Isnin, 21 Oktober 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Lebuhraya SILK kajang buka lorong aliran kontra secara kekal mulai esok

Posted:

Lebuhraya SILK kajang buka lorong aliran kontra secara kekal mulai esok

Lebuhraya SILK kajang buka lorong aliran kontra secara kekal mulai esok

21/10/2013 9:26pm

KUALA LUMPUR - Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang Sdn. Bhd. (SILK) akan membuka laluan kontra secara kekal kepada pengguna jalan raya dari 4.30 petang hingga 6.30 petang mulai esok.

SILK Holdings Berhad dalam satu kenyataan hari ini berkata, laluan yang terlibat ialah dari kilometer 28.3 di persimpangan Universiti Tenaga Nasional (Uniten) ke kilometer 24.1 di Plaza Tol Sungai Ramal.

"Lorongan ini dikhaskan untuk kegunaan kenderaan ringan sahaja kecuali motosikal dan khususnya untuk trafik dari Putrajaya menuju ke Plaza Tol Sungai Ramal pada waktu puncak petang hari bekerja," katanya.

Masalah kesesakan di antara persimpangan Bangi dan persimpangan Sungai Ramal dapat diatasi dengan pembukaan laluan kontra secara kekal ini, katanya.

Untuk maklumat lanjut, pengguna jalan raya boleh menghubungi SILK Infoline di talian 03-89210123. - Bernama

Bumbung diterbang angin ketika sekeluarga tonton televisyen

Posted:

Bumbung diterbang angin ketika sekeluarga tonton televisyen

Bumbung diterbang angin ketika sekeluarga tonton televisyen

21/10/2013 9:21pm

BESUT - Tiga beranak yang sedang asyik menonton televisyen terkejut apabila bumbung rumah mereka diterbangkan angin dalam kejadian ribut di Kampung Pantai Kuala Besut malam tadi.

Kejadian kira-kira pukul 10.18 malam itu dialami Rohani Hussin, 46, anak-anaknya Noraniza Azmi, 26, dan Mohd Hakim, 9.

"Secara tiba-tiba angin bertiup kencang dan kami merasakan gegaran pada rumah. Saya segera menyuruh anak saya menutup televisyen kerana bimbang sesuatu buruk berlaku jika televisyen dipasang ketika angin kencang.

"Belum sempat televisyen ditutup, tiba-tiba bekalan elektrik terputus dan ketika itu juga bumbung rumah saya terangkat dan diterbangkan angin.

Kami habis basah ditimpa hujan," katanya.

Beberapa rumah lain turut dilanda ribut yang melanda kira-kira tiga minit.

Anggota Dewan Undangan Negeri Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman turut mengunjungi mangsa dan menyampaikan sumbangan peribadi.

Beliau berjanji akan membaiki rumah yang rosak dengan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat. - Bernama

Banjir di Manjung bertambah teruk, hampir 1,000 mangsa dipindahkan

Posted:

Banjir di Manjung bertambah teruk, hampir 1,000 mangsa dipindahkan

Banjir di Manjung bertambah teruk, hampir 1,000 mangsa dipindahkan

21/10/2013 9:02pm

IPOH - Keadaan banjir di daerah Manjung bertambah teruk apabila hampir 1,000 mangsa dipindahkan ke empat pusat pemindahan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pantai Remis, Mohd Asri Mohd Ariff berkata, sejumlah 911 mangsa terdiri daripada penduduk Taman Bintang Kampung Ujung Pasir, Kampung Pantai Tin, Taman Pantai Wang, Kampung Tebuk Yan, Parit Marikan dan Batu 13 Segari.

"Setakat pukul 7 malam ini, jumlah mangsa yang di pindahkan ke Dewan Orang Ramai Tebuk Yan meningkat kepada 75 orang manakala di Sekolah Kebangsaan Sungai Batu meningkat kepada 590 orang," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Katanya, keadaan banjir itu juga menyebabkan pemindahan mangsa di Dewan Taman Bintang meningkat kepada 188 orang berbanding 146 pagi tadi dan di Sekolah Agama Rakyat Padang Serai meningkat kepada 58 orang.

Beliau berkata, keadaan banjir dijangka tidak mengalami sebarang perubahan memandangkan air masih berada pada paras yang sama.

Selain faktor hujan lebat, fenomena air pasang juga menjadi punca berlaku banjir. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved