Jumaat, 16 Disember 2011

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Harga ikan kini melambung

Posted:

Harga ikan kini melambung

Harga ikan kini melambung

Oleh LUQMAN RIDHWAN MOHAMED NOR
luqman.ridhwan@kosmo.com.my

HARGA ikan di seluruh negara kini meningkat ekoran musim tengkujuh. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Harga ikan di seluruh negara dijangka melambung tinggi sehingga Februari tahun hadapan setelah mengalami kenaikan mendadak sejak sebulan lalu ekoran musim tengkujuh yang dihadapi ketika ini.

Pengerusi Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT), Mohamed Dolmat (gambar) berkata, peningkatan harga ikan tersebut tidak dapat dielakkan memandangkan musim hujan membuatkan sebahagian besar para nelayan tidak boleh turun ke laut seperti biasa.

Jelasnya, keadaan itu telah menyebabkan jumlah tangkapan ikan menurun dan menjadi punca ikan dijual pada harga yang tinggi di pasaran.

"Masalah ini akan membelenggu pengguna sehingga bulan Februari tahun hadapan kerana musim tengkujuh yang dihadapi sejak Oktober lalu hanya akan berakhir pada bulan berkenaan.

"Jadi, orang ramai yang bergantung harap kepada ikan disarankan menggantikan ia dengan bahan lain seperti ayam jika tidak sanggup membeli ikan dengan harga yang mahal," katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Beliau berkata demikian mengenai rungutan orang ramai mengenai kenaikan mendadak harga ikan di pasaran ketika ini.

Dalam satu tinjauan di Alor Setar mendapati, harga ikan kembung naik mendadak apabila ia dijual pada harga RM10 sekilogram berbanding hanya RM3 sebelum ini malah ia turut dijual setinggi RM12 di sesetengah kawasan.

Seorang peniaga, Ali Harun, 43, berkata, cuaca yang tidak menentu menyebabkan nelayan tidak dapat ke laut dan terpaksa dia mendapatkan bekalan ikan dari Kuala Kedah namun dengan jumlah yang kecil iaitu hanya 60 kilogram sehari berbanding 500 kilogram sebelum ini.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Kereta BMW 325i Fasha Sandha hilang

Posted:

Kereta BMW 325i Fasha Sandha hilang

Kereta BMW 325i Fasha Sandha hilang

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN dan NOR SHAFAWATI YUP
berita@kosmo.com.my


MODEL kereta BMW 325i milik Fasha yang dilaporkan hilang di Wangsa Maju, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Pelakon terkenal, Fasha Sandha mengalami kerugian kira-kira RM300,000 apabila kereta jenis BMW 325i miliknya lesap, dipercayai dicuri di kawasan letak kereta Jalan Wangsa Delima berhampiran pusat beli-belah Wangsa Walk, di Wangsa Maju di sini semalam.

Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira pukul 3.40 petang itu, Fasha, 27, yang ditemani ibunya dikatakan meninggalkan kereta itu untuk ke salun Chinta miliknya yang terletak berhampiran premis tersebut.

"Fasha yang keluar semula menuju ke arah keretanya 10 minit kemudian terkejut apabila mendapati kereta BMW 325i berwarna putih miliknya telah hilang," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Jelas sumber itu, satu laporan polis telah dibuat oleh Fasha di Balai Polis Wangsa Maju berhubung kehilangan itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Sementara itu, Fasha yang ditemui pada majlis pelancaran filem terbaharu lakonannya, Penanggal mengesahkan kehilangan kereta tersebut.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Elaun penyelia masjid daerah naik

Posted:

Elaun penyelia masjid daerah naik

Elaun penyelia masjid daerah naik


NAJIB bersalaman dengan hadirin pada Majlis Perdana Ulama, Umara dan Imam bersama Perdana Menteri di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan kenaikan elaun Pegawai Penyelia Masjid Daerah (PPMD) daripada RM1,210 kepada RM1,810 bermula tahun depan.

Beliau berkata, serentak dengan itu, tuntutan elaun perjalanan PPMD juga dinaikkan kepada RM700 sebulan daripada RM500 sebelum ini.

"Memandangkan sekarang hanya terdapat 87 PPMD di seluruh negara, saya ingin mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju menambah jawatan itu kepada seorang PPMD di setiap daerah di seluruh negara.

"Dengan ini, diharapkan semoga institusi masjid dan surau kita dapat diimarah serta terpelihara dengan sebaik-baiknya," katanya pada Majlis Perdana Ulama, Umarak dan Imam bersama Perdana Menteri di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan timbalannya, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, bagi mempertingkatkan lagi peranan institusi ulama dan umarak yang semakin penting, sebuah sekretariat khas ulama dan umarak (UMUM) akan ditubuhkan agar komunikasi antara kerajaan dengan mereka yang disifatkan mempunyai hubungan istimewa itu menjadi lebih terancang serta tersusun.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved