Jumaat, 17 Jun 2011

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Berubah kerana anak

Posted:

Berubah kerana anak

Berubah kerana anak



SUDAH empat bulan Radhi OAG atau nama sebenarnya Muhd. Radhi Razali menjalani kehidupan di rumah Pengasih iaitu sebuah badan profesional merawat penagih dadah. Rutin hidupnya kini berubah total.

Jika dahulu, dunianya hanya bermula selepas matahari tenggelam tetapi kini sebelum matahari naik, Radhi harus bangun seawal pukul 4.30 pagi, solat subuh berjemaah, mengikuti program dan menjalani aktiviti riadah kegemarannya iaitu bermain bola sepak pada waktu petang. Itulah rutin hariannya.

Hasilnya, ketika bertemu dengannya di Pengasih pada Rabu lalu, Radhi dilihat semakin berisi, semakin sihat dan wajahnya semakin tenang. Senyuman bahagia tidak berhenti terukir di bibirnya.

Ceritanya, sudah beberapa kali dia bergelut untuk keluar daripada masalah penagihannya bagaimanapun dia sering kecundang. Akhirnya hasil dorongan rakan-rakan dan keluarga, dia secara sukarela mendaftarkan diri di rumah Pengasih.

"Ketika itu saya berbelah-bahagi sama ada ingin masuk atau tidak kerana sebelum ini saya memang pernah berniat untuk masuk Pengasih tetapi ada sahaja halangan. Namun ada seorang rakan saya yang mencabar saya untuk pulih menyebabkan saya tanpa berfikir panjang terus ke sini.

"Saya berfikir, kalau saya tidak masuk Pengasih pada hari itu, saya tidak tahu bila lagi saya akan ke sini. Kehidupan saya rosak teruk akibat masalah penagihan saya. Lima tahun saya hilang daripada dunia seni kerana dadah, rumah tangga saya juga runtuh kerana dadah. Saya tidak larat lagi menjalani kehidupan seperti itu," ujarnya.

Tuturnya yang kini berusia 33 tahun, sebab utama dia tekad melakukan perubahan drastik dalam hidupnya adalah kerana anak tunggalnya Muhammad Rifdhi Muslim yang kini berusia enam tahun. Radhi enggan masalah penagihannya mengecewakan anaknya yang semakin membesar.

"Saya tidak mahu anak saya menjadi seperti saya dan membesar dalam suasana yang tidak baik. Sebab itu, saya mahu berubah. Saya memang seorang yang degil, lihat apa sudah jadi dengan hidup saya. Saya sedar ramai orang yang kecewa dengan saya. Saya sendiri yang cari penyakit ini, jadi hanya saya seorang yang boleh mencari ubatnya," katanya.

Tahun lalu, Radhi cuba menghilangkan masalah ketagihan dadah dengan mengikut kumpulan jemaah tabligh, dengan imej berserban, ramai rakan-rakannya terkejut dengan perubahan diri dan menjauhkan diri daripadanya.

"Saya cuba beberapa kali untuk keluar daripada masalah, tetapi akhirnya dengan saya sekali hanyut semula. Jadi, saya memilih Pengasih kerana ia sebuah badan profesional, saya bersyukur saya berada di sini daripada penjara atau pusat serenti," luahnya.

Salah pilih idola


RADHI bersama dua anggota band baharunya, Outlet iaitu Muhammad Kamil Mohd. Muazam (kiri) dan Hafizi Harun.


Mengimbas semula rentetan penjalanan hidupnya bagaimana Radhi boleh terjebak dengan dadah, semuanya bermula selepas band OAG meluncurkan album pertama mereka Old Automatic Garbage sekitar tahun 1997 dia mula mengambil dadah.

Jika kebanyakan artis mengambil dadah untuk menghadapi masalah gemuruh ketika di atas pentas, tetapi berlainan pula dengan Radhi yang mengambil dadah tanpa sebab dan mengikut idolanya, Kurt Cobain daripada band Nirvana.

"Saya salah pilih idola dan dalam masa yang sama terikut-ikut dengan gaya hidup rakan-rakan lain. Sebenarnya saya tidak perlukan dadah untuk menyanyi di atas pentas kerana ketika album pertama dikeluarkan saya masih bersih daripada dadah.

"Persembahan saya ketika ambil dadah dan tidak ambil dadah tiada bezanya. Cuma saya yang sering menciptakan alasan harus ambil dadah untuk menyanyi. Saya tidak perlu dadah untuk menyanyi atau cipta lagu, bagi saya menyanyi dalam keadaan sedar sepenuhnya lagi seronok daripada saya dalam keadaan khayal dengan dadah," ucapnya yang memberitahu idolanya kini adalah Nabi Muhammad SAW.

Jika ada yang masih ingat, pada tahun 2001, Radhi pernah membuat kenyataan di sebuah akhbar mengenai masalah ketagihan dadah, bagaimanapun selepas tiada respons dan tidak diendahkan orang ramai, Radhi beranggapan masyarakat tidak kisah dengan masalah peribadinya asalkan dia memberikan persembahan terbaik ketika di atas pentas.

"Selepas saya buat kenyataan tentang masalah dadah saya, tiada orang peduli dan orang lupa. Jadi, saya ingat, orang tidak kisah dengan kehidupan peribadi saya asalkan saya berikan persembahan yang mereka mahu, jadi saya terus hanyut dengan dadah," balasnya.

Gaya hidupnya yang suka berdikari dan hidup sendiri juga antara penyumbang kepada masalahnya itu. Enggan mendengar nasihat keluarga menyebabkan dia menyesal dengan jalan yang dipilihnya.

"Secara jujur, dulu saya rasa saya tidak perlukan keluarga, saya boleh hidup sendiri. Keluarga beri nasihat saya tidak dengar, sekarang semuanya berbeza kerana baru saya rasa saya amat memerlukan keluarga.

"Syukur, sepanjang saya di sini keluarga ada datang melawat termasuk anak saya Rifdhi yang kini di bawah jagaan bekas isteri saya, Shazlin Sharif. Anak saya ingat Pengasih rumah baharu saya seperti saya di kolej," katanya yang tidak tahu berapa lama akan menerima rawatan di Pengasih.

Outlet


RADHI tanpa segan mendedahkan masalah ketagihan dadah kepada media.


Meskipun berada di rumah Pengasih, kerjaya seninya tidak terhenti begitu sahaja. Jiwa Radhi masih setia dengan muzik dan kini muzik antara terapi jiwa yang paling berkesan untuknya melupakan dadah.

Band OAG masih wujud dan akan terus wujud bersama Radhi, bagaimanapun dirinya yang kini terpisah daripada dunia luar menyebabkan Radhi menubuhkan sebuah band bernama Outlet di Pengasih.

Bersama dua anggota lain iaitu Muhammad Kamil Mohd. Muazam (gitar) dan Hafizi Harun (drum), Outlet ditubuhkan untuk menyedarkan orang ramai mengenai bahaya dadah.

"Outlet adalah band latihan sebelum saya keluar daripada Pengasih, apabila saya keluar daripada Pengasih, Outlet akan diteruskan oleh generasi seterusnya. Di luar saya Radhi OAG, di sini saya hanya Radhi sahaja.

"Sepanjang saya di sini idea memang banyak, antara lagu baharu yang saya cipta di sini adalah Aku Perokok Bodoh dan Tears Spark Street. Semuanya untuk band Outlet. Saya gunakan Outlet untuk berkongsi kisah mengenai dadah dengan masyarakat," terangnya.

Kali terakhir kelibat Radhi di pentas adalah pada Disember tahun lalu untuk konsert Rock The World dan album terakhirnya adalah pada tahun 2006. Berazam untuk kembali ke pentas seni selepas keluar kelak, dia berazam untuk teruskan muzik band OAG dan juga Outlet, malah dia juga dilamar oleh Warner Music Malaysia.

"Misi saya adalah untuk teruskan rawatan dan pulih sepenuhnya daripada dadah. Band Outlet akan menjadi sebuah band sosial, kiranya ia merupakan salah satu input saya buat masyarakat. Outlet bukan sekadar band tetapi juga band yang membantu menyedarkan saya. Sebelum saya tolong orang lain, biarlah saya tolong diri sendiri dulu.

"Doakan yang terbaik buat saya, terima kasih kerana terus memberikan sokongan kepada saya meskipun saya banyak mendatangkan masalah sebelum ini. Saya berusaha untuk menjadi seorang yang lebih baik untuk keluarga, anak dan juga peminat saya," katanya sebelum meminta diri.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jozan ‘mengganas’

Posted:

Jozan 'mengganas'

Jozan 'mengganas'

Oleh KHAIRATUL AINAL ABDUL KARIM
berita@kosmo.com.my


JOZAN sukses dalam membuktikan kehebatan mereka.


JOZAN terus mengungguli gelanggang Maharaja Lawak pada saingan minggu ke-11 dengan meraih sorakan dan ketawa penonton paling gemuruh.

Berlangsung di Dewan Jubli Perak di Kuantan, Pahang, gandingan mantap Johan dan Zizan menggamatkan suasana dengan ketawa penonton yang tidak kering gusi melihat aksi-aksi mereka.

Berkonsepkan prop, persembahan Jozan malam itu nyata menghidupkan karakter yang dibawa sekali gus mendapat pujian daripada juri Ahmad Idham, Saiful Apek dan Mamat Khalid.

Ahmad Idham menyifatkan persembahan yang dilakukan Jozan adalah terbaik dan gandingan itu mungkin melayakkan diri mereka ke pusingan akhir sekiranya mengekalkan momentum sedia ada.

Sementara itu, untuk persembahan kedua, mereka terus menggamatkan suasana penonton dengan aksi lawak bersahaja menggunakan dua barang yang diberikan iaitu mesin penyedut hampagas dan sekaki tongkat.

Untuk persembahan itu pula, Mamat Khalid melalui komennya berkata, Jozan dapat menggunakan barang-barang tersebut dengan ekspresi penuh komedi untuk menghiburkan penonton.

"Idea yang Jozan tampilkan sangat kreatif dan penonton benar-benar terhibur dan berpuas hati dengan persembahan Jozan," katanya lagi.

Pujian melambung yang diterima Jozan pada minggu ke-11 itu memberi kelebihan kepada Johan dan Zizan menguasai gelanggang Maharaja Lawak apabila mereka memperolehi markah tertinggi dengan 62 peratus undian.

Markah diterima Jozan pada minggu lalu juga lebih tinggi berbanding saingan di Pulau Pinang pada minggu sebelumnya iaitu 55 peratus.


BARISAN peserta yang terus bersaing dalam Maharaja Lawak.


Kedudukan selepas persembahan di Kuantan pula diikuti Sepah (55 peratus), Nabil (54 peratus), Jambu (51 peratus) dan seperti biasa R2 yang terpaksa berpuas hati dengan kedudukan tercorot melalui 33 peratus undian sahaja.

Persembahan Jambu dan R2 pada minggu lalu juga sedikit mengecewakan di kalangan sebilangan penonton yang tidak begitu berasa geli hati dengan aksi-aksi mereka.

Namun, Jambu bernasib baik apabila aksi Yus dalam persembahan pertama berjaya mencuit hati para penonton dan bagaimanapun aksi gandingan itu bertukar hambar dalam persembahan kedua.

"Persembahan Jambu agak biasa dan perlu lebih kreatif serta lebih mencabar. Persembahan kedua pula agak hambar dan kurang menghiburkan, namun bernasib baik kerana penonton tetap bersorak," kata Mamat Khalid dalam komennya.

Pengurus Saluran Astro Warna, Nizam Sani berkata, setiap minggu pihaknya akan memberi kejutan yang dirancang buat penonton sebelum pertandingan akhir pada 24 Jun ini.

"Minggu ini pun tiada penyingkiran dilakukan, oleh itu para peserta masih mempunyai peluang untuk membaiki serta memantapkan lagi persembahan masing-masing.

"Inilah format Maharaja Lawak yang selalu memberikan kejutan buat penonton dan termasuk para pesertanya bagi memastikan ia sentiasa menarik dan terhibur," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Duet Aguilera, Levine

Posted:

Duet Aguilera, Levine

Duet Aguilera, Levine


CHRISTINA AGUILERA dan ADAM LEVINE


PENYANYI Christina Aguilera dan vokalis band Maroon 5, Adam Levine kini sedang menggarap sebuah lagu bersama.

Menurut laporan dari laman Aceshowbiz, pelantun lagu Beautiful itu mengaku memiliki hubungan yang baik dengan Levine.

"Kami baru saja merakam lagu bersama. Kami memiliki hubungan yang baik," kata Aguilera kepada Us Weekly.

Meskipun demikian, dia tidak menjelaskan dengan lebih terperinci tentang projek duet mereka itu.

Bagaimanapun, apa yang dikatakan Aguilera memang tidak mustahil. Kerjasama mereka mungkin terjalin kerana kedua-duanya saat ini sedang menjadi juri dalam acara pencarian bakat di Amerika Syarikat, The Voice.

Selain Aguilera dan Levine, pemuzik lain yang turut menjadi juri adalah Cee Lo Green dan Blake Shelton.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Khamis, 16 Jun 2011

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Peranti teknologi di dalam bilik darjah

Posted:

Peranti teknologi di dalam bilik darjah

Peranti teknologi di dalam bilik darjah

Oleh NURUL IZZA ROSLYizza.rosly@kosmo.com.my



DALAM tempoh dua dekad, transformasi teknologi komunikasi beransur-ansur menenggelamkan komunikasi tradisional. Sebagai contoh, jika dahulu surat menghubungkan banyak pihak hari ini ramai yang beralih kepada e-mel atau Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) melalui telefon bimbit dan Internet.

Kecanggihan teknologi tersebut bukan sahaja diaplikasi untuk tujuan komunikasi malah turut diserapkan dalam bidang pendidikan.

Dengan teknologi ini, anak-anak tidak lagi perlu membawa beg berat yang sarat dengan pelbagai buku teks dan buku latihan ke sekolah.

iPad misalnya, sudah mengambil alih peranan buku teks dan buku nota di beberapa buah sekolah di Asia.

Baru-baru ini, para pelajar di Singapura menggunakan iPad ketika mengikuti kelas seni bahasa di Sekolah Tinggi Perempuan Nanyang.

Transformasi ini menyebabkan kehidupan persekolahan lebih ribuan pelajar di Asia menjadi lebih mudah kerana tidak perlu membawa muatan yang berat ke sekolah.

Pada masa akan datang, pelajar hanya membaca melalui komputer tablet.

Komputer tablet berbentuk kepingan kaca mudah dimasukkan ke dalam beg. Ia juga mampu menyimpan ribuan buku teks yang membuatkan para pelajar tidak lagi perlu menyandang beg sekolah yang berat dengan buku, pen dan buku catatan.

Tidak keterlaluan jika menggelarkan iPad sebagai peranti magik kerana mempunyai kemampuan melayari internet, menghantar dan membaca e-mel, melihat foto, video, mendengar lagu, membaca e-buku, bermain permainan dan pelbagai lagi.

"Saya suka iPad kerana ia mudah dibawa ke mana-mana dan kami tidak perlu membawa banyak beg dan fail ke hulu dan ke hilir," kata Nicole Ong, 13, yang kini menulis nota yang diberikan guru pada iPad di Sekolah Tinggi Perempuan Nanyang, Singapura.

Seramai 120 pelajar dan 16 guru di sekolah tersebut diberikan iPad sebagai kumpulan sampel dengan kos lebih RM245,780. Dijangkakan pada tahun 2013, semua pelajar di sekolah tersebut memiliki komputer tablet setiap seorang.


BUKU teks merupakan medium tradisional yang masih digunakan di kebanyakan sekolah di Malaysia.


Jumlah perisian yang boleh digunakan untuk tujuan pendidikan pada komputer tablet kini sudah bersedia meledak di pasaran.

Ia merupakan satu bentuk perniagaan baharu yang dianggap semakin berkembang dan berpotensi tinggi oleh orang yang paling berpengaruh dalam media iaitu Rupert Murdoch.

Teknologi pendidikan

Murdoch dalam ucapannya pada Persidangan Usahawan Internet dan Pembuat Dasar Eropah di Paris bulan lalu memberitahu, kumpulan News Corp miliknya akan memasuki pasaran teknologi pendidikan.

Beliau menggambarkan pendidikan sebagai sesuatu yang terakhir bertahan daripada revolusi digital dan visi untuk memperibadikan pembelajaran dengan pelajaran yang disampaikan oleh guru-guru terbaik dunia kepada ribuan pelajar melalui Internet.

"Bilik darjah hari ini kelihatan sama seperti bilik darjah pada zaman Victoria," tambahnya.

Hari ini banyak sekolah di Asia sudah ke hadapan dalam permainan ini.

"Proses pembelajaran bahasa tidak lagi bergantung kepada tunjuk ajar guru terutama berhubung kerja-kerja sekolah. Rakan sekelas boleh memberikan maklum balas," kata Dekan Kurikulum Nanyang, Seah Hui Yong.

Rene Yeo, Ketua Jabatan Teknologi Maklumat, Sekolah Menengah Tampines, Singapura memberitahu dia mengajar subjek Sains dengan menggunakan iPad.

Para pelajarnya belajar mengenai pemfaktoran dengan hanya menggerakkan nombor-nombor di atas skrin.

"Mereka juga membaca mengenai sel-sel haiwan dan melihat struktur otak manusia dengan mengklik pada bahagian-bahagian tertentu.

"Komputer tablet ini juga boleh membuat struktur heliks ganda dua asid deoksiribonukleik (DNA) manusia yang nampak hidup," katanya.

Dalam pada itu, iPad yang digunakan mengandungi aplikasi untuk mata pelajaran bahasa Inggeris dan matematik. Para pelajar juga boleh melakukan analisis sebab dan kesan dengan menggunakan iBrainstorm, mempersiapkan diri untuk peperiksaan lisan dan pidato dengan AudioNote serta belajar memetik gitar untuk pelajaran muzik di GarageBand.

"Kemunculan teknologi bilik darjah ini menggambarkan pembangunan masyarakat secara menyeluruh," kata Sam Han yang merupakan pakar dalam teknologi pendidikan yang berpusat di Amerika Syarikat.

Han yang juga felo teknologi sistem pengajaran di Macaulay Honors College, City University di New York berharap beberapa negara di Asia dapat mendahului negara-negara Barat.


SEKOLAH Tinggi Perempuan Nanyang Singapura satu-satunya sekolah yang menggunakan iPad untuk pelajar-pelajar yang mengikuti kelas seni bahasa.


"Sungguhpun internet dilahirkan di Amerika Syarikat (AS), Singapura dan Korea Selatan misalnya melebarkan sayap mereka dalam akses internet dan jalur lebar jauh lebih pantas daripada AS," ujarnya.

Dalam pada itu, Kementerian Komunikasi Jepun telah memberikan komputer tablet kepada lebih 3,000 pelajar bawah 12 tahun di 10 buah sekolah rendah dan melengkapkan bilik darjah dengan papan tulis interaktif elektronik di bawah projek perintis sekolah masa depan.

Di Korea Selatan, sekolah-sekolah di negara itu dilengkapi dengan zon jalur lebar tanpa wayar (WiFi).

Geran untuk sekolah

Kementerian Pendidikan Singapura telah menguji buku teks digital di beberapa buah sekolah sejak tahun 2007. Pada tahun 2012, kementerian dijangka membuat keputusan sama ada mahu membekalkan komputer tablet di semua sekolah di seluruh negara.

Singapura mempunyai sistem pendidikan yang sangat kompetitif terutama pengajian matematik dan sains peringkat tinggi. Kementerian Pendidikan negara tersebut turut menyediakan geran kepada sekolah-sekolah untuk membeli peralatan yang berkaitan, perisian dan perkhidmatan.

Banyak sekolah sudah dilengkapi dengan WiFi kerana ia memudahkan para pelajar mengakses internet

Namun, di sebalik kecanggihan ini, beberapa orang guru mengakui bahawa ada antara pelajar yang menyeleweng dengan bermain permainan komputer, melayari Facebook dan laman media sosial seperti Twitter.

Ahli Psikologi Pendidikan, Qiu Lin memberi amaran terhadap sekolah-sekolah yang terlalu ghairah mempromosi dan menggunakan peranti teknologi membabi buta sehingga mengabaikan tujuan sebenar pendidikan.

"Kecenderungan mengintegrasikan teknologi ke dalam pendidikan pasti akan meningkat.

"Tetapi selepas sebulan, keghairahan penggunaan iPad menurun, kurikulum dan bahan pengajaran yang baik dapat meningkatkan pemikiran dan penyelesaian masalah seperti biasa," kata Timbalan Profesor di Nanyang Technological University.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


51 laman web kerajaan kena godam

Posted:

51 laman web kerajaan kena godam

51 laman web kerajaan kena godam

Oleh SUHANA MD. YUSOP dan LILY YEAN
berita@kosmo.com.my


LAMAN web KRU Studios yang sebelum ini ditutup akibat diserang oleh penggodam kembali pulih semalam.


KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengesahkan sebanyak 51 laman web milik agensi kerajaan digodam oleh penggodam yang tidak dikenali.

Pengarah Jabatan Komunikasi Korporat SKMM, Muhamad Tahir Muhamad Noor berkata, sehingga awal pagi semalam, 41 daripada jumlah itu mengalami gangguan pada tahap yang berbeza.

Menurutnya, serangan tersebut dikesan bermula pada pukul 11.30 malam kelmarin dan menjangkakan tempoh memulihkan kesemua laman web tersebut dapat diselesaikan dalam masa terdekat.

"Pemantauan kami mendapati serangan semakin berkurangan menjelang pukul 4 pagi semalam (kelmarin) dan selepas membuat penilaian, kami menganggap kesan serangan itu terhadap pengguna di Malaysia adalah kecil," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Siti Nurhaliza sertai Askar Wataniah

Posted:

Siti Nurhaliza sertai Askar Wataniah

Siti Nurhaliza sertai Askar Wataniah


DARI kiri, Mohd. Nor, Shaheizy, Ana Raffali, Siti Nurhaliza, Intan Ladyana, Nurul Hidayah, dan Aizat selepas majlis penyertaan Askar Wataniah di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dan tujuh lagi selebriti tanah air semalam menyerahkan borang bagi menyertai Rejimen Askar Wataniah.

Tujuh selebriti lain ialah pelakon Shaheizy Sam, Intan Ladyana dan Kapt. (B) Mohd. Nor Bon, penerbit filem, David Teo, penyanyi, Ana Raffali dan Aizat Amdan serta pengacara rancangan Inspirasi Ramadan di Radio Televisyen Malaysia (RTM), Nurul Hidayah Ahmad Zahid Hamidi.

Berikutan penyertaan itu, mereka dijadual menjalani latihan ketenteraan selama 39 jam, namun tarikh mula latihan belum ditetapkan kerana bergantung kepada jadual masing-masing.

Menurut Siti Nurhaliza, beliau yakin penyertaan itu memberi peluang kepadanya membina jati diri serta memperoleh pengalaman baru.

"Saya pernah menjalani latihan seumpama ini dan boleh mengagak bentuk latihan yang akan diberikan kepada kami yang menyertainya.

"Saya teruja dan tidak sabar untuk belajar perkara baharu seperti cara mengendalikan senjata," katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan borang menyertai Rejimen Askar Wataniah kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Wisma Pertahanan di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

'Usah cetus suasana tidak aman'

Posted:

'Usah cetus suasana tidak aman'

'Usah cetus suasana tidak aman'


MUHYIDDIN (kanan) bergambar bersama penerima penghargaan pada majlis sambutan Hari Denggi ASEAN 2011 dan pelancaran semula Combi di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu penganjur dan individu yang berhasrat menyertai perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) supaya berfikir semasak-masaknya kesan perhimpunan itu kepada kerajaan, negara dan rakyat, sekiranya ia diadakan.

Beliau berkata, rakyat bimbang perhimpunan itu boleh menimbulkan satu keadaan tidak tenteram kerana akan berlaku pertembungan dua pihak yang bersetuju dan tidak bersetuju dengan penganjuran perhimpunan itu.

"Polis terima banyak aduan dan ini boleh mencetuskan keadaan yang tidak selamat bagi negara, polis tidak akan keluarkan permit maka ianya satu pergerakan haram dan menyalahi undang-undang.

"Perhimpunan itu pastinya tidak akan didukung oleh seluruh rakyat, mungkin sekelompok sahaja atau ada pihak lain yang menumpang," katanya ketika diminta mengulas mengenai rancangan untuk mengadakan perhimpunan itu buat kali kedua pada 9 Julai ini.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Gastronomi Peranakan di Paya Serai

Posted:

Gastronomi Peranakan di Paya Serai

Gastronomi Peranakan di Paya Serai


FLORENCE mengalu-alukan kedatangan orang ramai ke Paya Serai untuk menikmati hidangan Baba Nyonya.


WARISAN Peranakan di Melaka yang semakin dikenali tidak pernah gagal menarik minat orang ramai mendekati budaya kacukan dan masakannya yang eksotik.

Mahu budaya dan masakan Peranakan Baba dan Nyonya lebih dikenali, restoran Paya Serai, Hotel Hilton Petaling Jaya dengan bangganya membawa sifu masakan Baba Nyonya, Chef Florence Tan untuk berkongsi ilmu masakannya dengan tetamu selain menyediakan hidangan air tangannya buat pengunjung di Paya Serai.

Membawa aura budaya Peranakan ke kota, Paya Serai bukan sahaja tampil dengan pelbagai hidangan masakan Nyonya yang menarik malah turut membawakan kehalusan seni dan kraftangannya sepanjang Jun ini.

Komuniti Peranakan wujud hasil daripada perkahwinan campur antara orang Melayu tempatan dan imigran China pada abad ke-15 dan ke-17.

Menariknya, masakan Peranakan membawa pengaruh ramuan dan cara masakan Melayu serta Cina yang lebih popular dengan nama, masakan Nyonya.

Sebagai otai masakan tradisional Nyonya, Florence merupakan pakar rujuk utama apabila menyentuh tentang masakan tersebut. Beliau juga merupakan duta masakan ke Jepun, Hong Kong, Perancis, England, New York dan lain-lain negara.

Keghairahan dan dedikasinya terhadap dunia masakan menyebabkan Florence berpeluang tampil dalam rancangan masakannya sendiri di stesen-stesen televisyen tempatan mahupun di luar negara.

Berpegang pada standard masakan yang tinggi, Florence menggunakan kemahiran dan ilmunya untuk memelihara masakan tradisional tersebut supaya legasi dan ketulenannya dapat dinikmati oleh orang ramai serta generasi akan datang.

"Masakan Nyonya sesuai untuk semua orang kerana ia mempunyai pelbagai rasa. Ada rasa pedas, manis, masam dan masin.

"Masakan Baba Nyonya ini merupakan gabungan masakan orang Cina dan Melayu. Cara masakan Cina yang menggunakan herba dan rempah-ratus masakan Melayu," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Tambah Florence, bagi memastikan kelestarian masakan Baba Nyonya, dia tidak lokek jika ada yang bertanyakan mengenai resipi tradisi masakan tersebut.

Antara masakan Baba Nyonya yang popular ialah udang masak lemak, ayam pong teh, itik tim, ikan chuan chuan, gerang asam, pong tauhu dengan sengkuang, ayam cincalok, nasi kembuli, sambal jantung pisang, popia basah dan banyak lagi hidangan yang bakal merangsang nafsu selera anda. - NURUL IZZA ROSLY

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kulit selembut sutera bersama Lux

Posted:

Kulit selembut sutera bersama Lux

Kulit selembut sutera bersama Lux


RANGKAIAN Soft & Smooth dihasilkan dengan ekstrak protein sutera dan buah-buahan bagi memancarkan kejelitaan semula jadi kulit.


KEPADA yang mengimpikan kulit selembut sutera, Lux kini memperkenalkan rangkaian mandian badan terbarunya, Soft & Smooth yang menjadikan kulit lembut, halus dan gebu.

Rangkaian Soft & Smooth dihasilkan dengan ekstrak protein sutera dan buah-buahan bagi memancarkan kejelitaan semula jadi dan membangkitkan rasa sensual dalam diri setiap wanita dengan menjadikan kulit lembut dan berseri-seri.

Kemewahan, tarikan dan rasa sensual rangkaian Soft & Smooth Lux baru dapat dinikmati dalam dua varian iaitu Lux Soft Touch dan Lux Velvet Touch.

Lux Soft Touch diperkaya dengan ekstrak protein sutera eksklusif dan krim buah ceri yang melembapkan dan membantu mengekalkan lembapan pada kulit manakala Lux Velvet Touch pula diperbuat daripada campuran ekstrak protein sutera dan krim aprikot. Formula tersebut membentuk lapisan berkrim nipis pada kulit sekali gus menjadikan kulit terasa lembut, licin dan gebu seperti kulit bayi.

Rangkaian mandian badan terbaharu itu melengkapkan rangkaian Fine Fragrance Eliksir yang dilancarkan oleh bintang selebriti Lux baru, Nur Fazura yang dijadualkan membuat penampilan di pasar raya besar Mydin USJ, Subang Jaya pada 1 Julai ini dari pukul 3 petang hingga 5 petang.

Harga produk mandian Lux ini dijual pada harga RM5.90 untuk 220 mililiter (ml), RM8.90 (600ml) dan RM14.90 (700ml).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Pementasan monodrama “Rebab Berbisik”

Posted:

Pementasan monodrama "Rebab Berbisik"

Pementasan monodrama "Rebab Berbisik"

16/06/2011 8:00pm

MELAKA – Satu pementasan monodrama bertajuk "Rebab Berbisik" akan diadakan di Taman Budaya, Ayer Keroh di sini, pada Ahad ini.

Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Melaka, Rodzuan Ismail berkata, persembahan monodrama arahan Rahimidin Zahari, akan dilakonkan oleh pencinta dan penggiat seni Makyung, Rosnan Rahman yang akan membawa kesemua empat watak dalam teater itu.

Pementasan monodrama itu akan turut melibatkan pemuzik dan penari iringan daripada kumpulan Istamuzika dan Artistana dari Istana Budaya, katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Rodzuan berkata, orang ramai dipelawa menyaksikan pementasan itu yang akan bermula pukul 8.30 malam dan masuk adalah percuma. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bola Malaysia-Lebanon di Dataran Merdeka

Posted:

Bola Malaysia-Lebanon di Dataran Merdeka

Bola Malaysia-Lebanon di Dataran Merdeka

16/06/2011 7:47pm

KUALA LUMPUR – Para peminat bola sepak berpeluang untuk menonton siaran langsung perlawanan kelayakan Olimpik, Malaysia menentang Lebanon, melalui skrin besar di Dataran Merdeka pada Ahad ini bermula pukul 10.30 malam.

Menurut kenyataan Kementerian Belia dan Sukan, siaran langsung itu dibawakan oleh kementerian dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Skuad Olimpik Malaysia di bawah kendalian Ong Kim Swee layak beraksi menentang Lebanon pada pusingan kedua kelayakan Olimpik yang berlangsung di Stadium Sport City, Beirut selepas menumpaskan Pakistan dalam perlawanan kelayakan pertama dengan aggregat 2-0.

Pasukan negara dijangka pulang ke tanah air pada 20 Jun dan menanti kedatangan lawan bagi perlawanan timbal balik yang akan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 23 Jun. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Redah laut bergelora selamatkan remaja

Posted:

Redah laut bergelora selamatkan remaja

Redah laut bergelora selamatkan remaja

16/06/2011 3:59pm

MIRI — Walaupun tanpa sebarang latihan menyelamat, seorang jurulatih tenis tempatan bertindak nekad terjun ke laut bergelora untuk menyelamatkan seorang remaja yang hampir lemas berdekatan pantai Miri lewat petang semalam.

Menceritakan pengalamannya kepada Bernama hari ini, Zaini Abdul Razak, 47, berkata beliau langsung tidak merasa berbelah-bagi lagi sewaktu mengharungi laut dengan ombak setinggi lebih 2 meter untuk menyelamatkan Morison Kudi Silau, 13.

"Entah berapa banyak air laut yang saya telan waktu itu. Luka di tangan dan kaki saya akibat terkena batu tajam di laut bagai sudah tidak terasa lagi. Yang saya tahu nak selamatkan budak itu. Kesian anak orang," katanya sewaktu ditemui di sini.

Kejadian berlaku pada kira-kira pukul 3 petang semasa bapa kepada tiga orang anak itu sedang bersantai di benteng pemecah ombak berdekatan pantai Marina Bay di sini selepas selesai memancing, sambil memerhatikan sekumpulan remaja sedang mandi-manda. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Elizabeth Hurley sah bercerai

Posted:

Elizabeth Hurley sah bercerai

Elizabeth Hurley sah bercerai


ELIZABETH HURLEY dan Arun Nayar.


LONDON - Rumah tangga aktres dan model Britain, Elizabeth Hurley bersama ahli perniagaan India, Arun Nayar berakhir dengan penceraian semalam.

Perceraian mereka diluluskan Bahagian Keluarga Mahkamah Tinggi London oleh seorang hakim daerah.

Hurley, 46, mengahwini usahawan tekstil itu di Kastil Sudeley, barat daya England pada 2007 diikuti satu upacara perkahwinan mengikut tradisi Hindu yang diadakan di Jodhpur, India.

Hurley pernah bercinta dengan aktor Britain, Hugh Grant selama lebih sedekad dan memiliki seorang anak hasil hubungannya dengan seorang penerbit filem, Steve Bing. - Reuters

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Dua lelaki ditangkap dekat rumah penyanyi

Posted:

Dua lelaki ditangkap dekat rumah penyanyi

Dua lelaki ditangkap dekat rumah penyanyi


JOSS STONE


LONDON - Polis di barat daya England mengkap dua lelaki yang disyaki berkomplot untuk melakukan rompakan dan pembunuhan dekat kediaman penyanyi terkenal, Joss Stone.

Hasil maklumat penduduk tempatan, polis Devon dan Cornwall menangkap dua suspek berkenaan di bandar Cullompton, daerah Devon, pada Isnin lalu.

Dua lelaki berkenaan yang masing-masing berusia 30 dan 33 tahun, pada awalnya ditahan kerana memiliki senjata berbahaya dan perlatan untuk melakukan pecah rumah dan mencuri.

"Setelah disoal siasat, mereka kini ditahan kerana jenayah lebih berat iaitu berkomplot untuk merompak dan membunuh," kata kenyataan polis.

"Siasatan terhadap mereka diteruskan oleh detektif-detektif jenayah berat," tambah kenyataan sama.

Akhbar The Sun melaporkan bahawa kedua-dua lelaki itu terbabit dalam komplot untuk menculik Stone yang berusia 24 tahun.

Album penyanyi itu dijual sekitar 11 juta unit dan kekayaannya dianggarkan mencecah £9 juta (RM44.34 juta)

Polis tidak menamakan Stone dalam kenyataan tersebut.

Namun, menurut syarikat perhubungan awam penyanyi itu, DWL, Stone mengetahui penangkapan itu dan polis memberitahunya setiap perkembangan yang berlaku berhubung kejadian tersebut.

Namun, ia tidak memberitahu sama ada Stone berada di rumah semasa dua lelaki tersebut ditangkap. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Lelaki mati semasa merogol wanita tua

Posted:

Lelaki mati semasa merogol wanita tua

Lelaki mati semasa merogol wanita tua

CHICAGO - Seorang lelaki di Texas mati semasa dia merogol seorang wanita berusia 77 tahun, lapor media tempatan.

Lelaki Texas itu, Chavelo Gutierrez, 53, memecah masuk ke rumah wanita berkenaan dengan bersenjatakan pisau dan menyerangnya.

Namun, akhbar Corpus Christi Caller melaporkan semasa dia sedang merogol wanita tersebut, Gutierrez mengadu dia berasa tidak sihat dan berhenti melakukan hubungan seks untuk berehat.

Lelaki tersebut kemudian mahu meneruskan perlakuan tidak senonoh itu tetapi dia kemudian jatuh tergolek dan meninggal dunia.

Wanita itu pada mulanya menyangka dia sudah meninggal dunia kerana mabuk disebabkan bau minuman keras pada nafasnya.

Selepas perogol itu meninggal dunia, wanita tersebut meninggalkan rumahnya dengan memandu sebuah kereta sebelum meminta bantuan daripada anak perempuannya.

Para penyiasat percaya, perogol itu mati kerana serangan jantung selepas dia menunggang basikal sejauh 3.21 kilometer ke rumah wanita berkenaan dalam cuaca panas. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Ucop meriahkan slot Hot AM Krew

Posted:

Ucop meriahkan slot Hot AM Krew

Ucop meriahkan slot Hot AM Krew


FARA Fauzana dan Faizal menerima baik kehadiran Shy8.


SIAPA yang tidak kenal dengan watak Usop Wilcha daripada filem Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR) yang sudah sebati dengan gaya liuk-lentok gemalai jari persis penari kebudayaan bersama trademark "kita bakor je"?.

Sesungguhnya, filem arahan Mamat Khalid itu cukup rempah-ratusnya untuk mencipta ledakan fenomena tersendiri sehingga mencuri tumpuan semua pihak.

Setelah kemunculannya di pentas Anugerah Bintang Popular di Genting Highlands secara mengejut bersama kerusi rodanya umpama sambungan HKLBR baru-baru ini, Usop atau nama komersialnya Shy8, 46, dilamar pula oleh stesen radio terkenal Hot FM.

Katanya yang ditemui ketika sesi fotografi di Studio Utusan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur baru-baru ini menjelaskan penyertaannya bersama Hot FM merupakan titik perubahan dalam kariernya dalam bidang seni.

"Sebelum ini saya hanya berlakon dan menyanyi, tidak salah sekiranya saya mencuba sesuatu yang baharu seperti bidang pengacaraan radio memandangkan saya juga sangat suka mendengar radio pada awal-awal pagi setiap hari," katanya yang optimis dengan peluang yang diberikannya itu.

Menurut pemilik nama asal Syed Mohamad Asri Syed Osman Jamalulail itu, tugasnya bersama deejay tetap Fara Fauzana, Faizal Ismail dan AG yang mengendalikan segmen Hot FM AM Krew cuma penambah ruang-ruang perbualan dan menyuntik elemen humor yang segar secara spontan.

"Saya harap dapat bagi satu suntikan humor secara berilmiah dan terkini dalam segmen ini selain cuba menyelit dalam mana-mana ruang percakapan yang ada," bicaranya yang menyimpan minat mendalam dalam bidang penyampaian radio.

Dua kerja satu masa

Ibarat pucuk dicita ulam mendatang, Shy8 tidak menyangka kemunculannya pertama kali dalam segmen yang ke udara seawal pukul 6 pagi hingga 11 pagi itu mendapat respons dan impak positif daripada pendengar Hot FM.

"Tidak terduga kemunculan saya pertama kali dalam segmen itu mendapat perhatian ramai sehingga ramai yang membuat panggilan, menghantar SMS (Khidmat Pesanan Ringkas), memberi respons dalam Facebook dan Twitter untuk berkomunikasi dengan saya ketika itu.

"Setelah melihat reaksi sedemikian daripada pendengar, pihak pengurusan memutuskan untuk melantik saya sebagai salah seorang penyampai radio Hot FM dan saya memberikan persetujuan," ujarnya yang menyasarkan matlamat hidup untuk melakukan pelbagai perkara.

Tambahnya yang masih bertugas sebagai Pengurus Komunikasi Korporat syarikat Tanjung Offshore Berhad pada masa yang sama, impiannya adalah untuk meneroka apa jua bidang baharu selagi peluang diberikan.

"Selagi saya bernafas, Insya-Allah selagi itu saya akan cuba memanfaatkan peluang masa yang Allah berikan untuk mencuba pelbagai perkara dan berkongsi ilmu yang saya ada untuk orang ramai," tegas bapa kepada Syed Caliph Umar yang baru berusia 10 bulan itu.

Tatkala ditebak dengan pertanyaan sejauh mana kelonggaran yang diberikan pihak pengurusan di syarikat asalnya, Shy8 menjawab, fleksibiliti untuk melaksanakan dua tugas serentak diamanahkan kepadanya.

"Saya pernah menyatakan hasrat untuk berhenti tapi majikan tidak menerima perletakan jawatan saya sebaliknya memberi kelonggaran untuk masuk ke pejabat pada masa-masa tertentu contohnya selepas selesai semua urusan saya di konti.

"Malah, mereka juga memahami jadual tugas saya dan memberikan pertimbangan yang sewajarnya untuk bertugas," ceritanya yang turut memberikan penangan gelombang luar biasanya itu kepada isterinya, Noorafiza Abdul Aziz, 28.

Keserasian berempat

Bagi Fara Fauzana, 31, selaku rakan setugas Shy8, kekuatan yang terdapat pada humor Shy8 memberikan kesan yang berbeza kepada pendengar yang berbeza.

"Humornya yang spontan mungkin akan menarik lebih ramai peminat bukan saja yang sudah berusia malah golongan pendengar usia muda memandangkan kebolehannya berjenaka secara spontan.

"Tapi pada masa yang sama momentum dan dinamika setiap penyampai radio perlu kekal dalam paras tertinggi dan perlu faham bahagian masing-masing untuk memastikan segmen berjalan lancar tanpa kaku," katanya.

Faizal Ismail, 34, atau serasi dipanggil FBI pula menganggap keserasian antara keempat-empat deejay yang mengendalikan segmen Hot FM AM Krew itu dtercipta berdasarkan jurang perbezaan umur yang tidak terlalu jauh antara satu sama lain.

"Keserasian ini merupakan satu kombinasi tanpa sempadan namun yang penting adalah kesucian niat untuk melakukan sesuatu.

"Apabila kita melakukan tugasan dengan ikhlas pasti jiwa itu ada dan daripada jiwa itu akan wujud keserasian bersama," ujarnya berfalsafah.

Kemasukan Shy8 sebagai salah seorang penyampai radio Hot FM katanya bukan berhasrat untuk mencari pengganti deejay sedia ada sebaliknya berniat menambah rempah dalam segmen itu sejak lima tahun beroperasi.

"Apa yang dicakap selama ini oleh kami (Fara Fauzana dan Faizal Ismail) sudah didengar oleh orang ramai selama lima tahun.

"Tambahan pula, Shy8 sentiasa tampil dengan humornya yang sendiri namun dalam versi yang ilmiah dan berketerampilan.

Faizal menyandarkan harapan penuh kepada Shy8 untuk menarik lebih ramai pendengar yang menyokong perkembangan Shy8 sekali gus meningkatkan rating semasa Hot FM.

"Semestinya pendengar mahukan pembaharuan dan seboleh-bolehnya ini peluang yang kami tawarkan kepada semua sebagai satu suntikan baharu," getusnya yang yakin dengan kebolehan Shy8.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kesetiaan peminat U-Kiss

Posted:

Kesetiaan peminat U-Kiss

Kesetiaan peminat U-Kiss


U-KISS hadir ke Malaysia untuk mempromosikan album terbaharu mereka, Bran New Kiss.


MINI konsert band asal Korea Selatan, U-Kiss yang diadakan di pintu masuk utama pusat beli-belah Pavillion, Kuala Lumpur pada Jumaat lalu telah berjaya menarik ramai peminatnya untuk berkampung di pusat beli-belah itu sejak pukul enam petang meskipun persembahan hanya bermula pada pukul 8 malam.

Malah, ada di antara peminat mereka sanggup menunggu sejak pukul 10 pagi di lokasi sidang akhbar diadakan pada hari yang sama di restoran Daorae Korean BBQ di Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur hanya untuk menatap wajah bintang kesayangan mereka dari dekat.

U-Kiss yang dianggotai oleh tujuh anak muda iaitu, Soohyun, Kiseop, Eli, AJ, Hoon, Kevin dan Dongho berkunjung ke Malaysia untuk mempromosikan mini album terbaru mereka berjudul Bran New Kiss. Tidak sukar untuk berbicara dengan band U-Kiss semasa sesi sidang akhbar kerana kebanyakan daripada anggota U-Kiss fasih berbahasa Inggeris.

"Album baru ini berbeza dengan album terdahulu kerana ia lebih menonjolkan vokal kami. Album sebelum ini, kebanyakan vokal menggunakan auto-tone, selain itu imej kami juga banyak berubah daripada imej budak jahat kepada imej lebih dewasa dan matang," kata AJ yang turut menyumbang lirik lagu dalam tiga buah lagu untuk album Bran New Kiss.

U-Kiss telah melahirkan sebuah album penuh berjudul Only One pada Februari 2010 dan lima buah mini album iaitu New Generation, Bring It Back 2 School, ContiUkiss, Break Time dan Bran New Kiss.

Tidak hanya menyanyi, malah, mereka juga aktif sebagai pelakon di Korea. Dongho, Eli dan Kiseop terlibat dalam sitkom terbaru yang berjudul Real School. Dongho juga popular apabila berlakon dalam drama pertamanya yang berjudul Royal Family dan memegang watak Jo Byung Joon.

"Saya suka berlakon dan akan terus memberikan yang terbaik, harap anda semua sukakan lakonan saya walaupun banyak lagi yang harus saya perbaiki," kata Dongho.

Apabila disoal apa yang menariknya tentang Malaysia, lantas mereka semua bersetuju mengatakan makanan di Malaysia antara tarikan utama. Pengalaman daripada kunjungan pertama di Malaysia pada tahun lalu membuatkan mereka lebih bijak memilih makanan apabila datang ke Malaysia buat kali kedua.

"Baru malam tadi sebelum sidang media kami semua makan sate, memang sedap. Kami juga sukakan nasi lemak," ujar Eli.

Mereka juga menghafal beberapa patah perkataan Melayu seperti apa khabar, terima kasih dan saya cinta kamu. Walaupun hanya perkataan yang ringkas, terlihat jelas kesungguhan mereka untuk menghiburkan peminat mereka di Malaysia.



Diakui nama mereka mungkin tidak sebesar Super Junior di Malaysia tetapi band yang mula lahir ke dunia seni pada tahun 2008 itu dilihat mempunyai potensi yang cukup cerah untuk menawan hati peminat muzik di Malaysia.

Strategi melakukan mini konsert di tempat terbuka seperti Pavilion bukan sahaja berjaya menarik peminat fanatik mereka tetapi juga peminat baru yang kebetulan berada di tapak mini konsert.

Persembahan dimulakan oleh penyanyi muda Ikwal dan tepat pada pukul 8 malam, suasana mula riuh dengan jerit pekik peminat mereka yang turut membawa sepanduk dan segala macam hadiah.

Peminat bertuah berjaya naik ke atas pentas dan berpeluang bertanya soalan kepada bintang pujaan mereka, turut diadakan kuiz meniru tarian U-Kiss dan pemenang dapat bergambar bersama dengan U-Kiss di atas pentas.

Malah, ada peminat yang terpilih naik ke atas pentas tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dan ada yang sempat memeluk anggota-anggota U-Kiss .

Sebelum persembahan bermula, peminat terlebih dahulu membuat kejutan buat U-Kiss dengan menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi dalam bahasa Inggeris dan juga Korea buat AJ dan Dongho yang kebetulan menyambut hari lahir pada bulan Jun.

Persembahan yang dibawakan oleh Radioactive dan diuruskan oleh Redstar serta Marctensia itu dimulakan dengan lagu 0330, Bing Gul Bing Gul, Man Man Ha Ni dan Shut Up.

U-Kiss dan restoren Daorae Korean BBQ juga bekerjasama dalam memberi sumbangan RM30,000 sebuah rumah anak yatim tempatan. Sebelum persembahan berakhir, AJ sempat berpesan kepada peminat U-Kiss yang mereka akan datang ke Malaysia lagi untuk membikin sebuah konsert besar.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

KRU fokus belakang tabir

Posted:

KRU fokus belakang tabir

KRU fokus belakang tabir

Oleh HARYATI KARIM
haryati.karim@kosmo.com.my


SELAMAT ulang tahun. Adik-beradik KRU, dua dari kiri (Edry, Norman dan Yusry) meniup lilin kek ulang tahun ke-19 empayar milik mereka yang semakin berkembang di Cyberjaya, minggu lalu.


TAHUN ini genaplah 19 tahun usia penglibatan KRU dalam industri seni tanah air. Bermula hanya sebagai sebuah kumpulan nyanyian yang diasaskan oleh tiga orang adik-beradik, Norman, Edry dan Yusry Abdul Halim, kini, empayar yang dibina mereka semakin besar.

Tidak hanya berfungsi sebagai syarikat rakaman, tetapi juga KRU kini memiliki beberapa anak syarikat seperti KRU Media Sdn. Bhd. dan KRU Studio. Ibu pejabat yang dulunya terletak di lot tepi daripada deretan rumah kedai di Setiawangsa, Kuala Lumpur kini berpindah ke ibu pejabat di Cyberjaya yang mula beroperasi pada 1 April 2010.

Mengenang kembali perjalanan KRU, Norman memberitahu, jenama KRU bermula dengan modal RM2,000. Ketika itu wang tersebut digunakan untuk menerbitkan album pertama mereka yang berjudul Canggih bersama syarikat rakaman EMI.

"Kejayaan bukan datang bergolek, sepanjang 19 tahun kami dalam industri, bukan sekali dua kami dihambat kontroversi, diuji pelbagai cara sehingga ada di antara kami seperti mahu putus asa. Mujur, kami bukannya rakan kongsi bisnes sahaja tetapi juga kami terikat dengan pertalian darah sebagai adik-beradik.

"Jika ada di antara kami bertiga yang menghadapi masalah dan seperti mahu berputus asa, kami akan saling menyokong. Itu antara formula kenapa KRU kekal bertahan sehingga ke hari ini," ujar Norman lagi.

Bersyukur dengan apa yang dimiliki KRU hari ini, ketiga-tiga mereka tidak menunjukkan tanda-tanda untuk memperlahankan kemaraan mereka dalam bidang bisnes mahupun gelaran mereka sebagai penyanyi.

"Kami baru bermula, banyak lagi perkara yang kami rancangkan belum dilaksanakan lagi. Mungkin sekarang bisnes ini milik kami bertiga tetapi untuk membesarkan lagi perniagaan kami harus menarik pelabur daripada luar.

"Walaupun pada masa depan, empayar perniagaan kami mungkin tidak lagi diuruskan oleh kami atau ahli keluarga, kami tetap berbangga jika jenama KRU terus kekal bukan sahaja di Malaysia tetapi di peringkat global. Kejayaan yang kami peroleh hari ini tidak akan melalaikan kami kerana impian kami mahu menjadi seperti Warner Bros.

"Cuma kini, orang lihat kami seperti tidak aktif, sebenarnya kami semua sibuk dengan kerja masing-masing, Saya sibuk dengan muzik, Yusry dengan filem dan Norman dengan bisnes. KRU masih menyanyi dan keluarkan lagu-lagu baharu tetapi kami sudah bersara daripada buat persembahan pentas," kata Edry sambil dipersetujui oleh Norman dan Yusry.

Bukan tidak mahu membuat persembahan pentas, tetapi kesibukan kerja membataskan mereka untuk melakukan sebuah persembahan pentas seperti zaman kegemilangan mereka.

"Tugas penyanyi menghiburkan orang, dulu peminat boleh jumpa kami di tapak pesta atau karnival, kini mereka boleh dengar lagu-lagu kami hanya di radio atau televisyen menerusi video muzik sahaja.

"Orang ramai tidak tahu, persembahan pentas untuk sebuah mini konsert nampak ringkas tetapi persediaannya mengambil masa berbulan-bulan. Kami harus berlatih dan memantapkan kembali stamina dan itu mengambil masa yang cukup banyak, itu yang kami tidak boleh beri komitmen," jawab Norman.

Justeru itu, fokus kini diberi kepada tugas belakang tabir. KRU menyasarkan untuk menerbitkan enam buah filem serta 18 buah lagu single sehingga penghujung 2012 dengan perolehan kumpulan syarikat melebihi RM30 juta.


Lisa Surihani bukan sahaja bercinta dengan Yusry tetapi turut terbabit dalam filem terbitan KRU, Ular.


Selepas menghasilkan filem Magika dan filem epik, Hikayat Merong Mahawangsa yang menelan modal RM8 juta, terkini KRU bakal menembus pasaran antarabangsa dengan dua buah filem iaitu filem aksi pengembaraan, Vikingdom yang mempertaruhkan pelakon Hollywood, Dominic Purcell yang popular dengan drama bersiri Prison Break dan filem Mission Impossible 2 serta sebuah filem animasi komedi berjudul Ribbit.

"Filem Vikingdom diarahkan oleh Yusry dan dibikin untuk pasaran antarabangsa. Filem ini menelan kos yang tinggi kerana menggunakan pelakon Hollywood. Apa yang boleh saya katakan setakat ini kos filem Vikingdom lebih daripada RM8 juta," dedah Norman.

Selain itu, KRU yang kini berbangga dengan pencapaian filem Karak yang kini masih ditayangkan di pawagam apabila berjaya mengutip RM3.61 juta sejak ia mula ditayangkan pada 26 Mei lalu.

KRU juga bakal muncul dengan filem Cinta Kura-Kura yang akan ditayangkan dalam masa terdekat, filem King Kapchai, Ular dan sebuah filem epik drama muzikal sentuhan Edry yang berjudul 29 Februari.

"Filem 29 Februari sungguh unik dan agak mencabar kerana saya perlu menggambarkan situasi Kuala Lumpur bermula tahun 1886 sehingga ke zaman moden hari ini kerana watak utamanya yang dilakonkan oleh pelakon Remy Ishak itu lambat tua.

"Dia menjadi saksi zaman penjajah di Malaysia dan sehingga Malaysia merdeka dan berjaya seperti hari ini. Sebenarnya ia kisah pencarian cinta yang tidak berkesudahan," kata Edry.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved