Isnin, 21 Oktober 2013

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Denda RM20,000 hina Sultan Johor

Posted:

Denda RM20,000 hina Sultan Johor

Denda RM20,000 hina Sultan Johor

Oleh RADIAH SAORI
radiah.saori@kosmo.com.my

AHMAD dikenakan denda RM20,000 kerana menghina Sultan Johor.


JOHOR BAHRU – Seorang juruukur bahan di sebuah syarikat pembinaan didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas didapati bersalah menulis komen menghina Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menerusi laman sosial Facebook pada Oktober tahun lepas.

Hakim Muhammad Jamil Hussin turut memerintahkan tertuduh, Ahmad Abd. Jalil, 28, yang berasal dari Klang, Selangor, dipenjara enam bulan sekiranya dia gagal menjelaskan denda berkenaan.

Dia didakwa membuat komen yang jelik dengan niat menyakiti institusi Kesultanan Johor dan rakyat menggunakan aplikasi Facebook melalui akaun http://www.facebook.com/ibrahim.osman.313371 menggunakan nama profil 'Zul Yahya'.

Kesalahan itu dilakukan di pejabatnya di RD Resources Sdn. Bhd., 30-3, Jalan Wangsa Delima 11, Seksyen 5, Kuala Lumpur, pukul 6 petang pada 10 Oktober 2012.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang membawa hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya sekali jika sabit

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Polis tahan tiga lelaki hantar SMS ugut Timbalan Menteri Pendidikan

Posted:

Polis tahan tiga lelaki hantar SMS ugut Timbalan Menteri Pendidikan

Polis tahan tiga lelaki hantar SMS ugut Timbalan Menteri Pendidikan

Oleh MEGAT RAMLI MEGAT RAOF
megat@kosmo.com.my

P. Kamalanathan


SHAH ALAM – Polis menahan tiga lelaki yang disyaki terlibat dalam kes ugutan jenayah terhadap Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan di sekitar kawasan Hulu Selangor dekat sini dan Tanjung Malim, Perak.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, tangkapan dilakukan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor ekoran laporan yang dibuat oleh Kamalanathan pada 16 Oktober lalu dan Ahad lalu.

Menurut beliau, Kamalanathan yang merupakan Ahli Parlimen Hulu Selangor sebelum ini dikatakan menerima dua khidmat pesanan ringkas (SMS) berbau ugutan jenayah daripada nombor telefon berbeza.

"Salah satu SMS mendakwa mereka daripada Geng 3 Line dan Geng 08. Merasakan diri terancam, Kamalanathan membuat dua laporan polis dan siasatan rapi berjaya mengesan dan menahan individu yang disyaki terlibat semalam dan kelmarin," kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Ambil dadah sebelum menyamun

Posted:

Ambil dadah sebelum menyamun

Ambil dadah sebelum menyamun

Oleh MEGAT RAMLI MEGAT RAOF
megat@kosmo.com.my


MOHD. SHUKRI menunjukkan pistol dan pisau yang dirampas dengan tertangkapnya enam lelaki pada sidang akhbar di IPK Selangor di Shah Alam semalam.


SHAH ALAM - Polis menahan enam lelaki termasuk dua remaja bagi membantu siasatan berhubung kes samun sepucuk pistol jenis Walther berserta peluru milik seorang pegawai polis berpangkat inspektor di Jalan Templer di sini pada 12 Oktober lalu.

Kesemua suspek yang berusia antara 16 hingga 24 tahun itu diberkas di sebuah apartmen di Taman Medan Cahaya, Petaling Jaya pada pukul 7 pagi, Jumaat lalu.

Hasil soal siasat, polis menemui semula senjata api itu yang disorokkan di sebuah rumah di Taman Medan Jaya di sini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, kejadian samun itu berlaku ketika pegawai daripada Cawangan Jenayah Berat (D9), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya dihampiri dua lelaki bermotosikal ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

"Ketika kejadian, suspek bertanyakan sesuatu kepada mangsa yang berusia 40-an sebelum pegawai itu keluar dari kenderaannya.

"Suspek kemudian mengeluarkan sebilah pisau lalu menoreh tangan mangsa sebelum melarikan beg sandang yang mengandungi pistol, telefon bimbit, kad kuasa polis, dokumen serta wang tunai," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Tesco realisasikan impian pelanggan

Posted:

Tesco realisasikan impian pelanggan

Tesco realisasikan impian pelanggan

Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
diyanatul.atiqah@kosmo.com.my

GODLEY (tiga dari kiri) menyampaikan hadiah kepada lima finalis Pertandingan Sambutan Tergempak anjuran Tesco di Kepong, Kuala Lumpur baru-baru ini.


IMPIAN seorang peguam untuk membuka sebuah kedai emas hampir menjadi kenyataan apabila diumumkan sebagai pemenang hadiah utama Pertandingan Sambutan Tergempak yang dianjurkan oleh Tesco Stores (Malaysia) Sdn. Bhd. (Tesco) baru-baru ini.

Hazirah Mardhiyyah Abd. Haris, 26, dari Kuala Terengganu muncul sebagai pemenang hadiah utama sekali gus membawa pulang wang tunai bernilai RM30,000.

Hazirah Mardhiyyah dan empat peserta bertuah lain dipilih sebagai lima finalis dalam pertandingan yang dianjurkan sempena memperkenalkan wajah baharu lapan minuman bikarbonat syarikat Tesco.

Kesemua finalis dipilih berdasarkan slogan dan impian yang ditulis dalam borang penyertaan bagi setiap resit pembelian mana-mana perisa minuman botol bikarbonat 1.5 liter.

Lapan minuman yang diberikan nafas baharu itu terdiri daripada air berperisa Ice Cream Soda, Root B, Citrus, Cola, Sarsi, Oren, Lemon Lime dan Isoplus.

Pertandingan yang bermula pada 20 Jun sehingga 1 September lalu itu berjaya menarik sebanyak 5,000 penyertaan.

Menurut Hazirah Mardhiyyah, kejayaan itu hasil kesungguhannya menelaah risalah-risalah dan melayari internet berkaitan Tesco.


PESERTA pusingan akhir Pertandingan Sambutan Tergempak menentukan mana satu produk Tesco berdasarkan harga yang dinyatakan.


"Sebelum pertandingan, saya membuat persiapan selama dua minggu selain menempuh perjalanan jauh dari Terengganu ke Kuala Lumpur untuk menyertai pertandingan akhir ini.

"Alhamdulillah, segala pergorbanan itu sangat berbaloi apabila saya diumumkan sebagai pemenang hadiah utama. Saya anggap, ia rezeki buat bayi dalam kandungan saya yang kini berusia dua bulan," katanya ketika ditemui di Tesco Bandar Manjalara, Kepong, Selangor.

Kedai emas

Dalam peraduan itu, Hazirah Mardhiyyah telah menyatakan impiannya untuk membuka sebuah kedai emas.

"Ketika ini, saya bekerja di syarikat guaman ayah. Bagaimanapun, dengan kemenangan ini saya ingin membuka sebuah kedai emas di Kuala Terengganu," ujarnya.

Dalam pertandingan akhir itu, antara aktiviti yang dilakukan para peserta ialah meneka produk keluaran Tesco dan nilai barangan yang diletakkan di dalam sebuah troli.

Dalam pada itu, empat finalis lain membawa pulang hadiah sagu hati berupa wang tunai bernilai RM1,000 setiap seorang. Mereka ialah Zurina Mohd. Nasiha, Liu Kia Yong, Beatrice Rodrigues dan Ayu Rafikah.


LIMA finalis merasa dua minuman berbeza bagi mengenal pasti air keluaran Tesco.


Sementara itu, Tesco turut memberikan ganjaran bulanan kepada para pelanggan setia iaitu pada Jun, Julai dan Ogos lalu dengan hadiah keseluruhan bernilai RM30,000.

Pemenang-pemenang berpeluang bercuti ke destinasi menarik seperti Legoland, Johor; Pulau Tioman, Pahang dan Pulau Redang, Terengganu.

Mereka juga berpeluang melakukan aksi sukan air lasak, payung terjun dan menjadi juruterbang pesawat Cessna 172.

Pengarah Komersial Tesco, Jason Godley berkata, setiap individu berhak untuk mengalami pengalaman yang bermakna dalam kehidupan mereka.

"Semua orang mempunyai impian masing-masing. Jadi, saya berharap hadiah ini, dapat membantu para pelanggan setia kami merealisasikan impian mereka," katanya.

Tambahnya, hadiah-hadiah itu juga merupakan ucapan terima kasih daripada pihak Tesco atas sokongan para pelanggan setia sejak ia dibuka pada tahun 2002.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Chong Wei tersungkur

Posted:

Chong Wei tersungkur

Chong Wei tersungkur

CHONG WEI tewas straight set kepada Cheng Long pada final Terbuka Denmark malam tadi.


DATUK Lee Chong Wei gagal mempamerkan reputasinya selaku pemain No.1 dunia selepas tewas kepada pemain China, Chen Long pada perlawanan akhir Kejohanan Badminton Siri Super Premier Terbuka Denmark malam tadi.

Chong Wei tewas straight set 22-24, 19-21.

Kekalahan itu turut menyaksikan dominasi Chen Long yang masih belum ditewaskan Chong Wei sejak tiga pertemuan terakhir pada Terbuka Hong Kong tahun lalu.

Chong Wei yang tewas dalam aksi final di Hong Kong, kemudiannya tumpas kepada pemain kedua dunia itu di peringkat yang sama pada Seluruh England 2013 Mac lalu.

Rekod pertemuan Chong Wei dengan Chen Long kini sama iaitu 7-7 sejak mula bersemuka pada Terbuka India 2009.

Pada aksi final di Denmark itu, Chong Wei turut memberikan tentangan untuk mengheret set pertama ke mata penentuan, namun ia lebih memihak kepada Chen Long.

Skrip yang sama turut dipamerkan apabila kedua-dua pemain itu dilihat berhempas pulas untuk meraih mata sehingga ke penghujung perlawanan.

Chong Wei berjaya menyamakan mata 18-18 dan 19-19, namun set kedua itu tetap memihak kepada Chen Long yang meraih kemenangan straight set dalam tempoh satu jam lapan minit.

Dalam pada itu, gandingan baharu Korea Selatan, Lee Yong Dae-Yoo Yeng Seong mengungguli beregu lelaki selepas menewaskan juara dunia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan dari Indonesia 21-19, 21-16.

Pemain perseorangan wanita China, Wang Yihan meraih gelaran kedua Terbuka Denmark apabila menewaskan Sung Ji Hyun dari Korea Selatan dalam satu perlawanan sengit.

Juara edisi 2010 dan pemain No. 5 dunia itu bangkit daripada kekalahan set pertama sebelum mencatatkan kemenangan dramatik dengan keputusan 16-21, 21-18, 22-20.

Dalam aksi beregu campuran pula, pasangan No. 1 dunia, Zhang Nan-Zhao Yunlei dari China menewaskan gandingan Indonesia, Tontowi Ahmad-Liliyana Natsir 21-11, 22-20.

China turut mendominasi beregu wanita menerusi Bao Yixin-Tang Jinhua yang mudah menumbangkan gandingan tuan rumah, Christinna Pedersen-Kamilla Rytter Juhl 21-16, 21-13.

Tugas getir menanti Sarawak

Posted:

Tugas getir menanti Sarawak

Tugas getir menanti Sarawak

Oleh FIRDAUS HASSAN
firdaus.hassan@kosmo.com.my


JOSEPH Kalang Tie (kiri) kembali menguatkan jentera tengah Sarawak pada aksi separuh akhir kedua di Kuching, Sabtu ini.


KERAPUHAN benteng pertahanan pada aksi separuh akhir pertama kempen Piala Malaysia 2013 menentang Pahang kelmarin telah menghukum Sarawak.

Skuad Ngap Sayot kini bakal berdepan tugas getir bagi merapatkan defisit dua gol apabila melayan kunjungan Pahang di Stadium Negeri, Kuching Sabtu ini.

Pengendali Sarawak, Robert Alberts berkata, tiada alasan perlu diberikan selepas pasukan itu tewas 1-3 kelmarin sehingga memberikan Pahang kelebihan dua gol sebelum bertandang ke Kuching, Sabtu ini.

"Pahang sebuah pasukan yang bagus dengan mempunyai beberapa kualiti di bahagian tertentu.

"Jadi, apabila anda melakukan sedikit kesilapan maka sudah tentu kita akan 'dihukum'. Kita berdepan tugas berat pada aksi kedua nanti," katanya kepada Kosmo! semalam.

Alberts berkata, anak-anak buahnya gagal mempamerkan aksi sebenar dan kerap memberikan ruang kepada pemain skuad Tok Gajah untuk menguasai bola sekali gus mengawal tempo perlawanan.

Namun bagi pengendali berusia 58 tahun itu, beliau tetap optimis dengan peluang pasukannya untuk beraksi di pentas final apabila mempunyai kelebihan untuk beraksi di gelanggang keramat mereka nanti.

Itu merupakan tugas berat tetapi tidak mustahil jika pasukan itu boleh mencipta kejutan berdasarkan rekod cemerlangnya di gelanggang sendiri yang masih kebal tanpa sebarang kekalahan.

Beraksi di hadapan penyokong sendiri sedikit sebanyak akan membakar semangat pemain skuad yang mendapat jolokan Bujang Senang itu selain kehadiran semula perancang berbisa mereka, Joseph Kalang Tie bagi memperkuatkan jentera tengah.

Pada perlawanan kelmarin, Pahang menumpaskan Sarawak 3-1 di hadapan kira-kira 33,000 penyokong sendiri dengan penyerang kebangsaan, Azamuddin Akil menjadi wira dengan mencetak dua gol pada minit ke-28 dan ke-31.

Tok Gajah melebarkan jaringan apabila penyerang import dari Argentina, Matias Ruben Conti menambah gol ketiga pada minit ke-37 manakala gol sagu hati Sarawak dijaringkan kapten pasukan, Mohd. Shahrol Saperi pada minit ke-39.

KAFA mampu tangani penonton

Posted:

KAFA mampu tangani penonton

KAFA mampu tangani penonton


AFANDI (kiri) yakin masalah limpahan penonton tidak akan berlaku pada aksi separuh akhir kedua di Kota Bharu, Jumaat ini.


PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) yakin Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mampu menangani kehadiran ribuan penonton yang dijangka datang untuk menyaksikan perlawanan separuh akhir kedua kempen Piala Malaysia 2013 antara Kelantan dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu Jumaat ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Afandi Hamzah berkata kemampuan itu berdasarkan pengalaman Kelantan yang telah tiga tahun berturut-turut berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir kejohanan tersebut.

"Saya rasa KAFA telah melakukan persiapan yang terbaik untuk mengelak sebarang insiden yang tak diingini berlaku semasa perlawanan separuh akhir kedua menentang ATM nanti.

"Atas pengalaman yang pernah dilalui sebelum ini, banyak perkara yang KAFA dapat atasi. Saya difahamkan Kelantan dalam masa terdekat akan mengadakan mesyuarat berhubung aspek keselamatan," katanya.

Kapasiti penonton di Stadium Sultan Muhammad IV ialah 22,000 orang.

Afandi yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Jajahan Kota Baharu (KBFA) ditemui pemberita semalam selepas menandatangani surat perjanjian dengan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah (MSSD) Kota Baharu bagi meningkatkan mutu pembangunan bola sepak di daerah itu.

Afandi mengulas laporan yang didakwa sesetengah pihak bahawa ada segelintir penyokong Kelantan dan ATM gagal memasuki stadium pada perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Majlis Perbandaran Selayang minggu lepas meskipun mereka mempunyai tiket.

Beliau berkata tiket yang dijual pada perlawanan itu ialah 10,400 keping dan menafikan 16,000 tiket dijual seperti yang didakwa.

Mengulas mengenai persiapan Harimau Muda menjelang Sukan SEA di Myanmar pada hujung tahun ini, Afandi yang juga pengurus skuad berkenaan berkata pasukan tersebut kembali menjalani latihan seperti biasa walaupun ada beberapa pemain masih lagi terlibat dengan kempen Piala Malaysia.

"Pemain akan terus dipanggil sebaik selesai Piala Malaysia."

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Jamalul Kiram III meninggal dunia

Posted:

Jamalul Kiram III meninggal dunia

Jamalul Kiram III meninggal dunia

PENGIKUT Kiram III membawa jenazahnya ke sebuah masjid di Bandar Taguig untuk disembahyangkan semalam.


MANILA - Lelaki yang mendakwa dirinya Sultan Sulu, Jamalul Kiram III (gambar) meninggal dunia akibat kegagalan organ semalam, kata isterinya.

Sulu merupakan kepulauan milik Filipina yang terletak di selatan negara berkenaan.

Isterinya, Fatima Kiram berkata, suaminya menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital kerajaan di sini pada usia 75 tahun selepas menghidap sakit buah pinggang.

"Sultan Kiram III meninggal dunia sebagai orang miskin tetapi bermaruah," kata Fatima kepada agensi berita AFP.

"Kata-kata terakhir suami saya adalah supaya semua saudara dan pengikutnya terus berjuang (menuntut Sabah) demi bangsa kita. Jangan pinggirkan anak bangsa kita," dia memetik Kiram III sebagai berkata.

Bagaimanapun, menurut Fatima, wasiat tersebut bukan bermakna pengikut Kiram III akan melancarkan keganasan baharu.

Sebaliknya, kata Fatima, keluarga diraja berkenaan bersedia untuk berunding dengan kerajaan Malaysia berhubung isu tuntutan ke atas Sabah.

Sebelum kematiannya, Kiram III menjalani rawatan dialisis dua kali seminggu.

Pada Februari lalu, seramai 200 pengikut Kiram III yang lengkap bersenjata menceroboh Lahad Datu di Negeri Sabah dengan diketuai saudara lelakinya, Agbimuddin Kiram.

Pencerobohan tersebut dilakukan bagi menuntut Sabah sebagai sebahagian daripada wilayah milik Kesultanan Sulu.

Selepas kumpulan tersebut berkeras enggan meletak senjata, pasukan keselamatan Malaysia terpaksa bertindak ke atas mereka.

Pertempuran berdarah itu menyebabkan berpuluh-puluh pengikut Kiram III terbunuh dengan sebahagian lagi penceroboh bertindak melarikan diri.

Sebanyak sembilan anggota pasukan keselamatan dan enam orang awam turut terkorban dalam keganasan yang dilancarkan oleh Kiram III.

Kesultanan Sulu pernah memerintah pulau-pulau di selatan Filipina termasuk Sabah.

Namun, kesultanan tersebut hilang penguasaan ke atas Sabah kepada kuasa kolonial British pada kurun ke-18.

Bekas tanah jajahan British itu kemudian menjadi sebahagian daripada Persekutuan Malaysia yang dibentuk pada 1963.

Sebelum ini, Kiram III dan keluarganya sebagai pewaris kepada Kesultanan Sulu terus menerima pampasan tahunan sebanyak RM5,300 daripada kerajaan Malaysia.

Namun, keluarganya menyatakan bayaran tersebut adalah terlalu sedikit.

Selain Kiram III, terdapat beberapa pewaris lain yang mendakwa diri mereka Sultan Sulu yang sebenar.

Menurut Fatima, adik lelaki suaminya, Bantillan akan mengambil alih sebagai Sultan Sulu kerana dia yang berhak ke atas takhta berkenaan.

Dalam pada itu, pengikut bersenjata Kiram III kini didakwa meningkat kepada 1,600 orang selepas disokong oleh kumpulan pemisah Filipina, Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro. - Agensi

Rihanna bertudung di UAE

Posted:

Rihanna bertudung di UAE

Rihanna bertudung di UAE


ANTARA aksi Rihanna semasa bergambar di luar Masjid Sheikh Zayed di Abu Dhabi kelmarin.


ABU DHABI - Penyanyi terkenal, Rihanna mencuri tumpuan apabila dia menutup aurat dengan mengenakan hijab semasa mengunjungi sebuah masjid di Emiriah Arab Bersatu (UAE) kelmarin, lapor akhbar dalam talian MailOnline.

Dia yang sering berpakaian separuh bogel dilihat memakai sut labuh berwarna hitam semasa bergambar di luar Masjid Sheikh Zayed di sini.

Rihanna, 25, menyarung pakaian menutup aurat kerana menghormati cara berpakaian masyarakat Islam di negara Asia Barat itu.

Walaupun tampil bergaya sopan, bekas kekasih penyanyi Chris Brown itu tetap mencuri tumpuan dengan mengenakan gincu bibir dan pengilap kuku berwarna merah serta kalung emas.

Penyanyi kelahiran Barbados itu baru tiba di UAE sempena konsert jelajah Diamonds selepas membuat persembahan di Afrika Selatan.

Namun, portal hiburan RadarOnline melaporkan bahawa sejumlah peminatnya di Johannesburg, Afrika Selatan marah apabila Rihanna didakwa hanya menyanyi menggunakan teknik gerak bibir.

"Saya tidak rasa harga tiket berpatutan memandangkan tahap persembahan," kata seorang peminat, Nicole Contini. - Agensi

Biola Titanic berharga RM4.5 juta

Posted:

Biola Titanic berharga RM4.5 juta

Biola Titanic berharga RM4.5 juta


GAMBAR bertarikh 16 September lepas menunjukkan biola milik ketua kugiran Titanic, Wallace Hartley. - AFP


LONDON - Sebuah biola milik ketua kugiran Titanic ketika kapal itu tenggelam dijual pada harga £900,000 (RM4.5 juta) dalam satu lelongan kelmarin.

Harga tersebut sekali gus mencatat rekod dunia untuk memorabilia Titanic.

Biola milik Wallace Hartley itu ditemui terikat pada mayatnya selepas dia lemas bersama kira-kira 1,500 penumpang dan kru kapal berkenaan pada 1912.

Alat muzik itu dijual kepada seorang pengumpul Britain selepas perang bidaan selama 10 minit, menurut firma Henry Aldridge and Son yang mengendalikan lelongan tersebut di bandar Devizes, barat daya England.

Ketulenan biola lin itu disahkan oleh beberapa pakar baru-baru ini.

"Kami amat gembira. Biola ini dilelong pada bidaan bermula serendah £50 (RM253)," kata jurucakap firma berkenaan, Christine Aldridge. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Lebuhraya SILK kajang buka lorong aliran kontra secara kekal mulai esok

Posted:

Lebuhraya SILK kajang buka lorong aliran kontra secara kekal mulai esok

Lebuhraya SILK kajang buka lorong aliran kontra secara kekal mulai esok

21/10/2013 9:26pm

KUALA LUMPUR - Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang Sdn. Bhd. (SILK) akan membuka laluan kontra secara kekal kepada pengguna jalan raya dari 4.30 petang hingga 6.30 petang mulai esok.

SILK Holdings Berhad dalam satu kenyataan hari ini berkata, laluan yang terlibat ialah dari kilometer 28.3 di persimpangan Universiti Tenaga Nasional (Uniten) ke kilometer 24.1 di Plaza Tol Sungai Ramal.

"Lorongan ini dikhaskan untuk kegunaan kenderaan ringan sahaja kecuali motosikal dan khususnya untuk trafik dari Putrajaya menuju ke Plaza Tol Sungai Ramal pada waktu puncak petang hari bekerja," katanya.

Masalah kesesakan di antara persimpangan Bangi dan persimpangan Sungai Ramal dapat diatasi dengan pembukaan laluan kontra secara kekal ini, katanya.

Untuk maklumat lanjut, pengguna jalan raya boleh menghubungi SILK Infoline di talian 03-89210123. - Bernama

Bumbung diterbang angin ketika sekeluarga tonton televisyen

Posted:

Bumbung diterbang angin ketika sekeluarga tonton televisyen

Bumbung diterbang angin ketika sekeluarga tonton televisyen

21/10/2013 9:21pm

BESUT - Tiga beranak yang sedang asyik menonton televisyen terkejut apabila bumbung rumah mereka diterbangkan angin dalam kejadian ribut di Kampung Pantai Kuala Besut malam tadi.

Kejadian kira-kira pukul 10.18 malam itu dialami Rohani Hussin, 46, anak-anaknya Noraniza Azmi, 26, dan Mohd Hakim, 9.

"Secara tiba-tiba angin bertiup kencang dan kami merasakan gegaran pada rumah. Saya segera menyuruh anak saya menutup televisyen kerana bimbang sesuatu buruk berlaku jika televisyen dipasang ketika angin kencang.

"Belum sempat televisyen ditutup, tiba-tiba bekalan elektrik terputus dan ketika itu juga bumbung rumah saya terangkat dan diterbangkan angin.

Kami habis basah ditimpa hujan," katanya.

Beberapa rumah lain turut dilanda ribut yang melanda kira-kira tiga minit.

Anggota Dewan Undangan Negeri Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman turut mengunjungi mangsa dan menyampaikan sumbangan peribadi.

Beliau berjanji akan membaiki rumah yang rosak dengan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat. - Bernama

Banjir di Manjung bertambah teruk, hampir 1,000 mangsa dipindahkan

Posted:

Banjir di Manjung bertambah teruk, hampir 1,000 mangsa dipindahkan

Banjir di Manjung bertambah teruk, hampir 1,000 mangsa dipindahkan

21/10/2013 9:02pm

IPOH - Keadaan banjir di daerah Manjung bertambah teruk apabila hampir 1,000 mangsa dipindahkan ke empat pusat pemindahan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pantai Remis, Mohd Asri Mohd Ariff berkata, sejumlah 911 mangsa terdiri daripada penduduk Taman Bintang Kampung Ujung Pasir, Kampung Pantai Tin, Taman Pantai Wang, Kampung Tebuk Yan, Parit Marikan dan Batu 13 Segari.

"Setakat pukul 7 malam ini, jumlah mangsa yang di pindahkan ke Dewan Orang Ramai Tebuk Yan meningkat kepada 75 orang manakala di Sekolah Kebangsaan Sungai Batu meningkat kepada 590 orang," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Katanya, keadaan banjir itu juga menyebabkan pemindahan mangsa di Dewan Taman Bintang meningkat kepada 188 orang berbanding 146 pagi tadi dan di Sekolah Agama Rakyat Padang Serai meningkat kepada 58 orang.

Beliau berkata, keadaan banjir dijangka tidak mengalami sebarang perubahan memandangkan air masih berada pada paras yang sama.

Selain faktor hujan lebat, fenomena air pasang juga menjadi punca berlaku banjir. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Hairul, Hanis saling memerlukan

Posted:

Hairul, Hanis saling memerlukan

Hairul, Hanis saling memerlukan

SEBAIK sahaja hubungan dengan pelakon cantik Faralyana berakhir, ternyata juara Fear Factor Selebriti Malaysia musim pertama, Hairul Azreen seolah-olah tidak menunggu masa yang lama untuk mencari pengganti apabila dikaitkan pula dengan Hanis Zalikha.

Melihat kepada keakraban yang terjalin apabila kedua-duanya selalu berdampingan bersama-sama menjadi bualan ramai terutamanya peminat, sehingga ada yang beranggapan mereka kini sedang dilamun cinta.

Biarpun Hairul, 25, dan Hanis, 23, pernah menafikan tentang percintaan yang terjalin, melihatkan kemesraan sewaktu kedua-duanya menyertai perlawanan paintball baru-baru ini seperti ada satu fasa baharu tentang hubungan akrab mereka.

"Setakat ini saya dan Hanis masih berkawan seperti biasa dan tidak dinafikan yang kami kerap kelihatan berdua. Bagaimanapun, ia tidak bermakna kami ini sedang bercinta.

"Mungkin orang melihat keakraban yang terjalin ini sehingga menimbulkan persepsi sedemikian. Apa yang boleh saya katakan, dia merupakan rakan wanita saya yang paling rapat sekarang ini," ujarnya memulakan bicara apabila diajukan tentang hubungannya dengan Hanis.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai hubungannya dengan Hanis, pelakon berkenaan menyatakan mereka sudah lama mengenali satu sama lain, namun mulai akrab apabila sama-sama berkecimpung dalam industri hiburan.

Ujarnya, secara kebetulan pula mereka lebih akrab sewaktu dirinya putus cinta dengan Faralyana dan ia menjadi antara punca utama yang menyebabkan ramai menyangka dia sudah menemui pengganti.

"Dalam industri hiburan ini saya lebih banyak berkecimpung dalam dunia lakonan, manakala Hanis pula begitu dikenali dalam bidang pengacaraan. Bagaimanapun, saya pernah mendapat tawaran menjadi pengacara dan dia pula kini semakin aktif berlakon.

HANIS melihat Hairul sebagai rakan lelaki yang selalu mengambil berat tentang dirinya.


"Jadi, setiap kali bertemu kami saling berkongsi cerita tentang karier masing-masing, misalnya dia banyak bertanya tentang lakonan dan saya pula akan meminta tips tentang mengacara. Ibaratnya, kami ini seperti saling memerlukan antara satu sama lain," jelasnya.

Berkenaan dengan status dirinya sekarang, Hairul memberitahu, buat masa ini dia masih lagi belum menemui pengganti yang sesuai dan ingin lebih fokus kepada kerjaya lakonannya.

Menurutnya, dia berasa lebih selesa menjalani kehidupan tanpa sebarang komitmen dengan mana-mana wanita, namun bersedia untuk kembali menyemai cinta sekiranya bertemu gadis yang sesuai.

"Selepas ini kalau ditakdirkan saya bercinta lagi, mungkin saya tidak akan bercerita kepada orang ramai. Biarlah kisah cinta saya itu menjadi rahsia peribadi yang tidak perlu dihebahkan.

"Keputusan yang saya buat berdasarkan kepada pengalaman kisah cinta saya yang lalu. Sebelum ini saya memang tidak kisah untuk bercerita, tetapi akhirnya cinta yang terjalin tidak kesampaian," luahnya.

Watak lasak

Siapa sangka di sebalik ramai yang menganggapnya sebagai pelakon lelaki berwajah 'jambu', Hairul sebenarnya bekas atlet taekwando yang pernah beraksi sehingga ke peringkat kebangsaan.

Bagaimanapun, sepanjang berkecimpung dalam dunia lakonan, dia jarang diberi watak lasak sama ada di layar perak atau kaca televisyen, meskipun karier awalnya sebagai pelakon bermula sebagai pelagak ngeri.

"Selama ini orang tidak nampak kemampuan saya untuk membawakan watak-watak lasak. Secara jujurnya saya mengimpikan berlakon dalam drama atau filem aksi, tetapi tidak pernah diberikan peluang.

"Kemudian saya ambil keputusan untuk menyertai rancangan Fear Factor Selebriti Malaysia. Sebenarnya tujuan saya adalah mahu membuktikan kepada orang ramai yang saya mampu melakukan aksi-aksi lasak," jelas pelakon tersebut yang pernah menjadi pelagak ngeri selama dua tahun.

Ketika ditanya mengenai perancangan tentang karier lakonannya untuk jangka masa panjang, pelakon yang bakal muncul dalam filem aksi berjudul Pak Pong mempunyai sasarannya tersendiri.

"Matlamat saya sekarang adalah mahu merangkul sekurang-kurangnya satu anugerah. Bagi saya anugerah itu penting sebagai bukti pencapaian seseorang dalam bidang yang diceburi," jelasnya.

HAIRUL mahu lebih berhati-hati bercakap soal cinta.


Ambil berat

Sepanjang bergiat aktif dalam industri hiburan tanah air, Hanis Zalikha tidak pernah dikaitkan mempunyai hubungan dengan mana-mana lelaki, kecuali bersama Hairul Azreen lantaran keakraban yang ditonjolkan.

Memberikan jawapan yang sama seperti Hairul berkenaan hubungan mereka, dia menyatakan bahawa pelakon berkenaan seorang insan yang sangat mengambil berat serta sudi menjadi pendengar yang setia sekiranya dia mengalami sebarang masalah.

"Memandangkan hubungan yang akrab ini Hairul selalu menjadi tempat saya mengadu dan dia selalu memberikan nasihat. Selain itu, dia menjadi rujukan saya berkenaan lakonan memandangkan dia lebih senior dalam bidang ini.

"Kalau ada yang beranggapan kami sedang dilamun cinta, sudah tentu ia tidak benar sama sekali. Namun begitu, saya akui dia merupakan antara kawan lelaki saya yang paling rapat," jelasnya.

Tegas Hanis, buat masa sekarang perkataan cinta masih belum ada dalam kamus hidupnya kerana keutamaan buat dirinya sekarang ini lebih kepada kerjayanya yang semakin berkembang.

Rindu lakonan

Selepas dikenali sebagai seorang penulis blog , Hanis kemudiannya terjun ke dalam bidang lakonan menerusi filem sulungnya iaitu Gangster Celop bersama-sama dengan Syamsul Yusof dan Kamal Adli pada tahun lalu.

Selepas itu, dia kerap menjadi pilihan pengarah untuk berlakon dalam drama serta telemovie seperti Memberku Hawa dan Mama Mia. Bagaimanapun, kini kelibatnya di kaca televisyen lebih kepada pengacaraan.

"Sebenarnya saya sedang berehat seketika daripada dunia lakonan kerana mempunyai komitmen lain yang harus diselesaikan terlebih dahulu. Saya akui saat ini fokus saya terarah kepada menjadi pengacara.

"Namun begitu, jauh di sudut hati saya amat rindu untuk berlakon kerana ia merupakan bidang yang membawa saya ke dalam industri hiburan. Cuma, faktor jadual membataskan saya untuk berlakon buat masa ini," jelasnya.

Menurut Hanis, selain sibuk dengan komitmen terhadap program Akademi Fantasia 2013 yang sedang rancak berlangsung, dia kini terbabit dengan program berbentuk travelog berjudul Pertama Kali.

"Menerusi program berkenaan saya akan pergi menjelajah ke beberapa buah negara seperti Nepal, China, Jepun, Korea Selatan dan Australia. Dengan pembabitan saya dalam kedua-dua program berkenaan, sudah tentu ia membataskan saya untuk aktif berlakon," ujarnya yang bakal kembali aktif dalam dunia lakonan pada awal tahun hadapan.

Sham nikah Nurul selepas cerai Farazilah

Posted:

Sham nikah Nurul selepas cerai Farazilah

Sham nikah Nurul selepas cerai Farazilah


BAHAGIA. Gambar terkini Sham sempena Aidiladha baru-baru ini bersama isterinya, Nurul Halimin dan anak tirinya, tersebar di internet.


Tidak keterlaluan jika dikatakan, isu rumah tangga gitaris Kamikaze yang kini selesa membawa diri sebagai pendakwah bebas, Sham atau nama sebenarnya, Shamril Mohd. Salleh merupakan antara isu paling hangat pada tahun lalu.

Ini kerana, pada waktu itu, Sham, 37, didakwa berkahwin dua dengan Nurul Halimin Md. Salleh dan perkahwinan tersebut berjalan tanpa keizinan isteri pertamanya, Farazilah Abdul Jabar.

Ia menjadi hangat apabila kononnya keluarga Nurul dikatakan kecewa dengan tindakan Sham yang menyembunyikan perkahwinan mereka yang berlangsung pada Januari 2013.

Isteri pertama Sham, Farazilah kemudian meminta cerai pada Ogos 2012. Padahal, pasangan tersebut memang telah bercerai sejak 1 September 2011 dan tidak merujuk penceraian mereka kepada pihak Mahkamah Syariah.

Sementelah, Sham sendiri menafikan dia telah berkahwin dua, namun enggan memberi sebarang penjelasan kepada umum.

Kini, selepas setahun, Sham yang ditemui Kosmo! sewaktu majlis Program Jom Jadi Sahabat Zakat yang dianjurkan oleh Pusat Pungutan Zakat (PPZ) di Danau Kota, Kuala Lumpur, bercakap tentang tuduhan yang disifatkannya sebagai sama sekali tidak benar itu.

Apakah perkembangan terkini Sham?

Tiada apa yang baru mengenai diri saya selain menerima jemputan menghadiri majlis dakwah. Jika ada mana-mana pihak yang menjemput dan kena pada masanya, saya akan hadir untuk berkongsi menyampaikan dakwah. Malah, yang terbaharu saya ada muncul di RTM 2 untuk Konsert AidilAdha. Selain itu, saya ada menulis lagu baharu buat artis-artis dakwah dan nasyid.

Jika tak silap saya, sebelum ini anda ada menyatakan bahawa mahu berhenti daripada dunia seni, tetapi mengapa kini anda dilihat kembali aktif?

Ya, memang benar saya telah berhenti, tetapi atas pelawaan sesetengah pihak yang menyuruh saya menulis lagu, jadi saya kembali secara perlahan-lahan di belakang tabir. Kini, saya mahu aktif menulis lagu yang berunsurkan dakwah atau ketuhanan buat penyanyi yang memerlukan lagu-lagu berunsur sedemikian.

Kita berganjak kepada soalan peribadi. Boleh anda jelaskan kembali tentang isu rumah tangga anda yang sebelum ini digembar-gemburkan?

Saya ada sebab tertentu yang menyebabkan saya merahsiakan hal itu dan apa yang penting Tuhan dan keluarga saya tahu mengenai hal ini sudah cukup. Malah, sebenarnya dari dulu saya tidak pernah berkongsi mengenai kisah kehidupan saya. Saya tidak mengikut konsep jika seseorang itu adalah public figure dia harus berkongsi mengenai kisah hidupnya, tetapi secara peribadi saya mempunyai sebab dan hak juga untuk tidak mahu berkongsi tentang peribadi saya bersama khalayak.

SHAM menegaskan dia tidak pernah berkahwin dua, sebaliknya berkahwin kali kedua dengan Nurul Halimin selepas bercerai dengan isteri pertamanya, Farazilah.


Jadi adakah benar dakwaan anda telah berkahwin dua?

Itu tidak tepat sama sekali. Sebenarnya ini merupakan cerita lama dan saya telah memberitahu bahawa saya tidak berkahwin dua. Saya tidak mahu bercakap mengenai soal ini dan saya percaya anda juga tahu mengapa.

Jadi bagaimana anda boleh jelaskan situasi ini sebenarnya kerana anda memang mempunyai dua orang isteri sebelum ini? Atau adakah anda sebenarnya telah berkahwin kali kedua setelah bercerai dengan isteri yang pertama?

Ya, sebenarnya saya memang tidak berkahwin dua, sebaliknya saya telah berkahwin kali kedua setelah penceraian yang pertama, tetapi saya tidak akan memberitahu bila kerana saya ada sebab yang tertentu.

Jika benar mengapa anda tidak memberitahu kepada umum?

Andai kata saya melakukan kenyataan media untuk memberitahu mengenai perkahwinan saya, akan ada pihak yang akan membuat spekulasi lain mengenai diri saya dan saya mempunyai sebab-sebab yang tertentu juga untuk terus merahsiakannya.

Bagaimana pula dengan dakwaan yang mengatakan keluarga isteri kedua anda kesal kerana anda masih enggan mengakui sudah berkahwin dan bagaimanakah perhubungan anda dan keluarga mentua sekarang?

Saya tiada sebarang masalah dengan keluarga mentua saya. Malah, dakwaan cerita yang tersebar itu sama sekali tidak benar.

Boleh kongsikan sedikit tentang kehidupan anda kerana terdapat sekeping gambar anda bersama isteri dilihat sedang sarat hamil?

Ya, isteri saya sedang hamil anak sulung kami yang dijangka dilahirkan pada tahun hadapan.

Lohan intim dengan model remaja

Posted:

Lohan intim dengan model remaja

Lohan intim dengan model remaja


LINDSAY LOHAN


KISAH cinta Lindsay Lohan kini dikatakan sudah masuk ke dalam babak baharu. Bintang kontroversi tersebut didakwa sedang menjalin hubungan cinta dengan seorang model berusia 19 tahun.

Gosip tersebut tersebar luas selepas Lohan sering dilihat menghabiskan masanya bersama model yang dikenali sebagai Liam Dean itu di beberapa tempat sejak kebelakangan ini.

Mereka didakwa pernah menganjurkan sebuah pesta tertutup bersama, selain kerap melepak di kafe atau makan di restoran dalam keadaan mesra. Biarpun Lohan ditemani oleh bekas pengurusnya, namun kemesraan dia dan Liam telah mencetuskan gosip hubungan mereka.

Bagaimanapun, pihak pengurusan Lohan pantas mengeluarkan kenyataan dengan membantah gosip tersebut. Mereka sebaliknya mendakwa hubungan Lohan dan Liam hanya sekadar teman.

Kredit: www.kosmo.com.my

Ahad, 20 Oktober 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Dulu kaki bola, kini penggubah bunga

Posted:

Dulu kaki bola, kini penggubah bunga

Dulu kaki bola, kini penggubah bunga

LELAKI yang berusia 37 tahun itu bukan calang-calang orangnya. Cita-citanya tinggi dan semangatnya sentiasa membara. Bahkan, kejayaan yang dikecapi bukan untuk dirinya sahaja. Meskipun banyak ranjau berduri yang dilalui, beliau nekad mahu membantu kaumnya.

Prinsip beliau mudah. Semua orang boleh berjaya, yang penting perlu ada kesungguhan.

"Saya ingin bantu orang Melayu, hendak mereka tahu yang setiap orang ada peluang untuk berjaya asalkan ada idea asli, kesungguhan yang tinggi dan ruang serta peluang untuk mencuba," luah Mohd. Azmy Osman atau lebih mesra dengan panggilan Azmy meniup kata-kata semangat.

Hampir tujuh tahun dalam bidang gubahan dan dekorasi, anak jati Selangor itu memegang portfolio pelanggan yang bukan calang-calang. Sentuhan magisnya dapat dilihat pada kebanyakan acara kelolaan Istana Negara.

Bahkan, sentuhannya juga menyebabkan beliau memperoleh kepercayaan sebagai penggubah kegemaran di kediaman rasmi Perdana Menteri, Seri Perdana, Putrajaya.

Berganti kerjaya

"Dua pihak inilah yang banyak menyokong saya. Sekembalinya dari London, saya menerima jemputan untuk melakukan kerja-kerja gubahan dan dekorasi acara di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, Seri Satria. Ketika itu Datuk Seri Najib Tun Razak masih bergelar timbalan. Alhamdulillah sehingga kini sentuhan saya masih menjadi pilihan pihak beliau," ujar Azmy merendah diri.

Menurut Azmy, beliau seorang yang sukakan seni dan melihat setiap perkara sebagai cabang seni yang tersendiri. Bola sepak juga seni cuma bezanya ialah tahap ketekunan bagi mencipta nilai seni tersebut.


PEMILIHAN bahan asas dekorasi Azmy difokuskan kepada tema acara.


"Seperti bunga, saya memilihnya atas dasar yang mudah. Semua orang menyukai bunga dan ia menjadi perlambangan kepada kedamaian dan keharmonian.

"Falsafah saya terhadap bunga juga ringkas. Ia memberikan saya ketenangan dan kedamaian, seolah-olah berada di dalam dunia lain," kongsi Azmy yang amat menggemari bunga teluki (carnation).

Tambahnya, masa yang diambil bagi menjelmakan setiap dekorasi yang unik memerlukan penyelidikan dan pembangunan untuk beberapa bulan sebelum acara berlangsung.

"Bagi mengelakkan sebarang masalah pada hari majlis berlangsung, saya pastikan bahan yang digunakan sesuai mengikut tema acara. Selepas proses perangkaan, barulah saya mencari bahan-bahan yang diperlukan dan melakukan eksperimen awal.

"Gubahan dan dekorasi akhir hanya akan dibuat kurang daripada 24 jam sebelum acara berlangsung.

"Bunga boleh bertahan selama lima jam tanpa air tetapi petua untuk kekalkan kesegaran sehingga enam atau tujuh jam ialah jangan sesekali dedahkan bunga-bunga tersebut kepada cahaya matahari secara langsung," tambah Azmy yang menerima bekalan bunga dari India, China, Belanda dan New Zealand.

Perjalanan karier Azmy bermula sebagai pemain bola sepak dan beraksi di atas padang. Beliau kemudiannya bertugas sebagai penyunting video sebelum menjadi pemilik butik pengantin. Kini, beliau seorang penggubah bunga dan dekorasi yang disegani.

Impian sejak zaman kanak-kanaknya, hanya mahu menjadi atlet bola sepak. Keinginannya itu direalisasikan begitu awal apabila dia terpilih mewakili pasukan Kuala Lumpur bawah 12 tahun. Garis masa remajanya dihabiskan di Akademi Bola Sepak Kuala Lumpur sehingga usia 17 tahun.

Pemain simpanan

Prestasi cemerlang Azmy melayakkannya untuk diserap ke dalam skuad utama Kuala Lumpur ketika bakatnya masih hijau. Mengisi posisi pertahanan kanan dan tengah, khidmat Azmy kemudiannya ditagih pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk liga amatur. Memasuki usia 20 tahun, dia bermain untuk kelab Sinaran Belia dan PKNS dalam Liga Selangor.

"Masa itu juga saya terpilih sebagai pemain simpanan skuad Selangor. Bagaimanapun demi menambah kemajuan, saya berhijrah ke pasukan Kuala Lumpur dalam liga simpanan (Piala Presiden) selama tiga tahun. Sempatlah saya bermain untuk liga utama iaitu Liga Malaysia.


KULIT durian antara bahan hiasan kreatif Azmy yang menarik perhatian ramai.


"Tamat kontrak bersama Kuala Lumpur, saya berubah angin ke skuad NS Cempaka, Melaka dan berakhir di Negeri Sembilan," kongsi Azmy yang terpaksa menguburkan kecintaannya dalam arena bola sepak profesional usai mengalami kecederaan buku lali.

Peristiwa itu benar-benar menguji kecekalan hatinya. Bagi merawat jiwanya, beliau mencari peluang dalam bidang fotografi iaitu cabang seni yang menjadi hobinya sejak sekian lama.

Mengambil upah sebagai jurugambar dan jurugambar video bebas, Azmy mengambil inisiatif menambah pengetahuannya dalam bidang tersebut secara serius. Kursus pendek dalam bidang animasi dan video di The One Academy, Selangor hampir dua tahun memberi laluan kepada Azmy bekerja sebagai penyunting video di sebuah organisasi media tempatan.

Dalam tempoh tersebut, Azmy membina kenalan dalam industri andaman dan dandanan. Populariti industri itu dalam tempoh sedekad lalu menyebabkan Azmy nekad membuka sebuah butik perkahwinan.

"Waktu itu hanya fikir hendak buat duit, jadi idea-idea rekaan busana, hiasan pelamin dan gubahan bunga semua tidak asli, banyak tiru orang lain," luah Azmy mengimbas kisah lama. Namun, rezeki tidak menyebelahinya apabila perniagaan tersebut gagal bertahan.

Berbekalkan wang yang masih berbaki, Azmy ke London untuk mendalami dunia gubahan bunga di sebuah kolej tetapi apa yang mengecewakan ialah beliau hanya diajar prinsip asas.

Perkenalan dengan seorang penggubah bunga prolifik di peringkat antarabangsa, Zita Elze mengubah keseluruhan hidup Azmy. Kelananya ke metropolis itu tidak sia-sia saat dia mendaftar diri di Zita Elze Designer Academy, sekolah gubahan dan dekorasi pimpinan Elze.

"Elze ialah antara pereka dekorasi terbaik di dunia. Peluang belajar dan bekerja dengannya sangat berharga. Selain guru, dia juga ibarat ibu saya di London. Elze mengajar bagaimana untuk berfikir di luar kotak, menghasilkan rekaan tidak realistik tetapi menawan.

Dekorasi di istana

"Fokus ialah pelajaran terpenting dalam kelas Elze. Saya pernah hampir putus asa untuk memahami teori yang diajar. Lama-kelamaan saya berjaya menguasainya dan dipanggil untuk kerja dekorasi resepsi perkahwinan berkonsep taman yang ringkas," ujarnya.

Kesungguhan Azmy membuka mata Elze. Beliau diberi kepercayaan untuk membantu Elze menguruskan dekorasi bagi acara rasmi di Istana Buckingham. Kepercayaan itu jugalah memberi peluang kepadanya bersua muka dengan Ratu Elizabeth II buat julung-julung kalinya.

Kreativiti Azmy kemudiannya terus ditagih masyarakat di bumi Eropah. Antara hasil kerja 'gila' Azmy ialah pada majlis peninggalan Kota Perang di London. Gumpalan tar jalan bersatu aneh dengan lalang yang disusun meliar di atas meja, kasut but yang dipakai perajurit-perajurit negara itu pula dibakar bagi menghidupkan efek dramatik yang kemudiannya dilengkapi lingkaran bunga-bungaan.

"Orang luar sukakan benda-benda pelik. Pernah sekali untuk majlis berkonsep maskulin, saya susun pisau belit di atas kayu di sepanjang meja, lalu saya tambah cili api sebagai penegasan. Mesejnya ringkas, ketiga-tiga item itu mendukung karakteristik lelaki secara fizikal dan dalaman," katanya yang bakal muncul dalam program dekorasi TV yang dikendalikan sendiri di saluran Alhijrah dan RTM.

Pesanan gurunya cukup berbekas di hati Azmy supaya beliau tidak terikat kepada konsep Inggeris, sebaliknya belajar bereksperimen dan tampil dengan sesuatu yang asli.

"Baru saya sedar betapa bertuahnya kita kerana mempunyai manggis, rambutan, durian, petai, semalu dan duit-duit serta bunga-bunga tropika yang tidak terdapat di tempat lain. Dari situ saya olah dekorasi menggunakan barangan tempatan," kata anak bongsu daripada tiga adik-beradik itu. Apa yang penting katanya ialah fokus, kaji majlis yang dijalankan, lakar konsep dan cari bahan yang signifikan.

Kehebatan perkhidmatan bidan di Sweden

Posted:

Kehebatan perkhidmatan bidan di Sweden

Kehebatan perkhidmatan bidan di Sweden


LAAFTMAN memeriksa kandungan Singelman di klinik Mama Mia, Sweden.


HANYA sekali menjalani ultrabunyi dalam tempoh sembilan bulan dan tidak perlu berjumpa doktor. Itulah gambaran penjagaan ibu-ibu mengandung di Sweden.

Walaupun tidak melakukan prosedur seperti negara-negara Barat lain, gaya penjagaan ibu mengandung di negara itu terbukti membawa kebaikan.

Organisasi Selamatkan Kanak-Kanak menyatakan, Sweden merupakan negara kedua terbaik di dunia untuk bakal ibu selepas Finland.

Menurut Laporan Kesihatan Perinatal Eropah 2010, negara tersebut mencatat kadar kematian terendah selepas Iceland iaitu sebanyak 1.5 kematian daripada 1,000 kelahiran manakala jumlah ibu yang meninggal semasa melahirkan anak ialah 3.1 daripada 100,000 kelahiran.

Di Sweden, bidan-bidan diberi kepercayaan untuk menjaga kesihatan ibu mengandung dan janinnya.

Ia merupakan satu-satunya rawatan yang boleh didapati oleh kaum wanita dan diberikan secara percuma kepada pesakit bawah faedah kesihatan negeri.

"Seorang doktor boleh dipanggil jika bidan mendapati ada sesuatu yang tidak kena kepada ibu yang mengandung," kata seorang bidan di pusat bandar Stockholm, Sofie Laaftman.

Bagi mereka yang biasa dengan rawatan perubatan intensif semasa mengandung, cara masyarakat Sweden mungkin dilihat sebagai rawatan asas sahaja.

Antara rawatan tersebut ialah ujian darah dan air kencing untuk mengesan kekurangan vitamin atau anomali, pemeriksaan tekanan darah ibu dan denyutan jantung janin serta nasihat pemakanan.

Bayi pramatang

Ibu yang mengandung normal tanpa sebarang komplikasi akan menjalani rawatan ultrabunyi sekali sahaja dalam tempoh sembilan bulan.

"Kehamilan adalah keadaan yang biasa dan ia tidak sakit," kata seorang Profesor Penjagaan Kesihatan dan Sains di Universiti Gothenburg, Marie Berg.

Laaftman turut menyokong kenyataan Berg dengan memberitahu kebanyakan wanita ber usia bawah 40 tahun tidak memerlukan rawatan rapi kerana tubuh badan mereka masih sihat dan mampu melahirkan anak. Ia adalah proses semula jadi bagi seorang ibu.

Kajian saintifik Kerjasama Cochrane membuat kesimpulan bahawa kebanyakan wanita yang tidak mempunyai komplikasi kehamilan mendapat banyak kelebihan jika menggunakan khidmat seorang bidan berbanding doktor.


KELAHIRAN bayi juga turut disambut oleh bidan dan doktor cuma akan dipanggil jika berlaku komplikasi. - Gambar hiasan


Penulis kajian itu menyatakan, penjagaan seorang bidan mampu mengurangkan jumlah kelahiran bayi pramatang. Di Sweden, hanya lima peratus kelahiran bayi lahir pramatang.

Segelintir ibu mengandung di negara itu yang kurang berinteraksi bersama bidan atau doktor akan mengalami kesukaran semasa melahirkan bayi mereka.

Seorang ibu mengandung, Christina Singelman, 31, berkongsi pengalaman kandungan pertamanya apabila dia dibelenggu rasa sunyi kerana kurang bertemu dengan doktor.

Singelman berkata, dalam tempoh kandungannya berusia 10 minggu, dia hanya mendapatkan satu rawatan di klinik bagi rawatan ultrabunyi.

Bagi Adina Trunk, 33, dia telah berjumpa dengan dua bidan berbeza untuk kedua-dua kandungannya kerana menghadapi masalah yang sama.

"Bidan-bidan ini sangat berwibawa, tetapi kaedah itu sendiri telah meletakkan mereka dalam kedudukan yang pasif atau kurang bercakap.

"Para ibu mengandung terpaksa mengambil inisiatif untuk bertanya soalan atau berkemungkinan berjumpa dengan pakar lain," katanya.

Kelahiran bayi

Di samping itu, kelahiran bayi juga turut disambut oleh bidan. Doktor akan terlibat sama jika berlakunya komplikasi semasa kelahiran bayi tersebut atau jika ibu mengandung meminta suntikan epidura.

Bidan di Sweden telah diberi kepercayaan penjagaan ibu mengandung sejak abad ke-18 lagi.

Peningkatan profesion perubatan moden pada hari ini turut memberi kesan kepada bidan-bidan apabila mereka terpaksa menyerahkan separuh daripada tanggungjawab kepada doktor.

Namun, bidan di Sweden tetap berterima kasih kepada sokongan yang telah diberikan oleh doktor sekali gus mewujudkan kesatuan yang kukuh.

Sistem itu juga tidak pernah dipersoalkan ekoran rekod prestasi yang kukuh.

Jumlah kelahiran bayi secara pembedahan juga rendah di Sweden dengan kira-kira 17 peratus pada 2011 dan hanya 10 peratus wanita melakukan episiotomi.

Episiotomi adalah pengguntingan kulit dan otot antara faraj dan dubur untuk melebarkan ruang bagi bayi keluar. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved