Isnin, 17 September 2012

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Pengorbanan Nurul buat suami

Posted:

Pengorbanan Nurul buat suami

PADA saat Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd. Zin membuat pengumuman menamatkan khidmat bersama stesen televisyen TV3, lebih tepat sebagai kakitangan syarikat Media Prima kurang dua minggu lalu, banyak pihak yang terkejut.

Ramai yang beranggapan Nurul meletakkan jawatan kerana tertekan akibat digesa memohon maaf atas keterlanjuran penggunaan perkataan 'daif' dalam skrip laporan lintas langsung sewaktu Perarakan Hari Kemerdekaan ke-55 pada awal September lalu.

Muncul juga versi konon dia bakal berhijrah ke stesen televisyen lain kerana diberi imbuhan lebih lumayan, selain ada perkara berbangkit yang kurang disenangi Nurul sepanjang enam tahun sembilan bulan berkhidmat sebagai wartawan penyiaran untuk kebanyakan produk majalah stesen TV3.

Ironinya, tiada satu pun spekulasi yang bertebaran itu sahih. Hanya tuan punya badan yang cukup sinonim sebagai pengendali program Majalah 3 sejak empat tahun lalu itu ada jawapan mengapa keputusan tersebut diambil.

Dalam kebanyakan laporan sebelum ini, seperti mana yang ditegaskan Nurul, dia berhenti bukan kerana tekanan.

"Dikritik merupakan perkara biasa yang harus dilalui oleh mana-mana pelapor, dan ia tidak memberi tekanan kepada saya sehingga perlu membuat keputusan drastik untuk berhenti.

"Saya juga tidak pernah atau sedang ditawarkan untuk berhijrah dengan stesen televisyen lain. Ia juga tiada kena-mengena dengan soal bayaran," ujarnya petah saat ditemui dalam satu sesi fotografi baru-baru ini.

Wanita berusia 28 tahun itu kemudian menjelaskan, keputusan untuk meninggalkan lapangan kewartawanan secara rasmi telah dibuat sehari selepas dia memakai tudung, iaitu pada tarikh 21 Ramadan yang lalu. Dia kemudian menghantar surat peletakan jawatan dengan notis sebulan sebelum tamat perkhidmatan pada awal September lalu.

"Sehari selepas memakai tudung, saya nekad untuk berhenti secara rasmi dan hanya meneruskan karier secara sambilan. Selain ia merupakan satu pengorbanan buat suami, Raja Amir Raja Azwa, saya sendiri dengan rela hati mahu memberi fokus terhadap rumah tangga. Itu sebenarnya faktor yang membuat saya berhenti," jelasnya tanpa selindung.

Tambah Nurul, selepas lebih enam bulan bernikah, dia dan suami berasa bagai ada yang tidak kena dengan kehidupan mereka. Ini kerana kesibukan mereka berdua tidak memberi ruang untuk dia dan suami menikmati kehidupan normal sebagai suami isteri.

"Jadi kami duduk berbincang. Sesuatu harus dikorbankan dan saya memilih untuk berbuat demikian. Selepas setahun lebih berkahwin, saya rasa ini adalah masa yang tepat untuk saya berhenti.

SELEPAS meletakkan jawatan di TV3, Nurul Syuhada tidak menolak sekiranya ada tawaran untuk mengembangkan kariernya dengan stesen televisyen lain.


"Sementelah saya juga berasa masih muda dan mahu membuat perkara lain seperti melanjutkan pelajaran," tambah Nurul lagi.

Mengaku rasa cinta terhadap bidang penyiaran masih ada, Nurul merasakan membuat keputusan untuk melepaskan jawatan sebagai wartawan penyiaran bukan sesuatu yang mudah, namun dia harus berani untuk keluar daripada kepompong kehidupan sebelum memegang status isteri.

Bukan dikongkong suami, sebaliknya kata Nurul, dia memerlukan ruang untuk diri sendiri berehat daripada kesibukan yang telah meragut banyak masa senggangnya.

Jelas Nurul lagi, sebelum berumah tangga, dia tidak pernah berasa lelah untuk sentiasa sibuk di lokasi, malah amat mencintai dunia kewartawanan. Enam tahun sembilan bulan bergelar wartawan penyiaran adalah perkara paling hebat yang pernah berlaku dalam hidupnya. Dia mengakui dunia kewartawanan telah mengajar 1,001 perkara tentang kehidupan selain memberi banyak pengalaman yang tidak mungkin diperoleh dalam pekerjaan lain.

Jika ramai khalayak melihat aura dan pesona dirinya di kaca televisyen, namun realitinya, sebelum didandan lawa dan siap sebagai produk untuk dipertontonkan, Nurul sebenarnya melakukan segala perkara asas seperti - bermula daripada mencari bahan, mengatur temu janji, membuat skrip dan semua kerja belakang tabir.

"Ia memenatkan, namun hal itu akan selalu membuat saya rindu tentang dunia kewartawanan kerana saya tak pernah menganggap diri sebagai seorang personaliti televisyen. Saya merupakan seorang wartawan penyiaran, dan itu juga jawatan yang tertulis dalam kontrak kerja saya," katanya berseloroh.

Ditanya bagaimana kehidupannya selepas berhenti kerja, sambil ketawa si manis berlesung pipit ini memberitahu, dia belum terasa bahang kebosanan lagi. Ini kerana Nurul berasa masih baru berhenti kerja dan sedang sibuk menguruskan keperluan ibu bapanya yang bakal menunaikan haji.

Kini, Nurul hanya mengendalikan program Malaysia Hari Ini (MHI) pada setiap hari Khamis dan Jumaat. Sengaja dia memilih MHI berbanding Majalah 3 kerana program tersebut (Majalah 3) menuntut komitmen yang besar berbanding MHI yang hanya memerlukan dia berada di set dua kali seminggu dan untuk tempoh waktu yang tidak panjang.

Ditebak adakah stesen televisyen lain telah menawarkan pekerjaan kepadanya, pantas dia menggeleng, dan sekali gus memberitahu: "Belum, mungkin sebab muka saya ini terlalu sinonim dengan TV3. Tapi jika ada yang berminat, saya tidak menolak, hanya ia bukan dalam masa terdekat. Buat masa ini, saya masih selesa bersama TV3 dan mahu menjalani rutin hidup normal yang baru bermula."

Sementara menjawab persoalan tentang program bagaimana yang diimpikannya jika diberi peluang pada masa hadapan, Nurul tidak mengambil masa yang lama untuk berkongsi keinginannya.

Katanya: "Kalau ada peluang, saya teringin punya program masakan dan bual bicara seperti program Rachel Ray. Saya memang bukan pakar masakan seperti peserta program masakan Masterchef, tapi saya begitu tertarik untuk punya program masakan kerana berpendapat memasak perlu ada seni dan sains memasak. Dalam masa yang sama, jika mengikut format seperti Rachel Ray, ada bual bicara tentang isu semasa. Hal ini yang membuat saya berangan punya program seperti ini."

Kisah peribadi

Selepas setahun lebih memegang status isteri, ujar Nurul, hal yang paling membahagiakannya apabila dia tidak lagi perlu berhadapan dengan persoalan tentang kisah peribadinya. Faham benar bahawa sebagai orang terkenal kisah peribadi antara yang paling ingin digali banyak orang, namun ada kala, kata Nurul, dia lelah melayan hal seumpama itu, terutama yang memberi impak kepada keluarga.

"Saya kira beberapa tahun sebelum berkahwin merupakan antara tahun paling sukar untuk saya apabila kisah cinta saya terus digali. Berbeza selepas berkahwin, saya rasa sangat selesa apabila semua hal peribadi tidak lagi dipersoalkan.

"Saya juga punya suami untuk melindungi dan membimbing saya. Malah, saya suka apabila orang lebih menghormati saya sebagai seorang wanita yang memegang status isteri dengan memanggil saya puan," katanya sambil tersenyum manis.

Kini selepas punya banyak masa untuk diluang sebagai seorang isteri, dia berasa teruja memasak untuk suami selain melayan kehidupan harian mereka dengan sempurna

The Wanted puji Psy

Posted:

The Wanted puji Psy

BARISAN anggota The Wanted, (dari kiri) Jay McGuiness, Nathan Skyes, Max George, Tom Parker dan Siva Kaneswaran. Mereka kini berada di Malaysia.


THE Wanted merupakan antara artis dan selebriti terkenal yang dilaporkan turut terpesona dengan fenomena Gangnam Style yang dipopularkan penyanyi Korea Selatan, Psy.

The Wanted yang berkesempatan berkolaborasi dalam membuat 'tarian kuda' bersama Psy pada parti yang berlangsung sebelum majlis MTV Video Music Awards 2012 di Staples Center, Los Angeles baru-baru ini memuji Psy.

"Psy gila, dalam bentuk yang bagus," ujar salah seorang anggota The Wanted, Jay McGuiness pada sidang akhbar di Manila, Filipina, pada 13 September lepas bersempena konsert julung-julung kali The Wanted di sana yang berlangsung pada keesokan harinya.

Menariknya, Psy baru sahaja menandatangani kontrak di bawah pengurusan yang sama dengan The Wanted iaitu Schoolboy Records yang diketuai Scooter Braun, yang juga menguruskan kerjaya nyanyian penyanyi tersohor, Justin Bieber.

Selain McGuiness, The Wanted yang popular dengan lagu seperti All Time Low dan Chasing The Sun dan turut dianggotai Max George, Siva Kaneswaran, Tom Parker dan Nathan Sykes bakal menemui peminat mereka di Malaysia.

Kemunculan di Sunway Lagoon

Pada pukul 8.15 ini, malam buat pertama kalinya lagu popular The Wanted, Glad You Came, bakal bergema secara langsung di Surf Beach, Sunway Lagoon, Bandar Sunway, Petaling Jaya, Selangor.

Ia direalisasikan menerusi konsert yang dijangka meriah dan hebat dibawakan oleh JS Concert Productions.

Konsert tersebut dihangatkan lagi dengan kemunculan artis pembuka tirai iaitu bekas anggota band Click of Five, Kyle Patrick selain DJ Goldfish and Blink.

Untuk maklumat lanjut mengenai konsert tersebut, peminat yang mahu menonton The Wanted secara langsung boleh melayari laman web www.jsconcert.com atau https://www.facebook.com/JSConcertProductions, atau hubungi talian 03-7880 7999.

Rita enggan jumpa Ayu

Posted:

Rita enggan jumpa Ayu

Oleh HARYATI KARIM

RITA kini hanya mahu meneruskan kelangsungan hidup bersama dua permata hatinya, Airit Rafqa Arjuna (depan) dan Airit Rayyan Rizqin.


"BUAT apa berjumpa, sudah terlambat dan saya sudah tidak ada ayat untuk bercakap dengan mereka. Sekarang kami sudah tidak ada kaitan langsung. Saya harap selepas ini mereka jangan kacau hidup saya dan anak-anak!"

Itu kata-kata tegas pelakon Rita Rudaini yang diluahkan kepada Kosmo! ketika ditemu bual pada 14 September lalu.

Dia mengulas mengenai kenyataan birasnya, pelakon Ayu Raudhah, sebelum ini yang mahu bersemuka dengannya bagi menjernihkan perselisihan faham antara mereka berdua.

Rita atau nama penuhnya, Rita Rudaini Mokhtar, 35, yang merupakan isteri kepada pemain bola sepak Aidil Zafuan Abd. Radzak, 25, sebelum ini didakwa kononnya menulis kenyataan menempelak Ayu di akaun Twitternya.

Antara tulisan Rita di Twitter adalah seperti berikut: "Baru rasakan bagaimana perasaan terganggu tengah pregnant. Macam itulah orang itu rasa masa pregnant apa yang kau buat dahulu. Allah itu Maha Adil."

Apa yang menjadikan ia hangat adalah apabila suami Ayu yang juga kembar kepada Aidil Zafuan, iaitu bintang bola sepak Zaquan Adha, menulis di akaun Twitternya mengatakan ada orang sedang meroyan.

Biarpun tulisan itu tidak menyebut sebarang nama, tetapi ia seolah-olah suatu respons yang ditujukan kepada Rita.

Apa yang menarik, Rita memberi respons terhadap Zaquan, 25, seolah-olah mengiyakan status kemelut terbaharu dirinya dan Ayu, 28.

Balas Rita menerusi Twitternya: "Sudah-sudahlah, kalau kau orang tidak kacau orang, orang tak kacau kita. Bila kutuk sedikit dah meroyan. Selepas itu tuduh kita pula yang meroyan. Adoii family 69 ni."

Twitter untuk Aidil

Ayu dalam kenyataannya kepada Kosmo! sebelum ini pada 12 September lalu menegaskan, dia tidak tertekan dengan kenyataan Rita.

Katanya lagi, tindakan Zaquan membalas kenyataan Twitter Rita itu adalah berniat untuk melindungi dirinya (yang kini hamil tiga bulan) supaya tidak mengalami tekanan.

Namun begitu, Rita ada jawapan terhadap kemelut terbaharu itu.

Kata Rita, Ayu dan Zaquan tersilap faham kerana tulisan di Twitternya itu sebenarnya ditujukan kepada Aidil dan bukan untuk Ayu.

"Saya tidak tujukan kenyataan yang dibuat di Twitter kepada Ayu, tetapi kepada suami saya, Aidil. Saya tidak faham kenapa ada orang lain pula yang terasa," ujarnya.

Tambah Rita, dia tidak pernah berniat untuk menyinggung perasaan sesiapa termasuk Ayu dan meminta orang ramai yang tersalah anggap dengan kenyataannya agar membaca semula tulisannya di Twitter.

"Kalau ikutkan saya tidak tulis nama sesiapa pun. Rasa kelakar pun ada bila pihak di sana (Ayu) serang saya. Akaun Twitter saya adalah untuk saya dan peminat, kenapa pihak di sana intai apa yang saya tulis?" soalnya.

Tegas Rita lagi, dia tidak pernah memfitnah dan mencari masalah dengan sesiapa. Selepas berhadapan dengan masalah rumah tangga bersama Aidil, Rita hanya ingin hidup tenang bersama anak-anak.

"Saya tidak kisah apa yang mereka ingin katakan mengenai saya, saya ingin tahu siapa yang tersalah anggap dengan kenyataan saya, orang ramai atau Ayu?

"Sebelum menuduh saya, sila cermin diri sendiri kerana saya tidak pernah ambil tahu hal mereka. Allah Maha Adil, saya percaya saya berada di pihak yang benar," ucapnya.

Perbicaraan mahkamah

Rita, ibu kepada dua orang anak, Airit Rayyan Rizqin, tiga tahun dan Airit Rafqa Arjuna, 10 bulan, hasil perkahwinannya dengan Aidil, memberitahu, dia lebih rela berdiam diri. Ini kerana setiap kali mengeluarkan kenyataan, dia pasti mendapat mesej berbaur ugutan.

"Jika pihak di sana keluarkan kenyataan, saya tidak kisah tetapi apabila saya buat kenyataan, saya akan dapat mesej ugutan. Mereka kata saya raih simpati, berhati busuk, seolah-olah saya tidak boleh bersuara.

"Siapa yang kacau siapa sebenarnya? Saya bukannya robot, biarlah masa yang menentukan segalanya, Allah tidak akan tutup keburukan terlalu lama," luah Rita berbaur sayu tetapi tegas.

Sementara itu, kemelut rumah tangga Rita dan Aidil dijangka semakin hangat apabila tuntutan hak penjagaan anak-anak Rita dan Aidil bakal dibicarakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor pada 25 September ini.

Pada 3 Oktober ini pula bakal berlangsung perbicaraan kes nusyuz mereka di Mahkamah Rendah Pe

Kredit: www.kosmo.com.my

Ahad, 16 September 2012

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Badan putus dirempuh kereta api

Posted:

Badan putus dirempuh kereta api

KEADAAN motosikal ditunggangi dua beradik yang dirempuh kereta api di Jalan Kuala Ketil, Sungai Petani semalam.


SUNGAI PETANI - Seorang gadis yang bekerja di sebuah kilang maut dengan badannya terputus dua manakala kakaknya cedera parah selepas motosikal yang ditungganginya dirempuh kereta api di Jalan Kuala Ketil di sini semalam.

Mangsa yang terbunuh ialah K. Nalini, 18, manakala mangsa yang cedera parah ialah K. Rani, 22.

Sebelum kejadian pada pukul 12.45 tengah malam, adik- beradik yang bekerja di sebuah kilang di Taman Ria Jaya di sini menunggang motosikal untuk pulang ke rumah mereka di Taman Kelisa Ria selepas berkunjung ke rumah rakan di Taman Pekan Baru.

Bagaimanapun, motosikal ditunggangi Nalini dirempuh dan diseret kereta api membawa muatan simen selepas mangsa dikatakan menyelinap di bawah palang penghadang landasan yang sudah ditutup.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Ariel Peterpan muncul di Malaysia

Posted:

Ariel Peterpan muncul di Malaysia

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN
roni.ridwan@kosmo.com.my

PARA peminat memberi sokongan kepada Ariel Peterpan yang mengadakan pertunjukan di KL Live, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Selepas dibebaskan dari penjara Kebon Waru, Bandung, Indonesia hampir dua bulan lalu, vokalis popular Indonesia, Nazriel Irham atau Ariel Peterpan membuat penampilan sulungnya di ibu negara semalam.

Kemunculan vokalis tersebut bersama kumpulan baharunya yang dikenali sebagai Noah adalah bersempena konsert Tentang Bahtera yang sedang mereka jayakan.

Mereka kini dalam siri jelajah ke lima buah negara iaitu Australia, Hong Kong, Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Ia juga bertujuan untuk mempromosi nama baharu kumpulan muzik yang dianggotai oleh Ariel itu.

"Kami cuba hadir ke negara ini secepat mungkin dan terpaksa bergegas pergi dengan segera kerana akan membuat persembahan di Singapura malam ini (malam tadi).

"Namun kami akan tetap kembali ke Malaysia setelah Noah tampil dengan lebih banyak lagu pada masa akan datang," ujar Ariel di hadapan 500 peminat yang hadir untuk menyaksikan persembahan sulung Noah di pusat hiburan KL Live di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Laksana perubahan secara tersusun

Posted:

Laksana perubahan secara tersusun

NAJIB (tengah) dan Abdul Taib (dua dari kiri) menyaksikan Mohamed Khaled menyerahkan surat kebenaran menubuhkan Kolej Universiti Teknologi Sarawak kepada Menteri Kewangan Kedua Sarawak, Datuk Seri Wong Soon Koh (dua dari kanan) di Sibu semalam.


SIBU - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia amat mengalu-alukan perubahan tetapi ia mesti dilaksanakan secara terancang dan sistematik, bukannya yang bersifat tidak tersusun serta kelam-kabut.

"Kita mahukan perubahan yang boleh membawa perubahan dan kemajuan sebenar, bukannya yang tidak tersusun dan kelam-kabut," katanya pada majlis pecah tanah universiti terbaharu di Sarawak, Kolej Universiti Teknologi Sarawak di Old Airport Road di sini semalam.

Hadir sama pada majlis itu ialah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Najib berkata, ada pihak tertentu yang menguar-uarkan kononnya mahu membawa perubahan kepada negara ini pada pilihan raya umum akan datang.

"Semua ini semata-mata untuk meraih undi. Mereka sanggup menjanjikan matahari dan bulan, malahan seluruh sistem galaksi kepada orang ramai.

"Sebenarnya kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah banyak membawa perubahan, malahan penduduk di kawasan luar bandar turut menikmati hasil daripada perubahan itu.

"Kita akan lakukan lebih banyak untuk masa depan kerana ia merupakan proses jangka panjang dan tidak boleh dilakukan dengan tergesa-gesa. Kita akan tunaikan apa yang kita janjikan," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Urban

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Urban


Festival tarian inisiatif belia

Posted:

Festival tarian inisiatif belia

Oleh NIZHA PERIASWAMY
nizha.periswamy@kosmo.com.my

MALAYSIA sememangnya kaya dengan kepelbagaian bangsa, agama, adat dan budaya. Namun, diversiti itu bukanlah alasan untuk kita hidup berpecah-belah.

Sekumpulan anak muda di ibu kota baru-baru ini menyahut seruan kerajaan untuk menyemaikan lagi semangat perpaduan dengan menganjurkan program MADFest.

Memilih cabang seni muzik dan tarian, mereka mengumpulkan pelbagai jenis tarian bukan sahaja dari Malaysia bahkan dari luar negara untuk ditarikan di atas satu pentas.

MADFest dilihat menjadi salah satu cara untuk mendekatkan pengunjung dengan kebudayaan tempatan dan luar negara secara percuma.

Dengan kehadiran kira-kira 500 orang pengunjung, acara yang diadakan itu juga seiring dengan sambutan Hari Bandar Raya, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ

Berlokasi di Auditorium Sivik, Petaling Jaya, Selangor pihak penganjur berjaya mengumpulkan beberapa kumpulan budaya untuk mempamerkan persembahan kepada para penonton termasuk tetamu khas mereka iaitu kanak-kanak yatim dari beberapa buah rumah kebajikan berdekatan Petaling Jaya.

"Festival ini bukan pertama kali diadakan. Ia adalah kesinambungan daripada kejayaan MADFest yang diadakan pada tahun 2010.

"Selepas itu, kami menerima permintaan yang tinggi untuk mengulangi festival ini kerana ia bukan sekadar menghiburkan, bahkan memberi peluang kepada pengunjung mengenali seni daripada latar belakang berbeza," kata Pengarah MADFest, Kihraan Shiva yang baru berusia 21 tahun.

Pelbagai bangsa di atas satu pentas

CAPOEIRA ternyata bukan sahaja satu seni mempertahankan diri tetapi juga menarik apabila dipersembahkan dengan alunan muzik.


Dia yang sedang belajar di sebuah institusi pengajian tinggi dalam bidang kejuruteraan mekanikal mengakui berasa bangga kerana dapat menjayakan festival tersebut, apatah lagi MADFest sulung diasaskan oleh kakaknya sendiri, Mrithula Shiva ketika menjadi duta United Religious Initiative (URI).

"Ketika itu Mrithula membentangkan cadangan untuk mengadakan festival tersebut kepada pihak URI. Mereka menyambut baik dan meluluskannya. Pada masa yang sama, mereka melantik Mrithula menjadi duta," ujar Kihraan mengenang kelahiran MADFest.

Festival kali kedua itu menyenaraikan beberapa jenis seni tari serta gabungan muzik tradisional dan moden antaranya Orkestra The Regal yang mewakili budaya Cina, Nadi Tradisi daripada rumpun budaya Melayu dari Kedah dan Mehr daripada budaya Parsi.

Tidak ketinggalan turut serta ialah Apna Punjab Bhangra Malaysia mewakili Punjabi dan tarian Orang Asli daripada puak Orang Asli Mah Meri dan AU Capoeira mewakili budaya Afro-Brazil.

Menghangatkan lagi persembahan petang itu ialah tarian daripada Bharathanatyam mewakili kaum India serta Qawwali oleh Persatuan Penganut Viswa Nirmala Dharma (PPVND) Malaysia.

Sebagai elemen pendidikan dalam festival itu, para penari dan pemain muzik diberikan peluang untuk membuat penerangan lanjut mengenai persembahan masing-masing kepada penonton.


LENGGOK tari yang memukau mendapatkan tepukan daripada para penonton.


Mereka bercakap mengenai budaya yang bersangkutan dengan persembahan, di mana ia dipersembah dan maklumat tambahan lain.

Penonton turut menari

Ia menarik perhatian pengunjung yang kelihatan teruja dengan informasi baru yang disampaikan oleh kumpulan peserta.

"Apa yang kami mahukan adalah untuk melihat para pengunjung di akhir persembahan mengenali budaya dan diri kami. Mereka akan pulang dengan sedikit pengetahuan tambahan mengenai budaya lain dan akan menjadi satu titik tolak untuk menerima keunikan perbezaan kebudayaan," kata Shekoofeh Neinavaie yang merupakan salah seorang daripada ahli kumpulan Mehr.

Ada di antara peserta tersebut merupakan mereka yang berpengalaman pada MADFest yang diadakan pada tahun 2010.

"Apabila kami mendapat tahu mengenai inisiatif ini pada tahun 2010, kami tidak berfikir panjang dan terus menyertainya.

KUMPULAN budaya Orang Asli Mah Meri membuat persembahan tarian yang lengkap dengan aksesori tarian berkonsepkan semula jadi.


"Selepas dua tahun, kami kembali semula pada MADFest 2012 kerana ia menyatukan kami dengan pelbagai latar belakang budaya. Kami teruja melihat keharmonian dan perpaduan yang menjadi intipati setiap rakyat negara ini," kata salah seorang ahli PPVND, Latha Nayar.

"Kami teruja dengan komitmen para peserta dan pengunjung. Malah, kami teruja apabila melihat dewan ini penuh dengan para penonton.

"Bukan itu sahaja, ramai pengunjung turut menari dan memberi respons yang memberangsangkan sepanjang festival berlangsung," kata Khiraan lagi.

Rata-rata pengunjung yang memenuhi Auditorium Dewan Sivik ialah mereka yang tinggal berdekatan Petaling Jaya.

"Kami berterima kasih kepada semua pihak yang menyokong festival ini antaranya MBPJ, Yayasan Vijayaratnam, Persatuan Pure Life dan Nur Damai melalui pelbagai sumbangan serta bantuan.

"Kami amat berharap supaya sokongan dan respons ini akan terus berkekalan bagi MADFest akan datang," ujar Kihraan.

Kihraan menyasarkan MADFest edisi ketiga akan diadakan sekitar dua tahun lagi.

Ilusi seni Sivam Selvaratnam

Posted:

Ilusi seni Sivam Selvaratnam

Oleh MUHAMMAD AYMAN GHAFFA

LUKISAN bertajuk Colours of Rain yang menggabungkan empat buah lukisan gambaran ilusi Sivam ketika suasana hujan ini dijual pada harga RM60,000.


KOLEKSI lukisan campuran pelbagai warna yang menggunakan variasi teknik campuran cat, dakwat, pensil dan akrilik di atas kertas lukisan dan kanvas menghiasi segenap dinding dan ruang Galeri Seni Universiti Malaya (UMAG) di Kuala Lumpu.

Lukisan-lukisan tersebut ternyata mencuri tumpuan pengunjung, terutamanya lukisan bertajuk Gayatri Mantra. Malah, ramai pengunjung cuba untuk memahami mesej yang cuba disampaikan melalui setiap lukisan yang dipamerkan.

Selain itu, dua pasang kasut tumit tinggi yang dihiasi dengan lukisan bercorak daripada akrilik terletak di tengah-tengah galeri itu juga mendapat perhatian ramai.

"Bagi saya, hasil karya Sivam Selvaratnam menggambarkan ilusi terbaik yang pernah saya lihat sejak lebih 40 tahun dahulu," ujar mantan Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Profesor Diraja Ungku Aziz Ungku Abdul Hamid ketika diberi penghormatan untuk merasmikan pameran solo Sivam Selvaratnam yang bertajuk Rapt In Maya.

Baginya, setiap lukisan pelbagai rupa dan saiz yang dihasilkan oleh Sivam mengimbau kembali nostalgia semasa beliau pertama kali melihat hasil karya Sivam sekitar tahun 1960-an. Stail lukisannya masih sama sehingga kini.

Pameran lukisan Rapt In Maya yang berlangsung sejak 15 Ogos lalu dan berakhir Ahad lepas menampilkan lebih daripada 100 koleksi lukisan peribadi Sivam yang bertemakan ilusi sejak dari tahun 1965 sehingga kini.

UNGKU Aziz yang diberi penghormatan merasmikan pameran Rapt In Maya di Universiti Malaya baru-baru ini ternyata kagum dengan setiap karya Sivam Selvaratnam.


Pameran tersebut merupakan pameran kedua Sivam, 75, selepas pameran sulung beliau di British Council, Kuala Lumpur pada tahun 1970 yang dianjurkan oleh Majlis Kesenian Malaysia.

"Sejak penglibatan saya dalam bidang seni lukis, saya sering bermain dengan ilusi sendiri dan mengaplikasikan setiap ilusi yang bermain dalam fikiran dalam karya lukisan saya.

"Saya juga mahu setiap individu yang melihat dan meminati hasil karya saya agar berfikir mengenai kombinasi warna yang dicampur serta mesej yang disampaikan," ujarnya selaku ahli kumpulan Wednesday Art sejak tahun 1957 hingga 1963 yang aktif dengan penganjuran aktiviti seni lukis tanah air.

Pemilihan tajuk Rapt In Maya juga merupakan salah satu cetusan idea Sivam yang mahu setiap karyanya dinilai tidak secara terus.

Tidak terhad kepada koleksi peribadi simpanan beliau sahaja, pameran tersebut juga menjadi medan kepada penggemar lukisan Sivam untuk membeli hasil karya beliau.

Harga yang ditawarkan bermula daripada RM1,200 hingga ada yang mampu mencecah RM60,000 mengikut kualiti, kombinasi warna dan mesej yang ingin disampaikan menerusi tema ilusi yang menjadi kegemaran beliau.

SIVAM amat teliti dalam setiap karyanya sehingga ada sesetengah lukisan mengambil masa sehingga tiga tahun untuk disiapkan.


"Colours of Rain merupakan karya saya paling mahal untuk dijual kepada penggemar seni lukis kerana ia merupakan kombinasi empat buah lukisan berbeza dan setiap satu lukisan tersebut bernilai RM15,000.

"Lukisan tersebut menjelaskan ilusi warna-warna magis yang terhasil ketika proses untuk hujan," ujarnya yang turut menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-50 bersama suami, V. Selvaratnam, 78, pada pelancaran pameran Rapt In Maya 24 Ogos lalu.

Sementara itu, pereka kasut, Nelissa Hilman, 29 berbangga apabila Sivam sudi untuk menzahirkan lukisan di atas dua pasang kasut rekaannya untuk pameran itu.

"Kolaborasi saya dan Sivam memberi peluang kepada saya untuk memperkenalkan jenama kasut Nelissa Hilman kepada orang ramai dan saya amat gembira dengan peluang ini," jelasnya.

Mini Dhaka di Jalan Gurdwara

Posted:

Mini Dhaka di Jalan Gurdwara

Oleh NOOR HASLIZA NUSI

PELBAGAI produk yang diimport dari Bangladesh menjadi tarikan di kedai runcit di Jalan Gurdwara.


SIAPA sangka, di sebalik bangunan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) yang menjadi mercu tanda di Pulau Pinang, wujud satu kawasan yang didominasi sekelompok warga Bangladesh sehingga dikenali sebagai 'Mini Dhaka'.

Terletak di sepanjang jalan Gurdwara menuju ke pusat bandar raya George Town, kewujudannya lebih lima tahun lalu sedikit sebanyak menjadi tarikan ramai.

Jika sebelum ini deretan kedai lama di situ menjual peralatan rumah, kedai membaiki basikal serta kedai runcit, kini ia telah digantikan dengan kedai menjual pelbagai barangan keperluan warga Bangladesh termasuk kedai makan.

Tinjauan Kosmo! di sepanjang jalan itu mendapati lebih 10 premis makanan, minuman, runcit, kedai menjual peralatan telekomunikasi serta pertukaran mata wang asing diusahakan rakyat negara berkenaan.

Malah, sebilangan daripada mereka kini sudah mampu mengusahakan perniagaan sendiri.

Setiap hari, beberapa kedai di situ dilihat tidak putus-putus dikunjungi rakan-rakan senegara yang bersantai di kaki lima sambil berbual kosong.

Suasana hiruk-pikuk dengan gelak ketawa serta dendangan lagu-lagu pop Bangladesh dari corong pembesar suara kedai menjual cakera padat berdekatan turut menghidupkan persekitaran kawasan tersebut.

Dapat sambutan

Seorang pengusaha kedai makanan, Mohd. Shamin, 25 berkata, dia memilih untuk menjual makanan tradisi Bangladesh di situ kerana mendapat permintaan tinggi daripada rakan-rakan senegara selain lokasinya yang strategik.

Menurutnya, suasana di situ amat sesuai memandangkan ia terletak di tengah-tengah pusat bandar serta terdapat banyak kawasan pembinaan yang kebanyakan pekerjanya terdiri daripada rakyat Bangladesh.

SEBUAH kedai runcit yang dikendalikan warga Bangladesh mendapat sambutan dalam kalangan rakan senegara.


"Dua tahun lalu saya datang untuk bekerja di sini sehingga fasih menguasai bahasa Melayu. Bagi saya, Pulau Pinang adalah lokasi terbaik untuk kami mencari rezeki kerana ramai rakan senegara menetap di sekitar bandar raya ini," katanya.

Sementara itu, seorang peniaga kedai runcit, Mohd. Lartu Khan, 25, pula memberitahu, dia mula berniaga di situ dengan menjual barangan runcit dan sayur-sayuran tertentu yang diimport dari Bangladesh.

Katanya, barangan keperluan sebegitu sememangnya mendapat tempat dalam kalangan warga Bangladesh tetapi sukar diperoleh kerana tiada peruncit lain yang menjualnya.

"Saya ambil peluang membuka perniagaan berlesen di sini bagi memudahkan warga Bangladesh menikmati barangan dan kelengkapan dari negara asal.

"Selain dapat menambah sumber pendapatan yang mencecah sehingga RM1,400 sebulan, kami juga dapat menimba pengalaman berniaga di negara orang," jelasnya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Nakoula disoal pihak berkuasa AS

Posted:

Nakoula disoal pihak berkuasa AS

NAKOULA yang menutup mukanya dengan kain diiringi keluar oleh para pegawai pejabat syerif dari rumahnya di Cerritos, California semalam.


LOS ANGELES – Seorang pembikin filem, Nakoula Basseley Nakoula yang menghasilkan skrip filem menghina Nabi Muhammad SAW, Innocence of Muslims disoal oleh beberapa pegawai perunding cara di sebuah pejabat syerif di Cerritos sini semalam.

Beberapa pegawai persekutuan berkata, mereka menyiasat aktiviti Nakoula, 55, yang sebelum ini didapati bersalah melakukan jenayah kewangan.

Nakoula yang mengaku dia membocorkan sebahagian filem itu bagaimanapun tidak ditangkap.

Lelaki itu disoal oleh pegawai perunding cara tersebut kerana dia telah dibebaskan secara bersyarat pada Jun 2011 selepas menjalani hukuman penjara selama 21 bulan.

Dia didapati bersalah menipu bank dengan menggunakan identiti palsu dengan membuka 600 akaun bank.

Berdasarkan syarat pembebasannya, Nakoula tidak dibenarkan untuk menggunakan komputer serta internet selama lima tahun tanpa kebenaran daripada para pegawai perunding cara.

Hakim mungkin mengarahkan dia kembali dipenjarakan kerana melanggar syarat pembebasannya itu.

Nakoula yang merupakan penganut Kristian Koptik berketurunan Mesir menutup muka dengan kain semasa dia menaiki sebuah kereta bersama beberapa pegawai daripada pejabat syerif dari rumahnya.

Dia dibawa ke pejabat syerif di sini.

Seorang timbalan syerif, Don Walker berkata, Nakoula pergi ke pejabat tersebut secara sukarela.

Nakoula memberitahu agensi berita AP bahawa dia merupakan pengurus logistik untuk filem itu.

Keganasan akibat penyiaran sebahagian filem itu di laman YouTube telah menyebabkan Duta Amerika Syarikat (AS) ke Libya, Chris Stevens terbunuh di Libya pada Selasa lalu.

Di bandar Tripoli, Lebanon kelmarin, seorang penunjuk perasaaan terbunuh selepas pertempuran berlaku antara kumpulan penunjuk perasaan dengan polis.

Keganasan itu menyebabkan Ketua Gereja Roman Katolik, Pope Benedict XVI yang berada di Lebanon meminta penduduk Kristian, Yahudi dan Islam melakukan perdamaian.

Tunjuk perasaan bagi membantah filem tersebut juga menyebabkan Kedutaan Jerman di Khartoum, Sudan diceroboh dan sebahagian bangunan dibakar.

Seramai tiga orang mati semasa Kedutaan Jerman dan Britain di Khartoum diserbu para penunjuk perasaan.

Para penunjuk perasaan turut berhimpun bagi membantah filem berkenaan di beberapa negara lain di depan Kedutaan AS.

Sementara itu, agensi berita AFP melaporkan filem itu dihasilkan oleh sebuah kumpulan agama Kristian di AS yang dikenali sebagai Media for Christ.

Agensi berita itu melaporkan filem tersebut diarahkan oleh seorang pengarah filem lucah, Alan Roberts yang berusia 65 tahun.

Roberts pernah mengarahkan filem lucah seperti Young Lady Chatterley II.

Filem bajet rendah itu yang mana para pelakonnya bertutur dengan menggunakan loghat AS, menampilkan orang Islam sebagai tidak bermoral dan ganas.

Ia memperlekehkan Nabi Muhammad dan menyentuh tentang tema homoseks serta fidofilia.

Filem tersebut menunjukkan Nabi Muhammad tidur bersama beberapa wanita, bercakap mengenai pembunuhan kanak-kanak dan merujuk keldai sebagai "haiwan Islam yang pertama". – Agensi

Psy rayu datuk bandar ambil semula pekerja dipecat

Posted:

Psy rayu datuk bandar ambil semula pekerja dipecat

LOS ANGELES – Penyanyi rap dari Korea Selatan yang kini terkenal dengan tarian kuda, Psy meminta supaya 13 anggota penyelamat di sebuah kolam renang di bandar El Monte yang dipecat diambil semula bekerja, lapor akhbar Los Angeles Times kelmarin.

Semua anggota penyelamat itu dipecat kerana mereka menari tarian kuda berdasarkan muzik video Gangnam Style yang dipopularkan Psy.

Salah seorang anggota penyelamat itu yang dipecat, Michael Roa menyunting dan menghantar klip video yang menunjukkan mereka menari tarian kuda tersebut ke laman YouTube.

Pihak pentadbir kolam itu menyatakan 13 anggota penyelamat tersebut dipecat kerana mereka menggunakan pakaian dan kolam renang awam milik pihak pentadbiran bandar El Monte ketika menghasilkan video tersebut.

Psy membuat rayuan kepada Datuk Bandar El Monte, Andre Quintero dengan berkata: "Saya merayu anda tidak pecat (mereka), tolonglah."

Menurut Psy, anggota-anggota penyelamat itu berkongsi kebudayaan dengan mempersembahkan tarian tersebut.

Sementara itu, muzik video Gangnam Style yang menunjukkan Psy menari tarian tersebut telah ditonton lebih 175 juta kali sejak dimuat naik pada Julai lalu.

– Agensi

Empat renjer terbunuh di selatan Thai

Posted:

Empat renjer terbunuh di selatan Thai

BANGKOK – Empat renjer ditembak mati dan mayat mereka dibakar dalam satu serangan hendap oleh para pemberontak di Muang, Yala semalam.

Ketua Polis Muang, Kolonel Akharin Busaman berkata, semua anggota renjer itu dalam perjalanan ke pekan Yala dengan menaiki sebuah pikap apabila mereka diserang hendap lima pemberontak di Satengnok, Muang pada pukul 6.30 pagi waktu tempatan.

Polis menemui 100 butir kelongsong peluru M16, AK47, senapang dan pistol di lokasi kejadian.

"Selepas kejadian tembak-menembak berakhir, pemberontak membakar pikap dan mayat keempat-empat mangsa," katanya.

Dalam perkembangan lain, seorang individu yang disyaki pemberontak ditembak mati ketika terbabit dalam satu pertempuran bersenjata dengan pihak berkuasa di Kampung Bangtan, Bangkhao, Nongchik, Pattani pada pukul 7.30 malam kelmarin.

Ketua Polis Nongchik, Kolonel Akom Bautong berkata, bertindak atas satu maklumat, sekumpulan askar mengepung sebuah rumah di kampung itu dan berlaku kejadian berbalas tembakan kira-kira 10 minit antara pihak berkuasa dengan individu tersebut yang turut mempunyai waran tangkap terhadapnya.

Beliau berkata, seorang anggota tentera cedera dalam kejadian itu.

Lebih 5,000 orang maut sejak puak yang disyaki kumpulan pemisah meneruskan kempen bersenjata mereka bagi memperjuang kemerdekaan tiga wilayah di selatan Thailand iaitu Narathiwat, Pattani dan Yala sejak lapan tahun lepas. – Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Bayi perempuan mati dicampak

Posted:

Bayi perempuan mati dicampak

16/09/2012 4:52pm

PETALING JAYA - Mayat bayi perempuan ditemui di kawasan tempat letak kereta di Pangsapuri Desa Mentari, Petaling Jaya di sini hari ini dengan kecederaan parah di kepala akibat dicampak dari tempat tinggi.

Bayi dipercayai baru lahir dan berkulit cerah itu ditemui seorang penduduk di situ, Jundi Mat, 35, kira-kira pukul 11 pagi.

Jundi berkata ketika kejadian, beliau sedang mengambil motosikal kira-kira dua meter dari tempat bayi itu dicampak sebelum terdengar bunyi objek jatuh.

"Tiba-tiba saya terdengar bunyi seperti ada objek terjatuh di belakang saya dan setelah diperhati adalah seorang bayi," katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian di sini hari ini.

Beliau yang pada mulanya menyangka itu adalah patung permainan terus memanggil individu lain di situ untuk mengesahkan penemuan bayi malang tersebut.

"Semasa saya menjumpai bayi tersebut dia dalam keadaan tertiarap, tidak menangis dan tidak bergerak," katanya, yang menetap di tingkat tiga blok 11 di kawasan itu. - BERNAMA

Pemuda UMNO turut bantah filem hina Islam

Posted:

Pemuda UMNO turut bantah filem hina Islam

16/09/2012 3:36pm

BUKIT MERTAJAM - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Khairy Jamaludin berkata pergerakan itu yang kesal dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab menerbitkan filem anti-Islam "Innocence Of Muslims", bercadang mengadakan bantahan besar-besaran Jumaat depan.

Beliau berkata perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah menghina Nabi Muhammad s.a.w dan agama Islam tidak boleh dipandang remeh dan perlu ditentang demi mempertahankan maruah agama Islam sejagat.

Pemuda UMNO akan mengadakan bantahan secara besar-besaran pada Jumaat ini bagi menzahirkan rasa kesal terhadap penerbitan filem anti-Islam itu, katanya dan menurutnya lokasi dan cara bantahan itu sedang dibincangkan dan dimaklumkan dalam waktu terdekat.

"Bantahan ini dibuat tanpa mengira fahaman politik dan diharap ia akan menjadi platform kepada umat Islam menyuarakan kepada dunia bahawa perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan tindakan menghina Islam dan Nabi Muhammad s.a.w tidak boleh dipandang remeh.

"Sehubungan dengan itu Pergerakan Pemuda juga mengalu-alukan Dewan Pemuda Pas untuk turut serta mengadakan bantahan, ini adalah masalah sejagat yang perlu ditangani segera," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Permatang Pauh di Dewan Mutiara, Politeknik Permatang Pauh. - BERNAMA

PLUS kenal pasti kawasan tambah R&R

Posted:

PLUS kenal pasti kawasan tambah R&R

16/09/2012 3:29pm

BUKIT GANTANG - PLUS Malaysia Bhd (PLUS) sedang mengenal pasti lokasi sesuai menambah bilangan kawasan rehat dan rawat (R&R) bagi memenuhi keperluan pengguna lebuh raya yang semakin meningkat.

Pengarah Urusan dan Ketua Pengawai Eksekutif PLUS Datuk Noorizah Abdul Hamid berkata kesemua 24 R&R sedia ada milik PLUS tidak lagi dapat menampung jumlah pengguna lebuh raya terutama pada musim perayaan dan cuti sekolah.

Beliau berkata ketika ini, bilangan pengguna Lebuhraya PLUS adalah 1.1 juta sehari dan jumlah itu meningkat kepada 1.4 juta pada musim perayaan dan cuti sekolah.

"Pada masa ini kita masih mengkaji lokasi strategik membina R&R yang baru dan kita juga akan menaik taraf R&R sedia ada secara berperingkat," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah R&R Berhias dan Kereta Merdeka Terbaik di Hentian Sebelah Bukit Gantang (arah Selatan) di sini, hari ini. - BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Misi anak Malaysia

Posted:

Misi anak Malaysia

SECARA kimia, rasa dan landskap fikiran ketiga-tiga jiwa ini berkongsi titik temu. Bunga persahabatan yang terbentuk menjalinkan sebuah keharmonian sama ada dalam suasana bekerja mahupun peribadi.

Bahasa siulan mereka kedengaran pada satu gelombang, bezanya hanya di atas padang dan peluang.

Sharifah Amani bergerak di landasan seni visual manakala Yunalis Zarai dan AG, sang gitaris band Coco dan Hujan di sektor audio yang menjual melodi. Selayaknya, mereka itu bergelar pengkarya dan hebatnya, mereka bermula ketika darah masih remaja.

Khas sempena sambutan Hari Malaysia hari ini, tiga anak Malaysia itu bercerita tentang citra dan cinta mereka.

Keterbukaan jendela pandangan dan cara mereka memperhalusi kemahuan dan ekspresi jiwa sepatutnya menjadi inspirasi generasi baharu.

Visual dan muzik

Mukadimah penceritaan bermula dengan kerjasama dua seni yang menyatukan tiga jiwa itu. Jujur kata AG atau nama sebenar Hedzry Hafiz, di matanya, dia melihat belum banyak kolaborasi membabitkan dunia muzik dan visual yang mencakupi filem dan drama.

Bercakap dalam nada protes tetapi masih berlapik santun, dalam loghat Kedah yang lunak di telinga, AG melepaskan rasa kecewa.

"Drama kita masih banyak pakai lagu Indonesia. Muzik latar dilihat sebagai satu tempelan dan tiada ketulenan.

"Lihat semasa zaman (Allahyarham) Tan Sri P. Ramlee, muzik dan visual berjalan sekali dan saling mendukung. Orang yang menonton filem mahu juga tahu siapa yang membikin lagu.

"Sepatutnya medium ini boleh membantu tugasan promosi lagu pengkarya kita," ujarnya panjang lebar.

Pengamatan AG itu tidak salah. Ia pengamatan dari kaca karyawan muda yang mencari dan mengharap banyak ruang untuk berkembang.

Disokong pula oleh wanita muda yang bukan sembarangan orang, penyanyi dan komposer Yunalis Zarai yang melakar karya dan saham sampai ke Amerika Syarikat (AS).

"Negara kita sangat kecil dan seharusnya kita saling menyokong antara satu sama lain. Budaya itu sangat digalakkan di luar negara.

"Kolaborasi muzik dan filem diterapkan sejak dari kolej lagi. Macam budak-budak di AS, LA Film Academy akan bekerja rapat dengan pelajar dari LA Music Academy.

"Di Malaysia, kalau ada kerjasama pun ia bermusim dan bertumpu pada satu-satu artis sahaja. Dari situ saya lihat nilai kreatif kena lebih," kata Yuna yang kemudian dicelah oleh AG dan Nani.

Kata AG, pembelajarannya sewaktu di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) dulu juga sama seperti yang diulas oleh Yuna namun, amalan sedemikian jarang berlaku apabila memasuki alam pekerjaan profesional.

"Industri kita masih baharu, masih dalam pembelajaran. Sekarang, pembikin filem atau drama generasi baharu semakin menampakkan gelombang itu.

"Penting untuk dua seni itu saling menyokong. Kerjasama itu sudah ada tapi tak cukup," celah Amani sambil menzahirkan kekagumannya terhadap pencapaian Yuna.

Kata Amani: "Saya bukan seorang pendengar muzik yang hardcore tapi Yuna benar-benar memberi inspirasi buat saya.

"Dia artis pertama yang saya miliki kesemua naskhahnya. Berbalik kepada industri, orang filem atau orang muzik, mereka sepatutnya saling menjadi inspirasi."

Ikatan emosi

Jenaka kecil AG dan mimik muka Amani memecahkan hilai Yuna. Gelagat tiga anak seni itu melambangkan tautan setiakawan yang sedang terbina antara mereka.

"Saya dan AG selalu buat kerja bersama. Saya tulis lagu, AG buat muzik. AG boleh faham bunyi yang saya mahukan.

"Mula-mula kenal dulu ada juga benda yang AG tak boleh nak masuk dengan saya tapi bila sudah lama, kami cukup serasi dan mempelajari skil masing-masing.

"Dengan Nani, dia rujukan saya berkaitan filem dan lakonan. Kami ada pendapat yang sama.

"Kami mula lepak bersama sejak tahun lepas," cerita Yuna tentang pertembungan citra bersama Amani, aktres muda yang cemerlang menerusi filem Sepet dan Gubra.

Daripada mulut Nani pula, dia melihat pengkarya bidang muzik seperti Yuna sebagai insan seni yang cukup bertuah.

Bukan tidak bersyukur kerana lahir dalam keluarga yang memberi galakan untuk berkarya dengan lakonan tetapi sehabis baik pun dia bekerja, akhirnya nilai karya itu ditentukan oleh kerja berkumpulan.

"Komposer dan penyanyi boleh berdiri sendiri. Macam Yuna, dia boleh petik gitar dan terbitkan lagu sendiri. Kami pelakon nak begitu, pelakon kena bergantung kepada banyak aspek.

"Rasanya, saya buat kerja yang sama. Yang bezanya pelakon berlainan dan lokasi. Pemuzik lebih bebas mewarna karya mereka," jelas Amani yang kemudian dipintas oleh AG.

"Awak kerja dengan televisyen, ramai orang. Kami buat lagu. Orang nak guna (ikut selera), orang tak nak guna, tak guna (dipaksa)," sampuk AG selamba.

"Ya, bila jadi pelakon, setiap kerjanya harus bergerak sebagai pelakon. Kalau buat sesuatu benda, tindakan atau keputusan yang lebih cenderung untuk diri sendiri, ia jadi rosak.

"Saya cuma beri contoh Yuna, sebab dari hujung rambut sampai hujung kaki semuanya dia putuskan sendiri, ada juga penyanyi lain yang dicipta. Saya pilih untuk kagum terhadap pengkarya," kata Nani.

Buka mata


AMANI, AG dan Yuna menumpahkan pendapat tentang hubung kait serta simbiosis dunia visual dan muzik. Kolaborasi dan idea kreatif mereka disalurkan bersama untuk sebuah hasil yang memuaskan hati.


Berpesan-pesan agar anak Malaysia hari ini tidak terperangkap dengan susur masa di laman sosial Twitter, Facebook atau Instagram, kata penyanyi yang mula popular dengan lagu Dan Sebenarnya itu, sebaik-baiknya mulakan langkah, keluar dan lihatlah dunia.

"Bila berada di AS, saya lihat etika kerja orang di sana sungguh berlainan. Negara itu nampak cantik sebab penduduknya bekerja keras.

"Etika kerja mereka terbaik. Bila berada di persekitaran begitu, saya sendiri kena tingkatkan tahap kerja dua kali ganda. Kalau di sini semuanya bergantung kepada AG, di sana saya kena belajar untuk buat susunan muzik sendiri. Kena serba boleh.

"Mereka bekerja pada awal usia. Persaingan di sana sangat sengit tak macam di sini. Negara kita aman, hidup sama rata tapi ada yang tidak tahu bersyukur.

"Jadikanlah kerja keras sebagai prinsip hidup," cerita Yuna yang berpangkalan di New York di bawah pengurusan Fader Label.

Sambung Amani, sejauh mana pun dia merantau, ke Mexico, India dan Eropah, dia tetap rindu untuk pulang ke Malaysia.

"Saya setuju bab jangan terperangkap dengan susur masa di laman sosial tadi. Kita kena ada ilmu, cari apa sahaja ilmu.

"Apa pun, saya cintakan negara saya. Sebab itulah bila ada yang memberontak, marah dan kecewa dengan persekitaran, saya akan terkilan dengan orang yang langsung tidak mahu ambil kisah.

"Kita kena prihatin dengan nasib negara kita kerana inilah masa depan anak-anak dan generasi akan datang," ujar Amani bernada patriotik.

Tiba giliran, AG yang banyak memerhatikan gelagat Amani meluahkan rasa dan pengalamannya:

"Malaysia adalah sebuah tempat yang selesa. Di sini sangat banyak grup yang sebenarnya tidak tahu arah tuju mereka.

"Sepanjang saya menjelajah Britain mahupun Indonesia, mereka tidak dibekalkan dengan alat muzik mahupun pertolongan untuk membuat gig.

"Kalau di sini, semua disediakan. Kerjasama berpasukan merekalah yang membentuk profesionalisme."

Tambah AG, rakyat Malaysia masih banyak menelan hiburan luar.

"Saya rasa sudah sampai masanya untuk kita keluarkan bunyi Malaysia dalam lagu-lagu kita, ini yang patut dibanggakan. Kena penting dan banyakkan identiti Malaysia dalam muzik mahupun filem kita," ujar AG.

Pendek kata, menjadi anak Malaysia itu satu keberuntungan namun cara menghargai ruang kesejahteraan itu harus bijak agar tidak terlepas peluang yang sepatutnya ada dalam genggaman.

Rossa idamkan Anuar Zain

Posted:

Rossa idamkan Anuar Zain

ROSSA bersama album terbaharunya, The Best of Rossa yang dilancarkan di ibu negara baru-baru ini.


WANITA genit dan lincah ini begitu istimewa di Malaysia. Biarpun sudah menjangkau usia 34 tahun, namun Rossa mudah mencuri tumpuan dengan gaya keanak-anakan dan sifat ramah-tamah yang tidak dibuat-buat.

Ternyata ada sesuatu yang istimewa di sini apabila dia bukan sahaja menampilkan dua lagu ekstra menerusi album kompilasi, The Best Of Rossa khas buat pasaran di sini, bahkan tidak menolak untuk menjadi suri hati peminatnya di Malaysia.

Menerusi album yang baru dilancarkan di sini pada minggu lalu, Rossa menampilkan himpunan lagu-lagu popularnya termasuklah Ayat-Ayat Cinta, Pudar, Tegar, Atas Nama Cinta, Terlanjur Cinta dan Ku Menunggu.

Lebih istimewa apabila dia menampilkan tiga buah lagu baharu untuk pasaran di negara asalnya, Indonesia iaitu Aku Bersahaja (duet Taufik Batisah), Jangan Ada Dusta Antara Kita (duet Broery Marantika) dan Tak Sanggup Lagi serta tambahan lagu Ku Pinang Kau Dengan Bismillah (duet Pasha Ungu) dan One Night Lover (duet Joe Flizzow) khas buat peminat Malaysia sahaja.

Tidak sah kalau bertemu wanita ini jika tidak bercerita soal teman hati. Dalam tempoh kebelakangan ini, nama seorang jejaka muda dari Malaysia, Faris sering dikaitkan dengan dirinya. Namun si empunya diri dengan tegas di samping nada gurauan menafikan dakwaan itu.

"Faris bukan pacar saya. Saya kenal dia pun ketika sambutan hari lahir mamanya pada suatu ketika dahulu sahaja. Sejurus itu kami rapat sebagai kawan.

"Memang saya dekat dengan dia dan sering makan bersama keluarganya, tatapi saya kini tidak berpacaran dengan sesiapa," katanya ketika ditemui di Hotel Concorde, Kuala Lumpur pada Khamis lalu.

Rossa yang merupakan ibu kepada Rizky Langit Ramadan, 6, menambah, dia kini sedang didekati oleh beberapa orang lelaki, tetapi tiada perancangan untuk mengikat kasih.

"Ada beberapa orang yang dekat dengan saya, tetapi untuk hubungan yang serius masih belum ada rencana," ujar Rossa yang tidak menolak jika jodohnya adalah orang Malaysia kerana pernah berpacaran dengan seorang jejaka di sini pada suatu ketika dahulu.

Dia seolah-olah sudah kalis apabila ditebak dengan soalan klise berkaitan hubungan rapatnya dengan mana-mana lelaki. Namun, empunya diri bijak mengawal situasi agar tidak pantas melenting bahkan bijak berdiplomasi menangkis segala dakwaan.

Tidak hanya dikaitkan dengan jejaka Malaysia, kini timbul juga cerita mengenai hubungan istimewanya dengan seorang ahli perniagaan di Indonesia. Namun, Rossa tetap bijak menafikan teka-teki itu tanpa mengguris hati sesiapa.

Dalam berteka-teki soal hero di hatinya, nama penyanyi Anuar Zain tetap melekap di hati janda kepada anggota kumpulan Padi, Yoyo itu. Jelas Rossa dia mengidam untuk berduet dengan Anuar menerusi sebuah lagu istimewa.

"Selepas berduet dengan Joe Flizzow, saya menanti waktu untuk berduet pula dengan Anuar. Sudah lama sebenarnya teringin tetapi ada sahaja halangannya.

"Saya memilihnya bukan kerana nama besar semata-mata tetapi melihat potensi yang ada untuk lagu itu berjaya nanti. Untuk lagunya, pastinya saya akan memilih naskhah masyarakat yang orang kebanyakan suka," katanya yang turut memasang impian untuk berduet dengan Datuk Sheila Majid.

Dalam tempoh setahun diedarkan di Indonesia, kira-kira 1.5 juta unit CD berjaya dijual sekali gus menjadikan album itu sebagai melodi yang paling tinggi dalam pasaran semasa di Indonesia.

"Mujurlah strategi pemasaran di rangkaian restoran (makanan segera) KFC ini berjaya. Saya selalu juga singgah di beberapa buah restoran untuk bertemu peminat dan mendapat maklum balas daripada kakitangannya," kata Rossa yang berada di Kuala Lumpur selama empat hari.

Dalam perkembangan lain, Rossa dijadualkan berangkat ke tanah suci Mekah pada 12 Oktober ini untuk menunaikan fardu haji setelah tiga kali mengerjakan umrah.

Selain sibuk menguruskan 18 buah cawangan pusat karaoke, Diva Family Karaoke di Indonesia yang dimilikinya, Rossa juga kini sedang berjinak-jinak dengan dunia perniagaan hartanah.

Introduksi Qalam Band

Posted:

Introduksi Qalam Band


QALAM BAND yang disertai jejaka belasan tahun, pemain keyboard, Hanif (duduk kiri) gitaris kedua, Faizwan (duduk kanan), (berdiri dari kanan), pemain bass, Wan, pemain drum, Alias dan Erfan (kanan sekali).


ALAM BAND wujud atas komitmen serta sokongan padu daripada orang yang percaya terhadap bakat dan kesungguhan anggotanya.

Penubuhan Qalam Band bermula apabila pemain dram, Mohamad Alias Mohd Esa menyertai satu program uji bakat RTM di Ipoh, Perak.

"Program itu menemukan saya dengan Ketua Bahagian Rancangan Perak FM, Fauzi Ramli dan dari situ tercetuslah inspirasi penubuhan Qalam Band," cerita Alias.

Cerita Alias, kumpulan itu menggunakan nama Ajim Band namun ia tidak dapat bertahan akibat beberapa masalah teknikal. Ajim Band atas dorongan Fauzi Ramli bertukar nama kepada CNC Band.

Nama Qalam Band kemudian terhasil oleh pengamatan Othman Mahmood yang sudah lama bergelumang dalam sepak terajang dunia muzik. Nama Qalam Band dicetuskan sendiri Othman selepas CNC bernaung sebagai artis rakaman bawah syarikatnya, Sheikh Qalam Records Sdn. Bhd., sekitar pertengahan tahun 2012.

Dianggotai oleh Muhammad Zainol Mohd. Nor (Erfan), selaku vokalis, Alias Mohd. Esa sebagai pemain drum, Faizwan Farman Farod Hasfardy (gitar), Mohamad Hanif Omar (pemain keyboard) dan Wan Mukhammad Mukhrizad Wan Mokhtar (vokalis kedua), Qalam Band kini muncul dengan single pertama berjudul Di Lamun Rindu.

Ternyata pilihan Othman selaku penerbit single berkenaan untuk merakamkan semula lagu ciptaan sepenuhnya komposer dari Singapura, Apit itu membuahkan hasil. Apit juga tidak asing lagi dalam industri muzik di Malaysia, terdahulu dia pernah bekerjasama dalam pembikinan untuk album Salem dan kumpulan Kristal.

"Beberapa tahun lalu, lagu Di Lamun Rindu sebenarnya pernah dirakamkan oleh Apit bersama kumpulannya, Baron Bros. Versi asal Di Lamun Rindu telah ditonton lebih 700,000 kali di YouTube. Dari situ kita ambil lagu itu untuk jadi pengenalan Qalam Band," ujar Othman tanpa perlu menyembunyikan fakta.

Setelah dirakam semula oleh Qalam Band dan dilancarkan pada Ogos lalu, single Di Lamun Rindu mudah mendapat penerimaan pendengar dan mula berputar di corong-corong radio. Biarpun lagunya masih mengekalkan jalur rock balada, sentuhan muzik urban dan imej pop diharapkan menjadi kombinasi yang lengkap untuk anak-anak muda yang mahu menongkah arus muzik itu.

Di samping promosi serta undangan persembahan, band yang rata-ratanya dianggotai remaja belasan tahun itu dalam proses pemilihan material terbaharu untuk rakaman single yang seterusnya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Sabtu, 15 September 2012

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Fariza ingin 20 anak

Posted:

Fariza ingin 20 anak

KATA sesetengah orang, sakit bersalin itu ibarat beberapa tulang rusuk dipatahkan serentak atau kuku dicabut daripada isinya. Sebahagian wanita pula mengalami loya dan muntah-muntah sepanjang sembilan bulan tempoh kehamilan.

Namun, bagi seorang ibu, Fariza Ibrahim, dia bagaikan sudah lali dengan kepayahan dan kesakitan itu. Fariza, 47, yang berkahwin pada usia 19 tahun sudah dikurniakan 14 orang anak – fenomena yang jarang ditemui di Malaysia memandangkan purata sebuah keluarga moden sekarang memiliki antara tiga hingga lima orang anak sahaja. Secara purata, dia hamil selama 126 bulan atau lebih 10 tahun.

"Semua anak saya dilahirkan secara normal," ujar pemegang ijazah dalam bidang kimia daripada Universiti Queensland, Australia ini.

Fariza yang berasal dari Kepala Batas, Pulau Pinang, bertemu jejaka Negeri Sembilan, Abdul Halim Abdullah, di universiti yang sama pada tahun 1984. Pasangan berkenaan berkahwin di Australia.

ABDUL HALIM ingin kesemua anaknya melanjutkan pelajaran di Universiti Al-Azhar, Mesir.


Kemudian, Fariza dan Abdul Halim sama-sama mengambil ijazah kedua dalam bidang pengajian Islam di Universiti Al-Azhar, Mesir.

"Saya sempat melahirkan tiga orang anak semasa menuntut di Mesir. Selama tujuh tahun di sana, ramai rakan universiti yang tolong menjaga anak-anak semasa saya pergi ke kuliah," cerita Fariza.

Mengunjungi kediaman pasangan ini di Seremban, Negeri Sembilan, suasananya terasa meriah sekali.

"Seperti sekolah bukan? Di sinilah kami membesarkan 14 orang anak, lapan perempuan dan enam lelaki. Sepuluh daripadanya tinggal dengan kami kerana masih bersekolah," cetus Abdul Halim, pemilik sebuah agensi pelancongan Muslim ini.

Abdul Halim menggabungkan tiga buah rumah teres dua tingkat untuk dijadikan tempat tinggal yang selesa bagi keluarga besarnya. Setelah diubah suai, rumah ini mempunyai sembilan buah bilik termasuk sebuah bilik khusus untuk tetamu.

Tutur Abdul Halim, dia dan isteri tiada sebarang petua untuk memiliki anak yang ramai. "Ia satu anugerah dan amanah daripada Allah," beritahu Abdul yang meyakini setiap anak yang dilahirkan ada rezeki masing-masing.

ABDUL HALIM menggabungkan tiga buah rumah teres dua tingkat untuk keselesaan keluarganya.


Anugerah

"Jika diikutkan saya ingin ada 20 orang anak. Memang bukan senang untuk membesarkan seorang anak lebih-lebih lagi terpaksa merasai sakit bersalin, tetapi saya seronok melihat pelbagai telatah dan ragam mereka," celah si isteri, Fariza Ibrahim, 47.

Sebelum ini, seorang wanita Amerika Syarikat, Michelle Duggar, menjadi terkenal kerana melahirkan anak yang ke-19 pada tahun 2009 pada usia 42 tahun. Angka 19 memeranjatkan Michelle sendiri sebelum dia hamil lagi pada hujung tahun lalu. Bagaimanapun, anak ke-20 pasangan Michelle dan Jim Bon itu mengalami keguguran.

Menurut Fariza, dia menyangka kelahiran anak yang ketujuh, Ahmad Muktaz pada tahun 1997 merupakan zuriat yang terakhir.

"Rupa-rupanya saya dikurniakan tujuh orang anak lagi selepas itu. Buat masa ini 14 orang anak sudah memadai bagi saya tetapi tidak menolak jika saya bakal mengandung lagi pada masa hadapan," katanya yang berhenti kerja sebagai guru sekolah agama swasta selepas mendapat anak yang ke-12.

Jika keluarga besar, perbelanjaan mingguan juga bertambah. Itu satu perkiraan matematik yang mudah.

"Saya mengamalkan perbelanjaan secara mingguan untuk keperluan dapur. Biasanya saya akan beli tiga ekor ayam, tiga hingga lima kilogram daging (kg), 5kg ikan dan 30 biji telur selain makanan kering dan susu bayi.

"Bila masak terasa seperti sedang menyediakan hidangan untuk majlis kenduri pula," katanya ketawa.

Dari segi pengangkutan, keluarga ini menggunakan dua buah kereta iaitu Perodua Kelisa dan Toyota Avanza untuk pergi ke destinasi pilihan.

"Suami berasal dari Seremban manakala saya dari Kepala Batas, Pulau Pinang. Jika balik kampung, kedua-dua kenderaan digunakan," ujar Fariza yang memanggil anaknya dengan nama gelaran mengikut kedudukan anak dalam keluarga seperti along, angah, ateh dan alang.

Walaupun mempunyai anak yang ramai, soal didikan agama menjadi keutamaan pasangan ini.

"Tiga orang anak saya sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Al-Azhar, Mesir. Jika tiada aral, kesemua mereka akan dihantar belajar di sana.

"Persekitaran beragama masih kuat di Mesir. Di sebalik kisah kezaliman Firaun, ia juga sebenarnya bumi anbiya. Kisah Nabi Musa dan Nabi Yusuf, misalnya, berlaku di Mesir. Negara itu juga melahirkan banyak ulama terkenal sejak lebih 1,400 tahun lalu. Jadi mungkin disebabkan itu suasana Islam agak kuat di sana.

KATA Abdul Halim, setiap anak yang dilahirkan ada rezeki masing-masing.



Masjid-masjid di sana selalunya dipenuhi jemaah setiap kali solat fardu, selain kurangnya masalah sosial," kata Abdul Halim.

Menurutnya lagi, dia ingin setiap anaknya berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat.

"Setiap ibu bapa inginkan yang terbaik untuk anaknya. Doa anak yang soleh tidak akan terputus walaupun tulang-belulang kita sudah lama hancur di dalam kubur," beritahu Abdul Halim.

Mengharap kasih orang muda

Posted:

Mengharap kasih orang muda

Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM

SEBANYAK 15 peratus rakyat negara ini ialah orang tua menjelang tahun 2030.


ZAMIR, 60, sudah lima tahun tinggal di sebuah rumah jagaan orang tua di Puchong, Selangor. Walaupun dia mempunyai tiga orang anak yang sudah berkeluarga dan menjawat jawatan eksekutif di syarikat terkenal di ibu negara, Zamir menjangkakan dia akan menghabiskan sisa kehidupannya di rumah tersebut.

"Saya terima sahaja ketentuan ini. Saya tidak pernah menyalahkan anak-anak. Mereka sudah besar dan inginkan kehidupan sendiri," kata Zamir kepada Jurnal.

Dia tinggal di situ selepas kematian isterinya pada tahun 2007.

"Ibu bapa dahulu boleh menjaga anak dengan baik sehingga mereka berjaya tetapi anak-anak hendak menjaga ibu atau bapa sekarang seorang pun susah," ujarnya dalam nada sedih.

Begitupun, dia bersyukur kerana kehidupan dan kesihatannya lebih terurus sepanjang tinggal di rumah jagaan tersebut.

"Makanan disediakan secara teratur. Surau juga terletak berdekatan, jadi senang untuk solat berjemaah," katanya.

Tutur Zamir, pernah ketiga-tiga anaknya berjanji untuk mengambilnya pulang setiap minggu tetapi malangnya tidak dilaksanakan.

"Hanya rakan-rakan seusia di rumah ini yang menjadi peneman," katanya.

Kisah Zamir wajar menjadi iktibar. Ini kerana Malaysia bakal mencapai status negara tua menjelang tahun 2030 ekoran peratusan warga emas yang berumur 60 tahun mencapai kadar 15 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk.

Kelahiran

Faktor ini turut didorong oleh penurunan kadar kelahiran yang menyebabkan bilangan generasi muda semakin berkurangan.

"Berdasarkan perangkaan terkini, kadar kelahiran bagi setiap 1,000 penduduk yang dicatatkan sejak tahun 1980 hingga 2010 jelas menunjukkan penurunan.

"Kadar kematian juga mengalami penurunan iaitu daripada 5.3 orang bagi setiap 1,000 penduduk kepada 4.8 orang bagi setiap 1,000 penduduk.

"Secara tidak langsung, jumlah warga tua akan terus meningkat di negara ini," jelas Pengarah Institut Gerontologi, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Tengku Haizan Hamid.

Tengku Haizan memberitahu, perkara lain yang perlu diambil kira ialah jumlah rumah jagaan warga tua bakal meningkat.

"Dalam tempoh 18 tahun akan datang kita khuatir ramai anak muda yang enggan menjaga ibu bapa mereka yang uzur khususnya mereka yang menetap di bandar-bandar besar," ujarnya.

Tambah beliau, tidak mustahil kawasan perumahan juga akan dipenuhi oleh warga tua.

"Kemudahan taman awam untuk golongan muda selain penjagaan kesihatan bagi warga tua perlu ditambah," ujarnya.

Hokkien

Beliau turut bimbang fenomena kekurangan orang muda akan memaksa negara mengimport tenaga kerja asing.

"Faktor ini mungkin mendorong peningkatan kadar jenayah sekiranya tiada perancangan dibuat," tutur Tengku Haizan.

Beliau juga menasihatkan golongan berumur 40-an kini supaya tidak hanya bergantung kepada simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tetapi mencari sumber simpanan lain.

"Simpanan KWSP tidak mencukupi. Duit itu akan habis dalam tempoh yang singkat bagi membayar penuh pinjaman perumahan serta perbelanjaan semasa.

"Saya sendiri mempunyai simpanan khusus kerana tidak ingin mengharapkan belas ihsan orang lain apabila tua kelak," tegasnya.

Bekas Presiden Persatuan Kebajikan Usiamas Malaysia (Usiamas), Syed Barkat Syed Ali memberitahu, Malaysia boleh mencontohi negara Barat dalam isu penjagaan warga emas.

Katanya, di sana masyarakat bekerjasama dengan pihak kerajaan dan swasta untuk menjaga warga emas yang hidup sebatang kara atau dipinggirkan oleh anak-anak.

Merujuk negara ini, Syed Barkat mencadangkan kita mencontohi sikap masyarakat Hokkien.

"Mereka bukan sahaja menyediakan rumah perlindungan dan kemudahan untuk warga emasnya, bahkan menyalurkan bantuan kepada kaumnya yang kesempitan hidup.

"Tetapi tugas ini sebenarnya perlu digalas oleh kerajaan," ujarnya.

Mengulas bagaimana masyarakat boleh memainkan peranan, katanya, rumah ibadat seperti masjid boleh menganjurkan program bagi menjana wang.

"Duit itu boleh digunakan untuk membina sebuah rumah kebajikan warga tua di dalam kawasan kampung atau kariah masjid itu.

"Saiz rumah kebajikan itu mestilah cukup untuk menampung jumlah warga tua di kawasan masing-masing," tutur Syed Barkat.

Misteri kota dalam gua

Posted:

Misteri kota dalam gua

Oleh NOOR SYAHIDATOOL AQMA MOHD. NOOR

PINTU masuk ke Gua Kota Gelanggi, gua yang menyimpan pelbagai kisah misteri.


GUA Kota Gelanggi yang terletak di daerah Jerantut, Pahang menyimpan pelbagai cerita ganjil dan misteri.

Di dalam gua ini, terdapat tujuh buah gua yang dipanggil kota iaitu Kota Tongkat, Kota Gelap, Kota Angin, Kota Balai, Kota Rehut, Kota Jin dan Kota Kepayang. Gua-gua ini dipanggil kota yang membawa maksud negeri-negeri yang berada di bawah Kota Gelanggi pada zaman dahulu.

Ada yang mengatakan gua itu wujud berikutan pergaduhan antara Raja Muda Mambang dan putera Raja Rembau bernama Rusul kerana berebutkan puteri Datuk Indera Raja Laut.

Raja Muda Mambang mencabar Rusul untuk bertarung dengannya. Rusul menyahut cabaran itu lalu menyuruh Raja Muda Mambang menikamnya, tetapi tidak berjaya.

Apabila tiba giliran Rusul, dia melepaskan keris terbangnya, lalu keris berkenaan menikam dada Raja Muda Mambang yang serta-merta membunuhnya.

Darahnya dikatakan sentiasa mengalir sehingga ke hari ini melalui aliran cecair yang kelihatan di dinding Gua Kota Gelanggi berhampiran struktur batu yang menyerupai manusia terbaring.

Kebetulan pula pada masa itu, Sang Kelembai sampai di Kota Gelanggi lalu menegur pergaduhan itu. Teguran itu menyebabkan semua benda dan makhluk di situ menjadi batu. Maka terjadinya gua-gua batu dengan pelbagai bentuk struktur yang menyerupai kota, bilik, manusia, binatang, peralatan perang, peralatan kenduri serta peralatan dan perhiasan perkahwinan.

Terdapat pula versi yang menyatakan pada masa dahulu, mukim Pulau Tawar di daerah Jerantut adalah sebuah pulau yang besar. Rajanya, Raja Gelanggi mempunyai seorang puteri yang cantik dan ditunangkan dengan seorang anak raja di Rembau bernama Raja Usul.

Puteri

Kecantikan dan kebaikan puteri itu turut diketahui oleh Raja Mambang di kayangan. Raja Mambang ingin memperisterikan puteri Raja Gelanggi, lalu meminangnya. Oleh kerana takut, Raja Gelanggi terpaksa menerima pinangan itu.

Apabila tiba hari perkahwinan, Raja Usul sampai di Kota Gelanggi dengan tujuan untuk menghantar hadiah kepada tunangnya.

Kapalnya ditinggalkan di suatu tempat yang sekarang ini digelar Lanchang, dekat Kampung Masjid, Pulau Tawar. Dia naik ke darat dengan perahu lalu ke kota.

Alangkah terkejutnya bila majlis pernikahan sedang dijalankan lantas berlaku peperangan antara angkatan Raja Usul dan Raja Mambang.

Ketika inilah, Sang Kelembai muncul dan menegur tentang perangai mereka yang sanggup berperang kerana seorang perempuan. Akhirnya semua yang ada di situ menjadi batu, kapal menjadi tanah, laut menjadi padang dan sungai menjadi lembah.

Mengikut versi seorang penyelidik bernama Cameron pula, seorang raja bernama Raja Gelanggi mempunyai seorang anak perempuan cantik dan menjadi idaman putera Raja Mambang di Lipis.

Putera itu meminta ayahandanya menyunting puteri itu tetapi puteri berkenaan menolaknya.

Pada ketika yang lain, seorang putera raja kepada Raja Usul dari Bera telah keluar berburu bersama orang-orangnya berdekatan dengan Gelanggi. Putera itu telah terpandang kepada puteri Raja Gelanggi lalu menculiknya dan membawa puteri itu pulang ke Bera.

Puteri Gelanggi tidak membantah kerana bencikan tunangnya, lalu bersetuju mengahwini putera Raja Usul.

Culik

Hal penculikan itu diketahui oleh Raja Mambang. Walaupun pada mulanya Raja Gelanggi terlibat dalam peperangan dengan Raja Usul bagi mendapatkan kembali puterinya, baginda kemudian menyerahkan hal itu kepada Raja Mambang kerana puterinya hidup bahagia.

Raja Mambang turun ke Bera dan berperang dengan Raja Usul tetapi malangnya baginda sendiri yang terbunuh.

Menurut Perunding Penyelidikan dan Pembangunan Budaya Melayu Antarabangsa, Datuk Aripin Said, berdasarkan kajian yang dilakukan, berlaku pergaduhan antara Raja Kota Gelanggi iaitu Raja Mambang dan Raja Tasik Bera yang mahu menakluk antara satu sama lain tetapi keadaan menjadi reda apabila Raja Mambang berkahwin dengan Puteri Tasik Bera.

"Semasa persandingan, Sang Kelembai telah datang dan menegur menyebabkan kesemuanya bertukar menjadi batu.

"Oleh sebab itu, ada batu yang seakan-akan menyerupai orang sedang bersanding, gajah dan singa terdapat dalam gua misteri ini.

"Dikhabarkan juga terdapat sebuah kota yang tidak ditemui tetapi hanya mereka yang bernasib baik akan terjumpa kota yang dipercayai tempat raja bersemayam.

"Keadaan di dalam tujuh kota ini juga gelap dan tidak semua pelancong yang datang akan menjelajah kesemua kota disebabkan faktor keselamatan," jelasnya.

Tambahnya, kisah misteri gua tersebut juga ada diceritakan di dalam buku Cerita-Cerita Rakyat Pahang. Seorang profesor dari Jerman juga pernah merakamkan cerita di sebalik gua ini kira-kira dua tahun lalu.

"Mengikut kajian arkeologi juga mendapati sebuah negeri pernah wujud di gua ini berdasarkan kepada beberapa penemuan.

"Namun, mitos kononnya gua ini boleh dihubungkan terus ke negeri Kelantan juga tidak dapat dibuktikan lagi buat masa ini," ujarnya.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved