Jumaat, 18 April 2014

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Menyuburkan jiwa patriotik

Posted:

Menyuburkan jiwa patriotik

Menyuburkan jiwa patriotik

SEBAHAGIAN daripada buku-buku mengenai ketenteraan milik Mohd. Ridhuan yang kerap diulang baca pada masa lapang.


HELAIAN muka surat buku Kanang: Kisah Seorang Pahlawan yang baru dibelinya selepas pulang dari sekolah diselak perlahan-lahan, manakala matanya pula tertancap pada baris-baris ayat yang tertulis.

Buku biografi tulisan Mejar (B) Maznan Noordin itu mengisahkan sejarah hidup pahlawan negara, mendiang Pegawai Waran 1 (B) Kanang Langkau menentang pengganas komunis semasa era Insurgensi.

Dengan gaya bahasa yang mudah dan ringkas, penceritaan Maznan, bekas pegawai perhubungan awam Tentera Darat itu cukup terkesan pada jiwa Mohd. Ridhuan Abdullah, yang ketika itu berusia 13 tahun.

Keberanian Kanang bertempur dengan pengganas komunis sehingga cedera parah setelah ditembusi peluru musuh cukup dikagumi.

Dia ingin menjadi seperti Kanang suatu hari nanti dan pada masa sama mencetuskan minatnya terhadap bahan bacaan bercorak ketenteraan.

Kanang yang diangkat sebagai wira negara merupakan satu-satunya penerima dua pingat keberanian tertinggi kerajaan Persekutuan iaitu Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) dan Pingat Gagah Berani (PGB) kerana keberaniannya.

Bekas Pegawai Waren 1 berketurunan Iban ini terlibat dalam dua pertempuran dengan pengganas komunis iaitu dalam Gerakan Setia 1979 di kawasan Hutan Korbu dan Gerakan Khas Setia 1980 di Tanah Hitam, kedua-duanya di Perak.

MOHD. RIDHUAN


Kanang yang kemudian dianuerahkan gelaran Datuk Temenggong oleh kerajaan Sarawak meninggal dunia pada 3 Januari tahun lalu akibat serangan jantung pada usia 68 tahun.

Buku biografi yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada tahun 1987 itu telah menemui kira-kira setengah juta pembaca dan menjadi buku terlaris ketika itu.

Kini, Mohd. Ridhuan, 39, yang merupakan pakar teknologi maklumat di sebuah firma swasta di ibu negara masih menebal dengan minatnya membaca buku-buku ketenteraan.

Tahu sejarah

Tidak kurang 150 buku pelbagai judul mula dikumpul sejak 17 tahun lalu, terutamanya bercorak sejarah menghiasi rak buku yang disimpan rapi di dalam sebuah bilik khas di rumahnya di Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

"Buku kedua saya juga karya Maznan berjudul Gonzales : Kenang-kenangan Seorang Jeneral yang mengisahkan biografi bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Mohd. Ghazali Mohd. Seth.

"Saya amat menggemari buku-buku sejarah ketenteraan sama ada era Perang Dunia Pertama, Perang Dunia Kedua sehinggalah konflik antarabangsa selain biografi pemimpin-pemimpin tentera tersohor.

"Ia bukan sekadar kerana minat, tetapi banyak perkara yang boleh diketahui serta dipelajari menerusi sejarah peperangan, misalnya mengenai tamadun manusia.

"Percaturan strategi-strategi perang oleh jeneral terhebat juga boleh disesuaikan dengan keadaan semasa misalnya perniagaan atau menjadi sumber motivasi," ujarnya yang menilaikan koleksi buku-bukunya mencecah RM11,000.

Ada antara buku-buku ini dibeli secara atas talian menerusi laman web luar negara selain di karnival buku.

Perkembangan teknologi komunikasi semasa turut menyaksikan Ridhuan menjadikan laman sesawang berita, portal dan blog sebagai pelengkap menambahkan pembacaanya.

Akuinya, portal berita berbahasa Melayu atau bahasa Inggeris yang dikendalikan oleh blogger-blogger bebas ini pantas memaparkan maklumat-maklumat terkini berhubung hal ehwal ATM atau pertahanan serantau.

Terdapat kira-kira 12 laman portal berkaitan pertahanan di negara ini antaranya ialah Military of Malaysia, Malaysia Military Power, Malaysian Defence, Askar Setia dan Bekas Komando.

Namun begitu, minatnya membaca, membeli dan mengumpul buku-buku pertahanan tidak padam demi kepuasan tersendiri.


KANANG menunjukkan parut ditembak musuh.


Menabung gaji

Turut berkongsi minat yang sama ialah dua rakannya, Abdul Aziz Abas, 40, dan Ibrahim Azhar Ab. Wahab, 31.

Abdul Aziz misalnya, menyimpan 140 buku ketenteraan terutamanya mengenai pesawat udara dan teknologi aeroangkasa, manakala 120 buku teknologi pertahanan serta persenjataan dimiliki Ibrahim.

Koleksi ini tidak termasuk majalah dan jurnal ketenteraan yang dibeli setiap bulan.

"Setiap buku berharga antara RM70 hingga RM200. Jika dihitung semuanya koleksi buku-buku yang dikumpul sejak 15 tahun lalu mencecah kira-kira RM14,000," ujar Abdul Aziz yang berasal dari Ipoh, Perak.

Pegawai keselamatan pembinaan sebuah syarikat swasta ini turut mengakui minat membaca buku-buku ketenteraan itu menjadikan dirinya lebih peka terhadap isu keselamatan dan pertahanan serantau.

Beliau yang pernah bercita-cita menjadi anggota tentera menyifatkan pengorbanan pasukan keselamatan mempertaruhkan nyawa menjaga kedaulatan negara amat besar dan tidak ternilai.

"Buku paling mahal dibeli ialah Jane's All the World's Aircraft berharga kira-kira RM2,600 dalam talian beberapa tahun lalu.

"Saya menyimpan sedikit wang gaji untuk membeli bahan-bahan bacaan ini, dan kini minat yang sama turut dikongsi bersama keluarga sebagai menambah pengetahuan am mereka.

"Membaca buku-buku pesawat perang mendedahkan kita dengan teknologi aeroangkasa yang berkembang pantas.

"Penguasaan teknologi menjadikan sesebuah negara itu kuat untuk digeruni musuh berbanding negara yang lemah kuasa tenteranya," ujar beliau yang mencari buku kegemarannya di beberapa kedai buku terpakai sekitar Ipoh, Perak.


PERANG Vietnam mengorbankan 58,000 tentera Amerika Syarikat manakala 2,000 orang lagi hilang.


Berbeza dengan dua rakannya, Ibrahim Azhar yang merupakan penjawat awam di Putrajaya pula adalah bekas pegawai Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Semasa bersekolah dahulu, beliau pernah menyembunyikan novel Kanang : Kisah Seorang Pahlawan agar tidak ditemui pelajar lain di perpustakaan sekolah semata-mata ingin meminjam buku tersebut.

"Saya menggemari buku-buku tentang taktik peperangan, ensiklopedia persenjataan termasuklah novel berlatarkan ketenteraan.

"Sebelum ini kebanyakan bahan bacaan terhad kepada buku terbitan luar negara, tetapi sejak kebelakangan ini ada penerbit tempatan tampil dengan karya sedemikian khususnya buku bercorak biografi.

"Antaranya buku Jottings X-Nuri Pilot oleh Mejar (B) Nor Ibrahim Sulaiman; Den Komando : Menjunjung Bere Hijau tulisan Mejar (B) Nazar Talib dan Komando 69 karya Muhammad Fuad Mat Noor," katanya. Beliau berpendapat, perlu lebih banyak penerbitan seumpamanya yang wajib dimiliki perpustakaan sekolah di bandar dan desa untuk memupuk semangat patriotik seawal usia kanak-kanak.

Malangnya, atas faktor perniagaan penerbit tempatan lebih gemar menerbitkan buku-buku yang boleh jual laris seperti novel cinta dan cerita-cerita remeh.

Apa yang menarik, Mohd. Ridhuan, Abdul Aziz dan Ibrahim mula bersahabat sejak sembilan tahun lalu sebagai rakan maya menerusi laman sosial Facebook dan sering berbincang mengenai hal ehwal pertahanan serantau.

Sejak itu, mereka bersama beberapa rakan lain menubuhkan sebuah laman sembang pertahanan tempatan dikenali sebagai Panggilan Pertiwi dengan kira-kira 120 ahli yang semuanya berkongsi minat serupa.

Bermula sebagai sebuah laman sembang, Panggilan Pertiwi kemudian didaftarkan sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada Oktober 2012 dan menjadi satu-satunya NGO berkaitan pertahanan di negara ini.

Percikan air tahun baharu etnik Dai

Posted:

Percikan air tahun baharu etnik Dai

Percikan air tahun baharu etnik Dai


KEMUNCAK festival ialah apabila acara percikan air dilakukan.


FESTIVAL Air merupakan sambutan Tahun Baharu yang dirayakan oleh penduduk di negara-negara Asia Tenggara seperti Myanmar, Kemboja, Laos dan Thailand selain Yunnan di China.

Sambutan tersebut dikenali sebagai Festival Air oleh pelancong Barat kerana ia melibatkan simbahan atau menuang air antara satu sama lain sebagai sebahagian upacara pembersihan bagi menyambut tahun baharu.

Secara tradisinya, mereka yang terlibat dengan upacara itu akan menyimbah atau menuang air kepada yang lain secara lembut sebagai tanda hormat.

Perbuatan tersebut dipercayai bagi mengangkat rahmat dan menunjukkan hasrat baik, bahkan dikatakan bahawa semua yang lama mesti dibuang atau akan membawa nasib buruk kepada pemilik.

Bagi masyarakat minoriti etnik Dai, Pesta Percikan Air disambut semasa perayaan Tahun Baharu menurut kalendar etnik berkenaan.


ANTARA aksi peserta yang dapat disaksikan acara percikan air.


Festival tersebut menyerupai perayaan yang disambut oleh negara jiran Laos iaitu Songkran. Ia merupakan perayaan penting kepada masyarakat etnik Dai di wilayah Jinghong, Xishuangbanna, China.

Ia berlangsung selama tiga hari bermula 13 hingga 15 April pada setiap tahun.

Ritual

Perayaan itu bermula dengan ritual agama. Masyarakat etnik Dai akan pergi ke kuil untuk sembahyang dan kemudiannya mereka disimbah atau dipercik dengan air supaya kehadiran mereka mendapat kebaikan.

Lazimnya, aktiviti bagi dua hari pertama akan tertumpu di tebing Sungai Lancang dengan sambutan dilakukan secara besar-besaran.


SEORANG wanita membonceng motosikal untuk menyertai Pesta Percikan Air.


Pada masa sama, akan berlangsung satu perlumbaan perahu naga di Sungai Lancang bagi merancakkan lagi festival berkenaan. Menjelang malam pula, tebing Sungai Lancang berubah wajah apabila dipenuhi lampu berwarna-warni selain panorama perahu-perahu diterangi cahaya tanglung di sungai.

Selain itu, masyarakat Dai juga mengadakan beberapa aktiviti lain seperti sabung ayam, persembahan tarian merak, melontar kantung teratai dan menyalakan lampu.

Hari ketiga perayaan merupakan kemuncak kepada festival apabila hari tersebut dikhususkan untuk acara percikan air.

Pada hari tersebut, masyarakat Dai akan memakai pakaian terbaharu dan cantik sebelum berkumpul di kuil Buddha tempatan.

Selepas itu, acara simbolik percikan air ritual diadakan dan ia merupakan upacara penting dan kemuncak yang dipanggil sebagai Mandi Buddha.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pemotoran


Perodua menuju standard global

Posted:

Perodua menuju standard global

Perodua menuju standard global

Oleh AFIFI HAFIZ MOHD. NOR

ASPEK kebersihan menjadi amalan para pekerja Perodua.


PENUBUHAN Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) pada tahun 1993 yang merupakan kerjasama antara syarikat Malaysia dan Jepun membuka lembaran baharu dalam landskap industri automotif tempatan.

Setahun selepas kewujudannya, Perodua memperkenalkan produk pertamanya iaitu Perodua Kancil. Tindakan itu membuktikan kebijaksanaan Perodua memahami keperluan para pengguna tempatan. Perodua Kancil membolehkan lebih ramai pengguna memiliki sebuah kereta terutama dalam kalangan pengguna berpendapatan sederhana.

Tidak terhenti di situ sahaja, Perodua kemudiannya tampil dengan pelbagai model untuk kegunaan masyarakat berpendapatan rendah hingga tinggi. Sehingga kini, lebih kurang dua juta kenderaan Perodua berjaya menemui pemilik baharu. Syarikat automotif itu berjaya menyentuh, mengubah dan memudahkan kehidupan sebahagian besar rakyat Malaysia. Terima kasih Perodua.

Setelah berusia 20 tahun, Perodua mengumumkan hajat mahu mengubah perjalanan syarikat agar lebih berdaya saing dan mahu duduk sebaris di persada global. Hajat itu diterjemahkan menerusi pengumuman pelan Tahun Transformasi Perodua.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, transformasi itu amat penting kerana trend pasaran semasa sudah berubah sejak beberapa tahun lalu.

Dia memberitahu, Perodua dan Proton tidak lagi memiliki dominasi seperti mana yang pernah dikecapi sebelum ini dan pengumuman Dasar Automotif Negara (DAN) menjadikan landskap pasaran semakin berdaya saing.

Perkara itu diumumkan Aminar Rashid dalam satu taklimat khas bersama pengamal media di ibu pejabat Perodua di Rawang, Selangor baru-baru ini.

Pelan tranformasi itu merangkumi rancangan holistik apabila merangkul beberapa perkara penting termasuk pembinaan kilang baharu, kecekapan pelaksanaan kerja, kos, pembangunan modal insan serta soal kebajikan para pekerja.


TEKNOLOGI robot akan membantu mengurangkan kadar kerosakan penghasilan kenderaan di fasiliti pengeluaran baharu milik Perodua.


"Bercakap mengenai transformasi, sebahagian daripadanya ialah kos. Apa yang penting ialah QCD iaitu kualiti, kos dan penghantaran. Kita memang sasarkan penjimatan tetapi ia adalah satu proses yang berterusan. Kos yang kita jimatkan sudah tentu kita turunkan kepada pengguna melalui model-model yang dikeluarkan," jelas Aminar Rashid.

Kilang bersih

Langkah transformasi pertama bermula dengan pengumuman pembinaan kilang baharu yang akan menghasilkan model-model terkini syarikat itu. Kilang yang menelan perbelanjaan sebanyak RM790 juta itu bakal dilancarkan pada separuh kedua tahun ini. Fasiliti itu juga dilengkapi sebuah litar untuk melaksanakan ujian produk-produk baharu. Kilang itu dinamakan sebagai Perodua Global Manufacturing Sdn. Bhd. (PGMSB).

Bagi mengoptimumkan kecekapan, kilang itu bakal menggunakan nisbah teknologi robot sebanyak 70 peratus berbanding dengan kilang sedia ada yang hanya mengguna pakai 30 peratus sahaja.

Penggunaan robot melibatkan tugas-tugas kimpalan kenderaan akan meningkatkan tahap kualiti sedia ada sekali gus membantu Perodua mencapai sasaran kadar kecacatan pada paras 0.005 seunit. Kilang baharu itu membuka peluang pekerjaan kepada 1,200 orang. Kilang lama pula menggunakan seramai 6,000 tenaga kerja buat masa ini.

Bagi memastikan aliran tempat kerja lebih berkualiti, Perodua mengutarakan idea menggunakan watak anime Pokemon, Pikachu sebagai maskot untuk melonjakkan semangat kerja dalam kalangan pekerjanya. Gambar maskot itu akan ditampal di bahagian-bahagian yang berjaya menepati piawaian kebersihan yang ditetapkan.


MASKOT Pikachu ditampal pada semua bahagian yang berjaya menepati piawaian kebersihan.


Pembangunan Modal Insan Pekerja

Perodua turut melabur bagi menzahirkan objektif Pembangunan Modal Insan para pekerjanya yang merangkumi pakaian, keselamatan dan kelakuan di tempat kerja. Bagi pekerja yang sudah disahkan jawatannya, mereka bakal mengikuti kursus Dojo.

Kursus Dojo akan mendedahkan perincian lanjut kepada setiap pekerja berhubung fungsi setiap bahagian dalam sebuah kereta dan apakah fungsinya selain mengenal pasti punca-punca kerosakan pada kenderaan.

Perodua bukan sebuah entiti yang tahu mengira untung rugi dalam akaun semata-mata. Syarikat itu sebenarnya menyayangi institusi kekeluargaan dan kebajikan para pekerjanya. Sifat itu dizahirkan dengan tindakan mendirikan sebuah masjid untuk kesenangan kakitangan dan masyarakat setempat. Selain itu, Perodua turut menyediakan sebuah pusat jagaan harian untuk anak-anak pekerjanya.

"Kos penjagaan harian itu diberikan subsidi dan saya rasa ia memberi ketenangan kepada pekerja kami apabila anak-anak kecil berada dekat dengan mereka.

"Jika ada kerja tertangguh, mereka tidak akan tertekan kerana lewat untuk menjemput anak-anak mereka di pusat jagaan swasta," kata Aminar Rashid.

Kenderaan cekap tenaga

Menyentuh status semasa kenderaan model baharu yang akan ditawarkan kelak, Aminar Rashid mendedahkan bahawa ia juga tergolong dalam kategori penjimatan bahan api. Pendek kata, ia sebuah kenderaan cekap tenaga (EEV) dan selari dengan hala tuju Dasar Automotif Negara (DAN) 2014.

"Model baharu ini lebih menjimatkan berbanding model-model yang dikeluarkan sebelum ini. Walaupun kompak tetapi ia menawarkan ruang yang luas di samping reka bentuk yang menarik," katanya.

Jika diamati keseluruhan rancangan transformasi Perodua, ia jelas menggambarkan syarikat itu tidak mahu berada dalam liga persaingan sedia ada. Institusi itu mahu bangkit bersaing dengan lebih dinamik.

Grand Livina kenderaan keluarga

Posted:

Grand Livina kenderaan keluarga

Grand Livina kenderaan keluarga

Oleh AFIFI HAFIZ MOHD. NOR


REKAAN lampu, bampar dan gril baharu merupakan sebahagian daripada 50 sentuhan baharu pada model ini.


NISSAN Grand Livina yang membuat debut ke pasaran Malaysia sekitar tahun 2007 berjaya mencipta fenomena baharu dalam landskap kenderaan pelbagai guna (MPV) tempatan. Dalam tempoh beberapa tahun, model di bawah rangkaian Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) itu berjaya muncul sebagai MPV bukan nasional popular di Malaysia.

Grand Livina yang diperkenalkan tahun lalu itu menerima 50 penambahbaikan sekali gus mencerminkan komitmen ETCM untuk bersaing lebih serius dalam segmen berkenaan.

Baru-baru ini, penulis diberi peluang oleh ETCM untuk memandu uji varian Grand Livina 1.8 liter. Sesi pandu uji kali ini melibatkan perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Mutiara.

Perjalanan yang merentasi lebuh raya PLUS membolehkan penulis menikmati hamburan kuasa melalui enjin berteknologi Drive-by-Wire.


PAPAN pemuka Grand Livina ini dihiasi dengan panel kayu yang memberikan imej mewah.


Berbekalkan perbezaan sesaran kira-kira 200cc, model kali ini sedikit sebanyak mengubati kekecewaan penulis sewaktu menguji varian 1.6 liter sebelum ini.

Lebih tenaga mendaki

Enjin Grand Livina 1.8 liter lebih berkuasa terutama dalam mendaki bukit berbanding model sebelumnya yang kerap semput terutama dalam mod memotong kenderaan di hadapan.

Perjalanan ke Pulau Pinang disertai bersama lima orang rakan penulis dan satu perkara berjaya dikenal pasti. Ruangan kabin Grand Livina ini sempit bagi penumpang berbadan sederhana pada barisan kedua dan ketiga. Mereka terpaksa berhimpit dan menyerongkan badan untuk membolehkan masing-masing duduk dengan sedikit selesa.

Bagi penulis, jika anda berhajat mahu bawa barangan banyak, sila pastikan penumpang dewasa dalam kabin tidak lebih tiga orang. Tujuannya untuk membolehkan simpanan barang dan memastikan keselesaan sederhana mampu dinikmati semua pihak bagi perjalanan jarak jauh. Ruang letak barang di bahagian belakang terlalu kecil dan langsung tidak praktikal untuk tujuh penumpang.


RUANG enjin 1.8 liter Grand Livina tampil kemas dan tersusun.


Tiada perehat tangan

Pun begitu, Grand Livina yang sedikit besar berbanding Perodua Alza tetap punya kelebihan. Material kulit pada bahagian tempat duduk menampakkan imej mewah dan pada masa sama mudah dibersihkan.

Suasana ruang kabin diselubungi tona warna cerah dan disulam dengan kepingan kayu di beberapa bahagian untuk memberikan sedikit rasa mewah.

Tempat duduk bahagian pemandu dan penumpang hadapan tidak didatangkan dengan perehat tangan sehingga terasa lenguh pemanduan lebih lima jam tempoh hari. Sepatutnya kemudahan itu perlu diadakan memandangkan ia sebuah MPV.

Varian 1.8 liter ini menggunakan sistem kemasukan tanpa kunci i-Key, lampu isyarat membelok LED yang diadun pada bahagian cermin pandang sisi dan lampu kabus pada bahagian bampar hadapan.

Tiada keistimewaan pada model ini kecuali ia sebuah Grand Livina dengan enjin 1.8L dan ia adalah Nissan.

Evolusi FZ150i

Posted:

Evolusi FZ150i

Evolusi FZ150i


YAMAHA FZ150i masih mengekalkan sifat praktikal bagi kegunaan dalam bandar dan perjalanan jarak sederhana.


SEJARAH Yamaha FZ150i bermula pada tahun 2008 sebagai taruhan baharu Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM) dalam segmen 150cc tempatan selepas ketiadaan model dua lejang Yamaha TZM. FZ150i pada ketika itu tidak memerlukan masa lama untuk menarik perhatian pengguna ekoran ciri praktikal yang terdapat padanya.

HLYM kemudiannya memperbaharui momentum saingan apabila tampil dengan dua model FZ150i naik taraf masing-masing pada tahun 2010 dan 2012. Pembaharuan yang dilakukan sekadar tambahan beberapa komponen dan solekan warna baharu.

Setelah keberadaan hampir enam tahun dalam pasaran Malaysia, HLYM akhirnya memutuskan untuk memperkenalkan generasi kedua Yamaha FZ150i.


INSTRUMEN meter model baharu itu kini mengetengahkan paparan skrin digital.


Kali ini, ia bukan sekadar menyalin cover set semata-mata tetapi ia didatangkan bersama beberapa komponen baharu selain kejuruteraan semula unit rangkaian kuasa bagi menjayakan respons enjin yang lebih berprestasi.

FZ150i edisi 2014 didatangkan bersama set lampu utama dan lampu isyarat membelok baharu, set lampu belakang kompak dan reka bentuk tangki minyak yang berimej sporty. Motosikal itu turut dipasang dengan rim aloi rekaan baharu.

Tambahan komponen lain ialah pemasangan undercowl dan madgad belakang bagi melindungi bahagian enjin daripada pantulan batu-batu kecil atau objek keras. Sistem brek turut ditingkatkan menerusi aplikasi brek cakera pada kedua-dua roda. Model sebelum ini hanya didatangkan dengan set brek cakera pada roda hadapan.


SISTEM transmisi ditala semula untuk membolehkan hamburan kuasa yang lebih berprestasi.


Instrumen meter FZ150i 2014 menggabungkan paparan analog dan digital. Semua informasi berhubung kadar kelajuan, status bekalan bahan api serta jarak perjalanan disiarkan menerusi sebuah skrin digital manakala pergerakan jarum pusingan enjin seminit (rpm) ditayangkan menerusi meter analog.

Unit enjin yang digunakan adalah sama seperti generasi pertama. Kejuruteraan semula yang dilakukan hanya melibatkan penggantian komponen sistem penyampaian bahan api dan nisbah gear. Tindakan itu membolehkan FZ150i baharu menghasilkan kuasa kuda dan tork yang lebih tinggi berbanding model sebelumnya.


RODA belakang dipasang dengan komponen sistem brek cakera untuk meningkatkan kadar kecekapan membrek.


Pengarah Urusan HLYM, Ng Choong Hai berkata, pihaknya mengunjurkan jualan sebanyak 800 unit sebulan bagi model baharu itu. Katanya, jumlah jualan terkumpul FZ150i generasi pertama bagi tempoh enam tahun adalah sebanyak 28,000 unit.

Berhubung kebolehdapatan alat ganti bagi model generasi pertama, Choong Hai menjelaskan, HLYM akan terus menawarkan komponen berkenaan bagi tempoh 10 tahun akan datang.

Yamaha FZ150i ditawarkan pada harga asas RM8,538 seunit.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Kasih ibu yang bukan-bukan

Posted:

Kasih ibu yang bukan-bukan

Kasih ibu yang bukan-bukan

Oleh NOOR HASLIZA NUSI
hasliza.nusi@kosmo.com.my

SURI rumah dibawa ke Mahkamah Majistret Balik Pulau semalam untuk ditahan reman.


BALIK PULAU – Tindakan berani seorang ibu membawa masuk heroin yang dibalut menggunakan tembakau menyerupai roti sardin gulung memakan diri apabila dia diberkas semasa menyerahkan bungkusan tersebut kepada anak lelakinya di galeri awam Mahkamah Majistret di sini kelmarin.

Dalam kejadian pukul 11.15 pagi, wanita yang berusia 56 tahun itu ditahan polis pengiring sebaik melihat suspek yang berada dalam keadaan mencurigakan memberi satu bungkusan beg plastik kepada anaknya yang merupakan orang kena tuduh (OKT) di tangga galeri awam kamar mahkamah.

Sebelum itu, anak lelaki wanita itu yang berumur 35 tahun baru dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan atas pertuduhan memiliki dadah di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Si ibu yang juga seorang suri rumah dikatakan datang ke mahkamah bagi mengikuti perkembangan kes anaknya itu selain dipercayai mahu menyerahkan bekalan dadah kepada anaknya yang turut mempunyai beberapa pertuduhan lain berkaitan kes dadah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Superintendan Siti Nor Salawati Saad berkata, malangnya tindakan wanita itu disedari anggota polis selepas anak suspek itu cuba menyerahkan bungkusan yang diberi ibunya kepada seorang lagi OKT lain yang merupakan seorang lelaki berusia 57 tahun.

Menurut beliau, anggota polis pengiring OKT yang dibawa ke mahkamah pada hari tersebut, sebelum itu telah memberi arahan kepada semua OKT supaya tidak mengambil sebarang bungkusan daripada mana-mana pihak termasuk daripada ibu sendiri.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Wang hantaran, gelang emas bakal pengantin dirompak

Posted:

Wang hantaran, gelang emas bakal pengantin dirompak

Wang hantaran, gelang emas bakal pengantin dirompak


AFIZA menceritakan kepada Sulaiman mengenai kejadian rumahnya dipecah masuk di Sijangkang dekat Kuala Langat kelmarin.


KUALA LANGAT - Seorang bakal pengantin perempuan yang akan melangsungkan perkahwinan minggu depan berputih mata apabila wang hantaran berjumlah RM12,000 dan seutas gelang emas yang mahu digunakan dalam upacara membatal air sembahyang dilarikan penjenayah.

Turut lesap ialah barangan berharga lain milik ahli keluarga Afiza Johardi, 36, seperti wang tunai RM11,000, sembilan telefon bimbit dan sejumlah lagi barangan kemas yang dianggar bernilai RM30,000.

Kejadian pada pukul 4 pagi kelmarin itu berlaku apabila rumah keluarga bakal pengantin di Batu 7, Sijangkang dekat sini dipecah masuk enam penyamun dipercayai rakyat Indonesia.

Mengimbas kejadian tersebut, Afiza yang bakal melangsungkan perkahwinan pada 27 April ini memberitahu, dia yang tidur di sebuah bilik di tingkat atas rumah kampung keluarganya dikejutkan seorang penjenayah yang memasuki rumahnya.

"Sambil meletakkan pisau pemotong daging ke leher saya, lelaki itu meminta saya menunjukkan tempat menyimpan wang tunai dan barangan kemas jika tidak mahu diapa-apakan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Pakai penutup muka dan hidung

Posted:

Pakai penutup muka dan hidung

Pakai penutup muka dan hidung


AWA (kiri) bersama anaknya memakai penutup muka dan hidung di rumah mereka di Kampung Bintang, Batu Pahat, Johor semalam.


BATU PAHAT - Rata-rata penduduk Kampung Bintang di sini kini mengambil langkah berjaga-jaga dengan memakai penutup muka dan hidung sepanjang masa daripada dijangkiti Sindrom Koronavirus Pernafasan Timur Tengah (MERS-CoV).

Bagaimanapun aktiviti harian di kampung itu yang mempunyai 1,000 penduduk tetap berjalan seperti biasa meskipun seorang jemaah umrah dari kampung itu maut akibat wabak tersebut pada Ahad lalu.

Tinjauan Kosmo! juga mendapati penduduk mengunjungi pusat pemeriksaan khas yang dibuka sejak Isnin lalu di Kompleks Penghulu Mukim Peserai di sini untuk membuat pemeriksaan sebelum mereka menjalankan urusan harian.


PENDUDUK memakai penutup muka dan hidung.


Seorang warga emas, Awa Abdul Jamal, 74, berkata, mereka sekeluarga lebih banyak berada di dalam rumah selepas mengetahui kematian seorang jirannya, Kamaroz Zaman Jafri, 54, disebabkan jangkitan MERS-CoV.

"Doktor mengesahkan saya tiada tanda-tanda penyakit tersebut tetapi saya mengambil langkah berjaga-jaga untuk tidak terlalu terdedah kepada udara luar," katanya ketika ditemui semalam.

Awa yang turut menziarahi jenazah jirannya itu tidak menyangka wabak tersebut meragut nyawa penduduk kampung.

Kamaroz Zaman meninggal dunia pada Ahad lalu selepas tiga hari dimasukkan ke Hospital Sultanah Nora Ismail di sini tidak lama selepas beliau pulang daripada menunaikan umrah.

Mangsa disahkan meninggal dunia akibat sindrom MERS-CoV menyebabkan pihak berkuasa memberikan pengawasan sepenuhnya terhadap penduduk kampung tersebut bagi mencegah penyakit itu daripada merebak.

Sementara itu, adik ipar Kamaroz, Hayati Mohamad, 44, berkata, urusan harian tetap perlu dilakukan biarpun masih belum dapat menerima hakikat kematian abang iparnya itu.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Mesin digital payudara tomosintesis

Posted:

Mesin digital payudara tomosintesis

Mesin digital payudara tomosintesis

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR

AMIRUDDIN (kanan) melancarkan mesin digital payudara tomosintesis sambil diperhatikan Syariffa Sabrina (dua dari kanan), Roslan dan Eddy di Hospital Pakar KPJ Selangor di Shah Alam baru-baru ini.


PENGESANAN awal terhadap kanser payudara boleh menyelamatkan nyawa sekali gus mengurangkan risiko kematian akibat penyakit pembunuh wanita nombor satu itu.

Selain inisiatif melakukan pengesanan sendiri payudara (BSE) setiap bulan, kaum wanita terutamanya yang berusia 30 tahun ke atas seharusnya tidak malu untuk menjalani pemeriksaan saringan kanser berkenaan.

Justeru, dalam usaha menarik lebih ramai wanita menjalani pemeriksaan tersebut, Hospital Pakar KPJ Selangor, tampil sebagai antara hospital swasta pertama di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan itu menggunakan mesin teknologi terkini.

Dikenali sebagai mesin digital payudara tomosintesis atau 3D Mamografi, peralatan ini mampu mengesan sel kanser dengan lebih tepat tanpa perlu seseorang pesakit dipanggil semula untuk pemeriksaan lanjut.

Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pakar KPJ Selangor, Roslan Ahmad memberitahu, pihaknya telah membuat pelaburan bernilai RM2 juta untuk membeli mesin tersebut dan memperkenalkan perkhidmatan bagi mengesan kanser payudara berteknologi tinggi iaitu Selenia Dimensions.

Kaedah 3D

"Melalui mesin ini, ia membolehkan pengimejan payudara melalui kaedah 3D Mamografi berlainan daripada kaedah konvensional iaitu dua dimensi.

"Teknologi ini juga selari dengan falsafah hospital untuk memberi perkhidmatan terbaik dan berkongsi teknologi terkini dengan masyarakat bagi mengesan kanser payudara pada peringkat awal," ujar Roslan sewaktu pelancaran mesin berkenaan di Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

PAKAR Radiologi Hospital Pakar KPJ Selangor, Dr. Nur Darlina Mohammad menerangkan tentang penggunaan mesin digital payudara tomosintesis.


Majlis pelancaran mesin tersebut disempurnakan oleh Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare Berhad merangkap Pengerusi Hospital Pakar KPJ Selangor, Amiruddin Abdul Satar.

Turut hadir Presiden Yayasan Badan Kesihatan & Sukan Wanita Malaysia, Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil.

Mesin digital payudara tomosintesis Selenia Dimensions dikeluarkan oleh Hologic yang merupakan peneraju bagi penjagaan kesihatan wanita. Di Malaysia, ia diedarkan oleh Technology Medical Associate Sdn. Bhd.

Menurut Pengarah Pemasaran Hologic Asia Pasifik, Eddy Sun, mesin ini dapat mengimbas imej yang lebih tepat dengan visualisasi lengkap bagi memudahkan proses diagnosis kanser payudara.

"Situasi ini secara tidak langsung memberi keyakinan kepada wanita untuk menjalani pemeriksaan tersebut sekali sahaja berbanding dipanggil semula kerana proses saringan yang kurang tepat.

"Reka bentuk sistem ini telah dioptimumkan untuk pengimejan tomosintesis dengan hasil yang jelas terbukti. Antara ciri-ciri mesin ini ialah imbasan rapid hanya mengambil masa kurang daripada empat saat dan imbasan untuk 15 darjah menyediakan resolusi dalam satah yang tinggi.

"Setiap imbasan akan menghasilkan 15 imej unjuran (1 imej/tahap arka) dan ditapis semula bagi membolehkan pembinaan semula imej sel payudara yang berkualiti tinggi," jelas beliau.

Lebih ramai

Sementara itu, Hospital Pakar KPJ Selangor menjangkakan lebih ramai wanita hadir untuk menjalani pemeriksaan saringan kanser payudara di hospital itu.

Ia selaras dengan matlamat dan falsafah KPJ sebagai penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan yang terkemuka di Malaysia dan mempunyai rangkaian terbesar dengan 23 buah hospital di seluruh negara.

Sehingga kini, KPJ mempunyai lebih 1,000 perunding perubatan di semua rangkaian hospitalnya dengan kakitangan berjumlah lebih 10,000 orang.

Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan mesin digital payudara tomosintesis ini, hubungi talian 03-5543 1111.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pesona

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pesona


Latih penari untuk persembahan

Posted:

Latih penari untuk persembahan

Latih penari untuk persembahan

Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA

BELUMPUN tiba bulan Ramadan, lagu Hari Raya sudah berkumandang di Studio Penari Sazlan, di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.

Bukan kerana meminati lagu raya tersebut atau tidak sabar menyambut bulan kemenangan umat Islam, tetapi irama itu dipasang bagi tujuan menyusun langkah tari yang akan dirakamkan sempena program bulan Syawal nanti.

Itulah aktiviti yang menghidupkan studio berkenaan sejak ia dibuka pada tahun 2008. Selain menyediakan tempat dan tenaga pengajar untuk kelas tarian, studio tersebut merupakan salah sebuah pusat melahirkan barisan pelapis dan kumpulan penari terbaik tanah air.

Pengasasnya yang juga koreografer terkenal, Sazlan Mat Adnan, 40, berkata, tujuan asal studio berkenaan dibuka adalah bagi melatih penari-penari terdiri daripada golongan kanak-kanak dan remaja bagi tujuan persembahan.

"Studio ini adalah tempat saya melatih anak-anak muda untuk menjadi penari yang hebat untuk persembahan tarian. Antara tarian yang diajar termasuklah tarian moden, tradisional Melayu, hip-hop, salsa, balet dan jazz.

"Jenis-jenis tarian ini akan diperhalusi mengikut permintaan daripada pihak menguruskan program televisyen, iklan atau majlis," jelasnya ketika ditemui di baru-baru ini.

Terdahulu, Sazlan merupakan anak didik penari hebat, Allahyarham Bad Latiff.

Meskipun lebih tertumpu kepada produk penari latar, studio tersebut tetap meneruskan perkhidmatan pembelajaran tarian yang ditawarkan kepada peserta yang datang secara terus dan pelajar tetap.

Bayaran untuk orang ramai yang datang 'singgah' ke kelas berkenaan adalah antara RM15 hingga RM30 bergantung kepada jenis tarian, manakala yuran bulanan untuk pelajar tetap mencecah RM120 untuk setiap bulan bagi satu jenis tarian.

Meninjau ruang sekeliling, kelihatan sekumpulan anak-anak muda sedang sibuk merenggangkan otot-otot badan mereka sambil 'menghadam' lagu raya yang akan ditarikan.


SETIAP penari perlu membuat regangan sebelum memulakan latihan bagi mengelakkan risiko tercedera.


Bakat

Rata-rata riak muka anak muda yang dalam lingkungan 20-an itu kelihatan sangat bersemangat, malah seperti tidak kisah waktu lepak di kedai mamak bersama rakan-rakan diisi dengan latihan menari tarian tradisional dan kontemporari.

Sazlan memberitahu, sesi latihan tersebut diadakan lebih awal supaya dapat membuat persiapan secukupnya bagi menyajikan persembahan yang terbaik untuk penonton Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada Hari Raya Aidilfitri nanti.

Tambahnya, walaupun sebilangan mereka masih bergelar siswa dan siswi, namun atas dasar komitmen, penat belajar pada siang hari lebur dalam minat dunia tarian yang mendalam.

Seorang penuntut diploma di Fakulti Tari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), Emma Ahmad Yazid Wyder, 21, berkata, dia meminati dunia tari sejak masih menggalas beg sekolah.

"Saya mula mempelajari tarian salsa sejak berusia 13 tahun dan aktif dalam bidang tarian semasa di tingkatan empat. Pada waktu itu saya hanya memasuki kelab tarian di sekolah. Selepas tamat pengajian saya mula memasuki kelas tarian yang diuruskan oleh koreografer terkenal, Linda Jasmine.

"Namun, selepas Linda berkahwin, dia lebih fokus kepada keluarganya dan saya menjadi pelajar Sazlan pada 2009. Berbeza di kelas Linda yang feminin, di sini saya lebih terbuka dengan tarian-tarian moden," jelas anak campuran darah Scotland ini.

Antara persembahan-persembahan yang pernah disertainya termasuklah persembahan program Jom Heboh dan RTM.

Bagaimanapun, di sebalik kepuasan dan keseronokan melenturkan badan, Emma memberitahu, dia berhadapan risiko tercedera terutama di bahagian kaki.

Menurutnya, dia pernah tercedera di bahagian buku lali sebanyak dua kali dan mengambil masa sebulan untuk sembuh.


STUDIO ini menjadi tempat Sazlan melatih pelapis baharu bidang tarian.


"Ini kerana, saya diberitahu oleh doktor, bahagian yang pernah mengalami kecederaan berpotensi tinggi untuk berhadapan dengan kemalangan sama disebabkan ia tidak lagi kuat.

"Justeru, walaupun seronok menari ikut rentak lagu, saya juga perlu berhati-hati ketika melakukan gaya melompat atau teknik yang memerlukan sokongan kaki," jelasnya.

Berkongsi kisah dorongan, anak bandar ini berkata, pada permulaan ibu bapanya tidak bersetuju dengan pilihan yang dibuat kerana khuatir tidak mempunyai jaminan masa hadapan. Ibu bapanya hanya akur selepas melihat progres tarian dan persembahan disertainya.

Memahami perasaan ibu bapa Emma, Sazlan mengakui masa depan profesion sebagai penari latar masih kabur, malah survival studio miliknya juga bergantung kepada jemputan acara serta jenis persembahan.

Jika persembahan yang diminta adalah bagi mengiringi penyanyi terkenal seperti Datuk Siti Norhaliza atau klip video lagu serta iklan televisyen, maka bayaran yang diterima adalah lebih tinggi sehingga mencecah ribuan ringgit.

Wakil negara

Bayaran yang diterima itu digunakan untuk menampung kos studio tersebut dan diagihkan kepada setiap penari latar yang telah berusaha keras dalam memberikan persembahan terbaik.

Walaubagaimanapun, anak kelahiran Klang, Selangor itu tidak pernah berputus asa atau penat berkongsi jenis lenggok dan berharap bidang seni tari akan dikenali sebagai salah satu profesion profesional pada masa hadapan.

Sementara itu, rakan seperjuangan Emma, Muhammad Shukri Kamal, 23, memberitahu bidang tarian telah menjadi sebahagian daripada hidupnya.

Tambahnya, sepanjang 10 tahun terlibat dalam seni tari bersama Sazlan dan lima tahun bersama Aswara, pelbagai pengalaman telah ditempuhinya. Antara pencapaian yang diraihnya ialah mewakili Malaysia untuk acara Sekolah Seni seluruh Asia di China.

Ujarnya, dia telah menyampaikan persembahan tradisional seperti tarian Mak Yong dan tarian Joget sebagai lambang kebudayaan Malaysia.


STUDIO ini turut melatih bakat-bakat muda seawal usia tujuh tahun.


Selain itu, Muhammad Shukri juga merupakan antara penari yang sering membuat persembahan untuk iklan komersial dan program realiti seperti Akademi Fantasia serta Mentor.

Bercerita tentang penglibatannya dalam bidang tarian, dia memberitahu ianya bermula sejak di bangku sekolah.

"Saya meminati dunia tarian dan menjadi anak murid Sazlan sewaktu berada di tingkatan empat lagi. Sehingga hari ini minat itu tidak pernah luntur dan saya sedang meneruskan pengajian dalam seni tari di Aswara.

"Dengan pengalaman serta bakat yang digilap di institusi dan studio ini, saya berharap dapat menjadi tenaga pengajar profesional satu hari nanti," ujarnya yang merupakan penuntut ijazah sarjana muda di Aswara.

Dalam pada itu, Muhammad Shukri turut berkongsi rasa kecewa dengan perkembangan bidang tari dalam negara yang masih ketinggalan berbanding negara luar.

Luahnya, hanya terdapat tiga institusi pengajian tinggi yang menawarkan kursus seni tari, iaitu Universiti Malaya, Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Aswara. Selebihnya adalah seni pementasan yang meliputi seni lakonan, tarian, nyanyian dan sebagainya.

Keadaan tersebut berbeza daripada negara-negara barat yang mempunyai pelbagai pilihan institusi dan universiti untuk program seni tari. Di New York sendiri terdapat lebih daripada 40 buah universiti yang menyediakan bidang tari termasuklah Kolej Bard, Kolej Barnard, Universiti Adelphi dan Universiti Cornell.

Ninja Turtles ceriakan kanak-kanak

Posted:

Ninja Turtles ceriakan kanak-kanak

Ninja Turtles ceriakan kanak-kanak

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR


POPULARITI adi wira kelahiran era 1990-an ini masih menebal dalam kalangan kanak-kanak.


BUKAN senang untuk bertemu dan beramah mesra dengan keempat-empat karakter kartun klasik, Teenage Mutant Ninja Turtles yang menjadi kegilaan ramai satu ketika dahulu.

Hasil jemputan pusat beli-belah The Curve, Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor sempena musim cuti sekolah lalu, sekumpulan kanak-kanak kurang bernasib baik dari Rumah Shelter mendapat peluang keemasan bertemu adi wira kegemaran mereka.

Ketibaan 22 penghuni kanak-kanak rumah kebajikan serta penjaga mereka telah disambut mesra oleh pihak pengurusan dan kakitangan The Curve.

Sebagai acara pembuka tirai, kanak-kanak itu telah diberi masa untuk bermain permainan Kraang Ko yang menyeronokkan. Mereka bersorak gembira apabila berjaya memukul kelapa Kraang menggunakan senjata Ninja Turtles.

Kemudian, mereka mencuba permainan Mutagen Madness. Dalam permainan ini, mereka telah menyerlahkan gaya ninja masing-masing dengan melontarkan bintang ninja ke arah beberapa watak jahat dalam kartun itu.

Setelah puas bermain, kumpulan kanak-kanak itu dibawa berkumpul di Centre Court sambil menunggu kemunculan empat adi wira penyu kegemaran mereka iaitu Leonardo selaku Sang Pemimpin; Donatello (Si Ahli Fikir), Raphael (Yang Terkuat) dan Michelangelo (Yang Gila-Gila).

Aksi tersendiri

Kanak-kanak ini diberi peluang bergambar dengan Ninja Turtles yang tampil dengan aksi tersendiri dalam menceriakan peminat cilik mereka.

Bagi Sashi Dharan, 11, peluang menyertai program tersebut sangat menggembirakan hatinya kerana dia memang meminati kartun klasik tersebut.


PARA penghuni Rumah Shelter teruja menjawab kuiz berkenaan Ninja Turtle yang diberikan oleh pengacara.


"Seronok apabila dapat bertemu dengan karakter kartun ini. Paling gembira apabila dapat memukul kepala Kraang, salah satu watak jahat dalam siri kartun tersebut," ujar Sashi yang bercita-cita untuk menjadi anggota polis apabila dewasa kelak.

Sementara itu, wakil Rumah Shelter, Marian Ramirez merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak pengurusan The Curve kerana mengundang anak-anak dari rumah berkenaan.

"Bukan sahaja kanak-kanak, tetapi saya juga teruja berjumpa Ninja Turtles kerana saya membesar bersama watak-watak dalam kartun tersebut. Ia kartun yang sangat klasik," kata Marian.

Selain beramah mesra dengan Ninja Turtles, kumpulan kanak-kanak itu juga menerima hadiah berupa cenderahati kartun Ninja Turtles.

Selepas majlis berakhir, mereka disajikan dengan jamuan teh di restoran Bubba Gump Shrimp Co.

Dalam pada itu, Pengurus Kompleks The Curve, Jazmi Kamarudin mengakui gembira kerana dapat membawakan keempat-empat watak Ninja Turtles pada musim cuti sekolah baru-baru ini.

"Ini merupakan peluang keemasan bagi tetamu-tetamu cilik kami untuk bertemu idola mereka. Buat pertama kalinya, Leonardo, Donatello, Raphael dan Michelangelo muncul di pentas di Malaysia.

"Saya rasa matlamat kami untuk mengukir satu kenangan manis bagi kanak-kanak ini sambil menyertai pelbagai aktiviti bertemakan Ninja Turtles telah tercapai," terangnya.

Untuk maklumat lanjut mengenai penganjuran aktiviti di The Curve, sila layari laman www.thecurve.com.my atau laman Facebook www.facebook.com/theCurveShoppingMall.

Haram amal, pelajari sihir

Posted:

Haram amal, pelajari sihir

Haram amal, pelajari sihir


PERALATAN ini dipercayai digunakan dalam upacara pemujaan.


SOALAN:
Sihir sering digambarkan sebagai sesuatu yang menakutkan. Maka, apakah pandangan Islam mengenai hukum belajar dan mengamalkan sihir?

JAWAPAN: Hukumnya haram berdasarkan firman Allah dan peringatan dari Nabi SAW. Buktinya apabila Allah mengibaratkan sihir dengan kekufuran seperti firman-Nya dalam surah al-Baqarah ayat 102 yang bermaksud: "Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)."

Sihir termasuk dalam kategori dosa-dosa yang mencelakakan sebagaimana ditegaskan dalam hadis riwayat Bukhari dan Muslim: "Jauhilah tujuh perkara besar yang membawa kerosakan."

Para sahabat bertanya: "Apakah tujuh perkara itu ya Rasulullah?"

Jawab Baginda: "Menyekutukan Allah, sihir, membunuh orang yang diharamkan Allah melainkan yang patut dibunuh, makan harta riba, makan harta anak yatim, lari dari peperangan, menuduh perempuan-perempuan baik melakukan kejahatan sedangkan mereka adalah wanita yang terjaga dan beriman."

Fuqaha seperti Imam Malik berpendapat, ahli sihir itu wajib dibunuh demi melindungi masyarakat daripada bahaya sihir. Imam Syafie pula berpandangan, pengamal sihir yang ditahan diwajibkan bertaubat jika amalan sihirnya itu bersifat kufur. Jika dia enggan maka, hukumannya adalah bunuh.

Justeru, saya menyeru agar hentikanlah perbuatan sihir, ia mengundang perpecahan dan kehancuran kepada masyarakat, dan kembalilah kepada ajaran al-Quran dan sunah. Wallahualam.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Tompokan minyak bukan dari pesawat MH370

Posted:

Tompokan minyak bukan dari pesawat MH370

Tompokan minyak bukan dari pesawat MH370

KENDERAAN Dalam Air Automatik yang dikenali Bluefin-21 mencari pesawat MH370 di Lautan Hindi semalam.


PERTH - Tompokan minyak dikesan pada Ahad lepas oleh kapal pertahanan Australia Ocean Shield di selatan Lautan Hindi, kawasan pencarian pesawat Malaysia yang hilang, bukan minyak pesawat atau cecair hidraulik.

Pusat Penyelarasan Bersama Agensi (JACC), yang menyelia operasi mencari pesawat Penerbangan Malaysia MH370, berkata, perkara itu disahkan berdasarkan analisis awal dilakukan pada sampel diambil di kawasan pencarian yang tiba di Perth pagi semalam.

Pada Isnin lalu, Ketua Penyelaras JACC, Angus Houston berkata pada sidang media bahawa tompokan minyak itu ditemui kira-kira 5,500 meter (meter) dalam kawasan isyarat 'ping' dikesan sebelum itu oleh alat pengesan pinger ditunda yang digunakan kapal Ocean Shield.

Dua liter tompokan minyak itu kemudian diambil sebagai sampel.

Dalam perkembangan lain, JACC berkata hasil penilaian oleh pihak Phoenix International dengan bantuan Bluefin Robotics mendapati wujud risiko kecil tetapi pada tahap boleh diterima bagi penggunaan Kenderaan Dalam Air Automatik (AUV) dikenali Bluefin-21, pada kedalaman melebihi 4,500m.

"Peluasan parameter operasi itu membolehkan Bluefin-21 melakukan pencarian di dasar laut pada had yang dijangkakan di kawasan pencarian ketika ini," menurut agensi itu dalam kenyataan.

Phoenix International yang berpangkalan di Amerika Syarikat adalah pemilik dan pengeluar Bluefin-21 dan Bluefin Robotics.

JACC turut menafikan laporan beberapa syarikat media sebelum ini bahawa Bluefin-21 akan mengambil masa antara enam minggu dan dua bulan untuk mengimbas seluruh kawasan pencarian, menegaskan kenyataan itu tidak betul.

Terdapat alat pengesan dilengkapi sonar yang menggunakan bunyi akustik dan peta tiga dimensi pada Bluefin-21 yang digunakan untuk mengimbas kawasan dasar laut.

Ia digerakkan tiga kali sehari bagi pencarian dalam air sejak pertama kali digunakan pada Isnin lepas.

Bagaimanapun, data dicerap daripada dua misi sebelum ini tidak menemui sebarang objek setakat ini.

Ia dikerahkan dengan harapan dapat mengesan serpihan pesawat itu di dasar laut, susulan tiada lagi isyarat dikesan oleh alat pengesan pinger ditunda sejak 8 April lalu.

Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 kru berlepas pada 8 Mac lalu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 12.41 tengah malam dan hilang dari imbasan radar kira-kira sejam kemudian ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.

Gerakan mencari melibatkan pelbagai negara dilancarkan untuk mengesan pesawat itu, bermula di Laut China Selatan dan kemudian diperluas ke Selat Melaka serta Laut Andaman dan kini di selatan Lautan Hindi.

Selepas analisis dibuat terhadap data satelit, ia menunjukkan kedudukan terakhir pesawat itu berada di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pada 24 Mac lalu bahawa Penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi". - Bernama

Pembunuh dimaafkan ibu mangsa kekejamannya

Posted:

Pembunuh dimaafkan ibu mangsa kekejamannya

Pembunuh dimaafkan ibu mangsa kekejamannya


BALAL ditampar ibu seorang mangsa pembunuhannya semasa dia mahu menjalani hukuman gantung sampai mati di Teheran, Iran baru-baru ini.


TEHERAN - Seorang pembunuh di Iran terselamat daripada digantung selepas ibu mangsa memilih untuk me- maafkan kesalahannya, lapor akhbar MailOnline semalam.

Pembunuh yang dikenali sebagai Balal itu menjalani hukuman gantung di sebuah tempat awam di Iran yang turut dihadiri oleh ibu bapa si mangsa.

Ketika dia menarik nafas terakhir semasa tali gantung berada di lehernya, ibu bapa si mangsa memilih supaya hukuman tersebut tidak diterus- kan.

Ibu mangsa sebaliknya menghampiri Balal, menampar mukanya bebe- rapa kali dan membuka ikatan tali gan- tung bersama suaminya.

Gembira melihat Balal terselamat, ibunya kemudian berlari dan memeluk wanita yang telah melepaskan anak lelakinya daripada tali gantung.

Bapa mangsa, Abdolghani Hossein- zadeh berkata, isterinya berubah fiki- ran selepas bermimpi menemui anak lelaki mereka yang telah mati.

"Tiga hari lalu, isteri saya bermimpi berjumpa dengan anak sulung kami dan diberitahu bahawa dia dan adik lelakinya berada di tempat yang baik," kata Abdolghani.

"Arwah juga meminta ibunya supaya tidak mengambil tindakan balas," tambah lelaki itu.

Menurut Abdolghani, tindakan isterinya itu luar biasa kerana mereka telah kehilangan seorang lagi anak lelaki dalam satu kemalangan motosi- kal semasa dia berusia 11 tahun.

Balal dihukum mati kerana menikam mangsa yang ketika itu berusia 18 tahun, Abdollah Hosseinzadeh dalam satu pergaduhan di bandar Royan, tujuh tahun lalu.

Namun, Abdolghani percaya Balal tidak bermaksud untuk membunuh anak lelakinya.

"Ketika kejadian, Abdollah berang dan menendang Balal tetapi pembunuh itu mengeluarkan sebilah pisau dari celah sarung kakinya," kata Abdolghani.

"Balal masih muda dan tidak tahu selok-belok menggunakan pisau," tambahnya.

Undang-undang syariah di Iran membenarkan keluarga mangsa untuk mengambil bahagian dalam pelaksanaan hukuman mati ke atas pesalah.

Mereka juga boleh membatalkan hukuman mati tersebut tetapi bukan hukuman penjara.

Setakat ini, masih tidak dapat dipastikan sama ada Balal akan dibebas- kan. - Agensi

Wanita berjaya halang anjingnya ditangkap

Posted:

Wanita berjaya halang anjingnya ditangkap

Wanita berjaya halang anjingnya ditangkap


SEORANG wanita cuba meyakinkan para penangkap anjing liar bahawa seekor haiwan yang telah ditangkap itu merupakan miliknya di Bucharest pada 13 April lalu.


BUCHAREST, Romania - Seorang wanita memeluk seekor anjing miliknya bagi mengelak ditangkap oleh beberapa orang penangkap anjing liar di bandar ini.

Wanita yang tidak dikenali itu cuba meyakinkan penangkap anjing bahawa haiwan tersebut adalah miliknya.

Beberapa orang penangkap anjing itu kemudiannya melepaskan anjing wanita itu.

Di bandar ni, terdapat kira-kira 60,000 ekor anjing liar dan pada tahun lalu seorang budak mati selepas digigit sekumpulan haiwan berkenaan di sebuah taman permainan.

Operasi menangkap anjing liar itu dilakukan selepas para penunjuk perasaan jalanan mendesak sesuatu perlu dilakukan untuk menangani masalah berkaitan haiwan tersebut. - Reuters

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Polis Kuala Lumpur cari remaja perempuan hilang di Hentian Bas Putra

Posted:

Polis Kuala Lumpur cari remaja perempuan hilang di Hentian Bas Putra

Polis Kuala Lumpur cari remaja perempuan hilang di Hentian Bas Putra

18/04/2014 10:01pm

KUALA LUMPUR - Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja perempuan yang dilapor hilang di Hentian Bas Putra di sini sejak dua hari lepas.

Menurut kenyataan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, remaja itu dikenali sebagai Che Nurul Che Harun, 15, yang beralamat terakhir Gua Musang, Kelantan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai remaja berkenaan diminta supaya menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat, Sarjan Yazid Ramli di talian 010-3736843 atau Balai Polis Dang Wangi (03-26002229), Pusat Kawalan Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi (03-26977099), Hotline Rakan Cop Polis Kuala Lumpur (03-21159999), mengirim khidmat pesanan ringkas (SMS) ke 32728 atau mana-mana balai polis berdekatan. - Bernama

Pelan catuan air terjejas, LRA Wangsa Maju ditutup - Syabas

Posted:

Pelan catuan air terjejas, LRA Wangsa Maju ditutup - Syabas

Pelan catuan air terjejas, LRA Wangsa Maju ditutup - Syabas

18/04/2014 9:58pm

KUALA LUMPUR - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) hari ini menjelaskan gangguan pelan catuan bekalan air di beberapa kawasan di Gombak sejak semalam berpunca daripada penutupan Loji Rawatan Air (LRA) Wangsa Maju.

Syabas dalam satu kenyataan berkata, LRA Wangsa Maju ditutup kali pertama dari 4.45 petang semalam hingga 12 tengah malam akibat tahap kekeruhan bekalan air mentah dari Sungai Gombak yang tinggi.

Kata kenyataan itu, hari ini LRA itu ditutup sekali lagi bermula 7 pagi tadi akibat masalah sama.

Menurut kenyataan tersebut, pengendali loji, Puncak Niaga Sdn. Bhd. sudah memaklumkan situasi Sungai Gombak kepada Lembaga Urus Air Selangor sebagai pihak pengawal selia sungai di Selangor.

Kenyataan itu juga memaklumkan gangguan penyaluran bekalan air di beberapa kawasan di sekitar Puchong berpunca daripada kerosakan injap di Jalan Bangau semalam. - Bernama

Pemandu lori kontena tahan sakit dua jam sebelum diselamatkan

Posted:

Pemandu lori kontena tahan sakit dua jam sebelum diselamatkan

Pemandu lori kontena tahan sakit dua jam sebelum diselamatkan

18/04/2014 8:28pm

MARAN - Seorang pemandu lori kontena terpaksa menahan kesakitan hampir dua jam akibat tersepit di tempat duduknya setelah kenderaan berat dipandunya itu terbalik di Km77, Jalan Kuantan-Maran, dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Supritendan Sulaiman A. Hamid berkata, kemalangan berlaku kira-kira 4.30 pagi ketika Mohd. Ikmar Abdul Majid, 40, yang memandu lori kontena tanpa muatan itu dalam perjalanan menghala ke Pelabuhan Kuantan dari Pelabuhan Klang, Selangor.

"Tiba di tempat kejadian yang merupakan selekoh tajam, mangsa dipercayai gagal mengawal kenderaan itu menyebabkan lori itu terbabas dan terbalik di kanan jalan mengakibatkan mangsa tersepit di tempat duduknya.

"Sepasukan anggota polis yang bergegas ke tempat kejadian terpaksa menggunakan jentera pengorek tanah untuk mengalihkan lori dan mengambil masa dua jam sebelum berjaya mengeluarkannya," katanya kepada pemberita di sini.

Menurutnya, pemandu yang berasal dari Kampung Lubuk, Jitra, Kedah berjaya dikeluarkan kira-kira 6.45 pagi dan dihantar ke Hospital Sultan Ahmad Shah, Temerloh untuk rawatan. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved