Isnin, 4 November 2013

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Kerajaan Melaka tidak berganjak

Posted:

Kerajaan Melaka tidak berganjak

Kerajaan Melaka tidak berganjak

Oleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN
zulsham@kosmo.com.my

Inilah pusat sembelihan babi yang masih beroperasi bersebelahan Kompleks Mahkamah Syariah Melaka di Ayer Keroh.


MELAKA - Kerajaan negeri tidak akan berganjak dengan keputusan untuk menutup pusat sembelihan babi yang beroperasi di tanah milik kerajaan bersebelahan Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Melaka di Ayer Keroh di sini berkuat kuasa 31 Disember ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Hasan Rahman berkata, bagaimanapun mereka diberi kelonggaran selama dua bulan sehingga Februari tahun depan untuk memindahkan semua peralatan pusat tersebut. Pusat itu mampu menyembelih 9,000 ekor babi sebulan.

Beliau berkata, tapak baharu pusat sembelihan tersebut ialah di Paya Mengkuang, Masjid Tanah, kira-kira 20 kilometer dari tapak lama.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Felda berjaya kerana bela peneroka

Posted:

Felda berjaya kerana bela peneroka

Felda berjaya kerana bela peneroka

Oleh AQMAR ALLADAD
aqmar.alladad@kosmo.com.my


NAJIB menunjukkan isi kandungan buku bergambar di awal penubuhan Felda kepada ibunya, Tun Rahah (tiga kiri) dan Rosmah sambil diperhatikan Isa (kanan) pada majlis pelancaran buku Meneroka Impian Mencapai Wawasan di Menara Felda, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan kejayaan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) pada masa ini adalah terhasil daripada iltizam politik demi membela nasib peneroka.

Katanya, banyak negara cuba mencontohi kejayaan Felda sebagai badan pembangunan tanah tetapi gagal kerana mereka tidak mempunyai iltizam sama seperti pemimpin di negara ini sejak dahulu hingga sekarang.

"Kejayaan itu meliputi konsep pembangunan reformasi tanah yang paling berjaya di dunia. Negara lain cuba nak ikut atau contohi kita tapi tidak berupaya.

"Hantarlah orang Felda ke negara itu tetapi tidak menjadi, kenapa tidak menjadi? Inilah harus kita tanya kerana kesimpulannya ialah kepimpinan politik yang iltizam untuk menjayakan Felda," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Pistol dalam tandas stadium

Posted:

Pistol dalam tandas stadium

Pistol dalam tandas stadium

Oleh NORHAYATI YAHAYA
norhayati.yahaya@kosmo.com.my


SEGELINTIR penyokong menyalakan suar selepas menyaksikan Pahang mengalahkan Kelantan 1-0 dalam perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, Selangor kelmarin.


SHAH ALAM - Sepucuk senjata api bersama tujuh butir peluru hidup ditemui di dalam sebuah tandas Stadium Shah Alam di sini yang menjadi lokasi perlawanan akhir Piala Malaysia malam kelmarin.

Pistol jenis Browning automatik itu dijumpai pada pukul 9.30 malam oleh seorang anggota polis yang kebetulan mahu menggunakan tandas semasa perlawanan antara Pahang dan Kelantan sedang berlangsung.

Ketika ditemui, senjata jenis lama yang biasanya digunakan pasukan tentera itu berada pada dinding di atas bekas tisu di dalam tandas berkenaan di kawasan stadium yang menempatkan penyokong Kelantan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Deputi Superintendan Ruslan Abdullah berkata, pihaknya masih menyiasat pemilik pistol tersebut serta tujuan ia dibawa ke stadium berkenaan yang menempatkan kira-kira 80,000 penyokong Pahang dan Kelantan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Tiada penundaan

Posted:

Tiada penundaan

Tiada penundaan

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

SKUAD Pahang disambut meriah oleh para penyokong setia mereka sebaik tiba di pekarangan Stadium Darul Makmur, Kuantan petang semalam.


PERSATUAN Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) tetap akan mengadakan perarakan Piala Malaysia ke seluruh negeri berkenaan.

"Saya ingin jelaskan disini, tiada timbul isu penundaan. Ia akan tetap diadakan pada tarikh yang akan ditetapkan nanti," jelas Setiausaha Agung PBNP, Fuzzemi Ibrahim di Kuantan semalam.

Menurutnya, PBNP sedang merangka satu program rasmi berhubung majlis perarakan itu.

"Kejayaan skuad Tok Gajah menjulang Piala Malaysia 2013 merupakan hadiah terbaik buat Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang menyambut Hari Keputeraan ke-83 pada 24 Oktober lalu, katanya."

PBNP masih menunggu titah Presiden PBNP, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah sebelum mengadakan perarakan penuh gemilang ke seluruh negeri Pahang.

"Saya tidak tahu atau tidak dimaklumkan bahawa perarakan kami ditunda. Sebaliknya, PBNP masih belum ada program rasmi mengenai hal ini.

"Saya masih belum dimaklumkan oleh Presiden PBNP (Tengku Rahman). Apa yang pasti, Presiden akan merancang perarakan ini dalam tempoh terdekat.

"Buat masa ini, jelajah tersebut ditangguh bagi menghormati kedatangan tahun baharu Hijrah pada esok (hari ini)," katanya.

Pahang muncul juara Piala Malaysia 2013 selepas menewaskan juara bertahan Kelantan 1-0 pada

perlawanan akhir di Stadium Shah Alam malam kelmarin.

Tetap pincang di sebalik keselamatan ketat

Posted:

Tetap pincang di sebalik keselamatan ketat

Tetap pincang di sebalik keselamatan ketat

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my


DI SEBALIK kawalan ketat di Stadium Shah Alam malam kelmarin, para penonton tetap berjaya menyeludup masuk suar dan dibakar di dalam stadium sebaik perlawanan tamat.


DI sebalik kemeriahan perlawanan akhir Piala Malaysia 2013 antara Pahang dengan Kelantan di Stadium Shah Alam, malam kelmarin, ada beberapa cerita yang kurang enak berlaku di stadium berkenaan.

Insiden membakar api suar, bom asap dan ulat tiket masih lagi berlaku walaupun kawalan keselamatan telah diperketatkan.

Biarpun sebelum ini Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tampil dengan nada tegas untuk mengambil tindakan keras terhadap penyokong-penyokong yang didapati melanggar peraturan, insiden membakar api suar dan balingan bom asap tetap 'mewarnai' aksi final tersebut.

Langkah FAM memperkenalkan sistem tiga pemeriksaan ke atas penonton bagi mengelak mereka membawa bahan larangan, namun ia dilihat masih belum berjaya menyekat gejala kurang sihat ini.

Selain itu, seramai 50 penonton turut ditahan oleh pihak polis selepas mereka didapati cuba memasuki stadium dengan menggunakan tiket palsu.

Apa yang pasti, imej Liga Malaysia (Liga M) akan terjejas daripada segi kualiti sekiranya isu-isu seperti ini tetap gagal ditangani.

Pengerusi Jawatankuasa Tiket dan Pintu FAM, Datuk S. Sivasundram memberitahu, pihaknya sedang berusaha bagi memastikan kawalan keselamatan berada di tahap terbaik bagi menjaga keharmonian sesuatu perlawanan.

Sivasundram menyifatkan ia adalah satu perbuatan tidak adil sekiranya mana-mana pihak masih menuding jari kepada FAM kerana badan induk bola sepak negara itu sentiasa berusaha mencari jalan penyelesaian demi kebaikan bola sepak negara.

"Kami sangat serius berhubung isu keselamatan penonton. Sebelum ini, kami sudah memperkenalkan sistem tiga pemeriksaan ketat bagi menggelakkan mereka membawa masuk bahan larangan ke stadium.

"Adalah tidak adil untuk mengatakan sistem itu tidak berjaya kerana sekurang-kurangnya, pihak kami dapat mengurangkan insiden seperti membakar api suar dan bom asap.

"Bukan kami tidak boleh berbuat apa-apa cuma perbuatan ini boleh dicegah jika kami mendapat kerjasama sepenuhnya daripada para penonton," katanya ketika dihubungi Kosmo!, semalam.

Dalam perkembangan sama, Kosmo! difahamkan, ada seorang peminat yang enggan dikenali memberitahu, harga tiket final Piala Malaysia tulen yang berharga RM40, dijual dengan harga RM80.

Piala Malaysia hadiah untuk orang Kuala Lipis

Posted:

Piala Malaysia hadiah untuk orang Kuala Lipis

Piala Malaysia hadiah untuk orang Kuala Lipis

Oleh NOR AZIRAN YUNUS
aziran.yunus@kosmo.com.my


AZAMUDDIN anggap kejayaan Pahang menjulang Piala Malaysia musim ini sebagai hadiah istimewanya kepada masyarakat Kuala Lipis.


"PIALA Malaysia ini adalah hadiah buat semua orang Kuala Lipis."

Demikian luahan Pemain Paling Bergaya Watson Piala Malaysia 2013, Azamuddin Mohd. Akil selepas membantu pasukan Tok Gajah menamatkan kemarau 21 tahun untuk mendakap trofi paling berprestij bola sepak negara itu.

Azamuddin atau lebih dikenali sebagai Alex juga berkata, kejayaan menjulang Piala Malaysia juga ibarat mimpi menjadi kenyataan baginya.

Kata anak jati Kampung Relong, Kuala Lipis, Pahang itu lagi, seksa yang ditanggung beberapa hari sebelum sepak mula Piala Malaysia itu juga telah terubat dengan kejayaan menewaskan Kelantan.

"Sehari sebelum perlawanan akhir itu saya tidak boleh tidur malam kerana terlalu berdebar menantikan detik perlawanan akhir Piala Malaysia.

"Kejayaan ini sangat manis bagi diri saya dan saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh penyokong Pahang yang tidak jemu-jemu memberi sokongan kepada skuad Tok Gajah," kata Alex.

Dalam pada itu, Alex juga berkata, kejayaan pasukan Pahang menjuarai Piala Malaysia 2013 adalah hasil usaha keras secara berpasukan.

Menurut pemain sayap skuad kebangsaan itu juga, dia berbangga kerana menjadi sebahagian daripada pasukan yang berjaya membawa kembali Piala Malaysia ke bumi Pahang selepas kali terakhir piala itu singgah pada 1992.

Dalam perkembangan lain, Alex juga enggan memikirkan berhubung masa depannya kerana baginya ketika ini adalah tempoh untuk dirinya dan rakan-rakan sepasukan meraikan dahulu kejayaan mereka menjulang Piala Malaysia edisi ke-87 itu.

"Soal masa depan, saya akan beritahu kemudian. Saya akan buat keputusan selewatnya pada bulan depan," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Stailo

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Stailo


Hubungan mertua, menantu bak rakan

Posted:

Hubungan mertua, menantu bak rakan

Hubungan mertua, menantu bak rakan

Oleh ALIF ABU BAKAR

MULUTNYA riuh, ada saja topik yang ingin dibualkan. Kepada yang pertama kali bersua muka dengan Sharifah Shahirah Syed Abu Bakar pasti terkejut dengan kekecohan personaliti pelakon, pengacara dan kini bergelar penyampai radio itu. Apa yang kita saksikan di kaca TV, itulah diri sebenar wanita berumur 39 tahun itu.

Keramahan pekerti Sharifah Shahirah yang mesra disapa Shahirah itu membuatkan dia disenangi ramai. Dia tidak lokek senyuman dan suka berhumor sehingga berderai tawa individu sekeliling. Barangkali karakter bersahaja dan ceria itu membuatkan ibu kepada empat cahaya mata itu kekal jelita.

"Saya bukan kelompok wanita yang ada rejim kecantikan tertentu apatah lagi nak bersolek. Kalau tiada acara istimewa, penggambaran atau majlis yang melibatkan kerja, memang saya tidak akan mengoles solekan," ujar Shahirah sambil ketawa kecil.

Penjagaan wajah Shahirah juga mudah. Keutamaan diberikan kepada kesesuaian produk memandangkan kulitnya jenis yang berjerawat. Begitupun, dia tidak meletakkan spesifikasi tertentu terhadap produk kecantikan yang digunakan.

Selagi produk itu boleh mengekalkan kesihatan kulit wajahnya, ia sudah memadai. Malah tidak pernah terdetik di dalam hatinya untuk mencuba alternatif kecantikan seperti vitamin C atau kolagen.

"Petua kecantikan peribadi memang tidak ada. Tambahan pula sekarang saya mengalami masalah tidur dan hanya lena selama lima jam. Bila bangun pagi, saya minum air kosong dan Nescafe.

"Rutin pagi saya selalunya di rumah sahaja sebab tugas saya di konti radio bermula pukul 3 petang. Lepas habis kerja saya terus ke pusat kickboxing di kawasan perumahan.

"Sudah tiga bulan saya lakukan aktiviti kecergasan ini tetapi saya buat gerakan mudah asalkan dapat berpeluh," jelas Shahirah yang bertugas sebagai penyampai radio di stesen UFM pada frekuensi 101.3fm sejak tujuh bulan lalu.

Fokus kerjaya Shahirah dalam dunia radio memberikannya sedikit ruang untuk berehat dan bersantai bersama keluarga terutamanya pada hujung minggu. Buat sementara waktu, dia mahu berehat dalam bidang lakonan.


MARIA (tengah) mengakui lebih banyak berkomunikasi dengan Shahirah (kiri) berbanding anaknya sendiri, Ijoy.


Gaya kasual

Menyentuh cita rasa fesyen isteri kepada Zulkifly Azari atau dikenali dengan panggilan Ijoy itu, Shahirah memberitahu dia cenderung kepada fesyen kasual dan gaya ringkas. Baju T dan seluar jean merupakan definisi melaram memadai bagi dirinya.

Imej muda itu masih menjadi pilihan Shahirah. Tanpa penambahan aksesori berlebihan, dia gemar bersederhana tanpa mempedulikan trend-trend baharu yang sering diikuti orang.

Bagi Shahirah dia kurang gemar aksesori. Jika teringin bergaya lebih, lazimnya dia hanya memakai subang atau anting-anting. Jika kebanyakan wanita suka membeli barang mengikut trend terkini, Shahirah pula gemar bertentangan trend.

Kasut tapak rata

Shahirah tidak menafikan ramai wanita terkenal dengan minat gilakan kasut tetapi tidak bagi dirinya. Sebaliknya, dia lebih selesa dengan kasut bertapak rata dan hanya menyarungkan kasut tumit tinggi untuk majlis-majlis tertentu.

"Dari segi barang berjenama mewah, ia subjektif kepada individu. Secara peribadi, saya juga ada keinginan untuk memiliki barang berlabel eksklusif tetapi saya hanya beli kalau ada duit lebih.

"Kalau duit cukup-cukup untuk keperluan harian, buat apa kita menyusahkan diri beli barangan tersebut? Jika tidak mampu tak payah beli dan pakailah mengikut kemampuan," saran Shahirah yang tidak berasa istimewa jika memakai jenama mewah.

Ibu mertua Shahirah, Datin Maria Arshad pula mempunyai falsafah kecantikan yang berbeza. Begitupun, bekas aktres yang pernah mencipta nama sekitar tahun 1980-an itu tetap berkongsi kebiasaan yang sama seperti Shahirah apabila membabitkan solekan.

CIRI estrogen dalam produk Nuvafemme mengembalikan kesihatan kulit, payudara dan tulang.


Wanita berusia 55 tahun itu mengakui jarang bersolek walaupun dengan bedak asas ketika keluar rumah. Namun, katanya, dia melihat keperluan solekan itu berdasarkan tempat yang ingin ditujui. Jika ke tempat biasa seperti pasar raya, memang solekan itu langsung tidak penting tetapi ia harus dipakai sekiranya menghadiri majlis istimewa.

Perihal wajah pula amat dititikberatkan Maria. Setiap hari, dia pastikan wajahnya mendapat penjagaan lengkap pada waktu pagi dan malam. Pencuci, pelembap dan penyegar menjadi tiga item wajib dalam rejim kecantikan wajah Maria.

"Penat macam mana sekalipun, jangan malas membersihkan muka," pesannya ringkas.

Selain itu, Maria turut mendedahkan rahsia kelangsingan tubuhnya. Tanpa memerlukan penjagaan makan secara serius, Maria masih berupaya mengimbangi berat badannya walaupun telah memasuki usia 50-an.

"Tidak ada istilah diet. Saya masih lagi makan nasi seperti biasa. Kadang-kadang badan naik juga tetapi saya bakar semula kalori menerusi senaman aerobik.

"Setiap pagi saya menyertai kumpulan aerobik di Ukay Perdana, Ampang, Selangor selama satu jam. Kelas bermula pukul 10 pagi dan hanya ditutup pada hari Ahad," teruja Maria bercerita ketika ditemui Stailo di kediaman anak lelaki dan menantunya, Shahirah baru-baru ini.

Tukar beg tangan

Naluri membeli-belah masih kuat dalam diri Maria. Cuma dia lebih suka berbelanja bersama rakan-rakan berbanding pergi sendirian.

Berbeza dengan Shahirah, Maria menyifatkan dirinya sebagai seorang yang gemarkan kasut khususnya sepatu baji dan tumit tinggi. Katanya: "Kasut memang saya selalu tukar tetapi tidak beg tangan. Kadang-kadang Shahirah tegur suruh saya tukar beg tangan sebab pakai lama sangat."

HUJUNG minggu merupakan waktu yang dikhususkan Shahirah untuk keluarga.


Jika kebanyakan ibu mertua dan menantu perempuan sering berselisih pendapat, namun hal itu tidak dirasai oleh Maria dan Shahirah. Maria yang mempunyai tujuh orang anak dan lima cucu menyifatkan Shahirah sebagai individu yang boleh dibuat rakan.

"Sebenarnya saya lebih banyak telefon Shahirah daripada Ijoy. Bila ada kecemasan atau perkara yang saya nak tahu, saya hubungi Shahirah dan dia sangat membantu.

"Menjaga hubungan mertua dan menantu ini mudah. Saya jarang menyibuk dalam hal rumah tangga anak-anak saya dan seboleh-bolehnya tidak mahu mencelah. Saya bagi kebebasan kepada mereka. Tambahan pula hubungan saya dengan ibu bapa Shahirah cukup rapat," dedah Maria.

Apabila diajukan pertanyaan tentang kerinduannya terhadap bidang seni, Maria hanya tersenyum. Kehidupan sekarang menguruskan anak-anaknya yang masih bersekolah membuatkan Maria memilih untuk sepi daripada kerjaya lamanya.

"Ada juga orang panggil tapi saya tolak sebab saya sibuk menghantar dan mengambil anak sekolah dan menguruskan keluarga," luah Maria yang menghargai orang ramai yang masih mengenalinya di tempat awam.

Transformasi jejaka metropolitan

Posted:

Transformasi jejaka metropolitan

Transformasi jejaka metropolitan

AKSESORI serba hitam seperti sneaker, jam tangan, jaket dan kaca mata secara automatik memaparkan karakter maskulin.


KONSEP pengembaraan menjadi asas. Tiga negara di benua Eropah iaitu Belanda, Belgium dan United Kingdom pula dipilih sebagai teras penggerak. Paduan dua elemen itu lantas menghidupkan gaya ranggi buat sang jejaka moden. Koleksi baharu keluaran Alfio Raldo yang merangkumi jam tangan, tali pinggang, kasut dan kaca mata sedia untuk membentuk penampilan segak lelaki metropolitan.

Selari dengan peredaran fesyen, Alfio Raldo tidak ketinggalan memenuhi keinginan kaum Adam yang mengutamakan gabungan penampilan dan karakter sebagai perlambangan diri.

Teknik rekaan, perincian dan pemilihan aksesori yang memaparkan ciri-ciri moden serta padanan rona maskulin seperti hitam dan coklat bata sekali gus mewakili karakter kelelakian individu secara semula jadi.

Penataan blok warna pada koleksi kali ini juga unik untuk dicuba golongan jejaka. Cipta gaya retro bersama kemeja merah dan biru berkotak yang berlatarkan warna putih. Tambah sentimen old school pada gaya itu dengan memadankan seluar jean biru tua.

Sempurnakan keagungan gaya klasik menerusi kaca mata hitam agro dinamik Alfio Raldo dan jam tangan bertali kulit hitam yang menawan.

Bagi gaya lebih santai, sarungkan kemeja hijau polos dan satukan bersama celana hitam atau jean lusuh. Jam tangan kulit rona coklat berbentuk bujur pula menjadi pelengkap gaya yang ideal. Tidak lupa sneaker hitam sebagai pengimbang konsep kesederhanaan.

Mahukan fesyen formal maskulin? Apa kata anda memilih sut hitam bersama sepatu hitam arang ketika melangkah ke pejabat. Anda juga boleh memadankan aksesori bersesuaian seperti jam tangan rona coklat dan kaca mata hitam apabila menghadiri majlis koktel atau acara makan malam eksklusif.

Sesekali tampil berani mengenakan baju berona lembut seperti merah jambu. Tonjolkan kebijaksanaan anda dalam berfesyen dengan memadankannya bersama jean biru tua, tali pinggang coklat hazel dan jam tangan warna hitam. Sempurnakan gaya romantis anda menerusi beret berona biru.

Kolagen dalam bar coklat

Posted:

Kolagen dalam bar coklat

Kolagen dalam bar coklat


COKLAT dan minuman kolagen CocoBelle sesuai untuk individu berumur 25 tahun ke atas.


TREND pengambilan kolagen sebagai pemulih keanjalan dan keremajaan kulit telah lama mendominasi keinginan kaum Hawa yang dahagakan kejelitaan berpanjangan. Harapan untuk mendapatkan kulit bebas kedutan dipendam tinggi golongan wanita yang memilih kolagen sebagai alternatif prosedur kecantikan.

Daripada suntikan kepada minuman yang diisipadukan bersama kolagen, pasaran terhadap produk sebegini kian rancak, biarpun ramai yang kurang memahami keperluan dan kepentingan kolagen kepada manusia.

Secara saintifik, kolagen merupakan protein dalam badan dan mewakili 25 peratus daripada keseluruhan protein. Peningkatan usia mendorong kepada penurunan kadar kolagen. Proses berterusan itu memberi kesan kepada kadar kedutan kulit.

Kebimbangan wanita melewati fasa wajah berkedut kemudiannya melahirkan pelbagai teknologi kecantikan berasaskan kolagen. Menerusi rangkaian alternatif tersebut, amaun kolagen yang hilang seiring pertambahan umur digantikan dengan kolagen baharu. Ia sekali gus memperlahankan proses penuaan seseorang.

Pengambilan protein

Hari ini, kandungan kolagen dapat diperoleh menerusi satu bar coklat. Pengenalan produk coklat kolagen CocoBelle keluaran Dzar Holdings Sdn. Bhd. itu telah membuka lembaran baharu dalam rawatan kecantikan yang sebelum ini hanya dapat dicapai melalui penggunaan kosmetik atau serbuk minuman.

Menggunakan coklat gelap asli yang berkualiti, kandungan lima gram (g) kolagen dalam coklat kolagen CocoBelle cukup untuk memulakan hari anda dengan penuh bertenaga.

Pengerusi Eksekutif dan pengasas Dzar Holdings, Datuk Zawati Abd. Rahman menjelaskan, penghasilan bar coklat kolagen bertujuan memudahkan pengambilan protein itu dalam kalangan individu yang sibuk bekerja.

"Kalau perlu pergi ke tempat yang jauh contohnya, bar coklat ini sangat praktikal untuk dibawa dan boleh dimakan pada bila-bila masa," ujar Zawati ketika ditemui pada majlis pelancaran syarikat dan produk-produknya di Bora Ombak, Ampang, Selangor.


SITI NURHALIZA hadir merasmikan majlis pelancaran produk coklat kolagen CocoBelle di Ampang, Selangor baru-baru ini.


Sebagai pelengkap kepada bar coklat tersebut, minuman kolagen berperisa oren CocoBelle turut ditawarkan kepada orang ramai. Penggunaan tiga bahan terbaik termasuk kolagen marin dari Jepun menjadikan dua produk berasaskan kolagen CocoBelle itu lebih berkualiti berbanding produk sedia ada dalam pasaran.

Pensijilan halal yang diperoleh secara sah produk-produk CocoBelle juga menambah keyakinan pelanggan untuk mencuba barangan keluaran Dzar Holdings tersebut.

"Kami mengutamakan kualiti dan kuantiti yang kami tawarkan juga lebih banyak berbanding produk lain. Setiap uncang minuman kolagen CocoBelle ialah seberat 26g yang cukup untuk penyediaan segelas air," jelas Zawati.

Selain dihasilkan sebagai alternatif kecantikan, coklat dan minuman kolagen CocoBelle untuk individu berumur 25 tahun ke atas itu juga mempunyai faedah kesihatan kepada tubuh.

Menurut Zawati, pengambilan coklat pada waktu pagi dan minuman kolagen CocoBelle menjelang malam dapat membantu menguatkan tulang dan sendi. Katanya: "Saya kurang bersetuju kalau orang cakap kolagen hanya untuk tujuan kecantikan sedangkan ia banyak manfaat kesihatan.

"Siapa yang ingin sakit bila tua, jadi dengan adanya produk sebegini, ia dapat membantu kita melewati proses penuaan dengan lancar."

Penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin yang hadir merasmikan acara tersebut berpendapat, produk kecantikan berasaskan makanan kesihatan memang memberi kebaikan kepada individu.

Bagaimanapun, ulas Siti, setiap orang perlu memastikan produk yang diambil mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan dan mengenal pasti isi padu bahan utama yang digunakan.

– ALIF ABU BAKAR

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Kecekalan bekas penghidap kanser

Posted:

Kecekalan bekas penghidap kanser

Kecekalan bekas penghidap kanser

LALUAN mencabar sepanjang pendakian membataskan pergerakan Nazri (kiri) yang gagal melayakkan diri untuk meneruskan pendakian ke puncak Gunung Kinabalu.


SERAMAI 24 orang peserta, termasuk tiga bekas pesakit kanser, menyahut cabaran dan menyertai pendakian Gunung Kinabalu, Sabah dalam program Klimb for Kancer pada 22 September lalu. Aktiviti itu dianjurkan Majlis Kanser Nasional (Makna) dengan penyertaan pesakit kanser yang telah sembuh, penderma berkala, staf dan sukarelawan daripada setiap peringkat umur.

Zeffereili Helmie, 12, merupakan peserta termuda yang menyertai cabaran itu manakala seorang bekas penghidap kanser, Sagowah Maliban yang kini berusia 58 tahun menjadi peserta tertua program.

Seorang bekas pesakit kanser, Nazri Hamzah, 23, berjaya tiba di pusat pemeriksaan Sayat-Sayat yang berada pada ketinggian 3,668 meter dari paras laut, kira-kira 426 meter lagi untuk tiba ke puncak Kinabalu. Biarpun berdepan kesukaran pergerakan akibat halangan batu-batu granit dan laluan sempit, Nazri tetap bersemangat meneruskan pendakian.

Memulakan cabaran pendakian seawal pukul 2.30 pagi dari Laban Rata memberi tekanan kepada mental dan fizikal Nazri yang kehilangan kaki kanan pada umur 16 tahun akibat penyakit kanser yang pernah dihidapinya.


BARISAN 21 peserta dan tiga bekas pesakit kanser yang menyertai program Klimb for Kancer di Gunung Kinabalu yang diadakan pada bulan September lalu.


"Kesukaran pergerakan akibat cerun yang berbahaya menyebabkan saya dan Nazri tiba di pusat pemeriksaan Sayat-Sayat pada pukul 5.15 pagi.

"Pusat pemeriksaan itu ditutup tepat pukul 5 pagi dan kelewatan 15 minit tersebut secara automatik menggugurkan kelayakan kami untuk meneruskan pendakian ke puncak.

"Tujuh lagi pendaki iaitu Max Chong, Umadevi Govindaraju, Susan Shee, Yunus Sufaat, Aarya Gowri, Sagawoh dan Rozieana Jorun berjaya menawan puncak Kinabalu," ujar Timbalan Pengurus Besar Makna, A. Vemanna.

Sokongan komuniti

Usaha murni itu turut mendapat sokongan daripada pelbagai pihak. Kelengkapan dan peralatan mendaki ditaja sepenuhnya oleh Corezone, manakala baju-T para peserta disumbangkan Global Gases Malaysia Sdn. Bhd.

Klimb for Kancer yang menekankan penggunaan huruf 'K' bagi merujuk kepada Kinabalu merupakan program yang istimewa kepada para pesakit kanser yang terselamat daripada ancaman penyakit berbahaya tersebut.

Kempen itu berjaya meraih sasaran sumbangan bernilai RM50,000 yang akan disalurkan kepada pesakit-pesakit kanser yang sedang berjuang melawan penyakit itu.

AmBank raikan penghuni Yesuvin Mahligai

Posted:

AmBank raikan penghuni Yesuvin Mahligai

AmBank raikan penghuni Yesuvin Mahligai


SYED ANUAR (kanan) menyerahkan sumbangan kepada wakil Pertubuhan Kebajikan Yesuvin Mahligai Selangor.


SYARIKAT perbankan, AmBank Group melalui kelab sukannya, Kelab AmBank Group (KAG) baru-baru ini menganjurkan sambutan Hari Deepavali bagi 84 orang kanak kanak, remaja dan warga emas dari Pertubuhan Kebajikan Yesuvin Mahligai Selangor di Kajang, Selangor.

Majlis amal itu bertujuan menambah keseronokan dan kegembiraan skepada semua kanak-kanak dan warga emas di pusat kebajikan itu sempena sambutan Deepavali.

Menariknya, semua penghuni Yesuvin Mahligai dihargai dengan sesi membeli-belah di pusat beli-belah terdekat, diberi sumbangan wang tunai dan barang-barang keperluan. Selain itu, mereka juga disajikan dengan pelbagai makanan tradisional Deepavali seperti maruku, vadai dan kari ayam. Mereka juga dihiburkan dengan persembahan badut.

"Kami amat berbesar hati untuk menganjurkan sambutan Deepavali yang disertai 54 kanak-kanak dan remaja serta 30 orang warga emas dari Pertubuhan Kebajikan Yesuvin Mahligai Selangor," kata Presiden Kelab AmBank Group, merangkap Pengurus Besar Kanan, Komunikasi Korporat Kumpulan dan Pemasaran Kumpulan AmBank, Syed Anuar Syed Ali.

Beliau menegaskan bahawa aktiviti seperti itu penting sebagai inisiatif berkongsi semangat perayaan bersama mereka yang kurang bernasib baik, sekali gus juga membantu mengeratkan hubungan antara ahli-ahli KAG dan penghuni di rumah kebajikan.

Ia juga selaras dengan matlamat kelab itu untuk menyumbang kepada masyarakat.

"Kumpulan AmBank akan terus memainkan peranan tanggungjawab sosial korporat (CSR) untuk masyarakat umum, tanpa mengira bangsa, agama atau agama, seiring dengan matlamat kami terhadap pembangunan yang mampan masyarakat," ujar Anuar.

Katanya, aktiviti seperti itu juga akan membantu untuk mencapai objektif kumpulan perbankan itu dalam memainkan peranan yang lebih berkesan sebagai warga korporat yang dapat memenuhi tanggungjawab sosial.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Darby ganti Hodak sebagai jurulatih Kelantan musim depan - Annuar

Posted:

Darby ganti Hodak sebagai jurulatih Kelantan musim depan - Annuar

Darby ganti Hodak sebagai jurulatih Kelantan musim depan - Annuar

04/11/2013 9:20pm

KUALA LUMPUR - Bekas jurulatih Perak Steve Darby akan mengambil alih tugas Bojan Hodak sebagai ketua jurulatih pasukan Kelantan untuk saingan Liga Super musim depan.

Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa berkata Darby telah bersetuju menandatangani kontrak selama dua tahun bersama skuad 'The Red Warriors' dan akan memulakan tugas pada 15 November ini.

"Terima kasih khusus kepada Bojan atas khidmat beliau dan menghormati hasratnya mahu berubah angin dan saya memahaminya.

"Insya-Allah senarai pasukan 2014 akan diumumkan selepas itu," kata Annuar menerusi laman Facebooknya, hari ini.

Hodak, yang dilantik sebagai pengendali skuad Kelantan pada Mac 2012, mengesahkan bahawa beliau akan berubah angin pada musim depan namun enggan mendedahkan pasukan yang bakal dikendalikannya.

Darby, 58, kelahiran Liverpool, England, mempunyai pengalaman luas dalam bidang kejurulatihan di beberapa negara Asia sejak 1979.

Menyentuh mengenai prestasi pasukan Kelantan musim ini, Annuar berkata beliau berpuashati dengan pencapaian yang diraih para pemain walaupun terkilan dengan kegagalan mereka mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia. - Bernama

Sepucuk pistol ditemui ketika perlawanan akhir Piala Malaysia berlangsung

Posted:

Sepucuk pistol ditemui ketika perlawanan akhir Piala Malaysia berlangsung

Sepucuk pistol ditemui ketika perlawanan akhir Piala Malaysia berlangsung

04/11/2013 7:46pm

SHAH ALAM - Polis menemui sepucuk pistol bersama tujuh butir peluru hidup dalam sebuah tandas di Stadium Shah Alam malam semalam ketika perlawanan akhir Piala Malaysia di antara pasukan Kelantan dan Pahang sedang berlangsung.

Difahamkan pistol itu diletakkan di bahagian dinding dekat atas bekas tisu yang terdapat dalam tandas itu dan ditemui oleh anggota polis yang kebetulan masuk ke tandas tersebut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Deputi Superitenden Ruslan Abdullah berkata, pihaknya masih menyiasat pemilik pistol berkenaan dan motif senjata itu dibawa ke stadium tersebut.

"Buat masa ini kita tidak boleh memberi sebarang ulasan berhubung perkara itu kerana ia masih dalam siasatan pihak polis.

"Namun apa yang saya boleh katakan, perlawanan yang berlangsung malam tadi (kelmarin) berjalan dengan lancar tanpa kejadian tidak diingini berlaku," katanya ketika di hubungi hari ini. - KOSMO!

Mayat lelaki ditemui di Jambatan Sungai Tengi

Posted:

Mayat lelaki ditemui di Jambatan Sungai Tengi

Mayat lelaki ditemui di Jambatan Sungai Tengi

04/11/2013 7:33pm

TANJONG KARANG - Mayat seorang lelaki yang diikat pada seketul batu dan dijerut dengan tali di leher ditemui bawah Jambatan Sungai Tengi, di sini, tengah hari hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Mohd. Taib Ahmad mengesahkan menerima maklumat daripada orang awam mengenai penemuan mayat itu kira-kira pukul 1.15 petang.

Menurut beliau, siasatan mendapati mayat yang ditutup dengan selimut itu berada berhampiran dengan tebing sungai ketika air surut dan anggotanya terpaksa mengikat mayat itu pada kayu berhampiran sementara menunggu pasukan forensik tiba ke lokasi kejadian.

"Kita percaya dia sudah lama mati berdasarkan pada keadaan mayat yang ditemui namun siasatan lanjut masih dijalankan dan punca kematian hanya boleh diketahui se lepas bedah siasat dijalankan esok (hari ini).

"Mayat dihantar ke Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat," ujarnya.

Kes disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan orang ramai yang mempunyai kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi balai polis berhampiran untuk siasatan lanjut. - KOSMO!

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Raja Abdullah janji buat pembaharuan

Posted:

Raja Abdullah janji buat pembaharuan

Raja Abdullah janji buat pembaharuan

RAJA ABDULLAH II (dua dari kanan) berjalan memasuki Parlimen di Amman semalam.- REUTERS


AMMAN - Pemerintah Jordan, Raja Abdullah II semalam berjanji untuk melakukan pembaharuan pentadbirannya termasuk meminda undang-undang pilihan raya.

Sebelum ini pihak pembangkang mendakwa, calon-calon yang prokerajaan diberikan jawatan penting dalam pentadbiran negara itu yang dicemari rasuah dan nepotisme.

Raja Abdullah yang membuat janji itu ketika berucap di Parlimen menyatakan, baginda telah merancang pembaharuan tersebut sebelum revolusi penduduk Arab berlaku pada tahun 2011.

"Jordan akan meneruskan pencarian untuk memajukan satu model pembaharuan yang berasaskan nilai tempatan," kata baginda.

Raja Abdullah berkata, agensi kerajaan akan distruktur semula manakala kualiti pendidikan, kesihatan dan pengangkutan awam akan dipertingkatkan.

Baginda bertitah, Parlimen akan menyusun semula undang-undang pilihan raya dan parti politik.

Pada tahun ini, pergerakan Ikhwanul Muslimin telah memulaukan pilihan raya bagi membantah undang-undang tersebut.

Raja Abdullah bertitah, langkah seterusnya adalah untuk mewujudkan parti-parti politik yang banyak di negara ini untuk membentuk perikatan.

Baginda mahu melihat 23 buah parti politik yang kecil dan berpecah bergabung menjadi perikatan yang liberal dan konservatif ketika bertanding pada pilihan raya Parlimen. - AP

Petugas media rai Shah Rukh

Posted:

Petugas media rai Shah Rukh

Petugas media rai Shah Rukh

SHAH RUKH bergambar di depan para petugas media di kediamannya di Mumbai kelmarin.


MUMBAI - Aktor terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-48 bersama beberapa petugas media di kediamannya di sini kelmarin.

Shah Rukh memberitahu para pemberita, dia mahu meneruskan kerjayanya sebagai pelakon dengan menganggap bidang itu mempunyai kedudukan yang tinggi kerana ia menyuarakan perasaan manusia.

Pelakon tersebut memulakan kerjaya seninya dengan berlakon drama televisyen.

Justeru, katanya, dia mahu kembali aktif berlakon drama televisyen.

Ketika bercakap kepada pemberita, Shah Rukh berkata, dia mengucapkan terima kasih kepada petugas media yang berada di kediamannya pada hari ulang tahun kelahirannya itu.

"Saya selalu menyatakan bahawa saya tidak meraikan ulang tahun kelahiran saya. Tetapi, setiap tahun, anda (petugas media) menjadikan hari lahir saya sebagai sesuatu yang istimewa," katanya.

Menurutnya, dia tidak pernah menyambut hari lahir semasa zaman kanak-kanak.

"Saya bersyukur dengan kehidupan ini," katanya.

Shah Rukh berkata, dia akan membuka setiap hadiah yang diberikan para peminatnya dari seluruh dunia.

"Saya kerap tidur lewat. Justeru, saya membuka setiap hadiah dan membaca kad daripada para peminat saya. Peminat-peminat dari Jerman dan Singapura menghantar hadiah kepada saya," katanya.

Shah Rukh turut melambaikan tangan ke arah para peminat yang berada di luar kediamannya pada hari ulang tahun kelahirannya itu. - Agensi

Robot ada 78 jari bermain gitar

Posted:

Robot ada 78 jari bermain gitar

Robot ada 78 jari bermain gitar


SEORANG lelaki bermain gitar elektrik di depan Mach.


TOKYO - Dua buah robot bermain gitar dan dram pada satu pameran teknologi yang berlangsung selama dua hari sejak semalam di sini.

Sebuah robot yang bernama Mach bermain gitar dengan menggunakan 78 batang jarinya yang disaksikan oleh para pengunjung pameran tersebut.

Para pengunjung pameran itu juga menyaksikan sebuah robot yang bernama Ashura bermain dram di Muzium Negara Sains dan Inovasi.

Mach dan Ashura merupakan anggota band robot Z-Machines.

Menurut laman teknologi digitaltrends.com, band robot itu dicipta oleh seorang profesor teknologi maklumat di Universiti Tokyo, Yoichiro Kawaguchi dan pereka mekanikal, Naofumi Yonetsuka.

Band itu turut dianggotai sebuah lagi robot bernama Cosmo yang bermain papan nada elektronik.

Pada Jun lalu, band tersebut membuat persembahan dalam sebuah konsert di sini. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Rapat dengan Fauzi Nawawi

Posted:

Rapat dengan Fauzi Nawawi

Rapat dengan Fauzi Nawawi

MOMENTUM gadis bernama Noreen Ashikin Rahim atau nama pentasnya Reen Rahim dalam bidang lakonan tidak begitu menyerlah biarpun sudah menjuarai program realiti Pilih Kasih musim ketiga.

Sedar akan hakikat tersebut, luah pelakon berusia 25 tahun itu, selama dua tahun dalam bidang lakonan dia sering ditawarkan watak-watak kecil.

"Kalau orang lain yang menang program realiti senang dapat watak utama, tetapi saya pula sudah dua tahun berlakon baru dapat watak pembantu. Momentum saya dalam bidang lakonan tidak laju seperti sesetengah pelakon," ujarnya jujur ketika ditemui baru-baru ini.

Tidak berputus asa dengan rezeki yang diperoleh, ungkap Reen, pahit yang dirasai itu menjadikan dirinya kuat dan lebih berkeyakinan tinggi untuk menjadi pelakon yang lebih baik pada masa akan datang.

Bagaimanapun, Reen bersyukur kerana tawaran berlakon tidak pernah putus, bahkan dia juga sudah menjalani penggambaran drama berjudul Berlima Ramadan untuk siaran pada bulan Ramadan tahun depan.

Watak antagonis

Biarpun tawaran tidak pernah putus, Reen sering sahaja ditawarkan watak antagonis.

Mengulas mengenai perkara itu, Reen memberitahu, dia tidak pernah berasa bosan dan berkecil hati, malah menganggap tawaran watak sebegitu merupakan pujian kepada dirinya.

"Saya bukan jenis yang feminin atau lemah lembut untuk ditawarkan watak baik. Mungkin pihak penerbit nampak saya aktif dan lincah, maka watak antagonis sesuai dengan saya. Disebabkan itu saya sering ditawarkan watak tersebut," dedahnya yang anggun mengenakan gaun berwarna-warni pada sesi fotografi itu.

Terkini, Reen yang berasal dari Klang, Selangor itu muncul dengan watak antagonis dalam drama bersiri Aku menerusi Slot Aksi, TV3.

Kongsi Reen mengenai wataknya di dalam drama rantaian tersebut, dia membawakan watak gadis kampung bernama Nini yang bercinta dengan Acid (lakonan Nubhan).

REEN RAHIM mengaku bukan sahaja mempunyai hubungan yang baik dengan Fauzi Nawawi, tetapi juga rapat dengan isterinya, Lisdawati.


Malangnya, hubungan cinta di antara Nini dan Acid tidak disukai oleh Adam yang turut mencintai Nini.

"Acid dipukul oleh Adam dan akhirnya dia keluar meninggalkan kampung. Nini yang pada asalnya baik bertukar menjadi gadis yang jahat selepas dirogol oleh Adam," ujarnya mengenai wataknya itu.

Mengulas mengenai cabaran membawakan watak Nini, kata Reen, buat pertama kalinya dia perlu melakukan aksi pergaduhan dalam drama.

Selain perlu tahan sakit Reen juga perlu menunjukkan skil seni mempertahankan diri yang betul.

Mujur, kata Reen, dia mendapat tunjuk ajar dari seorang koreografer lawan bernama Komeng.

"Asalnya watak Nini selepas kena rogol dia jadi lagi lembik dan tidak bersemangat, tetapi pihak produksi ubah watak saya menjadi sebaliknya selepas melihat saya minat pada babak-babak aksi lawan," jelasnya.

Gosip skandal Fauzi, Noni

Selesai mengenai pembabitannya dalam dunia lakonan diceritakan, nama Reen turut terheret sama dalam gosip cinta aktor sensasi Fauzi Nawawi yang didakwa mempunyai skandal dengan bekas pelajar Akademi Fantasia musim kelima, Noni baru-baru ini.

Fauzi sendiri mengakui dalam kenyataannya kepada Kosmo! bahawa dia lebih rapat dengan Reen berbanding Noni dan terkejut kenapa Noni yang dikaitkan dengan dirinya.

Menjawab mengenai pengakuan Fauzi itu, luah Reen, dia memang rapat dengan Fauzi dan juga Lisdawati selepas berlakon drama di bawah arahan Fauzi iaitu Kiambang.

"Saya sudah lama kenal dia (Fauzi). Begitu juga isterinya, Lisdawati selepas berlakon drama arahannya. Saya juga salah seorang pengguna produk Aqua Therapy keluaran syarikatnya," jelasnya.

Ditanya mengenai gosip skandal Fauzi dan Noni, kata Reen, mungkin mereka digosipkan kerana Noni seorang yang lemah lembut dan mesra.

Sebaliknya, ungkap Reen, Noni sekadar anak didik Fauzi. Begitu juga dengan dirinya yang sentiasa mendapat tunjuk ajar lakonan daripada aktor itu.

Sampling biasa dalam muzik Hip Hop - Waris

Posted:

Sampling biasa dalam muzik Hip Hop - Waris

Sampling biasa dalam muzik Hip Hop - Waris


WARIS tidak lemah semangat dengan kontroversi yang melanda dirinya kini.


UMUM mengetahui lagu Botingkek nyanyian rapper muda, Waris telah ditarik keluar daripada pencalonan akhir Anugerah Muzik Malaysia 20 (AIM 20) baru-baru ini.

Bagaimanapun, tindakan tersebut tidak akan melenturkan semangat Waris atau nama sebenar, Muzzammil Alias, 24, untuk terus berkarya pada masa hadapan.

Pernah unggul dengan single yang mencetuskan fenomena pada awal tahun ini, Rembau Most Wanted, kini Waris terus hangat dengan lagu kedua yang berjudul Botingkek.

Ramai yang tidak berpuas hati mendakwa Waris seorang artis yang tidak beretika. Dia didakwa mencedok hasil karya orang lain kerana lagu barunya itu kedengaran hampir sama seperti lagu Racks On Racks nyanyian YC bersama Nelly, B.o.B., Trae The Truth, Yo Gotti, Cyhi Da Prynce, Dose & Ace Hood. Malah, judulnya juga hampir menyamai lagu tersebut cuma kelihatan seperti dialih bahasa.

Enggan peminat membuat andaian negatif, Waris bercakap kepada Kosmo! mengenai perasaannya, selain mengaku tidak akan berhenti melakukan lagu sampling atau lagu adunan semula yang cukup terkenal dalam kalangan penggiat muzik Hip Hop.

Kosmo!: Apa khabar Waris?

WARIS: Sihat. Saya baru sahaja pulang bercuti dari Bali, Indonesia.

Tahniah diucapkan atas kejayaan lagu Rembau Most Wanted yang layak bertanding dalam AIM 20 nanti. Apakah harapan anda untuk lagu tersebut?

Terima Kasih. Sebenarnya, secara peribadi, buat saya, tercalon pun saya lihat ia sudah cukup baik untuk pendatang baharu seperti saya. Tentang harapan untuk menang pula, saya melihat ia bergantung kepada rezeki. Jika saya menang, ia merupakan satu anugerah dan jika kalah, saya tetap terima dengan tangan terbuka.

Lagu Botingkek menimbulkan kontroversi apabila ia tercalon dalam anugerah tersebut. Selepas dikaji, ia memang mempunyai persamaan yang ketara dengan lagu Racks On Racks

LAGU Racks On Racks ini dikatakan diciplak Waris menjadi lagu Botingkek.


Boleh anda komen sedikit tentang pengguguran lagu tersebut?

Saya menerima seadanya keputusan yang telah dibuat. Saya anggap ia bukan rezeki saya.

Mungkin boleh anda jelaskan dengan lebih lanjut tentang konsep lagu Botingkek yang mempunyai persamaan hampir 100 peratus dengan lagu tersebut?

Kami dalam industri Hip Hop terkenal dengan konsep sampling. Mungkin ini sesuatu yang baharu di Malaysia, tetapi di barat konsep ini sudah diaplikasikan sejak 80-an lagi. Maksud sampling ini ialah adunan semula dan diubah mengikut kesesuaian semasa dan saya buat lagu Botingkek itu mengikut cita rasa rakyat Malaysia.

Selepas isu anda menciplak lagu seperti ini kecoh, adakah anda akan lebih berhati-hati atau membuat lagu original selepas ini?

Tidak, kerana saya tidak akan berhenti membuat lagu-lagu sampling kerana itu adalah sebahagian daripada muzik Hip Hop. Apa yang penting ialah saya mahu menyampaikan mesej menerusi lirik yang mengikut adunan saya sendiri.

Anda membuat lagu secara suka-suka, memuat naiknya dalam Youtube juga secara suka-suka tanpa menjangkakan anda boleh menjadi popular seperti sekarang. Namun kini, selepas popular, orang ramai mula mencari salah anda pula. Bagaimana anda melihat situasi ini?

Saya tidak kecewa kerana sesetengah pihak tidak memahami konsep dan idea yang saya cuba ketengahkan.

Apakah perkembangan terkini anda?

Saya dalam proses merakamkan single baharu yang masih belum diketahui judulnya. Saya akan berkolaborasi bersama Datuk Hattan dan lagu itu sudah hampir 30 peratus siap dirakam.

Mamat boleh jangka lawak Sepahtu

Posted:

Mamat boleh jangka lawak Sepahtu

Mamat boleh jangka lawak Sepahtu

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA


MAMAT menyertai Maharaja Lawak Mega 2013 bersama Arin dan Munir atas tiket kumpulan yang diberi nama Kucai.


TIADA niat untuk membuktikan dirinya yang terbaik berbanding kumpulan Sepahtu, Mamat Sepah mengakui menyertai program Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM2013) untuk membina semula nama dan kerjayanya dalam bidang seni.

Mamat bersama pelawak Munir dan Arin yang menggelarkan diri mereka sebagai Kucai akan bersaing dengan kumpulan Sepahtu yang dianggotai oleh Jep, Shiub serta Rahim R2 dalam Maharaja Lawak Mega 2013.

Selain Kucai dan Sepahtu, Maharaja Lawak Mega 2013 turut dianggotai 11 kumpulan lain yang menggelarkan diri mereka Jambu, Boboi, Shiro, Saywho, Wala, Comey, Osama, Tulang, Bocay, SYJ dan seorang peserta solo iaitu Nabil.

Menurut Mamat atau nama sebenarnya Mohd. Noor Murad, dia mengakui berasa janggal jika menyertai program tersebut seorang diri. Disebabkan itu, dia mengambil keputusan mencari dua lagi ahli untuk membentuk kumpulan baharu.

"Saya masuk ke industri seni dengan kumpulan Sepah. Memang sudah terbiasa melakukan lawak secara berkumpulan. Jadi, saya rasa janggal jika beraksi solo di pentas MLM 2013.

"Jadi, saya cari dua peserta untuk membina kumpulan Kucai. Saya dapati Munir dan Arin mempunyai kelebihan. Munir mempunyai wajah yang mampu membuatkan orang ketawa, manakala Arin pula mempunyai karakter yang suka berjalan kengkang. Kelebihan yang mereka ada membuatkan saya terfikir untuk menarik mereka menyertai MLM 2013." jelasnya ketika ditemui baru-baru ini.

Disoal bagaimana perasaannya bersaing bersama kumpulan Sepahtu di pentas MLM 2013, luah Mamat, biarpun reda dengan perkara itu, tetapi dia tetap risau kerana dapat mengagak apa yang bakal bekas ahli kumpulannya itu (Sepahtu) lakukan.

Mamat juga mengakui masih menyayangi Jep dan Shuib kerana beranggapan namanya di julang ketika mereka masih bersama-sama dalam kumpulan Sepah.

"Saya anggap kumpulan Sepahtu istimewa, bukan pesaing. Sayang saya pada mereka masih ada. Sebabnya, kami daripada tidak dikenali dan tidak ada apa-apa kini sudah melalui pencapaian besar dalam bidang seni.


SEPAHTU pula terdiri daripada Jep (kiri), Shuib dan Rahim.


"Bagaimanapun saya reda dengan nasib kumpulan kami. Cuma, saya risau dapat mengagak apa yang Jep dan Shuib bakal lakukan dalam setiap persembahan mereka kerana naluri kami bertiga sangat kuat," dedah Mamat.

Kerusi Panas

Menurut Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam Sani, selain 13 kumpulan itu yang berjaya menempah tiket awal untuk beraksi secara automatik di gelanggang MLM 2013, terdapat tiga lagi kumpulan daripada senarai Kerusi Panas Maharaja Lawak Mega 2013 akan turut terlibat.

Bagaimanapun, ujar Nizam, tiga kumpulan itu akan dipilih menerusi satu ujian Kerusi Panas Maharaja Lawak Mega 2013 yang akan disiarkan pada 8 November ini pada pukul 10 malam.

"Terdapat 12 kumpulan yang perlu bersaing dalam ujian Kerusi Panas untuk menempatkan diri mereka dalam gelanggang Maharaja Lawak Mega 2013. Hanya tiga kumpulan akan dipilih oleh juri profesional untuk melengkapkan senarai 16 peserta Maharaja Lawak Mega 2013.

"Mereka terdiri daripada kumpulan Shake (Amir dan Bell Ngasri), Glory (Sathia, Ika dan Mie), Santan (Datuk Ali Mamak, Fida dan Aziz Kota), Hai (Ilya dan Hamdan), Mamu (Ajo dan Abu), Zero (Atu, Syaiful dan Sharif), Pajak (Caca, Man dan Fandi), Gadai (Epul, Joe dan Idlan), Kecik (Achok dan Wan), 2Yol (Lan dan Rohaizat) dan Gerak (Pak Cu, Che Mat dan Anu)," ujarnya.

Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh pula memberitahu, MLM 2013 masih mengekalkan format lama dan juara bakal membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM500,000.

Mengulas lanjut, kata Khairul, sistem pemarkahan juga masih dikekalkan iaitu sebanyak 70 peratus oleh juri tetap dan 30 peratus pula daripada undian penonton.

"Barisan empat juri tetap MLM 2013 hanya akan diketahui pada gelanggang pertama program ini iaitu pada 15 November ini, pada pukul 10 malam di Astro Warna (saluran 132) dalam pakej Mustika dan juga Mustika HD (saluran 134) serta Astro on-the-go (Warna)," ulasnya lagi.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved