Jumaat, 19 Julai 2013

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Lemas ditinggal dalam Myvi ibu

Posted:

Lemas ditinggal dalam Myvi ibu

Lemas ditinggal dalam Myvi ibu

NAWAL IRIS menemui ajal selepas lemas dalam kereta ibunya di Subang Jaya kelmarin.


SUBANG JAYA - Luluh hati seorang ibu apabila mendapati anak bongsu kesayangannya ditemui mati dalam keadaan muka kebiru-biruan dan bajunya dibasahi peluh selepas lemas akibat ditinggalkan secara tidak sengaja di dalam kereta jenis Perodua Myvi yang diletakkan di bawah panas terik.

Kejadian menyayat hati di sebuah sekolah menengah di USJ4 di sini itu menyebabkan anak bongsu daripada dua beradik, Nawal Iris Samsudin, 3, mati di tempat kejadian akibat lemas selepas ditinggalkan selama enam jam bermula pukul 11.30 pagi kelmarin.

Mayat kanak-kanak tersebut ditemui oleh ibunya, Nor Zatusy Hazwa Abdul Rahim, 32, selepas selesai mengajar sesi petang di sekolah tersebut pada pukul 5.30 petang. Wanita itu merupakan guru di sekolah berkenaan.

Menurut kakitangan sekolah yang enggan dikenali, guru wanita yang baru selesai mengajar pada sesi petang itu terus meraung apabila menemui anaknya yang sudah kebiru-biruan, tidak lagi bergerak dan pakaiannya dibasahi peluh sebaik membuka pintu kereta Myvi yang berwarna kuning.

"Sebelum itu tiada siapa tahu yang anaknya berada di tempat duduk belakang kereta. Guru wanita itu meraung kuat hingga mengejutkan kami dan apabila dilihat, kami dapati anaknya sudah kaku dalam keadaan basah kuyup dipercayai berpeluh akibat cuaca yang panas terik," ceritanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Cadang harga rokok RM16 sekotak

Posted:

Cadang harga rokok RM16 sekotak

Cadang harga rokok RM16 sekotak

Oleh LUQMAN RIDHWAN MOHD. NOR
luqman.ridhwan@kosmo.com.my


KERAJAAN disaran meningkatkan lagi cukai rokok bagi mengurangkan tabiat merokok dalam kalangan rakyat negara ini. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC) menyarankan kerajaan menaikkan cukai eksais rokok sekurang-kurangnya 50 peratus bagi mencapai sasaran pengurangan sebanyak 20 peratus jumlah penggunaan rokok di negara ini.

Kenaikan sebanyak 50 peratus itu akan meningkatkan harga sekotak rokok premium berjumlah 20 batang rokok kepada RM16 berbanding harga pasaran kini iaitu RM10.50.

Ahli Majlis MCTC, Dr. Norashidah Mohamed Nor berkata, berdasarkan kajian dijalankan olehnya tahun lalu, kenaikan sebanyak 10 peratus hanya mampu mengurangkan sebanyak empat peratus penggunaan rokok.

"Saya percaya sekiranya harga bagi sekotak rokok berjumlah 20 batang dinaikkan kepada RM16, sasaran kerajaan itu dapat dicapai selain menaikkan hasil cukai negara kepada 45 peratus," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Harga ayam ditetapkan RM7.70 sekilogram

Posted:

Harga ayam ditetapkan RM7.70 sekilogram

Harga ayam ditetapkan RM7.70 sekilogram

PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menetapkan harga ayam standard pada kadar RM7.70 sekilogram di bawah skim kawalan harga musim perayaan tahun ini.

Menterinya, Datuk Hasan Malek berkata, harga tersebut yang turun sebanyak 70 sen daripada harga purata runcit akan dilaksanakan selama 17 hari bermula 26 Julai ini.

"Skim itu akan berakhir pada 11 Ogos iaitu hari raya ketiga dan dilaksanakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Mengenai penetapan harga ayam, beliau berkata, pengusaha dan pengeluar ternakan ayam telah bersetuju dengan penetapan harga itu pada mesyuarat Rabu lepas dan memberi jaminan bekalan ayam mencukupi untuk Aidilfitri bulan depan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Pesanan buat Harimau Malaya

Posted:

Pesanan buat Harimau Malaya

Pesanan buat Harimau Malaya

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

SKUAD Harimau Malaya menjalani latihan ringan di Gimnasium Wisma FAM, Kelana Jaya kelmarin.


BEKAS pemain kebangsaan, Datuk Namat Abdullah menggesa Harimau Malaya tampil bermati-matian demi maruah negara ketika menentang Chelsea pada aksi persahabatan di Stadium Shah Alam malam esok.

Namat memberitahu, skuad kendalian Datuk K. Rajagobal tidak seharusnya 'cepat mengalah' sekalipun menyedari lawan yang ditentang bukan calang-calang pasukan.

"Bila nak main (lawan dengan Chelsea), mereka (skuad Harimau Malaya) harus beraksi bermati-matian.

"Jika diberi kepercayaan oleh jurulatih, setiap pemain harus memberikan aksi terpuji di tengah padang. Walaupun sedar Chelsea dibarisi pemain terbaik dunia tetapi pemain negara tidak harus mudah mengalah.

"Patahkan setiap serangan mereka dan jika tewas, biarlah kalah bermaruah. Jangan buat malu negara kita," kata Namat ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Namat, 66, turut berharap anak-anak buah Rajagobal dapat mengambil seberapa banyak peluang untuk menimba pengalaman berharga berdepan dengan barisan bintang The Blues.

"Ketika zaman saya mewakili negara, kita (skuad negara) tidak pernah minta untuk menentang Arsenal, Nottingham Forest mahu pun Brazil.

"Sebaliknya, mereka yang mahu menguji kemampuan kita. Jadi saya berharap skuad negara generasi kini dapat menggunakan peluang menentang Chelsea sebaik mungkin.

"Ketika menentang Arsenal pada 13 Mei 1975, kami terikat 1-1 tetapi menang 2-0 ke atas Arsenal pada aksi kedua di Stadium Merdeka dua hari kemudian.

"Jadi saya berharap skuad negara generasi kini dapat mengambil aura kejayaan itu sebagai pembakar semangat untuk mereka tampil dengan aksi lebih baik Ahad ini (esok)," jelasnya.

Bekas jurulatih Kelantan, Datuk M. Karathu (gambar kecil) turut bersetuju dengan pandangan Namat itu.

Karathu memberitahu, Harimau Malaya tidak perlu gentar dengan reputasi gah The Blues selaku juara Liga Europa.

"Pada pendapat saya, pasukan kita sepatutnya tiada sebarang tekanan dalam perlawanan persahabatan ini.

"Sebaliknya, mereka harus mengambil satu motivasi untuk meletakkan reputasi mereka sebaris dengan pemain bertaraf dunia.

"Jangan hormat sangat kepada Chelsea kerana apabila bermain dengan pemain profesional, kamu berpeluang untuk belajar sesuatu dalam permainan itu," katanya.

Tunjuk kemampuan sebenar

Posted:

Tunjuk kemampuan sebenar

Tunjuk kemampuan sebenar

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

KETUA jurulatih Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal berharap barisan pemainnya membuktikan tahap kemampuan sebenar mereka ketika berdepan Chelsea pada aksi persahabatan di Stadium Shah Alam malam esok.

Meskipun Rajagobal menyedari The Blues tampil dengan reputasi yang cukup tinggi, pengendali berusia 57 tahun itu tetap tidak mahu menjadikan ia sebagai satu alasan untuk anak-anak buahnya beraksi di bawah tahap sebenar.

Justeru, Rajagobal mahu barisan Harimau Malaya menampilkan satu corak permainan terbaik ketika melayan kunjungan juara Liga Europa itu nanti.

"Bukan saya tidak mementingkan kemenangan tetapi kita seharusnya bersikap realistik.

"Kita harus terima hakikat bahawa jurang Chelsea dan Harimau Malaya berada pada tahap yang berbeza.

"Namun, saya ingin tegaskan bahawa kami akan mempamerkan satu persembahan positif ketika menentang Chelsea," katanya kepada pemberita pada sesi latihan Harimau Malaya di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Tambah Rajagobal, beliau berharap aksi tersebut akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh barisan pemainnya sebelum menentang gergasi Sepanyol, Barcelona bulan depan dan kempen kelayakan Piala Asia 2015.

"Semua tahu selepas aksi menentang Chelsea, kami akan menjalani sesi latihan di Jepun selama dua minggu bermula 23 Julai depan.

"Selepas itu, kami akan menentang Barcelona pada 10 Ogos depan. Saya percaya aksi menentang Chelsea dan Barcelona memberisatu pengalaman berguna kepada barisan pemain untuk aksi kelayakan Piala Asia 2015.

"Saya berharap mereka akan mempelajari sesuatu untuk meningkatkan tahap keupayaan masing-masing," jelasnya.

Sementara itu, tonggak pertahanan Chelsea, Gary Cahill yakin The Blues akan mempamerkan karakter sebenar mereka ketika berdepan Harimau Malaya.

"Saya fikir perlawanan dengan Malaysia nanti tidak jauh bezanya ketika kami menentang Thailand (Singha All Star) yang mempamerkan permainan agak tersusun.

"Mereka (Harimau Malaya) dijangka mempamerkan corak bertahan dan ia mungkin menyebabkan permainan kami sedikit terjejas," katanya.

Medan Malaysia uji sentuhan

Posted:

Medan Malaysia uji sentuhan

Medan Malaysia uji sentuhan

Oleh MOHD. IKHSAN FIRDAUS AZMI
ikhsan.azmi@kosmo.com.my


PENOLONG Setiausaha 1 PSM, Tengku Adnan Tengku Burhanuddin (berdiri, tengah) dan jurulatih Elit B, Nurudin Pawi (belakang, empat dari kanan) bersama skuad Elit B.


KEJOHANAN Sepak Takraw Lima Penjuru Antarabangsa yang bakal berlangsung pada 24 hingga 29 Julai ini menjadi medan terbaik bagi menguji keupayaan barisan pemain negara.

Ketua Seranta Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Yusoff Ali berkata, Malaysia yang mempertaruhkan dua pasukan - Elit A dan Elit B akan berdepan dengan Thailand, Indonesia, Myanmar dan Singapura pada kejohanan itu nanti.

"Biarpun kita telah mengadakan kejohanan ini sejak lima tahun lalu tetapi tahun ini, ia agak berbeza kerana tidak lagi melibatkan kelab kelab-kelab dari Thailand.

"Kali ini kita mengundang pasukan kebangsaan dari negara-negara yang akan beraksi pada Sukan SEA di Myanmar pada Disember depan.

"Kejohanan ini juga merupakan salah satu janji PSM untuk memastikan skuad negara menghadapi sekurang-kurangnya satu kejohanan dalam sebulan.

"Jadi bagi memastikan kejohanan ini berlangsung dengan lebih adil kepada setiap pasukan, kami mengadakannya pada sebelah malam kerana selain pasukan negara, pemain-pemain Singapura dan Indonesia juga beragama Islam," kata Yusoff ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Bagaimanapun, Yusoff menegaskan bahawa Thailand tidak akan menurunkan kesemua pemain utama mereka kerana Liga Sepak Takraw Thailand masih berlangsung hingga Ogos depan.

"Hanya Indonesia, Myanmar dan Singapura akan menurukan pemain utama mereka tetapi Thailand tidak. Thailand mungkin menyenaraikan pemain-pemain yang tidak beraksi dalam liga utama mereka itu.

"Skuad Elit A juga akan beraksi tanpa lima pemain utama iaitu Norshahruddin (Mad Ghani), Farhan Adam, Izurin Refin, Tengku Noor Azwari (Tengku Ishak), Muhd. Zulkifli (Abd. Razak) kerana khidmat mereka diperlukan oleh kelab-kelab di Thailand," jelasnya.

Yusoff turut menjelaskan, kejohanan itu penting sebagai persiapan skuad negara menghadapi Sukan SEA di Myanmar nanti.

"Ia juga penting kerana jurulatih berpeluang untuk mencari kelemahan yang perlu diperbaiki.

"Persaingan dijangka tidak akan terlalu sukar untuk skuad negara tetapi ia bergantung kepada kebijaksanaan jurulatih untuk menyusun pemain kerana lima pemain utama kita tidak ada nanti," tambah Yusoff.

Kejohanan itu yang akan berlangsung di Kompleks Majlis Sukan Negara (MSN), Taman Keramat AU 2, Kuala Lumpur bermula pukul 10.30 malam hingga 1.30 pagi.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Bomba lancar Ops Raya 2013 mulai 1 Ogos di kawasan berisiko

Posted:

Bomba lancar Ops Raya 2013 mulai 1 Ogos di kawasan berisiko

Bomba lancar Ops Raya 2013 mulai 1 Ogos di kawasan berisiko

18/07/2013 11:13pm

KUALA LUMPUR - Jabatan Bomba dan Penyelamat akan melaksanakan 'Ops Raya 2013' di 16 lokasi berisiko tinggi kemalangan jalan raya sempena musim perayaan bermula 1 hingga 18 Ogos.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, operasi itu melibatkan 9,100 pegawai dan anggota jabatan yang akan bertugas 24 jam secara bergilir.

Antara lokasi yang dikenal pasti ialah Gurun, (Kedah); Kamunting, Kuala Kangsar, Tapah, Tol Slim River (Perak); Tol Yong Peng, Sedenak (Johor); Genting Sempah, Plaza Tol Temerloh dan Kawasan Rehat Gambang (Pahang).

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerah pelekat kenderaan kempen 'anti litter' (antisampah) serta risalah mengenai pengurangan sisa makanan serta bubur lambuk kepada pengguna lebuh raya di Plaza Tol Sungai Besi di sini hari ini.

Sebelum itu, demonstrasi kemalangan jalan raya melibatkan sebuah bas, kereta dan lori yang membawa bahan kimia berbahaya dilakukan dengan bantuan pelbagai unit dari Jabatan Bomba dan Penyelamat di Plaza Tol Sungai Besi turut diadakan.

Abdul Rahman berkata, 267 balai bomba terlibat dalam Ops Raya dengan menjalankan rondaan di jalan persekutuan, jalan negeri dan bandaran di seluruh negara sepanjang tempoh operasi itu. - Bernama

Malaysia mahu realisasikan gagasan ASEAN Berpusatkan Rakyat

Posted:

Malaysia mahu realisasikan gagasan ASEAN Berpusatkan Rakyat

Malaysia mahu realisasikan gagasan ASEAN Berpusatkan Rakyat

18/07/2013 11:09pm

PETALING JAYA - Antara landasan utama Malaysia semasa menduduki jawatan Pengerusi ASEAN pada 2015 ialah mencipta gagasan 'Asean Berpusatkan Rakyat', kata Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.

Beliau berkata, ini bermakna ASEAN akan menjadi alat yang lebih kuat dalam merealisasi aspirasi rakyatnya berhubung urus tadbir yang baik, ketelusan, taraf hidup yang lebih tinggi, pembangunan yang mapan, pemerkasaan wanita serta peluang lebih banyak untuk semua.

"ASEAN yang berpusatkan rakyat juga bermaksud penglibatan yang banyak dan mendalam semua masyarakat dalam rangkaian kerja Asean. Ia turut bermakna rantau ini bukan lagi menjadi domain elit politik dan birokrasi.

"ASEAN yang berpusatkan rakyat akan menjadi ASEAN sebenar untuk semua," katanya semasa menyampaikan ucapan bertajuk 'A Historic Responsibility: Malaysia's Chairmanship of Asean in 2015' di Forum Kepimpinan Asean ke-10 di sini hari ini.

Forum sehari ini bertemakan 'Asean at a Crossroads - Towards a Common Future, Shared Prosperity and Regional Stability' anjuran Institut Strategi dan Kepimpinan Asian (Asli).

Anifah berkata, visi Malaysia mengenai ASEAN pada masa depan ialah sebagai salah satu pertubuhan yang menggambarkan impian rakyat, yang mesra dengan dirinya sendiri, berpandangan ke hadapan dan hidup aman dengan dunia yang lebih luas.

"Untuk menyokong usaha merealisasikan visi ini ia memerlukan institusi ASEAN termasuk Sekretariat ASEAN dibiayai dan dibantu sepenuhnya," katanya. - Bernama

Tiga projek tambahan naik taraf Pulau Perhentian - Ahmad Said

Posted:

Tiga projek tambahan naik taraf Pulau Perhentian - Ahmad Said

Tiga projek tambahan naik taraf Pulau Perhentian - Ahmad Said

18/07/2013 10:57pm

KUALA BESUT - Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said malam ini mengumumkan tiga projek tambahan bagi menaik taraf kehidupan penduduk dan infrastruktur Pulau Perhentian yang akan dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun depan.

Projek berkenaan ialah pembinaan 10 unit rumah kedai bernilai kira-kira RM4 juta, pembinaan jeti khas dan menaik taraf serta membina jalan ke kawasan perkampungan di pulau itu.

Berucap pada majlis berbuka puasa bersama rakyat Pulau Perhentian hari ini, Ahmad berkata projek itu relevan dalam usaha kerajaan negeri memajukan pulau tersebut sebagai antara destinasi pelancongan utama.

"Kawasan niaga ini (pembinaan rumah kedai) dibina atas permintaan orang di sini memandangkan pelancong semakin ramai, tetapi tempat berniaga tidak mencukupi," katanya.

Projek kedua pula meliputi pembinaan jeti khas yang akan bersambung ke jalan menghala ke projek perumahan rakyat yang sedang dibina ketika ini manakala projek ketiga ialah menaik taraf dan membina jalan yang menghubungkan jeti sedia ada dengan kawasan perkampungan di pulau itu, katanya. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Khamis, 18 Julai 2013

Kosmo Online - Horizon

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Horizon


Berbuka puasa bersama pelancong

Posted:

Berbuka puasa bersama pelancong

Berbuka puasa bersama pelancong

Oleh MUHAMMAD AYMAN GHAFFA

MENJELANG Ramadan saban tahun, Rizwan Namaji, 33, bersama isterinya, Shabana Namaji, 32, pasti menjadikan bulan yang penuh keberkatan itu sebagai masa untuk mereka bercuti.

Pasangan dari England, United Kingdom itu ke luar negara pada setiap bulan Ramadan sebagai cara mereka untuk merasai pengalaman berpuasa di negara orang.

Mereka juga amat teruja melihat perbezaan budaya di setiap negara yang dikunjungi dan pada masa yang sama cuba menyesuaikan diri dengan masyarakat setempat.

Emiriyah Arab Bersatu, Arab Saudi dan Mesir merupakan negara yang pernah dikunjungi pasangan itu ketika bulan Ramadan pada tahun-tahun yang lalu.

Pada tahun ini, mereka memilih Kuala Lumpur sebagai destinasi percutian dan merasai pengalaman berpuasa selama 11 hari di ibu negara.

Pada hari kedua percutian mereka, 14 Julai lalu, mereka ternyata teruja kerana berpeluang berbuka puasa di tengah-tengah jalan raya iaitu di Jalan Raja, berhadapan dengan Dataran Merdeka bersama-sama dengan ratusan rakyat Malaysia yang lain sempena Festival Ramadan.

Menurut Shabana, risalah mengenai Festival Ramadan yang dibacanya di hotel penginapan telah memberi idea kepada mereka untuk hadir ke Dataran Merdeka bagi merasai pengalaman berbuka puasa buat kali pertama di bumi Malaysia.

"Walaupun berbuka puasa di atas jalan raya, saya rasakan ia satu pengalaman yang unik. Idea ini berbeza dengan kebanyakan negara yang pernah kami lawati. Makanan yang disediakan juga ringkas tetapi cukup untuk juadah iftar kami," ujar Shabana.

Ceritanya, suasana berbuka puasa secara beramai-ramai di Dataran Merdeka itu ternyata berbeza dengan keadaan sewaktu menikmati iftar secara beramai-ramai di negara Asia Barat.

"Suasana berbuka puasa di Arab Saudi amat sibuk dan sesak. Majlis iftar di sana disertai oleh beribu-ribu umat Islam. Keadaan itu membuatkan majlis itu sedikit kelam-kabut. Tetapi saya tidak melihat keadaan itu pada festival ini.


ORANG ramai mula memenuhi setiap ruang di tengah Jalan Raja pada pukul 7 malam.


"Penganjuran majlis iftar di sini teratur. Selain itu, saya juga melihat pelancong bukan Islam turut dialu-alukan menyertai majlis ini," ujar pengurus di sebuah syarikat swasta itu.

Melalui Festival Ramadan, Shabana dan suaminya dapat mengetahui serba sedikit tentang budaya masyarakat Islam di Malaysia.

Festival kali kedua

Shabana merupakan antara ratusan pelancong yang hadir ke program Jom Buka Puasa sempena Festival Ramadan.

Festival anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) itu mempunyai pengisian berbeza pada setiap hari Sabtu dan Ahad sepanjang Ramadan. Ia juga salah satu daya tarikan kepada pelancong untuk menikmati juadah iftar secara percuma.

Tampil dengan tema Tangan Yang Memberi Lebih Baik Daripada Yang Menerima, festival itu bertujuan menjadikan Ramadan sebagai bulan untuk kegiatan kerohanian dan kesenian Islam agar dapat dihayati oleh generasi muda.

Pengarah Bahagian Pengembangan Budaya JKKN, Rosnan Nordin, 48, memberitahu, penganjuran festival itu merupakan salah satu cara untuk menjadikan ibu kota sebagai destinasi pelancong pada bulan Ramadan.

Menurutnya, budaya seperti itu sering disaksikan di bandar-bandar di negara Arab.

"Festival Ramadan tahun ini merupakan penganjuran edisi kedua selepas kejayaan festival tersebut pada tahun lalu yang telah menarik kira-kira satu juta pengunjung dalam kesemua aktiviti. Di ibu kota, festival ini adalah acara pertama yang mengajak orang awam berbuka di atas jalan raya secara beramai-ramai.

"Pendekatan dengan memberi juadah berbuka secara percuma kepada orang ramai merupakan cara untuk mempromosikan budaya bersedekah di negara kita," katanya ketika ditemui Kosmo! pada program Jom Buka Puasa baru-baru ini.

Tambahnya, selain Jom Buka Puasa, pengisian lain festival itu ialah pertandingan nasyid dan marhaban, tadarus al-Quran, ziarah sahur, peragaan busana Muslimah, kem remaja Ramadan serta pertandingan mencipta lagu nasyid dan lagu hari raya.

Festival tersebut ternyata menarik minat penduduk ibu kota untuk bersantai-santai sementara menunggu waktu berbuka. Menariknya, penganjuran Festival Ramadan pada tahun lalu telah berjaya mengumpul pengikut tersendiri.

Arifin Saad, 62, merupakan antara insan yang menunggu ketibaan festival tersebut pada tahun ini kerana telah menghadiri program Jom Buka Puasa pada tahun lalu.


JUADAH iftar yang disediakan oleh pihak JKKN mencukupi untuk semua pengunjung yang hadir ke program Jom Buka Puasa pada setiap Sabtu dan Ahad sepanjang Ramadan.


Menurutnya, pada Ramadan tahun lalu, dia bersama isteri dan anaknya pasti ke Dataran Merdeka untuk berbuka puasa pada hari Sabtu dan Ahad setiap minggu.

"Selain daripada menikmati juadah bubur lambuk Kampung Baru, kurma dan kuih-muih, saya juga membawa bekalan yang dimasak di rumah. Berdasarkan pengalaman tahun lalu, saya menyukai suasana berbuka puasa di sini.

"Pihak penganjur juga menyediakan kelengkapan yang sempurna terutamanya khemah untuk pengunjung menunaikan solat," ujarnya yang berasal dari Taman Mulia, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.

Sebelum berbuka puasa, tazkirah oleh penceramah dan bacaan ayat-ayat suci al-Quran merupakan acara wajib sepanjang festival tersebut.

Sementara itu, seorang pelancong dari Washington, Amerika Syarikat, Alexander Miller, 22, memberitahu, kunjungannya ke festival itu adalah untuk menikmati iftar secara tidak sengaja apabila ada individu menjemput mereka sewaktu bersiar-siar di sekitar Dataran Merdeka.

"Saya mengetahui sedikit asas mengenai Ramadan. Ketika berada di sini, saya sering bertanya kepada seorang rakan rakyat Malaysia mengenai apa yang ada dalam festival ini. Ia secara tidak langsung memberi satu pengalaman baharu kepada saya.

"Sepanjang seminggu kami berada di sini, saya melihat Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai juadah makanan.

"Pada majlis berbuka puasa di atas jalan raya ini, saya melihat hanya makanan asas yang disediakan.

"Saya dapat merasakan bahawa ini merupakan budaya sebenar umat Islam," ujarnya yang datang melancong di ibu negara bersama tiga orang rakannya dan seorang sahabat yang dikenalinya di Malaysia.

Dana pendidikan untuk kanak-kanak Gaza

Posted:

Dana pendidikan untuk kanak-kanak Gaza

Dana pendidikan untuk kanak-kanak Gaza

Oleh MUHAMMAD AYMAN GHAFFA


AHMED (dua dari kiri) menceritakan pengalamannya menghadapi serangan tentera Israel pada peperangan al-Furqan kira-kira lima tahun lalu.


SUASANA majlis pelancaran Program Pengumpulan Dana Sekolah Anak-Anak Yatim as-Solah di Gaza, Palestin bertukar sayu tatkala seorang pelajarnya, Ahmed Hamad, 17, menceritakan kisah dirinya sewaktu perang al-Furqan yang dicetuskan oleh Israel ke atas Palestin pada 27 Disember 2008.

Semasa kejadian, Ahmad masih seorang kanak-kanak. Dia hanya mampu menangis melihat kesengsaraan dan kematian rakyat kota Gaza akibat dibom serta diroket tentera Yahudi. Selepas perang itu berakhir, dia bersyukur kerana semua ahli keluarganya selamat dan masih hidup hingga hari ini.

Baru-baru ini, Ahmed berkunjung ke Malaysia untuk menyertai pertandingan debat antarabangsa peringkat sekolah di Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur bersama dua rakan sebayanya, Musbah Almadhoun dan Ahmed Darwish. Rombongan tiga pelajar itu diketuai oleh Pengetua as-Solah, Ismail Alsarraj, 40.

Mereka juga merupakan tetamu khas yang dibawa oleh Al-I'tisam Relief Programme (ARP) ke Malaysia untuk mengumpul dana bagi pembinaan dan penambahbaikan kemudahan di sekolah mereka.

Tiada punca pendapatan

Menurut Ismail, pihaknya memerlukan dana untuk menambah baik makmal teknologi sains dan matematik, perpustakaan serta peralatan gimnasium.

"Makmal tersebut adalah bagi kegunaan 673 pelajar. Kemudahan dan peralatan di sekolah itu dibiayai 100 peratus oleh sumber daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari luar Gaza dan salah satunya ialah Malaysia," ujarnya ketika ditemui Kosmo!.


KANAK-KANAK Gaza ini mendapat pelajaran formal secara percuma di Sekolah as-Solah.


Dana itu juga digunakan untuk keperluan Sekolah as-Sayida Khadija yang menempatkan pelajar perempuan. Kedua-dua sekolah itu mempunyai pelajar daripada darjah tiga hingga 12.

ARP merupakan wakil rakan kerjasama sebuah NGO dari Gaza iaitu Persatuan Rumah Anak-Anak Yatim Palestin (Poha) yang membantu mengutip dana untuk sekolah itu di Malaysia.

Menurut Penyelaras Projek ARP, Mohd. Shah Sapiei, 56, pengumpulan dana untuk sekolah tersebut merupakan salah satu program kempen Stand Up For Gaza.

"Dana itu bertujuan membantu pelajaran kanak-kanak di sana. Sukatan pelajaran dan kelengkapan sekolah disediakan secara percuma.

"Usaha ini mampu memberi harapan kepada kanak-kanak Gaza sekali gus mengembalikan semangat mereka untuk meneruskan pengajian," ujarnya.

Keunikan air terjun dalam gua

Posted:

Keunikan air terjun dalam gua

Keunikan air terjun dalam gua


PEMANDANGAN di Tannourine sungguh menakjubkan terutama pada musim salji cair pada bulan Mac dan April.


BERIADAH bersama rakan atau ahli keluarga ke kawasan air terjun pasti meninggalkan kenangan indah. Kesejukan dan deruan air terjun membuatkan percutian tersebut terasa amat menenangkan.

Selain mandi-manda, aktiviti menarik lain yang boleh dilakukan adalah membuat barbeku. Selepas puas berendam, perut yang kosong pasti 'gembira' apabila diisi dengan ikan, udang atau sotong bakar.

Bagaimanapun, jika berkunjung ke Air Terjun Bataara Gorge yang terletak di Kampung Balaa iaitu di antara bandar Laqlouq dan Tannourine di Lebanon, anda pasti terpesona dengan keunikannya.

Air terjun setinggi 255 meter itu sangat cantik, malah ia mengalir memasuki gaung gua batu kapur yang berusia lebih 160 juta tahun.

Gua yang dimaksudkan ialah Gua Baatara yang menjadi destinasi utama pengembara yang mendaki Gunung Lebanon. Ia ditemui ahli speleologi Perancis, Henri Coiffait pada tahun 1952 dan dipetakan sepenuhnya pada tahun 1980-an oleh Kelab Speleo du Liban.

Masa terbaik untuk mendaki Hutan Simpan Tannourine Cedar untuk ke air terjun itu ialah pada musim bunga dan awal musim panas. Terdapat banyak bunga liar berkembang mekar memenuhi kawasan tersebut sepanjang tempoh berkenaan.

Pendakian di hutan simpan tersebut merupakan sebahagian daripada laluan Gunung Lebanon yang digunakan oleh pengembara lasak bagi menuju ke kawasan Air

Terjun Baatara Gorge.


TIADA peralatan keselamatan dipasang di Baatara Gorge kerana dikhuatiri merosakkan landskap kawasan tersebut.


Malangnya, air terjun tersebut hanya boleh dilihat sewaktu salji melebur dan cair pada bulan Mac dan April.

Namun, pengunjung boleh melihat kelainan pada jambatan semula jadi yang terbentuk di air terjun tersebut. Jambatan itu kelihatan seperti tiga tingkat iaitu ia berada di atas satu jambatan lain. Ia kelihatan seperti sebuah jurang tergantung di pergunungan Lebanon.

Perkhidmatan kereta sewa

Walaupun tanda amaran yang melarang pengunjung memanjat di kawasan curam dan licin diletakkan, pengunjung pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk melihat secara dekat air terjun di dalam gua tersebut.

Pemasangan peralatan keselamatan untuk aktiviti mendaki di situ pernah dipertimbangkan tetapi tidak diluluskan oleh pihak berkuasa kerana dikhuatiri akan mengganggu keindahan semula jadi kawasan berkenaan.

Ekoran keajaiban itu, ia turut dikenali dengan tiga nama lain iaitu Gua Tiga Jambatan, Jurang Tiga Jambatan dan Lubang Dalam Dinding.

Prihatin dengan kehendak pelancong dalam negara dan antarabangsa yang gemar memandu ketika mengembara, perkhidmatan kereta sewa disediakan.

Jika anda ingin menyewa sebuah kereta jenama Mercedes di Beirut, anda hanya perlu membuat satu panggilan dan kereta tersebut akan dihantar terus ke lokasi anda berada.

Harga penginapan di hotel-hotel di bandar Tannourine bernilai sekitar RM127 hingga RM383 semalam. Kedudukan hotel-hotel tersebut kira-kira 35 kilometer dari Air Terjun Baatara Gorge.

Antara hotel tersebut ialah Hotel Chbat, Bauhaus, Hostel Palace Bsharry, L'Auberge Des Cedres, L'Aiglon Bcharre dan La Grande Ourse.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Sungei Wang Plaza rai anak yatim

Posted:

Sungei Wang Plaza rai anak yatim

Sungei Wang Plaza rai anak yatim


LIM (tengah) bergambar bersama anak-anak yatim yang hadir pada majlis perasmian dan berbuka puasa Dikir Aidilfitri di Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur baru-baru ini.


BERKAT. Kira-kira 40 anak yatim dari Rumah Amal Limpahan Kasih, Puchong berbuka puasa bersama artis Najwa Latif serta Sleeq sempena majlis perasmian dan berbuka puasa Dikir Aidilfitri di Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pihak pengurusan Sungei Wang Plaza juga menyampaikan duit raya kepada anak-anak yatim itu.

Pengurus Kanan Pemasaran dan Komunikasi Sungei Wang Plaza, KK Lim, konsep Dikir Aidilfitri diperkenalkan bagi memeriahkan musim perayaan dengan pelbagai aktiviti menarik bermula 17 Julai lalu hingga 11 Ogos depan.

Pada majlis itu, Najwa Latif dan Sleeq mempersembahkan lagu popular mereka Salam Semua dan Untuk Dia bagi menghiburkan anak-anak yatim tersebut.

Aktiviti amal meriahkan program Pautan Ramadan

Posted:

Aktiviti amal meriahkan program Pautan Ramadan

Aktiviti amal meriahkan program Pautan Ramadan


KAKITANGAN Hotel Seri Pasifik, Jamu Mak Dara, Bank Rakyat dan Anugerah mengagihkan bubur lambuk kepada pemandu teksi di Kuala Lumpur baru-baru ini.


EDAR. Sebanyak 4,000 pek makanan berisi bubur lambuk, kurma dan air mineral diagihkan kepada orang ramai sempena program Pautan Ramadan 2013 di Jalan Putra,Kuala Lumpur semalam.

Program anjuran Hotel Seri Pacific dengan kerjasama Jamu Mak Dara Sdn. Bhd. itu turut mendapat kerjasama daripada Bank Rakyat, Anugerah International (Anugerah) Sdn. Bhd. dan Restoran NJ Zenith.

Menurut Pengarah Urusan Jamu Mak Dara, Syed Muhamad Gadaffi Syed Ali, program tersebut merupakan salah satu tanggungjawab sosial korporat syarikat selain menjalankan amal ibadah sempena bulan Ramadan.

"Sumbangan kecil ini diharap dapat menceriakan pengguna jalan raya yang terkandas dalam kesesakan lalu lintas dan terpaksa berbuka di dalam kereta," katanya.

Program itu turut diserikan dengan majlis berbuka puasa bersama kira-kira 100 orang anak yatim daripada Persatuan Anak-Anak Yatim dan Ibu Tunggal Kampung Medan, Petaling Jaya dan Yayasan Chow Kit.

Dulux rai pengamal media pada majlis berbuka puasa

Posted:

Dulux rai pengamal media pada majlis berbuka puasa

Dulux rai pengamal media pada majlis berbuka puasa


GOH (berdiri, kanan) bersama Eric (berdiri, kiri) beramah mesra dengan wartawan yang hadir pada majlis berbuka puasa bersama media di Subang Jaya, Selangor baru-baru ini.


MESRA.Kira-kira 100 orang pengamal media diraikan pada majlis berbuka puasa anjuran Akzo Nobel Paints (M) Sdn. Bhd. bertempat di Restoran Kelantan Delights, Subang Jaya, Selangor baru-baru ini.

Pengarah Urusannya, CW Goh berkata, majlis tersebut diadakan bagi menghargai kerjasama yang diberikan oleh pengamal media dalam membantu Akzo Nobel Paints mengekalkan reputasinya sebagai sebuah syarikat cat dan pelapis ulung di peringkat global.

"Kami percaya hubungan kerja hendaklah dihargai sama ada dengan rakan kongsi, pelanggan, pembekal perkhidmatan atau rakan media," katanya.

Turut hadir, pereka hiasan dalaman antarabangsa yang juga duta jenama Dulux, Eric Leong dan pelakon Dynaz Mokhtar.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Kabinet sementara Mesir tiada wakil pro-Islam

Posted:

Kabinet sementara Mesir tiada wakil pro-Islam

Kabinet sementara Mesir tiada wakil pro-Islam

GAMBAR yang diedarkan pejabat Presiden menunjukkan pemangku Perdana Menteri, Adly Mansour (tengah) mempengerusikan Kabinet baharu Mesir di Kaherah kelmarin.- AFP


KAHERAH - Kerajaan sementara pertama Mesir sejak Presiden Mohammed Morsi digulingkan oleh tentera dua minggu lalu mengangkat sumpah kelmarin selepas pasukan keselamatan bertempur dengan penyokong Morsi.

Kabinet baharu itu dianggotai oleh wanita dan Kristian tetapi tiada pemimpin Islam ekoran pihak tentera mahu Mesir ditadbir oleh golongan liberal.

Kerajaan peralihan tersebut termasuk tiga menteri wanita dan tiga penganut Kristian Qibti.

Seorang penganalisis politik, Samer Shehata berkata, antara isu utama yang perlu ditangani segera oleh kerajaan peralihan Mesir termasuk defisit bajet, merombak Kementerian Dalam Negeri, penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan di Semenanjung Sinai.

Pergerakan Islam terbesar Mesir, Ikhwanul Muslimin segera menolak Kabinet seramai 35 anggota tersebut.

"Kami tidak mengiktiraf Kabinet itu atau kuasanya," kata jurucakap Ikhwanul Muslimin, Gehad El-Haddad.

Kerajaan sementara itu diketuai oleh pakar ekonomi Hazem Al-Beblawi sebagai Perdana Menteri Mesir.

Ketua angkatan tentera Mesir, Abdel Fattah Al-Sisi yang mendalangi penggulingan Morsi dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan.

Majlis angkat sumpah kabinet baharu itu berlangsung di ibu kota Mesir di sini selepas tujuh orang terbunuh manakala 26 lagi cedera dalam pertempuran semalaman antara pasukan keselamatan dengan penyokong Morsi.

Kematian terbaharu itu menjadikan angka korban keseluruhan sejak rampasan kuasa di Mesir meningkat kepada lebih 100 orang.

Satu sumber keselamatan dipetik media Mesir sebagai melaporkan seramai 401 penunjuk perasaan ditahan di sini, manakala sekurang-kurangnya 17 anggota keselamatan cedera dalam keganasan kelmarin.

Beribu-ribu penyokong Morsi membanjiri jalan-jalan raya selepas waktu berbuka puasa bagi menuntut pemimpin mereka kembali dilantik sebagai Presiden Mesir.

Sebahagian rakyat Mesir menuduh Morsi mengutamakan Ikhwanul Muslimin dan gagal memulihkan ekonomi sepanjang setahun memimpin negara itu. - Agensi

20 murid maut akibat keracunan makanan di India

Posted:

20 murid maut akibat keracunan makanan di India

20 murid maut akibat keracunan makanan di India


SEORANG lelaki menangis sambil memangku mayat anak perempuannya yang maut selepas makan makanan tercemar di sebuah sekolah di Patna, India semalam.- ap


PATNA - Sekurang-kurangnya 20 murid maut dan sejumlah yang lain jatuh sakit selepas mereka memakan makanan percuma di sebuah sekolah rendah di timur India, kata seorang pegawai semalam.

Pegawai di negeri Bihar, Abhijit Sinha berkata, 27 murid lain dan tukang masak sekolah dimasukkan ke hospital di Patna.

Seramai 10 daripada mereka berada dalam keadaan kritikal. Murid-murid itu berusia antara lapan hingga 11 tahun.

Mereka jatuh sakit selepas menikmati juadah tengah hari di sekolah itu kelmarin di Masrakh, sebuah kampung yang terletak 80 kilometer di utara Patna.

Menurut Sinha, mereka dibawa ke sebuah hospital tempatan dan kemudian dipindahkan ke pusat perubatan di Patna.

Makanan tersebut dimasak di dapur sekolah itu. Namun, pihak berkuasa sekolah menghentikan hidangan makanan tersebut selepas murid-murid mula muntah.

Menteri Pendidikan Bihar, P.K. Sahi berkata, siasatan awal mendapati makanan itu dikesan mengandungi sejenis racun makhluk perosak yang digunakan dalam penanaman padi dan gandum.

Makanan tersebut dipercayai tidak dibasuh sebelum ia dihidangkan di sekolah.

Kebanyakan pemerintah negeri di India melancarkan program makan tengah hari secara percuma kepada murid-murid miskin.

Ketua Menteri Bihar, Nitish Kumar mengarahkan satu siasatan dilakukan.

Pihak berkuasa telah menggantung tugas seorang pemeriksa makanan dan mendakwa kes terbabit sebagai kecuaian guru besar sekolah itu. - AP

Robot bancuh kopi

Posted:

Robot bancuh kopi

Robot bancuh kopi


RAPIRO dilengkapi dengan 12 penggerak dan mata LED selain mampu berjalan dan menggerakkan tangan.- AFP


WASHINGTON - Sebuah syarikat Jepun di sini telah mencipta sebuah robot berbentuk manusia yang boleh membancuh kopi untuk pemiliknya, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Diberi nama Rapiro, robot comel itu dikawal menggunakan komputer bersaiz kad kredit berasaskan perisian Linux, Raspberry Pi.

Selain membancuh kopi, robot mini itu boleh diprogramkan untuk melakukan beberapa tugas lain seperti menyusun jadual waktu dan memberitahu mengenai keadaan cuaca.

Rapiro juga boleh dilengkapi kamera untuk membolehkannya mengumpulkan data visual.

Robot berkenaan dilengkapi 13 peranti motor untuk membantunya bergerak. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Fungsi, keberkesanan IMT-GT perlu dinilai semula - MB Perak

Posted:

Fungsi, keberkesanan IMT-GT perlu dinilai semula - MB Perak

Fungsi, keberkesanan IMT-GT perlu dinilai semula - MB Perak

18/07/2013 8:58pm

IPOH - Fungsi dan keberkesanan penubuhan Kawasan Segitiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) wajar dibincangkan semula untuk menilai sama ada kerjasama berkenaan memberi manfaat seimbang antara tiga negara anggota.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, ini kerana IMT-GT pada masa ini melibatkan kawasan lebih luas berbanding, hanya merangkumi kawasan wilayah utara Sumatera, utara Semenanjung Malaysia dan selatan Thailand pada peringkat awal penubuhannya.

"Apa yang menjadi masalah kepada kita (bagi merancang pembangunan di kawasan sempadan di bawah kerjasama IMT-GT) kerana IMT-GT ini telah melewati kawasan sempadan yang sepatutnya.

"Hari ini, kita lihat IMT-GT telah memasukkan negeri tidak bersempadan antara satu sama lain, sedangkan cadangan awal kita adalah untuk bangunkan negeri atau kawasan yang bersempadan dengan kawasan masing-masing," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Perbincangan semula peranan dan keberkesanan IMGT-GT perlu dilakukan secara teliti supaya ia dapat memberikan kebaikan kepada negara anggota terutama yang bersempadan antara satu sama lain, katanya.

IMT-GT dibentuk pada tahun 1993 oleh kerajaan ketiga-tiga negara untuk mempercepatkan transformasi ekonomi di wilayah yang kurang maju dengan penglibatan sektor swasta. - Bernama

Kedah bakal warta fatwa anti-Syiah

Posted:

Kedah bakal warta fatwa anti-Syiah

Kedah bakal warta fatwa anti-Syiah

18/07/2013 8:42pm

ALOR SETAR - Kerajaan negeri Kedah akan turut menggazet fatwa anti-Syiah bagi membanteras fahaman itu yang didapati semakin menular di kalangan masyarakat, kata Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir.

Beliau berkata fatwa itu telah pun digazet di peringkat kebangsaan.

"Namun saya akan berbincang dengan Mufti terlebih dahulu sebelum melaksanakan fatwa ini di Kedah. Walaupun penularan fahaman Syiah di Kedah masih dalam keadaan terkawal, ia tidak bererti Kedah bebas daripada fahaman tersebut," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Tambah Mukhriz, terdapat aduan diterima daripada ahli-ahli agama yang menyuarakan kebimbangan tentang penularan fahaman Syiah.

"Oleh itu kita akan berusaha dengan sebaik mungkin untuk menggazetkan fatwanya di Kedah secepat mungkin," tambah Mukhriz.

Beliau berkata, akibat fahaman itu, turut timbul kesukaran untuk menguruskan hal berkaitan jenazah misalnya. - Bernama

Empat lagi MRSM bakal dibuka - KP Mara

Posted:

Empat lagi MRSM bakal dibuka - KP Mara

Empat lagi MRSM bakal dibuka - KP Mara

18/07/2013 8:40pm

KUALA BESUT - Empat lagi Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bakal diwujudkan di seluruh negara bagi menampung permohonan kemasukan pelajar yang semakin meningkat kebelakangan ini.

MRSM berkenaan terletak di Arau, Perlis yang dijangka siap pada penghujung tahun hadapan, selain di Kuala Kangsar, Perak; Tanjung Karang, Selangor dan Semporna, Sabah.

Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Ibrahim Ahmad berkata, pembinaan MRSM baharu itu yang dijangkakan siap dalam tempoh setahun hingga dua tahun akan memberikan tambahan tempat kepada 1,000 pelajar pada setiap sesi pengambilan.

"Penambahan MRSM ini akan menjadikan jumlah keseluruhan MRSM, 54 buah dan akan membuka lebih peluang memandangkan tahun ini sahaja kita menerima 44,000 permohonan sedangkan tempat yang ada hanya untuk 9,000 pelajar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Cakna MARA Keusahawanan dan Pendidikan di Masjid Al-Jamhuriah di sini, hari ini. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved