Sabtu, 22 Mac 2014

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Hujan penyelamat suhu panas

Posted:

Hujan penyelamat suhu panas

Hujan penyelamat suhu panas

Oleh KHAIRIYAH HANAFI
khairiyah.hanafi@kosmo.com.my

SUHU panas mencecah 38 darjah Celcius yang melanda negara sejak awal Januari lalu mencetuskan situasi panik dalam kalangan orang ramai.

Senario tersebut memberi kesan kepada bekalan air bersih di Lembah Klang apabila paras air di tiga daripada tujuh buah empangan di Selangor, iaitu Empangan Klang Gate, Empangan Langat dan Empangan Selangor berkurangan secara drastik.

Kesan daripada perubahan cuaca tersebut turut menyebabkan bilik operasi bomba tidak sunyi daripada menerima panggilan kecemasan berkaitan kebakaran hutan.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Sani Harul, pihaknya merekodkan kira-kira 2,122 kebakaran hutan pada bulan Januari dan Februari.

"Kebakaran ini meliputi hutan gambut, tapak pelupusan sampah, kawasan lalang, belukar dan semak selain daripada kebun tanaman.

"Daripada pecahan tersebut, kebakaran lalang, belukar dan semak merekodkan jumlah kes yang paling tinggi iaitu 196 kes pada Januari manakala 970 pada Februari," katanya.

Ujarnya, kes yang melibatkan kebakaran hutan menunjukkan peningkatan yang drastik pada pertengahan Januari sebelum angka tersebut terus meningkat sehingga akhir Februari lalu.

"Pada Januari, sebanyak 414 kebakaran direkodkan dengan pecahan 196 bagi lalang, belukar dan semak, 148 kes berkaitan kebakaran sampah, 50 bagi hutan gambut dan 20 kes melibatkan kebakaran kebun tanaman," ulasnya.

Tambah beliau, kebakaran yang banyak berlaku di sekitar Shah Alam, Bangi, Kajang, dan Hulu Klang itu bagaimanapun tidak melibatkan kemalangan jiwa.

Namun, setelah hampir dua bulan fenomena cuaca panas tersebut berlangsung, orang ramai mampu menghela nafas lega apabila hujan mula membasahi beberapa kawasan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor selepas 15 minit aktiviti pembenihan awan dijalankan baru-baru ini.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah berkata, hasil pemantauan menerusi imej satelit mendapati, operasi itu bukan sahaja berjaya menurunkan hujan di Hulu Langat, Kuala Kubu Baharu, Hulu Klang dan Semenyih, malahan di beberapa kawasan lain yang berdekatan.

"Kejayaan operasi ini disebabkan cuaca yang sesuai untuk menjalankan pembenihan awan seperti atmosfera yang tidak stabil, kehadiran awan kumulus menjulang serta kandungan wap air yang banyak di kawasan tersebut.


SUHU kering menyebabkan paras air di beberapa empangan di Selangor terjejas sekali gus berlaku gangguan bekalan air.


"Selain itu, kami juga dapati awan di kawasan tersebut berpotensi untuk menghasilkan lebih daripada 80 peratus hujan," katanya.

Pada 3 Mac lalu, sebuah pesawat jenis C-130 Hercules, yang memuatkan kira-kira 1,000 liter air dan 150 kilogram garam digunakan dalam operasi pembenihan awan di Lembah Klang.

Operasi hasil kerjasama Tentera Udara Diraja Malaysia itu bermula pukul 2.20 petang dengan menelan perbelanjaan kira-kira RM100,000.

Pembentukan hujan

Pembenihan kering dan pembenihan basah merupakan dua kaedah yang sering digunakan di Malaysia.

Melalui pembenihan kering, katrij yang mengandungi bahan berbentuk solid akan dibakar menerusi kapal terbang sebelum awan dapat dibentuk melalui penyebaran garam.

Bagi pembenihan basah pula, larutan garam dan air akan dimasukkan ke dalam sebuah tangki di mana larutan tersebut akan di sebarkan oleh juruterbang sebaik tiba di kawasan pembenihan.

Hujan biasanya turun ke lokasi sasaran kira-kira 15 minit selepas teknik tersebut dijalankan.

Pengarah Bahagian Sains Atmosfera dan Pembenihan Awan Jabatan Meteorologi, Azhar Ishak, memberitahu, teknik pembenihan awan basah merupakan kaedah yang kerap digunakan di Malaysia memandangkan potensi untuk hujan turun lebih tinggi.

"Perkara ini sebenarnya bergantung kepada kestabilan awan dan juga atmosfera sekeliling memandangkan kedua-duanya saling berkait dalam penghasilan hujan.

"Jika kedua-dua keadaan wujud, tidak sampai 15 minit operasi dijalankan hujan akan turun," katanya.

Ujarnya, bagi setiap aliran hujan yang turun ke bumi, ia mengambil masa antara 30 hingga 60 minit sebelum berhenti.


OPERASI ini menggunakan pesawat tentera jenis C-130 Hercules manakala perbelanjaan keseluruhan untuk setiap operasi pembenihan awan kira-kira RM100,000.


"Pada tahun ini sahaja, kami telah menjalankan sebanyak dua kali kaedah pembenihan awan di Lembah Klang disebabkan cuaca yang terlalu panas.

"Jika hujan masih tidak turun pada pertengahan bulan Mac, suhu dijangka naik sehingga 40 darjah Celcius seperti yang berlaku di Chuping, Perlis pada tahun 1998," ulasnya.

Statistik daripada Jabatan Meteorologi menunjukkan sebanyak 1,053 operasi pembenihan awan yang melibatkan 1,170 penerbangan berjaya dijalankan di negara ini dalam tempoh 15 tahun iaitu dari 1998 hingga 2014.

Tambah Azhar, tahun 2005 mencatatkan peningkatan jumlah operasi secara mendadak iaitu sebanyak 188 kali.

"Ini kerana pada tahun tersebut, Malaysia mengalami cuaca kering yang teruk dan berpanjangan selain pengurangan paras air empangan. Pada masa yang sama, fenomena jerebu turut melanda.

"Bagaimanapun, pada tahun 2008, 2011 dan 2012, tiada operasi pembenihan awan dijalankan kerana tiada keperluan," jelasnya.

Azhar menjelaskan, rata-rata operasi pembenihan awan dibuat bagi mengatasi masalah jerebu, kemerosotan ketara paras air empangan, cuaca kering, kemarau dan krisis air.

Kompleks

Pembenihan awan memerlukan ketidakstabilan angin kerana kebarangkalian untuk wap air naik ke udara adalah tinggi sekali gus mempercepatkan proses tersebut.

"Selain aspek ketidakstabilan angin, ia memerlukan awan jenis kumulus menjulang yang bergerak dalam beberapa hala pada ketinggian sekurang-kurangnya 5,000 meter dari aras laut," ulasnya.

Lazimnya, operasi tersebut akan dilaksanakan di kawasan takungan air kerana ia merupakan lokasi yang strategik bagi orang ramai untuk mendapatkan air.

Dadah hiasi festival muzik

Posted:

Dadah hiasi festival muzik

Dadah hiasi festival muzik

Oleh NOR IDAYU BOSRO
idayu.bosro@kosmo.com.my


DADAH diagihkan kepada pengunjung ketika konsert berlangsung. - Gambar hiasan


INSIDEN kematian membabitkan enam remaja ekoran dipercayai mengambil dadah sintetik secara berlebihan di konsert Future Music Festival Asia (FMFA) 2014 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 14 Mac lalu menggemparkan negara.

Selain enam remaja berkenaan, tiga individu lain juga dilaporkan berada dalam keadaan kritikal akibat pengambilan bahan terlarang tersebut.

Jumlah mangsa yang menerima rawatan di beberapa hospital sekitar ibu negara juga dilaporkan meningkat kepada 14 orang dengan sembilan daripadanya warga Singapura manakala empat lagi masing-masing rakyat Malaysia, Taiwan, Iran dan Myanmar.

Dadah baharu

Berikutan kejadian tersebut, polis membatalkan serta-merta kemuncak konsert berentak disko itu yang dijadualkan berlangsung pada malam Sabtu lalu.

Kes sebegini turut dilaporkan berlaku di luar negara.

Di Britain, lebih 100 remaja terpaksa menerima rawatan ketika penganjuran konsert DJ Hardwell yang berlangsung pada 6 Februari lalu di Royal Highland Centre di Edinburgh, Belfast.

Rata-rata mangsa jatuh sakit berpunca daripada penyalahgunaan dadah serta alkohol.

Menurut portal berita The Herald, konsert yang dijangka menerima 7,500 pengunjung itu turut dibatalkan atas faktor keselamatan.

Selain itu, festival muzik Electric Zoo yang berlangsung pada di Randall's Island, New York, Amerika Syarikat (AS) turut dibatalkan pada hari terakhir penganjurannya berikutan kematian dua pengunjung akibat pengambilan dadah secara berlebihan.

Empat individu lain turut dimasukkan ke hospital atas sebab yang sama.

Datuk Bandar Manchester, Ted Gatsas menerusi portal The Boston Globe berkata, kematian dua individu terbabit dikaitkan dengan pengambilan pil ekstasi dan dadah dalam bentuk serbuk putih yang dipanggil 'Molly'.

Ia dipercayai dadah campuran ekstasi dengan bahan kimia lain seperti amphetamine dan kokain.


PENGUNJUNG dari dalam dan luar negara membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur sempena konsert Future Music Festival Asia baru-baru ini.


Empat lagi dimasukkan ke hospital atas sebab yang sama.

Dalam insiden yang berlaku di FMFA, siasatan polis mendapati beberapa jenis dadah disyaki dibawa masuk dari luar negara dan diagihkan ketika konsert berlangsung.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, dadah baharu itu didapati baru saja berada dalam pasaran Malaysia dipercayai awal tahun ini dan kemungkinan masih dalam peringkat ujian oleh sindiket dadah.

"Hasil siasatan dan saringan awal daripada ujian hospital, kesemua mereka positif dadah jenis ekstasi, methampetamine dan amphetamine.

"Kami sedang menunggu laporan kimia untuk dibandingkan dengan pil ekstasi yang ada di negara ini sama ada ia mempunyai kandungan ekstasi yang sama atau menggunakan bahan-bahan baharu," katanya.

Sementara itu, menurut sumber polis, tindak balas dadah baharu itu boleh membawa maut apabila dicampur dengan dadah-dadah lain seperti eramin 5, ekstasi dan ketamin.

Menurutnya, mereka yang mengambil dadah itu juga dikatakan akan mengalami peningkatan suhu badan secara mendadak sehingga boleh mengakibatkan tidak sedarkan diri di samping keluar darah menerusi hidung dan telinga.

"Kesan dadah ini di kawasan yang sesak seperti di stadium menyebabkan badan menjadi panas, kekejangan, mulut berbuih dan mangsa-mangsa mati dalam keadaan mata terbeliak.

"Pun begitu, kesan pengambilan dadah baharu itu terhadap individu berbeza-beza kerana bergantung kepada tahap kesihatan seseorang," ujarnya.

Pencegahan

Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye meminta para penganjur menitikberatkan langkah pencegahan penyalahgunaan dadah ketika menganjurkan konsert bertaraf antarabangsa.

"Saya memandang serius terhadap apa yang berlaku pada FMFA 2014 dan meminta para penganjur konsert untuk mengambil iktibar daripada kejadian ini.

"Setiap pihak penganjur perlu ambil berat mengenai kawalan penyalahgunaan dadah pada masa akan datang," katanya.

Sementara itu, Kementerian Belia dan Sukan akan bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri bagi mengelakkan insiden sedemikian berlaku pada masa akan datang.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, antara langkah yang akan diambil ialah mengadakan program khidmat masyarakat bagi menangani penyalahgunaan dadah.

"Tidak ada kewajaran untuk menyekat konsert sebegini pada masa akan datang, kita kena faham walaupun tahap penguatkuasaan dan keselamatan ditingkatkan namun perlu ada kesedaran dalam diri sendiri terlebih dahulu.

"Penonton konsert juga boleh mengambil dadah di luar premis sebelum ke konsert. Jadi kita perlu mengajar dan mendedahkan anak-anak muda kepada bahaya penggunaan dadah," jelasnya.

Latihan minum darah ular

Posted:

Latihan minum darah ular

Latihan minum darah ular


DARAH ular tedung diminum terus setelah dikelar.


MELIHAT kelibat ular tedung dari jauh pun sudah cukup untuk membuatkan ramai orang menjerit ketakutan, inikan pula jika dipaksa menggigit leher reptilia itu hidup-hidup dan menghirup darahnya.

Kedengaran ngeri dan menjijikkan, namun itulah cabaran yang perlu ditempuh oleh anggota-anggota tentera yang mengikuti program tahunan Cobra Gold 2014.

Cobra Gold yang sudah 13 kali diadakan merupakan program latihan ketenteraan tahunan yang menggabungkan tentera dari beberapa buah negara termasuk Malaysia, Korea Selatan, Indonesia, Thailand, Amerika Syarikat, Singapura dan Jepun.

Latihan terbaharu melibatkan 8,000 anggota tentera yang dijalankan di wilayah Chanthaburi, Thailand, Februari lalu manakala tahun sebelumnya di Sanapit, negara yang sama.


PELBAGAI kaedah digunakan oleh kalangan tentera untuk mendapatkan darah ular tedung.


Minum darah ular

Selain didedahkan dengan latihan daya kelangsungan hidup di dalam hutan, kesemua peserta yang dipilih oleh Pasukan Khas Tentera Diraja Thailand itu akan diajar dengan salah satu tradisi yang menjadi kebanggaan negara tersebut iaitu minum darah ular tedung sebaik haiwan tersebut ditangkap.

Ramai yang beranggapan darah ular tedung Asia Tenggara mempunyai penawar dan khasiat yang paling baik. Tidak hairanlah jika latihan ketenteraan tersebut turut diselitkan dengan cabaran memburu dan minum darah haiwan kategori pemangsa tersebut.

Darah ular sememangnya bernilai tinggi di sesetengah tempat. Di Jakarta, Indonesia, contohnya, arak yang dicampur darah ular dijual pada harga RM350 segelas.

Selain memburu ular tedung, tentera terbabit didedahkan dengan kaedah memburu dan memakan haiwan lain seperti serangga dan burung, begitu juga tumbuh-tumbuhan.

Bagaimanapun, latihan menangkap, membunuh dan minum darah ular tedung telah menerima pelbagai kritikan walaupun ia diakui lebih mencabar berbanding mencari sumber makanan lain di dalam hutan sewaktu darurat.


TENTERA turut diajar memakan serangga sewaktu Cobra Gold 2014.


Survival hutan

Menurut salah seorang tenaga pengajar Cobra Gold, Rittichai Soontorn, pelatih seharusnya diberi pendedahan yang mendalam terhadap kaedah daya ketahanan diri di dalam belantara dan bukan memfokuskan kepada perkara sebaliknya yang pelik-pelik.

"Perkara ini tidak logik memandangkan banyak lagi benda lain yang mereka boleh bergantung untuk terus hidup bersendirian.

"Sebagai contoh, tumbuh-tumbuhan kerana ia sumber yang paling mudah dan cepat untuk diperoleh di dalam hutan," katanya seperti dipetik ABC News.

Dalam pada itu, Pegawai Memerintah KD Sri Pinang, Komander Abau Endin Boon berkata, latihan seperti itu disifatkan sebagai aneh dan dipercayai tidak pernah dipraktikkan dalam latihan ketenteraan di Malaysia.

"Biasanya dalam latihan hutan, tentera diajar cara menjerat, memburu binatang dan menghidupkan api.

"Selain itu, mereka juga diajar cara untuk mengenal pasti tumbuh-tumbuhan yang boleh di jadikan sumber makanan seperti ulam-ulaman dan sayur pucuk," katanya kepada Jurnal.

Tambah Abau, minum darah ular tedung bagaimanapun disifatkan normal dan sering dilakukan oleh sesetengah masyarakat di Malaysia.

"Saya pernah melihat sebuah gerai di pasar malam di Kuantan, Pahang yang menjual campuran darah ular tedung dan arak.

"Kecenderungan individu untuk minum minuman ini mungkin disebabkan oleh kepercayaan bahawa minuman tersebut kaya dengan pelbagai khasiat, malah mampu menguatkan tenaga batin," ujarnya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


China beri harapan baharu

Posted:

China beri harapan baharu

China beri harapan baharu

INILAH imej objek terapung di selatan Lautan Hindi yang dirakam menerusi satelit pemerhatian Bumi beresolusi tinggi iaitu Gaofen-1 dan dipercayai ada kaitan dengan pesawat MH370 yang hilang.


PERTH – Usaha antarabangsa bagi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu kini mendapat nafas baharu apabila China menyiarkan satu imej satelit menunjukkan sebuah objek besar terapung di selatan Lautan Hindi dipercayai ada kaitan dengan pesawat berkenaan.

Imej yang menunjukkan objek berukuran panjang 22.5 meter dan lebar 13 meter itu dirakam pada 18 Mac lalu. Ia disiarkan oleh Pentadbiran Negara Teknologi, Sains dan Industri China semalam.

Imej objek tersebut terletak kira-kira 120 kilometer dari objek yang dikesan sebuah lagi satelit pada 16 Mac lalu yang didedahkan Australia. Ia terletak kira-kira 2,500 kilometer ke barat daya Perth.

Imej baharu itu dirakam menerusi satelit pemerhatian Bumi beresolusi tinggi iaitu Gaofen-1.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Transkrip komunikasi tidak sahih

Posted:

Transkrip komunikasi tidak sahih

Transkrip komunikasi tidak sahih


HISHAMMUDDIN (tengah) pada sidang akhbar pesawat MH370 di Hotel Sama-Sama di Sepang semalam. Turut hadir Azharuddin (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya (kanan).


SEPANG - Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengesahkan transkrip komunikasi antara juruterbang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah dengan menara kawalan trafik udara Malaysia yang didedahkan The Telegraph adalah tidak tepat.

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata, laporan yang didedahkan portal dari United Kingdom itu adalah sesuatu yang tidak benar.

"Saya mengesahkan transkrip komunikasi yang dilaporkan di dalam The Telegraph adalah tidak sahih, tidak tepat," katanya pada sidang akhbar harian berhubung pesawat MH370 di Hotel Sama-Sama di sini semalam.

The Telegraph dalam satu pendedahan semalam mendakwa transkrip tersebut adalah laporan komunikasi pada 54 minit terakhir sebelum pesawat itu terputus hubungan dengan menara kawalan.

Menurut laporan itu, transkrip komunikasi juruterbang bersama menara kawalan itu bermula ketika pesawat MH370 terbabit berlepas dari landasan hingga ke kedudukannya di ketinggian yang mencecah puluhan ribu kaki di atas Laut China Selatan.

Transkrip yang didakwa bermula pada pukul 12.25 tengah malam memaparkan arahan daripada menara kawalan kepada juruterbang pesawat itu termasuk pertukaran dari satu lokasi.

Azharuddin ketika diminta untuk mendedahkan butir perbualan antara juruterbang dan menara kawalan trafik udara, beliau menjelaskan:

"Oleh kerana telah menjadi amalan standard dalam siasatan seperti ini, transkrip itu tidak boleh didedahkan kepada umum pada peringkat ini."

Lamborghini dipandu pelajar remuk

Posted:

Lamborghini dipandu pelajar remuk

Lamborghini dipandu pelajar remuk


KEADAAN kereta Lamborghini yang terbabit dalam kemalangan di Gua Musang, Kelantan semalam.


GUA MUSANG - Sebuah kereta Lamborghini yang dipandu seorang pelajar kolej swasta remuk selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 38, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, pukul 4 petang semalam.

Kemalangan itu dipercayai berlaku akibat kegagalan pemandu kereta mewah berkenaan, Ng Euken, 25, memotong sebuah lori yang berada di hadapannya.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superitendan Saiful Bahri Abdullah berkata, semasa kejadian sebuah lori dari arah bertentangan pula gagal mengelak menyebabkan kenderaan terbabit bergesel dengan kereta Lamborghini yang bernilai kira-kira RM1.2 juta itu.

"Lori tersebut berpusing sebelum melanggar sebuah teksi di laluan bertentangan. Bagaimanapun hanya pemandu Lamborghini dan seorang penumpang di dalamnya mengalami cedera ringan," katanya.

Jelas beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan tidak cermat.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Chelsea berpesta gol

Posted:

Chelsea berpesta gol

Chelsea berpesta gol

OSCAR (kiri) meraikan kejayaan meledakkan gol kedua peribadi ketika Chelsea membelasah Arsenal 6-0 di Stamford Bridge malam tadi.


LONDON - Chelsea mengukuhkan kedudukan di persada Liga Perdana England selepas membelasah Arsenal 6-0 di Stamford Bridge malam tadi.

Kemenangan tersebut membolehkan skuad bimbingan Jose Mourinho mengumpul 69 mata daripada 31 perlawanan, manakala Arsenal kekal di tangga ketiga dengan 62 mata.

Pada aksi malam tadi, Samuel Eto'o meletakkan skuad The Blues di depan seawal minit kelima sebelum Andre Schurrle menambah derita skuad The Gunners apabila menyumbat masuk gol kedua pada minit ketujuh.

Skuad bimbingan Arsene Wenger sekali lagi ditimpa malang apabila pengadil perlawanan, Andre Marriner melayangkan kad merah kepada pemain pertahanan, Kieran Gibbs.

Gibbs menjadi mangsa pengadil yang keliru dengan insiden menampan bola dengan tangan yang sebenarnya dilakukan oleh Alex Oxlade-Chamberlain ketika dia cuba mengalang rembatan Fernando Torres pada minit ke-15.

Oxlade-Chamberlain memberitahu Marriner: "Saya yang melakukannya."

Bagaimanapun, Marriner tidak mengindahkan penjelasan Oxlade-Chamberlain itu dan terus melayangkan kad merah kepada Gibbs, sekali gus memberikan sepakan penalti kepada Chelsea.

Penyerang muda Belgium, Eden Hazard tidak berdepan masalah untuk memperdaya pengaja gol Arsenal, Wojciech Szczesny.

Oscar membuktikan kehebatannya apabila menyumbat gol keempat Chelsea hasil hantaran Torres kira-kira tiga minit sebelum rehat.

Arsenal cuba bangkit pada babak kedua tetapi gagal memperoleh gol yang dicari.

Chelsea terus berpesta jaringan apabila berjaya menambah dua lagi gol masing-masing menerusi Oscar pada minit ke-66 dan Mohamed Salah (71).

Kekalahan itu pasti meninggalkan kesan yang mendalam kepada Wenger yang mengharapkan kejayaan bagi meraikan perlawanan ke-1,000 selaku pengurus Arsenal. - Agensi

Ulangan aksi final Malaysia, Australia

Posted:

Ulangan aksi final Malaysia, Australia

Ulangan aksi final Malaysia, Australia

Oleh FIRDAUS HASSAN
firdaus.hassan@kosmo.com.my


FAIZAL (kanan) bersaing dengan Ciriello pada aksi terakhir peringkat kumpulan Piala Sultan Azlan Shah di Stadium Azlan Shah, Ipoh semalam.


NASIB menyebelahi Malaysia apabila mara ke final Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2014.

Meskipun berkongsi 10 mata dengan Korea Selatan, Malaysia tetap layak beraksi di pentas final berdasarkan kelebihan jaringan.

Pada aksi terakhir peringkat kumpulan semalam, Malaysia gagal menyekat kehebatan pasukan No. 1 dunia, Australia apabila tewas 2-6 pada aksi di Stadium Azlan Shah.

Pengendali Malaysia, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah mengakui, barisan pemainnya mempamerkan persembahan hambar kerana terlalu menghormati reputasi pihak lawan.

"Apabila bermain pada tahap ini dan menentang pasukan handalan dunia, para pemain muda saya dilihat takut untuk mengatur serangan.

"Namun, saya akan memperbaiki segala kekurangan yang ada bagi membentuk barisan yang mantap pada aksi final esok (hari ini)," jelasnya.

Australia yang turun selaku penyandang juara dan mengesahkan tiket final lebih awal, bermula garang sejak minit pertama melalui gerakan dan hantaran pantas.

Hasilnya, Australia memperoleh gol pembukaan menerusi pukulan sudut penalti yang disudahkan oleh Nicholas Budgeon pada minit ke-17.

Bagaimanapun, Australia terpaksa menunggu hingga babak kedua untuk memperoleh lima lagi gol.

Gol kedua Australia hadir pada minit ke-38 hasil pukulan sudut penalti yang disempurnakan Chris Ciriello.

Russell Ford dan Daniel Beale masing-masing menambah gol ketiga dan keempat Australia menerusi jaringan padang pada minit ke-42 dan 43.

Berpunca daripada satu lagi pukulan sudut penalti, Australia memperoleh gol kelima sumbangan Eddie Ockenden pada minit ke-46.

Malaysia makin tertekan apabila Ciriello meledak gol keenam Australia melalui satu set piece pukulan sudut penalti pada minit ke-59.

Faizal Saari menghidupkan sisa-sisa perjuangan Malaysia apabila menyumbang dua gol menarik menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-61 dan 70.

Misi gelaran dunia kelapan berkecai

Posted:

Misi gelaran dunia kelapan berkecai

Misi gelaran dunia kelapan berkecai

Oleh NOOR HASLIZA NUSI
hasliza.nusi@kosmo.com.my


NICOL ditenangkan bapanya, Desmond David selepas tersingkir pada saingan separuh akhir Kejohanan Skuasy Wanita Dunia CIMB ke-29 di sPICE, Pulau Pinang semalam.


RATU negara, Datuk Nicol David tidak dapat menahan kesedihan sejurus tersingkir pada aksi separuh akhir Kejohanan Skuasy Wanita Dunia CIMB ke-29 di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Pulau Pinang Subterranean (sPICE), Pulau Pinang semalam.

Tampil dengan misi memburu gelaran dunia kali kelapan, Nicol terpaksa akur dengan kekalahan kepada pemain Mesir, Nour El Sherbini dalam pertarungan lima set 11-4, 9-11, 6-11, 11-2, 9-11.

"Hari ini (semalam) buk an tuah saya. Ini merupakan perlawanan yang sangat sengit. Dia (Nour El) beraksi dengan hebat dan tidak banyak melakukan kesilapan.

"Saya juga terkejut dengan keputusan ini biarpun sudah berusaha keras. Dia yang masih muda sudah membuktikan kemampuannya dalam perlawanan ini. Saya puji kehebatannya," kata Nicol.

Ditanya sama ada dia berasa terlalu yakin ketika berdepan Nour El, pemain kelahiran Pulau Pinang itu memberitahu: "Saya tidak pernah menganggap mana-mana perlawanan sebagai sesuatu yang mudah."

Sementara itu, Nour El mula mencuri tumpuan seterusnya melakar sejarah tersendiri apabila menjuarai Kejohanan Skuasy Remaja Dunia 2009 ketika berusia 13 tahun.

Menghuni ranking ke-15 dunia, Nour El sekali lagi mencipta sejarah apabila bakal muncul pemain termuda beraksi di pentas final Kejohanan Skuasy Wanita Dunia kali ini.

Menurut pemain berusia 17 tahun itu, dia tidak menyangka dapat menewaskan Nicol yang mendapat sokongan padu daripada penyokong tempatan.

"Saya tidak meletakkan sasaran yang tinggi untuk menang. Saya tidak sangka kemenangan berpihak kepada saya hari ini (semalam).

"Menjadi juara sememangnya menjadi impian saya. Saya terkejut dapat kalahkan Nicol dan tetap berasa kasihan dengan dia kerana tewas di negara sendiri," jelasnya.

Pada aksi final hari ini, Nour El akan menentang pemain England, Laura Massaro yang menewaskan pemain Mesir, Raneem El Weleily 11-9, 11-7, 6-11, 11-7 dalam satu lagi pertemuan separuh akhir semalam.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Tiga beranak disamun empat lelaki bersenjatakan parang

Posted:

Tiga beranak disamun empat lelaki bersenjatakan parang

Tiga beranak disamun empat lelaki bersenjatakan parang

22/03/2014 9:37pm

KUANTAN - Tiga beranak berdepan dengan detik cemas apabila disamun oleh empat lelaki bersenjatakan parang dalam kejadian di kedai runcit milik mereka di Kampung Huma, Pekan Awah, Maran malam tadi.

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Sulaiman A. Hamid berkata, dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu si suami, 58, dan isterinya, 56, bersama seorang anak lelaki mereka berusia 15 tahun turut diugut untuk dicederakan dengan parang sebelum mereka diikat.

"Ketika sedang berada di dalam kedai itu, empat lelaki bersenjatakan parang tiba-tiba meluru masuk dan terus mengacukan senjatan itu ke arah mereka.

"Suspek kemudian bertindak mengikat kaki dan tangan tiga beranak tersebut sebelum menggeledah kedai mangsa," katanya kepada Bernama hari ini.

Menurutnya antara barang yang dilarikan termasuk barang kemas milik mangsa yang dianggarkan bernilai RM5,000 dan wang tunai RM300.

Kata Sulaiman, polis kini sedang mengesan kesemua suspek terlibat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. - Bernama

Pengawal keselamatan wanita maut dirempuh lori

Posted:

Pengawal keselamatan wanita maut dirempuh lori

Pengawal keselamatan wanita maut dirempuh lori

22/03/2014 9:35pm

KUALA LUMPUR - Seorang pengawal keselamatan wanita maut dirempuh sebuah lori mengangkut tanah ketika menunggang motosikalnya di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di sini hari ini.

Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Rosli Mohd Noor berkata, kejadian berlaku kira-kira 11.45 pagi tadi, ketika Siti Rokiah Md Yit, 54, dipercayai dalam perjalanan pulang dari pasar.

"Siasatan awal mendapati lori tersebut gagal berhenti dan terus melanggar mangsa dari arah belakang ketika mangsa berhenti di lampu isyarat berhadapan Kondo Setia Sky dan menyebabkan mangsa maut ditempat kejadian," katanya.

Sementara itu, saksi kejadian yang enggan dikenali memberitahu Bernama, pemandu lori tersebut tidak sempat menekan brek lalu merempuh mangsa ketika lampu isyarat bertukar merah.

Pemandu lori berkenaan ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cuai/merbahaya hingga menyebabkan kematian. - Bernama

PPDNKK P. Pinang rampas pelbagai barangan tiruan bernilai RM16,000

Posted:

PPDNKK P. Pinang rampas pelbagai barangan tiruan bernilai RM16,000

PPDNKK P. Pinang rampas pelbagai barangan tiruan bernilai RM16,000

22/03/2014 8:36pm

GEORGE TOWN - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Pulau Pinang berjaya merampas pelbagai barangan berjenama tiruan antaranya jersi, beg dan aksesori wanita serta cakera padat video (VCD) dan cakera video digital (DVD) dalam satu serbuan di sebuah gerai penjaja di Batu Feringghi, dekat sini malam tadi.

Ketua Pegawai Penguatkuasanya, Abdul Rosik Yakub berkata, dalam serbuan pada pukul 10 malam yang disertai sembilan anggota penguatkuasa itu, pihaknya menahan seorang lelaki berusia 30-an iaitu pemilik gerai berkenaan.

"Antara barangan yang dirampas adalah jersi pasukan bola sepak antarabangsa jenama Adidas, 24 unit beg dan aksesori wanita jenama Channel dan Loius Vuitton bernilai kira-kira RM6,000.

"Selain itu kita turut merampas 2,000 keping VCD dan DVD pelbagai tajuk termasuk lucah bernilai kira-kira RM10,000," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya sering menghadapi kesukaran melakukan serbuan di Batu Feringghi kerana tonto mengawasi kawasan itu dan akan memberitahu peniaga supaya menutup gerai masing-masing sekiranya terdapat operasi oleh pihak berkuasa. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


EU, Ukraine meterai perjanjian untuk bersekutu

Posted:

EU, Ukraine meterai perjanjian untuk bersekutu

EU, Ukraine meterai perjanjian untuk bersekutu

SEKUMPULAN lelaki bersenjata dipercayai askar Rusia berkawal di luar sebuah pangkalan tentera di Perevalnoye dekat bandar Simferopol dalam wilayah Crimea semalam.


BRUSSELS, Belgium - Perdana Menteri Sementara Ukraine, Arseniy Yatsenyuk meletakkan negaranya dalam kem Barat semalam selepas memeterai satu perjanjian politik bersama Kesatuan Eropah (EU) sekali gus meminggirkan jirannya, Rusia.

"Perjanjian Persatuan EU-Ukraine itu pada peringkat awal ini menjadi simbol hubungan penting kedua-dua pihak," kata Presiden EU, Hermann Van Rompuy di akaun Twitternya.

Perjanjian akhir antara EU dan Ukraine kelak akan merangkumi topik yang lebih meluas seperti integrasi ekonomi, rombakan sistem kehakiman, hak pengguna dan perlindungan alam sekitar.

Perjanjian semalam bagaimanapun, terhad kepada tiga daripada tujuh bab dalam dokumen setebal 1,200 muka surat berkenaan.

Ukraine mengambil langkah untuk bersekutu dengan EU selepas blok Eropah dan Amerika Syarikat melaksanakan sekatan terhadap beberapa pemimpin Rusia yang penyokong yang rapat dengan Presiden Vladimir Putin sebagai hukuman kerana merampas wilayah Crimea daripada Ukraine.

Antara mereka yang dikenakan sekatan tersebut termasuk halangan perjalanan ialah bilionair Gennady Timchenko, Arkady Rotenberg dan Boris Rotenberg selain sebuah bank Rusia. - AFP

Mahkamah batal pilihan raya umum Thailand

Posted:

Mahkamah batal pilihan raya umum Thailand

Mahkamah batal pilihan raya umum Thailand


SEKUMPULAN penunjuk perasaan antikerajaan berehat di tepi sebuah kolam di Taman Lumpini, Bangkok semalam.


BANGKOK - Mahkamah Perlembagaan Thailand semalam membatalkan pilihan raya umum bulan lalu sekali gus menjerumuskan negara ini ke dalam kecelaruan politik.

Perkembangan tersebut menyebabkan Thailand kini ketiadaan kerajaan yang lengkap.

Mahkamah berkenaan membuat keputusan dengan undi 6-3 bahawa pilihan raya pada 2 Februari lalu melanggar perlembagaan kerana pengundian tidak berjalan pada hari yang sama di seluruh negara.

Sejumlah penunjuk perasaan antikerajaan menghalang proses pengundian melibatkan satu perlima wilayah di Thailand manakala pilihan raya turut gagal diadakan di 28 wilayah kerana para calon gagal mendaftar.

Protes tersebut merupakan episod terbaharu dalam krisis lapan tahun yang menyaksikan perbalahan golongan kelas pertengahan dan pengikut monarki dengan para penyokong Perdana Menteri Yingluck Shinawatra serta abangnya, bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra.

Thaksin yang digulingkan oleh tentera pada 2006 kini menetap di luar negara untuk mengelak hukuman penjara selepas didapati bersalah dalam satu kes rasuah.

"Agensi-agensi bebas sepakat bahawa mereka (Mahkamah Perlembagaan dan Suruhanjaya Anti -Rasuah) mahu menggulingkan Yingluck dan Kabinetnya.

"Mereka mahu mewujudkan kekosongan kuasa, mendakwa pilihan raya tidak boleh diadakan seterusnya mencalonkan perdana menteri pilihan mereka," kata penganalisis politik Unit Perisikan Siam, Kan Yuenyong.

"Jika mereka melaksanakan rancangan ini, para penyokong kerajaan akan memberikan tentangan balas dengan enam bulan seterusnya bakal menyaksikan kemelut yang lebih teruk berbanding awal tahun ini," tambahnya.

Menurut Kan, kumpulan Baju Merah yang menyokong Thaksin kini lebih agresif sekali gus mencetuskan kemungkinan lebih banyak keganasan berlaku jika Yingluck dipaksa meletak jawatan.

Kumpulan tersebut kuat di utara dan timur laut Thailand.

Dalam pada itu, Suruhanjaya Anti-Rasuah Kebangsaan boleh mencadangkan undi tidak percaya terhadap Yingluck dalam tempoh beberapa hari lagi, berkemungkinan pada 31 Mac ini.

Ia berikutan kegagalan Yingluck menyelia skim subsidi pembelian beras oleh kerajaan yang didakwa dicemari rasuah dan merugikan negara.

Beliau boleh digulingkan oleh Dewan Tinggi Senat yang memiliki majoriti anggota anti-Thaksin.

Beberapa penganalisis berkata, Senat kelak akan melantik seorang perdana menteri neutral seperti yang diminta oleh para penunjuk perasaan antikerajaan.

Sementara itu, masih tidak jelas tarikh pilihan raya baharu akan diadakan di Thailand susulan keputusan mahkamah perlembagaan negara itu. - Reuters

Sellofie kini trend baharu di AS

Posted:

Sellofie kini trend baharu di AS

Sellofie kini trend baharu di AS

GAMBAR menunjukkan seorang lelaki yang melilit pita pelekat pada wajahnya.


NEW YORK - Mendapat ilham daripada satu babak dalam filem Yes Man lakonan bintang filem popular, Jim Carrey, kini ramai penduduk di Amerika Syarikat (AS) merakam gambar potret sendiri atau selfie dengan wajah mereka bertampal pita pelekat.

Malah, aksi tersebut yang kian menjadi ikutan di AS mendapat jolokan tersendiri iaitu Sellofie.

Banyak gambar aksi Sellofie yang yang telah dimuat naik di laman sosial Facebook berjaya menarik perhatian orang ramai.

Ia ekoran pelbagai ekspresi wajah melucukan dan mencuit hati yang dirakam oleh peminat-peminat Carrey . - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


A Musical Affair barometer sedekad Il Divo

Posted:

A Musical Affair barometer sedekad Il Divo

A Musical Affair barometer sedekad Il Divo

IL DIVO kembali ke tanah Malaysia selepas enam tahun. Kali pertama kuartet popular itu bertandang adalah pada tahun 2007 sempena Il Divo Live in Concert di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Tahun ini, kumpulan vokal lelaki yang terdiri daripada David Miller, Carlos Marín, Urs Bühler dan Sébastien Izambard sekali lagi dijemput untuk Il Divo A Musical Affair: The Greatest Songs Of Broadway Live Concert di Genting Highlands, Pahang untuk persembahan dua malam berturut-turut pada 14 dan 15 Mac lalu.

Terlalu awal untuk penulis yang baru pertama kali bersua dengan empat nama berbakat besar itu meletakkan ekspektasi sebelum melabuhkan punggung di Arena of Stars, Genting Highlands pada malam kedua persembahan mereka.

Kalau sebelum ini pun, penulis hanya mendengar beberapa buah lagu yang digubah, dialih bahasa dan dinyanyikan semula oleh Il Divo dalam versi klasikal contohnya Regresa A Mi (Unbreak My Heart, Tony Braxton), Por Ti Sere (You Raised Me Up, Secret Garden) dan Solo Otra Vez (All By Myself, Eric Carmen), kali ini penulis dihidangkan santapan baharu daripada anak didik Simon Cowell itu.

Standard

Selepas 10 tahun bergelar kesatuan dalam sebuah kumpulan yang berpegang pada kekuatan genre pop, Il Divo memilih untuk tampil dalam nafas baharu iaitu muzikal Broadway yang sudah pasti sangat popular dalam kalangan masyarakat Barat sejak era 1950-an.

A Musical Affair barangkali cukup sinonim dengan gaya baharu yang disampaikan dalam album kali ini. Il Divo menyenaraikan lagu termasyhur sepanjang zaman yang dipetik daripada pementasan muzikal Broadway di Hollywood antaranya Camelot, Carousel, West Side Story, Evita dan Les Miserables.

Tepat pukul 8.45 malam, persembahan dimulakan. Walaupun lagu-lagu muzikal Broadway mungkin tidak menepati citarasa khalayak massa di Malaysia secara amnya, tapi 8,500 tempat duduk bernilai RM180 hingga RM980 berjaya dijual sepanjang dua malam dan menariknya, kedua-dua malam panggung penuh!

Tonight, sebuah lagu yang dipetik daripada pementasan West Side Story (1956) membuka pentas persembahan Il Divo kali ini. Sedikit goyah permulaan mereka kali ini, namun mereka perlahan-lahan mula menyesuaikan diri dengan ruang yang diberi.


IL Divo A Musical Affair: The Greatest Songs of Broadway Live Concert meraih sukses diadakan dua malam berturut-turut di Genting Highlands pada 14 dan 15 Mac lalu.


Sepertimana seloroh Urs: "Cuaca, sambutan dan atmosfera kali ini membuatkan kami tidak keruan. Sampaikan rambut saya pun sukar untuk kekal lurus sepanjang konsert. Tapi jangan bimbang, kami akan meletakkan satu barometer baharu untuk peminat kami."

Orkestra

Kuartet itu menyambung persembahan dengan lagu Some Enchanted Evening (muzikal South Pacific, 1949) seperti ironi untuk memanaskan suhu termometer mereka yang pada awalnya bermula sedikit pincang.

If Ever I Would Leave You dan Somewhere Over The Rainbow merupakan dua buah lagu yang penulis nanti-nantikan daripada awal persembahan mereka. Jujur, Il Divo membawa setahap ke depan bersama kehebatan vokal dan harmoni yang dinamik sepanjang dua buah lagu itu.

Malah, Il Divo membikin sedikit kejutan dengan menyanyikan kembali lagu hit mendiang Whitney Houston, I Will Always Love You dalam versi bahasa Sepanyol sempena memperingati keunggulan penyanyi pujaan ramai itu.

Tiga buah lagu berikutnya, Don't Cry For Me Argentina (Evita, 1978) dan Pour Que Tu M'aimes Encore (lagu duet bersama Celine Dion) dan Somewhere (West Side Story, 1956) telah membawa audiens larut dalam buaian muzik orkestra yang diiringi cemerlang oleh Orkestra Simfoni Kebangsaan milik negara kita tercinta.

Berselang-seli setiap tiga buah lagu, keempat-empat jejaka itu diberikan peluang untuk berinteraksi dengan peminat. Antara butir bicara yang dikongsikan adalah perjalanan dan pengaruh muzik daripada pentas Broadway dalam kehidupan serta persekitaran mereka.

Kata David, kerjayanya sebelum bersama Il Divo sememangnya sebagai seorang penyanyi untuk pementasan muzikal di Amerika Syarikat tidak jauh bezanya dengan dunia Broadway.

"Saya dahulunya seorang pemalu dan sangat sukar untuk berdiri di hadapan orang ramai sehingga pada suatu hari guru kelab koir di sekolah memberikan galakan untuk saya mencuba ujibakat sebuah pementasan teater muzikal.

"Katanya saya ada suara yang mantap! Kemudiannya, pada ujibakat itu saya menyanyikan lagu If I Ever Would Leave You dan sepanjang dua kali ujibakat, dua kali juga saya tersalah lirik yang sama," katanya.


ALBUM studio keenam Il Divo mengetengahkan lagu yang dipetik daripada pementasan popular Broadway.


Sementara itu, kongsi anggota kumpulan Il Divo yang pernah menjadi penyanyi pop dari Perancis, Sebastien, hidupnya berubah setelah menyaksikan sebuah teater muzikal yang ditayangkan di televisyen suatu ketika dulu.

"West Side Story telah mengubah orientasi saya dalam muzik. Dahulu saya pencinta irama pop tapi selepas mendengar lagu daripada pementasan teater muzikal itu ketika di Perancis, saya bayangkan diri saya berada dalam notasi lagu-lagu Broadway.

"Sampaikan terbawa-bawa dalam mimpi dan bilik mandi. Muziknya sangat indah, karakter, vokal dan penyanyi yang terbabit dalam genre itu ada kredibiliti tersendiri dan saya cuba meletakkan diri saya di tempat itu," katanya yang meminati lagu Somewhere.

Repertoir

Sementara itu, ujar penyanyi bersuara tenor yang berasal dari Switzerland, Urs, teater muzikal Broadway bukanlah satu pilihan untuk dijadikan repertoir dalam kariernya. Bahkan, genre muziknya pada asal lebih berkiblatkan heavy metal.

"Kalau di radio saya hanya mendengar muzik heavy metal tapi apabila berlatih opera klasik di sebuah auditorium, saya mendapati muzik Broadway sebenarnya berada di tengah-tengah antara dua genre itu.

"Ia melucukan kerana muzik Broadway tidak pernah berada dalam radar saya dan peluang untuk meneroka muzik ini membuatkan saya menjadikan lagu-lagu sekitar era 1950-an dan 1960-an sebagai repertoir baharu saya sekarang. Melodinya indah, liriknya berinspirasi dan susunan orkestranya kaya dengan pelbagai rasa," jelasnya.

Bagi Carlos pula, vokal bariton yang dimilikinya sering menjadikan dirinya sasaran setiap kali sambutan Hari Natal. Malah, keluarganya akan memanggilnya untuk mengadakan 'konsert mini' setiap kali berkumpul.

"Muzik bagi saya seperti kehidupan dan ia adalah satu keghairahan. Biasanya kawan-kawan akan mengaitkan saya dengan muzik dan makanan.

"Ya, saya akui saya tidak boleh hidup tanpa muzik dan makanan, oleh kerana itu saya cuba melarikan diri setiap kali disuruh menyanyi di hadapan saudara-mara terutama Hari Natal," ceritanya selamba.

Tambahnya, dia mula menyanyi di pentas professional pada usia tujuh tahun lagi dan dia mengakui muzik Broadway antara genre paling susah yang pernah dinyanyikannya sepanjang hayat dalam dunia seni suara.

Il Divo terus menghiburkan penonton pada malam itu. Antara rangkaian lagu yang semakin didengar semakin memukau semua deria dan perasaan adalah Winner Takes It All (Mamma Mia!, 2008), Bring Him Home (Les Miserables, 1985), Love Changes Everything (Aspects of Love, 1989), Who Can I Turn To, (The Roar of the Greasepaint The Smell of the Crowd, 1964).

Menutup rapi tirai persembahan mereka kali ini, Il Divo sempat mendendangkan lagu-lagu seperti The Impossible Dream (Man of La Mancha, 1965), You Will Never Walk Alone (Carousel, 1945), My Way (nyanyian asal Frank Sinatra, 1969) dan Time To Say Good Bye (Sarah Brightman, 1996).

Malaysia rumah kedua Yuka

Posted:

Malaysia rumah kedua Yuka

Malaysia rumah kedua Yuka

Oleh MOHD. IZUAN ROSELI
izuan.roseli@kosmo.com.my


SEMASA remaja, Yuka pernah menetap di Sungai Petani, Kedah bersama ahli keluarganya.


PEMILIK nama Yuka Kharisma mungkin masih asing dalam kalangan peminat seni suara tanah air. Namun tidak ramai yang tahu bekas finalis Indonesian Idol telah mula bertapak di Malaysia sejak tiga tahun dahulu.

Menjadikan Malaysia sebagai medan untuk mencuba nasib, penyanyi kelahiran Acheh itu mengakui dia kini masih lagi berusaha untuk mendapat tempat dalam arus seni muzik tempatan.

Walaupun memperjudikan bakatnya di tempat orang, gadis genit ini berkata, dia kurang kekok berada di Malaysia memandangkan dia sudah biasa dengan cara hidup dan kehidupan di sini.

"Saya dan keluarga pernah menetap di Malaysia ketika belasan tahun dahulu di Sungai Petani, Kedah dan saya juga pernah mendapat pendidikan awal di sana.

"Daripada pengalaman itu, saya jadikan ia sebagai panduan untuk untuk saya meneruskan perjuangan di Malaysia.

"Ia juga tidak menjadi masalah kepada saya untuk membiasakan diri dengan persekitaran dan taraf sosial masyarakat di sini," ujar gadis yang berusia 26 tahun itu.

Dalam pada itu, Yuka berkata dia juga pernah menetap di beberapa kawasan di Indonesia termasuk Bandung, Jakarta, dan Aceh Timur memandangkan ayahnya merupakan seorang jurutera yang bekerja mengikut keadaan

Ketika ditanya sebab Yuka memilih Malaysia sebagai tempat untuk mengembangkan karier seninya, dia berkata ia berlaku secara kebetulan dan tidak dirancang.


YUKA dikatakan mempunyai raut wajah seperti artis popular Indonesia, Bunga Citra Lestari.


"Setelah selesai Indonesian Idol, saya telah dilamar oleh syarikat rakaman di Malaysia dan telah mengikat kontrak selama lima tahun dengan syarikat tersebut.

"Ia berlaku secara kebetulan dan Alhamdulillah, sekurang-kurangnya saya dapat mengembangkan bakat di kedua-dua negara dan ia merupakan bonus kepada saya," katanya

Tambahnya, Malaysia sudah menjadi rumah keduanya. Bagaimanapun, dia tetap tidak lupa akan tanah air dan seringkali pulang ke Indonesia untuk melakukan persembahan dan berjumpa ibu bapa yang kini menetap di Jakarta.

Mengulas mengenai perkembangan terbaharunya, Yuka Kharisma berharap single terbaharunya, Dengan Tiada Luka mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peminat di Malaysia.

Penyanyi kelahiran Acheh Indonesia itu yang baru saja menerbitkan album yang memuatkan single tersebut berkata, setakat ini sambutan daripada peminat Malaysia dan Indonesia sangat memberangsangkan.

"Alhamdulillah, single terbaharu yang mendapat sentuhan daripada komposer terkenal Malaysia Azlan Abu Hassan itu mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dan saya masih dalam proses untuk mempromosikan single terbaharu ini.

"Saya juga berhasrat untuk memberi fokus di Malaysia memandangkan syarikat pengurusan saya iaitu Mentari Management merupakan sebuah syarikat Malaysia,"

Yuka yang tersenyum ketika ditanya mengenai sesetengah peminat yang menyamakan dia dengan isteri kepada pelakon tanah air, Asyraf Sinclair iaitu Bunga Citra Lestari, berkata ia tidak menjadi masalah kepadanya.

"Hal tersebut tidak menjadi masalah kepada saya malah saya rasa ia merupakan penghormatan kepada saya, namun pada masa yang sama saya tidak mahu dibayangi dia.

"Saya mahu peminat mengenali saya melalui bakat dan kebolehan saya," ujarnya.

Eja bongkar isu penderaan seksual

Posted:

Eja bongkar isu penderaan seksual

Eja bongkar isu penderaan seksual

Oleh IZWAN MOHD. ISA
izwan.mohdisa@kosmo.com.my


PERTAMA kali mengarah, Eja puas kerana dapat melempiaskan perasaannya terhadap isu penderaan seksual terhadap kanak-kanak menerusi naskhah Reflections.


ISU pencabulan serta penderaan seksual yang berlaku terhadap kanak-kanak perempuan sering menjadi bualan hangat dalam kalangan masyarakat tempatan. Lebih-lebih lagi apabila si pelaku mempunyai pertalian persaudaraan yang rapat dengan -mangsa yang terlibat. Perkara terkutuk ini bukan sahaja menjadi igauan ramai, malah ia turut dirasai oleh pelakon terkenal, Siti Shahrizah Saifuddin, 42, atau lebih mesra disapa Eja.

Justeru, sewaktu diminta oleh pertubuhan WOMEN: Girls untuk mengarahkah sebuah filem pendek berdurasi lebih kurang tiga minit sempena penganjuran Ikal Mayang bagi tahun yang kedua, Eja terus menerima pelawaan tersebut tanpa berfikir panjang.

Melalui penganjurannya pada tahun ini, penonton dibawa meneroka beberapa kisah mengenai wanita yang diarah berdasarkan tema Unspoken Truth. Selain itu, pembikinan filem-filem pendek ini turut direalisasikan bagi menyambut hari wanita sedunia yang berlangsung pada 8 Mac lalu.

Walaupun tidak disiarkan di mana-mana stesen televisyen buat masa ini, penonton boleh menyaksikan hasil kerja pengarah-pengarah ternama ini secara online di laman perkongsian video YouTube menerusi saluran Women Girls.

Ketika berpeluang bertemu dengannya pada majlis tayangan filem-filem pendek tersebut di GSC Signature The Gardens, Kuala Lumpur baru-baru ini, aktres yang pernah popular menerusi drama bersiri Mya Zara itu dilihat mengangkat isu penderaan seksual sebagai tema utama filem pendeknya.

Mengakui mempunyai sebab yang tersendiri memilih tema tersebut, ibu kepada Nur Eishal Mohd. Silahuddin, 5, ini turut bercerita mengenai pembabitan pertamanya menggalas tanggungjawab sebagai seorang pengarah. Ikuti temu bual selanjutnya.


EJA memberitahu, tidak mahu mengarah lagi pada masa akan datang.


Kosmo!: Tahniah di atas filem pendek hasil pengarahan pertama anda. Boleh ceritakan sedikit mengenai penglibatan anda dalam Ikal Mayang pada tahun ini?

EJA: Alhamdulillah, terima kasih. Sewaktu menerima tawaran oleh pihak WOMEN: Girls melalui panggilan telefon, saya terus bersetuju untuk mengarah. Pada saat itu juga, isu penderaan seksual terus bermain dalam fikiran saya. Dari situ, saya terus mengambil keputusan untuk menggunakan isu tersebut sebagai tema filem pendek saya yang berjudul Reflections.

Mengapa anda memilih tema tersebut sebagai intipati utama pengarahan Reflections?

Sejak kebelakangan ini, kita sering disajikan dengan pelbagai berita tentang penderaan dan pencabulan seksual dalam kalangan kanak-kanak perempuan. Mereka yang terlibat pula kebanyakannya mempunyai pertalian darah antara satu dengan lain. Individu yang sepatutnya menjadi pelindung kepada anak-anak kecil ini menyalahgunakan kepercayaan tersebut dengan melakukan perbuatan terkutuk yang keji.

Apa kaitan isu ini dengan diri anda?

Saya mempunyai seorang anak perempuan yang masih kecil. Akibat kerap membaca tentang perkara-perkara sedemikian di dada akhbar, jiwa keibuan saya semakin kuat dan saya berharap agar filem ini dapat memberikan impak yang positif terhadap orang ramai.

Boleh ceritakan tentang perjalanan filem pendek ini?

Reflections berkisar mengenai seorang kanak-kanak yang telah dicabul secara seksual oleh pak ciknya sendiri. Dia tidak mampu untuk berbuat apa-apa dan terus berdiam diri mengenai perkara tersebut sehinggalah dia dewasa. Filem pendek ini dilakonkan oleh Puteri Balqis dan wataknya dewasanya dipegang oleh Fouziah Gous.

Bagaimanakah anda merangkumkan mesej yang besar dalam sebuah filem pendek berdurasi dua minit?

Saya bersyukur kerana kru-kru serta pelakon yang terlibat begitu sepakat dalam menghasilkan filem pendek ini. Proses penyuntingan juga berjalan dengan lancar. Saya percaya, dengan adanya kerjasama yang baik, sesebuah produksi itu mampu untuk menghasilkan sebuah karya yang bagus.

Bagaimana pula dengan pengalaman mengarah buat kali yang pertama?

Sejujurnya, proses pengarahan berjalan dengan lancar. Ditambah pula dengan kesungguhan yang ditonjolkan oleh Puteri Balqis, penggambaran yang berlangsung dari awal pagi berjalan dengan baik.

Ada perancangan untuk mengarah drama atau filem?

Mungkin tidak. Saya menyertai Ikal Mayang kerana tertarik dengan tema yang ingin disampaikan oleh WOMEN: Girls iaitu Unspoken Truth. Pada pendapat saya, apa salahnya mencuba jika naskhah yang ditampilkan mampu untuk menjadi sebuah platform yang baik dalam mengubah persepsi masyarakat terhadap isu-isu yang berkaitan dengan penderaan seksual.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved