Isnin, 2 Jun 2014

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Wajah Kepayang selepas dua dekad

Posted:

Wajah Kepayang selepas dua dekad

Wajah Kepayang selepas dua dekad

BERHANTU. Itulah antara persepsi awal atau ayat pertama yang terhambur sebaik melihat sederet bangunan lama terbiar menjadi padang kulat sedangkan kenderaan bertali arus di hadapannya dengan jarak kurang tiga meter.

Bagaimanapun, di sebalik pemandangan menakutkan dengan daun liar menjalar di pipi bangunan, terdapat dua buah kedai yang masih menawarkan perkhidmatannya di pekan lama Kampung Kepayang, Ipoh, Perak.

Kedai itu masing-masing menawarkan perkhidmatan membuat batu nisan dan menggunting rambut. Namun, kedai gunting rambut itu lebih awal membuka pintu rezekinya. Seorang pemuda bernama Mooventhan Rathinava, 28, menjalankan rutin hariannya dengan mengelap cermin kedai.

Dihimpit bangunan yang menunggu masa hendak runtuh di kiri dan kanan, terdetik di fikiran penulis, bagaimanakah kedai itu mampu bertahan dan siapakah yang ingin menggunting rambut di tempat sedemikian?

Sekitar pukul 10.30 pagi, dua lelaki memberhentikan motosikal mereka di hadapan kedai tersebut. Mooventhan menyambut mesra kedatangan mereka dan salah seorang diajak untuk duduk di kerusi gunting rambut.

Tanpa perlu memberitahu jenis potongan yang diingini, pemuda India itu terus mengambil penyembur air dan membasahkan rambut Muhd. Syamil Mohd. Noor Azman, 18.

Sisi kepala remaja itu dinipiskan dan bahagian atas rambutnya dikemaskan. Selepas siap memotong sekitar 15 minit, dia kemudian menyapukan krim mencukur di dagu dan pipi. Dengan teliti pisau cukur dileretkan membuang buih dan jambang yang tumbuh merata. Siap melayan Muhd. Syamil, kini giliran abangnya, Muhd. Faris, 20, mengambil tempat duduk.

"Saya menjadi pelanggan di kedai ini sejak darjah satu dan kawasan ini merupakan tempat persinggahan saya sebelum pulang ke rumah di Taman Seri Raia. Dahulu, saya bersekolah di belakang bangunan ini, Sekolah Kebangsaan Sungai Raya dan ketika itu terdapat beberapa buah kedai lain seperti kedai runcit yang menjual keropok dan alat permainan kanak-kanak.

"Ayah yang merupakan pelanggan tetap di kedai ini sering membawa saya menggunting rambut di sini," jelasnya yang sedang menunggu panggilan Program Latihan Khidmat Negara.

Tambahnya, tukang gunting rambut di kedai itu juga memahami gaya-gaya rambut yang dibenarkan oleh guru di sekolahnya.

Menurut pemiliknya, R. Gnasergaran, 63, kedainya tidak pernah putus pelanggan sejak dibuka iaitu pada era tahun 1950-an. Kini Mooventhan menjadi pembantunya untuk meneruskan perniagaan tersebut. Kedai itu dibuka setiap hari dari pukul 9 pagi hingga 11 malam.


DERETAN kedai di pekan lama Kampung Kepayang telah wujud sebelum negara mencapai kemerdekaan.


Suram

Ujarnya, walaupun kawasan di situ suram dengan warna cat bangunan yang melepuh dan turut dikenali sebagai pekan hantu, kedainya masih mendapat sambutan dengan jumlah pendapatan sekitar RM100 sehari.

Meninjau keadaan sekeliling pekan, Gnasergaran berkata, kawasan tersebut dahulunya merupakan salah sebuah pekan yang sibuk dengan aktiviti perniagaan.

Ia telah dibangunkan sebelum merdeka berikutan lokasinya yang terletak di jalan utama dan menjadi penghubung laluan bagi perjalanan dari utara ke selatan di sepanjang pantai barat Semenanjung.

Keadaan aliran lalu lintas yang kurang sesak pada ketika itu menyebabkan pekan tersebut menjadi lokasi persinggahan utama pengguna jalan raya selain memudahkan urusan seharian penduduk sekitar.

Bagaimanapun, wajah pekan itu berubah selepas pembangunan giat dijalankan sekitar tahun 1990-an. Seorang demi seorang pemilik kedai mula berhijrah ke bandar untuk mencari peluang perniagaan yang lebih baik.

Tetapi, kedai tersebut tidak disewakan kepada sesiapa kerana khabar angin yang mengatakan pihak bertanggungjawab ingin menjadikan kawasan tersebut lebuh raya dengan memberi pampasan.

Namun, apa yang berlaku ialah deretan kedai tersebut terbiar 'berulat' selama bertahun-tahun. Khabar angin mengatakan tinggalan kedai tersebut menjadi kegiatan pengamal ilmu hitam dan cerita hantu mula menular.

Menjelang raya

"Dahulu sederet dengan kedai ini ada kedai lain. Sebuah kedai motor, dua kedai dobi, empat kedai kopi dan kedai runcit. Di sini juga mempunyai sebuah pam minyak Shell yang dimiliki oleh lelaki bernama Nik Boya.


ANTARA peralatan yang digunakan di kedai gunting rambut ini.


"Selepas pembangunan mula dijalankan di bandar, peniaga mula berhijrah ke bandar dan kedai mereka terbiar kerana kehidupan di ibu kota lebih selesa," jelasnya yang meneruskan perniagaan ayahnya.

Melangkah ke tahun 2000, hanya tiga buah kedai yang masih bertahan. Bagaimanapun, keadaan bak 'hidup segan mati tak mahu" itu diburukkan lagi dengan kegiatan samun yang membuatkan peniaga berasa takut.

Gnasergaran berkata, kedai runcit yang menjual rokok sering menjadi sasaran, malah pintu rumahnya berhadapan kedai pernah diumpil.

Mengulas tentang survival kedai tersebut, anak kelahiran Kedah itu berkata, dia akan meminta anak-anaknya meneruskan perniagaan berkenaan, walaupun mengetahui masing-masing telah mempunyai pekerjaan tetap.

Ujarnya, hasil kedai tersebut boleh dijadikan 'duit poket' mereka tanpa perlu mengeluarkan kos yang banyak. Jika terpaksa, dia akan mencadangkan supaya mengupah orang lain menguruskan kedai tersebut.

"Tetapi untuk memastikan perniagaan ini terus mendapat sambutan, mereka mestilah ikhlas melayan setiap pelanggan," katanya sambil menambah dia pernah menerima pelanggan sehingga tengah malam apabila menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Kini, bagi membekalkan keperluan kepada penduduk di kawasan berkenaan dan berhampiran, pihak berkuasa telah membangunkan rumah kedai baharu di kawasan bandar raya Ipoh, kira-kira lima kilometer dari pekan lama tersebut. Dalam pada itu, wajah pekan ini di kala senja pasti menakutkan mereka yang lemah semangat. Isi perut bangunan terburai dengan bangkai barang-barang lama dan akar daun yang membelit dinding membangkitkan suasana yang menyeramkan.

Bagaimanapun, tatkala matahari berdiri tegak di atas kepala, pekan terbiar itu melahirkan pemandangan sebaliknya dan disifatkan memiliki nilai artistik oleh pengunjung yang bertandang.

Mooventhan memberitahu, ramai pasangan raja sehari singgah di situ semata-mata ingin merakam gambar kenangan di bangunan lapuk.

"Bangunan-bangunan lama yang dianggap menyeramkam pada waktu malam ini bertukar menjadi indah pada siang hari dan dijadikan latar belakang penuh nostalgia dalam potret perkahwinan mereka.

"Apabila ditanya, rata-rata memberitahu wajah pekan lama ini sangat menarik seakan-akan membawa mereka ke suatu tempat yang lain, jauh dari bandar raya," jelasnya sambil menunjukkan gerbang berkulat yang sering menjadi sandaran pasangan bahagia.

Tambahnya, selain pengantin baharu, terdapat juga pengguna jalan raya dari kawasan sekitar dan pelancong dari luar negara yang turut berhenti semata-mata ingin membawa balik kenangan di pekan Kampung Kepayang.

Bertanya mengenai tanggapan segelintir pihak yang mengatakan pekan tersebut terbiar kerana pernah menjadi tempat penapakan pengamal ilmu hitam, Mooventhan hanya menggelengkan kepalanya.

Ujarnya, selain mengambil upah bulanan di kedai gunting itu, dia juga menetap di bahagian atas kedai selama empat tahun.

"Sepanjang saya tinggal di sini, saya tidak pernah mengalami pengalaman menakutkan seperti ternampak atau diganggu benda-benda halus," jelasnya sambil ketawa sinis.

Ubah pangsapuri kepada restoran

Posted:

Ubah pangsapuri kepada restoran

Ubah pangsapuri kepada restoran


COOKAPP membolehkan individu bertemu rakan baharu dan menikmati hidangan enak disediakan di kediaman cef-cef yang mengambil bahagian.


SETIAP malam Ahad, Giuseppe Marrone akan mengajar sekumpulan orang yang tidak dikenali cara membuat gnocchi yang sempurna sambil menghirup koktel di sebuah pangsapuri di New York.

Bekas pengurus restoran The Ritz yang berusia 29 tahun itu telah membuka restoran di rumahnya khusus untuk pencinta makanan yang mengimpikan pengalaman majlis makan malam di New York.

Matlamat utama Marrone bersama rakannya, Chiara Mortaroli, 28, ialah untuk membuka sebuah restoran dan memperkenalkan keenakan hidangan makanan Itali kepada umum.

Di sebuah bandar raya yang kaya dengan restoran hebat dan hanya segelintir individu yang mampu memiliki pangsapuri besar, makan di rumah adalah suatu yang luar biasa sehingga ada pihak yang sanggup mengeluarkan wang untuk dijemput menikmatinya.

Kawan baharu

Trend ini diperkenalkan menerusi laman CookApp yang bermula di Argentina dan berkembang ke New York sejak tiga bulan lalu, membenarkan cef-cef restoran mengubah kediaman mereka kepada sebuah restoran.


PELANGGAN boleh membuat pilihan menu mengikut cita rasa mereka melalui laman CookApp.


Mortaroli yang bekerja di sebuah galeri seni di kejiranan Chelsea telah menemui CookApp di laman sosial Facebook. Dia merasakan aplikasi tersebut merupakan satu cara yang baik untuk menggabungkan minatnya dalam bidang masakan dan bertemu orang baharu.

"Ini adalah majlis makan malam kali kedua yang kami anjurkan. Saya pernah menyertai acara serupa sebagai tetamu sebanyak dua kali sebelum ini.

"Pada mulanya, kami hanya membuat majlis makan malam bersama rakan-rakan dalam satu kumpulan yang besar dengan masing-masing membuat sumbangan wang.

"Lama-kelamaan, mereka membuat permintaan untuk membawa rakan mereka bersama," kata Mortaroli sambil sibuk menyiapkan hidangan tart lemon.

Menurut Marrone, beliau gemar bertemu rakan baharu, terutamanya yang mempunyai budaya berbeza, dan menggesa Mortaroli memulakan usaha tersebut bersama.

Personaliti yang mesra dan bersahaja kedua-dua rakan itu menarik hati lapan orang tetamu yang turut diajak menyediakan hidangan gnocci bersama mereka.

Sekiranya tiada internet, minat dalam hidangan Itali dan bertemu rakan baharu, kumpulan tetamu yang terdiri daripada golongan profesional muda itu pasti tidak akan bertemu.

Berhimpun mengelilingi sebuah meja di ruang tamu, setiap tetamu diberi resipi hidangan gnocci dan tart lemon dalam bentuk gulungan kertas diikat reben.


MARRONE (kiri) mengajar cara-cara membuat gnocchi kepada individu yang tidak dikenali di rumahnya.


Suasana intim

Majlis makan malam bermula dengan hidangan salad makanan laut, bruschetta dan pastri ikan salmon sebelum sajian gnocchi and ragu.

"Saya sangat sukakannya. Saya menganggap acara ini sesuatu yang sangat menyeronokkan," ujar Lauren Ruotolo, seorang eksekutif di sebuah syarikat penyiaran.

Menetap di Gramercy Park, dia tertunggu-tunggu peluang untuk melakukan suatu kelainan di New York, di samping mempelajari kuisin Itali.

Dalam pada itu, Jeni Kreiger, 34, seorang pemandu pelancong yang mempunyai pengalaman makan malam di beberapa restoran terbaik di New York memaklumkan bahawa dia lebih gemarkan suasana intim yang disediakan di apartmen tersebut.

Beliau mengakui sudah pandai membuat gnocchi di rumah dan kemahiran itu tidak boleh dimiliki jika datang makan malam di restoran.

Sementara itu, menurut pengasas bersama CookApp, Pedro Rivas, laman tersebut diperkenalkan di New York pada Februari lalu susulan kejayaan di Buenos Aires, Argentina.

Sehingga kini 57 acara makan malam telah dianjurkan di New York.

"Bandar raya yang mempunyai kepadatan penduduk sebanyak lapan juta orang ini merupakan pasaran yang menarik dengan kekayaan budaya dan warisan kulinari serta obses penduduknya terhadap perkara-perkara baharu," katanya.

Rival menambah, kebanyakan pelanggan Cookapp terdiri daripada golongan wanita yang berumur antara 25 hingga 45 tahun. Ini mungkin disebabkan wanita lebih dekat dengan budaya makanan.

Kebanyakan daripada mereka menyertai CookApp melalui Facebook. Cef-cef yang berminat perlu mendapatkan kebenaran CookApp sebelum menganjurkan majlis makan malam pertama mereka.

"Tiga faktor pemilihan ialah tahap kebersihan dan keselamatan lokasi, kemahiran memasak dan sikap mesra cef tersebut," ujar beliau. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Yayasan Bakti Nusa bantu klinik bergerak

Posted:

Yayasan Bakti Nusa bantu klinik bergerak

Yayasan Bakti Nusa bantu klinik bergerak


TEE KIAT (dua dari kiri) dengan rombongannya bergambar bersama Satem (empat dari kanan) dan Mohamad Morshidi (tiga dari kanan) selepas kunjungan hormat di Wisma Bapa Malaysia, Kuching, Sarawak baru-baru ini.


KUNJUNGAN HORMAT. Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem menerima kunjungan hormat Pengasas merangkap Penasihat Eksekutif Yayasan Bakti Nusa Malaysia, Datuk Seri Ong Tee Kiat bersama rombongan di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia, Kuching baru-baru ini.

Tee Kiat yang juga bekas Presiden MCA berkata, selain bertemu untuk mengucapkan tahniah kepada Adenan yang diangkat sebagai Ketua Menteri baharu pada Mac lalu, beliau juga ingin mendapat restunya bagi Yayasan Bakti Nusa membuka sebuah klinik bergerak di Sarawak.

"Klinik bergerak tersebut sudah mula beroperasi di Sarawak dan ia diaplikasikan menerusi kaedah perubatan tradisional Cina.

"Ia diuruskan oleh anak negeri Sarawak dan kami hanya membantu serta memantau," katanya.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani dan ahli rombongan dari Yayasan Bakti Nusa Malaysia iaitu Lim Chew Meng, Hong Chee Meng dan Kho Swee Aik.

123 guru SMK Tengku Ampuan Rahimah diraikan

Posted:

123 guru SMK Tengku Ampuan Rahimah diraikan

123 guru SMK Tengku Ampuan Rahimah diraikan


SERAMAI 123 guru SMK Tengku Ampuan Rahimah, Pelabuhan Klang, Klang, Selangor diraikan dalam sambutan Hari Guru di sekolah itu baru-baru ini.


PENGHARGAAN. Seramai 123 guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Ampuan Rahimah, Pelabuhan Klang, Klang, Selangor diraikan dalam sambutan Hari Guru baru-baru ini.

Ketua Pengawas SMK Tengku Ampuan Rahimah, Benjemin Soe Zxepin berkata, sambutan Hari Guru peringkat sekolah tersebut tahun ini dikendalikan sepenuhnya oleh para pelajar tanpa pembabitan guru.

"Acara sambutan Hari Guru sekolah ini dimulakan dengan sarapan, perarakan guru-guru bersama iringan bunga manggar dan beberapa acara lain seperti sukaneka serta penyampaian anugerah khas guru.

"Kesemua 1,959 pelajar sekolah ini masing-masing menyumbang RM2 untuk menjayakan program ini bagi menghargai jasa serta pengorbanan guru selama ini," katanya.

Pegawai UniSZA berkampung di Pulau Redang sertai kem

Posted:

Pegawai UniSZA berkampung di Pulau Redang sertai kem

Pegawai UniSZA berkampung di Pulau Redang sertai kem


PARA pegawai kehormat majlis badan-badan beruniform UniSZA, Terengganu bergambar kenangan semasa Kem Waja Diri di Redang Mutiara Beach Resort, Pulau Redang, Terengganu baru-baru ini.


JALINAN ERAT. Seramai 25 pegawai kehormat majlis badan-badan beruniform Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu menyertai Kem Waja Diri siri pertama yang diadakan di Redang Mutiara Beach Resort, Pulau Redang, Terengganu baru-baru ini.

Kem yang diadakan selama tiga hari bermula 24 April lalu itu telah dianjurkan oleh Pusat Pembangunan Holistik Pelajar (PPHP), UniSZA.

Tujuan kem tersebut adalah untuk merapatkan lagi hubungan anggota badan beruniform dengan ahli-ahli yang baru dilantik.

Selain itu, sepanjang program berkenaan berlangsung, para peserta dapat mempraktikkan segala tunjuk ajar serta latihan yang diberikan semasa mereka berada di universiti.

Pelbagai aktiviti menarik dijalankan termasuk sesi suai kenal, jejak kawasan, selam skuba, mempelajari cara memasak sebagai seorang pengembara, latihan kawad kaki, senaman pagi dan cara memasang khemah.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Coklat Cadbury sah tiada DNA babi

Posted:

Coklat Cadbury sah tiada DNA babi

Coklat Cadbury sah tiada DNA babi

Oleh NURUL ANUAR KARI
berita@kosmo.com.my

JAMIL KHIR (tengah) bersama Othman (kiri) dan Mohd. Roslan pada sidang akhbar mengenai hasil ujian Jabatan Kimia terhadap coklat Cadbury di Bangi semalam.


BANGI – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengumumkan kesemua sampel coklat yang diambil dari kilang coklat Cadbury Confectionary (M) Sdn. Bhd., minggu lalu bebas daripada sebarang asid deoksiribonukleik (DNA) babi (porcine).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, sebanyak 11 sampel yang diuji Jabatan Kimia itu meliputi bahan mentah dan produk akhir termasuk dua jenis coklat susu Cadbury yang dikatakan dicemari DNA babi sebelum ini.

"Sampel coklat susu dengan kacang hazel (Cadbury Dairy Milk Hazelnut) dan coklat susu dengan buah badam (Cadbury Dairy Milk Roast Almond) yang kita uji datang dari kelompok sama dengan yang diuji oleh Kementerian Kesihatan sebelum ini.

"Perbezaan keputusan ujian ini mungkin disebabkan makmal mereka tiada akreditasi untuk memeriksa DNA babi ataupun berlaku pencemaran ketika pengangkutan dan penyimpanan produk tersebut dalam pasaran," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Ketua balai polis terima balasan

Posted:

Ketua balai polis terima balasan

Ketua balai polis terima balasan

Oleh ADHAM SHADAN
adham.shadan@kosmo.com.my


SEORANG anggota polis membawa Mahmad selepas dia didapati bersalah atas pertuduhan merogol oleh Mahkamah Sesyen, Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU – Tindakan keji seorang bekas ketua balai polis yang tergamak merogol seorang gadis berusia 14 tahun di pejabatnya lima tahun lalu berbalas apabila dia dijatuhi hukuman penjara selama 15 tahun dan lapan sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Hakim Mohd. Yusoff Yunus menjatuhkan hukuman tersebut ke atas tertuduh yang berpangkat Sarjan Mejar, Mahmad Bidin, 57, setelah mendapati dia bersalah atas pertuduhan berkenaan.

"Setelah meneliti keterangan-keterangan, mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes tanpa keraguan munasabah sementara pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.

"Oleh sebab itu, tertuduh disabitkan dengan kesalahan," kata Mohd. Yusoff dalam penghakimannya sebelum menjatuhkan hukuman berkenaan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Budak 7 tahun nekad terjun kenderaan dilarikan penjenayah

Posted:

Budak 7 tahun nekad terjun kenderaan dilarikan penjenayah

Budak 7 tahun nekad terjun kenderaan dilarikan penjenayah

AMPANG – Seorang kanak-kanak perempuan nekad terjun dari sebuah pacuan empat roda millik ayahnya yang dilarikan penjenayah dalam kejadian samun di Jalan AU3/1, Taman Keramat di sini semalam

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang itu, kanak-kanak berusia tujuh tahun itu ditemui orang awam dalam keadaan trauma dengan luka di beberapa bahagian badan kira-kira 700 meter dari tempat pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton milik bapanya dilarikan seorang lelaki.

Difahamkan, sebelum kejadian, bapa kanak-kanak tersebut, Mohd. Shafrol Rizal Nusi, 40, dikatakan meninggalkan mangsa di dalam pacuan empat roda itu bersendirian dengan enjinnya masih hidup.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Rasa autentik Melayu Pangkin

Posted:

Rasa autentik Melayu Pangkin

Rasa autentik Melayu Pangkin

Oleh ALIF ABU BAKAR
alif.abubakar@kosmo.com.my

PEMILIK Pangkin Cafe, Zaylan (kiri) dan Ishak menekankan servis layanan kelas pertama kepada setiap pengunjung.


MENCARI restoran dengan sajian Melayu asli di ibu kota hari ini agak susah. Kalau adapun, harganya mahal tetapi rasanya ala kadar. Justeru, ramai hilang kepercayaan terhadap 'janji' pengusaha kedai makan yang beria-ia mempromosikan lauk-pauk Melayu.

Tidak hairanlah masyarakat bandar sekarang lebih gemar memilih makanan orang Siam seperti tom yam yang bersepah di warung-warung tepi jalan.

Begitupun, masih wujud restoran berkonsep sajian Melayu autentik di lubuk kesibukan Lembah Klang. Pangkin Cafe (Pangkin) antaranya, destinasi terbaharu buat pencinta masakan Melayu asli yang tidak menghampakan.

Ditampilkan dalam dekorasi minimum berserta ruang makan yang luas, Pangkin berjaya menambat selera pelbagai lapisan kaum dalam tempoh tiga bulan operasinya di deretan perkedaian komersial Jalan Radin Bagus, Sri Petaling, Kuala Lumpur.


SETIAP sajian di Pangkin mengetengahkan konsep makanan orang Malaysia.


Pecahan menu klasik berupa nasi kerabu ayam percik, mi kari pangkin dan nasi dagang ulik mayang menjadi tarikan berulang dalam kalangan pengunjungnya.

Konsep 'selera orang kita' yang diketengahkan turut membolehkan orang ramai menikmati keenakan pembuka selera seperti paduan roti jala dan kari ayam, keropok lekor Kelantan, cucur udang dan pulut kelapa ikan masin.

Sebagai penyempurna sesi makan-makan anda di Pangkin, variasi pencuci mulut yang terdiri daripada cendol, ais batu campur, pulut mangga dan sago durian dijamin memberi kepuasan penuh kepada pengalaman gastronomi peribadi anda.


DEKORASI minimum memberikan kelapangan ruang buat pengunjung.


Dibuka setiap hari Isnin hingga Sabtu bermula pukul 11 pagi hingga 9 malam, Pangkin bagaimanapun tidak menyediakan nasi campur. Namun mereka yang datang pada waktu siang akan disajikan bersama empat pilihan set makan tengah hari.

Set berharga RM10.90++ itu didatangkan dalam seleksi nasi putih dan ikan pari bakar bersama air asam, ikan kembung masak lemak cili padi rebung, masak lemak cili padi daging salai, tom yam makanan laut atau asam pedas ikan pari.

Utama kualiti

Demi mengekalkan kualiti rasa setiap juadah mereka, Pangkin menggunakan tukang masak yang juga berbangsa Melayu. Para pekerja mereka pula orang tempatan agar perkhidmatan yang ditawarkan berjalan lebih lancar.


SET makan tengah hari di Pangkin dibahagikan kepada empat pilihan.


Pemilik bersama Pangkin, Muhamad Ishak Said dan Zaylan Abdul Manaf kemudiannya bertindak sebagai pelayan yang mengambil dan menghantar pesanan ke setiap meja pelanggan.

"Sekarang banyak restoran yang tidak menjaga servis layanan mereka. Ramai pengusaha kurang menekankan aspek komunikasi dan hubungan dua hala antara pemilik kedai dan pelanggan.

"Dengan cara ini, kami dapat menerima pandangan, komen, pujian atau teguran secara langsung bagi memudahkan penambahbaikan dilakukan," kongsi Ishak yang merupakan bekas pramugara Etihad Airways bersama-sama Zaylan.

Berkenaan kuantiti setiap hidangan, ujar Zaylan, Pangkin cuba mengimbangi nilai kuantiti dan kualiti makanan mereka. Namun sejujurnya, mereka memberatkan ciri kuantiti kerana pada akhirnya, rasa makanan itu yang bakal dinilai secara keseluruhan.

Mampu memuatkan 60 orang dalam satu-satu masa untuk ruang dalam dan luar, setiap sajian utama Pangkin dijual pada harga RM10 ke bawah manakala menu lain ditetapkan pada harga bermula RM6.90 sehingga RM10.

Cat eksklusif terbaharu Jotun

Posted:

Cat eksklusif terbaharu Jotun

Cat eksklusif terbaharu Jotun


DARI kiri: Vincent, Kristine dan Lee Siong di pelancaran Jotun Majestic True Beauty di Kuala Lumpur baru-baru ini.


KEDIAMAN merupakan lokasi yang amat penting bagi setiap insan. Kehidupan seharian yang sibuk terhenti seketika apabila berehat di kediaman masing-masing.

Menyedari keadaan itu, Jotun Malaysia (Jotun) memperkenalkan rangkaian cat baharu iaitu Jotun Majestic True Beauty.

Diadun dengan kemasan warna yang lebih menonjol membuatkan sentuhan warna cat pada dinding kediaman mampu mengubah mood penghuninya sepanjang berada di rumah.

Terdiri dalam dua varian iaitu matte dan sheen, ia memakan tempoh selama dua tahun untuk pasukan penyelidik Jotun memperkenalkan cat baharu tersebut.

Pengarah Asia Tenggara dan Pasifik Jotun, Kristine Anvil Leach dalam pembentangannya berkata, Majestic True Beauty merupakan produk premium dengan formula unik daripada bahan berkualiti untuk memastikan warna yang berkekalan.

"Apabila berbicara mengenai kediaman, ia melibatkan dua perkara iaitu hiasan dalaman dan luaran. Selain perabot, warna dinding juga memainkan peranan yang amat penting.

"Pemilihan cat yang tepat harus dititikberatkan para pengguna untuk memastikan cat tahan lama dan tidak luntur disebabkan cuaca persekitaran atau perbuatan menconteng," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Jotun Majestic True Beauty di Kuala Lumpur baru-baru ini.


CAT terbaharu Jotun menjadikan ruang dalam rumah lebih luas.


Turut hadir, Pengurus Bahagian Jualan & Pemasaran (Cat Hiasan) Jotun Malaysia, Chen Lee Siong dan Pengurus Besar Jotun Malaysia, Vincent Tan.

Mengulas lanjut, Kristine berkata, pengalaman Jotun sebagai pelopor kepada pembuatan cat selama 90 tahun membuatkan syarikat itu melakukan pelbagai kajian dan pembangunan demi menghasilkan produk berkualiti.

"Majestic True Beauty dicipta dengan rangkaian partikel halus tetapi kukuh. Mahupun diconteng, sesuatu tertumpah pada dinding dan kesan gincu mampu dicuci dengan mudah.

"Apa yang penting, ia sedikitpun tidak melunturkan warna dan permukaan dinding seperti baru dicat walaupun selepas dilap beberapa kali.

Sementara itu, Lee Siong berkata, rangkaian Majestic True Beauty mengekalkan Teknologi True Color eksklusif selain mesra alam.

"Rangkaian cat eksklusif ini tidak mempunyai campuran seperti formaldehid dan logam berat. Ia juga tidak menghasilkan bau yang kurang enak," katanya.

Lee Siong berkata, Majestic True Beauty boleh didapati di seluruh 600 outlet Jotun di seluruh negara.

Dalam perkembangan lain, Vincent Tan berkata, pihaknya membelanjakan kira-kira RM100 juta untuk membina kilang baharu di Nilai, Negeri Sembilan dan dijangka beroperasi pada tahun depan. – AHMAD ISYAFIQ MAD. DESA

Luahan emosi jadi tema karya

Posted:

Luahan emosi jadi tema karya

Luahan emosi jadi tema karya

Oleh KASANABILAH KAMARUL ZAMAN

FADILAH bergambar bersama lukisan Man and His Guilt.




DECENA bersama karyanya, Ode to the Fragile.


HOM ART TRANS melakar satu sejarah dengan menganjurkan pameran seni lukisan yang melibatkan kerjasama pelukis dari Malaysia dan Filipina.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Stailo

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Stailo


Rejim penjagaan kulit Herskin

Posted:

Rejim penjagaan kulit Herskin

Rejim penjagaan kulit Herskin

Oleh ALIF ABU BAKAR
alif.abubakar@kosmo.com.my

AMALAN turun-temurun dan petua orang lama menjadi panduan Hani Elia Rousli, 29, dalam menjaga kecantikan dan kesihatan kulit wajah. Keberkesanan madu sebagai penawar masalah kulit diakui Hani Elia yang dahulu sering membekukan hasil lebah itu bersama perahan lemon untuk digunakan kemudiannya.

Menginjak dewasa, pengasas label fesyen Muslimah tempatan, Al-Humaira Contemporary (Al-Humaira) itu masih meneruskan tradisi klasik tersebut.

Begitupun, kesukaran mendapatkan produk penjagaan kulit yang menggunakan bahan semula jadi seperti madu sebagai kandungan utama mengecewakan Hani Elia.

Lantas, dia mengambil keputusan mewujudkan jenama produk penjagaan kulit sendiri. Selepas enam bulan melalui proses penyelidikan dan pembangunan, terciptalah Herskin iaitu set penjagaan kulit berasaskan kandungan semula jadi tanpa bahan kimia berbahaya.

"Terlalu banyak lambakan produk dan kosmetik di pasaran tetapi tidak ada satu pun menepati keinginan saya. Tujuan Herskin dibangunkan adalah untuk mereka yang mahukan produk yang relevan digunakan untuk tempoh panjang," jelas Hani Elia ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Mula dipasarkan pada penghujung Mei lalu, Herskin terdiri daripada empat produk penjagaan asas kulit iaitu pencuci muka, penyegar, krim siang dan krim malam. Ia diformulasi dari Switzerland dan disesuaikan mengikut kulit masyarakat Asia.

Sebagai set penjagaan kulit yang menerapkan konsep Flawless Skin Total Repair, Herskin cuba mendokong falsafah kecantikan dari sudut berbeza. Bukan fungsi pemutihan atau pencerahan dikejar jenama itu, sebaliknya ia cuba menekankan kepentingan kulit sihat berseri.

Digunakan bagi mengatasi masalah kulit, Herskin sesuai digunakan untuk semua jenis kulit tanpa mengira warna. Seperti yang dijelaskan Hani Elia, apalah maknanya kalau kulit putih dan cerah tetapi tidak sihat.

SET penjagaan kulit Herskin terdiri daripada sabun pencuci muka, penyegar, krim siang dan krim malam.


Ukuran kecantikan seharusnya dinilai berdasarkan kesihatan kulit dan bukan berasaskan kecerahan warna kulit seseorang. Stereotaip sebegini perlu dihentikan agar lebih ramai wanita dapat menghargai tona kulit sendiri dan menumpukan kepada cara mendapatkan kulit sihat berseri.

Kombinasi bahan

Seperti produk penjagaan kulit yang lain, Herskin juga diperakui selamat dan diluluskan Kementerian Kesihatan Malaysia. Namun keistimewaan jenama ini terletak pada kombinasi bahan semula jadinya yang terbukti efektif bagi merawat, menyihat dan mencantikkan kulit.

Madu mendahului senarai kandungan yang berfungsi untuk mengatasi masalah kulit. Kuasa minyak argan dalam dunia kecantikan juga bukan lagi rahsia, justeru ia dijadikan sebagai bahan utama dalam majoriti produk Herskin.

Minyak jojoba, ekstrak timun dan tumbuhan alpine dari Switzerland turut mengisi label kandungan jenama ini sekali gus membentuk 95 peratus ekstrak tumbuh-tumbuhan secara keseluruhan.

Disifatkan sebagai produk tanpa ekstrak haiwan, Herskin bagaimanapun tetap memilih kolagen ikan kod sebagai salah satu ramuan untuk produknya.

Menyentuh aspek pensijilan halal, Pengarah Urusan Herskin, Humaidi Fadzil, 32, meyakini produk mereka sebagai selamat dan sesuai digunakan semua pengguna termasuk orang Islam berikutan majoriti bahan semula jadi.

"Kebanyakan produk kecantikan yang memerlukan sijil halal adalah dalam bentuk suplemen yang perlu diminum atau dimakan. Kosmetik kurang diberi penekanan khususnya yang menggunakan tumbuh-tumbuhan.

"Kalau kelak sijil halal itu diperlukan, kami pasti membuat permohonan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia," ujar Humaidi yang juga suami kepada Hani Elia.

Sebelum dilancarkan, Herskin telah melalui proses percubaan dan menerima testimoni positif dari pengguna. Hani Elia sendiri telah mencuba produknya untuk tempoh lima bulan dan hasilnya amat memuaskan hati.


HERSKIN mengandungi ramuan semula jadi tanpa bahan kimia berbahaya.


Sepanjang menggunakan set penjagaan kulit itu, Hani Elia mendapati masalah bintik gelap dan liang pori terbuka dapat diatasi dengan efektif. Jerawat yang baharu hendak tumbuh juga dapat dikecutkan sebelum ia sempat mencacatkan seri wajah.

Paling menarik ialah hasil yang diperoleh seorang pengguna yang mempunyai masalah resdung. Walaupun hidungnya gatal teruk selepas menggunakan set produk itu dalam tempoh tiga hari, masalah kegatalan akibat resdungnya banyak berkurang selepas dua minggu.

Kesannya, masalah jerawat dan kulit berminyak yang disebabkan kegatalan dapat diatasi.

Rejim peribadi

Selain menggunakan produk yang disasarkan kepada individu yang benar-benar menghargai penggunaan bahan semula jadi itu, Hani Elia juga mempunyai rejim peribadi untuk dikongsikan.

Amalan minum air kosong secukupnya mungkin agak klise tetapi itulah yang banyak membantu kesihatan kulitnya. Kebiasaan meneguk segelas air kosong sejurus bangun tidur juga membantu melancarkan sistem pencernaan pada waktu pagi.

Tambah Hani Elia, penggunaan pelembap dan krim pelindung matahari bersama nilai perlindungan yang secukupnya sangat penting bagi memelihara kesihatan kulit.

"Sebelum membeli krim pelindung matahari, periksa dahulu nilai perlindungannya. Kebiasaannya ia ditetapkan pada nilai SPF15++ atau SPF30++. Memandangkan negara kita beriklim tropika, krim pelindung dengan SPF30++ adalah paling sesuai," saran Hani Elia.

Herskin dijual pada harga RM220 (Semenanjung Malaysia) dan RM230 (Sabah dan Sarawak) untuk satu set lengkap. Sebagai satu bentuk pendidikan kepada masyarakat agar menggunakan set lengkap sesuatu jenama, produk Herskin tidak dijual berasingan.

Busana lima budaya Sarawak

Posted:

Busana lima budaya Sarawak

Busana lima budaya Sarawak


PERGERAKAN tarian etnik Sarawak menggambarkan aktiviti harian mereka.


SIULAN persis burung kenyalang membuka tirai persembahan Kumpulan Tari Kampung Budaya Sarawak dari Sarawak dengan lenggok seakan-akan burung yang sedang terbang.

Perhiasan wanita seperti sugu tinggi, bidang berhias duit syiling, selampai dan marek empang yang diperbuat daripada manik menghasilkan alunan bunyi mengikut hayunan kaki dan tangan penari.

Penari lelaki yang memakai cawat dengan tenunan mewah, tali pinggang lampit sambil membawa sebatang sumpit mengatur langkah gagah bak pahlawan Bumi Kenyalang.

Bertempat di Restoran Zende, Hotel Seri Pacific di Kuala Lumpur, Kumpulan Tari Kampung Budaya Sarawak mempersembahkan siri tarian lima suku di Sarawak.

Pegawai Perkhidmatan Pelanggan Kampung Budaya Sarawak, Wynner Samud berkata, tarian yang dipersembahkan melibatkan suku Iban, Orang Ulu, Melanau, Bidayuh dan kaum Melayu Sarawak.

Wynner memberitahu, walaupun setiap suku mempunyai tarikan busana yang berbeza, namun mereka mempunyai kesamaan dari sudut hiasan dan jahitan.

Katanya, suatu ketika dahulu perhiasan seperti manik, tenunan dan perak merupakan perlambangan status dalam kalangan masyarakat.

"Semakin banyak tenunan dan perhiasan manik yang digayakan, maka semakin tinggi status individu tersebut. Mereka biasanya terdiri daripada golongan pahlawan, ketua suku ataupun orang yang kaya-raya.


PERHIASAN kepala yang diperbuat daripada bulu brung helang atau kenyalang hanya dipakai oleh golongan pahlawan atau ketua.


"Pada masa dahulu kebanyakan busana diperbuat daripada kulit kayu. Demi mengukuhkan jahitan, benang daripada daun pandan liar digunakan," katanya ketika ditemui Stailo.

Tenunan

Menyentuh tentang warna, etnik Sarawak gemar pada warna hitam, kuning dan merah. Cawat merupakan busana penting bagi suku Iban dan Orang Ulu.

Tenunan pua atau dikenali sebagai tenunan ikat adalah seni tenunan yang dihasilkan oleh wanita Iban yang sering dijadikan cawat.

Reka corak yang biasa digunakan adalah anak kunci, lengkar, rombus atau batu berlian.

Ujar Wynner, tenunan merupakan warisan tradisi kaum Iban hanya boleh dilakukan mereka yang berpengalaman.

"Rekaan tenunan yang rumit dihasilkan oleh penenum berpengalaman. Terdapat jenis-jenis tenunan yang hanya boleh dipakai mengikut majlis sama ada perayaan dan keramaian tertentu.

"Hanya mereka yang berstatus tinggi mampu menggayakan tenunan daripada golongan yang berpengalaman ini," katanya.

Bercerita mengenai suku Melanau, tona busana yang digayakan sama ada lelaki dan wanita ialah berwarna hitam. Golongan lelaki lazimnya memperagakan baju satin berwarna gelap yang dipadankan dengan kain songket bunga tabur.


WANITA Melayu Sarawak tampil sopan dalam baju kurung teluk belanga dan selendang bersulam bunga tabur.


Tidak seperti lelaki suku Iban dan Orang Ulu yang memperagakan hiasan kepala daripada bulu burung kenyalang dan helang, lelaki Melanau memakai penutup kepala seakan-akan ikatan dari Jawa.

Wanita Melanau pula bertali pinggang pending besar, baju baldu hitam bersama songket tenunan Sarawak dan hiasan kepala.

Uniknya tarian suku Melanau, menurut Wynner, hanya dipersembahkan jika ada kematian.

"Tujuan utama tarian tersebut dipersembahkan ialah untuk mengurangkan perasaan hiba dalam kalangan keluarga dan pelawat ke atas kehilangan insan tersayang.

"Selain kematian, setiap suku juga meraikan musim tuaian dengan tarian bagi berkongsi kegembiraan atas hasil tanaman mereka," ujarnya.

Busana suku Melayu Sarawak memperlihatkan golongan lelaki memperagakan baju Melayu cekak musang dan sampin songket.

Golongan wanita pula berbaju kurung dengan jahitan teluk belanga dan kepala mereka ditutup sopan dengan selendang bersulam bunga tabur. Selempang songket turut menjadi hiasan tambahan melengkapkan busana wanita Melayu Sarawak.

Keberanian

Wynner memberitahu, bulu dalam suku Sarawak membawa maksud keberanian. Katanya, bukan sebarang orang boleh memperagakan perhiasan bulu tersebut.

"Selalunya perhiasan bulu di kepala menggunakan bulu burung helang dan kenyalang manakala selempang yang diperbuat daripada bulu kambing dan rusa hanya dipakai oleh pahlawan dan ketua suku," katanya.

Mengulas mengenai pergerakan dan lenggok tarian, ia adalah saduran daripada pergerakan dalam kehidupan seharian seperti memburu dan pergerakan burung kenyalang dan helang. - AHMAD ISYAFIQ MAD. DESA

Alyah 'jual' tudung Aalia di laman sosial

Posted:

Alyah 'jual' tudung Aalia di laman sosial

Alyah 'jual' tudung Aalia di laman sosial

Oleh AHMAD ISYAFIQ MAD DESA
isyafiq.desa@kosmo.com.my


ALYAH (tiga dari kiri) bersama Kirpal (empat dari kiri) dan Jaslen (empat dari kanan) di majlis memperkenalkan duta baharu rangkaian tudung Aalia dan Fiesta Fabrik Raya 2014 di Kuala Lumpur baru-baru ini.


GEDUNG fabrik dan busana eksklusif, Gulatis Exclusive Sdn. Bhd. (Gulati's) buat julung kalinya melantik duta bagi rangkaian terbaharu tudung dan selendang Aalia bertempat di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pelantun lagu Kisah Hati, Alyah dipilih sebagai duta selama setahun sepanjang produk itu berada di pasaran.

Membariskan tudung dan selendang berkualiti tinggi, Pengarah Urusan Gulati's, Pavitar Singh memberitahu, setiap rekaan direka eksklusif pasukan pereka di Gulati's.

"Nilai eksklusif yang tinggi tatkala pelanggan menggayakan rekaan kami amat dititikberatkan. Kami mahu pelanggan tampak berbeza ketika menggayakan busana dari Gulati's," ujarnya ketika ditemui Kosmo!.

Pada majlis tersebut turut dilancarkan laman web rasmi Aalia dan Fiesta Fabrik Raya 2014. Turut hadir, Pengarah Eksekutif Kumpulan Syarikat Euro Moda, Jasleen Kaur.

Dedah Pavitar lagi setiap fabrik, corak dan material yang digunakan dalam pembuatan barisan selendang dan tudung Aalia diinspirasikan oleh Pengasas Gulati's, Kirpal Kaur.

ALYAH dipilih Gulati's menggalas tanggungjawab sebagai duta tudung Aalia.


Tampil dengan rekaan baharu dan segar, Aalia menawarkan pilihan tudung sifon polos atau bercorak mahupun yang bertatahkan manik atau mutiara.

Tudung sifon digandingkan dalam beberapa lapisan untuk menambahkan lagi seri keanggunan si pemakai.

Dalam pada itu, Alyah memberitahu, sering memilih rangkaian fabrik dari Gulati's dalam rekaan busananya terutama melibatkan majlis anugerah berprestij dan beraksi di pentas.

Pengiktirafan

Teruja dengan pelantikan itu, Alyah menganggapnya sebagai pengiktirafan kepada wanita berhijab dan akan menggalas tanggungjawab tersebut sebaik-baiknya.

"Sebagai duta saya akan menggayakan tudung Aalia dan menggunakan laman sosial sebagai interaktif memperkenalkan selendang dan tudung Aalia kepada wanita berhijab di luar sana.

"Selain mengikut peredaran fesyen terkini, saya amat menitikberatkan aspek keselesaan. Aalia berjaya memberikan saya perasaan itu.

Model memperagakan antara koleksi tudung Aalia dengan beberapa lapisan sifon.


"Selendang dan tudung Aalia yang sememangnya eksklusif turut selesa untuk diperagakan," katanya yang kali pertama menggalas tanggungjawab sebagai duta rangkaian hijab selepas 14 tahun dalam industri hiburan.

Sementara itu, Jasleen berkata, sempena Fiesta Fabrik Raya 2014, pelanggan berpeluang menikmati diskaun sehingga 80 peratus untuk fabrik manakala 50 peratus bagi tudung.

"Pelanggan yang kami cintai berpeluang mendapatkan pilihan fabrik seperti rekaan Sofea Crepe Retro, Sutera Itali berbatu Swarovski dan sifon silky yang sangat berkualiti pada nilai hebat.

"Promosi pada fiesta kali ini turut melibatkan jualan baju Melayu dan baju kurung siap pada harga berpatutan," katanya.

Tambah beliau, ribuan pilihan fabrik berkualiti dan terkini boleh didapati di 20 cawangan Euro Moda Gulati's seluruh negara.

Dalam perkembangan lain, Gulati's bakal membuka dua cawangan lain bagi memenuhi permintaan pelanggan.

"Kita masih belum tahu bila cawangan ini akan dibuka. Bagaimanapun, kita sudah mempunyai dua lokasi strategik iaitu di Kubang Kerian, Kelantan dan Taipan Ipoh, Perak," ujarnya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Junta kerah ribuan askar, polis patahkan protes

Posted:

Junta kerah ribuan askar, polis patahkan protes

Junta kerah ribuan askar, polis patahkan protes

ASKAR-ASKAR bersedia untuk beredar selepas mengawal
sebuah lokasi beli-belah di pusat bandar raya Bangkok semalam.


BANGKOK - Kerajaan junta tentera Thailand mengerahkan beribu-ribu askar dan anggota polis ke pusat kota bandar ini semalam bagi mematahkan sebarang perhimpunan untuk menentang rampasan kuasa tentera yang berlaku pada 22 Mei lalu.

Junta tentera menggulingkan saki baki pentadbiran bekas Perdana Menteri Yingluck Shinawatra selepas berbulan-bulan Thailand berdepan tunjuk perasaan sehingga memaksa beberapa kementerian ditutup dan menjejaskan sektor perniagaan dalam negara.

Yingluck sendiri diarah meletak jawatan dua minggu sebelum rampasan kuasa tersebut selepas sebuah mahkamah mendapati beliau bersalah menyalahgunakan kuasa.

Timbalan ketua polis, Somyot Poompanmoung berkata, seramai 5,700 anggota polis dan askar dikerahkan ke pusat bandar raya ini semalam manakala beberapa pasukan khas turut bersiap sedia untuk mematahkan bantahan di lokasi-lokasi sekitarnya.

Pihak tentera sebelum ini melarang perhimpunan politik melibatkan lima orang atau lebih diadakan manakala beberapa bantahan yang diadakan di sini adalah berskala kecil dan singkat.

Namun, sekumpulan penunjuk perasaan sempat berhimpun di sebuah laluan eskalator di Pusat Seni dan Budaya di sini untuk membantah rampasan kuasa tersebut.

Tidak lama kemudian, beratus-ratus askar tiba di lokasi tersebut yang menyebabkan penunjuk-penunjuk perasaan itu bertempiaran lari meninggalkan lokasi itu.

Terdahulu, sekumpulan penunjuk perasaan yang disertai kira-kira 30 orang berhimpun di dalam pusat beli-belah Terminal 21 di kawasan Asoke manakala sebuah kumpulan serupa berkumpul di Universiti Thammasart di sini.

Kedua-dua tempat itu merupakan antara lokasi yang paling kerap dikunjungi oleh pelancong di sini. - Reuters

Tiga lelaki mengaku perkosa dua gadis kampung

Posted:

Tiga lelaki mengaku perkosa dua gadis kampung

Tiga lelaki mengaku perkosa dua gadis kampung


BEBERAPA pemimpin tempatan melawat lokasi dua mayat mangsa rogol dan bunuh ditemui di kampung Karta, daerah Badaun dalam negeri Uttar Pradesh, India semalam.


LUCKNOW - Tiga lelaki mengaku memperkosa dan membunuh dua remaja wanita yang ditemui tergantung pada sebatang pokok di India, kata polis semalam.

Seorang pegawai polis, Atul Saxena berkata, pihak berkuasa masih memburu dua suspek lain berhubung serangan itu yang berlaku pada minggu lalu di negeri Uttar Pradesh.

"Mangsa merupakan pasangan sepupu yang masing-masing berusia 14 dan 15 tahun," katanya.

Dua remaja itu yang berasal daripada keluarga miskin tanpa tandas hilang malam Selasa lalu apabila mereka pergi ke sawah untuk membuang air.

Kejadian itu berlaku di kampung Karta yang terletak sekitar 300 kilometer dari ibu negeri Uttar Pradesh, Lucknow.

Selepas mereka ditemui tergantung pada sebuah pokok mangga keesokan harinya, beratus-ratus penduduk kampung berhimpun di sekitar pokok tersebut.

Mereka mahu polis terdahulu menahan penyerang dua gadis itu sebelum bertindak menurunkan mayat-mayat mangsa.

Polis menangkap dua suspek pada hari yang sama dan suspek ketiga kelmarin.

"Apabila disoal siasat mereka mengaku menyerang kedua-dua remaja perempuan tersebut," jelas Atul.

Suspek-suspek berkenaan yang merupakan sepupu daripada sebuah keluarga besar berdepan dakwaan merogol dan membunuh.

Mereka boleh dihukum mati jika didapati bersalah.

Menurut Atul, polis sedang menyediakan lakaran dua suspek lain berdasarkan keterangan ketiga-tiga lelaki tersebut.

Pihak berkuasa turut menangkap dua anggota polis dan menggantung kerja dua yang lain kerana gagal melakukan siasatan selepas bapa salah seorang mangsa mengadu tentang kehilangan mereka malam Selasa lalu.

Dalam pada itu pihak berkuasa persekutuan akan mengambil alih kes tersebut pada minggu ini. - AP

Anggota tentera AS rai Krismas, bermain badminton dengan Taliban

Posted:

Anggota tentera AS rai Krismas, bermain badminton dengan Taliban

Anggota tentera AS rai Krismas, bermain badminton dengan Taliban


SATU klip video yang diterbitkan oleh Taliban pada Disember 2009 menunjukkan Bergdahl sedang makan ketika menjadi tebusan kumpulan militan tersebut.


MIRANSHAH, Pakistan - Anggota tentera Amerika Syarikat (AS) yang dibebaskan, Bowe Bergdahl gemar minum teh Afghanistan, mengajar kumpulan militan yang menculiknya bermain badminton dan meraikan Hari Krismas serta Easter bersama mereka, kata seorang komander militan Islam Pakistan semalam.

Askar berpangkat Sarjan itu merupakan satu-satunya anggota tentera AS yang ditahan di Afghanistan sejak perang Afghanistan bermula pada 2001 dibebaskan kelmarin.

Dia dibebaskan sebagai pertukaran dengan lima pemimpin kanan Taliban yang ditahan di Teluk Guantanamo selepas siri rundingan tajaan Qatar.

Menurut sumber tentera, Bergdahl ditahan selama lima tahun dan diserahkan kepada pelbagai cabang kumpulan Taliban di sempadan Afghanistan-Pakistan sebelum ditawan di daerah Waziristan Utara di Pakistan.

Seorang komander rangkaian Haqqani yang mempunyai hubungan dengan Taliban semalam menyatakan askar AS itu dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan barunya sebagai orang tawanan.

"Dia gemar minum kawa (teh hijau Afghanistan). Dia minum banyak kawa seharian yang disediakan sendiri olehnya," kata komander berkenaan dalam satu wawancara telefon dari sebuah lokasi rahsia di Pakistan.

Lama-kelamaan Bergdahl yang kini berusia 28 tahun petah bercakap dalam bahasa Pashtun dan Dari yang digunakan oleh penduduk Afghanistan.

Tidak seperti militan-militan tersebut yang berasal dari etnik Pashtun dan gemar memakan daging, Bergdahl lebih suka makan sayuran dan meminta daging cuma sekali atau dua kali seminggu, kata komander itu.

"Walaupun militan-militan tersebut cuba mengajar askar AS itu mengenai Islam dia memilih untuk melakukan aktiviti duniawi," ujarnya.

"Bergdahl akan meluangkan masa untuk bermain badminton atau membantu untuk memasak," tambah ketua militan tersebut.

Bergdahl yang berasal dari negeri Idaho turut tidak akan lupa untuk meraikan Hari Krismas seperti yang dilakukan di tanah airnya.

"Dia tidak pernah terlupa meraikan festival keagamaannya. Bergdahl akan memaklumkan kepada kami beberapa minggu sebelum Hari Krismas dan Easter dan meraikannya bersama pejuang-pejuang saya," ujar komander itu. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Polis tahan lima suspek kes tembak ahli perniagaan

Posted:

Polis tahan lima suspek kes tembak ahli perniagaan

Polis tahan lima suspek kes tembak ahli perniagaan

02/06/2014 10:51pm

KUANTAN - Kes tembak melibatkan seorang ahli perniagaan di Jalan Zabidin berhampiran Stesen Bas Mentakab di Temerloh pada malam Jumaat lepas dianggap selesai dengan tertangkapnya lima suspek termasuk dua wanita pagi semalam.

Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab Ghani berkata, kesemua suspek berumur 22 hingga 48 tahun itu ditahan dalam tiga serbuan berasingan di Kuala Lumpur dan Temerloh.

Beliau berkata, dalam serbuan pertama kira-kira jam 6 pagi semalam di sebuah rumah di Taman Melawati, polis menahan sepasang kekasih warga tempatan yang berumur 22 tahun (perempuan) dan 35 tahun (lelaki).

"Hasil soal siasat yang dilakukan, polis menyerbu sebuah lagi rumah di Wangsa Maju pada jam 9.45 pagi dan berjaya memberkas sepasang lagi kekasih warga Indonesia berusia 38 tahun (perempuan) dan 36 tahun (lelaki)," katanya kepada pemberita di sini malam ini.

Menurutnya, hasil pemeriksaan di dalam rumah tersebut, polis menemui sepucuk pistol jenis revolver .38, lima kelongsong peluru, 45 butir peluru serta pakaian yang dipakai semasa menembak mangsa terbabit. - Bernama

Tujuh ditahan kes lelaki tunjuk kemaluan dibelasah hingga mati

Posted:

Tujuh ditahan kes lelaki tunjuk kemaluan dibelasah hingga mati

Tujuh ditahan kes lelaki tunjuk kemaluan dibelasah hingga mati

02/06/2014 9:14pm

SERDANG - Polis menahan tujuh lelaki berusia lingkungan 20 dan 30 tahun kerana dipercayai membelasah sehingga mati seorang lelaki yang disyaki menunjukkan kemaluan kepada seorang wanita di Seksyen 17, Shah Alam semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata, dalam kejadian 2 pagi itu, mangsa dikatakan berkelakuan tidak senonoh dengan menunjukkan kemaluannya kepada wanita berusia 20-an tersebut yang kemudian menjerit meminta tolong.

"Polis masih menyiasat kes ini, namun setakat ini tiada motif lain dikenal pasti selain faktor orang awam naik berang terhadap mangsa," katanya kepada pemberita selepas majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah Serdang di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang, di sini hari ini.

"Mangsa dipukul setelah kedua-dua tangannya diikat dan ketika polis sampai di lokasi kejadian, dia sudah tidak sedarkan diri," kata Abdul Samah.

Beliau tidak menolak kemungkinan masih ada lagi individu yang terlibat dalam kes itu.

Hasil siasatan, polis mendapati tiada sebarang senjata ditemui di lokasi kejadian dan kesemua lelaki yang ditahan itu dipercayai penduduk di kawasan itu.

Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Klang untuk dibedah siasat, katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - Bernama

Sukma: Gandingan remaja Perlis kejutkan pemain berpengalaman

Posted:

Sukma: Gandingan remaja Perlis kejutkan pemain berpengalaman

Sukma: Gandingan remaja Perlis kejutkan pemain berpengalaman

02/06/2014 9:12pm

KANGAR - Gandingan pemain muda tuan rumah berjaya mengejutkan pemain berpengalaman dalam perlawanan akhir tenis bergu campuran Sukan Malaysia (Sukma) ke-17 yang berlangsung di Gelanggang Tenis Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra hari ini.

Yus Syazlin Nabila Yusri dan Koay Hao Sheng, kedua-duanya berusia 16 tahun, menewaskan gandingan pemain berpengalaman Sarawak, Aslina Chua dan Ariez Elyaas Deen Heshaam dengan set terus, 6-1 dan 6-4.

"Ini adalah penampilan pertama saya dalam Sukma dan saya amat gembira bila dapat meraih pingat emas untuk Perlis.

"Kami berdua memang menyasarkan untuk menang perlawanan ini walaupun kami tahu akan berdepan dengan saingan sengit pemain-pemain seperti Ariez dan Aslina," kata Koay.

Beliau mengakui agak gugup pada permulaan permainan, bagaimanapun dapat mengawalnya dan memberi fokus terhadap permainan.

Sementara itu, Yus Syazlin Nabila berpeluang untuk menyumbang pingat emas kedua apabila berjaya menempah tempat ke perlawanan akhir bergu wanita, bergandingan dengan Sharifah Syafeenaz Syed Azmir bertemu pasangan Selangor, S. Theviya dan Alyssa Boey, esok.

Sebanyak empat pingat emas ditawarkan esok melalui acara bergu lelaki dan wanita serta perseorangan lelaki dan wanita. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Posted:

[unable to retrieve full-text content]
Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved