Selasa, 13 Disember 2011

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Keprihatinan Tuanku Abdul Halim

Posted:

Keprihatinan Tuanku Abdul Halim

Keprihatinan Tuanku Abdul Halim

KE BAWAH Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah diputerakan pada 28 November 1927 di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah.

Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Alor Merah dan Sekolah Melayu Titi Gajah sebelum menyambung pelajaran di Kolej Sultan Abdul Hamid dari tahun 1946 hingga 1949.

Semasa menuntut di situ, baginda pernah bersemayam di asrama Kolej Sultan Abdul Hamid dan bergaul dengan pelajar-pelajar daripada pelbagai latar belakang dan lapisan masyarakat.

Guru dan rakan sekolah menyifatkan baginda seorang yang berhemah tinggi, seorang yang bertolak-ansur dan tidak pernah berbangga diri, biarpun baginda ketika itu bakal raja Kedah.

Menurut tokoh sejarah Kedah, Datuk Wan Shamsudin Mohd. Yusof, baginda yang aktif dalam pasukan seragam kerap mengikuti perkhemahan termasuk di Gunung Jerai bersama-sama rakan-rakannya.

Sebagai seorang yang cintakan ilmu pengetahuan, baginda berangkat ke England pada Februari 1949 untuk melanjutkan pelajaran di Wadham College, Oxford dalam bidang Sains Kemasyarakatan dan Pentadbiran Awam.

Semasa di England iaitu pada 6 Ogos 1949, baginda telah ditabalkan sebagai Raja Muda Kedah.

Sekembali ke tanah air pada tahun 1955, baginda berkhidmat di Pejabat Daerah Kota Setar dan Pejabat Perbendaharaan Negeri.

Baginda bertemu jodoh dengan Almarhumah Tuanku Sultanah Bahiyah pada bulan Mac 1956 di Istana Seri Menanti, Negeri Sembilan.

Almarhumah merupakan puteri sulung Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Abdul Rahman Muhammad yang juga Yang di-Pertuan Agong pertama Persekutuan Tanah Melayu.

Hasil perkahwinan diraja itu, Tuanku berdua dikurniakan tiga puteri iaitu Datuk Seri Tunku Soraya, Tunku Sarina (mangkat) dan Tunku Panglima Besar Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz.

Pada 9 Mac 1957, baginda dilantik sebagai pemangku Sultan Kedah kerana Almarhum Sultan Badlishah telah berangkat ke luar negara pada 12 Mac hingga Julai 1957.

Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menaiki takhta pada 14 Julai 1958 setelah ayahanda baginda Almarhum Sultan Badlishah mangkat.

Pada 20 Februari 1959, baginda ditabalkan secara rasmi sebagai Sultan Kedah ke-28 dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Bahiyah sebagai Sultanah Kedah dalam satu istiadat gilang-gemilang di Balai Besar, Alor Setar.

Menurut sejarah, baginda merupakan Sultan Kedah Ke-2 ditabalkan mengikut istiadat. Sultan sebelumnya ialah Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II atau Marhum Melaka, Sultan ke-22 (1804 hingga 1845) yang juga berlangsung di Balai Besar.

Istiadat perlantikan

Wan Shamsudin memberitahu, perlantikan Sultan Ahmad Tajuddin mengikut istiadat tercatat dalam manuskrip bertulisan jawi yang diterbitkan pada tahun 1805.

Tuanku Sultan dilantik sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-5 antara tahun 1970 hingga 1975.

Pada 21 September 1970, baginda dan Almarhumah Tuanku Sultanah Bahiyah dilantik secara rasmi sebagai Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.

Adinda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Abdul Malik (Tuanku Bendahara yang kemudiannya bergelar Raja Muda) telah dilantik sebagai Pemangku Sultan Kedah.

Pada ketika ini juga ayahanda saudara Tuanku, Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bersara dari jawatan Perdana Menteri Malaysia.

Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah merupakan seorang putera raja yang berhemah tinggi. Baginda terkenal dengan pertuturan yang lemah-lembut dan bersopan santun. Baginda adalah seorang pemerintah yang dididik dari kecil dengan nilai-nilai pekerti dan tingkah laku yang berasaskan kepada ajaran agama dan ilmu keduniaan yang luas.

Baginda amat mengambil perhatian hal ehwal agama dan rakyat jelata terutama yang menyentuh bidang kuasa baginda.

Keprihatinan baginda jelas terbukti apabila baginda berangkat setiap hari ke Wisma Darul Aman, Alor Setar iaitu pusat pentadbiran kerajaan negeri.

Baginda mahu merapatkan diri dengan kerajaan untuk memudahkan para pentadbir berunding dengan baginda tanpa mengambil masa menghadap di istana.

Menurut Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, Menteri Besar boleh memberikan maklumat dengan mudah kepada baginda jika ada perkara mustahak yang perlu dibincangkan dan diselesaikan khususnya dalam menjaga keprihatinan rakyat jelata yang berada di bawah naungan baginda.

Hal itu diakui oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak. Kata beliau, baginda amat mengambil berat tentang pembangunan negeri dan kebajikan rakyat.


GAMBAR lukisan hitam putih Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang terdapat di Muzium Diraja Kedah di Alor Setar, Kedah.


Mesra rakyat

Baginda amat prihatin dengan tiga perkara iaitu hal berkaitan agama, Perkhidmatan Tadbir Awam Kedah (KCS) dan adat istiadat Melayu.

Tambahnya, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan berangkat ke pejabat kira-kira pukul 9 pagi dan pulang ke istana untuk bersantap dan kadangkala baginda berangkat semula ke pejabat pada sebelah petang.

"Sekiranya tiada urusan rasmi, baginda berkenan berangkat ke pejabat kerana semua fail dan dokumen berkaitan bidang kuasa baginda disimpan di sini," kata Azizan.

Menurut Azizan, apabila bercakap baginda tidak lokek dengan senyuman dan teguran. Bahkan, baginda seorang yang penuh berhemah dan penuh diplomasi.

"Baginda seorang raja yang mesra dan tahu banyak perkara, jadi kita tidak boleh bohong baginda," katanya memberitahu beliau merupakan menteri besar ke-11 di bawah pemerintahan Tuanku Abdul Halim.

Pada 26 Ogos 2003, Tuanku Sultanah Bahiyah mangkat di Istana Kuala Chegar, Anak Bukit.

Pada 9 Januari 2004 telah berlangsung satu istiadat gilang-gemilang pelantikan Yang Mulia Che Puan Haminah Hamidun sebagai Sultanah Kedah yang baharu dengan gelaran Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah Kedah.

Istiadat pelantikan itu disambut gembira oleh seluruh rakyat Kedah. Tuanku Sultanah Haminah dilahirkan di Bagan Serai, Perak dan berkahwin dengan Tuanku Abdul Halim pada 25 Disember 1975.

Selain golf, semasa muda Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah juga gemar bermain tenis dan billiard sehingga kini. Baginda masih bergiat aktif bersukan, namun baginda turut mempunyai hobi lain iaitu fotografi dan melancong.

Baginda juga telah berangkat ke Eropah pada tahun 1950 dan 1954 selain mengelilingi dunia pada tahun 1963.

Baginda juga amat berminat memelihara haiwan. Di Istana Anak Bukit, terdapat taman haiwan yang menempatkan pelbagai jenis burung kegemaran baginda dan haiwan lain seperti rusa dan kuda.

Baginda sendiri mengambil berat terhadap pengawasan binatang peliharaan setiap hari. Baginda seorang yang mencintai alam semula jadi dan sentiasa memberi perhatian kepada pemuliharaan flora dan fauna.


TUANKU Abdul Halim Mu'adzam Shah, (tengah), Tuanku Haminah (kiri) dan Tunku Puteri Intan Safinaz bergambar di Cameron Highlands pada tahun 2007.


Pada 7 April 1994, baginda telah dipersembahkan dengan watikah pelantikan sebagai Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) sehingga kini. Baginda juga menjadi penaung diraja kepada pelbagai persatuan dan badan-badan bukan kerajaan di seluruh negeri Kedah.

Menyentuh soal Sultan Berjiwa Rakyat, Wan Shamsudin yang menjangkau usia 79 tahun ini ada kisahnya tersendiri.

Ujarnya, baginda tidak memilih makanan, malah sedia santap sebarang jenis makanan yang disajikan.

Katanya, beliau ada pengalaman mengenai hal itu ketika menjadi Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Kolej Sultan Abdul Hamid pada satu ketika dulu.

"Saya tanya baginda mahu makan apa pada majlis jamuan itu. Baginda bertitah, beta suka makan apa yang rakyat makan.

"Tuanku suka makan mi abu dan popia. Jadi saya pun bawa peniaga makanan itu pada majlis itu untuk dihidangkan kepada baginda," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Tuanku Mizan raja berjiwa rakyat

Posted:

Tuanku Mizan raja berjiwa rakyat

Tuanku Mizan raja berjiwa rakyat


SEGAK dan tampan, kehebatan Tuanku Mizan juga dikagumi kerana begitu dekat di hati rakyat jelata.


BAGINDA berbeza daripada gambaran tipikal seorang raja di dunia. Baginda seorang raja yang berjiwa rakyat, berdedikasi, berkarisma, bertenaga, gigih dan aktif. Demikian karakter yang menggambarkan Sultan Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.

Baginda yang baru menamatkan tempoh perkhidmatannya sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-13 semalam juga berjaya melaksanakan tugas-tugas sebagai pemerintah negara dengan begitu cemerlang dan berkesan.

Sememangnya, susur-galur hidup Tuanku Mizan sangat menarik untuk disingkap.

Tuanku Mizan mencipta sejarah tersendiri apabila mencatatkan sebagai Yang di-Pertuan Agong kedua termuda pada usia 45 tahun iaitu selepas Almarhum Tuanku Syed Putra Almarhum Syed Hassan Jamalullail yang dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong ketiga pada usia 40 tahun. Bahkan, menariknya baginda merupakan satu-satunya Yang di-Pertuan Agong yang lahir selepas merdeka.

Menjengah usia 17 tahun, baginda telah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Muda Terengganu pada 6 November 1979.

Tuanku Mizan dilantik sebagai Sultan Terengganu ke-16 pada 15 Mei 1998 selepas kemangkatan ayahanda baginda, Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Dalam lipatan sejarah, baginda juga adalah sultan termuda di negara ini pada usia 36 tahun.

Kehidupan Tuanku Mizan, 49, yang merupakan putera sulung daripada tujuh bersaudara tidak terbatas di istana semata-mata.

Sebelum berangkat ke luar negara untuk mengikuti kursus ketenteraan di England, baginda pernah berkhidmat sebagai Penolong Pemungut Hasil Tanah di Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu. Pengalaman selama setahun itu membenihkan pengalaman berharga kepada baginda.

Galas tanggungjawab

Aura sebagai seorang pemimpin terserlah sejak Tuanku Mizan masih muda. Baginda dikatakan sanggup meredah hutan dan turun padang bersama kakitangannya berpanas ke merata kampung bagi mengetahui cara-cara mengukur tanah.

Ketabahan baginda menghadapi dugaan dan cabaran diperkukuhkan dengan latihan ketenteraan, termasuk kursus pegawai kadet selama enam bulan di Akademi Tentera Diraja Sandhurts, England iaitu dari Mei hingga Disember 1983.

Setelah menamatkan pengajian di U.S. International University-Europe (kini dikenali sebagai Alliant International University) dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Hubungan Antarabangsa), baginda dilantik sebagai Pegawai Tadbir Negeri pada 11 Julai 1988 sehingga 10 Julai 1989.

Kemudian, Tuanku Mizan telah dipertanggungjawabkan sebagai Penolong Pentadbir Tanah Daerah selama dua tahun iaitu mulai 11 Julai 1989 hingga 10 Julai 1991. Dalam tempoh itu juga sebagai Ketua Agama Islam, baginda telah dilantik sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) mulai 1 Jun 1991 hingga 31 Disember 1995.


SULTAN MIZAN bergambar di hadapan pesawat Sukhoi SU-30MKM sebelum berlepas menaiki pesawat itu di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Butterworth.


Pada 28 Mac 1996, baginda telah selamat diijabkabulkan dengan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah. Bahtera kehidupan baginda berdua diserikan dengan empat orang cahaya mata.

Akrab dengan rakyat

Tuanku Mizan disifatkan sebagai pemerintah yang sangat prihatin terhadap kemakmuran dan keharmonian rakyat jelata. Bahkan, bagi merapatkan jurang antara rakyat dan istana, baginda mengambil pendekatan turun ke akar umbi dengan solat Jumaat di masjid-masjid seluruh negeri Terengganu.

Justeru, jolokan Raja Berjiwa Rakyat kepada Tuanku Mizan sangat bertepatan untuk baginda.

Sebagai satu landasan untuk terus meringankan beban rakyat, baginda yang juga Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengambil inisiatif mewujudkan Yayasan Diraja Sultan Mizan yang dilancarkan pada 19 Julai 2005.

Yayasan itu membuka ruang seluas-luasnya untuk baginda terlibat dalam kerja-kerja amal dalam menaiktaraf sosioekonomi dan kesejahteraan hidup rakyat.

Tuanku Mizan dikatakan begitu mengambil berat berkenaan impak keberkesanan yayasan tersebut. Baginda bertindak proaktif dengan melibatkan diri secara langsung dengan mempengerusikan setiap mesyuarat lembaga pemegang amanah yayasan berkenaan.

Transformasi

Semasa masih bergelar Yang di-Pertuan Agong, baginda juga telah melakukan transformasi terhadap tatacara Istana Negara berurusan dengan rakyat dan kerajaan.

Transformasi itu bermula dengan rombakan dalam pentadbiran istana sendiri apabila hampir 80 peratus pegawai-pegawai kanan telah digantikan dengan mereka yang dipilih oleh Tuanku Mizan sendiri.


PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berbincang dengan Tuanku Mizan pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-224 di Istana Negara.


Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Wan Mohd. Safiain Wan Hasan berkata, tiada lagi majlis larut malam yang akan dihadiri oleh Tuanku Mizan. Majlis-majlis mesti dimulakan pada pukul 8.30 malam dan berakhir pada pukul 10.30 malam.

Baginda tidak mahu rakyat dan pegawai-pegawai kerajaan pulang lewat hanya disebabkan baginda, sedangkan mereka perlu bekerja pada keesokan harinya.

Dalam hubungan diplomasi pula, lawatan baginda ke Kemboja, Laos, Kuwait dan banyak lagi telah menyumbang kepada kesuburan, keakraban dan pengukuhan hubungan global. Pendekatan itu juga menjadikan Malaysia sentiasa diiktiraf dan dihormati oleh masyarakat dunia.

Lawatan kerja Tuanku Mizan selama empat hari ke benua Antartika pada pertengahan November lalu menggambarkan kesungguhan dan komitmen baginda kepada negara.

"Lawatan Seri Paduka itu dilihat akan memperkukuhkan kerjasama penyelidikan saintifik Antartika di samping mengeratkan hubungan dua hala dengan New Zealand," ujar Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Maximus Ongkili.

Sesungguhnya, sepanjang perkhidmatan Tuanku Mizan sebagai Yang di-Pertuan Agong, baginda berjaya menjalankan seadil-adilnya pemerintahan mengikut undang-undang dan Perlembagaan Negara.

Mulai hari ini, baginda kembali bersemayam memerintah negeri Terengganu selepas lima tahun mentadbir Malaysia sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-13.

Full content generated by Get Full RSS.

Kuasa Raja-Raja Melayu

Posted:

Kuasa Raja-Raja Melayu

Kuasa Raja-Raja Melayu


MAJLIS Raja-Raja yang terdiri daripada raja dari sembilan buah negeri akan bersidang setiap lima tahun untuk memilih salah seorang daripada mereka sebagai Yang di-Pertuan Agong.


SEJAK Malaysia mengecapi kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, terlalu banyak perubahan dan pembangunan dilakukan bagi memartabatkan negara di peringkat antarabangsa.

Namun, sepanjang menyusuri arus perubahan dan kemodenan, Malaysia masih mengekalkan sistem yang diamalkan sejak kurun yang ke-15.

Pastinya, sistem yang dimaksudkan itu ialah sistem pemerintahan beraja yang merupakan teras utama sistem pemerintahan negara. Lagipun umum mengetahui bahawa Malaysia yang mempunyai 14 buah negeri mempraktikkan sistem Raja Berperlembagaan.

Hari ini, sudah lima dekad sistem Raja Berperlembagaan memainkan peranan dalam kestabilan dan keamanan pada negara.

Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan Perkara 40 menjelaskan, tugas-tugas Yang di-Pertuan Agong sama ada di bawah Perlembagaan atau di bawah Undang-Undang Persekutuan, hendaklah bertindak mengikut nasihat jemaah menteri atau nasihat seorang menteri yang bertindak di bawah kuasa am jemaah menteri, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selain perlembagaan ini.

Selain itu, Yang di-Pertuan Agong berhak mendapat maklumat mengenai pemerintahan Persekutuan yang boleh didapati oleh jemaah menteri.

Secara amnya, Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua negara yang dipilih menerusi Majlis Raja-Raja yang terdiri daripada sembilan buah negeri seperti Negeri Sembilan, Selangor, Perlis, Terengganu, Kedah, Kelantan, Pahang, Johor dan Perak.

Setiap raja dari sembilan negeri itu mempunyai peluang untuk menjadi ketua negara dengan memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong dalam tempoh lima tahun seperti yang termaktub dalam Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan.

Secara keseluruhan, Malaysia dipayungi Yang di-Pertuan Agong tetapi sembilan buah negeri beraja ditunjangi raja atau sultan negeri, manakala empat buah lagi negeri pula diketuai Yang di-Pertua Negeri.

Namun sistem beraja di Negeri Sembilan paling unik berbanding negeri-negeri beraja yang lain. Rajanya tidak dipanggil sultan atau raja, sebaliknya digelar Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. Selain itu, sistem di negeri tersebut pula bukannya monarki turunan tetapi dipilih oleh empat Undang iaitu Undang Luak Sungai Ujong, Undang Luak Johol, Undang Luak Jelebu dan Undang Luak Rembau.

Menurut pakar sejarah, Profesor Datuk Dr. Ramlah Adam, dalam hierarki masyarakat Melayu yang berbentuk piramid, raja merupakan golongan yang menduduki kedudukan teratas.


NEGERI Pahang dipayungi Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang telah diputerakan di Istana Mangga Tunggal, Pekan, Pahang pada 24 Oktober 1930.


Ketinggian darjat raja dalam masyarakat telah memberikan mereka kuasa pemerintahan utama. Malah, kedaulatan dan kuasa raja berkekalan dan terjamin seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 181 (1).

"Biar zaman semakin canggih dan moden, asalkan kita tidak lupa asal-usul dan kedaulatan kepada Raja-Raja Melayu. Peranan raja dan sultan masih lagi diperlukan dan relevan bagi melindungi rakyat dan negeri yang diperintah. Sebab itu, masyarakat dinasihatkan agar sentiasa menjaga kedudukan raja atau sultan sampai bila-bila," kata Ramlah.

Menjelaskan lanjut mengenai peranan raja negeri, Ramlah memberitahu, mereka berkuasa melantik seorang Menteri Besar atas budi bicara. Pada masa yang sama, Raja Negeri juga berhak menolak calon Menteri Besar sekiranya tidak menepati kriteria dan kurang yakin kredibiliti meskipun individu berkenaan merupakan ahli pada sebuah parti yang memenangi majoriti 2/3 dalam pilihan raya.

Selain itu, Raja Negeri boleh menangguhkan pembubaran Dewan Undangan Negeri, bertindak sebagai ketua agama atau berhubung dengan adat Melayu serta melantik waris atau waris-waris, isteri, pemangku raja atau jemaah pemangku raja.

Antaranya termasuklah melantik pemegang pangkat, gelaran, kemuliaan dan kebesaran di sisi adat Melayu.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Isnin, 12 Disember 2011

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Warga Afrika godam e-mel tipu RM960,000

Posted:

Warga Afrika godam e-mel tipu RM960,000

Warga Afrika godam e-mel tipu RM960,000

Oleh ATIKAH DALI
atikah.mohddali@kosmo.com.my

E-MEL dua buah syarikat telah digodam satu sindiket dipercayai didalangi warga Afrika melibatkan penipuan sebanyak RM960,000. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Satu sindiket penipuan Internet dipercayai didalangi oleh warga Afrika dikesan aktif memperdaya mangsa terutamanya ahli perniagaan dengan menggodam e-mel mangsa.

Taktik terbaharu itu mula dikesan selepas polis menerima dua laporan daripada dua lelaki pada akhir bulan lalu dan awal bulan ini mengakibatkan kerugian berjumlah RM960,000.

Modus operandi yang dilakukan suspek ialah, mereka akan menggodam e-mel syarikat mangsa berkaitan urus niaga syarikat tersebut dan menghantar e-mel itu kepada pihak ketiga yang merupakan pelanggan syarikat berkenaan.

Menerusi e-mel itu, suspek akan meminta pelanggan mangsa membuat pembayaran ke akaun sindiket berkenaan yang didaftarkan di negara ini.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Pulau Tioman bebas jangkitan Sarcocystis

Posted:

Pulau Tioman bebas jangkitan Sarcocystis

Pulau Tioman bebas jangkitan Sarcocystis

Oleh SITI KAMILAH MUSTAPHA
kamilah.mustapha@kosmo.com.my


PULAU Tioman disahkan bebas daripada jangkitan penyakit zoonotik akibat jangkitan Sarcocystis. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan mengesahkan penduduk dan haiwan di Pulau Tioman, Pahang bebas daripada jangkitan sejenis penyakit zoonotik yang disebabkan jangkitan parasit protozoa Sarcocystis.

Tinjauan klinikal, persekitaran dan haiwan dengan kerjasama Jabatan Veterinar telah dibuat dengan mengambil 28 sampel klinikal, 27 sampel air dan 84 sampel najis di situ dan semuanya didapati negatif parasit berkenaan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hasan Abdul Rahman berkata, hasil pemeriksaan rekod kesihatan di Pulau Tioman mendapati, tiada kes jangkitan Sarcocystis dikesan di kalangan penduduk tempatan sehingga kini.

"Namun kementerian masih memantau kejadian itu dan menasihatkan pengembara supaya memastikan kebersihan makan dan minum selain mengamalkan kebersihan diri seperti kerap mandi serta basuh tangan," jelasnya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Padah halang kekasih ke KL

Posted:

Padah halang kekasih ke KL

Padah halang kekasih ke KL

Oleh MOHD. AZLI ADLAN
azli.adlan@kosmo.com.my


REAKSI Navindran ketika diiring keluar dari Mahkamah
Majistret Tapah, Perak semalam.


TAPAH – Kemarahan 1,200 pengguna kereta api yang terkandas dari Tapah Road ke Tanjung Malim ekoran panggilan bom palsu sedikit reda apabila seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam.

Jurujual sebuah syarikat jualan langsung, N. Navindran, 25, dari Jalan Kampung Banjar, Teluk Intan dekat sini bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tuduhan membuat panggilan palsu tersebut kepada polis melalui telefon bimbitnya pada pukul 1.45 pagi, 1 Disember lalu.

Berdasarkan fakta kes, Navindran telah mendakwa kewujudan bom di sepanjang 76 kilometer laluan kereta api itu menerusi panggilan telefon kepada seorang anggota polis yang bertugas di Pejabat Pegawai Bertugas Ibu Pejabat Polis (IPD) Tapah.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Skrip baharu Karim

Posted:

Skrip baharu Karim

Skrip baharu Karim

'HABIS madu sepah dibuang.'Ungkapan itu mungkin sesuai menggambarkan situasi yang dialami Pengurus Besar Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM), Dr. Iskandar Abdullah.

Tidak sampai empat bulan memikul tugas tersebut, Iskandar diarahkan oleh Timbalan Presiden KOAM, Karim Ibrahim (gambar kecil) untuk melepaskan jawatan.

Apa yang mengejutkan apabila Karim menjadi individu bertanggungjawab memilih Iskandar bagi menjawat jawatan tersebut sejak 1 Ogos lalu.

Bagi Iskandar, beliau ternyata kecewa dengan nasib yang menimpanya tetapi terpaksa akur dengan arahan tersebut.

"Saya memang tidak ada niat untuk meletak jawatan tetapi apabila diarahkan untuk berbuat demikian, saya terpaksa ikut.

"Ketika mula-mula Karim meminta saya untuk menjadi Pengurus Besar KOAM, dia sanggup untuk menulis surat kepada Timbalan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yasin) yang juga Menteri Pelajaran bagi meminta pelepasan kerana (ketika itu) saya merupakan Exco Persatuan Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan Malaysia.

"Jadi, apa yang saya ingin persoalkan ialah kenapa saya harus disingkirkan?

"Jika saya ada melakukan kesilapan dalam melaksanakan tugas-tugas yang diberikan, tidakkah saya sepatutnya diberikan peluang untuk memperbaikinya," kata Iskandar pada sidang media di Bukit Jalil semalam.

Iskandar turut mendedahkan, beliau diarah melepaskan jawatan secara mengejut tanpa diberi sebarang notis terlebih dahulu.

"Ketika itu, kami (Karim dan Iskandar) berhenti berehat di sebuah restoran di Butterworth (Jumaat lalu) semasa dalam perjalanan untuk menghadiri mesyuarat ahli-ahli majlis KOAM di Kangar keesokan harinya (Sabtu).

"Pada masa itu jugalah saya menulis surat peletakan jawatan. Saya menggunakan tulisan tangan yang ditujukan kepada Karim.

"Selepas itu, Karim menyerahkan surat peletakan jawatan tersebut kepada Presiden KOAM (Datuk Seri Shahidan Kassim) ketika mesyuarat ahli majlis berlangsung," tambah Iskandar.

Jelas Iskandar, hubungannya dengan Karim mula renggang ketika beliau menguruskan persiapan atlet-atlet olahraga negara yang beraksi pada Sukan SEA 2011 di Palembang, Indonesia bulan lalu.

"Banyak perkara dasar yang bercanggah dalam keputusan-keputusan yang dibuat termasuklah berhubung penyertaan kuartet 4x400 meter lelaki negara pada Sukan SEA lalu.

"Mungkin ketika itu, Karim berasakan saya tidak dapat mengikut rentak dia bekerja, lantas mengarahkan saya untuk meletakkan jawatan," cerita Iskandar.

Timbul satu lagi persoalan apabila Iskandar mendedahkan bahawa bekas Pengurus Besar KOAM, M. Letchumanan tetap menjalankan tugas-tugas yang sama dengan beliau biarpun difahamkan, Letchumanan telah menyerahkan surat peletakan jawatannya.

"Itu yang saya pelik. Sepanjang tempoh tiga bulan saya berada dalam KOAM, dia (Letchumanan) turut menjalankan tugas yang sama seperti saya dan itu juga menjadi punca menyebabkan beberapa keputusan dibuat bercanggah.

"Apa yang saya difahamkan, dia telah menyerahkan surat peletakan jawatannya, tetapi kenapa pula dia masih lagi bertindak sebagai Pengurus Besar KOAM.

"Saya mempunyai surat pengiktirafan daripada IAAF (Persekutuan Olahraga Antarabangsa) berhubung pelantikan saya sebagai Pengurus Besar KOAM yang baharu tetapi pengurus besar yang lama tetap ada," katanya.

Sementara itu, Karim dan Shahidan gagal dihubungi bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung isu tersebut.

Full content generated by Get Full RSS.

Harimau Muda uji Sydney FC

Posted:

Harimau Muda uji Sydney FC

Harimau Muda uji Sydney FC

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


KIM SWEE (kiri) tetap akan menurunkan barisan terbaik pada aksi menentang Sydney FC hari ini.


TEKA-TEKI sama ada pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee bakal diuji dengan skuad terbaik ketiga-tiga kelab elit sepanjang 'berguru' di Australia bakal terjawab menjelang pertemuan pertama menentang Sydney FC pagi ini.

Apa yang pasti, Kim Swee tanpa berselindung mengakui bakal mempertaruhkan barisan terbaik dalam ketiga-tiga pertemuan itu nanti sebagai persiapan menghadapi saingan Liga Singapura (Liga S) yang akan membuka tirainya Februari tahun depan.

Menurut beliau, mengikut perjanjian asal sebelum ini, ketiga-tiga kelab elit tersebut, termasuk Central South Mariner dan Newcastle Jets berjanji akan menurunkan pemain terbaik pasukan masing-masing ketika menghadapi Harimau Muda.

"Sekiranya mereka sekadar menurunkan skuad simpanan sekalipun, saya tetap mempertaruhkan barisan terbaik dalam ketiga-tiga perlawanan itu biarpun tidak memi- kirkan sangat mengenai keputusan perlawanan.

"Bagi saya, cabaran daripada ketiga-tiga kelab elit itu tidak boleh di- pandang mudah kerana sudah tentu pemain simpanan mereka juga tidak kurang hebatnya kerana tahap permainan mereka amat berbeza, selain beraksi dalam liga yang cukup kompetitif seperti mana Liga Jepun dan Korea Selatan.

"Namun pada masa sama, saya tetap mencuba beberapa pemain baharu dan yang jarang diturunkan sebelum ini pada ketiga-tiga perla- wanan itu nanti," katanya kepada Kosmo!.

Hari ini, Harimau Muda bakal berdepan Sydney FC pada pukul 11.30 pagi waktu Australia (pukul 8.30 pagi waktu Malaysia) sebelum menentang Central South Mariner esok dan menutup aksi menentang Newcastle Jets pada 19 Disember ini.

Difahamkan, Central South Mari- ner merupakan antara pencabar utama Liga Australia (Liga A) musim lepas, manakala Sydney FC dan Newcastle Jets pula merupakan pasukan-pasukan yang menghuni pertengahan liga.

Antara muka lama yang dijangka mendapat kepercayaan Kim Swee dalam kesebelasan utama dalam ketiga-tiga perlawanan itu nanti termasuklah kapten pasukan, Khairul Fahmi Che Mat selain Wan Zack Haikal Wan Nor, Mohd. Irfan Fazail, Mahali Jasuli, Muslim Ahmad, Mohamad Fadhli Shas, Muhammad Nazmi Faiz Mansor, Syahrul Azwari Ibrahim dan Fakri Saa- rani.

Begitupun kata Kim Swee, tahap kecergasan Syahrul Azwari, Mohd. Irfan dan K. Gurusamy masih lagi diragui dan hanya boleh diketahui hari ini.

Dalam pada itu, Kim Swee juga yakin dengan kredibiliti kesemua 23 pemain yang dibawa 'terbang' ke Australia kali ini, termasuk beberapa muka baharu seperti Shahrul Mohd. Saad, S. Sivanesan dan Mohd. Shahril Saari.

"Untuk makluman semua, saya terpaksa membuat keputusan mengetepikan beberapa pemain seperti Shukor Jusoh dan Gary Steven Robbat untuk dibawa ke Australia kali ini kerana masih belum cergas sepenuhnya gara-gara kecederaan, selain pemain seperti Syazwan Yusof juga terpaksa diketepikan kerana saya difahamkan dia masih mempunyai ujian peperiksaan.

"Justeru, saya harap kesemua 23 pemain yang dibawa ke Australia kali ini dapat menimba ilmu yang berguna, bukan sahaja untuk diri mereka sendiri tetapi juga dapat berkongsi ilmu dengan rakan sepa- sukan yang tidak dapat turut serta," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Selangor guna Stadium Nasional

Posted:

Selangor guna Stadium Nasional

Selangor guna Stadium Nasional

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
sukan@kosmo.com.my



"SELANGOR bakal menggunakan Stadium Nasional di Bukit Jalil bagi saingan Liga Super sehingga Mac tahun depan."

Demikian jelas Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Hamidin Mohd. Amin (gambar) mengenai gelanggang rasmi untuk skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim itu pada peringkat awal saingan liga musim depan.

Menurutnya, mereka terpaksa beraksi di Bukit Jalil kerana Stadium Shah Alam kini masih dalam proses dinaik taraf.

Katanya, setelah Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melakukan pemeriksaan baru-baru ini, Stadium Shah Alam didapti perlu dinaik taraf bagi mempertingkatkan tahap kemudahan dan keselamatan sejajar dengan syarat yang telah ditetapkan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

"Selepas penilaian oleh pihak MBSA, FAS terpaksa mengambil tindakan untuk menaik taraf segala kekurangan termasuk permukaan padang, lampu limpah dan sebagainya mengikut syarat yang ditetapkan oleh pihak AFC.

"Kerja-kerja penyelenggaraan itu dijangka siap pada Mac ini dan se- lepas itu Selangor akan kembali beraksi di Stadium Shah Alam," kata- nya di Shah Alam semalam.

Menurut Hamidin, beliau mengharapkan penyokong-penyokong setia skuad Gergasi Merah itu dapat menerima keputusan tersebut dengan tenang dan sentiasa memberikan semangat kepada Selangor walaupun beraksi di Bukit Jalil.

"Saya berharap peminat dapat memenuhi Stadium Nasional, Bukit Jalil bagi memberi sokongan kepada perjuangan Selangor dalam mengharungi saingan Liga Super musim 2012 nanti," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Perarakan obor catat rekod dunia

Posted:

Perarakan obor catat rekod dunia

Perarakan obor catat rekod dunia

PARA peserta memegang obor dalam percubaan memecahkan rekod dunia di sebuah dataran di Jakarta semalam.


JAKARTA, Indonesia - Beberapa pegawai menyatakan beribu-ribu orang dari 50 buah negara mencatatkan dua rekod baharu dunia dengan berarak sambil membawa lebih 3,700 obor bernyala di ibu kota Indonesia di sini.

Penganjur acara berkenaan, Yamal Hasmanan daripada pertubuhan bukan kerajaan Freedom Faithnet Global semalam memberitahu, beberapa pegawai Guinness World Records menyampaikan sijil kepada para peserta untuk pencapaian imej obor menyala terbesar yang dibentuk oleh manusia dan perarakan unggun api terbesar.

Beliau berkata, perarakan kelmarin itu disertai 3,777 pembawa obor sebagai simbol pengharapan dan doa.

Pertubuhan itu turut memegang rekod dunia bilangan tanglung terbesar yang dilepaskan ke udara.

Sebanyak 10,318 tanglung dilepaskan serentak ke udara pada Disember 2009. - Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada dana awam bantu bank

Posted:

Tiada dana awam bantu bank

Tiada dana awam bantu bank

PARIS, Perancis - Kerajaan Perancis tidak akan menggunakan dana awam untuk membantu bank-bank negara berkenaan mengumpul modal selepas institusi perbankan terjejas akibat krisis hutang Eropah, kata Menteri Bajet Valerie Pecresse semalam.

"Kerajaan tidak akan menyuntik dana awam ke dalam bank-bank Perancis," kata Pecresse dalam satu wawancara bersama dengan stesen televisyen iTELE dan saluran radio Europe 1.

"Kami berpendapat keperluan kewangan bank-bank tidak begitu serius dan kami yakin mereka dapat menyelesaikan sendiri masalah kewangan ini," ujarnya.

Bank-bank Eropah berdepan tekanan untuk menambah modal bagi memulihkan kestabilan dan meningkatkan keyakinan dalam pasaran selepas timbul kebimbangan krisis hutang Eropah akan menjejaskan institusi perbankan di rantau berkenaan.

Pihak berkuasa perbankan Kesatuan Eropah (EU) pada Khamis lalu menegaskan bank-bank EU perlu mengumpul modal tambahan berjumlah 114.7 bilion euro (RM483.2 bilion) bagi tujuan itu.

Daripada jumlah keseluruhan itu , 7.3 bilion euro (RM30.7 bilion) perlu dikumpul oleh bank-bank di Perancis.

Penarafan hutang beberapa bank utama Perancis seperti BNP Paribas dan Societe Gediturunkan Jumaat lalu berikutan kemerosotan ekonomi Eropah. - AFP

Full content generated by Get Full RSS.

Iran tidak akan pulangkan dron AS

Posted:

Iran tidak akan pulangkan dron AS

Iran tidak akan pulangkan dron AS


GAMBAR yang disiarkan di laman web rasmi tentera Pengawal Revolusi pada Khamis lalu menunjukkan beberapa pegawai tentera Iran memeriksa pesawat yang didakwa dron RQ-170 Sentinel milik Amerika Syarikat.


TEHERAN, Iran - Kerajaan Iran menegaskan bahawa ia tidak akan memulangkan pesawat pengintip kawalan jauh Amerika Syarikat (AS) atau dron yang dirampas pasukan tenteranya, kata seorang pegawai kanan tentera Pengawal Revolusi Iran semalam.

Jeneral Hossein Salami dalam satu kenyataan yang disiar televisyen Iran menyatakan, pencerobohan ruang udara Iran oleh dron AS itu merupakan tindakan yang boleh mengancam keselamatan negara.

Dalam kenyataannya, Hossein memberi amaran tindak balas lebih serius akan diambil ke atas AS tanpa mengulas dengan lebih lanjut.

"Tiada orang akan mengembalikan objek yang menjadi simbol kekerasan kepada pihak yang mahu mengintip maklumat penting dan sulit berhubung keselamatan sesebuah negara (AS)," katanya.

Televisyen Iran menyiarkan satu klip video pada Khamis lalu yang menunjukkan beberapa pegawai tenteranya memeriksa dron altitud tinggi itu yang dikenal pasti sebagai RQ-170 Sentinel.

Media rasmi Iran memberitahu, dron pengintip itu dikesan di bandar Kashmar yang terletak sekitar 225 kilometer dari sempadan negara itu dengan Afghanistan.

Washington mengesahkan mengenai kehilangan dron pengintip berkenaan.

Iran menyatakan pihaknya menurunkan dron terbabit dengan menggunakan senjata elektronik. - Agensi

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Budak dikhuatiri lemas tergelincir dalam parit

Posted:

Budak dikhuatiri lemas tergelincir dalam parit

Budak dikhuatiri lemas tergelincir dalam parit

12/12/2011 10:22pm

SUNGAI PETANI – Seorang budak lelaki berumur sembilan tahun dikhuatiri lemas setelah tergelincir ke dalam parit besar berhampiran rumahnya di Bandar Putri Jaya Hill Park di sini kira-kira pukul 5 petang ini.

Mohd Sulaiman Mohd Zakaria, yang bermain bersama tiga lagi rakannya di kawasan itu, dipercayai ingin turun ke dalam parit tersebut untuk mandi bersama seorang lagi rakannya namun dia tergelincir.

Rakan mangsa, Mohd Isharudin Mohd Jamil, 7, turut terjatuh ke dalam parit itu tetapi sempat menyelamatkan diri, manakala Mohd Sulaiman dihanyutkan arus deras ke tasik berhampiran.

Bapa Mohd Isharudin, Mohd Jamil Din, 38, berkata, dia mendapat tahu tentang kejadian itu setelah anaknya balik ke rumah sambil menangis dan memberitahu Mohd Sulaiman jatuh dan dihanyutkan arus.

"Saya segera memanggil seorang jiran untuk pergi menyelamatkan Mohd Sulaiman. Semasa saya sampai, saya lihat air memang banyak. Paras air tinggi dan air tasik deras. Saya bersama rakan terjun ke dalam tasik untuk mencari Sulaiman tapi tidak berjumpa," katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian.

Mohd Jamil berkata, anaknya sempat diselamatkan oleh seorang lagi rakan mereka yang dikenali sebagai Lutfi.

"Lutfi membaling sebatang kayu kepada anak saya dan anak saya sempat memaut kayu itu kerana dia hanya jatuh di tepi longkang sahaja tetapi Sulaiman tidak sempat memaut kayu itu kerana air deras hingga membawanya ke tengah," katanya. – Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Wanita maut, kereta terbalik dalam kolam

Posted:

Wanita maut, kereta terbalik dalam kolam

Wanita maut, kereta terbalik dalam kolam

12/12/2011 10:19pm

KUALA PILAH – Seorang wanita maut selepas kereta yang dipandunya terbabas sebelum terbalik ke dalam sebuah kolam memancing di Kilometer 24, Jalan Seremban-Kuala Pilah, Kampung Gedang, dekat sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.15 petang itu mangsa, Suzimah Shuhaimi, 28, maut akibat lemas selepas terperangkap di dalam kenderaannya yang terbalik di dalam kolam berkenaan.

Seorang penduduk, Abd Samad Malik, 42, berkata, ketika kejadian dia berada di tepi jalan berhampiran tempat kejadian sebelum melihat sebuah kereta jenis Honda Integra dari arah Kuala Pilah cuba memotong sebuah lori treler yang membawa muatan batu.

Bagaimanapun, katanya ketika memotong tiba-tiba muncul sebuah bas dari arah bertentangan menyebabkan kereta terbabit cuba masuk semula ke laluan asal tetapi gagal.

Kereta itu kemudiannya bergesel dengan bahagian hadapan lori lalu terbabas ke kiri jalan dan terbalik beberapa kali sebelum terjunam ke dalam kolam yang terletak kira-kira 10 meter dari jalan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Supritendan Jaafar Baba ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan memberitahu punca sebenar kejadian masih lagi dalam siasatan. – Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Keluar wang: Dua beradik disamun RM17,000

Posted:

Keluar wang: Dua beradik disamun RM17,000

Keluar wang: Dua beradik disamun RM17,000

12/12/2011 10:17pm

NIBONG TEBAL – Dua beradik hari ini kerugian RM17,000 selepas wang yang baru dikeluarkan dari sebuah bank di Simpang Ampat, dekat sini disamun oleh seorang lelaki, kira-kira pukul 2 petang tadi.

Dalam kejadian itu, mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Teoh, 20-an, berkata, selepas mengeluarkan wang dari bank berkenaan, beliau dan kakaknya pergi ke sebuah kedai gambar di Taman Aman, Sungai Bakap.

Katanya, beliau menunggu kakaknya di dalam kereta sementara kakaknya masuk ke dalam kedai gambar yang terletak di hadapan tempat letak kereta itu.

"Ketika saya menunggu dalam kereta tiba-tiba datang seorang lelaki cuba membuka pintu kereta, bagaimanapun gagal berikutan saya telah mengunci pintu kereta.

"Dia berpatah balik ke arah keretanya dan mengambil parang dan penukul sebelum kembali ke kereta saya serta memecahkan cermin kereta sebelum mengambil wang," katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini.

Teoh berkata, beliau cuba meminta bantuan orang ramai dengan membunyikan hon kereta, bagaimanapun tiada sesiapa yang datang membantu.

"Kejadian itu berlaku dengan pantas dan semasa disamun keadaan jalan di kawasan terbabit sesak bagaimanapun tiada sesiapa yang perasan saya disamun," katanya yang membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Bakap, di sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Supt Shafien Mamat ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan. – Bernama

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Izara, Tasha benci Tiz

Posted:

Izara, Tasha benci Tiz

Izara, Tasha benci Tiz

KEDUA-DUA pucuk muda ini hadir ke dunia seni dengan pakej yang lengkap. Cantik dan berbakat. Namun, tuah Izara Aishah mahupun Tasha Shilla hadir bukan dalam waktu yang pantas. Bakat mereka hanya disedari tatkala lakonan antagonis yang dibawa begitu berkesan di mata peminat.

Watak Fiona yang dijayakan oleh Izara dalam drama bersiri Soffiya masih melekat kuat rasa amarah di hati peminat terhadapnya sehingga kini.

Begitu juga watak Cikgu Ruhana yang dimainkan Tasha menerusi drama Gemilang masih diingati biarpun drama tersebut sudah lama melabuhkan tirainya.

Izara mahupun Tasha bagaimanapun mengaku tidak begitu selesa membawakan watak antagonis yang mampu membuatkan penonton membenci diri mereka namun tidak juga menidakkan tuah populariti yang dikecapi adalah menerusi watak sebegitu. Persamaan turut dikongsi kedua-dua aktres itu apabila dikatakan berdendam dan membenci pelakon Tiz Zaqyah.

Berpeluang bertemu dengan Izara dan Tasha usai sidang media Anugerah Bintang Popular (ABP2011) yang berlangsung di Holiday Villa, Subang, Selangor baru-baru ini, Kosmo! tidak melepaskan peluang untuk bertanyakan hal itu seterusnya merungkai kisah dendam dan kebencian yang dilemparkan kedua-dua aktres itu terhadap Tiz Zaqyah.

Izara mahukan penghormatan

Sebelum ini kehadiran pemenang tempat kedua Dewi Remaja 2010, Izara, 19, dalam dunia lakonan hanya di pandang sepi. Tidak ramai yang sedar akan kehadirannya dan menganggap pelakon itu sekadar menambahkan muka-muka baharu di persada seni. Khalayak lebih tertumpu kepada Neelofa dan anak dara kepada Rohana Jalil, Khilafairy. Namun, selepas kemunculannya dalam drama Keranamu Laila dan Soffiya, nama Izara mula meniti di bibir peminat.

Dua drama rantaian itu cukup membuatkan nama pelakon muda berasal dari Johor Bahru itu diterima peminat dalam industri hiburan tanah air.

"Drama Soffiya memang memberi impak yang besar kepada Izara. Ia disebabkan, watak Fiona yang begitu membenci dan berdendam dengan ibu tirinya sendiri lakonan Tiz Zaqyah.

"Disebabkan drama itu Izara mula dikenali. Malah, ketika berada di luar ramai yang menegur tetapi tidaklah sampai membenci sehingga sanggup memaki hamun kerana watak antagonis yang dibawa Izara," ujarnya saat ditanya mengenai impak terhadap watak jahat yang dibawanya.

Izara juga menolak tanggapan dia dan Tiz mempunyai masalah. Menurutnya, lakonan yang dijayakan tidak sampai terbawa-bawa sehingga habis pengambaran drama tersebut.

Sinonim dengan watak antagonis Izara bagaimanapun mengakui kurang selesa dianggap sesuai menjayakan watak sebegitu.

Katanya: "Saya takut peminat menganggap saya sebagai pelakon stereotaip. Kalau boleh Izara mahu berlakon pelbagai watak. Sebenarnya, Izara pernah berlakon watak baik dalam drama Kasih Najihah dan juga watak komedi dalam drama Jejaka J. Namun, peminat masih belum mengenali Izara ketika itu".

Sering menjayakan drama Izara juga mengimpikan tawaran berlakon filem namun menganggap rezekinya untuk berlakon layar perak masih belum tiba.

Katanya, biarpun ada tawaran berlakon filem tetapi watak yang diterima kadangkala tidak menepati citarasa malah ada juga watak yang diminati tidak kena pula dengan masanya.

Bercerita mengenai projek terbaharunya, ujar pelakon yang sudah mempunyai buah hati tetapi bukan dalam kalangan orang seni itu, sekarang ini dia sedang menjalani penggambaran untuk drama terbaharu iaitu Vanila Coklat.

Drama gandingan kesebelasnya bersama pelakon Iqram Dinzly itu bagaimanapun tidak menunjukkan sisi negatif Izara, sebaliknya dia akan melakonkan watak baik.

Biarpun tawaran mencurah-curah dalam bidang lakonan, Izara bagaimanapun menolak untuk membuat dua kerja dalam satu masa. Dia juga mengakui mengimpikan sebuah penghormatan terhadap kariernya sebagai pelakon.

"Izara lebih selesai menerima satu kerja dalam satu masa. Jadi, Izara dapat menumpukan 100 peratus perhatian dan memberikan yang terbaik dalam lakonan Izara.

"Perjalanan karier Izara masih jauh. Izara mahu hasil kerja Izara nanti diberi penghormatan dan ketika itu baru Izara puas menjadi sebagai seorang pelakon," tuturnya yang serius menceburi bidang lakonan.

Tasha kemaruk berlakon

Tasha Shilla atau nama sebenarnya Natashasheila Abdul Razak, 24, pula mengaku fasa kehidupannya dalam bidang lakonan semakin lancar selepas membintangi drama Gemilang. Cuma, dia memerlukan sedikit masa lagi untuk mengukuhkan namanya di persada seni lakon tanah air.

Sememangnya watak Cikgu Ruhana yang berebutkan Saifullah (lakonan Shahz Jazsle) daripada Asma (Tiz Zaqyah) yang dibawa oleh Tasha berjaya menonjol bakat lakonan gadis berasal dari Kuala Lumpur itu. Akibat daripada perebutan hati Saifullah, Tasha dikatakan mula membenci Tiz. Namun katanya, semuanya itu sekadar lakonannya di dalam drama Gemilang. Realitinya, pelakon berwajah comel itu sangat mengagumi bakat lakonan yang ada pada Tiz.

Baru dua tahun membabitkan diri dalam bidang lakonan, Tasha mengaku apa yang menggembirakan dirinya adalah impian sejak kecil untuk bergelar pelakon akhirnya menjadi kenyataan.

Begitupun, Tasha menolak pandangan nakal yang mendakwa populariti mendadak yang melanda dirinya hari ini bersandarkan pada tuah semata-mata. Hakikatnya dia menyifatkan populariti diri yang dikecapinya itu bertitik-tolak daripada komitmen dan bakat yang dimiliki dalam bidang lakonan. Malah, anak sulung itu juga mengakui hadir dalam dunia seni tanpa bantuan sesiapa.

"Saya pergi sendiri casting drama Kabir Bhatia, Gemilang tanpa ditemani sesiapa. Alhamdulillah, saya berjaya mendapat watak Cikgu Ruhaya. Memang sejak kecil lagi Tasha impi menjadi seorang pelakon dan sekarang ia sudah tercapai.

"Memang saya akui kehadiran saya dalam bidang seni juga bergantung pada tuah tetapi bukan bersandar kepada tuah semata-mata. Pencapaian kecil yang saya kecapi sekarang adalah kerana kerja keras dan komitmen yang saya curahkan untuk berada dalam bidang ini," katanya.

Tasha juga tidak meletakkan sasaran berapa banyak job yang harus dia ambil dalam satu masa, asalkan dia mampu melaksanakan semua kerja yang diberi dengan sebaik mungkin.

Kongsi Tasha lagi, dia juga menolak sebarang bentuk kontroversi atau kisah remeh-temeh sebagai senjata untuk membina namanya. Dia menganggap dirinya dikenali ramai kerana kerja dan bukan kerana kontroversi.

"Saya sentiasa ingatkan diri fokus sebenar saya berada dalam bidang ini. Jadi, saya seboleh-bolehnya tidak mahu ada cerita-cerita panas atau kontroversi murah yang dikaitkan dengan diri saya," katanya senyum tetapi bernada serius.

Pelakon filem Ratu The Movie itu juga sangat berbesar hati apabila orang ramai mengenalinya kerana sesuatu watak yang dilakonkannya dan bukan kerana kisah kontroversi.

Tasha juga tanpa berselindung mengakui dia tidak memerlukan cinta pada masa terdekat ini. Dia juga menolak dakwaan kehadirannya dalam dunia seni semata-mata untuk mengejar insan bergelar VVIP.

"Lakonan adalah kerjaya impian saya dan saya tidak mahu komitmen hubungan cinta akan merosakkan perkembangan kerjaya saya hanya kerana leka dengan permainan cinta," ungkapnya optimis.

Full content generated by Get Full RSS.

AIM hanya untuk rakyat Malaysia

Posted:

AIM hanya untuk rakyat Malaysia

AIM hanya untuk rakyat Malaysia

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN

MENGHAMPAKAN. Itulah kesimpulan yang boleh dibuat terhadap Forum Anugerah Industri Muzik (AIM) Ke-18 yang telah dianjurkan oleh Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) baru-baru ini.

Bermatlamat memberi peluang kepada penggiat industri muzik tempatan terutamanya penyanyi dan komposer untuk meluahkan pandangan dan idea, tetapi ia seolah-olah tidak digunakan sebaiknya.

Apa yang mengecewakan, rata-rata penyanyi dan komposer yang meluangkan masa untuk hadir pada forum yang berlangsung di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur pada 6 Disember lalu tidak sampai 20 orang.

Malah, antara barisan penyanyi popular tempatan yang dilihat berada pada forum tersebut hanyalah Joe Flizzow, Atilia, Altimet, Hunny Madu, Hang Dimas, Monoloq, dan Radhi OAG.

Mengulas mengenai situasi tersebut, Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pengelola AIM 18, Rosmin Hashim selaku salah seorang ahli panel menyatakan pihaknya berpuas hati dengan penganjuran forum berkenaan.

"Walaupun tidak ramai yang dapat hadir pada forum yang dianjurkan ini, namun ia tetap dapat berjalan seperti biasa dan kami sudah melaksanakan tanggungjawab untuk memberi ruang kepada penggiat seni untuk bersuara.

"Malah, rata-rata mereka yang datang juga telah memberikan maklum balas yang baik dengan memberikan pelbagai pandangan yang mungkin boleh dipertimbangkan oleh kami agar penganjuran akan datang menjadi lebih baik," jelasnya lagi.

Ujar Rosmin, dia tidak menyalahkan mana-mana pihak yang tidak hadir terutamanya penyanyi dan beranggapan tarikh forum yang diadakan itu berkemungkinan besar bertembung dengan jadual mereka.

Sementara itu, pada forum yang turut dibarisi oleh dua orang lagi panel iaitu Adrian Lim dan Ramani Ramalingam, mereka turut mengumumkan tentang beberapa pembaharuan yang akan dilakukan pada masa akan datang.

AIM Cina, AIM India

Salah satunya, pihak RIM sudah merancang untuk mengadakan tiga penganjuran AIM yang berbeza menerusi tiga pecahan iaitu AIM Cina dan AIM India untuk memberi pengiktirafan kepada penggiat seni yang berbilang kaum.

"Melihatkan kepada perkembangan industri muzik tempatan sekarang, sudah ramai penggiat seni yang terdiri daripada bukan Melayu muncul dan sewajarnya mereka perlu diberikan pengiktirafan yang sama.

"Lagipun adalah kurang sesuai sekiranya lagu-lagu berbahasa Cina dan India untuk dipertandingkan dengan lagu-lagu Melayu kerana ia akan memberikan kesukaran kepada penjurian yang dilakukan," ujar Rosmin.

Selain itu, bermula pada tahun hadapan pihak RIM akan memperketatkan lagi syarat kelayakan iaitu penyertaan akan dibuka kepada 100 peratus penggiat seni warganegara Malaysia seperti penyanyi, komposer, penulis lirik, penerbit dan syarikat rakaman tempatan.

Jelas Rosmin, syarat sebegitu sebenarnya sudah mula diperkenalkan pada penganjuran AIM 18, tetapi setakat ini ia lebih tertumpu kepada komposer dan penulis lirik sahaja.

"Kalau penyanyi luar negara yang bernaung di bawah label syarikat tempatan dibenarkan untuk bertanding dalam AIM, pada penganjuran akan datang penyanyi, komposer dan penulis lirik mestilah warganegara Malaysia.

"Biarpun syarat yang dikenakan ini agak lebih ketat, tetapi apa yang pihak penganjur lakukan ini adalah semata-mata mahu memberi pengiktirafan kepada penggiat muzik tempatan dalam memajukan lagi industri," tegasnya.

Bagaimanapun, Rosmin turut menyatakan pihak penganjur tetap memberi sedikit kelonggaran untuk kategori album terbaik apabila masih mengekalkan kriteria pembabitan 60 peratus pemuzik tempatan dan 40 peratus pemuzik luar negara.

"Dalam sesebuah penerbitan album itu pasti ada satu atau dua buah lagu yang dihasilkan oleh komposer atau pemuzik luar. Namun, ia tetap layak dipertandingkan asalkan 60 peratus perlu membabitkan warga tempatan.

"Lagipun adalah tidak adil kalau kami hendak menyekat sesebuah album itu untuk bertanding dalam AIM hanya disebabkan terdapat sebuah lagu yang dihasilkan oleh orang luar," ujarnya.

Pada masa yang sama, pihak penganjur akan mempertimbangkan beberapa cadangan yang telah diusulkan seperti membuka semula beberapa kategori yang pernah digugurkan serta pemilihan lagu terbaik yang bukan dikira daripada pemenang setiap sub kategori.

Kelonggaran syarat

Salah seorang tetamu forum yang hadir iaitu penyanyi Atilia menyatakan, dia sebenarnya kurang bersetuju dengan beberapa langkah yang akan dilakukan oleh pihak RIM pada penganjuran akan datang.

Tegasnya, syarat untuk menetapkan penyertaan 100 peratus pembabitan penyanyi tempatan untuk layak bertanding dalam AIM dilihat kurang sesuai dengan perkembangan industri muzik sekarang.

"Kalau kita lihat sekarang ini sudah ramai penyanyi tempatan yang menjalinkan kolaborasi dengan penyanyi-penyanyi luar negara. Kalau syarat sebegini dibuat, sudah tentu ada lagu-lagu yang bagus tidak dapat dipertandingkan.

"Jika syarat ini dilaksanakan pada masa akan datang, sudah tentu ia akan mengurangkan lagi minat penyanyi-penyanyi di Malaysia untuk menyertai AIM disebabkan perkara sebegini.

Menurutnya lagi, menjalinkan kolaborasi dengan penyanyi luar juga sebenarnya sudah menjadi satu trend dan langkah yang berkesan untuk mempromosikan artis tempatan di luar negara.

Selain itu, Atilia juga turut melahirkan rasa sedikit kecewanya terhadap sambutan kurang menggalakkan pada penganjuran forum tersebut kerana ia adalah platform terbaik untuk para artis bersuara.

"Selama ini kebanyakan artis selalu bersuara di luar sahaja kalau ada rasa tidak puas hati. Namun, bila sudah diberi peluang untuk mereka meluahkan pandangan, ternyata mereka seolah-olah memandang remeh perkara ini.

"Walaupun terdapat beberapa kelemahan yang dilakukan oleh pihak penganjur, tetapi sekurang-kurangnya mereka masih tetap memberi ruang kepada sesiapa sahaja untuk berbincang bagi memperbaiki segala kesilapan," tegasnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Dianna, Sebastian putus cinta

Posted:

Dianna, Sebastian putus cinta

Dianna, Sebastian putus cinta


DIANNA AGRON


PERCINTAAN antara bintang Glee, Dianna Agron dan bintang Gossip Girl, Sebastian Stan telah menemui kehancuran. Dianna dan Sebastian yang mula menjalinkan hubungan cinta pada Julai tahun ini dikatakan terpaksa menamatkan percintaan mereka gara-gara hubungan jarak jauh mereka.

Ujar sumber: "Diana dan Sebastian mengambil keputusan memutuskan hubungan cinta kerana mereka tinggal jauh antara sama lain - Dianna di Los Angeles manakala Sebastian di New York.Hubungan jarak jauh mereka akhirnya menemui kegagalan."

Tambah sumber kepada majalah Us Weekly: "Hubungan antara Dianna dan Sebastian juga putus disebabkan isu kepercayaan. Dianna selalu risau Sebastian akan curang terhadap dirinya setiap kali mereka berjauhan sedangkan Sebastian setia kepadanya."

Sebelum ini Dianna pernah menjalinkan hubungan dengan aktor Alex Pettyfer, namun percintaan mereka berakhir ekoran sikap Alex yang curang.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Berhutang untuk belajar agama

Posted:

Berhutang untuk belajar agama

Berhutang untuk belajar agama

Oleh MELATI MOHD. ARIFF

KETIKA anak-anak lain ke sekolah agama, Udin leka bermain. Sesekali matanya merenung ke arah sekolah. Ada perasaan sayu dan pilu di dalam hatinya.

Dia sememangnya teringin untuk belajar di sekolah agama itu tetapi apakan daya ibunya tidak mampu untuk membayar yuran sekolah, meskipun jumlahnya hanyalah RM20 sebulan.

Makan mereka pun atas belas ehsan jiran. RM20 nilai wang yang bagi sesetengah orang boleh dihabiskan untuk sekali makan. Adakalanya Udin berjalan mengelilingi pagar sekolah yang sebahagiannya sudah tumbang akibat perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab menceroboh ke kawasan sekolah.

Udin seronok mendengar suara kanak-kanak mengulangi ungkapan kata ustazah dan ustaz. Ingatannya singgah kepada ibu. Ibunya sedang bertarung nyawa dengan penyakit kanser rahim. Ayahnya sudah lama meninggal dunia.

Seperti Udin, kakak dan abangnya juga tidak bersekolah kerana kesempitan hidup.

Lain pula kisahnya dengan Mail. Dia dan abangnya pernah ditangkap kerana mencuri meja sekolah. Bahagian besi meja itu dijual kepada pembeli barang lusuh.

Hasil jualan RM3 itu digunakan untuk membeli makanan. Mereka mencuri kerana lapar. Ibu Mail masih hidup tetapi sudah lama keluar rumah, meninggalkan dia dan adik- beradiknya yang lain.

Sara kehidupan

Tinggallah ayah Mail sebagai bapa tunggal yang menyara kehidupan anaknya yang lima orang itu dengan menjaja secara kecil-kecilan.

Mail hanya ke sekolah agama kerana tiada surat beranak untuk ke sekolah kebangsaan. Abangnya juga tidak mempunyai surat beranak. Kakaknya tidak bersekolah kerana perlu menjaga adik-adiknya apabila bapa keluar mencari rezeki.


SEBAHAGIAN daripada kemudahan yang terdapat di Kafa Al-Insaniah Taman Putra Damai, Lembah Subang, Petaling Jaya.


Anak yang penulis namakan sebagai Man ini pula terpaksa berhenti sekolah. Ibunya tidak mampu untuk membayar yuran sekolah sebanyak RM20. Ayah sudah berkahwin lagi. Walaupun ayah ada memberi wang kepada ibunya tetapi jumlah yang diberi tidak cukup untuk menampung keperluan kehidupan mereka.

Ibu Man pula hanya mampu menjaga anak orang untuk menambah pendapatan bagi kelangsungan hidup dan enam orang anaknya.

Atas keprihatinan pihak sekolah, Man dibenarkan meneruskan persekolahan walaupun tidak dapat membayar yuran.

Kesusahan hidup yang dilalui Udin, Mail dan Man ini hanyalah secebis daripada kehidupan berliku anak yang belajar di Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa) Integrasi Al-Insaniah, Jalan PJU 1A/42, Taman Putra Damai, Lembah Subang, Petaling Jaya.

Keprihatinan pihak sekolah membolehkan Udin, Mail dan Man menjadi murid di Kafa itu.

Cuma Udin sempat belajar hanya beberapa bulan sahaja. Dia dan adik-beradiknya diberitakan sudah pulang ke kampung halaman di Kelantan setelah ibu mereka meninggal dunia.

Mungkin ada ramai lagi anak yang menyimpan kisah pahit dan duka kehidupan mereka di sebalik wajah-wajah yang redup dan tubuh yang lesu.

Perut kosong

Kebanyakan anak-anak ini datang dari keluarga yang berpendapatan rendah dan mempunyai adik-beradik yang ramai.

Lantas, ada antara anak-anak ini datang ke sekolah dengan perut kosong seperti yang diberitahu oleh pengasas Kafa Integrasi Al-Insaniah, Norazainah Adnan dan Siti Hawa Sharif.

Pihak sekolah sememangnya membantu mereka yang benar-benar memerlukan dengan mengecualikan mereka daripada bayaran yuran di samping makanan tambahan.

Bagaimanapun, kewangan yang terhad membolehkan hanya 70 orang sahaja setakat ini menerima makanan tengah hari yang membabitkan perbelanjaan kira-kira RM2,100 sebulan.

Norazainah mempunyai pengalaman sekitar 14 tahun sebagai guru tadika sementara Siti Hawa pula telah menjadi guru agama selama kira-kira 15 tahun.

Sebelum penubuhan Kafa ini, mereka berdua mengambil inisiatif mengadakan kelas agama di surau Insaniah Blok D Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) Taman Putra Damai.


MESKIPUN saiz sekolah ini kecil, sesi persekolahan pertama menerima 500 murid.


Norazainah ketika itu menyandang jawatan Ketua Muslimah Surau Insaniah.

Kelas agama yang menampung kira-kira 90 pelajar itu diadakan di surau berkenaan selama dua tahun mulai tahun 2001. Pada 15 Januari 2003, Kafa Integrasi Al-Insaniah dibuka di lokasi yang ada sekarang.

Meskipun saiz sekolah itu kecil, sesi persekolahan pertama menerima 500 murid. Sekolah ketika itu mempunyai hanya lima buah kelas, pejabat dan kantin. Pelajar diajar mata pelajaran Al-Quran, Feqah, Tauhid, Bahasa Arab, Akhlak dan tulisan Jawi.

Norazainah bukan setakat menjadi pengasas, bahkan beliau turut menjadi tenaga pengajar di Kafa Al-Insaniah.

Naluri seorang ibu menjadikan beliau begitu mengambil berat agar anak di PPRT Taman Putra Damai tidak tercicir daripada mendapatkan pendidikan agama.

Setiap kali melihat ada anak yang bermain di luar kawasan sekolah pasti dia akan bertanya mengapa mereka tidak datang ke sekolah agama itu.

Tidak cukup dengan alasan yang diberikan, dia akan menyusul pula ke rumah untuk menggalakkan ibu bapa berkenaan menghantar anak ke sekolah.

Alasan yang sering singgah di cuping telingnya ialah tidak ada wang untuk membayar yuran sekolah.

"Saya akan memberitahu mereka hantar dulu anak ke sekolah dan soal kewangan boleh dibincang kemudian.

"Saya susah hati, saya bimbang sekiranya anak ini tidak dibekalkan dengan pendidikan agama, ini akan merosakkan diri mereka kelak," kata Naib Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Kafa Al-Insaniah itu kepada Bernama.

Kafa Integrasi Al-Insaniah kini mempunyai 450 murid. Seramai 25 orang belajar pada sesi pagi sementara bakinya belajar pada sesi petang.

Anak-anak ini kebanyakannya berasal dari kawasan setinggan Taman Medan, Kampung Cempaka, Kampung Kayu Ara dan Kampung Sentosa yang terletak di sekitar Petaling Jaya.

"Ada yang mempunyai ibu atau ayah sahaja. Ada yang emak bekerja di kilang, ayah berniaga sendiri atau bekerja sebagai buruh. Ada juga emak yang hanya suri rumah.

"Ada juga antara mereka emak sahaja yang bekerja. Rata-rata mereka berpendapatan rendah. Ada yang mempunyai anak seramai lapan hingga 12 orang," kata Norazainah.


NORAZAINAH (tengah) mengambil berat kebajikan anak-anak muridnya agar mereka tidak tercicir daripada mendapat pelajaran.


Menurut beliau, 30 daripada 40 murid dalam salah sebuah kelas adalah murid yang ibu bapa mereka sudah bercerai atau bapa mereka meninggal dunia.

Hampir 50 peratus murid di Kafa Integrasi Al-Insaniah tidak mampu membayar yuran sekolah. "Ada yang berhutang dari darjah satu sehingga darjah enam," kata Siti Hawa.

Menurut beliau, pihak sekolah lazimnya akan mengeluarkan surat jika ada tunggakan yuran namun hasilnya agak mengecewakan.

Hanya segelintir mampu membayar penuh manakala sebahagian besar lagi ibu bapa bertindak memberhentikan sahaja persekolahan anak masing-masing.

Siti Hawa mengambil contoh kes tahun 2005 apabila pihak sekolah mengeluarkan surat peringatan berhubung tunggakan yuran, hampir 100 murid tidak datang ke sekolah.

Teruskan persekolahan

Apabila ditanya mengapa berhenti sekolah, alasan yang diberi ialah tidak mampu membayar yuran.

"Ini membuatkan kami pula yang merasa bersalah. Keadaan yang sama berlaku pada tahun 2006 bila masuk murid baharu.

"Kali ini pihak kami lebih berhati-hati dan menyelidik dahulu latar belakang ibu bapa murid sebelum mengeluarkan surat peringatan.

Atas rasa keprihatinan, pengurusan sekolah membenarkan anak yang tidak mampu membayar yuran untuk meneruskan persekolahan mereka.

Seperti kata Siti Hawa: "Kita usahakan supaya anak-anak ini masih boleh belajar meskipun tak bayar yuran. Bagi kita, mereka hendak belajar pun sudah Alhamdulillah." Untuk menampung perbelanjaan pengurusan sekolah, berikhtiar melakukan aktiviti mengumpul dana di samping menerima sumbangan para dermawan, Kementerian Pelajaran serta bantuan zakat.

Kutipan yuran yang dapat dikutip digunakan untuk membayar gaji guru, kerani, pencuci, bil elektrik dan untuk menampung keperluan lain.

Mengenai gaji guru, Siti Hawa menjelaskan, pihak sekolah mempunyai 12 guru tetapi hanya 10 guru sahaja yang layak menerima gaji daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

"Bagi sesi pagi, kita ada tiga guru dan masing-masing dibayar RM400 sebulan oleh pihak sekolah.

"Untuk sesi petang, ada 12 orang guru. Gaji bulanan untuk 10 orang dibayar RM1,300 seorang sementara dua lagi masing-masing menerima gaji sebanyak RM600," jelasnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Uganda semakin melarat

Posted:

Uganda semakin melarat

Uganda semakin melarat


RAMAI penjaja jalanan berasa perit untuk meneruskan operasi dengan sumber yang terhad dan kos yang semakin melonjak.


SEPERTI kebanyakan ibu-ibu lain yang tinggal di sebuah kejiranan daif, terdapat satu hari yang membuatkan Rose Awino, 23, berasa takut berbanding hari-hari lain dalam bulan itu.

Ia adalah pada hari apabila dia perlu membayar AS$20 (RM62.90) untuk sewa rumah satu bilik yang diduduki bersama keluarganya.

Seiring kenaikan kos sara hidup di Uganda, daripada makanan hingga harga minyak, Awino bukan sahaja resah dengan kunjungan tuan rumah, malah terhadap rutin membeli barangan keperluan dua kali seminggu di pasar.

Protes telah tercetus di Kampala sejak April lalu apabila ketua pembangkang, Kizza Besigye melancarkan demonstrasi terhadap kenaikan kos sara hidup. Ia mencetuskan tindakan ganas polis yang membunuh sekurang-kurangnya 10 orang. Besigye kini ditahan di rumahnya.

"Semuanya di sini menjadi semakin mahal, tetapi kehidupan menjadi semakin susah sepanjang masa," kata Awino yang tinggal di daerah Konge di pinggir ibu negara Uganda.

Inflasi keseluruhan di Uganda bulan lalu meningkat kepada 30 peratus, kadar tertinggi dalam masa dua dekad. Dalam bulan yang sama, inflasi tahun ke tahun ke atas makanan meningkat sebanyak 45 peratus.

"Ini menyebabkan kenaikan mendadak ke atas kos barangan asas. Standard gaya hidup penduduk Uganda telah menurun, terutama bagi penduduk lebih miskin di dalam masyarakat," kata felo sains politik dari Universiti Makerere, Frederick Golooba-Mutebi.

Kurang pelanggan

Masyarakat biasa Uganda sedang berusaha mengatasi situasi itu. Awino memberitahu, dia pernah menjual tomato dan bawang kepada suri rumah tempatan melalui sebuah gerai kecil tetapi sejak harga barangan meningkat, pelanggannya semakin berkurang.

Kini keluarganya bekerja keras meneruskan kehidupan dengan pendapatan kira-kira AS$40 (RM125.60) sebulan yang diperoleh dengan bekerja sebagai pencuci separuh masa. Dengan pendapatan itu, sebahagian besarnya sebenarnya digunakan untuk membayar sewa rumah.

Protes jalanan antara lain tercetus akibat persepsi bahawa pemerintah elit tidak melakukan apa-apa untuk menangani inflasi. Mereka sebaliknya dikatakan mensia-siakan sumber berharga bagi memenangi semula pilihan raya yang akan diadakan pada bulan Februari tahun depan.

"Kerajaan gagal bertindak. Mereka menolak untuk mengurangkan tarif petrol, diesel dan beberapa komoditi asas dan ini menyebabkan kebencian awam," kata Golooba-Mutebi.


KEHIDUPAN rakyat miskin yang kekurangan bekalan makanan dibebankan lagi dengan masalah inflasi.


Begitupun, protes awam semakin berkurangan apabila kumpulan pejuang hak memberitahu bahawa kerajaan telah mengambil langkah-langkah represif atau bersifat menindas termasuk mengenakan perintah tahanan rumah bagi ketua pembangkang.

Faktor luaran

Kerajaan memberitahu sedikit sahaja yang dapat dilakukan bagi mengatasi inflasi dengan menyalahkan faktor luaran seperti harga petrol yang tinggi dan peningkatan permintaan makanan dari negara-negara jiran Uganda yang sedang dilanda kemarau.

"Jelas, kerajaan berkata benar. Sejak beberapa tahun lalu, ekonomi global berada dalam keadaan tidak stabil sekali gus turut menjejaskan Uganda," kata pengerusi parti pemerintah Jawatankuasa Ekonomi Kebangsaan di Parlimen.

"Tetapi, kita masih perlu membuat banyak perkara termasuk polisi bagi menangani isu kepenggunaan dan cuba untuk meningkatkan pengeluaran," tambahnya.

Bank pusat negara berkenaan baru-baru ini meningkatkan kadar faedah untuk menyokong mata wang tempatan iaitu shiling Uganda yang semakin lemah. Shiling mencecah nilai terendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) September lalu.

Tetapi ketika pakar ekonomi mengalu-alukan tindakan itu, mereka berkata bahawa ia tidak memberi kesan ke atas harga pengguna dalam masa terdekat.

"Terdapat kesan sampingan dalam mana-mana polisi kewangan, jadi ia mengambil masa tiga bulan, enam bulan, atau mungkin setahun," kata ketua pasaran kewangan di Bank Standard Chartered di Uganda, Grace Makako yang memberi amaran mengenai waktu sukar pada tahun 2012.

Bagi Awino, dia tidak tahu bagaimana dia harus terus menanggung ahli keluarganya sekiranya tiada perubahan dalam masa terdekat.

"Saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Tidak lama lagi saya perlu membayar yuran persekolahan. Saya tidak tahu sama ada saya mampu atau tidak. Mungkin kami perlu mengikat perut lagi," keluhnya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved