Selasa, 3 Jun 2014

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Posted:

[unable to retrieve full-text content]
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Sampel mungkin tercemar

Posted:

Sampel mungkin tercemar

Sampel mungkin tercemar

COKLAT Cadbury Dairy Milk Hazelnut yang sebelum didakwa mengandungi DNA babi sehingga ia ditarik dari pasaran pada 24 Mei lalu.


KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan tidak menolak kemungkinan berlaku pencemaran terhadap kedua-dua sampel coklat Cadbury yang diambil di pasaran untuk dianalisis oleh pihaknya di makmal sebelum ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah (gambar kecil) berkata, kemungkinan berlaku pencemaran terhadap kedua-dua sampel coklat yang dikesan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi (porcine) itu memang ada kerana sampel tersebut diambil di pasaran dan bukannya dari kilang.

"Keputusan itu masih positif tetapi kemungkinan sampel berkenaan diambil dari tempat yang tercemar tidak boleh diketepikan dan kami tidak meragui ujian makmal itu. Bagaimanapun, sampel itu tidak diambil dari kilang," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Generasi muda bakal menyewa sampai mati

Posted:

Generasi muda bakal menyewa sampai mati

Generasi muda bakal menyewa sampai mati

Oleh ZULKIFLI MANZOR
zulkifli.manzor@kosmo.com.my


ORANG ramai melihat model pangsapuri pada satu pameran hartanah di Kuala Lumpur baru-baru ini.


KUALA LUMPUR – Generasi muda masa kini bakal berhadapan kesukaran untuk memiliki rumah sendiri dan mereka mungkin terpaksa menyewa sehingga ke akhir hayat gara-gara harga rumah di negara ini semakin meningkat.

Penganalisis ekonomi, Prof. Dr. Amir Baharuddin berkata, sepanjang tahun lalu harga rumah di Malaysia dilaporkan telah naik kira-kira 30 peratus berbanding tahun sebelumnya dan ia naik lagi pada suku pertama tahun ini.

"Kenaikan suku pertama tahun ini tidak begitu drastik seperti tahun lalu tetapi hakikatnya kenaikan harga masih berlaku. Nampak gayanya, sampai mati golongan muda terutama yang berpendapatan rendah dan sederhana tidak mampu memiliki rumah sendiri.

"Setiap rakyat Malaysia memerlukan gaji atau pendapatan sekurang-kurangnya RM5,000 sebulan untuk melayakkan mereka membuat pinjaman membeli rumah yang kini berharga lebih RM350,000 seunit dan kita kena faham mereka perlu juga menanggung perbelanjaan lain seperti kereta dan makan minum," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Perlu peruntukan lebih besar

Posted:

Perlu peruntukan lebih besar

Perlu peruntukan lebih besar

Oleh KU MOHD. RIZDUAN KU ABDUL RAHMAN
kurizduan.kurahman@kosmo.com.my


MOHD. SHAFIE (dua dari kiri) menunjukkan kemahiran mencetak baju ketika melawat Kedai Percetakan Kolonek Berhad di Jempol, Negeri Sembilan semalam.


JEMPOL – Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) mengharapkan peruntukan yang lebih besar dalam Bajet 2015 berbanding sebanyak RM4.1 bilion yang diterima pada Bajet 2014.

Menterinya, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, ini bagi membolehkan kementeriannya melaksanakan pelbagai program yang mampu meningkatkan keupayaan masyarakat di kawasan kampung.

Menurut beliau, di samping memberi tumpuan kepada pembinaan prasarana, peruntukan itu akan digunakan untuk membangunkan modal insan yang mampu melonjakkan keupayaan penduduk desa ke tahap lebih tinggi.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Abbas ketuai kerajaan baharu Palestin

Posted:

Abbas ketuai kerajaan baharu Palestin

Abbas ketuai kerajaan baharu Palestin

HANIYEH (tengah) mengangkat kedua-dua tangannya di pejabatnya di Bandar Gaza semalam. - REUTERS


RAMALLAH, Tebing Barat - Presiden Mahmoud Abbas mengangkat sumpah semalam sebagai ketua kerajaan penyatuan Palestin semalam sekali gus menamatkan perpecahan dengan pentadbiran Hamas di Genting Gaza.

Beliau mengangkat sumpah dalam satu upacara ringkas di ibu pejabatnya di sini.

Sebelum mengangkat sumpah itu, berlaku tawar-menawar berhubung 17 anggota Kabinet baharu Palestin yang dipilih dalam kalangan ahli teknokrat.

Walaupun anggota Kabinet baharu itu tidak memiliki hubungan dengan Hamas, sama ada mereka akan diterima oleh Amerika Syarikat (AS) dan Eropah adalah samar.

Namun, Abbas optimis kerajaan baharu itu dapat menamatkan perpecahan politik dan wilayah yang berlaku apabila kumpulan Hamas menguasai Genting Gaza pada 2007.

Perkembangan tersebut menyebabkan Abbas hanya dapat memerintah wilayah Tebing Barat yang ditawan Israel.

Selama tujuh tahun, Abbas dan Hamas mentadbir dua kerajaan berasingan dalam wilayah masing-masing.

"Lembaran hitam dalam sejarah kita ditutup untuk selamanya dan tidak akan kembali semula," kata Abbas sebelum mempengerusikan mesyuarat pertama Kabinet Palestin.

Abbas turut memberi bayangan bahawa beliau tidak lama lagi akan melawat Gaza untuk kali pertama sejak tahun 2007.

Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri Hamas, Ismail Haniyeh menyatakan, Palestin kini membuka era baharu berteraskan penyatuan dan perkongsian dalam membuat keputusan dan bekerja.

Beliau akan berundur ekoran penyatuan itu.

Kabinet yang baru dibentuk tersebut berdepan dengan pelbagai kesukaran.

Antara krisis yang perlu diselesaikan segera termasuk isu penyatuan pasukan keselamatan di Tebing Barat dan Gaza yang dahulunya berseteru.

Abbas juga tidak memberi jaminan bahawa AS dan Eropah akan terus menyalurkan bantuan tahunan bernilai jutaan dolar yang diperlukan untuk membiayai kerajaan baharu tersebut.

Ia berikutan Barat sebelum ini menganggap Hamas sebagai sebuah kumpulan pengganas manakala sokongan kumpulan itu kepada kerajaan baharu Palestin mungkin menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara penderma.

Dalam pada itu, kos untuk membiayai kerajaan baharu itu akan menjadi lebih mahal kerana Abbas terpaksa menggabungkan kakitangan daripada dua pentadbiran berasingan.

Hamas menggaji lebih 40,000 pekerja sejak tahun 2007 manakala Abbas pula memiliki seramai 150,000 kakitangan awam.

Dalam perkembangan berkaitan, Israel mengumumkan ia akan memboikot kerajaan baharu itu kerana ia disokong oleh Hamas.

Kumpulan itu sebelum ini membunuh beratus-ratus warga Israel dalam sejumlah serangan bertahun-tahun lalu.

Regim Zionis mengumumkan langkah untuk menghukum pembentukan kerajaan penyatuan Palestin tersebut tetapi tidak mendedahkan secara terperinci tindakan yang akan dilakukannya. - AGENSI

Asus lancar gajet hibrid lima dalam satu

Posted:

Asus lancar gajet hibrid lima dalam satu

Asus lancar gajet hibrid lima dalam satu


SEORANG model memegang gajet hibrid Transformer Book V pada pameran Computex di Taipei, Taiwan semalam. - REUTERS


TAIPEI - Firma utama Taiwan, Asus memperkenalkan gajet hibrid dipercayai yang pertama di dunia menggabungkan sebuah komputer riba, tablet dan telefon bimbit semalam

Pelancaran itu dibuat sehari sebelum pameran teknologi terbesar di Asia, Computex membuka tirainya di ibu kota Taiwan di sini.

Ketua Asus, Jonney Shih memperkenalkan gajet tersebut, Transformer Book V di hadapan ratusan peneraju industri, pakar dan petugas media dari seluruh dunia.

"Dalam setiap mod, kami menawarkan pengalaman tanpa kompromi, tanpa mengira sama ada gajet ini digunakan untuk tujuan komunikasi, pengeluaran atau hiburan," kata Shih.

Transformer Book V memiliki lima mod merangkumi sebuah komputer riba dan tablet boleh cabut yang menggunakan kedua-dua perisian Android dan Windows serta berfungsi sebagai telefon pintar Android.

Telefon berukuran 12.7 senti- meter itu berada di dalam tablet tersebut dan menjanjikan kepantasan melebihi empat kali ganda daripada sistem komuni- kasi 3G.

Terdapat satu butang pada gajet itu untuk menukar sistem operasi daripada Android kepada Windows bagi kegunaan komputer riba.

Asus yang dahulunya dikenali sebagai pengilang papan litar kini merupakan pengeluar komputer riba terbesar di dunia.

Namun, harga gajet hibrid itu tidak didedahkan kepada media. - AFP

Biri-biri bergaya dengan jersi skuad bola sepak Piala Dunia

Posted:

Biri-biri bergaya dengan jersi skuad bola sepak Piala Dunia

Biri-biri bergaya dengan jersi skuad bola sepak Piala Dunia


BEBERAPA ekor biri-biri memakai jersi skuad bola sepak Brazil di Nobsa, Colombia kelmarin.- REUTERS


NOBSA, Colombia – Sejumlah biri-biri dipakaikan jersi beberapa pasukan yang akan menyertai Pusingan Akhir Bola Sepak Piala Dunia di Brazil di sini kelmarin.

Biri-biri dipakaikan jersi skuad Jerman, Brazil, Colombia dan Sepanyol.

Haiwan-haiwan tersebut dipakaikan jersi dan seluar pasukan-pasukan tersebut.

Biri-biri itu memakai pakaian itu sempena satu pameran yang diadakan sebelum Pusingan Akhir Bola Sepak Piala Dunia bermula di Brazil pada 12 Jun hingga 13 Julai depan. – Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Mustaqim intai peluang

Posted:

Mustaqim intai peluang

Mustaqim intai peluang

SEKALI pandang, wajahnya seiras pelakon dan model, Azrel Ismail, mungkin kerana senyumannya. Namun, apa yang membezakan Azrel dan Mustaqim adalah ketinggian mereka.

Kata Mustaqim atau nama sebenarnya, Mustaqim Bahadon, 29, wajah Azrel kalau sekali lihat nampak serupa dengannya tetapi pelakon drama rantaian Jodoh 2 itu enggan disamakan dengan sesiapa.

"Azrel sahabat saya dan kami menyokong karier masing-masing. Lebih manis kerana kami dilahirkan daripada program pencarian bakat majalah sama.

"Kami bersaing secara sihat, biar saya lambat menyerlah berbanding dia tapi mungkin sampai masanya nanti kami akan berdiri sebaris semula.

"Secara fizikalnya, Azrel lebih kelihatan seperti jejaka kacukan Latin tapi wajah saya pula keMelayuan. Begitu juga ketinggian saya yang sedikit berbeza berbanding dia," kata anak kelahiran Kangar, Perlis itu.

Lambat mula

Mendukung peranan seorang lelaki metroseksual, Raja Gufran dalam Jodoh 2, Mustaqim antara lainnya pernah membintangi drama Kalau Itu Jodoh Kita, Kasyaf, Rindu Bertamu Di Abu Dhabi, Lara Hati, Menantu Tiga Rasa, selain filem KL Gangster 2.

"Ini kali pertama saya melakonkan watak lelaki metroseksual yang terlalu cenderung menjaga penampilannya.

"Selain perlu sentiasa memakai lip gloss dan merapikan rambut, saya juga harus mengawal tutur kata saya supaya lebih berlapik apabila bercakap," katanya mengenai watak lakonannya dalam Jodoh 2.

Memulakan karier lakonannya selepas tamat program pencarian bakat sebuah majalah terkenal sekitar tahun 2009, kata Mustaqim, belum terlambat untuk dia mengintai peluang lebih cerah walaupun usianya hampir mencecah angka 30 tahun.

MUSTAQIM BAHADOM mengakui dia kini sedang berkawan rapat dengan seorang gadis kelahiran Indonesia.


"Memang saya bermula sedikit lambat kerana sebelum ini fokus saya tertumpu kepada keluarga saya. Saya ada strategi sendiri dalam dunia seni tapi saya tidak harus putus asa untuk terus mencuba.

"Mulanya saya susah mungkin kesudahannya akan manis," ujar lulusan Kejuruteraan Elektrik dan Elektrikal Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Jitra, Kedah itu.

Hantar tong gas

Mustaqim menyasarkan matlamat sendiri untuk berjaya dalam bidang perniagaan produk kesihatan yang sedang diusahakan secara persendirian, namun dia enggan membataskan diri untuk menceburi semua bidang di depan mata.

"Bukan bermakna saya tamak sampaikan mahu kejar semua benda tapi memandangkan langkah sulung saya bermula agak lewat, saya perlukan alternatif lain.

"Secara kecil-kecilan, saya memang meminati bidang perniagaan kerana seawal usia remaja lagi saya diajar untuk berdikari.

"Malah, demi mencari duit lebih ketika saya berusia 19 tahun, saya pernah bekerja sebagai penghantar tong gas dan membaiki telefon bimbit serentak setiap hari di Alor Setar, Kedah.

"Saya juga bekerja sebagai pelayan di sebuah restoran ikan bakar dan menjual kain, bantal dan selipar di pasar malam sampai terlupa untuk menyambung pelajaran," katanya.

Lebih menyedihkan apabila bapanya, Bahadon Hamzah meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam paru-paru ketika Mustaqim sedang menduduki peperiksaan akhir di pusat pengajiannya.

FIGURA sasa ini mendedahkan ada produser lelaki mahu memanipulasi dirinya secara seksual.


Ajak ke ranjang

Berbahagi karier antara lakonan dan peragaan, kata Mustaqim, kedua-dua tuntutan itu tidak mengganggu susun atur jadualnya sehari- hari, sementelah dia kini diuruskan oleh pengurus peribadinya, Aina Liza sejak Disember tahun lalu.

"Tahun ini memasuki tahun keempat saya menjadi duta gedung kain Jakel Untuk mengimbangi karier berlakon dan peragaan rasanya tidak sukar kerana waktu saya fleksibel.

"Sepak terajang dunia peragaan tak sama dengan lakonan. Sesungguhnya dengan ketinggian saya yang cuma 184 sentimeter saya tidak mampu pergi jauh.

"Persaingan antara model lelaki yang jauh lebih tinggi terutama dengan model berwajah kacukan yang bukan calang-calang," katanya yang usai penggambaran iklan komersial Tia Amelia dan terbaharu Nescafe Ipoh White Coffee.

Begitu juga dunia lakonan. Pernah ada tawaran nakal daripada produser kepadanya andai mahu melakonkan peranan besar dalam sesebuah drama.

"Ajakan tidur bersama pernah saya terima tapi saya tolak dengan baik. Lebih mengejutkan kerana ada antaranya adalah produser lelaki.

"Andai itu caranya, lebih baik saya berlakon watak picisan saja. Saya kisah kalau lambat naik kalau perlu saya menggadaikan maruah saya untuk naik cepat," tegasnya yang memulakan langkah seiring pelakon sensasi, Shahz Jaszle suatu ketika dulu.

Cinta dua negara

Anak kelima daripada enam beradik itu mempunyai darah kacukan Cina sebelah ibunya dan akui Mustaqim, dia kini masih belum mempunyai teman wanita yang serius.

"Pernah beberapa kali gagal bercinta sebelum ini tapi bukan itu sebabnya untuk saya tiada teman istimewa. Sekarang saya sedang berkawan rapat dengan seorang gadis dari negara jiran, Indonesia.

"Senang cerita saya sifatkan hubungan ini adalah cinta jarak jauh yang sudah terjalin sejak empat tahun lalu dan kami selesa bersama.

"Dia menyenangkan saya dan tempat untuk saya mengadu kalau ada masalah, insya-Allah, kalau ada jodoh siapa tidak mahu berkahwin?

"Cuma, buat masa sekarang fokus saya adalah bekerja dan mengukuhkan kewangan sebelum memikirkan hal rumah tangga," jelasnya.

Preity pertahankan Alia

Posted:

Preity pertahankan Alia

Preity pertahankan Alia

PREITY ZINTA


BARU-BARU ini, pelakon Alia Bhatt menjadi bahan jenaka oleh peminat setelah menjawab Prithviraj Chauhan sebagai Presiden India apabila ditanya oleh Karan Johar menerusi rancangan bual bicaranya, Koffee With Karan.

Presiden bagi negara India sekarang ialah Pranab Mukherjee yang dilantik untuk menerajui negara tersebut pada 22 Julai 2012.

Walhal, Prithviraj Chauhan merupakan seorang raja Dinasti Gurjar Chauhan yang memerintah kerajaan Ajmer dan Delhi sekitar penghujung abad ke-12 lampau.

Walaupun ahli keluarganya tidak menjadikan ia sebagai satu isu yang besar, namun aktres terkemuka, Preity Zinta naik berang ekoran Alia, 21, secara berterusan diserang kerana jawapannya itu.

"Alia melakonkan watak saya ketika kecil dalam filem Sanghursh. Ketika itu dia baru berusia tujuh tahun dan sangat comel.

"Kini, setelah dia semakin dewasa dan berjaya, ramai pula yang mempermain serta mentertawakannya. Mengapa mereka tidak pernah jemu mengutuk Alia?

"Dia dikutuk kerana merupakan seorang gadis yang cantik dan berjaya. Jika dia hanya seorang individu biasa, pasti perkara ini tidak akan timbul," katanya dengan nada berang.

Tambah Preity, kejayaan Alia adalah berdasarkan hasil usahanya sendiri.

"Dia tidak mencederakan sesiapa pun. Dia bekerja keras untuk berjaya dan apa yang diraihnya adalah berdasarkan hasil titik peluhnya sendiri.

"Adakah dia mencuri daripada ayah kamu? Tidak bukan? Jadi, orang ramai harus berhenti daripada terus mengutuk Alia," katanya lagi.

RM20,000 dilarikan pembantu rumah: Fasha tak serik!

Posted:

RM20,000 dilarikan pembantu rumah: Fasha tak serik!

RM20,000 dilarikan pembantu rumah: Fasha tak serik!


FASHA dan suaminya, Jejai akan terus menggunakan khidmat pembantu rumah, namun mereka akan lebih berhati-hati selepas ini.


BERITA dua pembantu rumah aktres popular, Fasha Sandha dijatuhkan hukuman penjara selama enam bulan oleh Mahkamah Majistret Ampang Jaya, Selangor pada 30 Mei lalu mengejutkan banyak pihak.

Mengikut pertuduhan, dua pembantu rumah warga Indonesia, Nilawati, 39, dan Sri Maniami, 35, didakwa mencuri mata wang rupiah dan wang Ringgit Malaysia berjumlah RM200 milik Rizal Ashram Ramli, 38, yang merupakan suami Fasha di sebuah rumah di Jalan Duta Suria, Ampang Jaya pada 9.45 malam, 12 Mac lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka merayu supaya hukuman diringankan kerana ingin menyambut Ramadan bersama keluarga di kampung.

Fasha yang dihubungi Kosmo! menjelaskan, dia dan suaminya, Rizal atau Jejai telah kerugian sebanyak RM20,000, namun ketika tangkapan selepas tujuh jam mereka melarikan diri dari rumah dilakukan, polis hanya menemui RM200 serta tiga telefon bimbit pada pembantu rumah tersebut.

Meskipun begitu, pelakon yang sedang sarat hamil anak kedua itu tidak serik untuk menggunakan khidmat pembantu rumah lagi selepas ini. Ikuti temu bual Kosmo! bersama Fasha.

Kosmo!: Bagaimana Fasha boleh menyedari kejadian kecurian ini?

FASHA: Kejadian berlaku pada 12 Mac pukul 9.45 malam. Ketika itu saya dan suami bersama anak berada di Perlis. Jiran memberitahu suami, rumah kami ditinggalkan tidak berkunci dan dua pembantu rumah tiada di rumah. Polis hanya jumpa RM200 dan tiga telefon bimbit bersama mereka ketika tangkapan dibuat. Sebenarnya anggaran kerugian berjumlah RM20,000 kerana mereka turut mengambil wang Rupiah dan barang kemas.

Adakah barangan tersebut telah berjaya ditemui semula?

Polis berjaya menahan mereka di rumah kongsi di Kajang. Saya yakin pembantu rumah telah menyerahkan wang tunai dan barang kemas tersebut kepada orang lain.

Apa pun, saya kagum dengan kecekapan polis yang berjaya menahan mereka selepas tujuh jam melarikan diri.

Berapa lamakah pembantu rumah ini bekerja dengan anda?

Seorang telah bekerja selama setahun dan seorang lagi baru sebulan. Setelah mereka melarikan diri, saya diberitahu oleh jiran, mereka telah bercinta dengan buruh lelaki Indonesia tidak jauh dari rumah saya. Mereka sering keluar untuk berjumpa lelaki tersebut.

Adakah kejadian ini pertama kali berlaku?

Ya, ini pertama kali pembantu rumah melarikan diri dari rumah saya.

Selepas kejadian ini adakah anda serik untuk menggunakan khidmat pembantu rumah?

Tidak serik. Saya yakin apa yang terjadi ada hikmah di sebaliknya. Saya bersyukur ketika kejadian, anak saya, Putra Rayfal ada bersama saya.

Kenapakah anda merahsiakan perkara ini daripada pengetahuan media sebelum ini?

Perkara ini berlaku pada bulan Mac tetapi saya tidak pernah berkongsi dan bercerita mengenainya kepada pihak media kerana semuanya masih dalam siasatan pihak polis. Berita ini tersebar di internet kerana ada beberapa pemberita di mahkamah ketika perbicaraan berlangsung.

Apakah nasihat anda kepada orang di luar sana yang menggunakan perkhidmatan pembantu rumah?

Saya kurang pandai menasihati tetapi apa yang boleh saya kongsikan sentiasa berhati-hati dengan pembantu rumah.

Jangan percayakan mereka walaupun telah bekerja lama dengan kita. Adakalanya pembantu rumah menjadi lalai, leka serta lupa diri apabila mereka mula bercinta.

Boleh kongsikan apakah perkembangan terbaharu anda?

Buat masa sekarang saya sedang sibuk dengan penggambaran drama terbitan Pesona Pictures berjudul Selamat Pengantin Madu sebanyak 13 episod untuk TV3. Saya memegang watak wanita hamil bernama Hanna. - HARYATI KARIM

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved