini hari ini.

Jurucakap polis berkata, dalam kejadian 12.25 tengah hari itu, mangsa Zull Sazali Abdullah, 51, meninggal dunia di tempat kejadian berikutan kecederaan parah di bahagian kepala selepas terpelanting beberapa meter akibat kejadian itu.

"Difahamkan mangsa yang baru habis bekerja di sebuah bank di Taman Inderawasih, Butterworth dalam perjalanan ke pekan Kepala Batas iaitu tidak jauh daripada tempat kejadian bagi menjelaskan bayaran ansuran motosikalnya.

"Dipercayai kereta yang melanggar mangsa dipandu laju dan dalam perjalanan ke Kepala Batas. Pemandu berkenaan merempuh motosikal mangsa dari belakang sehingga dia terpelanting beberapa meter," katanya kepada pemberita.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. Polis menahan pemandu kereta berusia 30-an itu untuk membantu siasatan.

Mayat Zull Sazali dibawa ke Hospital Kepala Batas untuk bedah siasat. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Amy, Bunkface buru peluang

Posted:

Amy, Bunkface buru peluang

Amy, Bunkface buru peluang

KOLABORASI antara dua entiti muzik yang datang dari latar generasi berbeza bukanlah dianggap asing dalam dunia hiburan tempatan.

Sementelah, jika karya-karya yang dihasilkan melalui kolaborasi tersebut mendapat saluran promosi yang betul dan menerima sambutan hangat daripada para peminat.

Itulah yang diharapkan oleh penyanyi rock legenda, Amy Search, 55, selepas dia menyatakan persetujuannya untuk bergabung suara melalui single Rentak Laguku bersama band indie popular, Bunkface yang dianggotai Ahmad Farhan Hashim (Paan), Farouk Jaafar (Youk) dan Shamsul Anuar Mohd. Baharom (Sam).

Menurut Amy, band baharu seperti Bunkface perlu diberi peluang sama rata untuk menunjukkan bakat yang mereka ada supaya sesuatu luar biasa dapat diberikan kepada para peminat.

"Kebanyakan stesen televisyen kurang membuka peluang kepada band-band indie untuk menonjolkan bakat, lebih-lebih lagi dengan lambakan artis (program) realiti yang dihasilkan stesen televisyen tertentu saban tahun.

"Apabila hanya sesetengah artis sahaja kerap muncul, mereka yang berdiri sendiri seolah-olah tidak diendahkan, sekali gus semakin pudar dan dilupakan tanpa sebarang promosi," tegas figura itu yang popular dengan lagu Laila Namamu Teratas.

Jelasnya lagi, jika peluang hanya termaktub untuk artis-artis tertentu sahaja, maka bakat yang ada sudah pasti tidak akan dapat berkembang ke tahap yang lebih tinggi.

"Jika bakat yang baik gagal untuk berkembang, maka taraf industri seni kita tetap akan berada di takuk lama tanpa melalui sebarang arus perubahan," ujarnya.

Lagu balada

Dalam berkarya, pasti lagu-lagu yang ditulis mengikut rencah dan resipi band-band itu sendiri. Walhal, cita rasa pendengar juga perlu diambil kira.

Kongsi Amy, walaupun sesetengah band indie mengetengahkan genre rock atau rock alternatif, tidak semestinya mereka perlu menghasilkan album tanpa kehadiran lagu balada.

PAAN (tengah) diapit Sam (kanan) dan Youk kekal bersemangat untuk meneruskan perjuangan survival Bunkface.


"Bagi saya, lagu balada yang baik perlu ada dalam setiap album, tidak kira apa genre muzik yang dibawa oleh band tersebut.

"Jika lagu berentak balada ditulis sempurna untuk penyanyinya dan pada masa yang sama kena dengan masa, insya-Allah lagu tersebut pasti mendapat sambutan ramai," katanya lagi.

Mengulas mengenai nasihat yang dapat diberikan kepada Bunkface sempena dengan kolaborasi tersebut, ujar Amy, apa sahaja peluang yang ada perlu direbut walaupun ia bukan seperti apa yang dicita-citakan.

"Pada saya, banyak band Indie kurang mendapat perhatian kerana enggan mengambil peluang yang diberikan kepada mereka.

"Sebagai contoh, mereka sering memandang negara-negara besar seperti Amerika Syarikat dan Britain untuk mengembangkan karier, sedangkan negara paling dekat dan mempunyai kuasa pendengar yang ramai hanya dipandang sepi," tegas Amy.

Menurut Amy lagi, mereka seharusnya cuba untuk menembusi pasaran yang berkongsi bahasa dan tradisi lebih kurang sama dengan rakyat di negara ini sebelum cuba untuk melangkah lebih jauh ke negara Barat.

"Bukan mudah untuk mengatur karier ke peringkat yang lebih tinggi. Jika band-band tempatan dapat menguasai 250 juta pendengar di Indonesia dan menembusi pasaran muzik di sana, saya yakin ia sudah cukup memadai untuk membentuk perkembangan karier yang sihat," jelasnya.

Dalam pada itu, Amy turut berkata, dia telah memberikan apa yang termampu menerusi kolaborasi tersebut. Selebihnya, dia menyerahkan kepada band yang pernah popular dengan lagu Silly Lily itu.

"Sebagai penyanyi yang lebih senior, saya sudah memberikan bahagian saya. Apa yang penting selepas ini adalah kerja keras mereka," jelasnya lagi.

Bermula dari bawah

Bagi tiga anak muda yang menganggotai Bunkface ini, mereka berdiri bersandarkan usaha keras dan hanya berpaksikan pada bakat yang ada.

Menurut salah seorang ahlinya, Ahmad Farhan Hashim atau lebih senang disapa Paan, karier awal kumpulan itu bermula sama seperti kumpulan-kumpulan Indie yang lain.

AMY ada pandangan tersendiri tentang kebanjiran artis produk program realiti TV.


"Ketika zaman permulaan, kami sering menyertai pertandingan Battle of the Band dan pertandingan-pertandingan lain.

"Pada masa yang sama kami juga turut menjual album EP secara persendirian selepas tamat setiap persembahan.

"Itu sahaja cara yang kami ada ketika itu untuk mempromosikan kumpulan kami. Atas usaha itu jugalah kami mempunyai pengikut tersendiri," ujarnya.

Tangkis kontroversi

Dalam memperjuangkan karya muzik mereka, Bunkface turut tidak terkecuali daripada dilanda pelbagai kontroversi suatu ketika dahulu.

Walaupun agak lali dengan tohmahan yang dilemparkan, mereka tetap bersemangat dan berusaha untuk terus memperjuangkan muzik mereka.

Kembali berdiri, mereka menegaskan, setiap band harus menjadikan 'zaman gelap' sebagai suatu pengajaran dalam memperbaiki diri untuk terus maju ke hadapan.

Menurut Paan: "Kami harus bijak menangkis kontroversi dan menjadikan ia sebagai pedoman untuk memperbaiki diri.

"Pada masa yang sama, alternatif lain turut difikirkan agar pendengar dapat merasai evolusi muzik kami dan tidak bosan dengan karya-karya yang sama setiap kali album baharu dikeluarkan."

Lagu yang ditulis sepenuhnya oleh Bunkface ini berkisar seratus peratus mengenai kumpulan itu. Irama, lirik dan komposisinya turut senada dengan apa yang ingin disampaikan oleh mereka.

"Lagu ini menggambarkan Bunkface. Apa yang diceritakan dalam lagu ini semuanya berkisarkan tentang kumpulan kami.

"Ditambah dengan gabungan suara Amy Search, membuatkan lagu ini menjadi lebih istimewa," ujar mereka yang baru sahaja menyanyikan lagu tersebut pada Anugerah Planet Muzik 2013 di Singapura baru-baru ini.

Bunkface turut berkongsi cerita, mereka akan mengadakan persembahan di Jakarta sempena festival JackCloth pada 7 Disember depan.

Fasha anggap tidak seksi

Posted:

Fasha anggap tidak seksi

Fasha anggap tidak seksi

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA


SATU babak filem Penanggal yang menggandingkan Fasha bersama Zul Arifin.


AKTRES Fasha Sandha yang ditemui pada malam prebiu filem Penanggal lakonannya baru-baru ini kelihatan semakin jelita dengan baju gaun hitam yang membaluti tubuhnya.

Tidak keseorangan, ibu kepada Putra Rayfal Ramli, tujuh bulan, itu hadir bersama suami tersayang, Rizal Ashram atau Jejai.

Biarpun bukan peminat filem seram tetapi aktres berusia 29 tahun itu berani menyahut cabaran membintangi Penanggal yang turut dibintangi oleh Ummi Nazeera, Azri Iskandar dan Zul Ariffin itu.

Membawakan watak gadis Arab bernama Sharifah Zahrah, ada beberapa babak yang memaparkan keseksian aktres itu dalam mengenakan busana Arab.

Fasha menjawab mengenai hal itu selain bercerita mengenai cabaran membintangi filem sulung arahan aktres hebat Elly Suriati itu.

Ikuti temu bual bersama Fasha selanjutnya.

Kosmo!: Khabarnya masih belum sihat tetapi datang juga ke malam prebiu filem Penanggal?

FASHA: Ya, masih demam sejak hari itu. Ketika saya demam, risau pula mahu beri anak susu, takut berjangkit. Mujur saya tanya kakak saya yang sudah memiliki anak tiga orang sama ada boleh menyusukan anak atau tidak. Dia cakap boleh, tak berjangkit sebab susu ibu ada antibodi. Cuma dia cakap jangan kerap cium anak takut berjangkit tetapi saya cium juga (ketawa).

Apakah perasaan tonton lakonan anda dalam Penanggal?

Ini kali pertama saya menonton Penanggal. Sebagai pelakon, memang akan ada rasa untuk perbaiki lagi mutu lakonan tetapi kalau pengarah puas hati, saya lega. Saya suka keseluruhan filem ini walaupun ada beberapa babak yang dipotong.

Kenapa babak tersebut dipotong dan apakah babaknya?

Ia babak membabitkan lakonan saya. Mungkin ia dipotong disebabkan terlalu panjang. Babak membabitkan apa tidak perlulah saya beritahu.

FASHA hadir ke majlis tayangan perdana filem Penanggal bersama suami.


Maaf bertanya. Ada beberapa babak dalam Penanggal yang memaparkan Fasha dalam keadaan yang seksi. Kostum Arab yang dikenakan terlalu terdedah sehingga terlihat lurah dada anda. Komen Fasha?

Bagi saya, tidaklah seksi sangat. Benda itu biasa sahaja. Tidak perlu jadikan isu.

Fasha tidak berasa malu?

Tidak malu, malah berasa bangga menonton lakonan sendiri.

Apakah cabaran membawakan watak Sharifah Zahrah?

Semua babak susah terutama babak yang memerlukan saya berdialog dalam bahasa Arab. Memang kita boleh belajar dan hafal tetapi bagaimana nak buat lenggok bahasanya jadi semula jadi seperti orang Arab bercakap, itu yang susah.

Fasha suka filem seram?

Saya boleh tengok tetapi tidak berapa suka. Suami pernah kenakan saya ajak tengok cerita komedi tetapi sebenarnya cerita seram. Saya lebih suka cerita komedi. Bila tertekan dekat set penggambaran, saya akan lega bila tengok cerita komedi.

Kebiasaannya bagi pelakon yang membintangi cerita seram akan ada pengalaman berjumpa hantu. Bagaimanakah pula dengan Fasha sendiri?

Memang penggambaran Penanggal bermula dari pukul 6 petang hingga 7 pagi. Namun, saya tidak mengalami apa-apa peristiwa yang menakutkan.

Selama 10 tahun terbabit dalam dunia lakonan, saya pernah terlibat dalam dua buah drama seram dan sebuah filem seram iaitu Gong.

Namun Alhamdulillah, saya belum lagi mengalami peris- tiwa seram.

Bagaimanakah pengalaman bekerja di bawa arahan Elly Suriati?

Dia tahu naluri seorang pelakon. Jadi, dia tahu bagaimana nak cakap dengan pelakon. Dia sangat teliti dan semua perkara dititikberatkan. Bukan mudah seorang pelakon sepertinya mahu buat naskhah seperti ini.

Selain daripada Penanggal, apakah drama atau filem lakonan anda yang bakal keluar?

Drama Racun Ibu untuk slot Cerekarama TV3 serta dua buah drama bersiri untuk RTM dan TV3.

Saya nampak jelmaan diri sendiri - Mikael Andre

Posted:

Saya nampak jelmaan diri sendiri - Mikael Andre

Saya nampak jelmaan diri sendiri - Mikael Andre

Oleh IZWAN MOHD. ISA


MIKAEL (dua dari kanan) dirakam pada majlis tayangan perdana filem Kisah Paling Gangster di Kuala Lumpur baru-baru ini.


KELAINAN yang ditampilkan oleh Mikael Andre menerusi filem sulungnya yang berbentuk dokumentari seram berjudul Highland Tower nampaknya membuahkan hasil.

Segelintir daripada peminat menggemari cara penyampaian filem tersebut kerana ia digarap dengan menggunakan teknik penceritaan dokumentari tanpa bergantung kepada skrip semata-mata.

Namun, ada juga yang mengkritik hebat filem itu dengan mengatakan elemen-elemen seram yang dipaparkan adalah tidak benar dan kewujudan entiti di dalam filem tersebut merupakan lakonan semata-mata.

Ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem Kisah Paling Gangster baru-baru ini, Mikael jujur memberitahu bahawa 70 peratus babak daripada filem itu merupakan rakaman benar.

Katanya, hanya beberapa rakaman sahaja yang dilakonkan semula agar persembahan cerita tampak lebih kemas dan menarik.

"Sebagai pengarah dan pelakon filem Highland Tower, saya boleh pastikan bahawa lebih separuh babak dalam filem tersebut adalah rakaman yang kami dapat sepanjang tiga hari membuat pengambaran.

"Babak lakonan Atikah Suhaimi sebagai Cliper dirasuk adalah benar. Malah, babak-babak yang melibatkan suara-suara ganjil yang kedengaran juga adalah benar.

"Kelibat orang berjalan yang berjaya kami rakamkan juga adalah benar. Namun, saya tidak pasti adakah itu entiti atau hanya kelibat penagih dadah yang merewang di dalam bangunan itu," jelasnya.

Anak kepada aktres Khatijah Tan itu turut berkongsi pengalaman seram yang dialaminya ketika sedang melakukan pengambaran.

"Terus terang, pengalaman yang paling menyeramkan adalah ketika melihat jelmaan saya sendiri muncul dalam rakaman yang telah dirakam, sedangkan pada waktu itu saya memegang kamera.

"Lebih menakutkan, jelmaan saya itu mirip wajah badut yang sedang tersenyum," ujar jejaka ini lagi.

Menurut Mikael, walaupun terdapat banyak kelemahan dari segi teknikal, filem sulung pertamanya itu tetap mendapat sambutan yang memberangsangkan.

"Alhamdulillah, secara tidak rasmi, jumlah kutipan tiket untuk filem ini dianggarkan kira-kira RM3.5 juta.

"Ini menguatkan lagi semangat untuk saya berkarya pada masa akan datang," katanya yang ingin terus meneroka tempat-tempat yang dikatakan 'keras' di seluruh negara bagi dijadikan sebuah lagi filem dokumentari.

Dalam pada itu, dia menaruh harapan yang tinggi melalui lakonannya dalam Kisah Paling Gangster.

"Kisah Paling Gangster merupakan filem kedua saya setakat ini. Walaupun judulnya tampak sedikit ganas tetapi jalan cerita dan teknik penceritaannya lebih menjurus ke arah permainan emosi.

"Dalam filem ini saya memegang watak sebagai anak kepada ketua kongsi gelap yang diberi tanggungjawab untuk membunuh musuh bapanya, iaitu ketua kumpulan kongsi gelap lain yang dianggotai oleh Remy, lakonan Shaheizy Sam," katanya lagi.

Kisah Paling Gangster yang diarahkan oleh Brando Lee bakal menemui penonton pada 21 November ini.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved