Rabu, 14 Ogos 2013

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Puteri UMNO Perak raikan anak yatim, ibu tunggal

Posted:

Puteri UMNO Perak raikan anak yatim, ibu tunggal

Puteri UMNO Perak raikan anak yatim, ibu tunggal

SALBIAH (tengah) dan ahli Pergerakan Puteri UMNO Perak bergambar bersama anak-anak yatim yang diraikan pada Program Titipan Kasih Ramadan di Changkat Jering, Perak baru-baru ini.


KASIH. Seramai 300 anak yatim dan ibu tunggal sekitar Changkat Jering, Perak menerima sumbangan Aidilfitri daripada Pergerakan Puteri UMNO Perak pada Program Titipan Kasih Ramadan baru-baru ini.

Sumbangan disampaikan oleh Ketua Pergerakan Puteri UMNO Perak, Salbiah Mohamed di Dewan Bunga Raya Changkat Jering pada majlis yang turut dihadiri 50 ahli Puteri UMNO Perak.

Salbiah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Temenggor memberitahu, majlis tersebut adalah program amal pergerakan itu setiap Ramadan dan pihaknya memilih para penerima dari Changkat Jering pada tahun ini.

"Anak-anak yatim itu dibawa untuk memilih dan membeli baju raya masing-masing selain diberikan duit raya manakala ibu tunggal menerima barangan keperluan harian," ujarnya.

Nafas Pulau Pinang serah zakat kepada peladang

Posted:

Nafas Pulau Pinang serah zakat kepada peladang

Nafas Pulau Pinang serah zakat kepada peladang


REEZAL MERICAN (dua dari kanan) menyampaikan wang zakat Nafas kepada salah seorang penerima di PPK Penaga, Kepala Batas, Pulau Pinang baru-baru ini.


ZAKAT. Seramai 200 ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Penaga, Kepala Batas, Pulau Pinang menerima bantuan zakat perniagaan daripada Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) kawasan itu baru-baru ini.

Penyampaian bantuan ini disempurnakan oleh Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican di PPK Penaga, Kepala Batas baru-baru ini.

Pada majlis itu, setiap ahli PPK yang sebahagian besarnya merupakan warga emas menerima wang tunai sebanyak RM150 setiap seorang bagi meringankan beban menyambut hari lebaran.

Turut hadir sama Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah PPK Pulau Pinang, Yusuf Hashim, Pengurus Besar PPK negeri, Lokman Saidin dan Pengerusi PPK Penaga, Datuk Ismail Omar.

Penduduk sambut Aidilfitri sambil kibar Jalur Gemilang

Posted:

Penduduk sambut Aidilfitri sambil kibar Jalur Gemilang

Penduduk sambut Aidilfitri sambil kibar Jalur Gemilang


PENDUDUK menjayakan tradisi ziarah dari rumah ke rumah selepas solat sunat Hari Raya Aidilfitri sambil mengibarkan Jalur Gemilang di Taman Orkid ,Simpang Empat Kangkong, Alor Setar baru-baru ini.


TRADISI. Penduduk Taman Orkid, Simpang Empat Kangkong, Alor Setar, Kedah menyambut Hari Raya Aidilfitri serentak dengan kempen mengibar Jalur Gemilang sempena Hari Kemerdekaan negara ke-56.

Selepas menunaikan solat sunat Aidilfitri di Surau Al-Amin di taman perumahan itu, penduduk kemudian meneruskan tradisi ziarah rumah ke rumah sambil mengibarkan Jalur Gemilang.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Taman Orkid, Md. Daud Md. Nor, ini merupakan tahun kedua kempen mengibar Jalur Gemilang diadakan serentak dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

"Kebetulan Aidilfitri tahun ini pada Ogos, jadi kita raikannya bersama-sama untuk membangkitkan semangat patriotik dalam kalangan penduduk," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Pengedar syabu lari dari lokap

Posted:

Pengedar syabu lari dari lokap

Pengedar syabu lari dari lokap

Oleh ZULHILMI JALIL
zulhilmi.jalil@kosmo.com.my

CHIN WAH menunjukkan gambar Osuji yang melarikan diri dari lokap pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Seorang lelaki Nigeria yang dipercayai pengedar dadah yang sedang direman di lokap sementara polis di Jinjang di sini hilang daripada tahanan pada Isnin lalu selepas dia dipercayai menyogok seorang anggota polis berpangkat Koperal.

Osuji Kelly Prince, 25, yang disiasat di bawah Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 disedari hilang pada pukul 10 pagi.

Sabit kesalahan, dia boleh dihukum gantung sampai mati.

Suspek itu direman sejak 2 Ogos lalu ekoran penemuan dadah jenis syabu seberat 44 kilogram (kg) bernilai RM8.74 juta dan sepatutnya berada dalam tahanan sehingga hari ini sebelum dia didakwa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, siasatan awal mengesyaki suspek berjaya menghilangkan diri dari lokap itu dengan bantuan seorang anggota polis berpangkat Koperal.

"Semalam (kelmarin), kita sudah menahan anggota polis berpangkat Koperal yang bertugas pada hari kejadian bagi membantu siasatan berhubung Orang Kena Tahan (OKT) melarikan diri dari lokap.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Polis cari lelaki belasah isteri dalam lif

Posted:

Polis cari lelaki belasah isteri dalam lif

Polis cari lelaki belasah isteri dalam lif


IMEJ-imej rakaman CCTV mengenai tindakan lelaki membelasah isterinya di dalam sebuah lif di hospital swasta di Bukit Mertajam, Isnin lalu.


GEORGE TOWN - Polis sedang mengesan seorang penjawat awam yang dilihat melalui rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) membelasah isterinya di dalam sebuah lif di hospital swasta di Bukit Mertajam dekat sini pada Isnin lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, suspek berusia 36 tahun dan bekerja di Jerantut, Pahang itu menghilangkan diri dan didapati tidak hadir di tempat kerjanya selepas kejadian pada pukul 4 petang itu.

"Pasangan suami isteri yang berasal dari Pulau Pinang sebelum itu melawat anak sulung mereka yang menerima rawatan di hospital dan motif kejadian dikatakan berpunca daripada masalah keluarga," kata beliau kepada pemberita di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Budak perempuan 7 tahun hilang 16 hari

Posted:

Budak perempuan 7 tahun hilang 16 hari

Budak perempuan 7 tahun hilang 16 hari

BELURAN - Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dilaporkan hilang sejak 16 hari lepas ketika dikatakan bermain seorang diri di hadapan rumahnya di Kampung Meliau Telupid di sini.

Kehilangan Musteliveh Merajok (gambar), murid tahun satu sebuah sekolah rendah di Telupid sejak 23 Julai lepas dilaporkan oleh bapa angkat mangsa, Minggu Hendry, 31, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Beluran, Deputi Superintendan Shivanathan Velautham berkata, mengikut laporan itu, kali terakhir Minggu dikatakan melihat Musteliveh ialah ketika kanak-kanak itu sedang bermain sendirian di luar rumah mereka kira-kira pukul 8 malam.

Menurut beliau, bapa angkat kanak-kanak itu dikatakan cuba mencari di sekitar rumah tetapi tidak menemui Musteliveh dan dia juga mendakwa lambat membuat laporan polis kerana mencari sendiri anak angkatnya itu termasuk bertanya saudara dan rakan-rakan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Dana Dettol untuk MyKasih

Posted:

Dana Dettol untuk MyKasih

Dana Dettol untuk MyKasih

MELALUI MyKasih, Dettol menyumbang sebanyak RM25,000 untuk manfaat kanak-kanak yang kurang bernasib baik.


PAKAR kebersihan diri, Dettol telah mengumpul dana sebanyak RM25,000 menerusi kempen Charity Drive Ramadan untuk diberikan kepada pertubuhan sukarela MyKasih.

Pelanggan yang membeli produk Dettol bernilai RM20 di pasar raya Giant secara automatik telah menyalurkan sebanyak 50 sen ke dalam dana terbabit.

Selaku peneraju dunia produk antiseptik yang memberikan perlindungan daripada kuman, Dettol tampil mendidik kanak-kanak dan isi rumah mengenai kepentingan mengekalkan amalan kebersihan yang baik.

"Kami bangga dapat menyebarkan mesej kebersihan dan menggalakkan pengguna mengamalkan tabiat menjaga kebersihan.

"Untuk membuatkan kempen ini lebih bermakna, kami menyeru para pelanggan supaya bersama-sama menjayakannya," kata Pengarah Jualan Reckitt Benckiser, Raghu Krishan.

Wang yang dikumpul digunakan untuk menyokong program Sayangi Jiranku dan Sayangi Sekolahku MyKasih.

MyKasih, sebuah organisasi bukan bermotifkan keuntungan, sebelum ini pernah menganjurkan program kesedaran kesihatan dan celik kewangan, pendidikan kanak-kanak serta program latihan kemahiran kepada golongan yang kurang bernasib baik di Malaysia.

"Sumbangan RM25,000 ini akan digunakan untuk program Sayangi Jiranku sekali gus memeriahkan lagi sambutan hari raya buat golongan berkenaan," ujar Pengarah Urusan Yayasan MyKasih, Jeffrey Perera pada majlis penyampaian replika cek di Pasar Raya Giant Bandar Kinrara, Puchong, Selangor baru-baru ini.

Pengurus Besar Pemasaran GCH, Norine Erica Majaman pula memberitahu, pelanggan Giant sangat responsif terhadap kempen yang dijalankan.

Acara kemuncak majlis tersebut menyaksikan kanak-kanak dari MyKasih mengadakan persembahan demonstrasi tujuh langkah penting membasuh tangan.

Turut hadir pengacara televisyen Azura Zainal, pelakon Siti Saleha, Miss Tourism International 2011, Gabriella Robinson dan Miss World Malaysia 2011, Chloe Chen.

Ruang istirehat Lux manjakan pengguna

Posted:

Ruang istirehat Lux manjakan pengguna

Ruang istirehat Lux manjakan pengguna


RUANG istirehat Lux Scentsational Lounge mengembara di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia untuk bertemu pengguna.


LUX, jenama mandian badan dengan wangian eksklusif, baru-baru ini tampil dengan idea baharu untuk memanjakan para pengguna.

Lux Scentsational Lounge merupakan sebuah ruang istirehat bergerak yang mengembara ke seluruh negara bagi menghidupkan pengalaman wangian eksklusif dalam mandian.

Ruang tersebut dilengkapi empat kubikel spa kaki peribadi, sebuah ruang istirehat yang luas dan zon wangian eksklusif.

Pengurus Jenama Lux, Siti Suhaila Abdul Hamid berkata, Lux Scentsational Lounge memberikan pengalaman penuh glamor menerusi penyediaan pencahayaan cerah, dekorasi bergaya dan warna-warna lembut.

Pengunjung juga diberikan rawatan spa kaki percuma menggunakan sabun mandian Lux bagi membasuh kaki sebelum urutan kaki yang menenangkan.

Wangian eksklusif ini dicipta oleh seorang pakar wangian terkemuka dunia, Ann Gottlieb.

Gottlieb pernah tampil bersama wangian seperti Obsession, CK One dan Eternity untuk Calvin Klein, Daisy Marc Jacobs serta J'Adore Christian Dior.

"Kini, pelanggan Lux boleh menikmati mandian dengan wangian kekal hasil ciptaan pereka haruman terkemuka. Ia suatu yang unik bagi Lux," ujar Siti Suhaila.

Untuk menikmati rawatan spa kaki, pengunjung hanya perlu membuat temu janji apabila Lux Scentsational Lounge berada di lokasi.

Jadual jelajah Lux boleh diperoleh di laman www.facebook.com/Lux.

Sabun mandian Lux disediakan dalam dua saiz botol iaitu botol 700 mililiter (ml) dijual pada harga RM15.90 dan 220ml berharga RM6, manakala pek isian semula ditawarkan pada harga RM8.90.

Menulis selagi kudrat masih ada

Posted:

Menulis selagi kudrat masih ada

Menulis selagi kudrat masih ada

DARI Kiri: Othman, Zainuddin, bekas Pengarah Sumber Manusia Kumpulan Utusan dan Pengerusi Glomac, Tan Sri FD Mansor, Ramli, Raja Ahmad Niza dan Pengarah Biocareer International Sdn. Bhd., Kenny Yang Chin Yong pada majlis pelancaran majalah Juwie di Kuala Lumpur baru-baru ini.


SEGALA-GALANYA bermula apabila kerinduan terhadap dunia penulisan diutarakan kepada rakan-rakan bekas wartawan yang pernah berkhidmat di syarikat-syarikat akhbar tempatan.

"Kami tetap menulis selepas berhenti kerja, apabila ia dihantar ke majalah belum tentu disiarkan. Maka, simpan sahaja artikel itu di rumah," kata penulis majalah Juwie, Munir Ghazali ketika ditemui pada majlis pelancaran majalah tersebut di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Majlis tersebut turut dihadiri bekas Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Ramli Ngah Talib dan Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Othman Mohamad

Menceritakan permulaan majalah itu, Munir menjawab, kecintaan terhadap dunia kewartawanan mendorong beliau untuk mengumpul penulis seangkatan.

"Perbincangan berlangsung selama lebih tiga bulan, iaitu bermula sekitar bulan Mac lalu dan menjadi mudah apabila cadangan tersebut mendapat persetujuan mereka," ujarnya.

Majalah Juwie disasarkan kepada semua peringkat usia dan pada asalnya dicadangkan berjudul Juwita.

"Judul tersebut kedengaran terlalu kewanitaan dan pasti orang ramai menyangka Juwita merupakan majalah untuk kaum wanita sahaja," cerita Munir lagi.

Lantas, nama singkatan Juwie dipilih kerana mempunyai nilai jenama selain empunya diri iaitu wartawan hiburan terkemuka, Juwie atau nama sebenarnya, Abdul Jalil Salleh, turut menjadi penulis jemputan majalah berkenaan.

Majalah Juwie memberi fokus kepada tiga perkara iaitu kisah masyarakat, misteri dan rencana hiburan.

Antara barisan penulis undangan termasuk bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan dan bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin, Ahmad Idris (Abi), Bahyah Mahmud (BAM), Maimunah Yusof, Zainol Fakir dan Rosle Azmi.

Pengisian majalah Juwie menjadi lebih bermakna apabila disertai penulis jemputan dari negara-negara jiran seperti Eddy Susanto dan Suwito dari Indonesia serta Judalina Ali dari Singapura.

"Setiap keluaran mengandungi 35 artikel rencana dan tidak hanya berkisar kepada cerita masyarakat Malaysia.

"Kami mempunyai wakil dari Indonesia, Singapura, Thailand dan Brunei, maka tidak salah menggangap bahawa Juwie adalah satu majalah Nusantara," kata Ketua Pengarang Juwie, Datuk Raja Ahmad Niza Raja Ismail.

Majalah Juwie telah diterbitkan untuk dua keluaran pada bulan Ogos ini dan cetakan pertama mencecah 30,000 naskhah. Dijangkakan dalam tempoh enam bulan akan datang jumlah itu akan meningkat kepada 40,000 sehingga 50,000 naskhah sebulan.

Juwie dijual pada harga RM4 senaskhah di semua kedai buku serta majalah di seluruh negara. – ADLAN JAAFAR

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Tidak ada sentimen peribadi

Posted:

Tidak ada sentimen peribadi

Tidak ada sentimen peribadi

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

JUNIOR (gambar kecil) dan Nik Shahrul dua dari kanan akan menyarung jersi skuad kebangsaan pada aksi persahabatan menentang China, 10 September depan.


SETIAUSAHA Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin menegaskan bahawa tiada sentimen peribadi antara ketua jurulatih Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal dan pengendali Harimau Muda A, Ong Kim Swee.

Hamidin memberikan kenyataan itu berhubung pemilihan dua pemain muda, Nik Shahrul Azim Abdul Halim dan Junior Eldstal yang akan menyertai skuad kebangsaan bagi mengharungi aksi persahabatan menentang China, 10 September depan.

Hamidin memberitahu, pemilihan tonggak pertahanan Kelantan dan Sarawak itu mendapat persetujuan kedua-dua jurulatih tersebut.

Jelasnya, FAM sentiasa mencari pendekatan terbaik buat kedua-dua pasukan negara kerana pihaknya menyedari Harimau Malaya kini berusaha untuk memburu slot automatik ke Piala Asia 2015 di Australia, manakala Harimau Muda berdepan dengan misi mempertahankan pingat emas Sukan SEA 2013 Myanmar, Disember depan.

"Tiada sebarang sentimen antara Rajagobal mahupun Kim Swee kerana FAM telah bersetuju untuk membenarkan Nik Shahrul dan Junior menyertai Harimau Malaya yang akan beraksi di China.

"Selepas berbincang dengan kedua-dua jurulatih (Rajagobal dan Kim Swee), FAM tiada masalah untuk melepaskan kedua-dua pemain ini menyertai Harimau Malaya.

"Berdasarkan situasi sekarang, FAM telah bersetuju dan perlawanan menentang China dianggap penting buat Harimau Malaya bagi memperbaiki ranking.

"Begitu juga dengan Harimau Muda yang bakal mengharungi kejohanan Pestabola Merdeka pada masa yang sama tetapi kedua-dua pengendali ini memiliki tugasan berat tersendiri. Saya percaya pemilihan dua pemain ini tidak akan memberikan masalah besar kepada skuad kendalian Kim Swee.

"Lebih penting adalah Penunjuk Prestasi Utama (KPI) mereka memburu slot automatik ke Piala Asia dan mempertahankan pingat emas pada Sukan SEA nanti," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Pemilihan Nik Shahrul dan Junior mencetuskan persoalan kepada pemerhati bola sepak khususnya peminat-peminat skuad negara apabila masing-masing mempertikaikan pemilihan itu.

Ia dikatakan akan menjejaskan perancangan Kim Swee selepas kehilangan dua tonggak penting dalam pasukannya untuk aksi kejohanan Pestabola Merdeka.

Ini kerana mereka menganggap kejohanan tersebut dianggap lebih penting berbanding aksi persahabatan biasa, sekali gus mencetuskan tanda tanya kepada peminat-peminat bola sepak tempatan.

Begitupun, Hamidin sekali lagi memberikan respons pantas dengan memberitahu bahawa, pemilihan tersebut tiada kena mengena dengan sentimen yang diwar-warkan oleh mana-mana pihak.

"Seperti yang saya katakan tadi, tiada sebarang sentimen berlaku. Kedua-dua jurulatih telah mencapai kata sepakat dan perkara ini tidak harus disensasikan oleh mana-mana pihak.

"Skuad Rajagobal akan berusaha untuk memperbaiki ranking, manakala skuad Kim Swee akan bersaing dalam kejohanan Pesta Bola Merdeka. Jadi, kedua-dua pasukan ini memiliki peluang terbaik dalam usaha merealisasikan KPI mereka," katanya.

Rajagobal melepaskan pemain pertahanan, Mohd. Fadhli Shas, Mohd. Zubir Azmi, Wan Zack Haikal Wan Noor dan pemain tengah Mohamad Nazmi Faiz Mansor untuk menyertai skuad muda negara itu dengan memberi alasan Nik Shahrul dari Kelantan dan Junior adalah tonggak penting bahagian pertahanan Harimau Malaya.

Dalam perkembangan sama, Kim Swee kekal tenang meskipun dilihat beliau berdepan situasi sukar apabila mengalami kepincangan di posisi pertahanan selepas Shahrul Saad dan Mohd. Amer Saiden masih ditimpa kecederaan sejurus 'kehilangan' Nik Shahrul dan Junior.

"Saya terima keputusan yang dibuat oleh Rajagobal dan saya akan menggunakan pemain yang sedia ada bagi membentuk skuad terbaik untuk menghadapi Pestabola Merdeka nanti," kata Kim Swee.

Dalam saingan Pestabola Merdeka, Harimau Muda bakal berdepan skuad bawah 23 tahun (B-23) Singapura, Thailand dan Myanmar.

PKBM tidak akan berkompromi

Posted:

PKBM tidak akan berkompromi

PKBM tidak akan berkompromi

Oleh NOR AZIRAN YUNUS
aziran.yunus@kosmo.com.my

PERSEKUTUAN Berbasikal Kebangsaan Malaysia (PKBM) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pelumba yang terlibat dengan kes doping.

Timbalan Presiden PKBM, Datuk Naim Mohamad memberikan amaran itu selepas seorang bekas pelumba kebangsaan disahkan menggunakan bahan terlarang ketika Kejohanan Lumba Basikal Jelajah 1Malaysia (J1M) 2013, Jun lalu.

Jawatankuasa Anti-Doping PKBM yang diketuai Datuk Amarjit Singh Gill mengesahkan bahawa pelumba kelahiran Terengganu, Ahmad Fallanie Ali, 30, didapati positif menggunakan bahan terlarang.

Menurut Amarjit, mengikut laporan yang diterima pihaknya, Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) mendapati sampel A air kencing pelumba tersebut mencatat bacaan tidak normal untuk methandienone metabolit, yang merupakan

steroid anabolik.

Naim berkata, pada perlumbaan J1M 2013, pihaknya telah membuat ujian air kencing secara rawak kepada beberapa orang pelumba dan pelumba yang mewakili pasukan Terengganu itu didapati positif mengambil dadah terlarang.

Dalam tempoh dua minggu ini, Jawatankuasa Anti-Doping PKBM yang diketuai oleh Amarjit akan membuat siasatan terperinci mengenai perkara tersebut.

"Seperti yang dimaklumkan, pelumba tersebut mengambil sejenis ubat batuk tetapi kami serahkan perkara ini kepada Jawatankuasa Anti-Doping bagi mengesahkan bahan yang diambil olehnya dan bila masanya ia diambil.

"Selain itu, sebenarnya UCI tidak mensyaratkan J1M mengadakan ujian doping pada kejohanan itu tetapi, kami mengambil hasil inisiatif sendiri dengan kerjasama Institut Sukan Negara (ISN)," kata Naim ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Ujarnya lagi, mereka melakukan ujian tersebut secara rawak untuk memastikan kejohanan berprestij ini bebas daripada sebarang penggunaan bahan terlarang dan tanpa diduga ada pelumba menggunakannya.

Naim berkata, walaupun belum ada sebarang bentuk hukuman namun, penggantungan terhadap pelumba tersebut sudahpun bermula sebaik sahaja ujian air kencingnya didapati positif mengandungi bahan terlarang dan dia tidak boleh mengambil bahagian dalam mana-mana perlumbaan setakat ini.

"Di sini, saya ingin tegaskan bahawa PKBM begitu serius tentang isu doping ini dan tidak akan ada sesiapa yang boleh terlepas jika menggunakan bahan larangan yang mampu mencemarkan imej sukan ini di mata dunia.

"Siapa berani buat, dia akan terima padahnya. Sekarang biarlah Jawatankuasa Anti-Doping PKBM melaksanakan tugas mereka dahulu dan selepas semua maklumat diperolehi baharulah PKBM akan melakukan tindakan selanjutnya," kata Naim yang juga Ketua Pegawai Operasi (COO) JM 2013.

Beliau memberitahu, dalam kes seumpama ini, sekurang-kurangnya hukuman minimum digantung selama dua tahun akan dikenakan terhadap mana-mana pelumba yang didapati bersalah.

Naim berkata, kes itu tidak mencemar imej perlumbaan J1M tersebut sebaliknya semua pihak perlu sedar PKBM sangat bertegas dalam isu penggunaan doping ini.

Jelas Naim lagi, PKBM berusaha keras membuat kawalan serta peraturan ketat dalam perlumbaan tertua di negara walaupun kos membuat ujian doping itu sangat tinggi.

Kali terakhir sukan berbasikal negara 'digegarkan' dengan masalah doping ialah pada 2009 yang melibatkan pelumba lebuh raya negara, Mohd. Fauzan Ahmad Lutfi.

Mohd. Fauzan didapati positif menggunakan bahan terlarang anabolik steroid di Kejohanan Mini Olimpik dan telah digantung selama dua tahun, manakala kes pertama pula melibatkan seorang lagi pelumba, Razif Salleh pada 2006 selepas didapati mengambil steroid.

Azizah mahu tebus kecewa di pentas dunia

Posted:

Azizah mahu tebus kecewa di pentas dunia

Azizah mahu tebus kecewa di pentas dunia

Oleh SHANIKA ABDULLATIB
shanika.latib@kosmo.com.my

AZIZAH tidak pernah berputus asa dalam mencari ruang beraksi di pentas antarabangsa.


MESKIPUN masih kecewa selepas slot ke Sukan Olimpik 2012 di London dirampas atlet Vietnam, atlet angkat berat negara, Azizah Fadzil tidak pernah berputus asa dalam mencari ruang beraksi di pentas antarabangsa.

Pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) itu bertekad untuk menebusnya pada Kejohanan Angkat Berat Dunia yang bakal berlangsung di Poland, Oktober depan.

"Jika diikutkan, jadual saya memang padat dengan kejohanan. Sebelum kejohanan dunia itu, saya akan menghadapi sekurang-kurangnya dua kejohanan utama iaitu Sukan Perpaduan Islam di Indonesia.

"Bagaimanapun, selepas penyertaan pada Sukan Perpaduan Islam belum mendapat sebarang lampu hijau daripada Majlis Sukan Negara (MSN), buat masa ini, saya hanya menumpukan kepada kejohanan dunia," kata atlet berusia 22 tahun itu.

Azizah mengakui dia perlu mengatur jadual kejohanan dengan baik kerana kekurangan atlet pelapis dalam kategori 53 kilogram memaksa dia memilih kejohanan yang sesuai.

"Ikutkan hati, memang saya mahu menyertai semua kejohanan kerana dengan cara itu sahaja saya boleh mengukur pretasi saya.

"Namun, saya juga perlukan jarak masa yang sesuai untuk memulihkan kembali kekuatan saya sebelum melakukan angkatan lain.

"Jika tidak, sudah pasti angkatan saya akan terjejas untuk menghadapi kejohanan seterusnya dan saya sendiri, terdedah dengan risiko kecederaan," jelasnya yang mahu lebih ramai atlet pelapis berada dalam skuad negara.

Berbanding atlet Thailand dan Indonesia, Azizah mengakui bahawa dia terasa penat bersaing dengan diri sendiri.

"Lihat pada skuad angkat berat Thailand. Mereka mampu meletakkan atlet mereka secara bergilir-gilir pada kejohanan yang berlangsung sepanjang tahun.

"Sistem itu membuatkan atlet mereka sentiasa berada dalam keadaan terbaik, sempat pulih daripada kejohanan sebelumnya dan paling penting, dapat menjalani latihan secukupnya dalam menghadapi saingan.

"Saya terpaksa memilih kejohanan dan sudah pasti, ada kerugian jika dia kejohanan utama berlangsung serentak," luahnya yang mencipta rekod kebangsaan dengan angkatan 79kg bagi acara snatch dan 97kg untuk clean & jerk pada Sukan SEA 2011 di Palembang, Indonesia.

Biarpun berdepan dengan pelbagai cabaran, Azizah yang memenangi dua emas dalam kategori 53kg, iaitu emas keempat buat kontinjen Pulau Pinang pada Sukma 2012 di Pahang bertekad untuk membawa pulang pingat pada Kejohanan Angkat Berat Dunia itu.

"Selagi saya masih menjalani rutin latihan termasuk di China dengan baik dan pemakanan yang teratur, saya pasti mampu menyumbang pingat," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Anifah sertai sesi pemukiman Menteri Luar ASEAN di Thailand

Posted:

Anifah sertai sesi pemukiman Menteri Luar ASEAN di Thailand

Anifah sertai sesi pemukiman Menteri Luar ASEAN di Thailand

14/08/2013 10:19pm

KUALA LUMPUR - Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman mengetuai delegasi Malaysia ke Sesi Pemukiman Menteri-Menteri Luar ASEAN di Hua Hin, Thailand selama dua hari bermula semalam.

Menurut kenyataan Wisma Putra, sesi itu, yang turut disertai pegawai kanan, bertujuan membincangkan persediaan bagi Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Luar ASEAN-China di Beijing, yang bermula dari 28 hingga 30 Ogos ini.

Anifah dan rakan sejawatnya juga dijangka membincangkan Visi Pasca-2015 Asean berdasarkan kertas yang disediakan Malaysia.

Visi berlandaskan idea ASEAN Berpusatkan Rakyat itu akan dilaksana selepas Malaysia menjadi pengerusi ASEAN pada 2015.

Sebelum ini, Anifah ketika Forum Kepimpinan ASEAN ke-10 di Kuala Lumpur pada 18 Julai lepas, menetapkan visi itu sebagai antara landasan utama yang akan dilaksana Malaysia, dan antara lain, idea ASEAN Berpusatkan Rakyat bermaksud penglibatan yang banyak serta mendalam masyarakat dalam rangkaian kerja ASEAN.

Anifah berkata, dengan visi itu, ASEAN akan menjadi alat lebih kuat dalam merealisasi aspirasi rakyatnya berkaitan urus tadbir yang baik, ketelusan, taraf hidup lebih tinggi, pembangunan mapan, pemerkasaan wanita serta peluang lebih banyak untuk semua. - Bernama

Orang ramai diminta beri kerjasama kes tiga beradik hilang

Posted:

Orang ramai diminta beri kerjasama kes tiga beradik hilang

Orang ramai diminta beri kerjasama kes tiga beradik hilang

14/08/2013 7:43pm

IPOH - Polis meminta kerjasama orang ramai untuk mengesan tiga beradik yang hilang semasa berada di rumah ibu mereka di Taman Meru 2B di sini petang semalam.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A. Paramasivam berkata, kehilangan Sharafuddin Syazwan, 11, Syahir Syafi, 8 , dan Syauratul Syafiyah, 6, disedari ibu dan bapa kanak-kanak terbabit, Safarela Azwa Ishak, 36, dan Rizaudin Md. Zin kira-kira pukul 6.30 petang.

Katanya, hanya pintu pagar hadapan dalam keadaan terbuka namun tiada langsung tanda kediaman terbabit dipecah masuk.

"Selepas gagal mencari di kawasan sekitar, Safarela Azwa kemudiannya membuat satu laporan polis di Balai Polis Jelapang dekat sini pukul 11.45 malam.

"Buat masa ini kita mengklasifikasi insiden ini sebagai kes orang hilang memandangkan tiada unsur pecah masuk dan pecah keluar di kediaman terbabit.

"Semasa hilang, Syazwan memakai seluar bermuda biru gelap dengan jersi pasukan Brazil, Syahir pula berseluar coklat dan baju hijau pucuk pisang manakala Syafiyah berseluar merah jambu serta berbaju merah," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kehilangan tiga beradik ini diminta menghubungi hotline IPK Perak melalui talian 05-245 1222 atau mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. - KOSMO!

Nooh Gadut hargai dan bangga terhadap permohonan maaf Ketua Sami Buddha

Posted:

Nooh Gadut hargai dan bangga terhadap permohonan maaf Ketua Sami Buddha

Nooh Gadut hargai dan bangga terhadap permohonan maaf Ketua Sami Buddha

14/08/2013 7:25pm

JOHOR BAHRU - Penasihat Majlis Agama Negeri Johor (MAINJ), Datuk Nooh Gadut menghargai permohonan maaf Ketua Sami Buddha Malaysia, Datuk K. Sri Dhammaratana Nayake atas tindakan sekumpulan penganut agama itu dari Singapura mengadakan sesi meditasi di surau sebuah resort di Sedili Besar, Kota Tinggi, Sabtu lepas.

"Saya ingin mengucapkan penghargaan dan rasa bangga saya terhadap tindakan beliau memohon maaf kepada umat Islam di negara ini semalam. Tindakan ini merupakan suatu langkah yang amat terpuji walaupun beliau sendiri tidak mengetahui perbuatan yang dilakukan oleh warga asing itu.

Justeru, saya minta seluruh masayarakat Islam menerima permohonan maaf ini serta jaminan bahawa kejadian itu tidak akan berulang, katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, anggota Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd. Harun Narrashid menyifatkan permohonan maaf itu menggambarkan keprihatinan Ketua Sami Buddha itu terhadap sensitiviti masyarakat Islam negara ini.

Pada masa sama, beliau juga mahukan semua pihak tidak bersikap berlebih-lebihan di dalam reaksi mereka mengenai insiden surau itu sehingga menenggelamkan potensi industri pelancongan. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Penyelamat berkejar ke bandar terputus hubungan

Posted:

Penyelamat berkejar ke bandar terputus hubungan

Penyelamat berkejar ke bandar terputus hubungan

BEBERAPA buah rumah runtuh akibat dilanda Taufan Utor kelmarin.- Agensi


MANILA - Petugas-petugas penyelamat di Filipina menggunakan helikopter dan jentolak untuk sampai ke beberapa buah bandar yang terputus hubungan akibat Taufan Utor semalam.

Ribut itu menyebabkan kemusnahan besar dengan berpuluh-puluh ribu orang terpaksa berpindah.

Kerajaan melaporkan bahawa dua orang disahkan terbunuh manakala 11 yang lain masih hilang selepas Utor melanda utara negara itu kelmarin.

Taufan itu merupakan ribut paling kuat yang melanda Filipina sepanjang tahun ini.

"Banyak pokok tumbang, bumbung rumah tercabut, tiang dan menara pencawang elektrik turut runtuh," kata jurucakap Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Negara, Reynaldo Balido.

Filipina merupakan antara negara paling cenderung dilanda taufan terutamanya melibatkan ribut yang berasal dari Lautan Pasifik.

Beratus-ratus orang mati akibat sekitar 20 taufan atau ribut tropika yang melanda Filipina setiap tahun.

Biro kaji cuaca menyatakan, Utor membadai Filipina pada kelajuan 200 kilometer sejam (km/j) awal kelmarin.

Bandar-bandar yang terputus hubungan itu dihuni sekitar 45,000 orang dan terletak di pantai timur Pulau Luzon, utara Filipina.

Jurucakap tentera untuk utara Filipina, Mejar Ernesto Garcia berkata, pasukan tentera terpaksa melepasi halangan tanah runtuh di jalan raya untuk sampai ke lokasi itu.

Menurutnya, mereka melihat kerosakan besar menimpa dengan banyak rumah dan bangunan yang rosak tetapi penduduk melaporkan tiada kemalangan jiwa berlaku.

"Askar-askar sudah berada di kawasan tersebut untuk menjalankan kerja menyelamat, membersihkan jalan dan mengagihkan bantuan," katanya.

Tiga helikopter tentera juga dihantar ke lokasi itu untuk membawa bantuan dan beberapa pakar bagi menilai keperluan jangka panjang mangsa Utor.

Dalam pada itu, Palang Merah Filipina menyatakan, angka kemalangan jiwa yang kecil dalam bencana itu antara lain disebabkan oleh persediaan awal penduduk

"Lokasi itu kerap dilanda taufan, justeru mereka tahu bagaimana untuk berurusan dengan bencana itu," kata ketua agensi bantuan Kristian, Joe Curry.

Namun begitu, lebih 30,000 orang terpaksa tinggal di beberapa kem perlindungan sementara semalam selepas Utor memusnahkan lebih 2,000 kediaman di Filipina.

Dua kematian yang disahkan melibatkan seorang lelaki yang mati lemas dengan mangsa kedua ditimbus tanah runtuh.

Setakat petang semalam, Utor berada di Laut China Selatan dan bergerak menuju ke Hong Kong serta selatan China pada kelajuan 175km/j. - AFP

Aplikasi solat untuk telefon pintar dalam penerbangan

Posted:

Aplikasi solat untuk telefon pintar dalam penerbangan

Aplikasi solat untuk telefon pintar dalam penerbangan


APLIKASI Crescent Trips dipaparkan dalam sebuah telefon pintar iPhone di Singapura semalam.- AFP


SINGAPURA - Sebuah syarikat yang berpengkalan di sini melancarkan aplikasi baharu telefon pintar iPhone yang memaparkan waktu solat dan arah kiblat kepada umat Islam semasa mereka menaiki penerbangan.

Pengguna perlu memasukkan butiran penerbangan mereka dengan aplikasi tersebut akan menyediakan waktu solat dan arah kiblat untuk perjalanan itu.

Aplikasi tersebut dibangunkan oleh syarikat tempatan, Crescentrating yang mengeluarkan sijil halal untuk hotel-hotel di pulau ini.

Dinamakan Crescent Trips, ia boleh dimuat turun secara percuma oleh pengguna iPhone.

Ketua Ekekutif Crescentrating, Fazal Bahardeen berkata, aplikasi itu juga akan dapat digunakan untuk telefon pintar perisian android dalam masa beberapa bulan lagi.

Tambahnya, bunyi azan akan kedengaran untuk memaklumkan waktu solat kepada pengguna aplikasi tersebut semasa mereka menaiki penerbangan.

"Pengembara Islam merangkumi pasaran terbesar yang belum diterokai dalam industri pelancongan pada hari ini," kata Ketua Pegawai Pperasi Crescentrating, Dany Bolduc.

Menurutnya, perbelanjaan oleh pelancong beragama Islam berkembang lebih cepat daripada kadar global dan dijangka mencapai AS$192 bilion (RM623 bilion) setahun menjelang 2020 berbanding AS$126 bilion (RM409 bilion) setahun dua tahun lalu. - AFP

Kanak-kanak temui berlian 5.16 karat di Arkansas

Posted:

Kanak-kanak temui berlian 5.16 karat di Arkansas

Kanak-kanak temui berlian 5.16 karat di Arkansas


MICHAEL DETTLAFF menjumpai sebutir berlian pada 31 Julai lalu ketika bercuti bersama keluarganya di Taman Negara Arkansas.- Agensi


LITTLE ROCK, Arkansas - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun menemui sebutir berlian seberat 5.16 karat baru-baru ini, lapor sebuah akhbar.

Kanak-kanak itu, Michael Dettlaff menjumpai berlian tersebut pada 31 Julai lalu di Taman Kawah Berlian yang terletak di sebuah taman negara di negeri Arkansas.

Dia menemui batu permata itu semasa sedang bercuti bersama keluarganya.

Seorang pegawai taman tersebut berkata, kanak-kanak itu menemui berlian berwarna coklat madu itu selepas menggali kurang dari 10 minit.

Menurutnya, kanak-kanak itu menamakan berlian tersebut sebagai Berlian Kebesaran Tuhan.

"Ia sangat menyeronokkan apabila seorang kanak-kanak menemui sebutir berlian di sini.

"Michael berasa teruja selepas menemui berliannya sendiri," kata pemandu arah taman itu, Waymon Cox.

Cox berkata, berlian itu bersaiz sebesar sebiji kacang dan ia merupakan berlian ke-328 yang ditemui pada tahun ini.

Bekas lombong berlian itu dijadikan taman negara pada tahun 1972 dengan pengunjung dibenarkan menggali berlian. - AP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Janji mummy gembira - Ammar

Posted:

Janji mummy gembira - Ammar

Janji mummy gembira - Ammar

PERCINTAAN selama tiga tahun antara aktres Rozita Che Wan, 40, atau mesra disapa Che Ta dan pelakon Zain Saidin, 29, bukan lagi rahsia.

Kontroversi yang dilalui sepanjang hubungan cinta itu bukan kepalang, namun kini satu Malaysia bagai merestui perhubungan tersebut termasuk dua anak bujang Che Ta sendiri, Ammar Effendy, 17, dan Aniq Ezzra, 15.

Buat pertama kalinya, anak sulung Che Ta, Ammar mengulas tentang hubungan ibunya dengan lelaki yang dipanggilnya dengan gelaran Uncle Zain itu.

"Ketika mula-mula dapat tahu mummy bercinta dengan Uncle Zain saya terkejut juga kerana saya tidak kenal siapa dia, jarang-jarang lihat dia berlakon di televisyen.

"Selepas tahu, saya selidik juga tentang Uncle Zain dan tengok drama lakonannya. Lihat wajahnya seperti orang putih, tetapi boleh pula cakap Melayu (ketawa).

"Sekarang okey kerana sudah kenal lama dan kami pun selalu keluar bersama," kata Amar.

Akuinya, walaupun Zain jauh lebih muda berbanding ibunya, tetapi tokoh seorang bapa terlihat jelas pada Zain.

"Bagi saya, Uncle Zain seorang lelaki yang bertanggungjawab, mengambil berat dan saya boleh menerimanya sebagai bapa andai dia berkahwin dengan ibu saya selepas ini.

"Umur bukan masalah, janji dia boleh menjaga keluarga dengan baik dan mummy gembira, saya pun turut gembira dengan kehidupan baharu yang bakal mummy lalui," balasnya penuh matang.

Bagaimanapun, Ammar yang belajar di sekolah berasrama penuh mengakui pernah berasa tertekan apabila ibunya dikatakan merancang untuk berkahwin pada bulan Julai lalu.

"Rasanya sepanjang mereka bercinta, saya rasa tertekan apabila keluar cerita di akhbar yang mengatakan ibu saya akan berkahwin pada bulan Julai, sedangkan saya sendiri sebagai anaknya tidak tahu apa-apa.

"Memang sangat terkejut sebab saya dapat tahu pun daripada rakan-rakan yang bertanyakan hal itu kepada saya," jelasnya.

Namun, selepas dijelaskan hal yang sebenar oleh ibunya, Ammar dapat menerima berita tersebut dengan baik.

"Biasanya apabila keluar cerita kontroversi di akhbar atau internet tentang mummy, saya akan terus hubunginya dan bertanya hal sebenar.

"Selepas diterangkan apa sebabnya dan hal yang sebenar, saya terus okey. Walaupun orang tulis apa sahaja tentang mummy, paling penting mummy selalu jujur dengan anak-anaknya," ucap Ammar.

CHE TA bertuah kerana anak-anaknya memahami dan merestui keputusannya untuk mengahwini Zain.


Raya dengan bapa kandung

Bercerita tentang sambutan Aidilfitri kali ini, kata Ammar, dia dan adiknya, Aniq beraya dengan bapa mereka selepas tiga tahun beraya di kampung halaman ibunya di Alor Setar, Kedah.

"Tahun ini, saya akan beraya di Kuala Lumpur dengan ayah sahaja kerana sudah tiga tahun raya dengan mummy.

"Raya kedua, kami adik-beradik akan ikut ayah bercuti ke Turki. Jadi, raya kami agak berbeza dan seronok tahun ini kerana dapat melancong ke luar negara," ungkap Ammar.

Mempunyai 10 pasang baju raya dan lima pasang kasut baharu yang telah disediakan oleh ibunya, tutur Ammar lagi, dia juga bersedia andai tahun hadapan akan beraya dengan bakal bapa tirinya.

"Rasanya okey sahaja kalau tahun hadapan beraya dengan Uncle Zain sebagai bapa baharu. Seronok juga, kira rutin raya kami akan berubah sedikit.

"Lagipun, Uncle Zain bukan orang baharu dalam hidup kami, saya juga doakan yang terbaik untuk mummy dan Uncle Zain. Sebagai anak, saya harap mereka akan bahagia," ujar Ammar.

Teruja bergelar isteri Zain

Bercakap tentang hubungannya dengan Zain, Che Ta mengakui dia begitu teruja untuk kembali memikul gelaran sebagai isteri.

"Terkejut juga ketika dilamar Zain pada hujung tahun lalu dengan sebentuk cincin. Ketika bercinta dengannya, kami tidak pernah berbincang soal kahwin sehinggalah tahun lalu.

"Bukan apa, saya sedar dia orang muda dan ramai lagi wanita muda yang boleh menjadi pilihannya, tetapi akhirnya dia pilih saya.

"Saya tahu bukan mudah untuk seorang lelaki membuat keputusan dalam memilih teman hidup.

"Sebelum ini kami sembunyikan hubungan cinta kerana bimbang putus di tengah jalan. Jadi, bila benar-benar ada perancangan ke peringkat yang lebih serius, barulah kami dedahkan hubungan kami," katanya.

Disoal apakah perasaannya bakal bergelar isteri kepada Zain, Che Ta hanya tertawa menandakan dia cukup bahagia dengan lelaki kacukan Melayu-Inggeris itu.

"Mestilah teruja untuk bergelar isteri kerana saya rasa keluarga saya cukup lengkap. Namun, selagi belum berlangsung majlis akad nikah, selagi itu saya tidak boleh kata Zain adalah jodoh saya," luahnya.

Walaupun heboh diperkatakan Che Ta dan Zain bakal bernikah selepas sambutan Aidilfitri pada tahun ini, tuan empunya badan menjelaskan, sehingga hari ini mereka berdua belum menetapkan sebarang tarikh untuk majlis pernikahan.

"Memang belum ada sebarang persiapan kerana tarikh kahwin pun belum ada.

"Kami berdua terlalu sibuk, jadi tidak tahu bila tarikh yang sesuai. Macam mana pun kami akan berkahwin juga pada tahun ini," akui Che Ta.

Walaupun mengimpikan majlis perkahwinan yang ringkas kerana ini perkahwinan keduanya, tetapi menurut Che Ta, keluarga Zain pasti mempunyai impian yang berbeza kerana ini perkahwinan pertama anak lelaki mereka.

"Saya ingin majlis akad nikah yang ringkas sahaja tetapi Zain mempunyai perancangan yang lain. Tengok macam mana kerana banyak juga pihak ingin menaja majlis perkahwinan kami nanti," tuturnya.

PADA tahun ini, anak-anak Che Ta beraya dengan bapa mereka.


Beraya di Alor Setar

Sama seperti tahun-tahun sebelum ini, setiap kali raya, Che Ta akan pulang beraya di kampung halamannya di Alor Setar, Kedah bersama ketujuh-tujuh adik beradiknya.

"Tahun ini, keluarga saya memang meriah kerana semua adik-beradik saya beraya bersama di Kedah. Seperti biasa raya ketiga kami buat rumah terbuka untuk keluarga dan peminat.

"Selepas itu, mungkin saya akan buat rumah terbuka di Kuala Lumpur pada minggu kedua raya untuk rakan-rakan dan keluarga," katanya yang sudah pun pulang ke Kuala Lumpur pada hari raya keempat kerana komitmen kerja.

Selain beraya dengan keluarga, sudah menjadi kelaziman buat Che Ta untuk singgah beraya di rumah bakal mertuanya di Kuala Lumpur.

"Jika ada kelapangan, saya akan singgah beraya di rumah keluarga Zain. Bagi saya, apa salahnya untuk mengeratkan silaturahim, lagipun saya sudah kenal ibu dan keluarga Zain," tuturnya.

Tambahnya, tahun ini walaupun merupakan raya terakhirnya sebagai wanita solo, dia hanya meraikannya dengan penuh sederhana.

"Tidaklah kata saya mahu beraya sakan sebab tahun hadapan saya sudah bersuami.

"Rasanya lebih seronok beraya dengan suami walaupun nanti kami harus bergilir-gilir sambut raya di rumah keluarga masing-masing," ujarnya yang mempunyai tiga pasang baju raya.

Raya berbeza empat personaliti ntv7

Posted:

Raya berbeza empat personaliti ntv7

Raya berbeza empat personaliti ntv7

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA

DARI kiri: Aishah Sinclair, Sheahnee dan Sasha Bashir mempunyai cerita tersendiri tentang sambutan hari raya.


EMPAT personaliti saluran ntv7, Aishah Sinclair, Sasha Bashir, Ras Adiba Radzi dan Sheahnee Iman Lee disatukan dalam sesi fotografi Kosmo! sempena raya.

Menyingkap cerita keempat-empat personaliti TV itu ternyata mereka mempunyai cerita menarik mengenai kehidupan dan juga memori raya masing-masing.

Aishah raya tanpa Ashraf

Sambutan raya Aishah Sinclair tahun ini hanya di Kuala Lumpur apabila dia tidak dapat mengikut keluarganya beraya di Jakarta, Indonesia bersama abangnya Ashraf Sinclair.

Ungkap Aishah, dia sekadar menyambut raya pada hari pertama, manakala pada hari raya kedua pula terpaksa bersiaran langsung untuk program bual bicara, The Breakfast Show.

"Saya akan beraya di rumah keluarga sebelah suami di Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) pada hari raya pertama kerana hari raya kedua, saya perlu bersiaran langsung program The Breakfast Show sempena dokumentari khas Gaza.

"Tayangan itu akan memberi pendedahan pada orang ramai tentang apa yang berlaku di Gaza. Walaupun perjuangan orang-orang Palestin sudah lama namun ramai yang tidak mengetahui kisah sebenar yang dihadapi mereka," ungkapnya yang turut mengikuti misi ke Gaza pada bulan Mac lalu bersama penerbit, penerbit eksekutif dan jurukamera The Breakfast Show.

Tutur Aishah lanjut, dia berharap agar dokumentari itu dapat memberi inspirasi kepada orang ramai untuk memberi sumbangan lebih-lebih lagi pada golongan yang berpendapatan tinggi.

Usai perihal dokumentari dikongsikan, Aishah bercerita pula mengenai sambutan rayanya tahun ini. Ujarnya, sepatutnya Ashraf, isterinya, Bunga Cinta Lestari dan anaknya, Noah pulang ke Malaysia menyambut Aidilfitri.

Begitupun, disebabkan jadual seni yang ketat, dia meminta keluarganya untuk datang menyambut raya di Jakarta.

Biarpun sibuk dengan aktiviti seni sepanjang raya, kongsi Aishah, dia tetap akan menyediakan juadah raya seperti kek dan kuih raya.

Bicaranya lanjut, kemeriahan sambutan hari raya pada tahun ini juga lebih meriah apabila anaknya Soraya Ann Sheikh Abdul Shahnaz, sudah menginjak usia tiga tahun.

RAS ADIBA kembali menjalani rutin seorang isteri selepas berkahwin semula baru-baru ini.


Sasha terbit buku kanak-kanak

Bagi Sasha Bashir pula, selain dia masih aktif mengacara program TV, pengacara program Explorace itu juga sedang aktif menulis buku untuk kanak-kanak.

"Idea untuk menulis buku kanak-kanak muncul selepas saya menonton rancangan Oprah Winfrey. Ketika itu tetamu undangannya ialah John Wood. Lelaki itu menubuhkan sebuah perpustakaan di beberapa buah negara miskin seperti Nepal dan Bangladesh dengan niat untuk memberi kemudahan pada anak-anak muda membaca. Begitupun, dia memberitahu, perpustakaannya kekurangan buku. Jadi, dia menubuhkan unit kebajikan Room To Read supaya orang ramai dapat menyalurkan sumbangan di situ.

"Selepas menonton program tersebut, timbul idea untuk saya menulis buku kanak-kanak dan melakukan kerja amal seperti menyalurkan buku saya ke perpustakaan tersebut," ungkapnya yang berjaya merealisasikan impiannya dengan terhasilnya sebuah buku kanak-kanak berjudul Where is Joberg's Collar (Dimanakah kolar leher Joberg's).

Tiga tahun terpaksa menyimpan buku tersebut biarpun ia sudah siap ditulis, ujar Sasha, dia berasa lega kerana akhirnya mendapat tajaan untuk menerbitkan bukunya itu daripada seseorang yang pernah membeli buku dansa yang ditulisnya sebelum ini.

Bakal dipasarkan selepas raya sebanyak 2,000 unit, jelas Sasha lagi, 500 naskhah pula akan disumbangkan kepada rumah kebajikan Room To Read.

Bercerita mengenai sambutan raya pula, anak sulung daripada tiga beradik itu memberitahu, dia sekadar membeli baju raya yang sudah siap untuk dirinya, suami, Yani Hijjas dan anaknya, Ghibran Hijjas, 16 bulan.

"Kami pulang ke kampung dua hari sebelum raya. Selepas itu, kami akan berkumpul ramai-ramai sementara mak saudara akan menyediakan hidangan raya seperti dodol, rendang, nasi beriani dan ayam masak merah," ungkap Sasha.

Berkongsi memori rayanya, kata Sasha, tujuh tahun lalu ketika umat Islam menyambut raya dalam suasana meriah, dia dan keluarganya pula bersedih dengan pemergian neneknya.

Begitupun, dia lega kerana sempat bercakap dengan neneknya sebelum wanita itu menghembuskan nafas terakhirnya.

Jelas Sasha: "Nenek koma selama seminggu. Selepas saya berjumpa dan bercakap dengannya, nenek kemudiannya meninggal dunia. Segala masakan untuk hari raya pada tahun itu telah menjadi hidangan para tetamu yang datang ke majlis pengkebumian nenek."

Raya hijab Sheahnee

Berbeza pula dengan cerita raya penyampai berita khas ntv7 iaitu Sheahnee Iman Lee kerana buat pertama kalinya dia beraya dengan mengenakan hijab.

Mengenali Sheahnee dengan lebih dekat, wanita berketurunan Cina itu sudah memeluk Islam lima tahun lalu. Sheahnee yang juga isteri kepada pengacara dan juga pelakon, Nazrudin Habibur Rahman atau Naz itu juga membuat keputusan untuk berhenti menjadi penyampai berita sejak dikurniakan cahaya mata kedua, Zakry Aiman setahun lalu.

"Sejak melahirkan anak kedua tahun lalu, saya sudah berhenti daripada menjadi penyampai berita. Bagaimanapun, mereka tetap memanggil saya dan akhirnya saya setuju untuk menjadi penyampai separuh masa di ntv7," ujarnya yang baru mengenakan hijab sejak bulan lalu.

Mengakui pada mulanya takut untuk mengenakan hijab, luah Sheahnee, sehingga kini keluarganya masih belum tahu akan perubahannya kerana takut mereka sedih.

Katanya:"Persepsi orang bukan Islam apabila wanita mengenakan hijab seperti mengongkong kebebasan wanita itu. Mereka sebenarnya berasa kasihan. Tetapi, mereka tidak harus dipersalahkan kerana mereka tidak faham kenapa wanita Islam harus mengenakan tudung."


AISHAH SINCLAIR tidak mengikut keluarganya berhari raya di Jakarta, Indonesia.


Tidak hanya mengenakan hijab, sejak enam bulan lalu dia juga telah menyertai kumpulan usrah yang diketuai oleh Wardina Safiyyah. Sheahnee juga bersyukur kerana kini dia mula membaca al-Quran.

Mengulas mengenai sambutan rayanya, sejak lima tahun lalu Sheahnee akan menyambut raya di rumah mertuanya di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur.

"Menariknya, sambutan hari raya di rumah keluarga Naz sangat meriah. Sebabnya, keluarga Naz ada campuran Cina dan India. Jadi, saya dapat menikmati juadah Cina, Melayu dan India yang disediakan oleh ibu-ibu saudara Naz ketika hari raya," jelasnya.

Berkongsi memori rayanya pula, kata Sheahnee, pertama kali menyambut Ramadan dan raya lima tahun lalu memberi seribu rahmat buat dirinya kerana ia adalah julung-julung kalinya dia menyambutnya.

Ras Adiba sedia baju raya suami

Bagi penyampai berita Ras Adiba Radzi, tahun ini dia tidak lagi menyambut raya bersama anak angkatnya, Umar Ras Engel Abdullah, 6 . Sebaliknya, Ras akan menyambut raya bersama suami baharunya, Ilias Yaakop dan juga anak tirinya, Amar Raj, 6.

"Raya tahun lepas, saya cuma sediakan baju untuk diri sendiri dan Umar. Tetapi, tahun ini kena sediakan baju untuk empat orang. Saya anggap ia satu cabaran kerana perasaan tidak percaya sudah berkahwin itu masih ada," ungkap Ras yang sudah menjanda selama 14 tahun itu.

Bakal menyambut raya di Kuala Lumpur pada raya pertama, ulas Ras, pada hari raya kedua pula mereka akan beraya di kampung ibu bapanya di negeri Sembilan.

Ditanya mengenai hidangan yang bakal disediakan buat suami tercinta, kata Ras, kemungkinan besar dia akan menyediakan rendang ayam.

"Harap suami boleh terima masakan pedas orang Negeri Sembilan selepas ini. Sebabnya, suami saya memang tidak tahan makanan pedas," jelasnya yang menutup perbualan pada hari itu.

Lisa, Zizan penyeri The Smurf 2

Posted:

Lisa, Zizan penyeri The Smurf 2

Lisa, Zizan penyeri The Smurf 2


LISA dan Zizan turut memberikan impak dari segi tenaga lakonan untuk filem The Smurf 2 versi bahasa Melayu.


MEREKA sering dikaitkan sejak kebelakangan ini. Dua nama popular dalam dunia hiburan tamah air ini bukanlah dikaitkan dengan gosip cinta, namun Lisa Surihani dan Zizan Razak kini dilihat semakin kerap bergandingan dalam beberapa projek lakonan.

Sebelum diumumkan sebagai dua pelakon karakter penting filem yang bakal memulakan penggambaran tidak lama lagi iaitu Cicakman 3, Lisa dan Zizan sebenarnya sudah bergandingan menerusi produksi mega Hollywood, The Smurf 2.

Filem animasi yang mula ditayangkan di rangkaian pawagam Malaysia sejak hari raya pertama pada 8 Ogos lalu dan memulakan tayangan di Amerika Syarikat serta seluruh dunia menjelang 9 Ogos lepas itu sudah mengumpul kutipan melebihi AS$100 juta (RM310 juta).

Naskhah yang merupakan sekuel kepada filem The Smurf (2011) itu menampilkan barisan pelakon seperti Hank Azaria, Neil Patrick Harris, Brendan Gleeson, Jayma Mays, Katy Perry, John Oliver, Christina Ricci dan Jonathan Winters yang meminjamkan suara masing-masing untuk karakter-karakter Gargamel, Patrick, Victor, Grace, Smurfette, Vanity Smurf, Vexy dan Papa Smurf.

Bagi versi The Smurf 2 yang dialih suara ke bahasa Melayu khusus untuk tayangan di pawagam Malaysia, Lisa dan Zizan telah diberi kepercayaan untuk meminjam suara masing-masing bagi watak Smurfette dan Vanity Smurf.

Berbanding Zizan yang kali pertama meminjamkan suara untuk The Smurf 2, Lisa sebaliknya pernah berpengalaman melakukan aksi yang sama untuk karakter Smurfette bagi The Smurf versi bahasa Melayu yang ditayangkan di saluran HBO (Astro 411) pada Ogos tahun lepas.

Ikuti sedutan temu bual Lisa dan Zizan bersama Kosmo! mengenai pengalaman mereka 'berlakon' bersama dalam The Smurf 2.

Kosmo!: Apakah perasaan Lisa apabila diberi kepercayaan meminjamkan suara untuk karakter Smurfette dalam The Smurfs 2?

LISA: Lisa berasa teruja dan pada masa yang sama sangat bersyukur sebab untuk membuat rakaman suara bagi watak animasi adalah sesuatu yang sangat mencabar.


MENERUSI The Smurf 2, watak Smurfette berhadapan dengan 'drama' apabila dia menjadi mangsa culik yang menggemparkan masyarakat Smurf.


Boleh ceritakan pengalaman Lisa sepanjang terbabit dengan filem ini?

Kali ini bagi Lisa, paling sukar jika mahu dibandingkan dengan pengalaman kali pertama (meminjamkan suara untuk watak Smurfette) untuk filem The Smurf versi bahasa Melayu untuk tayangan di TV.

Ini kerana untuk The Smurf 2, Lisa perlu merakam suara bagi versi yang ditayangkan di pawagam. Lisa perlu merakam suara untuk karakter Smurfette dalam bahasa Melayu sedangkan ia sudahpun dirakam sebelum ini dalam bahasa Inggeris (oleh Katy Perry).

Cabarannya adalah Lisa perlu cuba fikirkan cara yang efektif dengan bimbingan pengarah suara untuk 'sync' atau menyamakan sebutan bahasa Melayu supaya ia selari dengan bahasa Inggeris sedia ada.

Bolehkah Lisa ceritakan sedikit mengenai watak Smurfette?

Smurfette merupakan seorang seorang yang manis dan penyayang. Dia sememangnya satu-satunya 'bunga' di perkampungan Smurfs.

Dia sangat menyayangi dan rapat dengan setiap individu yang tinggal di perkampungan Smurf terutama Papa Smurf.

Adakalanya dia seorang yang tegas, namun dalam sifat tegasnya itu dia masih kelihatan comel. Khusus untuk The Smurf 2 pula, karakternya digambarkan seolah-olah dia seorang yang sedang menghadapi kekeliruan.

Ini kerana individu yang sebenarnya mencipta Smurfette ialah Gargamel iaitu ahli sihir yang bercita-cita untuk memusnahkan kaum Smurfs.

Boleh ceritakan apa yang cuba disampaikan menerusi The Smurfs 2 kali ini?

Dalam filem The Smurf, ia merupakan seolah-olah satu pengenalan kepada kaum dan perkampungan Smurfs yang mana mereka memulakan satu pengembaraan dalam dunia manusia.

Kali ini pula, menerusi The Smurfs 2, ia menampilkan Smufette yang diculik oleh Gargamel dan apa yang dilakukan oleh Papa Smurf dan rakan-rakannya yang lain untuk menyelamatkan Smurfette.


KARAKTER Vanity Smurf sering larut dalam emosi dan ada sedikit sifat diva yang menguasai dirinya.


BERIKUT pula sedutan temu bual bersama Zizan Razak yang ternyata cukup teruja apabila diberi kepercayaan meminjamkan suara untuk karakter Vanity Smurf dalam The Smurf 2 versi bahasa Melayu.

Kosmo!: Ceritakan sedikit tentang watak yang dipegang Zizan dalam filem The Smurfs 2 versi bahasa Melayu?

ZIZAN: Menerusi The Smurf 2 versi bahasa Melayu, saya memegang watak sebagai Vanity Smurf. Dia seorang yang sangat menyukarkan. Dia sangat emosi dalam setiap kelakuannya dan ada sifat diva dalam dirinya. Jadi, saya rasa itu satu watak baharu dalam diri ini. Saya kena bersifat lembut sedikit.

Apakah perasaan Zizan menjadi sebahagian daripada pelakon The Smurf 2?

Tidak sangka dalam ramai-ramai artis Malaysia, saya yang dipilih sebagai salah seorang penyumbang suara untuk The Smurf 2 versi bahasa Melayu.

Jadi, saya berasa sangat bangga. Saya sangat mentah, baharu dan bimbang buat benda-benda besar. Jadi apabila dapat tahu saya meraih kepercayaan untuk filem mega Hollywood ini, memang saya cukup terkejut.

Benda ini bukan main-main sebab kita mahu hasilnya menjadi sangat menarik dan hebat. Maka bagi saya, berpeluang terlibat dengan projek The Smurfs 2 ini sangat membanggakan diri ini. Ia merupakan satu pencapaian terbaharu untuk saya. Wow!

Golongan manakah yang anda fikir akan menonton filem ini?

The Smurf 2 mempunyai pelbagai input yang mendalam di sebalik apa yang dipaparkannya. Ia diluahkan mengikut stail kanak-kanak tetapi isunya memang berat. Jadi, kanak-kanak dan orang dewasa sama-sama boleh menikmati filem ini.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved