Isnin, 15 Ogos 2011

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Cabaran berdepan waris si mati

Posted:

Cabaran berdepan waris si mati

Cabaran berdepan waris si mati

Oleh ALIF ABU BAKAR

BERDEPAN dengan mayat setiap hari bukan satu perkara yang mudah apatah lagi bukan semua individu mampu berteman dengan orang mati dalam tugasan harian.

Namun, kerja-kerja pengurusan mayat sudah lali ditempuh oleh seorang Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK), Roesmal Azwan Abd. Malik, 33, yang hampir setahun berkhidmat dengan Jabatan Forensik, Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Rutin harian Roesmal bukan hanya memindahkan mayat dari wad ke bilik mayat sahaja tetapi sebagai PPK, lelaki yang berasal dari Kelantan itu juga membantu doktor dan pegawai perubatan melakukan bedah siasat.

Kerja-kerja bedah siasat seringkali divisualkan sebagai berbahaya dan memerlukan ketelitian, apatah lagi jasad yang dibedah siasat itu kebanyakannya berada dalam keadaan menyedihkan.

"Forensik HKL banyak menguruskan kes-kes kematian melibatkan perundangan (medico legal) seperti jenayah ataupun kemalangan.

"Jadi membedah siasat mayat yang tidak lengkap anggota badan, fizikal hancur dan sebagainya sudah sebati dalam tugasan kami," jelasnya yang memberitahu sekurang-kurangnya tujuh mayat perlu dibedah siasat setiap hari.


AUTOPSI mayat akan dilaksanakan mengikut kalendar mahkamah.


Mayat akibat nahas jalan raya seringkali berada dalam keadaan fizikal yang meruntun jiwa sehingga ada yang tidak menyerupai bentuk manusia langsung.

Menyedari kesukaran berdepan dengan waris mangsa yang menuntut mayat tersebut, forensik HKL mengambil langkah proaktif dengan menyempurnakan mayat itu.

Anggota-anggota tubuh yang tercerai akan dijahit sebaik mungkin bagi mengelakkan penderaan emosi terlampau dalam kalangan waris si mati.

Momen paling diingati Roesmal adalah saat menjalankan autopsi ke atas mayat yang telah lama disimpan kerana bau busuk mayat tersebut ternyata menganggu konsentrasi kerjanya.

"Bau mayat tersebut memang tidak dapat ditahan dan saya rasa boleh membuatkan orang muntah walaupun memakai topeng mulut.

"Bayangkan selama dua jam bedah siasat dijalankan, saya cuba menghilangkan rasa tidak selesa itu tetapi lama-kelamaan bau tersebut hilang begitu sahaja," ujarnya.

Momokan kisah mistik

Logik di sebalik kisah spiritual pula dirasakan tidak boleh boleh diguna pakai memandangkan tiada gangguan melampau diterima oleh pekerja-pekerja rumah mayat tersebut.

"Gangguan makhluk halus ada di mana-mana, jadi tidak wajar orang menganggap rumah mayat penuh dengan kisah-kisah mistik.

"Persepsi orang ramai terhadap pekerja rumah mayat juga sebenarnya meleset kerana wajah-wajah kami tidaklah pucat seperti mayat seperti diperkatakan ramai orang.

"Setakat ini kesemua petugas di sini tidak berdepan masalah besar dengan mayat tetapi selalunya masalah melibatkan waris si mati," jelasnya.

Bercerita tentang jenis-jenis mayat di forensik HKL, Penolong Pegawai Perubatan jabatan tersebut, Zainorden Tamat, 41, menjelaskan mayat-mayat diterima mereka terdiri daripada medico legal dan mayat biasa.


HKL tidak menggunakan bahan pengawet ke atas mayat sebaliknya mayat hanya disimpan di dalam peti ais.


Menurut Zainorden, jenazah medico legal dibahagikan kepada dua kategori iaitu membabitkan jenayah seperti bunuh dan bukan jenayah seperti kemalangan, kebakaran dan lain-lain.

"Kita juga mengendalikan mayat-mayat pesakit yang mati di wad iaitu selepas satu jam dari waktu kematian, mayat akan dibawa PPK ke bilik mayat.

"Waris akan dihubungi dan mayat tersebut akan dituntut selepas proses pengecaman dijalankan.

"Bagi mayat yang tidak berwaris, kita akan tunggu sehingga tiga hari bagi mereka beragama Islam dan 14 hari bagi agama lain sebelum ia diuruskan pihak kami," ujar Zainorden yang berkhidmat di HKL selama 16 tahun.

Mayat Islam yang tidak dituntut itu akan diserahkan kepada pejabat khas Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di HKL bagi menguruskan kes-kes tersebut.

Mayat Medico Legal

Si mati yang diuruskan tidak hanya sendirian tanpa waris, malah ada juga yang tidak diketahui identiti menyebabkan pengkebumian mereka dilakukan di kawasan lapang seperti di tanah perkuburan Jalan Karak.

Begitu juga dengan mayat agama lain. Selepas usaha mengesan waris menemui kegagalan, mayat tersebut akan diserahkan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebelum dibakar di tempat pembakaran di Cheras.

Menyelak kes-kes medico legal, Zainorden merungkaikan bahawa majoriti mayat membabitkan urusan polis dan urusan mahkamah perlu menjalani proses bedah siasat.

Rasional bedah siasat dijalankan bertujuan mencari punca kematian si mati sama ada melibatkan jenayah atau sebaliknya, tetapi ia hanya dijalankan jika surat arahan daripada pihak polis dikeluarkan.

"Jabatan kami akan menjalankan bedah siasat mengikut kalendar mahkamah bagi kes-kes jenayah seperti pembunuhan.

"Disebabkan kematian individu tersebut melibatkan perundangan, maka mayatnya terpaksa disimpan sehingga surat kebenaran untuk melupuskan mayat dikeluarkan," ujar Zainorden lagi.


HKL pernah menyimpan mayat sehingga enam bulan bagi kes medico legal.


Pihaknya juga pernah menyimpan mayat membabitkan kes medico legal selama enam bulan.

Suhu peti ais menyimpan mayat adalah di antara 2 darjah Celcius hingga 8 darjah Celsius tanpa menggunakan bahan pengawet.

Menurut Zainorden, mengawet mayat di HKL bagi mengekalkan ciri-ciri fizikal mayat adalah ditegah dan mereka tidak mampu untuk menyekat proses pereputan sekiranya mayat disimpan terlalu lama.

Kematian ahli keluarga merupakan detik paling tidak ingin dihadapi oleh semua orang, namun ia adalah ketentuan yang tidak dapat dielakkan.

Petugas bilik mayat jabatan itu tidak hanya berhadapan cabaran autopsi dan pengurusan mayat, malah turut diduga dengan reaksi waris si mati.

Seorang lagi Penolong Pegawai Perubatan HKL, Zaidun Che Mat, 47, menyatakan, berdepan dengan keluarga si mati antara situasi paling sukar memandangkan kes-kes kematian medico legal adalah mengejut dan keadaan mayat yang tidak sempurna.

"Tidak semua autopsi dapat melengkapkan semula fizikal mayat kerana ada jasad yang memang langsung tidak dapat diselamatkan.

"Waris yang melihat si mati yang dalam keadaan menyayat hati sukar menerima kenyataan dan menyebabkan mereka meraung hingga pihak kami terpaksa menenangkan keadaan.

"Sehubungan itu, kami menyediakan bilik khusus yang dipanggil Bilik Menangis untuk waris mangsa bertenang sehingga mereka berkeupayaan meneruskan proses tuntutan mayat," ceritanya yang telah 13 tahun menyaksikan pelbagai situasi menyedihkan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Isu tahlil jenazah yang belum dikebumi

Posted:

Isu tahlil jenazah yang belum dikebumi

Isu tahlil jenazah yang belum dikebumi

SEPERTI yang diketahui, mayat tidak wajar disimpan untuk tempoh yang panjang bagi menghormati roh si mati.

Kebanyakan agama menggalakkan upacara pengebumian dijalankan sesegera mungkin supaya roh tidak terseksa dan menempuh alam ghaib dengan tenang.

Sehubungan itu, timbul persoalan bagaimana pula dengan mayat-mayat yang perlu disimpan untuk tempoh tertentu bagi tujuan siasatan kes yang melibatkan bedah siasat?

Menyentuh kekeliruan tersebut, juara program realiti, Imam Muda musim kedua, Mohd. Hassan Adli Yahaya@Yahuza, 26, meletakkan situasi tersebut sebagai perkara yang tidak dapat dielakkan.

"Apabila terjadi hal sedemikian, tidak mengapa mayat itu disimpan untuk tempoh yang diperlukan asalkan mayat itu diletakkan dalam keadaan baik.

"Begitu juga dengan mayat yang tidak dituntut waris. Tempoh yang diberikan adalah bagi memberi ruang kepada waris menuntut jenazah dan disempurnakan sendiri ahli keluarga,"jelasnya ketika dihubungi baru-baru ini.

Apabila mayat itu belum dikebumikan, timbul pula spekulasi bahawa roh si mati akan berlegar-legar di atas bumi kerana masih belum mengecap ketenangan dan tersekat antara duniawi dan alam abadi.

Hassan memberitahu, terdapat pelbagai pendapat berhubung perkara tersebut. Antaranya mayat yang belum dikebumikan itu hanya jasad kepada roh, jadi ia tidak mengganggu urusan roh si mati menuju ke alam ghaib.

"Itu semua rahsia Allah, jadi kita pun tidak mampu untuk meletak andaian apa akan terjadi kepada roh tersebut," jelas Hassan.

Bagi yang beragama Islam, majlis tahlil selepas pengebumian si mati perlu dilakukan. Persoalannya, adakah majlis tahlil perlu dilakukan sekiranya mayat masih ditahan untuk siasatan kes? Atau adakah tahlil perlu ditangguhkan sehingga waris dibenarkan menuntut mayat si mati?

Berdasarkan penerangan Hassan, bermula dari tarikh kematian si mati, maka secara automatik tercerainya jasad daripada roh. Justeru, roh akan bertemu Tuhan manakala jasad akan hancur dimamah bumi.

"Walaupun jenazah masih belum boleh dikebumi, tahlil tetap boleh dijalankan seperti biasa kerana yang menjadi keutamaan adalah iringan doa buat roh si mati dan bukan jasadnya.

"Selepas mayat si mati bebas daripada siasatan, upacara pengebumian juga dijalankan seperti biasa dan waris boleh menyambung tahlil mengikut tempoh yang serupa dari tarikh kematian," jelas Hassan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Meninjau penghuni Laluan Emas

Posted:

Meninjau penghuni Laluan Emas

Meninjau penghuni Laluan Emas


PERALATAN yang digunakan oleh tukang emas di Laluan Emas dipamerkan kepada pelancong.


KVETA ZRUSTOVA, 91, masih ingat dengan jelas kenangan pada musim bunga tahun 1938 ketika dia memasuki sebuah rumah kecil di Laluan Emas terkenal di Prague untuk meminta nasihat daripada seorang tukang tilik, Madame de Thebes.

"Saya benar-benar takut ketika itu. Dia duduk di satu sudut dengan seekor kucing di atas bahunya," kata Zrustova yang ketika itu berusia 18 tahun dan mahu meramal nasib mengenai peperiksaan sekolahnya.

Madame de Thebes, yang kemudian mati semasa disoal siasat Nazi selepas meramalkan kejatuhan Adolf Hitler adalah salah seorang daripada warna-warni kehidupan di jalan bersejarah tersebut.

Ditutup sejak awal tahun lalu, lorong yang telah diubah suai di Istana Prague dan merupakan salah satu tarikan utama pelancongan di bandar itu dibuka semula pada awal bulan ini untuk memberi peluang kepada pengunjung untuk mengintai kehidupan mereka yang pernah tinggal di situ.

Kebanyakan daripada 20 rumah kecil di sepanjang jalan tersebut telah berubah menjadi muzium kecil, dengan setiap perincian kepada penghuninya satu ketika dulu.

Hidup sederhana

"Tujuannya adalah untuk menunjukkan pelawat mengenai hidup orang biasa yang tinggal dan bekerja di sini, seolah-olah mereka baru saja meninggalkannya," kata ahli sejarah, Pavel Jiras yang bertanggungjawab atas perubahan yang dilakukan.


SEBAHAGIAN besar rumah di Laluan Emas diubah suai menjadi muzium kecil.


Rumah-rumah tersebut dibina sebagai pengukuhan kubu berasaskan dekri yang dikeluarkan oleh Maharaja Jerman dan Raja Czech, Rudolph II (1552-1612).

"Tukang jahit, tabib herba dan tukang emas. Setiap rumah ada sejarah tersendiri.

"Terdapat keindahan dalam kehidupan mereka yang serba sederhana. Magis misteri yang nyata berbeza dengan era agresif dan kejam kita," kata Jiras.

Tidak seperti yang diceritakan dalam legenda dan sering diuar-uarkan berterusan oleh pemandu pelancong, jalan itu tidak pernah menempatkan ahli kimia yang diupah Rudolph II untuk cuba menukarkan plumbum kepada emas.

Penghuni Laluan Emas termasuklah Franz Kafka (1883-1924), penulis Yahudi kelahiran Prague yang mencari inspirasi di situ dari tahun 1916 hingga 1917.

"Di rumah nombor 22, Kafka menulis naratif yang muncul dalam cerita ringkas berjudul A Country Doctor.

"Apa yang tidak diketahui oleh ramai orang ialah Kafka juga sebenarnya adalah seorang ilustrator," kata pengurus kedai buku yang ditempatkan di situ, Gabriela Cinkova, sambil menunjukkan sebuah buku kecil dengan lukisan penulis di sebelah novel terkenalnya Amerika: The Missing Person, The Trial dan The Castle.

Ribuan filem

Rumah nombor 12 pernah dihuni oleh sejarawan Josef Kazda yang berjaya menyelamatkan ribuan filem Czech daripada dimusnahkan oleh Nazi.

Sementara rumah nombor 15 diubah suai menjadi rumah tukang emas sebagai memori kepada sejumlah mereka yang mencari rezeki dengan profesion tersebut selama berkurun lamanya sehingga ia turut digelar Laluan Tukang Emas.


HIASAN dalaman rumah dijaga baik seolah-olah penghuninya baru sahaja meninggalkan rumah tersebut.


"Anda dapat melihat bengkel tukang emas sebenar dengan kesemua peralatan yang diperlukan," kata Pengarah Jabatan Pelancongan di Istana Prague, Frantisek Kadlec.

Katanya, peralatan tersebut dihadiahkan oleh sebuah keluarga Czech yang mendengar laporan radio mengenai pengubahsuaian tersebut dan memutuskan untuk menyumbangkannya selepas ia diwarisi daripada seorang anggota keluarga yang meninggal pada tahun 2009.

Di rumah nombor 26 yang pernah didiami oleh tukang jahit turut memaparkan gambar kekasihnya dalam pakaian seragam tentera Austria yang dirakamkan sebelum dia terbunuh dalam Perang Dunia Pertama.

Perangkap komersial

Penghuni terakhir terpaksa meninggalkan Laluan Emas tidak lama selepas komunis mula berkuasa di negara bekas Czechoslovakia itu pada tahun 1948.

Rejim totalitarian digulingkan pada tahun 1989. Empat tahun kemudian negara itu berpecah kepada Republik Czech dan Slovakia.

Dengan berkembangnya kapitalisme, pengkritik mendakwa laluan itu menjadi perangkap komersial secara melampau.

Namun bagi Pengarah Pejabat Pentadbiran di Istana Prague, Ivo Velisek menegaskan, Laluan Emas kini adalah lebih baik selepas menjalani pengubahsuaian paling besar yang pernah dibuat.

"Untuk satu jangka masa yang panjang kita pernah mempunyai penghuni tetap iaitu sepasang burung hantu. Ia meninggalkan kawasan ini lima tahun lalu, mungkin kerana merasakan tempat ini sudah tidak sesuai didiami.

"Tetapi kedua-duanya datang semula pada musim bunga seolah-olah untuk memberitahu kami yang Laluan Emas sudah kembali hidup," katanya. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Klip video Asyraf ditonton 3 juta orang

Posted:

Klip video Asyraf ditonton 3 juta orang

Klip video Asyraf ditonton 3 juta orang

SEORANG pengunjung laman web YouTube melihat klip video yang menayangkan serangan ke atas Asyraf Haziq di London baru-baru ini.


LONDON - Klip video YouTube mengenai serangan kejam dan kejadian samun ke atas seorang pelajar Malaysia, Mohd. Asyraf Haziq Rossli (gambar kecil) di Barking, East London, telah ditonton hampir tiga juta orang, menurut sumber-sumber pemantauan British.

Ini adalah klip video single mengenai rusuhan dan rampasan di London dan di bandar raya lain di Britain.

"Cakap-cakap mengenai serangan kejam terhadap pelajar Malaysia itu telah tersebar luas yang hampir semua yang saya tahu, mahu melihat klip itu di YouTube. Orang ramai bersimpati dengan nasib pelajar itu dan ketabahannya," kata Percy Higgins, ahli kimia di London dalam temu bual melalui telefon dengan Bernama.

Asyraf, 20, pelajar tahun pertama jurusan perakaunan tajaan Mara di Kaplan College, yang telah keluar dari Royal London Hospital selepas pembedahan berkata kepada wartawan bahawa beliau tidak ada perasaan dendam atau sakit hati dengan rakyat Britain.

Katanya, beliau akan meneruskan pengajiannya di London kerana itulah tujuannya datang ke Britain, walaupun ibu bapa Asyraf menggesa anaknya itu untuk pulang ke Malaysia dan meneruskan pelajarannya di sana.

Perdana Menteri Britain, David Cameron, yang telah menonton filem itu, mengutuk serangan tersebut dan menyifatkan ia perlakuan yang memalukan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Amaran tutup, denda RM50,000

Posted:

Amaran tutup, denda RM50,000

Amaran tutup, denda RM50,000

Oleh LUQMAN RIDHWAN
MOHAMED NOR
berita@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR - Pengendali laman web yang didapati menyebarkan maklumat palsu di internet boleh didenda sehingga RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Berdasarkan Seksyen 211 akta tersebut, pengendali laman web dilarang membenarkan penyiaran sebarang bentuk kandungan yang sumbang, lucah, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk mengacau, mencaci, mengugut atau mengganggu mana-mana pihak.

Selain denda, pihak berkuasa juga boleh menutup laman web tersebut bagi membendung gejala penyebaran maklumat palsu itu daripada berleluasa.

Pengarah Eksekutif Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF), Mohd. Mustaffa Fazil Mohd. Abdan berkata, pelayar internet sepatutnya membuat siasatan sendiri terlebih dahulu dan jangan mempercayai bulat-bulat maklumat yang terkandung di dalam mana-mana laman web.

"Cari dahulu sumber sahih yang boleh memberikan penjelasan, contohnya Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) jika menyentuh isu halal atau tidak sesuatu produk.

"Mungkin produk yang dikatakan haram itu menggunakan bahan terlarang dan menjadikan ia haram di luar negara, tetapi untuk pasaran negara ini ia telah diubah suai untuk kegunaan umat Islam,'' katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Jakim sahkan mentega haram

Posted:

Jakim sahkan mentega haram

Jakim sahkan mentega haram


MENTEGA Pure Creamery Butter-Golden Churn ini dibalut dengan bungkusan mengandungi tanda halal.


KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam mengesahkan mentega jenama Pure Creamery Butter-Golden Churn yang dipasarkan di Malaysia adalah tidak halal.

Ketua Pengarahnya, Othman Mustapha (gambar kecil) berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapati produk tersebut datang dari kilang yang sama dengan yang diedarkan di Sarawak walaupun pengimportnya berbeza dan untuk pasaran berlainan.

"Perkara ini disahkan sendiri oleh wakil syarikat Ballantyne Food dari New Zealand yang mengeluarkan produk itu.

"Sehubungan itu umat Islam seluruh negara diminta untuk tidak menggunakan produk tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Sehubungan itu, Othman meminta pemegang dan permohonan baharu Sijil Pengesahan Halal dari Jakim atau jabatan agama Islam negeri yang telah menggunakan produk tersebut agar menukarnya kepada bahan yang mempunyai sijil halal yang diiktiraf serta mengemukakan resit pembelian bahan ramuan baharu.

Menurut beliau, mereka juga perlu melakukan proses samak dengan disaksikan jabatan agama Islam negeri serta mengemukakan bukti akuan samak.

Othman berkata, perkara itu juga telah dimaklumkan kepada syarikat pengimport dan mereka bersetuju menarik balik produk terbabit dari pasaran.

Pada 19 Julai lalu, Jabatan Agama Islam Sarawak mengisytiharkan produk itu yang digunakan segelintir pengusaha kek lapis sebagai tidak halal kerana dikesan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi, menyebabkan industri makanan itu terjejas. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Urban

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Urban


Syawal gaya Pavilion, Mid Valley dan 1 Utama

Posted:

Syawal gaya Pavilion, Mid Valley dan 1 Utama

Syawal gaya Pavilion, Mid Valley dan 1 Utama

Oleh NIZHA PERIASWAMY

MUSIM perayaan adalah antara musim yang dinanti-nantikan oleh semua orang baik kanak-kanak mahu pun dewasa. Tetapi apa yang lebih menarik di bandar-bandar khususnya di sekitar Lembah Klang adalah musim membeli-belah berlatar belakang dekorasi penuh menarik. Pada musim ini, pusat beli-belah berlumba-lumba menyediakan dekorasi terbaik untuk menarik pelanggan ke premis mereka.

Rata-rata kebanyakan pusat beli-belah di sekitar ibu kota memastikan dekorasi dan reka bentuk lobi utama sempena Hari Raya Aidilfitri sebagai satu kewajipan tanpa mengira kos. Ini kerana mereka percaya ia mampu mengamit lebih ramai orang dan memberikan satu kepuasan dari aspek sosial.

Urban sempat melawat beberapa pusat beli-belah utama dan seperti saban tahunnya, Mid Valley Megamall yang berlokasi di Lingkaran Syed Putra, pasti memberikan pengalaman perayaan yang mengujakan.

Arabica Raya


HIASAN bertemakan Arabica menjadi pilihan Mid Valley tahun ini.


Antara pusat beli-belah yang paling sibuk di ibu kota, Mid Valley tahun ini tampil dengan tema Arabica Raya. Dikelilingi pokok nipah dan zaitun, Centre Court pusat kini dipenuhi dengan bazar-bazar yang menjual pelbagai barangan sempena Hari Raya Aidilfitri.

Daripada makanan, minuman, barangan dan perkhidmatan, semuanya ditawarkan pada harga terbaik. Ia dimeriahkan lagi dengan latar muzik Arab untuk menghidupkan lagi suasana seiring tema. Bukan itu sahaja, pihak pengurusan turut menambah nilai dekorasi dengan barangan tradisional tanah Arab seperti karpet, barang kemas perak, lampu, barangan seni dan sebagainya.

Bercakap mengenai bazar, pihak pengurusan memberitahu, ia telah mula beroperasi sejak 11 Ogos lalu dan akan berlangsung sehingga 4 September untuk memberikan peluang kepada pengunjung dari luar turut merasai suasana Arabica Raya.

"Selain bazar, lebih 430 setor di sini turut mengambil bahagian dalam jualan raya dan lebih 100 restoran dan kafe menawarkan makanan sama ada berbuka atau menjamu selera selepas penat membeli-belah," kata wakil pihak pengurusan.

Mereka turut menyarankan beberapa butik seperti Butik Kriteria untuk pakaian Melayu, KT Songket untuk pilihan songket yang pelbagai, Kohimaran Oriental and Lifestyle Gallery untuk pilihan karpet.


DEKORASI serta hiasan dalaman oleh Pavilion sempena Hari Raya Aidilfitri.


Mid Valley juga turut menawarkan pelbagai tawaran penebusan sepanjang musim ini bermula 8 Ogos hingga 4 September termasuk sarung kusyen kepada pemegang kad kredit HSBC, balang biskut kaca kepada pemegang MasterCard, paket duit raya dan pemberian bendera Malaysia percuma bersempena sambutan Hari Kemerdekaan.

Bazar Aidilfitri dan Jualan Mega

Pusat beli-belah 1 Utama di Bandar Utama, Petaling Jaya pula memilih tema batik pada tahun ini. Sebagai satu nama yang sinonim dengan seni tradisi dan budaya, 1 Utama yang berlokasi di Bandar Utama memilih tema Batik Malaysia. Sepanjang 12 Ogos hingga 4 September, para pengunjung dapat melihat kecantikan dekorasi di samping menghayati kedatangan Syawal.

Ruang LG Oval di dekorasi dengan struktur buluh yang dililit dengan tekstil batik yang dihasilkan dengan penuh kreativiti dan berwarna-warni. Selain memberikan pemandangan yang cantik, pusat beli-belah itu juga menawarkan pelbagai produk perayaan seperti butik pakaian, aksesori dan kasut.

Bermula 12 Ogos hingga 1 September, 1 Utama akan memberikan hadiah-hadiah istimewa sempena dwisambutan, Hari Raya Aidilfitri dan Jualan Mega.

Tidak cukup dengan itu, 1 Utama turut menawarkan para pengunjung dengan pelbagai acara atas pentas seperti dramatari Cinta Sang Wira, persembahan muzik kumpulan angklung, tarian klasikal Melayu dan sebagainya.


SELEKSI bekas lilin dan pelita yang boleh menjadi penyeri kediaman anda.


Bengkel-bengkel menarik seperti pembuatan wau oleh Kraftangan Malaysia juga akan dimuatkan. Juga jangan lupa gunakan kad Onecard dan kad kredit Maybank untuk menebus poin serta hadiah misteri.

Kejutan Pavilion

Di tengah jantung ibu kota pula, pusat beli-belah Pavilion tidak melepaskan peluang berhari raya bersama pengunjung. Menjanjikan sesuatu yang baru, Pavilion menyambut Syawal ini dengan tema Rahsia Raya.

Semuanya mengenai rahsia di Pavilion seperti rahsia penebusan hadiah, rahsia untuk sebab murni, rahsia untuk penampilan hebat, rahsia untuk hiburan langsung, rahsia pewangi dan banyak lagi.

Dekorasi di Pavilion mungkin hanya bertumpu di pintu masuk utama dan beberapa tempat terpilih, tetapi pengurusan Pavilion mengakui mereka lebih memberi tumpuan kepada tujuh rahsia raya yang dikongsi bersama.

Pavilion berkolaborasi dengan pementasan The Secrects Life of Nora, muzikal ektravaganza terbaru Tiara Jacquelina.

Pavilion adalah tempat untuk mendapatkan tiket-tiket persembahan dengan tawaran berbuka puasa dengan pelakon The Secrect Life of Nora.

Bagi rahsia murni pula, bagi setiap RM50 derma untuk kempen tanggungjawab sosial Pavilion, pengunjung akan diberi peluang memandu kereta Bufori Classic. Derma tersebut akan disumbangkan kepada Rumah Amal Siraman Kasih.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Hamper inspirasi beg berjenama

Posted:

Hamper inspirasi beg berjenama

Hamper inspirasi beg berjenama


HAMPER yang berkonsepkan rekaan jenama Burberry, Gucci dan Louis Vuitton nampak mewah dan mempesona.


HAMPER merupakan antara bingkisan yang paling sinonim setiap kali menjelang Aidilfitri. Sebagai tanda menghargai antara satu sama lain, buah tangan itu akan dijadikan sebagai hadiah wajib yang akan diberikan kepada rakan taulan dan sanak saudara.

Syarikat-syarikat korporat juga tidak ketinggalan mencari hamper-hamper yang menawan untuk dihadiahkan kepada klien masing-masing.

Pemilihan material bekas hamper sebenarnya tertakluk juga kepada cita rasa masing-masing.

Ada yang gemar bekas hamper yang diperbuat daripada kayu. Tidak kurang juga yang gemar dengan gubahan daripada tumbuhan seperti rotan.

Kepada yang mahukan gaya yang lebih ringkas tapi kreatif, bekas kotak pelbagai warna dan bentuk menjadi pilihan.

Namun, meneliti sudut pasaran kontemporari, nampaknya hamper yang mengambil inspirasi beg berjenama menjadi pilihan masa kini.


LOUIS Vuitton merupakan jenama beg bermutu tinggi yang diidam-idamkan oleh ramai wanita.


Jenama-jenama terkenal seperti Louis Vuitton, Gucci, Prada, Hermes, Coach dan Chanel telah didekorasikan oleh usahawan tempatan menjadi bekas hamper yang cukup menawan.

Meskipun materialnya tidak tulen, corak eksklusif pada jenama beg berkenaan nampak begitu mewah dan eksklusif.

Salah seorang usahawan yang mengusahakan bisnes sebegini, Azman Anas memberitahu, harga hamper yang dijualnya bermula dari RM120 ke atas.

"Bukan sekadar bekas hamper malah kami turut menyediakan biskut raya termasuk kek lapis yang ditempah berasingan," kata pemilik Kaz Timeless Decor dan Restoran Salero Negori kepada Kosmo! baru-baru ini.

Selain Azman, terdapat banyak syarikat lain yang menjalankan perusahaan membuat hamper yang disifatkan begitu menguntungkan.

Namun, yang pasti setiap daripada mereka mempunyai gaya persembahan tersendiri.

– MAZLINA ABDUL MAJID

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Britain timbang sekat media sosial

Posted:

Britain timbang sekat media sosial

Britain timbang sekat media sosial

BEBERAPA anggota polis mengawal sebatang jalan raya di Hackney, London kelmarin.


LONDON - Perdana Menteri Britain, David Cameron kelmarin menyatakan kerajaannya menimbang untuk melarang individu yang bakal mencetuskan masalah menggunakan media sosial.

Media sosial seperti Twitter dan Facebook serta perkhidmatan mesej BlackBerry didapati digunakan para perusuh untuk mengatur rusuhan yang berlaku sejak Sabtu lalu.

Rusuhan itu berlaku ekoran kematian seorang lelaki berkulit hitam, Mark Duggan yang disyaki suspek penjenayah ditembak mati polis di Tottenham, utara London.

Ia kemudian merebak di beberapa buah bandar dengan banyak bangunan dibakar manakala rompakan di kedai-kedai berlaku sehingga menyebabkan 16,000 anggota polis dikerah untuk mengawal ketenteraman.

Namun, London dan beberapa buah bandar lain seperti Manchester kembali tenteram sejak Rabu lalu selepas anggota polis dikerah mengawal ketenteraman.

"Setiap orang menyaksikan tindakan yang dahsyat ini akan berasa terkejut dengan cara mereka (perusuh) diatur melalui media sosial.

"Pengaliran maklumat yang bebas boleh digunakan untuk tujuan kebaikan.

"Namun, ia juga akan menyebabkan perkara buruk," kata Cameron kepada ahli-ahli parlimen di Dewan Rakyat.

'Dan apabila orang ramai menggunakan media sosial untuk keganasan, kita perlu menghentikannya," jelas Cameron. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Pelajar Malaysia sedih kerana penyerangnya budak

Posted:

Pelajar Malaysia sedih kerana penyerangnya budak

Pelajar Malaysia sedih kerana penyerangnya budak


MOHAMMAD ASHRAFHAZIQ


LONDON - Pelajar Malaysia, Mohammad Ashraf Haziq memberitahu, dia tidak membenci Britain selepas dibenarkan keluar dari hospital tempat dia dirawat kerana cedera akibat disamun di Barking, dalam rusuhan yang berlaku di bandar raya ini, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Ashraf yang patah tulang rahang dalam serangan tersebut pada Isnin lalu sebaliknya menyatakan, dia masih menganggap Britain sebuah negara yang hebat.

Pelajar jurusan akauntan berusia 20 tahun itu telah berada selama sebulan di Britain semasa kejadian berkenaan.

Menurutnya, dia tidak menaruh kebencian atau dendam terhadap Britain walaupun mengalami pengalaman pahit diserang sekumpulan penunjuk perasaan yang meminta basikalnya.

Bercakap pada satu sidang media selepas dibenarkan keluar daripada Hospital Diraja London, Ashraf yang berasal dari Kuala Lumpur memberitahu, dia berasa sedih dengan mereka yang menyerangnya.

"Saya berasa sedih dengan mereka kerana antara mereka, terdapat budak," katanya.

"Ada seorang budak lelaki berusia peringkat sekolah rendah, rasa saya. Ia mengejutkan kerana saya menjangkakan penyerang saya seorang yang lebih tua tetapi rupanya, dia seorang budak lelaki," tambahnya.

Ashraf diacukan pisau dan ditumbuk. Beberapa orang dilihat cuba membantunya supaya bangun dan kelihatan seperti cuba menenangkan pelajar berkenaan.

Namun, mereka sebenarnya menggeledah beg sandangnya dan mencuri beberapa barangan. Klip video pemuda itu disamun turut disiarkan di YouTube.

Beberapa minit selepas sidang akhbarnya di Pejabat Pesuruhjaya Malaysia di London, polis menyatakan seorang lelaki berusia 20 tahun telah ditangkap kerana disyaki terlibat merompaknya.

Ashraf berkata: "Keluarga saya bimbangkan saya dan ibu saya mahu saya pulang ke tanah air tetapi saya berazam untuk tinggal (di Britain). Britain hebat.". Ashraf berkata, dia juga mahu ibunya datang dan melawatnya.

"Adalah sesuatu yang baik untuk anda membantu saya. Saya merancang untuk menamatkan pengajiansaya di sini dan kemudian selepas menamatkan pengajian, saya akan kembali ke tanah air. Itu akan memakan masa dalam tempoh dua tahun," katanya.

Ashraf berkata, dia menghargai sokongan yang diberikan oleh Perdana Menteri, David Cameron terhadapnya di Dewan Rakyat semalam.

Menurutnya, dia tidak mahu memberi komen berhubung gambaran Cameron yang menyatakan terdapat "masyarakat yang sakit" di Britain.

Ashraf berkata, dia dibantu oleh dua gadis dan seorang wanita ekoran kejadian itu. Menurutnya, dia dalam perjalanan ke rumah rakannya semasa diserang. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Soros disaman bekas kekasih RM150 juta

Posted:

Soros disaman bekas kekasih RM150 juta

Soros disaman bekas kekasih RM150 juta


GAMBAR fail menunjukkan George Soros bersama bekas kekasihnya, Adriana Ferreyr.


NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Ahli perniagaan terkenal yang juga seorang bilionair, George Soros disaman bekas kekasihnya, Adriana Ferreyr, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Soros disaman kerana dia didakwa mungkir janji untuk membelikan Ferreyr sebuah apartmen mewah.

Ferreyr, 28, yang merupakan bintang drama telenovela Brazil, mahu menuntut ganti rugi berjumlah AS$50 juta (RM150.3 juta).

Dia mendakwa, taikun pelaburan berusia 80 tahun itu sebaliknya menghadiahkan apartmen berkenaan yang terletak di sini kepada kekasih baharunya selepas hubungan mereka retak.

"Ia satu percubaan untuk memeras ugut Soros," kata seorang jurucakap pelabur berkenaan, Michael Vachon.

"Saman ini dangkal dan langsung tidak berasas," tambah jurucakap itu.

Sementara itu, seorang rakan aktres berkenaan, Selma Fonseca, 45, mendakwa bahawa Soros bersumpah akan membelikan sebuah kediaman mewah kepada Ferreyr semasa mereka sedang hangat bercinta.

Memegang janji Soros, katanya, wanita itu menghabiskan banyak masa dan tenaga untuk mencari kediaman sesuai sebelum terpikat dengan apartmen tersebut.

"Saya berpendapat Soros tidak berlaku adil. Anda tidak melakukan perbuatan menjengkelkan seperti itu terhadap wanita yang telah lima tahun bersama anda," kata Fonseca.

Ferreyr merupakan seorang pelajar Universiti Columbia.

Soros menjadi terkenal di Asia selepas dia didakwa mendalangi serangan spekulatif mata wang pada tahun 1997 hingga 1998 yang menyebabkan mata wang beberapa buah negara merosot dengan teruk termasuk Malaysia. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Permohonan guru gagal sebab bidang kuasa

Posted:

Permohonan guru gagal sebab bidang kuasa

Permohonan guru gagal sebab bidang kuasa

15/08/2011 6:49pm

PUTRAJAYA — Cubaan bekas guru muzik memohon Mahkamah Persekutuan di sini untuk menyemak keputusan Mahkamah Rayuan berhubung kes jenayahnya, ternyata sia-sia.

Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria sebulat suara memutuskan mahkamah itu tidak mempunyai kuasa untuk menyemak keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak permohonan Abdul Wahid Mohd. Haneepa mendapatkan lanjutan masa bagi memfailkan petisyen rayuan.

Beliau berkata, Mahkamah Persekutuan hanya mempunyai kuasa untuk menyemak keputusannya sendiri.

Arifin yang bersidang bersama-sama Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum dan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong Cheng Yuen, Tan Sri Md Raus Sharif dan Datuk Abdull Hamid Embong.

Abdul Wahid, 44, dijatuhi hukuman penjara 15 tahun oleh Mahkamah Tinggi Kuantan kerana dua tuduhan mencabul pelajar berusia 14 tahun ketika kejadian dan satu tuduhan, memaksa pelajar itu melakukan seks oral di bilik muzik sekolahnya antara hujung Mac 2007 dan April 2007.

Dia kemudian memfailkan notis rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan itu tetapi gagal untuk memfailkan petisyen rayuan dalam tempoh yang ditetapkan. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

SBA anjur Kursus Kejurulatihan Kebangsaan

Posted:

SBA anjur Kursus Kejurulatihan Kebangsaan

SBA anjur Kursus Kejurulatihan Kebangsaan

15/08/2011 6:13pm

KOTA KINABALU — Persatuan Badminton Sabah (SBA) dengan kerjasama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan menganjurkan Kursus Kejurulatihan Kebangsaan Tahap 1 pada 12-16 Okt ini.

Presiden SBA, Senator Datuk Maijol Mahap berkata kursus itu akan diadakan di Kompleks Rakan Muda, Jabatan Belia Dan Sukan Persekutuan, Pasir Putih, Putatan dekat sini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, beliau berkata, kursus itu akan dikendalikan oleh jurulatih bertauliah dan pensyarah sains sukan, termasuk seorang pengadil Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Maijol berkata, tarikh tutup pendaftaran ialah pada 7 Okt. Maklumat lanjut boleh diperolehi dengan menghubungi pejabat SBA di talian 088-255193, Yapp (012-8254119) atau Roslan Sohasto (016-8102300). — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Wanita Thai ditahan bawa dadah mampat

Posted:

Wanita Thai ditahan bawa dadah mampat

Wanita Thai ditahan bawa dadah mampat

15/08/2011 4:19pm

ALOR SETAR — Seorang wanita rakyat Thailand ditahan bersama 11 ketulan mampat dadah dipercayai jenis ganja bernilai kira-kira RM33,000 di Stesen Bas Shahab Perdana, di sini pada Sabtu lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kedah, Supt. Baharom Othman berkata, operasi dilakukan pasukan JSJN Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah selepas menerima maklumat awam dan juga intipan.

"Semasa operasi 8.30 malam itu, wanita berumur 28 tahun terbabit berada dalam keadaan mencurigakan dan di sebelahnya terdapat sebuah beg pakaian.

Kami kemudian memeriksa beg pakaian suspek dan menjumpai 11 ketulan mampat dipercayai dadah jenis ganja seberat 11 kilogram," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau berkata, tidak ada dokumen pengenalan diri ditemui pada wanita tersebut yang dipercayai mahu menuju ke Kuala Lumpur berdasarkan tiket bas yang ada padanya.

Pemeriksaan awal juga mendapati suspek bukan pertama kali datang ke Malaysia semasa ditahan, malah sering keluar masuk negara ini dan boleh berbahasa Melayu, katanya.

"Kita percaya dadah yang dibawa suspek adalah dari negaranya dan ia mungkin melibatkan satu sindiket. Mungkin dia (suspek) dijadikan keldai dadah," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung mandatori.

"Suspek direman shingga Sabtu depan untuk siasatan lanjut," katanya. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.kosmo.com.my

Ahad, 14 Ogos 2011

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Pengalaman Ramadan di kota suci Mekah

Posted:

Pengalaman Ramadan di kota suci Mekah

Pengalaman Ramadan di kota suci Mekah

Oleh ADLAN JAAFAR
adlan.jaafar@kosmo.com.my

SETIAP kali mata memandang Kaabah tambahan pula ibadah umrah dilakukan pada bulan Ramadan, serta-merta pemikiran Azman Disa melupakan terus hal ehwal dunia waima ahli keluarganya sendiri.

"Itu adalah perasaan saya dan kebanyakan orang apabila berada di sana. Rata-rata mereka turut menyatakan perkara yang sama kepada saya," ujar Azman ketika ditemui di ibu pejabat Poto Travel and Tours di Kuala Lumpur.

Menurut lelaki yang berusia 36 tahun itu, setiap kali tiba bulan penuh keberkatan, pasti keadaan kota Mekah sesak dipenuhi umat Islam sehingga ke siar kaki masjid terutama ketika waktu sembahyang.

"Jika azan sudah berkumandang baru kita keluar ke masjid, pasti kita hanya dapat bersembahyang pada jarak 120 meter dari luar Masjidil Haram," ujarnya yang sudah beberapa kali mengerjakan umrah ketika bulan Ramadan sejak tahun 1999.

Kata lelaki yang bertugas sebagai Ketua Jabatan Umrah dan Haji itu, perkara yang paling dirindui adalah suasana yang hanya dapat dilihat dan dirasai pada bulan Ramadan.

"Apabila tiba waktu berbuka puasa, kita sebagai jemaah umrah tidak perlu berasa takut jika tiada makanan kerana ada orang Arab suka bersedekah.

"Di dalam dan luar pekarangan masjid, terdapat bentangan plastik yang dipanggil safrah. Pada bentangan itu, mereka akan menaburkan makanan seperti buah tamar, roti dan buah-buahan kering sebagai sedekah.

"Mereka akan menarik kita untuk makan hidangan tersebut, manakala untuk minuman pula kita akan dihidangkan sejenis minuman dipanggil ghawah," terang Azman yang sudah 13 tahun terlibat dalam bidang itu.

Ghawah adalah sejenis minuman tradisional Arab iaitu minuman kopi yang dicampur rempah-ratus. Ia dapat menghilangkan angin dan panas dalam badan.

Tarawih di Mekah

Selepas solat Maghrib, jemaah akan berehat selama sejam dan akan sambung solat Isyak serta diikuti solat sunat tarawih.


SEORANG pekerja restoran di Riyadh, Arab Saudi memasak qatayef iaitu sejenis lempeng yang dihidangkan untuk iftar.


Menurut Azman, perkara yang menjadi sebutan ketika tiba saat tarawih adalah solat yang diimamkan oleh Sheikh Abdullah Awwad Al-Juhany.

Alunan suara dan gaya bacaannya begitu menyentuh perasaan sehinggakan mereka yang tidak faham bahasa Arab pun boleh menangis ketika mendengar bacaannya.

"Jika maksud ayat tersebut sedih, dia boleh menangis dan apabila tiba ayat yang perlu penegasan, suara yang kedengaran penuh tegas dan garang," kata Azman lagi.

Menyentuh mengenai aktiviti pada waktu siang dalam bulan Ramadan

di kota Mekah, Azman menambah, suasananya sedikit berbeza dan tidak meriah seperti waktu malam. Suasana agak lengang walaupun orang masih kelihatan di persekitaran masjid.

"Masjidil Haram dibuka 24 jam sehari dan orang ramai bebas melakukan ibadah. Pada waktu siang, kami akan berehat sebentar dengan tidur selepas solat Zuhur.

"Selain itu, saya akan membawa jemaah melakukan tawaf dan ziarah kerana ketika itu orang tidak begitu ramai," katanya yang berpeluang ke kota Mekah atas tuntutan kerja.

Aktiviti di kota Mekah terutama kepada rakyat Malaysia bermula seawal pukul 3 pagi dengan bersahur kemudian diikuti dengan solat Subuh pada pukul 4 pagi.

Menyempurnakan rukun umrah seperti tawaf dan sai'e pula bermula pada pukul 5 pagi. Jika semua telah dilakukan, jemaah akan beriktikaf di masjid dengan perbanyakkan solat dan membaca al-Quran.

Kos tinggi

Lain pula pengalaman yang dirasai oleh Abdul Rahman Mohd. Ali, 46, sepanjang menjalani umrah pada bulan puasa terutama sebelum mendirikan rumah tangga.

Dia pernah mengunjungi tanah suci Mekah secara mengembara (backpacker) sebanyak lima kali sebelum berkahwin.

"Pengalaman yang dilalui sedikit berbeza. Saya masih ingat lagi ketika perjalanan menaiki bas dari Madinah ke Mekah.

"Pada waktu itu, azan Maghrib berkumandang dan saya masih lagi berada dalam bas. Tiba-tiba, saya dikerumuni orang Arab yang mahu bersedekah.

"Ada yang memberi kurma, air dan lain-lain. Kita tidak akan mati jika berada di sana pada bulan Ramadan kerana di mana-mana akan ada orang sedekah makanan.

"Hanya orang yang berkurung di dalam rumah berkemungkinan akan menemui ajal," seloroh Rahman yang sudah 15 tahun berkahwin.


GHAWAH iaitu kopi tradisional Arab yang dicampur dengan rempah-ratus antara minuman yang popular di tanah Arab.


Bagaimanapun, terdapat perkara yang dikesali oleh Rahman tatkala melihat orang Malaysia yang beribadat di sana tidak turut serta berderma.

"Sudah menjadi kebanggaan bangsa Arab apabila orang makan atau mengambil hasil pemberian mereka tetapi mengapa orang kita (Malaysia) hanya makan dan tidak berderma?" soal Rahman lagi.

Bercerita mengenai kelompok yang pergi umrah pada bulan puasa, Rahman berkata, kebanyakan mereka adalah individu yang bukan kali pertama pergi mengerjakan ibadat tersebut.

Kos menunaikan umrah pada bulan puasa boleh meningkat berkali ganda terutama pada 10 hari terakhir Ramadan. Kenaikan kos disebabkan harga sewa bilik yang mahal.

Sewa bilik boleh meningkat dari 700 riyal (RM562) semalam kepada 1,000 riyal (RM802.52) semalam dan harga boleh menjadi lebih mahal jika ia terletak berhampiran dengan masjid.

"Jika menginap di Hotel Hilton, sewa semalam pada 10 malam terakhir Ramadan boleh mencecah sehingga 17,000 riyal (RM13,606) semalam kerana layanan eksklusif dan lokasinya," jelas Rahman.

Panggilan untuk menghadap rumah Allah tidak pernah memilih pekerjaan atau status seseorang. Pelakon yang kini lebih dikenali dengan watak-watak baik, Ashraf Muslim sukar menggambarkan perasaan pertama kali mengerjakan solat di Mekah ketika menunaikan umrah pada bulan Ramadan tahun 2009.

"Perasaan saya begitu seronok dan gembira sebelum berlepas ke sana. Perjalanan umrah saya adalah dari Jeddah dan singgah di Madinah, kemudian ke kota Mekah.

"Di Madinah, rombongan yang saya sertai tiba pada waktu awal pagi dan berkesempatan solat Subuh. Tatkala kaki melangkah anak-anak tangga masjid, azan Subuh pun kumandang.

"Perasaan saya ketika itu bercampur-baur. Rasa begitu sedih dan sayu kerana seperti dijemput ke tanah suci. Perasaan gembira turut dirasai dan terasa seperti begitu rindu kepada Maha Pencipta," ujar Ashraf ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

Pengalaman pertama kali menjejakkan kaki di Mekah ada sedikit kelainan.

Beliau memasuki Masjidil Haram melalui pintu pertama yang dipanggil pintu King Fahd juga pada waktu malam selepas solat Maghrib.

Untuk memasuki pekarangan masjid, jemaah perlu menuruni tangga sebelum dapat melihat Kaabah. Apabila terpandang sahaja Kaabah, saya terasa umpama magnet yang ditarik terus ke arah kiblat umat Islam itu," kata Ashraf berkongsi pengalaman.

Tambahnya, di tanah suci itu, orang ramai akan berpusu-pusu untuk berbuka di dalam masjid kerana berdoa dalam tempoh lima minit terakhir sebelum azan Maghrib adalah paling mustajab.

Selain itu, Ashraf mengakui bahawa cuaca pada waktu siang di Mekah lebih panas berbanding Malaysia dan kadangkala suhu mencecah sehingga 40 darjah selsius.

Ashraf atau nama sebenarnya Mohd. Ashraf Muslim, 30, akan bertolak sekali lagi ke sana untuk menunaikan umrah pada 17 Ramadan ini.

Pemergian jejaka dari Melaka itu kali ini akan menjadi titik perubahan dalam hidupnya kerana dia akan menikahi gadis pilihan hati pada 1 Syawal di hadapan Kaabah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Projek Madonna terbengkalai di Malawi

Posted:

Projek Madonna terbengkalai di Malawi

Projek Madonna terbengkalai di Malawi


FOROYATI yang tidak berpuas hati dengan penerimaan bayaran pampasan tanahnya kini terpaksa menyewa tanah lain untuk bertani.


SEBUAH kawasan terbengkalai di Malawi kelihatan seperti sebuah lombong kuari tinggal. Ia jauh berbeza daripada impian berjuta-juta dolar oleh seorang bintang pop yang mahu melahirkan para gadis untuk menjadi pemimpin dan doktor demi masa depan negara itu.

Namun, teres bertingkat yang suram dan berpasir dekat Lilongwe, ibu negara Malawi itu, adalah satu-satunya bukti jelas yang menunjukkan kegagalan pengurusan. Akademi Madonna bernilai AS$15 juta (RM45 juta) didapati terbengkalai akibat dana yang disalahgunakan. Penduduk tempatan pula amat marah dengan perkara itu.

"Ia telah menjadi sebuah padang bola sepak kini," kata penghulu kampung, Binson Kalenga.

Jentolak tidak lagi berbunyi di tempat yang suatu ketika dahulu, Madonna bersama dua orang kanak-kanak Malawi meletakkan batu asas yang tertera 'berani bermimpi' pada April 2010. Kampung itu hanyalah sebuah lokasi terpencil di negara Afrika yang miskin dan tidak mungkin ia ditemui di atas peta.

Setahun kemudiannya sekolah itu ditutup. Bintang pop berkenaan telah disaman oleh pekerjanya yang dipecat, badan amalnya disiasat di bawah penyiasatan cukai Amerika Syarikat (AS) dan Malawi sendiri menyiasat urusan pembiayaan tanah tersebut.

"Pada mulanya walaupun saya mengalu-alukan projek ini, tetapi secara peribadi saya sangat skeptikal mengenai keseluruhan perkara.

"Terdapat begitu banyak publisiti sebelum kerja-kerja pembinaan bermula," kata Pesuruhjaya Daerah Lilongwe, Paul Kalilombe.

Badan amal Madonna tidak memberi sebarang jawapan. Pada Januari lalu, dia memberitahu, projek akademi berkenaan dihentikan bagi membantu sekolah-sekolah lain yang telah wujud di negara berkenaan.

Tetapi The New York Times melaporkan dalam sebuah audit yang diperiksa oleh Madonna, didapati bahawa dana sejumlah AS$3.8 juta (RM11.4 juta) untuk akademi terbengkalai itu telah disalah guna.

Audit mengejutkan itu tersebut turut menunjukkan kekurangan aspek tanggungjawab yang besar dalam kalangan kumpulan pengurusan di Malawi dan AS.

Madonna pada April lalu mengumumkan mengenai strategi baharu yang akan dimulakan dalam beberapa minggu.

Kehampaan penduduk setempat bermula dengan bayaran yang mereka terima untuk tanah berkenaan. Badan amal Madonna iaitu Raising Malawi telah membayarnya melalui kerajaan.

"Kemungkinan terdapat beberapa 'penghuni hantu' yang disenaraikan di kampung itu. Terdapat beberapa orang, yang disyaki beberapa pegawai kerajaan yang terlibat dalam projek itu, telah dimasukkan dalam senarai tersebut," kata Kalilombe.

Tiada bilik darjah

Perkara itu kini disiasat oleh polis fiskal di Malawi. Di Chinkhota, penjelasan belum lagi diberikan kepada penduduk kampung yang bukan sahaja kecewa kerana tanah mereka dirosakkan malah bilik darjah tidak dibina.

"Penduduk terkejut kerana tiada aktiviti dijalankan di sini dan tertanya-tanya apakah yang sedang berlaku," kata Tsiyent Foroyati, 52, sambil duduk di pekarangan rumah ladangnya yang kotor.


MADONNA (dua dari kiri) melawat Rumah Anak Yatim Mphandu la di Namitete, barat Lilongwe, Malawi dua tahun lalu.


Foroyati tidak pernah mendengar mengenai Madonna sehinggalah penyanyi pencetus trend muzik itu mengambil dua orang anak angkat dari Malawi.

Sebagai pemilik tanah terbesar sekitar kawasan tapak sekolah itu, dia dibayar 39,000 kwacha (RM776) sebagai ganti rugi tetapi dia mahukan sebanyak tiga juta kwaca (RM59,677).

Keluarga itu kini membayar sebanyak 5,000 kwaca (RM99) untuk menyewa seekar tanah dan bertani.

"Walaupun projek itu diteruskan, kami masih marah kerana di mana kami hendak bertani?

"Dan masalah terbesar ialah walaupun sekiranya kami diberi kembali tanah kami, sukar untuk kami membangunkannya semula," kata Foroyati.

Penyanyi berkenaan telah mengeluarkan jutaan dolar bagi membantu kanak-kanak di Malawi yang 39 peratus daripada populasinya hidup dengan pendapatan kurang AS$1 (RM3) sehari.

Di Namitete, barat Lilongwe, sebuah gambar yang bertarikh memaparkan Madonna bersama bekas suaminya, Guy Ritchie, digantung di sebuah papan notis di Pusat Jagaan Kanak-Kanak Mphandula yang dibiayai penyanyi itu.

Pusat komuniti berkenaan memberi makan kepada lebih daripada 200 kanak-kanak sehari, dengan kelas menjadi tempat para nenek duduk di bawah teduhan sementara kanak-kanak melompat-lompat sambil mempelajari tarian daripada sukarelawan Jepun.

Hargai Madonna

"Saya sangat menghargai kehadirannya," kata pengurus program pusat berkenaan, Jacinta Champomba, yang tidak pernah mendengar muzik Madonna tetapi memberitahu bahawa mereka berkongsi idea yang sama iaitu tentang kebajikan anak-anak yatim.

"Untuk sekolah berkenaan, Madonna seharusnya bekerja dengan organisasi yang sudah wujud dan tahu perkara sebenar yang berlaku di tanah berkenaan," kata Kaliombe yang percaya sebuah rumah anak-anak yatim akan dibangunkan di tapak akademi tersebut.

Tambahnya, apabila seseorang yang berkedudukan datang ke Malawi, masyarakat hanya memikirkan tentang wang.

"Idea itu bagus. Dia mempunyai niat yang baik, tetapi kini untuk melaksanakannya di atas tanah ini, ia mewujudkan banyak masalah," ujarnya.

Penghulu Kalenga memberitahu, dia mahu bertanya Madonna mengenai kegagalan projek itu.

"Kami berasa sangat gembira kerana dialah yang akan membantu kami. Kami mengalu-alukan kehadirannya sebagai sebahagian penduduk Malawi.

"Namun, kami kecewa kerana khabar angin yang bertiup mengenai projek ini yang telah dihentikan. Kami mahu Madonna datang dan beritahu kami apakah yang berlaku.

"Kami tidak mahu mendengar khabar angin tetapi mahu dia sendiri datang dan menjelaskan kepada kami," tegasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Ibu muda tawar kongsi susu

Posted:

Ibu muda tawar kongsi susu

Ibu muda tawar kongsi susu

HM4HB bukan sahaja menyediakan perkongsian susu ibu tetapi jaringan maya tersebut turut merapatkan hubungan sesama ibu.


FITRAH bagi setiap bayi yang dilahirkan di dunia ini, susu adalah santapan pertama mereka dan ia akan berterusan sehingga mencapai umur dua tahun.

Menyusukan bayi dengan susu sendiri juga permulaan fasa kehidupan paling bermakna. Kebaikan dan ganjarannya bukan sahaja untuk bayi malah diri si ibu juga.

Bagaimanapun, tidak semua bayi beruntung. Ramai bayi yang terpaksa diberi susu formula pada awal kelahiran kerana si ibu tidak mampu menyusukan anaknya.

Ada keadaan di mana si ibu sakit selepas melahirkan dan terpaksa mengambil pelbagai jenis ubat. Ada juga ibu yang tidak mampu mengeluarkan susu dan banyak pula kes si ibu meninggal dunia ketika bersalin.

Dalam situasi ini, bayi tidak mempunyai pilihan selain diberikan susu formula.

Prihatin dengan fenomena yang sering dianggap bukan masalah ini, wujud satu rangkaian komuniti maya yang tampil secara sukarela bagi berkongsi susu ibu.

Human Milk For Human Baby (HM4HB) telah diasaskan pada Oktober 2010 oleh seorang ibu, Emma Kwasnica dari Montreal, Kanada.

Sejarahnya bermula apabila ada rakan senegara Emma yang bertugas di Indonesia mencari susu ibu untuk anak lelakinya selepas isterinya meninggal dunia.


BAGI memastikan bekalan susu sentiasa cukup untuk bayi, ibu bekerja digalakkan mengepam susu tiga hingga empat jam sekali di pejabat.


Bertitik tolak pada kisah tersebut, Emma yang berpendapat susu ibu bukan satu komoditi yang sukar didapati, memulakan HM4HB untuk menyampaikan mesej ini - kaum ibu sepatutnya tidak perlu gusar untuk menderma dan jangan malu untuk meminta susu daripada ibu lain demi kesihatan bayi mereka.

Bertindak sebagai rangkaian perkongsian susu ibu global, kini ia mempunyai lebih 20,000 penyokong di laman sosial Facebook dari lebih 54 negara. Daripada jumlah itu, seramai 953 orang adalah rakyat Malaysia.

Ada antara mereka, seperti Cher Pei Wei, sanggup mengepam susu badannya sehingga 20 botol kecil sehari sebelum diagihkan kepada lima anak susuannya. Wanita dari Sentul, Kuala Lumpur itu merupakan ibu kepada dua orang anak perempuan berusia lapan bulan dan empat tahun.

"Kami adalah ibu, keluarga angkat, nenek, penyusu badan profesional, sukarelawan, penderma dan penerima yang menyokong idea bahawa semua bayi berhak menerima susu manusia.


SELAIN menyusukan anaknya sendiri, Ayuni turut menjadi ibu susu kepada anak rakannya.


Derma susu

"Laman sosial Facebook dijadikan medium perhubungan kerana ia praktikal dalam menyebarkan maklumat dengan pantas.

"Ia seperti papan notis yang memberitahu ada ibu yang ingin menderma dan ibu yang memerlukan susu untuk bayinya," ujar Nadine Ghows, 34, ketika ditemui Jurnal di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Komuniti maya ini turut menjadi tempat para ibu, bapa, penderma dan penerima berkongsi pengalaman, menyokong dan membantu menyelesaikan masalah kekurangan bekalan susu ibu.

"Selain menjadi jambatan perkongsian susu ibu yang menemukan penderma dan penerima, HM4HB juga secara tidak langsung melindungi hak bayi dalam mendapatkan sumber makanan yang sihat.

"Susu ibu, rezeki biologi normal kepada manusia. Ia adalah sumber terbaik yang mengalir bebas dan perlu dikongsi supaya tradisi penyusuan susu ibu dapat diteruskan.

"Ia juga memberi harapan baru kepada para ibu yang memerlukan stok susu tambahan.

"Sokongan seperti ini dapat mengelak si ibu tertekan kerana stok susu mereka tidak cukup atau mereka rasa gagal memberikan yang terbaik untuk anak-anak mereka," jelas salah seorang penyokong aktif HM4HB, Ayuni Zainuddin, 27.

Sementara itu, menurut Zaszima Abu Samah, 34, matlamat penubuhan HM4HB mudah dan jelas.

Komuniti ini mahu masyarakat, sama ada ahli keluarga, pakar laktasi atau bidan, mengesyorkan perkongsian susu apabila ia diperlukan.

"Jika ada ibu yang bimbang kerana susu badan semakin kering atau bekalan yang ada tidak mencukupi, jangan malu dan ragu untuk berhubung dengan HM4HB.

"Jangan jadikan susu semakin kering sebagai alasan untuk memberikan susu formula kepada anak-anak anda.

"Sebagai ibu juga, jangan mudah bergantung atau kalah dengan pengaruh botol susu kerana ia sedikit sebanyak mampu membantutkan usaha berterusan untuk menyusukan anak anda dengan susu ibu," ujarnya.

Keprihatinan HM4HB yang membuka jalan kepada para ibu yang memerlukan bekalan susu ibu perlu dipuji.

"Kami percaya perkongsian tanggungjawab ini turut menyemai rasa kasih dalam kalangan penderma dan penerima.

"Justeru, sokongan masyarakat adalah penting dalam membina generasi yang lebih sihat dengan susu ibu.

Berjangkit

"Jangan anggap perkongsian ini sebagai perkara pelik apatah lagi ia berkaitan dengan kesihatan anak.

"Kami berharap satu hari nanti semua bayi di dunia dapat membesar tanpa bergantung kepada susu formula," ujar ibu kepada bayi lelaki berusia tiga bulan, Ernadia Os'hara Omar, 27.

Tekanan sering menjadi punca susu ibu semakin mengurang. Perkara ini banyak terjadi kepada wanita bekerja. Bagi mereka, alternatif paling hampir ialah susu formula.

Ramai menganggap ia lebih mudah kerana tidak perlu mengepam susu ketika di pejabat.

Bagi Jean Chuah, 30, ibu bekerjaya ini bukan sahaja masih menyusukan bayi lelakinya yang berusia 10 bulan, malah dalam masa sama dia menjadi ibu susuan kepada dua bayi lain.

"Semasa anak saya berumur enam bulan, ada seorang ibu yang memerlukan bekalan susu ibu tambahan untuk anaknya yang berusia sebulan.

"Saya dermakan susu untuk beberapa ketika sehingga ibunya mampu menggandakan air susu.

"Bayi yang kedua pula berumur satu tahun setengah. Ibu kepada bayi berkenaan tidak begitu sihat dan masih dalam perawatan.

"Dia yang perlu mengambil beberapa jenis ubat tidak digalakkan untuk menyusukan anaknya. Diam tak diam, sudah hampir empat bulan saya mendermakan susu saya kepada anaknya," katanya.

Selain Jean, Ayuni, turut mendermakan susunya kepada bayi lain.

"Saya dermakan susu kepada seorang rakan selama empat bulan. Dia akan mengambil susu tersebut dua minggu sekali untuk bekalan anak kecilnya," ujar Ayuni yang mempunyai seorang bayi lelaki.

Apabila bercakap soal perkongsian, sudah tentu si ibu mahukan susu daripada wanita sihat untuk anaknya.

Prihatin tentang keselamatan dan kesihatan susu serta penderma, HM4HB turut menyediakan panduan berkaitan perkara itu.

"Susu ibu yang mengalir terus daripada payu dara dijamin bersih dan selamat bahkan tiada susu sehebat susu ibu. Biarpun ratusan susu formula dicipta, ia tidak mampu menyamai keunggulan makanan ajaib ini.

"Dalam konteks keselamatan susu, sekiranya penderma mempunyai penyakit berjangkit sekali pun, sangat rendah peratusan susu ibu yang tercemar.

"Penyakit yang ada pada ibu jarang-jarang hadir dalam susunya," ujar Nadine.

Jelas ibu kepada dua anak ini lagi, susu ibu adalah susu hidup, manakala susu formula adalah susu mati. Ini bermakna dalam susu ibu ada antivirus, antifungal dan antibakteria.

Bersetuju dengan pendapat Nadine, Shahidah Ahmad Khan, 30, sempat berkongsi teknik penyimpanan perahan susu ibu yang juga dikenali sebagai expressed breast milk (EBM).

"Sama ada penderma atau penerima, EBM perlu disimpan dengan betul untuk mengelak bayi mendapat keracunan susu.

"Untuk sekali susuan, bayi biasanya menyusu sehingga tiga auns.

"Sekiranya susu yang diperah tidak mencapai tiga auns, simpan susu di dalam bekas yang bertutup di ruang sejuk dingin sehingga jumlahnya mencukupi.

"Selepas cukup tiga auns, buat label pada bekas. Tuliskan tarikh dan masa perahan pada setiap bekas simpanan susu.

"Setelah itu, simpan ia di dalam ruang sejuk beku dan ia boleh bertahan sehingga tiga bulan.

"Jika disimpan di ruang sejuk dingin, ia boleh bertahan selama 72 jam dan lapan jam jika disimpan di ruang dengan suhu bilik.

"Susu ibu juga tidak boleh dimasak. Jika ingin berikan susu kepada anak, panaskan susu dengan merendam bekas susu ke dalam air suam.

"Perlu diingat, baki susu perahan yang telah dipanaskan tidak boleh disimpan semula," terang Shahidah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved