Rabu, 03 September, 2025

Jumaat, 16 Disember 2011

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Harga ikan kini melambung

Posted:

Harga ikan kini melambung

Harga ikan kini melambung

Oleh LUQMAN RIDHWAN MOHAMED NOR
luqman.ridhwan@kosmo.com.my

HARGA ikan di seluruh negara kini meningkat ekoran musim tengkujuh. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Harga ikan di seluruh negara dijangka melambung tinggi sehingga Februari tahun hadapan setelah mengalami kenaikan mendadak sejak sebulan lalu ekoran musim tengkujuh yang dihadapi ketika ini.

Pengerusi Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT), Mohamed Dolmat (gambar) berkata, peningkatan harga ikan tersebut tidak dapat dielakkan memandangkan musim hujan membuatkan sebahagian besar para nelayan tidak boleh turun ke laut seperti biasa.

Jelasnya, keadaan itu telah menyebabkan jumlah tangkapan ikan menurun dan menjadi punca ikan dijual pada harga yang tinggi di pasaran.

"Masalah ini akan membelenggu pengguna sehingga bulan Februari tahun hadapan kerana musim tengkujuh yang dihadapi sejak Oktober lalu hanya akan berakhir pada bulan berkenaan.

"Jadi, orang ramai yang bergantung harap kepada ikan disarankan menggantikan ia dengan bahan lain seperti ayam jika tidak sanggup membeli ikan dengan harga yang mahal," katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Beliau berkata demikian mengenai rungutan orang ramai mengenai kenaikan mendadak harga ikan di pasaran ketika ini.

Dalam satu tinjauan di Alor Setar mendapati, harga ikan kembung naik mendadak apabila ia dijual pada harga RM10 sekilogram berbanding hanya RM3 sebelum ini malah ia turut dijual setinggi RM12 di sesetengah kawasan.

Seorang peniaga, Ali Harun, 43, berkata, cuaca yang tidak menentu menyebabkan nelayan tidak dapat ke laut dan terpaksa dia mendapatkan bekalan ikan dari Kuala Kedah namun dengan jumlah yang kecil iaitu hanya 60 kilogram sehari berbanding 500 kilogram sebelum ini.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Kereta BMW 325i Fasha Sandha hilang

Posted:

Kereta BMW 325i Fasha Sandha hilang

Kereta BMW 325i Fasha Sandha hilang

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN dan NOR SHAFAWATI YUP
berita@kosmo.com.my


MODEL kereta BMW 325i milik Fasha yang dilaporkan hilang di Wangsa Maju, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Pelakon terkenal, Fasha Sandha mengalami kerugian kira-kira RM300,000 apabila kereta jenis BMW 325i miliknya lesap, dipercayai dicuri di kawasan letak kereta Jalan Wangsa Delima berhampiran pusat beli-belah Wangsa Walk, di Wangsa Maju di sini semalam.

Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira pukul 3.40 petang itu, Fasha, 27, yang ditemani ibunya dikatakan meninggalkan kereta itu untuk ke salun Chinta miliknya yang terletak berhampiran premis tersebut.

"Fasha yang keluar semula menuju ke arah keretanya 10 minit kemudian terkejut apabila mendapati kereta BMW 325i berwarna putih miliknya telah hilang," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Jelas sumber itu, satu laporan polis telah dibuat oleh Fasha di Balai Polis Wangsa Maju berhubung kehilangan itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Sementara itu, Fasha yang ditemui pada majlis pelancaran filem terbaharu lakonannya, Penanggal mengesahkan kehilangan kereta tersebut.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Elaun penyelia masjid daerah naik

Posted:

Elaun penyelia masjid daerah naik

Elaun penyelia masjid daerah naik


NAJIB bersalaman dengan hadirin pada Majlis Perdana Ulama, Umara dan Imam bersama Perdana Menteri di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan kenaikan elaun Pegawai Penyelia Masjid Daerah (PPMD) daripada RM1,210 kepada RM1,810 bermula tahun depan.

Beliau berkata, serentak dengan itu, tuntutan elaun perjalanan PPMD juga dinaikkan kepada RM700 sebulan daripada RM500 sebelum ini.

"Memandangkan sekarang hanya terdapat 87 PPMD di seluruh negara, saya ingin mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju menambah jawatan itu kepada seorang PPMD di setiap daerah di seluruh negara.

"Dengan ini, diharapkan semoga institusi masjid dan surau kita dapat diimarah serta terpelihara dengan sebaik-baiknya," katanya pada Majlis Perdana Ulama, Umarak dan Imam bersama Perdana Menteri di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan timbalannya, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, bagi mempertingkatkan lagi peranan institusi ulama dan umarak yang semakin penting, sebuah sekretariat khas ulama dan umarak (UMUM) akan ditubuhkan agar komunikasi antara kerajaan dengan mereka yang disifatkan mempunyai hubungan istimewa itu menjadi lebih terancang serta tersusun.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Berlatih tujuh jam sehari

Posted:

Berlatih tujuh jam sehari

Berlatih tujuh jam sehari

Oleh LILY YEAN

ARENA of Stars Genting menyaksikan 20 pasukan terbaik seluruh negara bertarung merebut gelaran juara tarian singa.


TARIAN singa ialah sejenis tarian tradisional yang melambangkan adat dan kebudayaan warisan masyarakat Cina. Bermula dengan sejarahnya, tarian ini dipercayai wujud sejak Dinasti Tang (618-907) lagi dalam kerabat diraja.

Selain memainkan peranan untuk menghiburkan penonton, tarian singa dipercayai merupakan pelindung dan mendatangkan tuah serta kekayaan kepada sesebuah keluarga.

Berusia lebih 2,000 tahun, tarian itu tidak lagi hanya berada di tempat asalnya. Di mana adanya orang Cina, di situlah adanya tarian singa, tidak terkecuali di Malaysia yang makmur dengan masyarakat majmuk termasuk kaum Cina.

Lantaran itu, Arena of Stars Genting, Pahang baru-baru ini gegak gempita apabila 20 pasukan tarian singa berkumpul untuk bertarung merebut gelaran juara dalam Kejohanan Tarian Singa Kebangsaan kali ke-15.

Menari ikut rentak muzik

Masing-masing tampil dengan gerakan dan aksi tersendiri dalam merebut hati juri. Seperti mana yang dilihat, tarian singa dimainkan oleh dua penari yang berselindung di bawah kostum singa dan sekumpulan pemain muzik yang terdiri daripada pemain gendang, gong dan simbal.

Dua penari yang masing-masing memegang kepala dan ekor singa akan meniru langkah-langkah singa dalam persembahan mereka. Semakin kuat bunyi muzik dimainkan, semakin bersemangatlah singa itu dalam aksinya.

Mungkin ada yang tidak faham mengenai langkah-langkah dalam tarian singa. Setiap langkah sebenarnya mempunyai maksud tertentu. Kisahnya bermula apabila seekor singa ingin memakan buah atau makanan yang kebiasaannya berada di cerun bukit.

Menurut pemain kepala singa, Eng Keng Soon, 25, keserasian di antara peserta pemegang kepala singa dan ekor singa amat penting untuk menghasilkan persembahan singa yang baik.

"Jika kedua-duanya gagal mencapai keserasian, persembahan tarian singa mungkin menghadapi kegagalan apabila kepala dan ekor singa berlanggar di antara satu sama lain. Kami perlu memastikan pergerakan singa berdasarkan lagu dan rentak pemain alat muzik yang merangkumi gendang, gong dan simbal," katanya.

Seorang lagi penari muda, Ang Aik Meng, 17, juga mengakui bukan senang untuk menjadi seorang pemain yang berjaya. Dia sendiri perlu mengadakan latihan sebanyak enam sehingga tujuh jam setiap hari menjelang musim pertandingan.

"Peserta tarian singa juga menghadapi cabaran dalam persembahan dan pertandingan kerana risau kemalangan akan berlaku dalam persembahan dan pertandingan tersebut.


DENGAN berat singa yang hampir lima kilogram, penari perlu berhati-hati ketika membuat lompatan sukar.


"Kami harus berhati-hati setiap masa kerana selain perlu beraksi dengan gaya yang sukar terutamanya lompat tinggi untuk memungut markah penuh, pada masa yang sama kami juga harus memegang kepala singa seberat empat hingga lima kilogram," kongsinya.

Dalam kejohanan itu pemarkahan penuh ialah 10 markah iaitu lima markah bagi langkah pergerakan, tiga markah bagi persembahan kesenian, manakala dua markah bagi pergerakan sukar. Namun, peserta harus berhati-hati kerana segala kesilapan akan dipotong markah tanpa mengira kesilapan besar ataupun kecil.

Pada pertandingan tersebut, Persatuan Tarian Singa dan Naga Kun Seng, Muar ditabalkan sebagai juara dengan 9.20 markah diikuti Persatuan Maha Bohdi, Tawau, Sabah ditempat kedua dengan markah 9.13 markah.

Pertubuhan Tarian Singa dan Naga Hong Teck Alor Setar, Kedah pula menggondol tempat ketiga dengan 9.11 markah.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Bangkit segera

Posted:

Bangkit segera

Bangkit segera

TIDAK kira apa acara sekalipun, beregu utama lelaki negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong perlu mengembalikan kecemerlangan dalam tempoh empat bulan daripada sekarang.

Ketua jurulatih beregu lelaki, Tan Kim Her berkata, pasangan tersebut tidak boleh mengambil masa yang terlalu lama untuk kembali berada pada tahap prestasi sebenar memandangkan tarikh tutup bagi mengumpul mata ke Sukan Olimpik 2012 di London akan berakhir April tahun depan.

"Ketika ini jurulatih mereka (Pang Cheh Chang) sedang bekerjasama dengan jurulatih Korea Selatan yang baru dilantik (Yoo Yong-sung) bagi memulihkan semula prestasi beregu utama negara itu.

"Yong-sung telah membuat satu program latihan baharu buat Kien Keat-Boon Heong dan ia telah pun dilaksanakan baru-baru ini. Jadi, ia akan mengambil sedikit masa untuk melihat kesannya.

"Namun, saya telah mengingatkan kepada Cheh Chang dan Yong-sung agar tidak mengambil masa terlalu lama kerana kita sudah kesuntukan masa.

"Apa yang paling penting, Cheh Chang dan Yong-sung perlu memastikan Kien Keat-Boon Heong kembali bangkit, " kata Kim Her ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Jelas Kim Her, pihaknya tidak meletakkan apa-apa sasaran buat Kien Keat-Boon Heong untuk muncul juara dalam mana-mana kejohanan selepas ini tetapi cukup sekiranya kedua-dua pemain itu mampu menewaskan lawan yang menduduki kedudukan ranking lebih tinggi daripada mereka.

"Jika tidak berjaya muncul juara sekalipun, Kien Keat-Boon Heong perlu membuktikan ada peningkatan dalam prestasi mereka dengan menewaskan lawan memiliki kedudukan ranking lebih tinggi.

"Buat masa ini, kami menyenaraikan sahaja nama Kien Keat-Boon Heong dalam semua kejohanan termasuk bertaraf GP (Grand Prix) emas. Ia bagi memastikan ranking mereka tidak jatuh.

"Namun, itu tidak bermaksud semua kejohanan Kien Keat-Boon Heong perlu sertai kerana ia juga bakal bergantung kepada situasi semasa," jelas Kim Her.

Sebelum ini, prestasi ala yo-yo yang dipamerkan beregu utama negara itu ternyata mencetuskan kebimbangan, apatah lagi kedua-dua pemain tersebut diletakkan sebagai sandaran untuk menyumbangkan pingat emas pertama buat kontinjen Malaysia pada Sukan Olimpik 2012.

Namun, sandaran itu kini seolah-olah terlalu sukar untuk direalisasikan selepas melihat prestasi tidak menentu Kien Keat-Boon Heong sehingga menyaksikan mereka gagal meraih sebarang kejuaraan dalam mana-mana kejohanan sepanjang tahun ini.

Terbaharu, Kien Keat-Boon Heong gagal melangkah ke peringkat separuh akhir Kejohanan Badminton Siri Super Akhir 2011 yang sedang berlangsung di Liuzhou, China ketika ini.

Ini kerana, pasangan tersebut tewas dalam ketiga-tiga perlawanan pada aksi peringkat Kumpulan B.

Pada aksi pembukaan Rabu lalu, kemarau kemenangan Kien Keat-Boon Heong ke atas beregu Korea Selatan, Lee Yong Dae-Jung Jae Sung berterusan selepas tewas 21-18, 15-21, 18-21.

Keesokan harinya, hasrat Kien Keat-Boon Heong untuk mara ke peringkat separuh akhir sekurang-kurangnya muncul selaku naib juara Kumpulan A berkecai apabila tewas mudah ditangan pasangan ranking No. 3 dunia, Mathias Boe-Carsten Mogensen dari Denmark 14-21, 6-21.

Kien Keat-Boon Heong menutup tirai kejohanan tirai kejohanan tanpa sebarang kemenangan apabila turut tewas ditangan Mohammad Ahsan-Bona Septano dari Indonesia 21-19, 19-21, 14-21 pada aksi terakhir Kumpulan B semalam.

Full content generated by Get Full RSS.

Zaman gelap sepak takraw kita

Posted:

Zaman gelap sepak takraw kita

Zaman gelap sepak takraw kita

Oleh NORZASRUDIN MOHAMED NOR
norzasrudin.nor@kosmo.com.my


JURULATIH juga perlu didedahkan dengan ilmu secukupnya ke arah membantu meningkatkan mutu sukan sepak takraw negara.


KEGAGALAN membawa pulang sebutir pingat emas pada Sukan SEA 2011 di Palembang, Indonesia bulan lalu memberi tamparan yang hebat buat sukan sepak takraw negara.

Selain jurulatih dan barisan pemain skuad elit itu, pemimpin tertinggi Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) turut menerima tempiasnya.

Selepas hampir sebulan temasya itu berlalu, kegagalan tersebut masih lagi menjadi topik hangat dalam kalangan pemerhati dan pengkritik sukan tanah air.

Kesempatan ini juga digunakan sepenuhnya oleh musuh-musuh PSM untuk mengkritik dan mendesak barisan pemimpin tertinggi persatuan tersebut supaya meletak jawatan.

Beberapa individu termasuk bekas jurulatih dan pemain negara mendakwa Presiden PSM, Datuk Ahmad Ismail perlu bertanggungjawab atas kekalahan memalukan itu.

Sebagai balasannya, Ahmad perlu meletak jawatan untuk memberi ruang kepada individu yang lebih berwibawa bagi memimpin badan induk sukan tradisi orang-orang Melayu itu.

Bagaimanapun, bercakap memang mudah tetapi untuk menghadapinya cukup sukar.

Ini kerana, budaya menuding jari kepada orang lain sudah sebati dalam kehidupan harian masyarakat di negara ini.

Persoalannya, adakah dengan peletakan jawatan Ahmad itu nanti mampu memulihkan kegemilangan sukan tersebut yang sudah mula tercalar.

Sekiranya benar, siapa agaknya individu yang layak mengambil alih kepimpinan PSM, sekali gus dapat mengubah masa depan sukan sepak takraw negara ini.

Ia mungkin terjawab malam ini apabila beberapa pemimpin tertinggi persatuan negeri dan ahli gabungan bakal mengadakan mesyuarat di Kuala Lumpur.

Selain kemerosotan prestasi para pemain, isu peletakan jawatan itu juga dijangka menjadi topik hangat perbincangan dalam kalangan ahli-ahli majlis badan induk persatuan sepak takraw negara ini.

Namun, beberapa pemimpin tertinggi yang dihubungi Kosmo! memberi pandangan berbeza mengenai isu tersebut.

Naib Presiden 1 PSM, Datuk Tengku Muhammad Sultan Abu Bakar berkata, beliau enggan memberi sebarang komen kerana ia dilihat bakal mengeruhkan lagi situasi tersebut.

"Saya sudah lama tidak 'bersama' PSM kerana mengalami masalah kesihatan. Jadi, saya mengambil keputusan untuk berdiam diri.

"Atas faktor kesihatan juga, saya bersedia melepaskan jawatan selaku Naib Presiden 1 PSM, sekali gus memberi tumpuan sepenuhnya kepada persatuan negeri," kata Presiden Persatuan Sepak Takraw Negeri Pahang (PSNT) itu.

Naib Presiden II, Datuk Awang Sham Amit pula berpendapat, sudah sampai masanya ahli jawatankuasa PSM mengundurkan diri, sekali gus memberi peluang kepada individu lain untuk memimpin dan memajukan sukan tersebut.

Katanya, kegagalan pada Sukan SEA 2011 di Indonesia bulan lalu memberi gambaran yang amat jelas bahawa kepimpinan PSM ketika ini tidak lagi berkemampuan untuk memikul tugas tersebut.

"Bukan sahaja pemain, bekas pemain, peminat dan pemerhati sukan serta pemimpin tertinggi negara juga berasa kecewa dengan kemerosotan skuad negara di peringkat antarabangsa.

"Jadi, saya rasa sudah sampai masanya ahli jawatankuasa PSM termasuk presiden mengundurkan diri. Perkara ini akan saya bangkitkan dalam mesyuarat yang dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur malam esok (malam ini).

"Atas kapasiti Naib Presiden PSM, saya bersedia meletak jawatan dan berharap rakan-rakan seperjuangan yang lain turut berbuat demikian. Sudah terlalu lama persatuan ini bergolak.

"Kita perlu sedar, ada orang tidak sukakan kita. Jadi, kita perlu memberi peluang kepada individu lain untuk memimpin," kata Awang Sham yang juga Presiden Persatuan Sepak Takraw Sabah (Astaka).

Awang Sham berkata, beliau yakin ramai individu di luar sana yang boleh memimpin persatuan ini tetapi sedikit perubahan perlu dilakukan, terutamanya yang berkaitan dengan perlembagaan.

Untuk rekod, Awang Sham pernah menggalas tugas selaku pengurus pasukan pada temasya Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China.

Sementara itu, Naib Presiden IV, Datuk Dr. Paruwadi Musa berkata, isu peletakan jawatan Ahmad hanya satu mainan politik dan dicetuskan oleh individu-individu tidak bertanggungjawab.

"Jangan campuradukkan sukan dengan politik. Kita sepatutnya berfikir bagaimana cara untuk memajukan sukan tradisi orang- orang Melayu ini. Sukan ini sedang menuju ke era profesional.

"Persoalan utama, sekiranya Ahmad mengundurkan diri, siapa calon yang lebih layak dan terbaik untuk menggantikan tempat tersebut?

"Sebenarnya, beliau (Ahmad) tidak ada masalah untuk meletak jawatan. Beliau tidak ada apa-apa kepentingan. Beliau cuma sayangkan sukan ini dan sanggup mengeluarkan duit poket sendiri untuk kemajuan sukan ini," kata Paruwadi yang juga Presiden Persatuan Sepak Takraw Sarawak (PSS).

Menurut Paruwadi, kemerosotan sukan sepak takraw di negara ini bukan berpunca daripada presiden, pengurus atau jurulatih.

Sebaliknya, sikap para pemain itu sendiri yang menyebabkan mutu sukan ini semakin merudum sejak akhir-akhir ini.

"Segala-galanya tidak akan menjadi tanpa kerjasama dan semangat para pemain itu sendiri. Apa yang saya lihat, kegagalan skuad negara berpunca daripada tiadanya semangat juang yang tinggi dalam diri para pemain.

"Kekurangan ini dapat dilihat dengan jelas, terutamanya pada temasya Sukan SEA 2011 di Indonesia bulan lalu. Para pemain negara kelihatan lesu, tidak bermaya dan seolah-olah belum bersedia untuk menghadapi perlawanan penting tersebut.

"Persatuan menerusi jurulatih dan pengurus telah melakukan segala-galanya tetapi sikap para pemain itu sendiri yang menyebabkan mereka tewas.

"Saya tidak berdiri teguh di belakang Ahmad tetapi akan memberi sokongan padu kepada individu yang boleh buat kerja. Ahmad memiliki ciri-ciri yang diperlukan itu," kata Paruwadi yang menggalas tugas selaku pengurus skuad wanita pada Sukan SEA lalu.

Paruwadi menegaskan, secara peribadi beliau beranggapan sesiapapun yang memegang jawatan presiden akan berdepan masalah sekiranya sikap berpolitik wujud dalam persatuan tersebut.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden PSM, Mohd. Shapian Ali menganggap pemecatan Ahmad bukan jalan penyelesaian terbaik.

Sebaliknya, Shapian yang juga Presiden Persatuan Sepak Takraw Negeri Terengganu (PSTNT) menegaskan, semua persatuan negeri perlu bangkit dan mengadakan program pembangunan masing-masing.

"Tidak ada kejohanan atau program pembangunan dibuat oleh persatuan-persatuan negeri menyukarkan PSM untuk mencari pemain bagi mewakili negara," katanya ketika diminta mengulas mengenai kemerosotan prestasi skuad negara di pentas antarabangsa sejak kebelakangan ini.

Menurut Mohd. Shapian, beliau yakin negara dapat melahirkan pemain-pemain baharu melalui program pembangunan sekiranya persatuan-persatuan negeri bergerak aktif dan tidak berpeluk tubuh.

"Tiada langsung program dan kejohanan menyebabkan kita ditinggalkan oleh negara- negara lain," katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, PSM juga perlu melihat semula keupayaan jurulatih-jurulatih yang ada kerana sukan itu sekarang semakin pantas berkembang.

"PSM perlu tingkatkan ilmu pengetahuan jurulatih dengan ilmu-ilmu baharu.

"Kekecewaan pada Sukan SEA 2011 di Indonesia bulan lalu sepatutnya dijadikan iktibar dan pengajaran untuk mengembalikan semula kegemilangan sukan tersebut," jelas beliau.

Full content generated by Get Full RSS.

Chong Wei ke separuh akhir

Posted:

Chong Wei ke separuh akhir

Chong Wei ke separuh akhir


CHONG WEI perlu menyelesaikan tugas dengan Chen Long hari ini sebelum mengesahkan tempat ke final.


JAGUH perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei bakal membuat perhitungan dengan bintang muda China, Chen Long pada aksi separuh akhir Kejohanan Badminton Siri Super Akhir di Luizhou, China hari ini.

Terdahulu, Chong Wei mengesahkan slot ke peringkat separuh akhir selepas muncul juara Kumpulan A.

Selepas berjaya membenam cabaran perseorangan Jepun, Sho Sasaki pada aksi pembukaan Rabu lalu dan menundukkan Simon Santoso dari Indonesia sehari kemudian, rentak kecemerlangan tersebut diteruskan Chong Wei semalam.

Tampil selaku pemain pilihan pertama kejohanan, Chong Wei menepati ramalan awal apabila mencatatkan kemenangan ke atas perseorangan Denmark, Peter Gade 24-22, 21-14 pada aksi terakhir Kumpulan A.

Ia sekali gus membolehkan pemain No. 1 dunia itu muncul juara Kumpulan A dan bakal berdepan dengan Chen Long yang sekadar muncul naib juara Kumpulan B.

Atas kertas, Chong Wei, 29 tidak berdepan masalah sukar untuk menundukkan Chen Long berdasarkan rekod pertemuan kedua-dua pemain sebelum ini.

Ini kerana, ia lebih memihak kepada jaguh negara itu apabila mencatatkan lima kemenangan daripada lapan perlawanan ke atas Chen Long.

Namun, peningkatan prestasi yang dipamerkan Chen Long dalam beberapa kejohanan sebelum ini dilihat mampu memberikan sedikit kesukaran untuk menumbangkan pemain negara Tembok Besar itu.

Andai berjaya menundukkan Chen Long, Chong Wei dijangka berdepan satu lagi tugas getir pada aksi final.

Ini kerana, dia dijangka berdepan seteru utama yang juga merupakan rakan senegara Chen Long, Lin Dan yang akan menentang Peter Gade dalam satu lagi pertemuan separuh akhir hari ini.

Selaku juara Kumpulan B, Lin Dan diramal tidak mempunyai masalah untuk menewaskan Peter Gade, sekali gus mara ke final.

Sebagai rekod, Chong Wei kini memburu gelaran juara keempat berturut-turut bagi Siri Super Akhir kali ini selepas memenanginya pada 2008, 2009 dan 2010.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


131 mati minum samsu haram

Posted:

131 mati minum samsu haram

131 mati minum samsu haram

DUA jururawat merawat seorang mangsa samsu haram di sebuah hospital di Diamond Harbour, India semalam.


KOLKATA, India – Seramai 143 orang mati di timur India selepas meminum samsu yang dipercayai dicampurkan dengan bahan kimia beracun dan metanol, kata seorang pegawai semalam.

Beberapa hospital di daerah 24-Parganas, 30 kilometer ke barat bandar Kolkata dipenuhi pesakit yang meminum samsu haram itu.

Kebanyakan mereka yang menjadi mangsa samsu itu terdiri daripada buruh dan pengayuh beca yang tidak mampu membeli arak yang berjenama.

Samsu diminum secara meluas di India kerana harga minuman itu yang murah.

Seorang penduduk di lokasi terbabit memberitahu agensi berita AFP bahawa 0.5 liter samsu dijual pada harga cuma 6 rupee (RM0.35).

Majistret daerah 24-Parganas, Narayan Swarup Nigam melalui wawancara telefon berkata, ramai lagi mangsa kini kritikal akibat meminum minuman keras haram itu.

Katanya, metanol iaitu sejenis alkohol yang digunakan sebagai bahan antibeku atau bahan api industri, ditemui di dalam organ 20 mayat mangsa yang dibedah siasat oleh beberapa doktor sekali gus mengukuhkan dakwaan bahan kimia itu menjadi punca kematian mereka.

Metanol boleh menyebabkan hilang penglihatan, kerosakan hati dan akhirnya kematian.

"Metanol ditemui dalam organ sekurang-kurangnya 20 orang mangsa. Ia mungkin bukan satu-satunya punca kematian mereka. Kami masih menyiasat," kata seorang pegawai sebuah hospital tempatan, Chiranjib Murmu.

Setakat ini, empat orang telah ditangkap berhubung kematian tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Menteri Bengal Barat, Mamata Banerjee mengumumkan bahawa satu siasatan akan dijalankan manakala keluarga setiap mangsa akan diberikan pampasan sebanyak 200,000 rupee (RM11,831).

"Saya mahu mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang membuat dan menjual arak haram (samsu)," kata Mamata dalam satu temu bual bersama sebuah stesen televisyen semalam. – Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

Konsert K-Pop pertama di Brazil

Posted:

Konsert K-Pop pertama di Brazil

Konsert K-Pop pertama di Brazil


KUMPULAN 4Minute membuat persembahan di Sao Paulo, Brazil kelmarin. - AFP


SAO PAULO, Brazil - Sejumlah peminat menonton buat kali pertama konsert penyanyi dan band pop dari Korea Selatan di Easpaco das Americas di sini kelmarin.

Penyanyi pop, G.NA, kumpulan nyanyian 4Minute dan Beast menyertai konsert tersebut yang berlangsung selama dua setengah jam.

Kumpulan 4Minute memulakan persembahan itu dengan lagu Muzik dan mengalu-alukan kehadiran para peminat.

Para peminat itu menjerit ke arah kumpulan tersebut dalam bahasa Korea yang bermaksud 'saya sayang kamu'.

Penyanyi G.NA turut menyanyikan lagu permintaan daripada para peminat iaitu Take a Bow yang dipopularkan oleh Rihanna.

Kumpulan Beast menyanyikan lagu Shock, Soom, Rainy Days, Fiction dan beberapa lagu lain daripada album mereka.

Semua penghibur dari Korea Selatan yang dikenali sebagai K-Pop itu bernaung di bawah syarikat Cube Entertainment. - Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

Anak ingat pesanan Jackson

Posted:

Anak ingat pesanan Jackson

Anak ingat pesanan Jackson


PARIS (kiri) diwawancara oleh Ellen DeGeneres di studio stesen televisyen NBC di Burbank, California kelmarin. - AP


LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Penyanyi terkenal, Michael Jackson pernah memberitahu anak perempuannya Paris bahawa: "Jika saya mati esok, sentiasa ingat akan pesanan saya."

Paris berkata, bapanya yang bergelar Raja Pop itu turut memberi galakan supaya dia mengembangkan bakat lakonannya.

Dalam wawancara solo kali pertama di televisyen kelmarin, Paris yang akan membintangi filem pertamanya tidak lama lagi menyatakan, dia minat untuk berlakon sejak kecil.

Menurut remaja berkenaan, pada awalnya dia menganggap perbuatan bapanya memaksa dia dan adik beradik lain memakai topeng sebagai 'bodoh'.

"Saya pada mulanya berfikir, bodohnya, mengapa saya perlu memakai topeng muka?" katanya sebelum menambah. "Apabila saya semakin berusia saya akhirnya sedar bahawa dia cuma mahu melindungi kami." kata Paris.

Menurutnya, dia dan adik-beradiknya iaitu Prince Michael dan Blanket dipaksa memakai topeng muka sewaktu kecil bagi melindungi identiti mereka.

Paris muncul dalam rancangan bual bicara popular AS yang dihoskan oleh Ellen DeGeneres semasa diwawancara itu.

"Saya tahu bapa saya pandai menyanyi tetapi saya tidak tahu dia boleh berlakon. Apabila saya melihat lakonannya dalam filem Moonwalker (1988) saya berkata, hebatnya, saya mahu menjadi sepertinya (Jackson)," ujar gadis itu.

"Kami berlatih berlakon bersama, dia akan memberikan beberapa senario dan memberi arahan seperti dalam adegan ini kau akan menangis dan saya akan terus menangis," tambahnya.

Ditanya sama ada dia boleh menangis secara spontan, Paris memberitahu: "Ya, walaupun kerap kali saya bukan benar-benar menangis."

"Bapa saya berkata, jika dia mati esok, sentiasa ingat pesanannya dan saya mengingati dan menurut semua pesanan itu." ujarnya.

Paris yang berusia 11 tahun ketika Jackson meninggal dunia pada 25 Jun 2009 akan membintangi sebuah filem animasi, Lundon's Bridge and the Three Keys yang diadaptasi daripada sebuah siri buku cerita remaja. - AFP

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Geng 'Cicak' edar dadah guna kereta mewah tumpas

Posted:

Geng 'Cicak' edar dadah guna kereta mewah tumpas

Geng 'Cicak' edar dadah guna kereta mewah tumpas

16/12/2011 8:49pm

KUALA LUMPUR - Geng 'Cicak', yang baru berjinak-jinak mengedar dadah menggunakan kereta mewah yang dicuri, ditumpaskan polis apabila dua anggotanya ditangkap di Puchong, Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Serdang, Supt. Abdul Razak Elias berkata, dua lelaki berumur 27 dan 39 tahun itu, yang mempunyai tatu cicak di dada, ditahan dalam dua operasi berasingan hasil risikan dan intipan polis.

"Kira-kira 3 petang pada 14 Dis, seorang lelaki dilihat dalam keadaan mencurigakan di kawasan parkir sebuah pangsapuri di Puchong dan cuba melarikan diri menaiki sebuah kereta jenis Toyota Camry selepas dihampiri polis.

"Lelaki itu kemudian ditahan dan pemeriksaan lanjut mendapati kereta itu dilaporkan hilang di Johor pada 13 November lepas," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, suspek kemudian membawa polis ke satu unit rumah di pangsapuri itu dan menahan suspek kedua yang juga ketua geng berkenaan. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Lesen sementara tak atasi masalah bas di Selangor

Posted:

Lesen sementara tak atasi masalah bas di Selangor

Lesen sementara tak atasi masalah bas di Selangor

16/12/2011 5:36pm

KUALA LUMPUR - Mengeluarkan lesen sementara kepada pengusaha berkemampuan bukanlah penyelesaian terbaik terhadap isu pemberhentian perkhidmatan bas City Liner di Selangor, kata Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja Pengangkutan Semenanjung Malaysia (TWU), Datuk Zainal Rampak.

Beliau berkata, sebaliknya Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), yang mengemukakan cadangan itu, perlu menjalankan kajian lebih mendalam mengapa Konsortium Transnasional Bhd (KTB) yang mengendalikan City Liner memberikan alasan kerugian untuk menggantung perkhidmatannya di Selangor.

"Saya nak nyatakan ini (lesen sementara) bukan satu 'solution' untuk atasi masalah, tetapi isu besar di sini ialah KTB tidak mampu menanggung kerugian akibat persaingan yang terlalu besar ekoran terlalu banyak syarikat bas yang beroperasi di sesuatu laluan, berbanding hanya satu syarikat (bas) dahulu," katanya. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Pegawai Imigresen cedera ditumbuk dalam operasi

Posted:

Pegawai Imigresen cedera ditumbuk dalam operasi

Pegawai Imigresen cedera ditumbuk dalam operasi

16/12/2011 5:29pm

MELAKA - Seorang pegawai Imigresen cedera dalam pergelutan dengan dua warga Afika ketika bertugas dalam Operasi "Gagak Hitam" di Kota Laksamana di sini, semalam.

Pengarahnya, Kamalludin Ismail berkata, pegawainya itu, R. Kunalan, 29, cedera di bahagian rusuk kiri, lutut dan lengan akibat ditumbuk dan dilempar dengan kerusi dalam operasi kira-kira jam 1.45 tengah hari.

Beliau berkata, beberapa anggota lain turut mengalami kecederaan kecil seperti terseliuh dan lebam di beberapa anggota badan di lokasi lain di tempat yang sama dalam operasi sehari itu yang bermula jam 1 tengah hari hingga 8.30 malam, katanya kepada pemberita di Kompleks Kementerian Dalam Negeri di Ayer Keroh di sini hari ini.

Katanya, dalam kejadian berasingan, seorang warga Afrika turut mengalami kecederaan serius di kepala apabila terlanggar tiang ketika cuba melarikan diri daripada pemeriksaan Imigresen. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pesona

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pesona


Promosi bisnes dalam talian

Posted:

Promosi bisnes dalam talian

Promosi bisnes dalam talian

Oleh SUHANA VERU

MEMANG sudah lumrah, kecantikan tidak boleh dipisahkan daripada dunia mana-mana wanita. Begitu juga dengan Aleeya Zailan, 26. Dia mengakui, mulaa obses dengan kecantikan dan gemar mencalit mekap ke wajah sejak belajar di sekolah rendah.

Sukar untuk dipercayai, namun gadis yang tidak lekang dengan senyuman itu juga memberitahu, dia pernah menyolek rakannya ketika masing-masing berada dalam darjah lima.

"Bayangkan masa itu saya masih kecil, tetapi sudah pandai menyolek. Kawan saya ketika itu gembira bukan kepalang kerana wajahnya telah disolek cantik. Sebagai balasan, saya minta dia ikut saya ke kelas mengaji al-Quran," katanya sambil ketawa.

Kebiasaannya, kata Aleeya, alat solek milik ibunya akan menjadi 'mangsa' eksperimen kreatifnya itu.

"Jika ibu tiada di rumah, alamatnya habislah alat-alat solek ibu. Pada masa yang sama, minat menyolek itu semakin menebal dalam diri setiap kali melihat mak cik saya yang gemar bersolek di rumah," imbasnya.

Minat Aleeya itu ternyata terus berkembang ketika dia melangkah masuk alam remaja. Begitupun, pada tahun 2002 selepas tamat menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dia telah melanjutkan pengajian di peringkat ijazah dalam bidang Pengurusan Perniagaan, Pengajian Perhubungan Politik di Universiti Auckland, New Zealand.

Enam tahun di perantauan, gadis itu bertuah kerana dikelilingi adik-beradik dan juga ibunya yang bertugas dalam bidang penyiaran televisyen di Negara Kiwi itu.

Diajak mengimbau perjalanan hidupnya sebelum bergelar jurusolek sepanjang berada di luar negara, gadis itu berkata, dia ada juga menyolek rakan-rakan sekuliahnya.

Bagi menambah duit poket, dia menjadi jurusolek secara sambilan walaupun masih tidak menyertai sebarang kursus solekan.

Biasanya para pelanggannya merupakan kawan-kawan yang mahu menghadiri majlis-majlis makan malam, hari jadi dan majlis perkahwinan.

"Di sana (New Zealand), mereka akan mendapatkan khidmat saya untuk menyolek memandangkan ia murah berbanding di luar. Lagipun masing-masing merupakan pelajar.

"Soal harga tidak begitu menjadi masalah," ujar Aleeya yang masih mengingati bayaran solekan pertama yang diterimanya iaitu sejumlah NZ$20 (RM48).

Bertitik-tolak dari itu, skil solekannya mendapat sambutan yang menggalakkan. Lebih daripada kepuasan menjana wang, Aleeya sebenarnya lebih gembira dapat mencantikkan kaum Hawa.


ALEEYA sentiasa mengambil sikap berhati-hati agar dapat menghasilkan solekan yang sempurna.


Fasa baharu

Sejurus kepulangannya ke tanah air kira-kira tiga tahun lalu, Aleeya tidak memerlukan masa yang lama untuk menempuhi fasa baharu dalam hidupnya sebagai wanita.

Aleeya telah melangsungkan perkahwinan dengan Azri Aziz, 26 - seorang jejaka yang mengikuti pengajian di United Kingdom dan dihubungkan melalui Skype sepanjang perkenalan mereka.

Dikurniakan seorang cahaya mata berusia setahun, Aleeya langsung tidak menganggap status baharunya sebagai penghalang untuk mengejar impian.

"Bukan hendak mendabik dada. Saya sebenarnya tidak mengikuti sebarang kursus solekan, sebaliknya bergantung kepada kreativiti sendiri," jelasnya yang memulakan kerjaya sebagai jurusolek bebas pada awal tahun 2010.

Begitupun, ungkapnya, bersolek bukan kerja remeh, ia memerlukan konsentrasi dan kesungguhan supaya dapat membangkitkan wajah yang cantik tanpa meninggalkan sebarang cacat cela.

"Alhamdulillah, setakat ini saya tidak pernah berdepan dengan pelanggan yang terlalu cerewet. Belum pernah ada lagi pengalaman dimarahi pelanggan," katanya.

Pengalaman demi pengalaman membuatkan wanita itu semakin yakin dengan hasilnya lebih-lebih lagi apabila ramai pelanggan melahirkan rasa puas hati. Semua itu dijadikan pembakar semangat buatnya mengembangkan kerjaya sebagai jurusolek bebas.

Cari strategi

Pada mulanya, gadis yang berasal dari Umbai Melaka, itu mengakui dia tercari-cari langkah yang berkesan untuk melebarkan sayapnya dalam perniagaan berkenaan di Malaysia.

Melihat prospek bisnes tersebut bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan, dia mempunyai strategi tersendiri untuk menempa nama.

"Awalnya memang agak sukar untuk menembusi bisnes ini. Jika mahu mendapat sambutan, saya perlu melakukan pengiklanan dan pemasaran.

"Ia sudah pasti menelan belanja yang besar jika dibandingkan keuntungan yang diperoleh. Tanpa rasa berputus asa, saya akhirnya bertemu jalan penyelesaian dengan memperkenalkan peraduan Help Me I Need a Makeover Contest agar mudah dikenali," ujarnya mengenai pertandingan dalam talian itu.

Melalui idea yang berjaya menarik perhatian ramai wanita itu, peserta hanya perlu menyenaraikan sebab-sebab mereka perlu disolek. Bagi yang terpilih, mereka berpeluang menikmati hadiah berbentuk solekan sentuhan Aleeya sendiri, set berus solek dan mengikuti satu set penggambaran.


BLOG aleeyazailan.blogspot.com ini mempunyai ramai pengikut.


Meskipun baru setahun jagung dia memulakan konsep sedemikian, nampaknya usahanya itu nyata berbaloi.

"Dengan kerjasama suami yang merupakan penaja utama dalam pertandingan, boleh dikatakan kini saya mula dikenali dalam kalangan remaja.

"Selepas mengadakan pertandingan itu, pelanggan juga semakin ramai hari demi hari. Boleh dikatakan rezeki itu sentiasa ada," jelasnya bersyukur.

Berbicara lanjut mengenai kejayaannya itu, dia juga turut mendapat kerjasama daripada seorang rakan baiknya.

"Dalam pertandingan ini, saya juga mendapat bantuan daripada kawan saya, Siti Norhajar Abu Bakar, seorang pendandan rambut. Setiap kali pertandingan diadakan, dia banyak membantu terutamanya yang berkaitan hal penggayaan rambut.

"Kami berdua juga mendapat perhatian dalam kalangan artis tanah air. Ia merupakan satu perkembangan yang

Full content generated by Get Full RSS.

Keletah di taman tema air

Posted:

Keletah di taman tema air

Keletah di taman tema air

Oleh SUHANA VERU


SEORANG ibu membawa anaknya meluncur bersama di Sunway Lagoon.


SUASANA Sunway Lagoon pada 10 Disember lalu nyata sungguh berbeza jika dibandingkan dengan hari-hari biasa apabila lebih 1,000 pelanggan Friso, jenama nutrisi tenusu terkemuka berkumpul memeriahkan program yang dianjurkan syarikat tersebut.

Acara yang dinamakan Friso Pool Party diadakan sebagai tanda penghargaan terhadap pengguna dengan memberi peluang kepada lebih 1,000 orang yang terdiri daripada ibu bapa dan kanak-kanak dari seluruh Semenanjung Malaysia untuk berhibur di taman tema tersebut.

Acara yang terbuka untuk orang awam terutamanya pengguna produk Friso ternyata mendapat sambutan menggalakkan apabila rata-rata peserta yang terpilih mula berkumpul di taman tema itu seawal pukul 6 pagi kerana tidak mahu melepaskan peluang keemasan tersebut.

Sebagai pembuka tirai, kesemua kanak-kanak dihiburkan dengan persembahan badut Coco selain senaman aerobik.

Tidak ketinggalan permainan belon dan permainan gelung hula.

"Acara tersebut merupakan satu platform untuk menggalakkan ibu bapa muda merapatkan hubungan mereka dengan anak masing-masing. Ini hari untuk mereka bergembira," kata Pengarah Pemasaran Dutch Lady Malaysia, Rahul Colaco.

Bagi memeriahkan lagi majlis itu, Friso turut menganjurkan aktiviti seperti pencarian harta karun di pantai dan permainan air.

Walau bagaimanapun, kesemua aktiviti permainan air tersebut direka khas untuk ibu bapa bersama anak-anak mereka.

Menariknya, permainan tersebut bukan dimainkan hanya untuk suka-suka kerana pihak penganjur menawarkan beberapa hadiah menarik seperti skuter, set khemah dan set lego untuk pemenang.

Antara aktiviti permainan lain termasuklah membawa bola ping pong, memukul belon air, membina istana pasir dan banyak lagi.

Kemeriahan Sunway Lagoon hari itu bukan hanya disebabkan keletah anak-anak yang girang apabila berpeluang mandi-manda sambil mengikuti pelbagai sukaneka tetapi juga, dek aksi ibu bapa yang turut teruja.

Ada ibu yang tidak menang tangan bermain air, membantu anak membawa bola ping pong, manakala si bapa pula penuh tangan menjinjing pelampung.


SEORANG kanak-kanak asyik membina istana pasir di Sunway Lagoon.


Seharian bermain air

Seorang ibu, Nurhidayah Juhan, 24, berkata, aktiviti yang diadakan sememangnya menyeronokkan terutamanya buat anak-anak.

"Boleh dikatakan kami menghabiskan masa sehari suntuk di taman tema ini memandangkan terlalu banyak aktiviti yang boleh dimanfaatkan. Memang penat untuk mengelilingi seluruh tempat ini tetapi, ia sangat menyeronokkan," jelasnya sambil memuji penganjuran acara yang diadakan sesuai pada musim cuti sekolah.

Pendapat itu turut disokong Muhammad Ali Jusoh, 38.

Katanya, bukan hanya kanak-kanak sahaja yang terhibur dengan aktiviti disediakan malah, golongan ibu bapa juga teruja dengan setiap permainan di sana.

"Sebagai pelanggan tetap, saya berharap acara seperti ini diteruskan pada masa akan datang," jelasnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Aloha piza

Posted:

Aloha piza

Aloha piza



SIAPA kata membuat piza adalah satu perkara yang susah? Bagi saya ia boleh menjadi salah satu cara yang menjimatkan dengan mengitar semula lebihan makanan seperti ayam panggang atau daging ayam belanda yang masih berbaki daripada parti makan malam.

Saya dapati ramai yang kurang menggemari doh piza yang tebal. Saya sendiri lebih gemarkan menikmati doh piza yang nipis kerana tidak memberi rasa muak apabila menikmati piza dan dapat mengelakkan pembaziran. Salah satu alternatif terbaik untuk doh piza nipis ialah dengan menggunakan roti Lebanon. Ia boleh didapati di pasar raya atau kedai roti.

Apa yang menarik dengan piza ini ialah kita boleh mempelbagaikan hiasan atas (topping) mengikut cita rasa keluarga. Anda boleh gantikan ayam dengan bahan lain seperti hirisan sosej, tuna dan sebagainya.

Bagi golongan ibu, resipi ini pasti boleh menambat hati anak kecil. Anda boleh gantikan bahan topping dengan apa sahaja makanan kegemaran anak anda dan pada masa yang sama masukkan sayuran seperti hirisan bayam agar lebih berkhasiat.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Tidak serik beraksi seksi

Posted:

Tidak serik beraksi seksi

Tidak serik beraksi seksi

NAMA Nurul Ain Nordin, 23, sebelum ini tiada siapa yang peduli apatah lagi ingin mencungkil siapakah gerangannya. Namun, apabila gambar mirip aksi separuh bogelnya itu tersebar di internet ramai pula pihak yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang siapakah gerangannya Nurul Ain dan tidak kurang juga yang mengeji dan menyifatkan penampilan pelakon yang baru setahun jagung itu sebagai melampau.

Semua itu berlaku akibat sikap terbuka Nurul Ain beraksi memakai kain batik dan mendedahkan belakang badannya sehingga ke pangkal punggung untuk hiasan poster filem pertamanya Suatu Malam Kubur Berasap.

Namun, perlukah mendedahkan tubuh untuk sebuah produksi filem tempatan?

Nurul Ain memberikan jawapan klise - dia sanggup melakukankannya demi menjayakan watak. Katanya, perkara itu dilakukan atas perjanjian bersama dengan pihak produksi filem itu iaitu OutLoud Studios Sdn. Bhd.

"Saya cuma mendedahkan belakang badan saya pada kru filem tetapi tidak pada penonton.

Dalam filem itu nanti penonton akan lihat belakang badan saya itu terdapat efek akar dan kudis dan ia sama sekali menutupi belakang badan saya," katanya yang melakonkan watak wanita bernama Siti Chempaka yang mati dirogol dan dibunuh dalam filem Suatu Malam Kubur Berasap yang dijadualkan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara menjelang 22 Disember ini.

Dalam nada kesal, ujar Ain, dia tidak sangka gambar yang dirakamkan itu disebarkan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab tanpa pengetahuannya.

"Saya mangsa keadaan. Saya tidak tahu bagaimana gambar itu boleh tersebar. Saya dapat tahu mengenai gambar itu juga melalui sebuah blog lantas terkejut dan sedih dengan tindakan serta komen-komen yang dilemparkan penulis tersebut kepada saya.

"Saya tidak pasti bagaimana gambar itu boleh terlepas ke tangan individu itu kerana mengikut perjanjian bersama dengan pihak produksi gambar itu hanya digunakan untuk proses suntingan poster filem Suatu Malam Kubur Berasap," luahnya kecewa kepada Kosmo! ketika sesi fotografi yang berlangsung di Studio Utusan, Kuala Lumpur.

Apa yang menjadi persoalan, adakah gambar tersebut disebarkan oleh pihak produksi sendiri sebagai salah satu strategi untuk mencipta kontroversi seterusnya melariskan filem tersebut? Kenapa Nurul Ain tidak berfikir jauh sebelum beraksi sedemikian rupa? Atau mungkin dia terlalu naif mengikut sahaja kemahuan pihak produksi atau berpura-pura kesal tetapi sanggup berkorban demi menjayakan watak?

Ekoran penyebaran gambar tersebut juga anak kedua daripada tiga beradik itu dihimpit kebencian maha hebat daripada keluarga, teman-teman dan juga pensyarah-pensyarahnya.

Malah, muncul khabar angin Nurul Ain turut dibuang universiti dan keluarga. Benarkah?

"Saya bukan kena buang. Memang ada seorang daripada pensyarah fakulti saya yang mengeluarkan kenyataan kepada pihak fakulti bahawa saya tidak layak digelar pelajar dan patut dibuang ekoran kontroversi tersebut.

"Atas sebab itu saya segera berjumpa dengan dekan dan memberitahu perkara sebenar kepadanya. Akhirnya saya dapat meneruskan pembelajaran saya yang tinggal hanya satu semester itu dan berjaya menamatkannya sebelum memperoleh diploma Teknologi Kreatif dan Artistik.

"Saya akui memang ibu saya begitu marah dan terkilan dengan tindakan saya dan penyebaran gambar tersebut. Hampir sebulan dia tidak mahu bercakap dan berjumpa dengan saya. Malah, sehingga kini dia masih marahkan saya dengan penyebaran gambar tersebut.

"Saya faham ibu marah sebab dia merupakan pensyarah dan kaunselor. Bila jadi isu macam ini ramai yang keluar kenyataan berbaur kecaman di facebook dan blog yang berbunyi 'mak kaunselor tetapi anak berperangai macam ini'," ujarnya yang turut mengakui ibunya sebelum ini tidak mengetahui tentang tindakannya beraksi sedemikian rupa dalam filem tersebut.

Ungkap Ain yang memohon dirahsiakan nama universiti tempat dia belajar, teman lelaki dan juga rakan-rakannya sanggup memutuskan hubungan dengan dirinya selepas tercetuskan kontroversi penyebaran gambar tersebut.

Ditanya adakah dia serik untuk beraksi seksi seperti itu menerusi drama atau filem lain selepas ini, tuturnya berani dan tegas: "Saya tidak serik dan tetap akan beraksi seksi jika itu tuntutan jalan cerita. Asalkan ia tidak terlalu keterlaluan."

"Saya berani untuk buat lakonan seperti itu lagi. Kita kena ambil yang positif. Masih belum ada lagi pelakon wanita yang berani seperti itu. Saya mahu berlakon seperti pelakon-pelakon wanita Hollywood yang tidak takut menjayakan apa jua watak yang diminta tetapi ia tidaklah sehingga keterlaluan," tegasnya.


DARI kiri: Angah, Ain dan Isma berganding dalam filem Suatu Malam Kubur Berasap.


Sementara itu, menurut penerbit eksekutif dan Outloud Studio yang juga merupakan pengarah Suatu Malam Kubur Berasap, Ernie Chen, foto kontroversi membabitkan Nurul Ain tersebut bukan disebarkan oleh pihaknya dan dia sendiri tidak mengetahui siapakah dalang di sebalik perbuatan tidak bermoral itu.

"Kami tidak mempromosikan foto sebegitu kerana itu bukan apa yang kami rancangkan. Ia juga tidak masuk dalam rangka promosi kami dan saya rasa orang lain yang cuba untuk 'mempromosi'kan filem ini untuk kami.

"Foto itu juga sebenarnya tidak akan keluar langsung sebegitu rupa kerana apa yang ingin dilakukan adalah menambah mekap untuk Ain kelihatan seperti hantu dan bukannya terdedah seperti yang tersebar dalam laman web itu," tegas Ernie yang turut memberitahu terdapat dua babak filem itu telah dipotong atas arahan Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM).

Dua babak tersebut membabitkan babak Ain yang baru selesai mandi di sebatang sungai yang mana menampakkan sedikit bahagian bahunya dan babak lakonan Ain bersama Zach X-Factor, yang mana Zach ketika digambarkan sebagai mencium dahi Ain.

Menurut Ernie, dia sendiri tidak faham mengapa babak tersebut harus dipotong kerana ia tidak keterlaluan sepertimana filem-filem romantik tempatan lain yang tidak pula dipotong babak-babak sebegitu.

"Namun, kami terpaksa akur dengan permintaan LPF dan memotong dua babak tersebut yang masing-masing memakan durasi selama dua saat.

Katanya lagi: "Dari mula penyebaran foto dan kontroversi itu secara meluas menerusi internet, pihak kami mereka tidak pernah ingin memberi sebarang penjelasan mengenai isu tersebut merasakan ia suatu perkara yang tidak perlu."

Full content generated by Get Full RSS.

Janji Ruth Sahanaya

Posted:

Janji Ruth Sahanaya

Janji Ruth Sahanaya

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN


RUTH terharu Kathy muncul sebagai penyanyi undangan pada konsertnya nanti.


SEPANJANG pembabitannya dalam industri hiburan selama 25 tahun, pelbagai rentetan kejayaan yang telah diraih oleh penyanyi terkenal Indonesia, Ruth Sahanaya sebagai seorang anak seni.

Cukup popular dengan lagu berjudul Kaulah Segalanya yang turut mampu menawan pendengar di negara ini, Ruth pernah meraih beberapa anugerah yang bertaraf dunia serta membuat persembahan di luar negara seperti menjadi penyanyi undangan dalam konsert penyanyi Mario Frangoulis pada tahun 1992.

Bagaimanapun, mungkin tidak ramai yang mengetahui bahawa penyanyi kelahiran Bandung itu sebelum ini pernah cuba mengambil keputusan untuk tidak meneruskan kerjayanya sebagai seorang penyanyi.

"Sebenarnya sewaktu saya mula lahir dengan album pertama pada tahun 1987, saya sudah terfikir untuk tidak mahu lagi menjadi seorang penyanyi kerana perjalanan hidup yang sudah berubah.

"Ketika itu saya fikirkan dengan menjadi seorang penyanyi sudah tentu saya tidak mampu menjalani kehidupan normal seperti makan di tempat umum. Namun, sangkaan saya silap kerana selama 25 tahun dalam bidang ini saya masih mampu menjalani kehidupan seperti biasa," ujarnya.

Ketika ditemui sewaktu sidang akhbar kedua sempena Konsert 25 Tahun Ruth Sahanaya, penyanyi tersebut memberitahu, dengan sokongan yang diberikan oleh ahli keluarga serta rakan-rakan membuatkan dia membatalkan hasrat untuk berhenti menjadi penyanyi.

Jelasnya, sebagai seorang anak yang paling bongsu dalam keluarga, dia sering kali diberi dorongan oleh kedua-dua orang kakaknya yang turut mempunyai minat dalam bidang nyanyian.

"Selain itu rakan-rakan rapat juga menjadi sebab utama kepada kejayaan saya sekarang. Tanpa pengetahuan saya, mereka telah mendaftarkan nama saya untuk menyertai sebuah pertandingan nyanyian.

"Sehingga mereka sanggup mengumpulkan duit beramai-ramai untuk membayar wang pendaftaran pertandingan berkenaan sehinggalah saya muncul sebagai juara. Jadi, sudah tentu saya akan mengecewakan mereka sekiranya saya berhenti menyanyi," ujarnya.

Pada masa yang sama, ibu kepada dua orang anak perempuan iaitu Nadine dan Amabel yang masing-masing berusia 16 tahun dan 11 tahun itu memberitahu dia tidak kisah sekiranya mereka mahu menjadi penyanyi sepertinya.

Menurut Ruth, dia mulanya tidak menyangka kedua-dua anaknya itu mempunyai bakat menyanyi sehinggalah mereka muncul sebagai pemenang dalam sebuah pertandingan nyanyian baru-baru ini.

"Saya langsung tidak pernah memaksa anak-anak untuk mengikut jejak langkah saya menjadi penyanyi. Buat masa ini saya hanya membenarkan Nadine untuk menjadi penyanyi memandangkan usianya yang semakin meningkat dan pada tahun hadapan dia akan mula merakamkan lagu.

"Cuma saya sentiasa menasihati Nadine supaya menjadi dirinya sendiri kalau mahu berkecimpung dalam bidang ini dan bukan disebabkan ibunya adalah penyanyi terkenal. Sebagai ibu, saya tetap menyokongnya seperti apa yang pernah saya kecapi dahulu," ujarnya.

Kenangan terindah

Pada 17 Disember ini, penyanyi ini bakal mengadakan konsert sulungnya yang akan berlangsung di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) yang dianjurkan oleh A'Acaralis Kuala Lumpur.

Ujar Ruth, dia mengakui sangat teruja serta tidak sabar untuk menghiburkan peminat-peminatnya di Malaysia dan akan memastikan konsertnya itu bakal memberikan satu kenangan yang paling indah buat mereka.

"Sebelum ini saya seringkali membuat persembahan di sini dan menganggap Malaysia sebagai rumah kedua saya. Namun, selepas 25 tahun barulah saya berkesempatan untuk mengadakan sebuah konsert solo di sini.

"Lagipun konsert ini adalah sebagai membalas pertanyaan peminat yang sering bertanyakan tentang bila saya akan mengadakan konsert di negara ini. Malah, ia adalah sebahagian daripada siri jelajah konsert saya yang bermula sejak tahun lalu," ujarnya.

Tambahnya, sewaktu konsert berkenaan dia akan menyampaikan sebanyak 30 buah lagu termasuk solo dan medley. Malah, terdapat beberapa kejutan yang akan dilakukan semasa konsert berlangsung.

Lebih istimewa lagi, penyanyi versatil iaitu Datuk Khatijah Ibrahim akan membuat penampilan istimewa dengan menyanyikan tiga buah lagu serta sebuah lagu duet bersamanya nanti.

"Saya anggap dengan persetujuan Kak Kathy yang akan tampil pada konsert saya itu adalah sebagai satu penghormatan yang cukup besar memandangkan beliau adalah seorang penyanyi Malaysia yang cukup saya kagumi," jelasnya.

Tiket-tiket untuk menyaksikan konsert tersebut yang berharga RM1,500, RM788, RM588, RM388 dan RM128 masih boleh diperolehi di beberapa cawangan Rock Corner seperti Subang Parade, Mid Valley, KLCC, The Curve dan Khatijah Restaurant Petaling Jaya serta menghubungi talian 03-79576088 atau laman web www.ilassotickets.com.

Full content generated by Get Full RSS.

Hadiah Krismas anak Bullock

Posted:

Hadiah Krismas anak Bullock

Hadiah Krismas anak Bullock


SANDRA BULLOCK tidak kisah dikecam sebagai ibu yang teruk.


MENJELANG perayaan Krismas pada 25 Disember ini, artis Hollywood sibuk membuat persiapan termasuk membeli hadiah untuk ahli keluarga dan sahabat handai. Bagaimanapun hal itu seperti tidak terjadi buat aktres Sandra Bullock.

Bullock dalam satu temu bual bersama Access Hollywood secara berjenaka memberitahu, dia tidak membeli apa-apa hadiah buat anaknya yang kini hampir berusia dua tahun, Louis.

"Apabila kita kurang memberi, mereka akan lebih kurang membuat jangkaan. Jadi apabila saya tidak memberi dia apa-apa, dia tidak punya jangkaan hadiah untuk tahun hadapan," ujar akstres berusia 47 tahun itu.

Tambahnya, dia tidak kisah jika apabila anaknya membesar, dia akan dikecam kerana kedekut atau memanggil dia sebagai ibu yang teruk.

"Saya akan jawab kepada semua soalannya dengan berkata selama ini saya telah memberi kehidupan yang mewah buat anda, jadi mengapa peduli tentang hadiah Krismas?," katanya lagi sambil ketawa.

Ironi daripada kenyataan pemenang Oscar itu, dia baru-baru ini telah berbelanja mewah untuk Louis. Bullock dikatakan telah memberi 'permainan' dari Andy Warhol yang merupakan lukisan karya artis Patrick Roberts dengan setiap satu bernilai AS$14,000 (RM45,000).

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved