Ahad, 16 Jun 2013

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Tragedi tragis empat sahabat

Posted:

Tragedi tragis empat sahabat

Tragedi tragis empat sahabat

Oleh MEGAT RAMLI MEGAT RAOF
megat@kosmo.com.my

BEGINILAH keadaan sebuah kereta Perodua Viva yang remuk hingga mengorbankan tiga individu selepas terlibat dalam satu nahas di Shah Alam semalam.


SHAH ALAM - Kegembiraan empat pelajar universiti bersiar-siar di sekitar bandar ini selepas mengunjungi Taman Tema i-City Seksyen 7 di sini tidak berpanjangan apabila tiga daripadanya maut manakala seorang lagi cedera ringan selepas kereta Perodua Viva yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan ngeri semalam.

Tragedi menjelang Subuh pada pukul 5.15 pagi di Kilometer 14.5 Lebuh Raya Persekutuan di sini itu mengakibatkan Adam Ab. Rahman, Ameer Asyraf Sulaiman dan Nurul Maizura Maidan maut di tempat kejadian. Adam merupakan pemandu kereta manakala dua lagi berada di tempat duduk belakang.

Seorang lagi mangsa, Nurfarina Mokhtar yang berada di tempat duduk penumpang hadapan cedera ringan. Kesemua mereka yang berusia 18 tahun baru dua minggu belajar di universiti.

Adam merupakan pelajar Diploma Pengajian Sukan di Kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jengka, Pahang; Ameer (pelajar asasi jurusan perakaunan di UiTM Shah Alam), Nurul Maizura (pelajar asasi Sains Pertanian, Universiti Putra Malaysia) dan Nurfarina (pelajar asasi Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua, UiTM Shah Alam).

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Bacaan IPU di Melaka tidak sihat

Posted:

Bacaan IPU di Melaka tidak sihat

Bacaan IPU di Melaka tidak sihat

Oleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN
zulsham@kosmo.com.my


PENGGUNA jalan raya terpaksa berhati-hati memandu ekoran jerebu teruk yang melanda kawasan Port Dickson semalam.


MELAKA - Bandar raya Melaka semalam merekodkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) paling tinggi dengan bacaan 161 sehingga pukul 5 petang semalam berikutan jerebu teruk melanda negara sejak kelmarin akibat pembakaran hutan di bahagian tengah Sumatera, Indonesia.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri, Abd. Hafiz Abd. Samad berkata, bacaan itu dikategorikan sebagai tidak sihat kerana telah melepasi bacaan IPU 100.

Menurutnya, ia paling teruk berbanding bandar-bandar lain seperti Muar dan Port Dickson.

"Punca jerebu ini adalah disebabkan pembakaran terbuka yang berlaku di bahagian tengah Sumatera dan lebih 100 hotspot telah direkodkan di kawasan berkenaan," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Abd. Hafiz memberitahu, dua lagi kawasan iaitu Muar dan Port Dickson setakat pukul 11 pagi masing-masing mencatatkan bacaan IPU 110 dan 117 tetapi telah menurun ke tahap sederhana lewat petang semalam.

Katanya, difahamkan kebakaran di bahagian tengah Sumatera berlaku sejak kelmarin dan kesan jerebu itu dibawa oleh angin Monsun Barat Daya ke Semenanjung pada sebelah malam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Usah ditipu pembangkang

Posted:

Usah ditipu pembangkang

Usah ditipu pembangkang


NAJIB bersalaman dengan sebahagian pelajar Malaysia di Indonesia selepas sesi bergambar pada majlis makan tengah hari di Dewan Serbaguna, Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta semalam.


JAKARTA - Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan pelajar Malaysia di luar negara supaya tidak terpedaya dengan pembohongan pembangkang hingga menyebabkan mereka tidak lagi menyokong kerajaan Malaysia.

Perdana Menteri berkata, fitnah dan pembohongan pembangkang berhubung proses Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu misalnya, menimbulkan persepsi salah terhadap kerajaan hingga golongan terpelajar turut mempercayainya.

"Sampai hari ini, belum ada bukti kononnya kita bawa 40,000 warga Bangladesh (untuk mengundi), ini satu fitnah dan pembohongan amat besar yang berlaku pada pilihan raya umum kali ini.

"Sebab itu, saya kata tak kan ada orang tak boleh fikir, rupanya ada orang tak boleh fikir. Saya dapat tahu, peguam pun tak boleh fikir. Apa sudah berlaku ke atas mereka," katanya pada majlis jamuan tengah hari bersama pelajar Malaysia di Indonesia di Dewan Serbaguna, Kedutaan Besar Malaysia di Kuningan di sini semalam.

Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan.

Najib berada di sini dalam rangka lawatan peribadi untuk bertemu beberapa pemimpin Indonesia yang rapat dengannya, selain berehat selepas PRU-13.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Gemar menulis di tempat awam

Posted:

Gemar menulis di tempat awam

Gemar menulis di tempat awam

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR

Azzah gemar menulis di tempat awam kerana ia memberi inspirasi kepadanya untuk berkarya.


ILHAM ketika menulis sering kali dikaitkan dengan pemilihan waktu yang baik untuk berbuat demikian. Kebiasaannya, waktu Subuh dan tengah malam menjadi kegemaran buat golongan penulis menarikan pena atau mengetuk papan kekunci komputer.

Bagaimanapun, keadaan ini berbeza dengan penulis kelahiran Batu Kikir, Negeri Sembilan, Azzah Abdul Rahman. Beliau mengakui boleh menulis sepanjang masa kecuali selepas Asar.

"Jika tiada bengkel penulisan yang dianjurkan, saya boleh menulis setiap masa melainkan selepas waktu Asar. Malah, saya lebih suka menulis di tempat awam seperti kopitiam, medan selera atau hentian bas.

"Lagi ramai orang di tempat tersebut, maka lagi laju saya mendapat ilham untuk menulis. Mungkin kerana saya jenis manusia yang suka memerhati keadaan sekeliling dan ini boleh dijadikan idea dalam menghasilkan penulisan terbaik," ujar Azzah ketika ditemui Kosmo! di hentian Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Tasik Selatan, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Mula terlibat secara serius dalam bidang penulisan bermula tahun 2007, Graduan Diploma Sains Komputer dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi & Multimedia dari Universiti Terbuka Malaysia itu sudah mempunyai enam buah buku.

Buku pertamanya bertajuk Pilih Jangan Tak Pilih yang berkisar tentang pengalaman diri dan berbentuk motivasi untuk mereka yang merasakan tiada pilihan dalam kehidupan.

Menariknya, buku itu diterbitkan dengan modal sendiri pada 2007 kerana minat menulis yang mula berputik dalam diri Azzah selain kesukaran mendapatkan penerbit.

"Bertitik tolak daripada penghasilan buku ini, saya mula serius dalam penulisan. Tetapi waktu itu saya tidak pandai dalam menulis cerita berkaitan fiksyen. Jadi, pada 2008 ada kawan mengajak saya menyertai bengkel penulisan kreatif.

"Setiap minggu selama dua tahun, saya konsisten mengikuti bengkel tersebut dan akhirnya berjaya menghasilkan fiksyen bertajuk Kesatria Ajaib: Kuasa Lobak Kecil pada tahun 2010 yang memaparkan watak adiwira kanak-kanak," terang Azzah.


BEBERAPA buah karya hasil nukilan Azzah.


Syarikat penulisan sendiri

Sebelum itu, buku kedua Azzah bertajuk Celoreng Biru yang memaparkan kisah realiti suka duka wira dan wirawati Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) turut diterbitkan pada 2009.

"Pengalaman sebagai jurulatih PLKN yang penuh dengan pelbagai cabaran membuatkan saya tertarik untuk membukukan kisah mereka," ujarnya yang menjadi jurulatih PLKN bermula tahun 2004 hingga 2007.

Tiga lagi buku Azzah ialah S.P.A.R.K - Skuad Pengatur Acara Rifqie dan Kawan-Kawan dan Pengembaraan Empat Puteri yang kesemuanya diterbitkan pada 2011.

Kini, Azzah mempunyai empat hingga lima novel yang masih berada dalam proses untuk diterbitkan. Selain itu, beliau juga memiliki dua antologi cerpen dalam bentuk e-book di laman e-sentral.com bertajuk Saranghaeayo mi amor (Aku Cintakan Kau Sayangku) dan Cinta: Unconfirmed.

Medium blog dipilih Azzah untuk terus berkarya. Melalui blog azuzafu.com, anak kedua daripada tiga beradik itu bebas melahirkan segala apa yang ada di fikiran.

Pada usia 34 tahun, Azzah kini boleh berbangga dengan pencapaiannya dalam dunia penulisan. Beliau memiliki dua syarikat, Hero Edutaining Services dan Nuun Creative Books yang melatih individu dalam bidang penulisan.

Melalui syarikat tersebut, peminat setia penulis terkenal Indonesia, Andrea Hirata itu turut menyediakan platform buat bekas para peserta kursus penulisan atau alumni memaparkan karya masing-masing.

"Melalui laman web tulisnovel.com, kami mengalu-alukan setiap alumni menghantar karya mereka untuk diterbitkan. Secara keseluruhan terdapat hampir 200 alumni termasuk pelajar Malaysia yang melanjutkan pengajian di Mesir," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Dhaarma Raj nafi jadi penyebab

Posted:

Dhaarma Raj nafi jadi penyebab

Dhaarma Raj nafi jadi penyebab

Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH
shahril.abdullah@kosmo.com.my

SKUAD senior negara dilihat menunjukkan prestasi yang baik sejak dibimbing Revington.


"JIKA saya bersalah hukumlah saya, tetapi kalau tidak (bersalah), cari orang yang menabur fitnah ini dan hukumlah dia."

Demikian tegas jurulatih skuad hoki Projek 2013, Muhd. Dhaarma Raj Abdullah selepas namanya dikaitkan sebagai antara punca jurulatih senior negara, Paul Revington mahu meletak jawatan.

Sambil menjelaskan tiada permusuhan berlaku antara dia dan Revington, Dhaarma turut mengesahkan bahawa setiap pergolakan yang berlaku dalam Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) ketika ini adalah berpunca daripada 'tangan ketiga'.

"Saya bingung dengan apa yang berlaku ketika ini. Mengapa nama saya dikaitkan dengan isu Revington yang saya sendiri tidak faham.

"Hubungan saya dengan Revington adalah bersandarkan hubungan profesional. Saya ada pasukan saya sendiri dan dia juga ada pasukan dia sendiri.

"Memang ada kami tidak sependapat dalam beberapa hal, tetapi ia melibatkan perkara profesional, jadi tidak perlulah saya campur tangan dalam tugasnya.

"Namun, apa yang saya tahu, perkara ini diperbesarkan oleh pihak ketiga dan kalau MHC benar-benar mahu Revington kekal, pihak ketiga ini perlu dipanggil dan hukum mereka jia ada bukti yang kukuh," jelas Dharmaa kepada Kosmo! semalam.

Kelmarin, arena hoki negara dikejutkan dengan berita Revington menghantar surat peletakan jawatannya kepada MHC atas alasan tidak mampu menjalankan tugasnya dengan baik ekoran campur tangan pihak lain.

Dikhabarkan bahawa antara individu yang mencampuri urusan jurulatih dari Afrika Selatan itu ialah Dhaarma dan juga Pengarah Program Pembangunan 1MAS, Lim Chiow Chuan.

Bagaimanapun, Dhaarma yang membimbing Malaysia menjuarai Piala Remaja Asia di Johor Bahru tahun lalu sehingga layak ke Piala Dunia Remaja di New Delhi, Disember depan berkeras bahawa beliau tiada berdepan masalah dengan Revington.

"Saya tiada masalah dengan dia, mengapa perlu kaitkan saya dengan isu ini?

"Saya sedia membantunya demi kemajuan hoki negara dan kalau dia perlukan pertolongan saya pada pusingan separuh akhir Liga Hoki Dunia di Johor pada 29 Jun ini, saya sedia membantunya," kata Dhaarma lagi.

Sekiranya Revington yang dinobat Jurulatih Terbaik 2011 oleh Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) terus dengan niatnya untuk meletak jawatan, tugasnya akan dikendalikan sementara oleh bekas jurulatih, Sarjit Singh.

Begitupun, jawatankuasa kejurulatihan MHC dalam satu mesyuarat kelmarin memutuskan sebulat suara untuk tidak menerima peletakan jawatan Revington dan akan cuba memujuknya meneruskan tugas yang disandang sejak Julai tahun lepas.

FAM mahu 'tutup buku' Wan Zack

Posted:

FAM mahu 'tutup buku' Wan Zack

FAM mahu 'tutup buku' Wan Zack

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) enggan memanjangkan kemelut yang menyelubungi pemain sayap lincah negara, Wan Zack Haikal Wan Nor selepas dikatakan diburu beberapa pasukan Liga Malaysia (Liga M).

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, pihaknya menganggap kontroversi itu sudah selesai selepas Wan Zack, 22, nekad menghormati kontrak selama dua tahun bersama kelab Divisyen Tiga Jepun, FC Ryukyu.

"Kontroversi sudah selesai dan tidak perlu dipanjangkan.

"Saya harap, mana-mana pasukan perlu menghormati keputusan Wan Zack untuk kekal bersama FC Ryukyu," kata Azzuddin kepada Kosmo! semalam.

Kosmo! semalam melaporkan kenyataan pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee yang memuji semangat Wan Zack untuk kekal lebih lama dengan FC Ryukyu biarpun cuba dipancing beberapa pasukan dalam Liga M.

Sebelum ini, seorang lagi arkitek muda negara, Muhammad Nazmi Faiz Mansor mengejutkan ramai pihak apabila membuat 'pusingan U' menyertai Selangor PKNS meskipun masih memiliki baki tiga tahun kontrak bersama kelab Portugal, S.C. Beira Mar, Februari lalu.

Difahamkan, beberapa pasukan yang berminat memburu khidmat Wan Zack tergolong dalam kelompok enam pasukan terbaik dalam saingan Liga Super musim ini.

Dalam pada itu, Azzuddin juga enggan mengulas lanjut mengenai pendirian FAM termasuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pasukan Liga M yang masih 'berdegil' memburu khidmat Wan Zack ataupun mana-mana pemain yang 'berguru' di luar negara selepas ini.

"Seperti yang telah saya katakan sebelum ini, mana-mana pasukan sepatutnya menghormati tindakan FAM menghantar pemain muda menimba ilmu di luar negara.

"Cubaan mendapatkan pemain mengikut 'pintu belakang' sepatutnya tidak timbul jika mana-mana pasukan memahami tujuan sebenar FAM menghantar pemain menyertai kelab di luar negara.

"Tindakan sedemikian hanya memalukan kita sendiri," tegas Azzuddin.

Chong Wei rangkul gelaran kelima

Posted:

Chong Wei rangkul gelaran kelima

Chong Wei rangkul gelaran kelima

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

SEPERTI diramal, pemain No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei berjaya meraih gelaran kelima Kejohanan Badminton Siri Super Premier Terbuka Indonesia 2013 yang melabuhkan tirainya di Jakarta semalam.

Pemain berusia 30 tahun itu hanya memerlukan masa 40 minit untuk menewaskan Marc Zwiebler dari Jerman dengan keputusan straight set 21-15 dan 21-14 di Stadium Istora Gelora Bung Karno.

Menariknya, Chong Wei mendedikasikan kemenangan itu kepada sahabat baiknya yang juga bekas juara dunia dari Indonesia, Taufik Hidayat yang mengambil keputusan untuk bersara selepas ditunjukkan jalan keluar oleh pemain India, B.Sai Praneeth seawal pusingan pertama.

"Taufik seorang rakan yang baik dan saya mengucapkan selamat maju jaya kepadanya.

"Saya juga berharap Taufik dapat melatih lebih ramai pemain muda sehebatnya selepas ini," kata Chong Wei yang dipetik menerusi laman portal Sport 247 semalam.

Terdahulu, Chong Wei dilihat gagal mempamerkan aksi sebenar apabila beberapa kali melakukan kesilapan mudah ketika berdepan Zwieber yang baharu pertama kali menjejak kaki ke pentas final.

Pada masa sama, Zwiebler juga dilihat mendahului 5-2 pada set kedua sebelum Chong Wei kembali menguasai perlawanan, sekali gus memenangi set tersebut.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memberikan sokongan kepada saya di sini.

"Saya gembira dapat meraih gelaran yang kelima, sekali gus menebus kekecewaan saya apabila terlepas peluang beraksi pada tahun lalu gara-gara kecederaan (buku lali kanan)," kata Chong Wei.

Untuk rekod, ia juga gelaran yang keempat Chong Wei tahun ini selepas menjuarai Siri Super Premier Terbuka Korea Selatan, Siri Super Terbuka Malaysia dan Siri Super Terbuka India.

Selepas ini, Chong Wei bakal menyertai Kejohanan Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) di Guangzhou, China bermula 5 Ogos depan.

Terdahulu, pasangan bukan pilihan dari China, Bao Yixin-Chang Shu mendominasi acara beregu wanita apabila mengejutkan gandingan No. 1 dunia yang juga rakan senegara mereka, Wang Xiaoli-Yu Yang dengan kemenangan rubber set 15-21, 21-18, 21-18.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Perlu sokong kebebasan Palestin jika cintakan keadikan - penulis Israel

Posted:

Perlu sokong kebebasan Palestin jika cintakan keadikan - penulis Israel

Perlu sokong kebebasan Palestin jika cintakan keadikan - penulis Israel

16/06/2013 10:21pm

KUALA LUMPUR - Mereka yang cintakan keadilan dan kemanusiaan perlu menyokong perjuangan membebaskan Palestin, kata penulis Israel

Miko Peled di sini hari ini.

Peled kelahiran Jerusalem yang secara terbuka menyatakan sokongan terhadap rakyat Palestin berkata, demokrasi di Palestin boleh wujud jika setiap orang menyatakan pendidiran moral terhadap isu itu.

Pengarang buku "The General's Son, The Journey of an Israeli in Palestine"

(Anak Jeneral, Perjalanan seorang Israel di Palestin) menyatakan bagaimana

pendekatan 'rakyat bersatu' boleh mengubah senario dunia, sambil menyebut sebagai contoh keruntuhan dasar aparthied di Afrika Selatan.

"Jika lebih banyak negara turut serta dan bergabung di sebalik perjuangan

ini, ia boleh berlaku.

"Apartheid di Afrika Selatan telah berakhir, tetapi negara itu kekal wujud

dan rakyat bebas dan kini mengamalkan demokrasi," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah "Beyond Zionism - Hope For Peace in Palestine" (Di Luar Zionisme - Harapan untuk Keamanan di Palestin" anjuran Viva Palestina Malaysia (VPM). - Bernama

Mayat lelaki reput ditemui di Sungai Rajang

Posted:

Mayat lelaki reput ditemui di Sungai Rajang

Mayat lelaki reput ditemui di Sungai Rajang

16/06/2013 9:39pm

BELAGA - Mayat seorang lelaki dalam keadaan reput teruk ditemui terapung di Sungai Rajang, berdekatan rumah panjang Rh. Lat, di Punan Sama, di sini, hari ini.

Tempat penemuan mayat itu adalah lebih sejam perjalanan bot dari Giam Bungan di mana bot ekspres 'Kawan Mas' terbalik dan karam pada 28 Mei lepas.

Ketua Polis Daerah Belaga, Deputi Superintendan P Bakar Sebau berkata, mangsa lemas itu memakai seluar jeans dengan tali pinggang kulit dan seluar dalam berwarna merah.

Beliau berkata, penumpang sebuah bot ekspres yang melalui tempat itu melihat mayat mangsa pada pukul 1 tengah hari tadi sebelum memaklumkan kepada penduduk rumah panjang di situ.

Bakar berkata, penduduk rumah panjang berkenaan kemudian memaklumkan penemuan itu kepada sebuah pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada anggota polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, RELA dan Jabatan Pertahanan Awam yang melakukan operasi harian di kawasan itu. - Bernama

Enam kawasan catat bacaan IPU tidak sihat

Posted:

Enam kawasan catat bacaan IPU tidak sihat

Enam kawasan catat bacaan IPU tidak sihat

16/06/2013 8:39pm

KUALA LUMPUR - Enam kawasan, termasuk dua di Melaka mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat hari ini.

Sehingga pukul 11 pagi, bacaan IPU paling tinggi dicatat di Melaka iaitu

Bandaraya Melaka (129) dan Bukit Rambai (120) diikuti Port Dickson (117), Muar

(110), Pelabuhan Klang (104) dan Kemaman (101).

Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam kenyataannya menyebut negara kini mengalami musim Monsun Barat Daya bermula Jun ini yang dijangka berterusan hingga September.

"Angin monsun yang bertiup dari kawasan titik panas di Sumatera Tengah,

Indonesia telah membawa asap jerebu ke kawasan tengah dan selatan Pantai Barat Semenanjung," kata kenyataan itu. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Buaian istimewa untuk anak Putera William, Kate

Posted:

Buaian istimewa untuk anak Putera William, Kate

Buaian istimewa untuk anak Putera William, Kate

DARIUZ Bergier sibuk menyiapkan buaian istimewa untuk dihadiahkan kepada pasangan diraja Britain, Putera William dan Kate Middleton di bengkelnya di Lodz, Poland kelmarin.


TUSZYN, Poland - Seorang tukang kayu dan pembuat perabot, Dariusz Bergier kini sibuk menghasilkan sebuah buaian khas untuk bakal anak pasangan diraja Britain, Putera William dan Kate Middleton.

Buaian tersebut diperbuat daripada kayu oak. Ia diinspirasikan daripada reka bentuk gereja Gothic kurun ke-15. Bergier berharap hadiahnya itu dapat dihantar dari Poland ke London pada Rabu depan.

"Saya harap dapat menyiapkan buaian ini tepat pada masanya. Masih ada beberapa pintu, ruang kecil dan ukiran yang perlu disempurnakan. Semoga buaian ini akan diletakkan di dalam bilik bayi pasangan Putera William dan Kate," kata Bergier di bengkelnya di sini.

Sewaktu majlis perkahwinan pasangan diraja itu berlangsung pada April 2011, bengkel Bergier ditugas menghasilkan beberapa buah perabot untuk sebuah hotel yang didiami oleh keluarga Kate.

Cahaya mata Putera William dan Kate akan menjadi waris ketiga takhta kerajaan Britain selepas Putera Charles serta Putera William. - AFP

1,800 banduan cipta rekod dunia

Posted:

1,800 banduan cipta rekod dunia

1,800 banduan cipta rekod dunia


Beberapa orang pengawal keselamatan penjara berkawal dan memerhatikan acara tarian aerobik yang dilakukan oleh 1,800 banduan.


LIMA, Peru - Seramai 1,800 banduan memakai pakaian berwarna-warni ketika melakukan persembahan senaman aerobik di dalam sebuah penjara Lurigancho di sini kelmarin.

Seorang pereka tari tarian aerobik di Peru, Roger Romero yang terlibat melatih banduan tersebut berkata, acara itu disertai oleh para banduan dari penjara di Peru, Venezuela, Ecuador dan Colombia.

Mereka semua berlatih setiap langkah tarian yang diajar sejak tiga bulan lalu mengikut pelbagai genre muzik seperti rock dan reggaton meringues.

Senaman aerobik beramai-ramai itu diadakan bagi mengatasi satu rekod dunia jumlah orang menari di dalam penjara.

Ketika acara itu dilakukan, pengawal penjara melakukan kawalan ketat di sekitar penjara dan kawasan acara tersebut berlangsung.

Acara itu dianjurkan oleh pihak pengawal keselamatan penjara bagi mempromosi aktiviti sukan dan gaya hidup sihat selain bertujuan mencipta rekod dalam Guinness World Records.

Penjara Lurigancho merupakan salah sebuah penjara paling sesak, ganas dan sukar dikawal di Amerika Latin. Ia menempatkan lebih daripada 8,500 orang banduan. - Reuters

Warga emas cipta rekod dunia angkat berat

Posted:

Warga emas cipta rekod dunia angkat berat

Warga emas cipta rekod dunia angkat berat


PERLIS berusaha melakukan rutin angkat berat bagi memecahkan rekod dunia yang telah bertahan sejak lapan tahun lalu.


PHOENIX - Seorang warga emas berusia 91 tahun telah memecahkan rekod dunia angkat berat dengan bebanan mencecah 85 kilogram iaitu 23.5 kilogram lebih berat berbanding rekod yang dicatatkan sebelum ini.

Lelaki itu, Sy Perlis telah melakukan rekod tersebut pada Kejohanan National Bench Push-Pull Press and Dead Lift semalam.

Akhbar Arizona Republic melaporkan bahawa rekod yang dicatatkan sebelum ini pada tahun 2005 melibatkan peserta berumur 90 tahun yang telah mengangkat bebanan seberat 61 kilogram.

Rekod itu bertahan selama lapan tahun. Perlis mula melakukan angkat berat apabila mencapai usia 60 tahun. Namun dia tidak menyertai kejohanan itu sehingga lima tahun lalu.

"Saya mendapat banyak kepuasan dengan melakukan sukan ini. Ia membuatkan saya berasa bagus dan sangat baik untuk diri saya," kata Perlis.

Perlis melakukan rutin latihan senaman kardiovaskular dan angkat berat sebanyak lima hari seminggu. - AP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Humor dan muslihat Amy, Misha & Fara

Posted:

Humor dan muslihat Amy, Misha & Fara

Humor dan muslihat Amy, Misha & Fara

BUSANA tradisional yang tersarung kemas pada susuk tubuh tiga wanita popular itu tampak menyerlah. Gaya kehidupan wanita moden seperti yang dijalani pada setiap hari hilang dalam sekelip mata. Masing-masing terbuai dalam karakter, bergerak, bertutur dan bercanda; semuanya tergaul pekat dalam aroma yang begitu akrab dengan kita, dibumbui warna Indonesia.

Mereka anak saudara yang penuh muslihat. Dalam bahasa naskhah Nyonya & The Gang yang dipentaskan di Istana Budaya ketika ini, mereka dibahasakan sebagai Keponakan Anggun, Keponakan Beautiful dan Keponakan Cantik. Itulah Amy Mastura, Fara Fauzana dan Misha Omar dalam pementasan berkenaan.

Nyonya memasuki pementasan keenam kali ini, kedua buat Misha dan Fara serta kemasukan buat pertama kalinya, Amy untuk bermain karakter dalam naskhah yang diberi suntikan baharu. Penciptaan semula Nyonya menjadi Nyonya & The Gang itu ternyata membuahkan hiruk-pikuk. Humor dan segala sisi tentang wanita diterjemahkan penuh simbolik. Metafora dan personifikasi kehidupan wanita masih menjadi rencana utama.

Warna-warni karakter

"Nyonya itu sendiri mewakili dunia perempuan. Perempuan itu lembut tetapi tidak semuanya begitu. Ada persoalan harga diri dan kelembutan seseorang perempuan tidak hanya seperti yang disangka.

"Sebagai keponakan, kami mewakili warna-warni hidup seorang perempuan. Mereka bijak, licik dan ganas tetapi dalam bijak-bijak pun, tetap 'terkena' juga. Ia sinonim dalam kehidupan seharian apabila ada ahli keluarga yang akan berdepan kematian, ketika muncul saudara-mara yang mahu menghimpit harta," hurai Misha yang masak dengan permainan karakter kali ini.

FARA akui peroleh banyak ilmu sepanjang terlibat dalam Nonya & The Gang.


Sebagai pemain baharu yang diperkenalkan dalam versi terkini yang meletakkan Mardiana Alwi sebagai Nyonya itu, ibu kepada dua cahaya mata, Amy menambah: "Skrip asal tidak ada ramai pelakon. Justeru, apabila ditambah dengan segmen The Gang, naskhah itu menjadi lebih ringan. Secara tidak langsung, ia memberi peluang kepada bakat baharu untuk beraksi. Mula-mula dapat skrip, saya sendiri tidak faham apa-apa. Saya tidak dibenarkan tengok lakonan pelakon yang pernah bawa watak itu sebelum ini. Alasan penerbit, sebab saya seorang yang rajin meniru," katanya yang menjadi 'ketua' kepada geng keponakan itu.

Amy sebagai Keponakan Anggun yang paling senior, paling dihormati oleh dua saudaranya Keponakan Cantik (Misha) dan Keponakan Beautiful (Fara).

"Konon-kononnya saya yang paling rapat dengan suami Nyonya. Walaupun seorang yang kaya dan serba moden, tetapi dia juga menebal kepercayaan kepada kuasa bomoh. Cari bomoh pun, guna internet. Dia nampak macam berpakat tetapi sebenarnya ada agenda sendiri," kata Amy yang terburai ketawanya.

Bersahut dengan tawa yang leluconnya hanya difahami oleh mereka, Misha pula menambah:

"Dia pencetus huru-hara, saya pula penyambung," letus Misha sambil dibalas dalam nada seloroh oleh Fara yang meletakkan karakternya sebagai penyibuk dalam regu itu.

Celah si penyampai radio Hot FM itu pula: "Amy penglipurlara. Kalau Misha penyambung, saya pula tukang gelak. Watak saya paling low profile. Saya wanita kaya, mengikut sahaja tapi dalam masa yang sama seorang yang tamak dan penakut."

Ajuk cakap orang Indonesia

Bukan sahaja ketika berdiri meresap karakter di atas pentas, gandingan selebriti berbilang karier, pelakon, penyanyi, pengacara dan penyampai radio itu pada sesi pertemuan itu sudah cukup untuk sesiapa sahaja tergeletek hati. Nada serius tidak mampu bertahan lebih daripada lima minit, ada sahaja telatah mereka dan ajukan Amy terutamanya yang menceriakan semua.

MISHA anggap naskhah Nyonya sebagai simbolik kewanitaan yang cukup hebat untuk diterokai.


"Mula-mula cuba berdialog dalam bahasa Indonesia, orang gaji saya tidak faham. Dia yang jadi tukang kritik. Katanya, cakap saya sekejap Jawa sekejap Sunda. Mula-mula baca skrip bunyi macam Jawa tertelan sesuatu di kerongkong, lama-lama ia cair sendiri.

"Semasa tempoh latihan, setiap kali tertengok sinetron di kaca TV, rasanya macam saya yang berlakon drama berkenaan.

"Tambah seronoknya, saya ada sebuah telemovie yang bercakap dialek Perak. Kru pula bercakap dialek Perlis. Habis hancur jadinya, tak tahu dialek apa dah yang keluar daripada mulut saya," ucap Amy tidak sah tanpa berlawak.

Sindrom terbawa-bawa oleh karakter memang mudah berlaku apabila terlibat dengan rejim latihan dan pementasan yang panjang.

"Dalam tempoh ini, kita akan jadi terikut-ikut. Harap ia tidak lama. Kalau tidak, memang melekat. Macam yang berlaku baru-baru ini. Sehabis latihan, saya keluar makan bersama tunang, ralit bercerita tanpa sedar, saya ditegur bahawa sesi latihan sudah habis. Jadi, tak perlulah untuk saya cakap siap dengan mata sekali," cerita Misha.

Berbeza pula dengan Fara. Pengacara dan deejay popular itu mengaku kurang gemar mengajuk dialek Indonesia. Jika boleh, dia akan bercakap bahasa Melayu atau Inggeris walaupun dengan orang Indonesia sendiri.

"Jadi, lidah saya paling keras setiap kali berdialog. Saya paling lambat hafal skrip berbanding Misha dan Amy. Saya kagum dengan pelakon watak Tuan dan Nyonya (Tai dan Mardiana Alwi), mereka orang teater. Setiap kali cuba berlatih cakap Indonesia di rumah, memang kena kritik oleh orang gaji," sulami Fara membuka cerita.

REJIM latihan serta pementasan yang panjang memang memenatkan, namun Amy merasakan segala pengalaman itu akan dirindui usia pementasan 20 Jun ini.


Kuasa kebaya

Teater terbitan CTRA Production kolaborasi dua pengarah wanita, Rosminah Tahir untuk bahagian Nyonya dan Siti Rohayah Atan yang menerajui segmen The Gang itu mungkin sedia diketahui umum tentang kekuatan skrip dan pemilihan pelakon. Bersambung topik demi topik, kebaya sebagai kostum wajib setiap pelakon wanita dalam Nyonya itu juga satu penataan visual yang mengujakan untuk dipandang.

Dari satu sisi yang lain, kebaya itu sendiri sebuah perlambangan yang cukup intim dengan wanita. Mahalnya kelibat wanita di pentas Nyonya itu juga barangkali cenderung terpamer menerusi variasi kebaya yang digayakan setiap pelakon wanita yang terlibat.

"Kalau bukan kebaya betul pun, baju yang seakan-akan kebaya begini pun tetap dipanggil kebaya. Kalau ada yang terpesona dengan kebaya disebabkan penampilan kami dalam Nyonya, hal itu sesuatu yang bagus. Kalau boleh menarik minat penonton yang jatuh cinta kepada fesyen kebaya, syukurlah. Untuk kami yang terpaksa pakai kebaya ini, suka atau tidak, reda sahaja," kata Amy tergelak lagi.

Bertukar tiga hingga empat persalinan kebaya sepanjang pementasan, pementasan Nyonya dikira bertuah apabila beberapa pereka fesyen tempatan seperti Syaiful Baharim, Cosry, Man Kajang, Maria Boutique Tailoring dan Ezalha Bridal yang berkolaborasi dengan Hathim Thai menyumbang sentuhan emas kepada pesona pelakon terbabit sepanjang 14 hingga 20 Jun ini.

"Pakai sahaja kebaya, automatik kita rasa dan nampak seksi," ujar Misha sambil disokong oleh Fara yang ditaja Cosry untuk tampil sebagai Keponakan Beautiful dalam kebaya yang mirip stail dari Indonesia.

Buat pertama kali, wartawan hiburan sensasi, Kiah Propa turut ditampilkan ke lantai teater, teater berkenaan sebuah naskhah bergaya yang cuba disesuaikan dengan isu semasa. Biarpun ia karya penulis dari Indonesia, keberadaan Nyonya dalam arus teater tanah air sudah sekian lama diterima khalayak tempatan.

Momento seni dan sosiobudaya Korea

Posted:

Momento seni dan sosiobudaya Korea

Momento seni dan sosiobudaya Korea


TERIMA KASIH. Barangkali itu ungkapan yang diluahkan oleh setiap peserta rombongan Anugerah Skrin 2011 & 2012 anjuran TV3 di hadapan Taman Tema Everland.


SELEPAS enam tahun membawa rombongan pemenang Anugerah Skrin, sebuah anugerah khusus untuk karyawan seni anjuran TV3, 'menggeledah' dan menikmati kota metropolitan Los Angeles, Amerika Syarikat, tahun ini, pihak penganjur mengalihkan 'busur panah' mereka.

Sasaran rombongan Anugerah Skrin 2011 dan 2012 yang membawa seramai 40 orang ahlinya yang terdiri daripada para pemenang dalam pelbagai kategori untuk anugerah tersebut selama dua tahun berturut-turut, singgah ke sebuah destinasi yang tidak kurang hebat.

Korea Selatan, ia dianggap sebagai destinasi yang cukup relevan untuk persinggahan selama seminggu bagi karyawan seni tempatan yang mengikuti rombongan tersebut.

Selain aliran muzik K-Pop yang cukup semarak di Malaysia ketika ini, hasil seni layar kaca mereka telah terlebih dahulu melekat dalam hati peminat tempatan.

Drama-drama hebat mereka, paling mengesankan, tentulah drama Winter Sonata menjadi satu tanda aras tentang kehebatan produk Korea Selatan yang mencuri hati jutaan peminat drama percintaan tersebut.

Justeru, apabila pihak penganjur memilih Korea Selatan sebagai 'medan' untuk menggali isi industri seni mereka selain mengenali sosio dan budaya masyarakat negara tersebut, barisan pengkarya Malaysia tidak mahu melepaskan peluang yang dihulurkan.

Sutradara Osman Ali dan Faisal Ishak, aktres Datin Paduka Umie Aida dan Eja serta aktor Remy Ishak antara yang begitu teruja dengan kunjungan ke negara tersebut.

Sepanjang seminggu berada di Korea Selatan, antara lokasi menarik yang dikunjungi tidak hanya sekadar destinasi wajib lawat seperti Pulau Nami, Menara Namsan, Taman Tema Everland, Istana Gyeongbok, Muzium Rakyat atau berbelanja di pusat tumpuan seperti Namdaemun dan Myeondong. Sebaliknya ahli-ahli rombongan turut diberi kesempatan berkunjung ke dua stesen televisyen terkenal Korea Selatan iaitu Korean Broadcasting System (KBS) dan MBC Studio.


Tradisi masyarakat Korea dipertontonkan kepada umum di dalam Muzium Rakyat mereka.


KBS dan MBC

Dua buah stesen televisyen yang disinggahi iaitu KBS dan MBC telah memberi dua perspektif yang berbeza dalam kalangan ahli rombongan.

KBS yang diketahui umum sebagai pengeluar terbesar produk seni Korea Selatan adalah milik penuh kerajaan negara tersebut.

Memiliki sebanyak 27 buah studio yang digunakan untuk hampir semua rakaman seperti program hiburan, bual bicara serta berita. Malangnya, rombongan kami gagal mengunjungi stesen tersebut dengan lebih dekat atas faktor- faktor yang tidak dapat dielakkan.

Berbanding dengan stesen MBC, kami diberi layanan istimewa untuk mengenali dengan lebih dekat cara stesen tersebut beroperasi.

Selain itu, kami juga berpeluang menonton sebuah program hiburan yang sedang menjalani rakaman.

Kami turut terpukau melihat sebuah auditorium yang hampir sebesar Dewan Merdeka di Pusat Dagangan Dunia Putra yang dijadikan lokasi untuk konsert atau majlis anugerah yang terletak di dalam bangunan MBC itu. Sebuah studio khas untuk penggambaran drama turut menggamit perhatian kami.

Studio tersebut dibina dengan set-set penggambaran khusus untuk sesebuah drama.

Menurut wakil MBC yang dikenali sebagai Neo, setiap produksi akan membina set penggambaran sendiri dan mendapatkan tajaan daripada pengeluar perabot misalnya untuk melengkapi set kediaman atau pejabat.

Cara itu dapat menjimatkan kos penggambaran kerana barang-barang yang perlu digunakan di set penggambaran tidak lagi perlu disewa.

Menyifatkan kunjungan pertama kali ke Korea Selatan sebagai mengujakan, Remy yang memenangi anugerah Pelakon Filem Lelaki Terbaik Anugerah Skrin 2011 menerusi filem Cun memberitahu, dia amat menghargai peluang yang diberikan pihak penganjur kepadanya.

Ditanya tentang pengalaman pertamanya di negara tersebut, aktor yang kini sedang sibuk di lokasi drama Ku Cinta Kau Seorang itu berminat untuk mengulas tentang kunjungan ke stesen televisyen KBS.

Menurut Remy, biarpun KBS menyaksikan penggunaan belasan kamera untuk sesebuah produksi yang dianggap sebagai agak maju dan mahu mendapatkan kepelbagaian syot, dia tetap berbangga dengan hasil produksi di Malaysia.

Katanya: "Saya memang kagum apabila melihat banyak kamera digunakan untuk sesebuah produk mereka, namun dalam masa yang sama saya amat berbangga dengan pencapaian produksi Malaysia.

"Tanpa penggunaan terlalu banyak kamera, kita tetap mampu melahirkan produk yang baik dan berkualiti."

Bercakap mengenai kemajuan industri seni mereka, Remy membuat satu rumusan dengan menyatakan rakyat negara tersebut suka menyokong produk buatan sendiri.

"Justeru, masyarakat kita juga perlu menyokong produk buatan sendiri dengan lebih jitu. Bukan sahaja dari segi hasil seni, tetapi dalam semua bidang," ujarnya.


TEATER Nanta adalah perkara wajib tonton sekiranya berkunjung ke Korea Selatan.


Pulau Nami

Bagi yang pernah menonton Winter Sonata, lokasi penggambaran drama yang menggandingkan aktor Bae Yong Jun dan Choi Ji Woo, Pulau Nami bagai satu igauan menarik buat mereka.

Keindahan pulau tersebut pada musim salji dan luruh yang divisualkan dengan indah dalam filem tersebut sudah cukup untuk menggamit perhatian peminat dari seluruh dunia untuk menjejak ke pulau tersebut.

Ironi, Pulau Nami tidak seindah yang dirakamkan pada dua musim tersebut. Kunjungan kami pada musim panas hanya menyaksikan Pulau Nami sebagai sebuah hutan biasa yang dirimbuni pepohon.

Mujur, ia diperindahkan dengan pelbagai pembangunan dan kemudahan yang membuat pengunjung teruja menjelajah segenap penjuru pulau yang kebanyakannya menjadi tapak momento bagi memperingati drama tersebut.

Justeru, jika mendengar tentang sejarah asal pulau tersebut, tidak hairan, jika pemilik pulau itu mahu menjualnya dan tidak berjaya menarik minat pembeli.

Bagaimanapun, tuah menjadi miliknya apabila pihak produksi drama yang telah dihasilkan 10 tahun lalu itu secara tidak sengaja terperangkap di pulau tersebut kerana keadaan cuaca yang buruk telah menjadikan Pulau Nami begitu popular dalam kalangan pengunjung, sekali gus menjadi penyumbang untuk kerancakan ekonomi Korea Selatan.

Eja melihat senario tersebut (lokasi penggambaran yang mampu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara) sebagai sesuatu yang boleh dilakukan di Malaysia.

Menurutnya, Malaysia juga mempunyai banyak destinasi menarik yang boleh dipromosikan menerusi dunia seni.

Malangnya, masalah birokrasi seperti kekangan untuk mendapat sokongan lokasi sering menjadi dilema penerbit drama atau filem.

"Jika bercakap tentang PulauNami, saya menganggap Malaysia juga memiliki banyak pulau yang indah dan boleh diketengahkan.

"Namun sayangnya, kita selalu berhadapan masalah bagi mendapat sokongan daripada segelintir pihak untuk tujuan promosi itu. Selain sukar mendapatkan kerjasama, produksi juga perlu berhadapan 'sewa' yang mahal untuk sesebuah lokasi.

"Saya kira, jika semua pihak boleh bekerjasama dengan baik, dunia seni kita juga boleh menyumbang kepada ekonomi negara seperti yang berlaku kepada Korea Selatan atau negara-negara yang lain," ujarnya.

Nanta

Sementara itu, satu-satunya kunjungan yang melekat dalam fikiran kami semua adalah teater Nanta yang dipertontonkan selama dua jam.

Teater tanpa dialog yang dilakonkan oleh empat orang pemain tersebut cukup spektakular dan bersifat intelektual di sebalik humor yang dipertontonkan.

Hanya berlatarbelakangkan kisah tukang masak, mereka mengadunkan hal budaya, popular, hiburan, sindiran serta kehidupan dengan cukup mengujakan.

Selebihnya, Korea Selatan yang dikunjungi selama seminggu meninggalkan momen tersendiri dan diharap mampu memberi input yang baik untuk ahli-ahli rombongan tentang industri hiburan.

Shahz Jaszle buka portal hiburan

Posted:

Shahz Jaszle buka portal hiburan

Shahz Jaszle buka portal hiburan

SELEPAS mencipta nama sebagai pelakon, Shahz bercadang untuk menjadi pengarah filem.


KETIKA berita pelakon Shahz Jaszle dicekup oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada pertengahan bulan lalu atas dakwaan berkhalwat masih lagi panas, tentunya berasa janggal untuk bersua muka dengan tuan empunya badan untuk mengetahui perkembangan dirinya.

Namun, pelakon yang berusia 25 tahun itu tidak banyak membuka mulut berhubung kisah itu kerana pihak berkuasa masih melakukan siasatan berhubung kes tersebut.

"Sebenarnya, peguam telah menasihatkan saya agar tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh mengganggu proses siasatan.

"Apa yang boleh saya katakan, saya sebenarnya diperangkap. Kita tunggu sahaja kes itu yang akan dibicarakan pada 12 November nanti," katanya

ketika ditemui sewaktu penggambaran drama Iman Hanis arahan Shuhaimi Lua Abdullah di Batu Caves, Selangor baru-baru ini.

Dalam pertemuan itu, Shahz atau nama sebenarnya Mohd. Shahrizal Jaszle Jasmin turut menyuarakan hasrat untuk melangkah setapak lagi ke dalam dunia hiburan.

"Sebenarnya, saya lebih suka berada di belakang tabir berbanding berlakon. Saya ada merancang sesuatu tentang karier saya kerana saya juga berminat untuk menjadi pengarah.

"Saya sedang menulis skrip untuk difilemkan kelak. Ia tentang sebuah filem aksi yang menjadi minat saya. Bagaimanapun, penggambaran filem itu bukan untuk dilakukan dalam masa terdekat kerana ia perlu mengambil kira banyak aspek. Buat permulaan, saya akan melaksanakan projek filem pendek terlebih dahulu," katanya.

Dalam diam, Shahz bersama adiknya, Shahid Jaszle, 22, turut mewujudkan sebuah portal hiburan dengan menggunakan nama Jaszleworks Production. Selain mahu menghasilkan filem sendiri, mereka kini memberi tumpuan kepada usaha memperkenalkan portal itu kepada orang ramai terlebih dahulu.

Portal hiburan yang merangkumi berita-berita artis dan industri hiburan serta ulasan filem dalam dan luar negara yang beralamat di jaszleworks.com telah hampir dua bulan digerakkan oleh Shahz bersama adiknya itu.

"Tiada sebab lain melainkan mahu menjadikannya sebagai medium untuk saya menghargai barisan penggiat seni negara menerusi artikel-artikel positif tentang mereka. Lagipun idea itu timbul ekoran cadangan adik saya yang mahir dalam kerja-kerja membina laman web.

"Namun banyak lagi yang harus diperbaiki kerana portal itu baru sahaja beroperasi," katanya kepada Sensasi Bintang.

Portal itu juga seolah-olah menyampaikan suara hati pelakon drama bersiri Tari Tirana itu yang tidak gemar dengan gosip-gosip artis.

Tiada berita-berita gosip dunia artis yang boleh ditemui di dalam portal itu.

"Apa yang pasti, walaupun kandungan portal itu ada kaitan dengan kontroversi semasa tetapi ia tidak mengandungi sebarang artikel-artikel gosip, bertepatan dengan matlamat saya untuk menghargai penggiat seni," katanya.

Shahz yang bakal muncul menerusi filem Rentas tidak lama lagi menambah, adiknya sanggup turun padang dengan menghadiri beberapa acara bagi mendapatkan bahan berita untuk portal itu.

"Kebanyakan kandungan artikel dalam portal tersebut ditulis sendiri oleh adik saya.

"Kadang-kadang dia akan turun padang untuk mendapatkan bahan-bahan berita. Kandungannya juga kebanyakannya digerakkan sendiri oleh adik saya secara separuh masa," ujar anak kelahiran Kampung Baru, Kuala Lumpur itu.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Kesihatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Kesihatan


Penyakit aras 2,400 meter

Posted:

Penyakit aras 2,400 meter

Penyakit aras 2,400 meter

Oleh SYALMIZI HAMID

AMS merupakan masalah paling utama yang menghantui pendaki pada ketinggian 2,400 meter dari aras laut.


SELAIN udara dingin dan dikelilingi suasana putih bersalji, penyakit akut ketinggian (AMS) turut menunggu ramai pendaki gunung. Penyakit itu sering menyerang para pendaki dengan menampilkan simptom-simptom seperti sakit kepala, loya dan tidak bermaya.

Namun, penyalit itu mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pendaki kerana ia boleh menyebabkan kematian.

Baru-baru ini, seorang penolong jurutera di Perbadanan Putrajaya, Mohammad Shahrulnizam Ahmad Nazari, 25, yang merupakan salah seorang daripada 14 pendaki Ekspedisi Mendaki Gunung Kala Patthar dan Kem Pusat Everest, Perbadanan Putrajaya menjadi korban akibat penyakit AMS di Banjaran Himalaya di Nepal.

Pada awalnya, dia dilaporkan sihat dengan tidak mendapat sebarang simptom AMS pada ketinggian 2,000m.

Bagaimanapun, dia mula mengalami tanda-tanda tidak sihat ketika melangkah ke aras 2,600m.

Situasi menjadi semakin buruk apabila dia menunjukkan perubahan drastik termasuk sesak nafas yang teruk ketika tiba di Labouche yang terletak setinggi 4,930m.

Kem Pusat Everest terletak pada ketinggian 5,364m yang menjadi tumpuan pendaki ke puncak Gunung Everest yang setinggi 8,848m.

Editor laman web perubatan WebMD, Dr. Steve Doirr mendedahkan bahawa masalah tersebut berlaku akibat tekanan oksigen yang terlalu rendah pada ketinggian yang melebihi 2,400m.

"AMS disebabkan oleh jumlah oksigen yang semakin berkurangan. Pada kebiasaannya, ia menyerang para pendaki yang berasal dari kawasan aras laut. Mereka yang mempunyai masalah jantung dan paru-paru perlu lebih berhati-hati (dengan penyakit itu)," katanya.

Menurut Doirr, penyakit tersebut sebenarnya dianggap serangan biasa yang dihadapi kebanyakan pendaki, namun ia tetap berbahaya.

"AMS sebenarnya perkara biasa, namun ia boleh bertukar menjadi lebih buruk. Cara anda mendaki juga penting kerana semakin pantas anda mendaki, semakin tinggi risikonya.

"Bagi mengelakkan meningkatnya risiko (terkena AMS), melangkahlah dengan perlahan dan relaks. Berikan ruang untuk berehat sehari dalam sela pendakian 600m apabila berada pada aras 2,400m dan ke atas.

"Jika kumpulan anda tidak boleh bergerak terlalu perlahan, pastikan cecair dalam badan mencukupi, elakkan minuman alkohol dan beri perhatian tentang pengambilan diet yang betul untuk memberi tenaga," kata pakar perubatan tersebut.

Bekas Timbalan Menteri Penerangan yang aktif melakukan pendakian Gunung Everest, Datuk Khalid Yunus dalam catatan pendakiannya di sebuah daripada 18 puncak gunung popular di Banjaran Himalaya pada tahun 2010 mendedahkan bahawa AMS merupakan serangan rutin yang dihadapi hampir semua pendaki yang melepasi aras tersebut.

"Kesan AMS mula dirasai sebaik sahaja tiba di Kem Utama Mera Peak yang berada pada paras 5,000m dari paras laut semasa mendaki bersama para pendaki Projek Everest 2011 sebagai persediaan mendaki Gunung Everest di Mera Peak.

"Kandungan oksigen dirasakan mula berkurangan dan cuaca silih berganti. Pada peringkat itu, bibir mula membeku dan retak manakala muka mula sembap dan terbakar. Selera makan makin berkurangan dan kepala mula pening. Lebih teruk lagi, hidung mula berdarah.

"Serangan AMS terhadap salah seorang peserta menjadi lebih teruk sehingga dia meracau dan membuat pelbagai isyarat tidak menentu apabila tiba di puncak Mera Peak pada ketinggian 6,476m," kata Khalid.

Selain rasa loya, sakit kepala dan tidak bermaya, simptom-simptom lain AMS ialah muntah, sesak nafas, hilang selera makan dan sukar tidur.

Ketika berkongsi tip untuk mengelakkan perkara yang lebih buruk berlaku sekiranya mendapat serangan AMS, pendaki wanita termuda negara, Siti Hanisah Sharuddin menasihati para pendaki agar kembali semula ke kawasan yang lebih rendah jika mereka mendapat simptom tersebut.

"Saya pernah mengalami tanda-tanda itu sehingga tidak mampu bergerak dan kepala seakan hendak pecah.

"Cara terbaik untuk meredakannya adalah dengan turun semula ke paras yang lebih rendah sehingga badan kembali normal. Kemudian barulah boleh kembali meneruskan pendakian ke puncak seperti telah dirancang," kata gadis berusia 23 tahun itu.

Dalam pada itu, seorang pakar perubatan dari Universiti Tubingen, Jerman, Dr. Gabriel Willmann dalam kajiannya memberitahu, para pendaki tidak boleh lari daripada mendapat serangan AMS jika mendaki ke tempat yang tinggi.

"Dalam beberapa kes, edema serebral atau edema pulmonari juga berlaku. Kebocoran kapilari dikaitkan menjadi penyebab kepada AMS. Jika itu berlaku, ia boleh membawa maut," katanya seperti dipetik daripada jurnal Researcher Letter.

Minyak ikan dapat mengurangkan kesan makanan ringan

Posted:

Minyak ikan dapat mengurangkan kesan makanan ringan

Minyak ikan dapat mengurangkan kesan makanan ringan


MINYAK ikan memberi sumbangan secara tidak langsung ke arah mengurangkan berat badan .


MAKANAN ringan perlu dielakkan kerana ia mengandungi kalori yang tinggi dan menyebabkan berat badan berlebihan.

Jika sukar untuk mengatasi godaan makanan itu, ada baiknya anda mula melakukan rutin dengan mengambil minyak ikan sebagai makanan tambahan.

Seorang penyelidik dari Universiti Liverpool telah melakukan kajian terhadap sumbangan minyak ikan yang mengandungi asid omega-3 bagi mengurangkan kesan terhadap pengambilan makanan ringan.

Ketua Penyelidik dari Institut Penuaan dan Penyakit Kronik di Universiti Liverpool, Dr. Lucy Pickavance memberitahu, berat badan dipengaruhi oleh banyak faktor.

Menurutnya, salah satu faktor terpenting yang mempengaruhi pertambahan berat badan adalah kerana pengambilan makanan.

"Pengambilan makronutrien yang berlebihan, gula kilang dan lemak tepu yang terdapat dalam makanan ringan menyebabkan peningkatan berat badan, mengganggu kadar metabolisme selain memberi kesan ke atas otak.

"Perubahan itu dapat dilihat pada struktur otak, termasuk kemampuan untuk melakukan proses pembentukan sel saraf yang baharu. Ia menyebabkan obesiti dan mempunyai kaitan dengan kehilangan fungsi saraf," katanya.

Menurut Pickavance, minyak ikan kelihatan tidak menyebabkan penurunan berat badan secara langsung.

Bagaimanapun, katanya, minyak ikan mungkin menghalang kesan-kesan buruk yang berlaku di dalam otak akibat pengambilan diet yang mempunyai kandungan lemak tinggi. Menurutnya, pengambilan diet yang mempunyai minyak ikan atau makanan tambahan ikan merupakan langkah yang positif ke arah untuk memperbaiki tahap kesihatan.

Pengambilan ubat penahan sakit untuk jangka panjang jejaskan jantung

Posted:

Pengambilan ubat penahan sakit untuk jangka panjang jejaskan jantung

Pengambilan ubat penahan sakit untuk jangka panjang jejaskan jantung


PENGAMBILAN ubat dalam dos yang tinggi mempunyai risiko tersendiri.


PENGGUNAAN ubat penahan sakit dengan dos yang tinggi dalam tempoh jangka panjang boleh meningkatkan risiko serangan sakit jantung.

Ubat dalam kumpulan yang bukan steroid berdos tinggi diketahui akan meningkatkan risiko serangan jantung, strok atau kematian akibat sakit jantung.

Satu kajian yang disiarkan dalam jurnal Lancet mendapati ubat tersebut memberi risiko yang tinggi ke atas para perokok dan pesakit yang mempunyai berat badan berlebihan.

Menurut seorang penyelidik dari Universiti Oxford, Profesor Colin Baigent, pesakit yang mengambil ubat untuk jangka pendek tidak sepatutnya berasa bimbang dengan risiko itu.

Tekanan darah tinggi, kolesterol dan menghisap rokok akan meningkatkan risiko untuk menghadapi masalah sakit jantung.

Dalam kajian yang dilakukan itu, perangkaan menunjukkan bagi setiap 1,000 orang yang mengambil ubat tersebut, akan berlaku tiga serangan sakit jantung, empat kes kegagalan jantung dan satu kematian termasuk kes perut berdarah.

Justeru, bilangan serangan jantung akan meningkat dari lapan pesakit untuk setiap 1,000 orang kepada 11 pesakit bagi setiap 1,000 orang yang mengambil ubat tersebut pada setiap tahun.

Baigent berkata, jika seseorang itu mempunyai risiko sebanyak dua kali ganda untuk mendapat sakit jantung, dia juga mempunyai kebarangkalian yang sama untuk diserang sakit jantung.

Menurutnya, para pesakit perlu menimbangkan cara bagi mengurangkan risiko untuk diserang sakit jantung.

Kajian itu dibiayai Majlis Penyelidikan Perubatan dan Yayasan Jantung Britain.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved