Ahad, 3 Mac 2013

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Bebaskan daripada mentaliti kelas ketiga

Posted:

Bebaskan daripada mentaliti kelas ketiga

Bebaskan daripada mentaliti kelas ketiga


MASYARAKAT negara ini masih rendah kesedaran mereka tentang tanggungjawab menguruskan kebersihan.


PERNAHKAH ketika anda sedang memandu, melihat sampah 'terbang' keluar dari kereta di hadapan? Atau ketika anda lalu di bawah kawasan rumah flat tiba-tiba kelihatan bungkusan sampah dicampak dari atas?

Lihat sahaja kenderaan melanggar peraturan lampu isyarat, berhenti di petak kuning dan pemandu yang sihat menguasai lot letak kereta yang disedia khas untuk pemandu kurang upaya. Banyak lagi senarai tabiat buruk kebanyakan rakyat Malaysia itu tetap berterusan.

Selepas melakukan semua perilaku yang menyakitkan hati itu, rakyat Malaysia yang berkenaan masih mampu menyalahkan orang lain. Ia seolah-olah bukan masalah mereka sebaliknya masalah orang lain.

Keadaan kotor di kawasan tertentu dipersalahkan kepada pihak berkuasa tempatan, jenayah di kawasan kejiranan dipersalahkan kepada polis, tandas awam yang kotor dipersalahkan kepada pemilik premis dan begitulah kesalahan terus ditujukan kepada pihak lain.

Sikap mementingkan diri dengan pendekatan tidak apa terhadap kebersihan awam meningkatkan budaya pengotor dalam kalangan masyarakat. Ini jelas menggambarkan mentaliti kelas ketiga yang masih diamalkan kebanyakan masyarakat Malaysia.

Persekitaran kotor

Lihat sahaja di taman-taman rekreasi, di tepi jalan, di dalam longkang, di dalam tandas awam mahupun di dalam lif, ada sahaja sampah daripada sekecil-kecil puntung rokok, plastik bungkusan gula-gula, hingga yang lebih besar seperti polistirena, plastik barang dan tidak ketinggalan lampin pakai buang bayi.

Pengalaman itu dikongsi Ruzilah Kamarudin, 51, yang pernah tinggal lima tahun di kawasan flat kos rendah di ibu negara.

Selain berhadapan masalah berebut tempat letak kereta, paling kritikal sepanjang menyewa di kawasan perumahan itu ialah masalah sampah, katanya.

Di mana-mana akan terlihat sampah. Di tepi lif, dalam longkang, di tangga, di tempat letak kereta, tempat letak motosikal, kawasan laluan pejalan kaki, memberi pandangan yang cukup menjelekkan selain bau yang menyesakkan.

"Kalau nak letak kereta kena berhati-hati sebab selalu terkena sampah yang dibuang dari celah tingkap rumah. Kadang-kadang kuah sisa makanan pun dicampakkan ke bawah. Ada juga yang ambil jalan mudah dengan melonggokkan sampah di tangga sampai berulat sedangkan tempat kemudahan pembuangan sampah disediakan di bawah flat," katanya.

Dalam pemikiran simplistik mereka, tugas membersihkan kawasan sekitar ialah tanggungjawab pihak penyelenggara yang telah dibayar oleh penduduk setiap bulan.


BANYAK tapak parkir untuk kenderaan orang kelainan upaya disediakan di negara ini namun ia telah disalah guna. - Gambar hiasan


Moral rendah

Moral rendah yang ditunjukkan bukan sahaja dalam hal membuang sampah tetapi boleh dilihat dalam perkara lain. Contoh mudah jika pergi ke pasar raya. Berapa ramaikah yang meletakkan troli yang telah digunakan ke tempat asalnya? Boleh dikira dengan jari. Kebanyakan meninggalkannya begitu sahaja di tempat letak kereta sehingga menghalang laluan kenderaan lain.

Alasannya cukup mudah, pekerja pasar raya itu telah dibayar gaji untuk melakukan tugas tersebut.

Begitu juga ketika berada di jalan raya. Peraturan-peraturan jalan raya, seperti memandu mengikut had laju yang ditetapkan, tidak memotong garisan atau memakai tali pinggang hanya dilakukan sekiranya terlihat penguat kuasa seperti polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan berada di tepi jalan. Ia dilakukan semata-mata kerana takut disaman.

Paling tidak boleh diterima akal adalah apabila ada yang meletakkan kenderaan di tempat letak kereta yang dikhaskan untuk orang kurang upaya (OKU), menurut Wazia Wahid, 36.

Ujarnya, banyak kali perkara tersebut berlaku terutamanya di pusat beli-belah sedangkan telah tertera tanda yang menunjukkan tempat letak kereta itu dikhaskan untuk OKU.

"Tanpa rasa bersalah, keluar dari kereta dan boleh menjawab telefon lagi. Nampak sangat orang itu cacat pemikirannya," tegasnya.

Mesti ubah sikap

Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, ketika melancarkan Rancangan Malaysia Kesembilan pada 2006, merumuskan bahawa rakyat Malaysia, secara amnya, sebagai satu kumpulan yang dilengkapi infrastruktur kelas pertama, tetapi masih berada di takuk lama dengan daya fikir atau mentaliti kelas ketiga.

Jika Malaysia mahu mencapai sebagai negara maju pada tahun 2020, rakyat mesti mengubah sikap dan pemikiran yang diselarikan dengan kesedaran kendiri agar mampu menghadapi sebarang perubahan serta mudah menyesuaikan diri dengan perubahan persekitaran, menurut Presiden Lembaga Kaunselor Malaysia, Prof. Madya Dr Mohamed Fadzil Che Din.

Mentaliti kelas ketiga ditakrifkan sebagai kegagalan menggunakan kuasa berfikir sebenar ke tahap maksimum, seimbang dengan kedudukan pemikiran masyarakat yang boleh dianggap maju dan bertamadun.

Ia merangkumi tiga perkara iaitu aspek pemikiran, perasaan dan tingkah laku yang apabila dicantum kesemuanya menunjukkan prestasi moral dan tingkah laku yang rendah.

"Tidak dinafikan pemikiran masyarakat kita masih lagi rendah, penuh dengan ego, susah untuk menerima pandangan orang lain dan menerima realiti. Sebaliknya lebih suka kepada fitnah, tidak telus dan terbuka serta tidak boleh menerima fakta yang betul," katanya. – Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


LTdL 2013: Arredondo juara keseluruhan

Posted:

LTdL 2013: Arredondo juara keseluruhan

LTdL 2013: Arredondo juara keseluruhan

Oleh NORZASRUDIN MOHAMED NOR
norzasrudin@kosmo.com.my

ARREDONDO (tengah) menjulang trofi selaku juara keseluruhan pada LTdL 2013 yang berakhir di Kuala Terengganu semalam.


KEHADIRAN lima pasukan profesional seakan-akan tidak memberi impak yang besar pada kejohanan lumba basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2013.

Ini kerana, kesemua jersi yang dipertandingkan pada edisi ke-18 perlumbaan berstatus Hors ini dimenangi pelumba daripada pasukan profesional benua dan benua.

Pelumba Colombia, Julian Arre- dondo daripada pasukan benua Jepun, Team Nippo-De Rosa (PPO) dinobatkan selaku juara keseluruhan (Jersi Kuning). Francesco Chicchi daripada pasukan benua Itali, Vini Fantini-Selle Italia (VIN) pula membawa pulang Jersi Biru (Raja Pecut).

Pelumba bukan pilihan, Wang Meiyin daripada pasukan benua China, Hengxiang Cycling Team (HEN) menyarung dua jersi iaitu Jersi Merah (Raja Bukit) dan Jersi Putih (Pelumba Terbaik Asia).

Pasukan profesional benua, MTN-Qhubeka (MTN) dari Afrika Selatan muncul Pasukan Terbaik Keseluruhan.

Lima pasukan profesional yang menyertai perlumbaan tahun ini ialah Garmin Sharp (GRS) dari Amerika Syarikat, Astana Pro Team (AST) dari Kazakhstan, Orica-GreenEDGE (OGE) dari Australia, Blanco Pro Cycling Team (BLA) dari Belanda dan Omega Pharma-Quick-Step Cycling Team (OPQ) dari Belgium.

Arredondo, 25, membawa pulang Jersi Kuning meskipun menamatkan kayuhan di tempat ke-40 pada peringkat terakhir (ke-10) semalam.

Perlumbaan dari Tasik Kenyir ke Kuala Terengganu sejauh 114.80 kilometer (km) itu dimenangi Chicchi yang mencatat masa dua jam 39 minit 04 saat.

Pelumba New Zealand, Rico Rogers daripada Synergy Baku Cycling Team (BCP) di tempat kedua (2'39:04s). Graeme Brown (BLA) menjadi pelumba ketiga yang melepasi garisan penamat di Dataran Shahbandar (2'39:04s).

Bagaimanapun, kejayaan Arredondo lebih bermakna selepas naib juara Tour of Japan tahun lalu itu berjaya meneruskan legasi pelumba kelahiran Amerika Sela- tan untuk menjadi juara keselu- ruhan.

Arredondo mengikut jejak langkah rakan senegaranya, Jose Serpa yang melakukannya bersama Androni Giocattoli pada 2009 dan 2012.

Dua pelumba Venezuela, Jose Rujano daripada ISD-NERI (2010) dan Jonathan Monsalve yang beraksi bersama Vini Fantini-Selle Italia tahun ini menang pada 2011.

"Saya berasa sangat gembira. Saya membuat persiapan yang rapi untuk menghadapi perlumbaan ini dan kami berjaya memenangi- nya. Ia adalah sesuatu yang sangat hebat," katanya.

Ketika ditanya mengenai Malay- sia, Arredondo berkata, dia sero- nok berada di negara ini meskipun terpaksa tidur semalaman di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas tertinggal kapal terbang ke Langkawi, Kedah.

Sementara itu, Chicchi dari Itali yang turut memenangi peringkat keempat dari Tapah, Perak ke Kapar, Selangor pada 24 Februari lalu menyarung Jersi Biru (Raja Pecut) selepas mengumpul keselu- ruhan 96 mata.

Kejayaan itu memusnahkan impian rakan senegaranya, Andrea Guardini daripada Astana Pro Team (AST) untuk mencatat hatrik selepas melakukannya pada 2011 dan 2012.

Wang Meiyin pula memenangi dua jersi (Jersi Merah dan Jersi Putih) dalam tahun yang sama.

Skuad negara mengecewakan

Posted:

Skuad negara mengecewakan

Skuad negara mengecewakan

norzasrudin@kosmo.com.my


PRESTASI pelumba skuad negara tidak mencapai tahap yang dikehendaki pada LTdL 2013.


KETUA jurulatih lebuh raya negara, Aminuddin Sulaiman tidak berpuas hati dengan pencapaian pelumba pada kejohanan lumba basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2013.

Aminuddin berkata, sasaran awal untuk menamatkan saingan dalam kelompok 10 pasukan terbaik keseluruhan dan ketiga terbaik Asia tidak tercapai.

Selain itu, impian Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) untuk melihat pelumba negara menyarung Jersi Putih selaku pelumba terbaik Asia gagal direalisasikan.

"Meskipun gagal mencapai sasaran, kami masih boleh berbangga dengan prestasi keseluruhan pelumba negara pada edisi kali ini.

"Mereka masih mampu bertahan, sekali gus menamatkan saingan meskipun terpaksa menghadapi cabaran yang sengit dan perlumbaan yang laju sepanjang kejohanan ini.

"Muhamad Rauf Nur Misbah berjaya membuktikannya hari ini (semalam). Dia berjaya keluar daripada kelompok besar pelumba sebelum 'ditangkap' semula pelumba lain.

"Sekurang-kurangnya dia mampu bertahan lebih daripada 70 kilometer. Mereka dapat bertahan dengan baik dan menamatkan perlumbaan kecuali Amir Mustafa Rusli," katanya.

Aminuddin berkata, sesi lati- han yang singkat menjadi punca utama kegagalan pelumba negara.

"Sukar untuk melihat kelemahan pelumba kerana kami hanya menjalani latihan selama tiga bulan. Sekiranya kami menjalani latihan yang panjang, saya mungkin dapat membaca kekuatan dan kelemahan pelumba.

"Selepas ini, pelumba akan menyertai Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) dan Tour of Taiwan.

"Selepas itu, pelumba akan mengikuti fasa pertama latihan untuk menghadapi Sukan SEA 2013 di Myanmar penghujung tahun ini," katanya.

Pada perlumbaan kali ini, Mohd. Fauzan Ahmad Lutfi muncul pelumba terbaik skuad kebangsaan Malaysia selepas menduduki tempat ke-14 individu keseluruhan (Jersi Kuning), diikuti Muhamad Rauf Nur Misbah (ke-42), Yusrizal Usoff (ke-64), Mohd. Nor Rizuan Zainal (ke-69) dan Zulhilmie Afif Ahmad Zamri (ke-92).

TSG nampak merosot sikit - Ahmad

Posted:

TSG nampak merosot sikit - Ahmad

TSG nampak merosot sikit - Ahmad

Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
amir.azam@kosmo.com.my


PASUKAN TSG tidak menunjukkan peningkatan pada saingan LTdL 2013 yang berakhir di Kuala Terengganu semalam.


TERENGGANU Cycling Team (TSG) yang mempertaruhkan pelumba tempatan, gagal memberi impak pada kejohanan lumba basikal berprestij Asia, LTdL 2013 yang berakhir semalam.

Pada saingan edisi ke-18 ini, TSG hanya berjaya menduduki tangga ke-19 daripada 22 pasukan keseluruhan dan tangga kelapan bagi kategori Asia.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, pasukan TSG menunjukkan kemerosotan dalam edisi LTdL kali ini.

"Saya lihat terdapat sedikit kemerosotan, mungkin disebabkan tiada peningkatan ataupun pasukan ProTeams yang menyertai kejohanan edisi ke-18 lebih hebat berbanding tahun sebelum ini.

"Bagaimanapun, kita akan melihat perkara ini termasuk mengadakan latihan di luar negara dengan lebih kerap untuk memberi saingan pada peringkat antarabangsa," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis penyampaian hadiah peringkat akhir saingan LTdL 2013 di Dataran Syahbandar, Kuala Terengganu semalam.

Tujuh pelumba tempatan yang menggalas cabaran TSG kali ini ialah Mohd. Harrif Salleh, 25, Mohd. Shahrul Mat Amin, 24, Mohammad Saufi Mat Senan, 23, Mohd. Nor Umardi Rosdi, 27, Nur Amirull Fakhruddin Mazuki, 21, Mohd. Zamri Salleh, 30, dan Mohd. Saiful Anuar Aziz, 27.

Ahmad memberitahu, pasukan TSG sebenarnya sedang mencari pelumba pendaki kerana mereka ketika ini tidak mempunyai pelumba yang berkemampuan untuk menggalas tugas tersebut.

Beliau berkata, lazimnya pelumba-pelumba yang mampu bergelar Raja Bukit terlalu cepat disambar pasukan-pasukan lain, kecuali kita membuat tawaran lumayan.

"Kita akan meneliti perkara ini dalam usaha memantapkan lagi prestasi pasukan TSG," ujarnya.

Dalam pada itu, menyentuh mengenai pelumba Synergy Baku Cycling Project, Anuar Manan, beliau memberitahu, permohonannya untuk kembali ke pasukan TSG agak lewat dan bimbang akan menjejaskan persiapan pelumba lain.

"Begitupun, kita akan mempertimbangkan pada masa akan datang termasuk Adiq Husaini yang bersama pasukan lain.

"Harapan kita adalah pasukan TSG mampu meningkat, sekali gus menyertai kejohanan peringkat tertinggi seperti Tour de France," ujar Ahmad.

Dalam saingan LTdL edisi ke-17, TSG berjaya menduduki tangga ke-10 daripada 22 pasukan yang bertanding dan menduduki tangga ketiga bagi kategori Asia.

Tahun lalu, TSG turut diwakili pelumba Korea Selatan dan Jepun.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Balu Zulkifli bersyukur arwah suami dinaikkan pangkat

Posted:

Balu Zulkifli bersyukur arwah suami dinaikkan pangkat

Balu Zulkifli bersyukur arwah suami dinaikkan pangkat

03/03/2013 7:27pm

BESUT — Balu Zulkifli Mamat, pegawai polis yang terkorban dalam insiden pertempuran di Lahad Datu Jumaat lepas, bersyukur apabila Allahyarham suaminya dinaikkan pangkat kepada ASP seperti diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam sebagai tanda penghargaan buat perwira negara.

Noraziah Nor, 29, berkata, pengumuman perdana menteri itu nyata satu kenangan manis dan sedikit melegakan buat beliau dalam membesarkan anak-anaknya setelah suaminya dari unit Komando VAT 69 terkorban dalam kejadian di Kampung Tanduo, Sabah.

"Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada kerajaan kerana mengambil berat tentang saya dan anak-anak yang kini terpaksa meneruskan hidup tanpa suami tempat bergantung," katanya ketika ditemui di rumah ibu mertuanya di Kampung Kubang Ikan dekat sini hari ini.

Noraziah, seorang guru pelatih yang sedang menjalani latihan praktikal di SMK Tanjung Rambutan, turut terhutang budi dengan semua pihak termasuk Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang telah membantu dalam menguruskan jenazah suaminya dari Lahad Datu hingga tiba di Besut untuk dikebumikan semalam.

Beliau berkata, dengan ketiadaan suaminya sekarang, kemungkinan beliau akan memohon bertukar ke negeri asalnya, Perlis, sebaik tamat menjalani latihan praktikal.

"Dengan kemampuan yang tidak seperti dahulu, saya mungkin terpaksa menjual rumah kami di Bandar Baru Putra di Ipoh sebelum berpindah balik ke Perlis nanti," katanya yang turut ditemani ibunya, Khalipah Mohamed Isa, 54 serta dua anaknya, Nur Aqma Amiruddin Zulkifli, 5 dan Nur Muhamad Akil, satu tahun.

Mengenai isu di Sabah, Noraziah berharap kerajaan dapat mengatasinya dengan baik bagi mengelakkan kematian di kalangan polis atau pun tentera.

"Sebagai isteri yang kematian seorang suami ketika bertugas mempertahankan kedaulatan negara, saya yakin kerajaan mampu dan berkebolehan menyelesaikannya," katanya.— BERNAMA

Penduduk pukul penceroboh bersenjata M16 hingga mati

Posted:

Penduduk pukul penceroboh bersenjata M16 hingga mati

Penduduk pukul penceroboh bersenjata M16 hingga mati

03/03/2013 4:51pm

SEMPORNA — Puluhan penduduk bertindak memukul sehingga mati lelaki bersenjata M16, yang dipercayai terlibat dalam serangan hendap yang mengorbankan lima anggota polis, di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna malam tadi.

Bagaimanapun sehingga kini polis belum memberi pengesahan tentang identiti lelaki itu.

Dalam insiden 7 pagi hari ini, seorang lelaki berbadan besar, berpakaian serba hitam, memegang senjata M-16 dan berumur dalam lingkungan 50-an turun daripada sebuah bukit dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah sebuah surau di Kampung Senallang Lama, Semporna di sini.

Seorang penduduk, Abdul Hani Samaullah, 44, berkata, selepas melepaskan tembakan lelaki itu turut menjerit di hening pagi bahawa 'saya yang menembak polis malam tadi'.

"Lelaki itu kemudian membuka setiap pintu rumah penduduk dan mengarahkan mereka berkumpul di satu kawasan lapang," katanya yang turut berkumpul bersama penduduk di dalam keadaan ketakutan.

Abdul Hani berkata, penduduk menyerang lelaki terbabit apabila dia bertinggung dan memasang api rokok serta meletakkan senjatanya.

Beliau berkata, lelaki itu dipukul hingga mati dan mayatnya diletakkan dekat dengan sebuah pokok di kampung itu.

Wartawan Bernama yang dalam perjalanan membuat liputan majlis perasmian jambatan baharu oleh Menteri Kemajuan Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal di Kampung Nihak Nihak, pada 8.30 pagi iaitu 30 kilometer daripada Kampung Senallang Lama, sempat melihat mayat lelaki itu dan mendapati kepala lelaki itu berlumuran darah.

Kelihatan penduduk mengemas beg pakaian mereka dan mengosongkan rumah mereka dengan membawa anggota keluarga, termasuk kanak-kanak dan wanita, untuk melarikan diri ke kawasan kampung lain.

Kebanyakan penduduk adalah petani dan pekebun ladang kelapa sawit.

Cubaan untuk menghubungi Ketua Polis Daerah Semporna, DSP Mohd. Firdaus Francis Abdullah untuk mendapatkan maklumat lanjut gagal.— BERNAMA

Lebih 50,000 terima lesen satu komuniti satu JPJ

Posted:

Lebih 50,000 terima lesen satu komuniti satu JPJ

Lebih 50,000 terima lesen satu komuniti satu JPJ

03/03/2013 4:43pm

BALIK PULAU — Seramai 50,603 calon telah mendapat lesen menunggang motosikal menerusi program 'Satu Komuniti Satu JPJ' (SKSJ) sejak diperkenalkan tahun 2009, kata Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Ismail Ahmad.

Beliau berkata, seramai 2,207 orang di seluruh negara terutama dari kalangan warga emas memperolehnya sejak Januari lepas.

Menerusi program itu, peserta tidak perlu menduduki ujian undang-undang berkomputer selain mereka hanya dikenakan bayaran RM150 berbanding RM350 menerusi proses biasa.

"Setiap negeri telah diarahkan mengadakan tiga program SKSJ tahun ini, kecuali negeri Sabah dan Sarawak yang masing-masing akan mengadakan lima program dan setakat ini sambutan dari masyarakat terutama warga emas sangat menggalakkan," katanya selepas menyerahkan lesen B2 kepada 378 calon yang berjaya di sini hari ini.— BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Pengganas Sultan Sulu tidak sayang nyawa

Posted:

Pengganas Sultan Sulu tidak sayang nyawa

Pengganas Sultan Sulu tidak sayang nyawa


SULTAN SULU, Jamalul Kiram III menghubungi adiknya, Raja Muda Agbimudin yang mengetuai 200 pengikutnya untuk menceroboh Sabah pada satu sidang akhbar di Alabang, Manila.


MANILA - Jurucakap Sultan Sulu, Jamalul Kiram III menegaskan bahawa 'tentera diraja' yang memasuki Sabah akan berjuang hingga ke hujung nyawa dan tidak sesekali meninggalkan negeri tersebut.

"Kami telah membuat keputusan bahawa maruah lebih utama daripada nyawa," kata jurucakap berkenaan, Abraham Idjirani di sini semalam.

Menurutnya, konfrontasi kumpulan mereka dengan pasukan keselamatan Malaysia di Sabah masih belum berakhir dan menolak kenyataan sebaliknya oleh pemerintah Filipina sebelum ini.

Namun, Idjirani mengesahkan tiada pertempuran antara baharu berlaku antara kedua-dua belah pihak sejak pukul 8 malam kelmarin.

Dalam insiden kelmarin, seramai 12 warga Filipina dan dua komando polis Malaysia terbunuh dalam pertempuran pasukan komando polis dengan sekitar 200 anggota kumpulan itu yang diketuai Raja Muda Agbimuddin Kiram


SEORANG anggota komando polis berkawal di kawasan sekitar 3 kilometer dari lokasi kumpulan bersenjata Filipina berkubu di luar Lahad Datu, Sabah.


Mengulas mengenai nasib Agbimuddin, Idjirani berkata, raja muda itu telah berpindah ke lokasi lain untuk meneruskan perjuangan mereka.

"Jika konfrontasi ini berakhir, ia bermakna sama ada Raja Muda dan pengikut-pengikutnya dibunuh atau ditangkap," ujarnya.

Kumpulan bersenjata itu menyeludup masuk ke sebuah kampung di Lahad Datu, Sabah sekitar tiga minggu lalu untuk menuntut hak ke atas negeri Sabah.

Dalam pada itu, anak perempuan Kiram III, Jacel Kiram semalam turut menggesa saudara lelakinya itu supaya terus berjuang hingga ke titisan darah terakhir.

"Keputusan kami tetap sama. Mereka tidak akan pulang kerana maruah lebih tinggi nilainya daripada nyawa," kata Jacel dalam satu kenyataan semalam.

"Saki baki 224 pengikut Sultan Sulu di Sabah memutuskan untuk mati di Lahad Datu bagi mengejar impian dan aspirasi mereka," tegasnya.

Menurut wanita tersebut, selepas sembilan pengikut lelaki dan seorang wanita dikebumikan, semua 224 anggota kumpulan mereka yang masih tinggal memutuskan untuk menyerahkan nasib kepada takdir. - Agensi

Presiden Filipina mahu penceroboh Sabah serah diri

Posted:

Presiden Filipina mahu penceroboh Sabah serah diri

Presiden Filipina mahu penceroboh Sabah serah diri


PRESIDEN BENIGNO AQUINO III


MANILA - Presiden Filipina, Benigno Aquino III mendesak anggota dan pengikut Sultan Sulu, Jamalul Kiram III yang menawan sebuah kampung di Sabah supaya menyerah diri.

Dalam satu kenyataannya di Istana Malacanang di sini, Aquino membuat gesaan itu bagi mengelakkan pertumpahan darah berterusan.

Dalam kenyataan yang ditujukan kepada adik Kiram III, Raja Muda Agbimuddin Kiram, Aquino meminta dia dan anggota kumpulannya "menyerah diri serta-merta tanpa syarat".

Sebanyak 12 pengikut Agbimuddin dan dua komando polis Malaysia terbunuh dalam pertempuran pasukan komando polis Malaysia dengan lebih 200 pengikut raja muda itu.

Mereka belayar menaiki bot lebih dua minggu lalu untuk menuntut hak ke atas Sabah dengan alasan negeri berkenaan pernah menjadi tanah jajahan kesultanan Islam Sulu sebelum dipajakkan kepada penjajah British pada tahun 1870-an. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Kesihatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Kesihatan


Mata buta kerana katarak

Posted:

Mata buta kerana katarak

Mata buta kerana katarak

Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM


KATARAK mata biasanya disebabkan oleh diabetes dan penggunaan steroid.


KUALITI penglihatan sering berkait rapat dengan umur tetapi tidak kurang juga mata kabur disebabkan pelbagai insiden tidak diingini termasuk diabetes atau kemalangan di tempat kerja. Tetapi, jika pada satu hari anda hanya melihat asap atau objek warna kelabu, situasi itu mungkin disebabkan oleh penyakit katarak.

Katarak berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud air terjun.

Menurut kepercayaan kuno sebelum tahun 1700, katarak terjadi hasil dari pengaliran cecair pekat seperti air terjun ke dalam mata.

Hasil kajian perubatan berterusan masalah itu berpunca kerana proses penuaan, kecederaan, perubahan metabolik, penyakit dan sebagainya.

Lazimnya, katarak merupakan penyakit mata semula jadi dalam kalangan warga emas.

Ia juga menjadi penyebab utama kerosakan penglihatan dan kebutaan di Malaysia.

Menurut Ketua Pakar Bedah Oftalmik Pusat Pakar Mata Vista Laser Eye Centre, Dr. Aloysius Low, apabila seseorang mencecah umur lebih 45 tahun, sesetengah individu akan mengalami masalah penglihatan seperti kehilangan kejelasan dan perbandingan warna (meluntur atau berubah) disebabkan katarak.

"Katarak ialah kekaburan pada kanta semula jadi dalam mata yang menghalang laluan cahaya ke dalam mata.

"Individu yang mengalami katarak menghadapi kesukaran melakukan rutin harian kerana penglihatan kabur walaupun selepas memakai dan sering menukar cermin mata," katanya.

Purata umur bagi rakyat negara ini untuk menghadapi masalah katarak ialah 58 tahun.

Aloysius memberitahu, selain mengalami masalah penglihatan berganda dan masalah silau kerana sinar lampu atau matahari, penglihatan malam mereka juga terjejas akibat silau daripada lampu kenderaan dan lampu isyarat.

Tonton televisyen

Seramai 18 juta orang di seluruh dunia menghidap katarak dan ia merupakan punca utama gejala buta di dunia selepas glaukoma.

Glaukoma merupakan sejenis kerosakan mata yang disebabkan oleh tekanan cecair yang terlalu tinggi di dalam bebola mata.

Tekanan yang tinggi ini akan merosakkan sel retina dan serabut saraf sehingga ruang penglihatan sekitar seseorang itu menjadi semakin sempit dan akhirnya akan terus menjadi buta.

Terang Aloysius, penyakit katarak bukan sahaja dihadapi oleh orang berumur malah yang berisiko menghidapnya orang muda.

"Puncanya kerana diabetes atau penggunaan steroid," katanya.

Katarak boleh terjadi pada sebelah mata dan kedua-dua belah mata malah selain boleh terdapat lebih daripada satu bentuk katarak pada mata yang sama.

Selain itu, penyakit ini boleh berpunca disebabkan pendedahan kadar radiasi yang tinggi seperti mereka yang sering bekerja di bawah panas terik matahari dalam jangka masa panjang.

Katanya lagi, pendedahan berpanjangan menonton televisyen atau gajet elektronik juga boleh menyebabkan katarak.

"Namun, tiada bukti lanjut kesan secara langsung penyakit ini kerana gajet elektrik," katanya.

Sebenarnya, terdapat tiga tahap katarak iaitu katarak tidak matang, matang dan terlampau matang.

"Penyakit ini tidak mengira faktor jantina sama ada lelaki mahupun wanita," jelasnya.

Namun, jika seseorang mengalami penglihatan semakin buruk perlu segera berjumpa dengan pakar mata dengan kadar segera lebih-lebih lagi mereka yang mempunyai sejarah diabetes.

"Disebabkan teknologi pembedahan dan kanta semakin canggih, masalah buta serta kerosakan penglihatan yang disebabkan oleh katarak kini sudah boleh dielakkan," katanya.

Jelasnya lagi, katarak kini boleh disembuhkan melalui pembedahan yang hanya mengambil masa singkat dengan menggunakan kaedah pembedahan katarak tanpa pisau LenSx.

Ia adalah teknologi terbaharu merawat katarak.

Setelah katarak dikeluarkan sepenuhnya, pakar bedah membersihkan kapsul di belakang mata untuk mengurangkan kejadian kegelapan kapsul belakang (katarak yang kedua).

Langkah terakhir ialah untuk memasang lensa intraokular.

"Prosedur ini terbukti berkesan menghasilkan penglihatan yang jelas serta mengurangkan masa pembedahan dengan memulihkan posisi lensa intraokular. Pesakit hari ini mementingkan keselamatan dan keupayaan untuk melihat dengan lebih jelas tanpa bergantung kepada cermin mata selepas pembedahan," jelas Aloysius.

Hanya pembedahan sebelah mata sahaja dilakukan pada satu-satu masa.

Jika pesakit perlu melakukan pembedahan pada kedua-dua belah mata, pembedahan mata yang satu lagi perlu dilakukan selang tujuh hari.

Tempoh pembedahan pembuangan katarak dijalankan kurang seminit.

Namun, proses membersihkan mata selepas pembedahan mengambil masa lebih panjang.

Secara keseluruhannya, masa yang diperlukan ialah sekitar 20 minit.

"Keputusan dapat diperoleh dengan pantas selain pesakit tidak mengalami rasa sakit. Pembedahan juga tidak meninggalkan parut," ujarnya.

Gagal 850 kali temuduga pekerjaan

Posted:

Gagal 850 kali temuduga pekerjaan

Gagal 850 kali temuduga pekerjaan


BRATTLE berpendapat tidak akan mendapat pekerjaan kerana fizikal tubuhnya.


HANYA kerana beratnya mencecah 133 kilogram seorang gadis dari Britain, Sam Brattle gagal dalam 850 temu duga kerja yang dihadirinya.

Berikutan itu, wanita malang ini yakin akan menjadi penganggur selama-lamanya kerana banyak syarikat tidak mahu mengambilnya bekerja kerana badannya yang obes.

"Kebanyakan majikan tidak inginkan calon obes sebagai pekerja dengan alasan yang tidak masuk akal.

"Saya ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa orang obes sering berusaha untuk kurus tetapi masih belum berjaya," cerita Brattle.

Sebelum ini, wanita itu pada 2008 telah mengambil kursus penjagaan kanak-kanak dan pembantu guru di sebuah kolej.

Namun, setelah tamat pengajian di kolej pada 2008, Brattle yang gemar memakan sosej disaluti roti tetap gagal mendapat pekerjaan walaupun mempunyai kelayakan akademik.

Sebenarnya, dia mencuba memohon pekerjaan sebagai pelayan bar, pejabat, pusat panggilan dan pembantu kedai tetapi semuanya gagal.

"Saya seorang yang peramah, jujur dan bijak tetapi sering gagal dalam temu duga dengan alasan tiada pengalaman.

"Adakah seorang pencuci pinggan dan pelayan restoran makanan memerlukan pengalaman? Saya fikir tidak diterima kerana saiz badan," tutur Brattle.

Sehingga kini, dia masih menerima elaun mingguan sebanyak £71 (RM320) yang disediakan kerajaan Britain kepada penganggur.

Tidak kisah

"Saya tidak kisah sekiranya dilabelkan gemuk kerana bangga dan gembira dengan keadaan sebegini. Saya tidak akan berubah dan terpengaruh dengan pandangan orang lain.

"Namun, saya perlukan bantuan pakar untuk menguruskan berat badan tetapi tiada pihak yang sudi untuk membantu.

"Sekiranya saya dan insan senasib berjaya menurunkan berat badan, keadaan itu akan membuatkan kami lebih mudah bekerja," jelas Brattle.

Wanita ini mula mempunyai berat badan yang agak meruncing sejak berumur 13 tahun.

"Saya sering diejek dengan panggilan gemuk dan ramai tidak ingin berkawan dengan saya. Keadaan itu menyebabkan saya menjadi pendiam dan sering bersendirian.

"Untuk melepaskan geram saya banyak makan termasuk makanan ringan yang mempunyai kolestrol tinggi," ceritanya.

Tambah Brattle, dia pernah menjalani rawatan dengan pakar diet tetapi gagal.

"Saya gagal mengikut diet dan senaman yang ditetapkan mungkin akibat gen gemuk.

"Mungkin ramai yang memandang negatif terhadap pendapat itu tetapi ia terpulang kepada pemikiran masing-masing," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Saleha bukan sekadar kontrol cantik

Posted:

Saleha bukan sekadar kontrol cantik

Saleha bukan sekadar kontrol cantik

SALEHA menyimpan harapan dan berusaha untuk berada dalam hati khalayak berdasarkan kerja lakonan bukan cerita sensasi.


KUASA yang dijana wanita berdarah kacukan Melayu dan Inggeris ini belum cukup panas untuk membuatkan penonton teruja menontonnya di pawagam. Pertaruhan pertamanya menerusi Kerat 14 bersama Aaron Aziz, regu yang sama-sama digilai menerusi Nora Elena juga sekadar mencatat penonton ala kadar.

Siti Saleha sedar situasi berkenaan. Sebagai percubaan pertamanya ke layar perak, catatan yang diterima oleh Kerat 14 memberi satu dimensi baharu buatnya.

"Filem tetap sebuah filem. Orang mahu tengok filem bukan sekadar nak tengok pelakonnya sahaja tapi penonton mahukan kepuasan menyeluruh termasuk elemen-elemen di bahagian produksi, skrip dan jalan cerita.

"Macam saya dan Aaron, walaupun drama lakonan kami berdua dapat sambutan hangat, tapi tidak pula hasilnya dengan filem. Saya kena akur bahawa saya belum cukup pengaruh itu.

"Mujurnya, tak banyak komen negatif yang saya dengar berhubung dengan lakonan. Saya juga masih baharu dalam bidang filem. Ini satu pengalaman yang banyak beri pendedahan kepada saya," katanya tanpa perlu menjadi terlalu sensitif atau bersedih kerana filem pertamanya sekadar meraih kutipan RM1 juta.

Sengaja mengalirkan cerita Saleha kali ini menyimpang dari cabang sensasi, kisah putus cinta atau dibayangi episod hendak berumah tangga, bicara bersama pelakon yang mula menjual bakat sebagai pelakon iklan bersambung pula tentang pengiktirafan.

Malam penutup Festival Filem Malaysia ke-25 (FFM25) yang berlangsung malam tadi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya telah menyaksikan anak wayang terbaik turun dan naik pentas menerima sebuah penghormatan. Meneka apa yang tersemat dalam naluri adik vokalis Sam Bunkface itu, dia juga menyimpan angan untuk menjadi salah seorang daripada pelakon terbaik di Malaysia.

"Bukan hanya terbaik kerana sudah menjulang trofi, maksudnya meletakkan piawaian terbaik setiap kali terlibat dengan mana-mana produksi. FFM itu kemuncak kepada pengiktirafan terhadap anak seni. Sesiapa sahaja yang menerima trofi FFM haruslah berbangga dan meraikan penghormatan yang diterima. Itu tandanya kerja seni kita diiktiraf," getus Saleha yang turut menanti peluang untuk setidak-tidaknya tercalon ke dalam senarai terbaik pada masa depan.

Tahun ini langkahnya bergelar pelakon filem tidak akan terhenti hanya disebabkan Kerat 14 kurang mendapat sambutan. Dalam stor syarikat produksi yang pernah disertainya, senarai judul-judul seperti Pencinta, Bravo 5, KL Zombie, Mamat Cup Cake dan Pak Pong sedang menanti untuk tampil ke mata penonton.

"Tahun ini saya ada lima buah filem lagi. Pencinta arahan Khir Rahman mungkin tayang pada September. Filem Bravo 5, KL Zombie juga dijadualkan tayang pada tahun ini. Tak tahulah. Saya harap tahun 2013 akan beri tuah. Jika dengan judul-judul itu orang akan mula buka mata mereka bahawa saya juga layak digelar aktres filem, alangkah manisnya," katanya yang akan ke udara juga dengan sebuah drama bersiri terbaharu Asmara Luna di TV3 menjelang April nanti.

Anak ketiga daripada empat beradik itu juga menaruh impian agar kerja seni yang dilakukannya akan membawanya ke satu fasa baharu.

Pertama kali tersenarai dalam pencalonan akhir untuk kategori anugerah berdasarkan populariti dalam satu majlis anugerah yang akan berlangsung April nanti, hal itu juga satu pencapaian menyenangkan buat Saleha. Jika tahun ini tercalon untuk kategori popular, lantas berdasarkan hasil kerja tahun ini, tidak mustahil pula untuk masuk senarai calon kategori terbaik dalam anugerah kualiti pula pada tahun hadapan.

"Tercalon pun sudah cukup bagus. Kalau menang lagi bagus sebab itu bukti penerimaan peminat terhadap seseorang pelakon. Untuk bercakap tentang anugerah berdasarkan kualiti pula pada masa hadapan, alangkah bagus kalau perkara itu jadi kenyataan tapi saya tidak berani berharap. Siapa yang tidak mahu kerjanya diiktiraf. Jika ada pihak yang fikir saya layak, saya patut terima dengan besar hati," katanya yang bakal mencecah usia 23 tahun pada 14 Mac ini.

Gila dalam hutan

Menanti tarikh penggambaran untuk sebuah filem berjudul Bikin Filem terbitan Playground Production dalam masa terdekat, Saleha merasakan jalan kariernya sedang di trek yang sempurna.

"April nanti saya sudah beri kata putus untuk terlibat dengan drama Memberku Hawa manakala Mei nanti ada juga sebuah tawaran filem daripada sebuah syarikat penerbitan yang sedang saya pertimbangkan.

"Saya akan cuba ikut laluan ini sebaik-baiknya. Dalam usia 23 tahun, ketika ada kawan-kawan baik saya sudah mula berkeluarga dan merancang masa depan bersama pasangan masing-masing, saya rasa peluang sebegini tidak harus dipersia-siakan. Bukan saya tidak mahu bercakap tentang komitmen tetapi adakalanya hidup secara solo seperti sekarang ada baiknya juga. Tidak perlu pening-pening kepala atau asyik berdating jika tiada penggambaran," katanya mengingatkan penulis terhadap kisah putus cinta yang baru-baru ini hangat diperkatakan.

Satu lagi pengalaman baharu yang sedang dinikmati Saleha ketika ini adalah mengacara sebuah program berjudul Projek Gila. Untuk empat episod, Projek Gila akan mendedahkan segala aksi dan perilaku Saleha yang selama ini mungkin tidak pernah diketahui oleh khalayak.

Dalam program seumpama Fear Factor namun tidak melibatkan artis lain itu, Saleha diberikan satu cabaran pelik seperti masuk dan hidup dalam hutan atau meneroka cara hidup di sebuah pulau.

"Sepintas lalu, banyak aksi saya memalukan akan ditonjolkan dalam program itu. Semuanya secara spontan kerana saya tidak diberikan skrip. Untuk episod pertama yang menjalani penggambaran di Taman Negara, saya kena memanjat pokok dan tidur atas pokok. Memang kena jadi lasak dan saya memang suka aktiviti begitu. Kena hadap pacat dan serangga dalam hutan tak payah cakaplah, saya seronok walaupun agak sengsara.

"Jika selama ini orang tengok saya macam lemah-lembut atau kontrol cantik sahaja dalam drama, Projek Gila memang gila. Saya jadi lasak, ketawa, menjerit macam tak ingat dunia dan buat aksi gila-gila yang saya sendiri tak pernah terfikir pun akan buat perkara sebegitu," katanya ceria.

Gembira, tenang dan punya banyak masa untuk diri sendiri serta paling penting memiliki keluarga yang kekal menyayanginya apa jua keadaan, itulah erti kehidupan sempurna selebriti muda Saleha ketika ini.

Sam nafi bercinta dengan Fazura

Posted:

Sam nafi bercinta dengan Fazura

Sam nafi bercinta dengan Fazura


SAM dan Fazura mendakwa mereka sekadar kawan biasa.


STATUS tiada kekasih atau teman wanita istimewa yang diketahui umum menjadikan anak bujang Khaty Fauziah, Shaheizy Sam, 30, antara aktor yang terjebak spekulasi cinta di lokasi.

Dia pernah disensasikan bercinta dengan Lisa Surihani ketika sama-sama terlibat dalam filem Sekali Lagi. Kemudian dengan pelakon Wawa Zainal yang sedang meningkat naik.

Sekitar hujung tahun lalu, Sam turut menjadi tumpuan apabila pelakon baharu bernama Syatila Melvin tiba-tiba membuat kenyataan sedang mengenali dan berkawan baik dengan pelakon Adnan Sempit itu.

Tamat fasa pertama tahun ini, Aktor Terbaik Anugerah Skrin menerusi filem Songlap itu sekali lagi berdepan cerita panas. Kali ini, bukan lagi dengan nama-nama baharu atau pelakon yang boleh dianggap sebagai menumpang populariti namanya.

Minggu lalu, Sensasi Bintang menerima satu panggilan telefon menceritakan perihal kisah cinta pelakon yang pernah menjulang anugerah Bintang Paling Popular itu. Sam dikhabarkan kelihatan intim dan beraksi mesra bersama seorang bintang jelita berprofil tinggi, Nur Fazura Sharifuddin. Mereka kelihatan berdua-duaan sedang menikmati sajian makanan Thailand di sebuah restoran di ibu kota.

Umum tahu Sam dan Fazura baru sahaja tamat penggambaran drama bersiri yang menyaksikan mereka pertama kali disatukan dalam naskhah berjudul Kisah Cinta. Persoalannya, adakah Kisah Cinta itu benar-benar mengheret Sam ke alam percintaan bersama Fazura, si cantik yang juga masih solo namun terkenal sebagai pelakon yang menyimpan kemas privasi kehidupan peribadinya.

Jadi benarlah dakwaan yang mengatakan anda dan Fazura ada hubungan istimewa serta sering kelihatan keluar bersama?

Dakwaan mengatakan kami ada hubungan istimewa memang tak betul, tapi memang saya dan Fazura berkawan rapat. Kami akan makan bersama sebaik sahaja habis penggambaran. Kami gembira menikmati makanan dan berbual untuk mendapatkan keserasian.

Sejak bila berkawan?

Sejak selama 50 hari kami berada di lokasi penggambaran yang sama. Kami berlakon drama Kisah Cinta. Dalam drama itu asalnya saya yang pegang watak Johan dan Fazura (Zalea) tidak kenal antara satu sama lain. Tapi kami mula rapat setelah kedua-dua orang tua kami terlibat dalam kemalangan. Sekarang penggambaran telah pun tamat, mungkin ada yang melihat kami ketika penggambaran masih berlangsung.

Sebenarnya sejauh mana hubungan anda dengan Fazura?

Rapat sebagai teman artis. Saya selesa berborak dengan Fazura. Saya kan malu-malu orangnya, jadi kami kena dapatkan keselesaan dengan cara begitu, kena selalu berbual. Bagi saya Fazura gandingan pelakon yang hebat. Setakat itu sahaja.

Betul ke begitu?

Betul, itu Fazuralah dan siapalah saya nak memikat hatinya. Tolonglah jangan buat cerita ini jadi panas. Kalau nak tahu lebih, kenalah tunggu Kisah Cinta yang tayang tidak lama lagi.

Selain Fazura, dengarnya anda mahu kembali menyanyi dan aktifkan semula MOB yang sudah 10 tahun menyepi?

Saya bukan menyanyi tapi rapping. Dulu saya memang bersama kumpulan R&B dinamakan MOB. Kami ada merakam sebuah album mini pada tahun 2002, malangnya album itu terperap begitu saja. Sekarang, saya fikir lebih baik lagu-lagu dalam album itu dilancarkan semula.

Dulu kerana minat dan sekarang setelah berjaya dalam lakonan kenapa ingin kembali ke bidang muzik, adakah bosan dengan lakonan?

Bukan begitu, saya cuma rasa sayang kalau ada karya tapi terperap begitu. Ini kira-kira projek suka-suka, tak harapkan apa-apa. Saya juga nak peminat saya tahu siapa saya sebelum ini, itu sahaja.

Celebration Day oleh Led Zeppelin

Posted:

Celebration Day oleh Led Zeppelin

Celebration Day oleh Led Zeppelin


SINERGI dan energi grup Lez Zeppelin terserlah dalam konsert yang merupakan pengumpulan semula selepas 27 tahun 'berpisah'.


KONSERT dengan tajuk Celebration Day boleh menjadi ubat merawat rindu terhadap grup legenda dengan nama Led Zeppelin ini.

Konsert pada 10 Disember 2007 di O2 Arena, London ini dipertontonkan secara eksklusif di GSC One Utama, Petaling Jaya pada 20 Februari lalu. Dokumentasi menarik tentang Led Zeppelin yang lahir dalam bentuk konsert itu disifatkan ramai sebagai salah satu konsert rock & roll terhebat.

Ramli Sarip, Nash, Datuk Hattan, Edrie Hashim, Along Exist, Fiq dan Awi Rafael berkumpul untuk menyaksikan kehebatan yang dipertontonkan Led Zeppelin dalam sebuah konsert reunion selepas 27 tahun tidak beraksi di atas pentas.

Konsert dalam bentuk filem arahan Dick Carruthers ini mempamerkan tenaga Led Zeppelin yang berlanjutan selama dua jam empat minit.

Persembahan kumpulan dari England, Britain itu dibawakan oleh ahli-ahli asal Led Zeppelin seperti Robert Plant, Jimmy Page dan John Paul Jones serta disertai oleh Jason Bonham, anak kepada mendiang John Bonham, bekas pemain dram asal kumpulan ini.

Led Zeppelin mempersembahkan 17 lagu dari senarai terbaik mereka termasuk lagu yang menjadi trademark mereka seperti Whole Lotta Love, Rock And Roll, Kashmir dan Stairway To Heaven.

Pihak Warner Music mengadakan inisiatif ini untuk mengumpulkan bintang rock tempatan dan pihak media untuk menyaksikan rakaman konsert Led Zeppelin yang juga ditawarkan dalam empat set penjualan.


ANTARA penyanyi dan penggerak genre rock tempatan yang hadir di majlis pratonton Celebration Day yang dikendalikan oleh pihak Warner Music.


Konsert Celebration Day ini ditawarkan dalam empat set edisi standard, edisi audio versi Blu Ray dan edisi vinyl (3 piring hitam).

Rakaman konsert ini membawa penonton kembali kepada 10 Disember 2007, di mana Led Zeppelin mengadakan persembahan di Arena London O2 untuk memberi penghormatan terhadap kawan yang mereka kasihi iaitu pengasas Atlantic Records, Ahmet Ertegun.

Darren Choy selaku Pengarah Urusan Warner Music Malaysia memberitahu bahawa tayangan seperti ini hanya dilakukan di beberapa buah negara seperti Jepun, Jerman, Amerika Syarikat dan Malaysia.

Buat Hattan yang datang ke tayangan eksklusif tersebut, Celebration Day mengimbau semula kenangan di mana dia dan beberapa artis Warner Music pernah mengadakan persembahan tribute untuk kumpulan itu pada 1995.

"Ketika itu saya, Amy Search, Arab, Ramli Sarip dan Maman Teacher's Pet pernah mengadakan pertunjukan tribute untuk Led Zeppelin di Hard Rock Cafe.

"Mungkin Led Zeppelin tidak begitu dekat dengan generasi sekarang tetapi mereka seperti Godfather kepada penyanyi dan peminat muzik rock lama," katanya.

Komposer Edrie Hashim yang merupakan pemain gitar terkenal menyatakan dia begitu teruja melihat dinamik dalam persembahan yang dipamerkan oleh Led Zeppelin.

"Pencahayaan dan konsep konsert ini santai tetapi dinamik dalam konsert itu yang saya rasakan sangat menarik. Manakala susunan lagu-lagu juga adalah terbaik. Jimmy Page selaku gitaris memberikan tenaga yang terbaik dalam konsert ini," ujarnya yang mengaku bahawa pemilihan Jason Bonham menggantikan ayahnya John Bonham selaku pemain dram adalah yang terbaik.

Buat Ramli Sarip yang datang dengan memakai jaket tertera tulisan Led Zeppelin ke tayangan tersebut menyatakan idea konsert dalam filem sebegini adalah satu dokumentasi yang baik.

"Saya memang suka dengan konsert live daripada dulu-dulu. Kreativiti mereka memang hebat. Generasi sekarang perlu menonton konsert sebegini untuk mempelajari banyak perkara. Mereka perlu jadikan ini sebagai sebuah rujukan dan ambil tahu perkara sebegini," katanya yang memang meminati Led Zeppelin.

Kredit: www.kosmo.com.my

Sabtu, 2 Mac 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Senjata api teman tidur pelari kudung

Posted:

Senjata api teman tidur pelari kudung

Senjata api teman tidur pelari kudung

Susunan NOOR SYAHIDATOOL AQMA MOHD. NOOR

REEVA sering menulis isu rogol dan penderaan wanita dalam Twitter miliknya.


EBERAPA bulan sebelum Reeva Steenkamp menjadi kekasih atlet paralimpik terkenal Afrika Selatan yang memakai dua bilah kaki palsu, Oscar Pistorius, model cantik itu dilihat berlatih menembak di sebuah lapang sasar di negara itu.

Selepas memakai sungkup telinga dan cermin mata pelindung, wanita berambut perang itu memegang erat pistol a 9mm dengan kedua-dua belah tangannya sebelum melepaskan tembakan.

Ironinya, senjata a 9mm seperti itulah yang dikatakan digunakan oleh Pistorius untuk menembak Reeva pada Hari Kekasih, 14 Februari lalu. Reeva mati selepas terkena tiga das tembakan.

Gambar Reeva sedang menembak itu menunjukkan betapa dia sudah terbiasa dengan senjata api dan dengan itu dia mudah berasa selesa dengan lelaki seperti Pistorius yang sentiasa menyimpan senjata api di rumahnya.

Senjata api dimiliki oleh kebanyakan pemilik rumah di Pretoria yang mencatat kadar jenayah yang tinggi termasuk rompakan. Pistorius dipercayai menyimpan empat pucuk senjata api selain kayu kriket di katil bilik tidurnya.

Pistorius kini sedang didakwa di mahkamah kerana membunuh penghias kulit depan majalah FHM itu. Pistorius bagaimanapun mendakwa dia melepaskan tembakan kerana menyangka Reeva penceroboh yang masuk ke rumahnya.

Pistorius menjadi pengumpul tegar senjata api dengan menyertai kelab pengumpul senjata api dan membeli beberapa koleksi senjata api termasuk pistol jenis a .500 Magnum yang digelar oleh pengeluarnya sebagai pistol paling berkuasa yang pernah dihasilkan.

Pada penghujung tahun 2012, ketika dia menyulam cinta bersama Reeva yang kemudian ditembak dan dibunuhnya, Pistorius menjadi semakin obses dengan hobinya itu.

Pistorius sememangnya menggemari senjata dan hasil temu bual agensi berita Associated Press (AP) bersama pengumpul senjata api yang lain menunjukkan Pistorius sangat dedikasi bermain senjata api selama 12 bulan sebelum dia bertindak menembak teman wanitanya itu.

Lesen

Menurut Naib Pengerusi Persatuan Pengumpul Senjata Api Lowveld, John Beare yang menerima Pistorius sebagai ahli berbayar pada April lalu, bintang trek itu bukan sahaja memohon lesen untuk memiliki senjata lebih daripada satu tetapi dia sebenarnya mahu membeli senjata-senjata itu.


PISTORIUS menangis semasa pertama kali dihadapkan ke mahkamah Afrika Selatan pada 15 Februari lalu.


Dia dan Pistorius diperkenalkan di sebuah hotel di Johannesburg, Afrika Selatan pada Januari tahun lalu.

Seorang peguam yang juga pakar dalam undang-undang senjata api, Martin Hood, memberitahu, jika Pistorius tidak menjadi pengumpul senjata api, dia boleh dikenakan tindakan di bawah undang-undang Afrika Selatan yang mengehadkan pemilikan senjata api sebanyak empat pucuk sahaja bagi mempertahankan diri.

Pengerusi Senjata Api dan Pengumpul Peluru Afrika Selatan, Carvel Webb menambah, dengan berlakunya tragedi itu, Pistorius sudah memenuhi syarat yang diperlukan untuk diterima sebagai pengumpul senjata api dan dia mula mengumpul senapang separa automatik.

Pistorius tidak pernah menyembunyikan minatnya terhadap senjata api. Seorang wartawan yang melawatnya di rumahnya di Pretoria dan mendapati Pistorius menyimpan senjata api di tepi katilnya.

Dia juga berlatih menembak untuk Sukan Olimpik London 2012 di Afrika Selatan dan Eropah tetapi dia kurang dikenali sebagai pengumpul senjata api.

Ujar John, dia memerhatikan Pistorius berlatih menembak sebanyak dua kali tetapi tidak melihat apa-apa petanda yang menunjukkan dia boleh menjadi ancaman.

"Dia tidak akan melakukan apa-apa yang tidak rasional sekiranya memegang senjata api, kerana saya akan menyedarkannya dengan segera," jelasnya kepada AP.

Pistorius menyatakan, dia menyangka teman wanitanya itu adalah seorang penceroboh dan dia melepaskan tembakan ketika Reeva berada di tandas rumahnya.

Menurut Pusat Senjata Api Kebangsaan Perkhidmatan Polis Afrika Selatan, lesen bagi pistol a 9mm milik Pistorius dikeluarkan pada bulan September 2010 dan didaftarkan untuk tujuan mempertahankan diri.


PISTORIUS yang digelar Blade Runner memulakan larian untuk acara 400 meter lelaki pada Sukan Olimpik London, Ogos lalu.


Mahir

"Saya sukar untuk mempercayai berlaku perbuatan yang salah, tetapi dia boleh mempunyai sisi gelap, mungkin juga ada sesuatu yang tidak kena," kata John.

Presiden Penembak di Timur Laut Itali, Roberto Siriu, berkata Pistorius tidak kelihatan seperti mahir menggunakan senjata api.

Pistorius pernah ditembak di Tolmezzo, Itali, bandar berdekatan Gemona ketika berehat daripada menjalani latihan.

Pada November 2011, Pistorius memuat naik gambar dirinya menembak menggunakan senapang di Tolmezzo, dengan memberitahu dia berjaya mendapatkan 95 peratus skor menembak dari jarak 300 meter.

Dia turut membuat status di laman sosial Twitter yang dia akan kembali ke Tolmezzo untuk menembak menggunakan senapang vintaj.

Kes jenayah berprofil tinggi melibatkan senjata api milik individu sering menggemparkan dunia mutakhir ini. Selain negara-negara Afrika, Amerika Syarikat (AS) ialah antara negara maju yang sedang berusaha menggubal undang-undang baharu bagi mengekang pemilikan senjata api.

Disember lalu, seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang dan membunuh 20 orang kanak-kanak dan enam orang dewasa di sebuah sekolah di Connecticut, AS.

Sebelum itu, seorang lelaki bertopeng melontar gas pemedih mata ke dalam sebuah pawagam yang menayangkan filem terbaharu Batman - The Dark Knight Rises di Denver AS, sebelum melepaskan tembakan ke arah penonton, menyebabkan 12 terbunuh dan 50 lagi cedera.

Mesin dialisis buatan sendiri

Posted:

Mesin dialisis buatan sendiri

Mesin dialisis buatan sendiri


BIARPUN Xue Peng kini tidak menyumbang apa-apa kepada keluarga, namun seisi keluarganya akan bergilir-gilir mengepam oksigen untuk dia terus bernafas.


TANPA bantuan alat perubatan yang canggih, mana mungkin seorang penghidap penyakit buah pinggang mampu bertahan untuk terus hidup. Begitu juga bagi seorang yang perlu bergantung kepada alat bantuan pernafasan untuk terus bernafas.

Namun hal itu tidak mustahil kepada dua orang lelaki di China. Biarpun tidak mampu menggunakan alat rawatan canggih akibat kesempitan wang, mereka terus hidup menggunakan mesin perubatan yang dibuat sendiri hingga kini.

Hu Song Wen yang menghidap penyakit buah pinggang, kini masih bernafas biarpun sekadar bergantung kepada mesin dialisis yang direka sendiri selama 13 tahun. Bagi Fu Xue Peng pula, dia telah menyambung hidup dengan alat bantuan pernafasan manual sejak lima tahun lalu.

Dua orang lelaki di luar bandar China itu dan ahli keluarga mereka menjadi begitu inovatif semata-mata meneruskan hidup akibat kesempitan wang.

Song Wen yang tinggal di perkampungan Qutang, wilayah Jiangsu di timur China bersama ibunya yang berusia 81 tahun terpaksa bergantung kepada sebuah alat dialisis usang selepas tidak mampu membayar kos perubatan.


JARI-JEMARI Min Zu rosak akibat mengepam gas oksigen kepada anaknya pada setiap hari secara bergilir-gilir dengan ahli keluarga yang lain.


"Kos membuat rawatan menggunakan alat yang saya buat ini hanya 60 yuan (RM30). Ia lebih murah sebanyak 12 peratus daripada kos rawatan hospital," katanya yang menghidap penyakit buah pinggang sejak 20 tahun lalu.

Mesin itu bertindak sebagai sebuah buah pinggang yang terdiri daripada dua bahagian yang dihubungkan menerusi membran iaitu struktur seperti filem yang membenarkan partikel tertentu melepasinya.

Mesin itu beroperasi dengan cara darah akan dipam pada separuh mesin yang sebahagian daripada strukturnya terdiri daripada perkakasan dapur itu. Manakala cecair dialisis dipam pada bahagian yang satu lagi.

"Saya menghasilkan sendiri cecair dialisis dengan mencampurkan bahan-bahan pottasium klorida, sodium klorida dan sodium hidrogen karbonat (bikarbonat) bersama air suling.

"Ketika rawatan, dua tiub akan dimasukkan pada lengan yang dihubungkan kepada mesin dialisis itu. Seterusnya, darah akan dipam ke salah satu tiub untuk ditapis dan memasuki semula tubuh melalui tiub yang satu lagi," katanya yang menggunakan mesin itu setiap tiga kali seminggu.

Bagaimanapun doktor pernah memberi amaran kepada Song Wen tentang tindakan itu yang akan memberi risiko besar kepadanya. Apatah lagi dia meletakkan mesin itu di dalam bilik air yang dikhuatiri kotor.

"Kata doktor, ia berisiko untuk mendapat jangkitan teruk selain komplikasi jangka masa panjang kerana tidak menggunakan air steril. Tetapi saya tidak mempunyai pilihan lain," katanya.

Jelas Song Wen, dia tidak akan mengalah biarpun dua orang daripada rakannya meninggal dunia setelah menghasilkan sendiri mesin seperti yang digunakannya.

Bagi seorang lelaki lain di wilayah Zhejiang di timur China pula, dia terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan secara manual selama lima tahun untuk meneruskan hidup setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Fu Xue Peng, 30, mengalami kecacatan sistem saraf yang menyebabkan dia lumpuh seluruh tubuh sehingga tidak mampu untuk bernafas sendiri. Dia terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan bagi menyumbang oksigen.


ADIK bongsu Xue Peng memperoleh idea membina sebuah mesin mengepam oksigen ini menerusi rancangan televisyen.


Dia yang sebelum itu ditempatkan di Hospital Besar Taizhou, Zhejiang, China terpaksa dibawa pulang kerana keluarganya tidak mampu menanggung kos hospital berjumlah 10,000 yuan (RM5,000) seminggu. Wang pampasan insurans bernilai 300,000 yuan (RM15,000) akibat kemalangan itu juga habis untuk kegunaan tersebut.

"Kami hanya membeli sebuah beg injap ventilasi dan mengepam oksigen dengan menggunakan tangan sejak lima tahun lalu," kata ibunya, Wang Lin Qin ringkas.

Untuk memastikan lelaki itu terus hidup, seluruh ahli keluarganya termasuklah ibu bapa, dua orang kakak dan adik iparnya akan bergilir-gilir mengepam beg pernafasan itu sebanyak 18 kali seminit. Sekiranya mereka berhenti mengepam selama tiga minit, nyawa Xue Peng akan melayang kerana tidak mendapat oksigen.

"Ia sangat memenatkan. Tangan kami pun sudah pecah kerana tidak henti mengepam oksigen," kata ayahnya, Fu Min Zu.

Bagaimanapun mereka bertuah kerana adik bongsu Xue Peng telah memperoleh idea daripada sebuah rancangan televisyen yang memaparkan cara membuat sebuah mesin yang ringkas.

Dengan terhasilnya alat motor tersebut, beban mereka sekeluarga yang sebelum ini terpaksa mengepam alat tersebut tidak kira siang dan malam itu sekurang-kurangnya dapat dikurangkan.

Motor itu beroperasi apabila sebuah batang besi disambungkan kepada alat pengepam tersebut dan ia akan beroperasi mengepam sebanyak 18 kali seminit.

Bagaimanapun, penghasilan alat tersebut bukan menjadi penyelesaian buat mereka sekeluarga kerena ia akan dioperasikan pada waktu malam sahaja kerana menelan kos penggunaan elektrik yang tinggi. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved