Rabu, 12 Februari 2014

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Artis vs Media vs Peminat

Posted:

Artis vs Media vs Peminat

Artis vs Media vs Peminat

PADA masa kini, kewujudan laman-laman sosial yang semakin menjadi penting buat semua menyaksikan banyak orang menjadi 'pejuang papan kekunci'. Tanpa perlu mengenal wajah atau menggunakan identiti palsu dan tidak saling mengenal satu sama lain, banyak orang berasa tanpa bersalah melontar buah fikiran yang melanggar adab.

Semua orang bebas menulis atau semua orang boleh menjadi wartawan bebas tanpa perlu menjadi pekerja dalam mana-mana organisasi media. Harus diingat bukan peminat sahaja yang menjadi pengikut seseorang artis, ada juga sekadar ingin mengikuti perkembangan dan tidak minat langsung.

Jika kena gayanya apa yang ditulis mendapat komen yang positif. Namun, ada ketikanya komen atau kritikan yang diberikan agak kasar dan melampaui batas sehingga menimbulkan perbalahan antara artis dan peminat.

Ada juga artis yang cukup lantang menyuarakan rasa tidak puas hati tentang pelbagai perkara termasuk terhadap pihak media secara terbuka di laman sosial sehinggakan perkara yang kecil bertukar menjadi kontroversi apabila ia diperdebatkan oleh mereka yang memberi komen.

Kosmo! mengupas sejauh mana pengaruh kebebasan alam maya ini dalam kehidupan beberapa artis terkenal seperti Datuk Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Datuk Rosyam Nor, Rita Rudaini dan Neelofa.

Kesemua mereka memiliki akaun laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram. Tujuan mewujudkan akaun di laman sosial demi mendekatkan diri dengan peminat adakalanya memakan diri apabila terdapat peminat yang terlebih berani dalam memberi komen.

Berfikir tentang impak - Datuk Siti Nurhaliza

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza sememangnya cukup aktif di Instagram. Saban hari, ada sahaja gambar yang dimuat naik untuk tatapan peminatnya.

Bercakap tentang senario hari ini tentang keberanian artis dan peminat dalam meluahkan pendapat atau rasa tidak puas hati, Siti yang mempunyai pengalaman selama 18 tahun dalam industri hiburan dia mempunyai cara yang cukup mudah untuk menguruskan sesuatu isu di laman sosial.

"Jika saya lihat komen itu agak sensitif dan boleh menimbulkan fitnah atau kontroversi yang lebih besar saya akan block orang itu atau padamkan komen tersebut.

"Selalunya sebelum memuat naik sebarang gambar atau komen, saya akan berfikir panjang, apa impak yang akan berlaku selepas itu. Salah diri sendiri jika meletakkan sebarang gambar kemudian dikutuk oleh orang ramai. Jika tidak mahu dicemuh baik fikir dulu sebelum letak apa-apa di laman sosial," kata Siti.

NEELOFA memberitahu, laman sosial sedikit sebanyak membuka matanya untuk memperbaiki diri dan lebih berhati-hati dalam setiap tingkah lakunya.


Ditanya tentang kelantangan artis di laman sosial mengalahkan pihak media dan ada kalanya melancar perang dengan media gara-gara tidak puas hati terhadap artikel yang ditulis, Siti mengakui perkara itu banyak berlaku.

Bagaimanapun tegasnya, banyak lagi medium yang ada untuk menjernihkan keadaan antara kedua-dua pihak kerana masing-masing saling memerlukan.

"Pernah juga berlaku saya tidak puas hati dengan media seperti tersalah fakta atau fitnah. Selalunya pihak saya akan mengambil pendekatan yang terbaik untuk tidak mengeruhkan keadaan. Biasanya saya akan telefon atau jumpa terus dengan pihak media tersebut.

"Kalau mahu marah atau bergaduh pun habis di situ sahaja kerana pasti masing-masing mahu tegakkan hak mereka. Tidak perlu dipanjangkan rasa marah sampai harus letak di laman sosial kerana akan menghangatkan lagi sesuatu isu," ujar bintang yang terkenal dengan sikap penyabarnya ini.

Sambung Siti, tidak salah untuk memiliki akaun di laman sosial kerana itu sudah menjadi trend dan medium terbaik untuk promosi produk seni dan mempertontonkan aktiviti seharian.

Namun, segala yang dimuat naik harus dipantau supaya tidak disalah tafsir atau menimbulkan masalah pada kemudian hari.

Bahasa menggambarkan diri sendiri - Ziana Zain

Penyanyi Ziana Zain yang terkenal dari awal 90-an sehingga hari ini mengakui senario sekarang sudah berubah apabila terdapat banyak medium selain pihak media untuk peminat dan artis berkongsi rasa.

Apabila teknologi semakin canggih, lebih ramai orang lantang bersuara. Tegasnya sebagai artis, dia harus menjaga segala tingkah laku termasuk penggunaan laman sosial.

"Bagus sebenarnya ada laman sosial sebab saya hanya guna untuk memberitahu peminat tentang perjalanan kerjaya. Adakalanya mood tidak baik, bahasa yang ditulis pun agak kasar.

"Saya selalu ingat bahasa yang digunakan melambangkan perangai seseorang. Jika tidak mahu peminat menggunakan bahasa yang kasar, kita sebagai artis harus guna bahasa yang sopan tetapi tegas dalam menegur walaupun hati sakit bila membaca komen yang di luar batasan," ujar Ziana.

Jelas kakak kepada penyanyi Anuar Zain itu lagi, lumrah menjadi artis untuk dikritik kerana bukan sepanjang masa peminat mahupun media akan memuja seseorang artis.

"Bukan semua yang kita buat orang akan suka begitu juga sebaliknya. Saya faham ada peminat dan media mengkritik secara terang-terangan sebagai artis, kita juga ada hak untuk mempertahankan diri dengan menulis di laman sosial.

"Bagaimanapun, sila jaga bahasa. Kalau tidak mahu orang lain bersikap kurang sopan atau biadab dengan kita, kita harus lakukan perkara yang sama. Saya kira, cukup sekadar bersikap tegas, tidak perlu memaki hamun," ujarnya.

DATUK SITI NURHALIZA berkata, berbanding menyelar media di laman sosial, lebih baik menelefon atau bersemuka untuk menyelesaikan salah faham yang tercetus. Ia lebih molek kerana antara media dan artis saling mengenali .


Artis ada hak bersuara - Datuk Rosyam Nor

Pelakon dan penerbit terkenal, Datuk Rosyam Nor juga tidak ketinggalan memiliki deretan akaun laman sosial. Hanya menggunakan laman sosial sebagai medium bersama peminat dan mempromosikan produk seni terbaharunya, Rosyam tidak menggunakannya untuk tujuan peribadi.

Rosyam yang sedang sibuk dengan penggambaran drama Perjalanan untuk siaran TV3 itu berkata, dia jarang memuat naik sebarang gambar atau status kerana kesibukan kerjanya.

"Saya jarang guna laman sosial, jika ada masa terluang dan ada produk untuk dipromosikan barulah saya guna. Sejujurnya saya tidak pernah dikritik teruk oleh peminat.

"Kritikan membina itu ada dan saya ambil iktibar tetapi kritikan sampai saya perlu bergaduh dengan orang yang beri komen belum pernah berlaku," katanya.

Tambahnya, dengan kewujudan laman sosial, artis mempunyai media baharu untuk mempromosi sebarang produk secara percuma dan sebagai medan untuk mereka menulis apa sahaja termasuk mempertahankan diri jika dihentam peminat dan media.

"Artis juga ada hak. Zaman sudah berubah, jika dahulu hanya media menulis dan orang lain hanya boleh membaca sekarang semua orang boleh menulis. Pihak media harus terima perubahan ini.

"Selalunya artis sahaja rasa dihentam dan dikritik, sekarang semua orang boleh merasa perkara yang artis lalui. Semua orang tidak suka dikritik dan dimalukan, tetapi kita harus berfikiran terbuka. Pada saya, jangan kerana dikritik sikit, terus mahu melatah," katanya.

Suka terus-terang - Rita Rudaini

Aktres cantik, Rita Rudaini juga pernah dikecam teruk oleh peminat disebabkan kontroversi rumah tangganya bersama bekas suaminya Aidil Zafuan. Ibu kepada dua orang anak itu pernah bergaduh dengan peminat di Twitter gara-gara sikapnya yang suka berterus-terang.

"Saya terus-terang salah, jika berdiam pun salah. Kadangkala saya lihat orang yang beri komen itu seperti mereka sungguh suci dan artis sahajalah yang jahat. Jika komen mereka melampau, saya tegur mereka akan kata saya marah. Saya pun manusia biasa, ada hati dan perasaan cuma pekerjaan saya glamor dan keluar di televisyen," katanya.

Terangnya, dia lebih selesa bersikap jujur dan sebagai artis dia juga mempunyai tahap kesabaran. Jika komen atau kritikan melampau, Rita tidak teragak-agak untuk block seseorang itu.

"Jika sesuatu perkara menyentuh maruah saya, itu saya tidak boleh sabar. Tidak kira peminat atau media, saya akan tulis apa yang terbuku di hati di laman sosial. Jika tidak puas hati janganlah buka akaun laman sosial saya, bacalah artis yang dipuja sahaja," ungkapnya.

DATUK ROSYAM NOR berkata, artis juga berhak untuk meluahkan pandangan peribadi mereka di laman sosial masing-masing.


Sungguhpun begitu, laman sosial banyak mendekatkan dirinya dengan peminat, malah ada yang telah menjadi rakan baiknya sehingga hari ini.

Jelasnya: "Seronoknya laman sosial selain kritikan dan kutukan berbakul yang saya terima, saya juga mendapat rakan-rakan yang baharu. Bermula daripada peminat, sekarang kami sudah menjadi rakan baik.

"Sekarang saya hanya aktif di Instagram sahaja kerana di akaun Twitter terlalu banyak kata yang negatif. Dahulu ketika kes (isu cerai) saya sedang hangat, pernah saya tidak buka internet berhari-hari sebab mahu elakkan tekanan apabila membaca komen orang ramai," katanya.

Abaikan - Neelofa

Mempunyai akaun peribadi untuk laman sosial Facebook, Twitter dan Instagram, Neelofa, 25, mengaku dia kini hanya aktif melalui laman Instagram sahaja.

Katanya, Instagram lebih mudah memberi gambaran jelas buat pengikutnya tentang promosi, perkembangan terkini atau luahan hati kerana ia beserta gambar.

Mempunyai 324,000 pengikut di Instagram, gadis ini memberitahu, dia mengabaikan kritikan yang mengaibkan dirinya, tetapi tidak menolak menerima teguran yang membina.

"Saya faham apabila seseorang selebriti mempunyai laman sosial, kita sedang memberi ruang untuk semua orang 'mendekati' kita.

"Sebenarnya, saya kira ia terpulang kepada diri sendiri. Bagaimana kita mengambil tentang sesuatu perkara itu sama ada mahu berfikiran positif atau negatif.

"Bagi saya, saya abaikan dan tidak baca semua kritikan berunsur mengaibkan saya, tetapi kritikan yang membina saya ambil untuk perbetulkan diri. Saya kira, jika semua orang menggunakan laman sosial dengan positif, semuanya akan jadi positif," ujarnya yang mengaku mula mempunyai akaun laman sosial hanya untuk suka-suka.

Ditanya tentang kelantangan dan keterbukaan segelintir artis bersuara dan menyelar media atau peminat, Neelofa menyatakan perkara tersebut perlu disambut positif oleh semua pihak.

Jelasnya: "Menggunakan laman sosial sebagai medium untuk memperbetulkan sesuatu perkara yang mungkin disalah lapor misalnya atau diaibkan peminat, saya kira tidak salah. Bersuara untuk membetulkan keadaan, seperti saya lakukan kerana kes fitnah khalwat baru-baru ini. Namun, jangan menyemarakkan api atau mempunyai tujuan lain."

Ragam perang siber selebriti antarabangsa

Posted:

Ragam perang siber selebriti antarabangsa

Ragam perang siber selebriti antarabangsa

Oleh HARYATI KARIM


KIM KARDASHIAN


SELEBRITI di luar negara juga tidak kecuali dikritik. Memiliki jutaan pengikut di laman sosial masing-masing, peluang untuk peminat mengkritik lebih terbuka.

Tidak tunduk kepada segala kritikan, setiap selebriti membalas kritikan dengan cara yang tersendiri. Ada yang membalas komen peminat dan ada yang menyindir menggunakan program mereka sendiri.

Bukan sahaja susuk tubuh yang menjadi kritikan bahkan sehingga beg tangan juga menjadi bahan kritikan peminat.

Tyra Banks dikutuk gemuk

Bekas supermodel dan pengacara popular Tyra Banks dikutuk peminat gara-gara sekeping gambarnya berpakaian bikini dan menampakkan susuk tubuhnya yang berisi sekitar tahun 2007 lalu.

Tidak mengendahkan kritikan peminat kepadanya, Tyra secara terbuka membalas kembalikan kritikan tersebut dalam program bual bicaranya Tyra.

Dalam program tersebut, Tyra dengan berani memakai semula bikini yang sama sambil memegang gambar yang disebarkan secara meluas itu tanpa rasa malu.

Kemudian, dengan sinis, Tyra melemparkan pesanan buat pengkritiknya: "Ciumlah punggung aku yang gemuk!"

Cara penjagaan anak Pink dikritik

Penyanyi Pink dikenali sebagai seorang yang lantang bersuara tidak kira kepada media mahupun peminat.

Pink diselar peminat tentang cara penjagaan dan didikan anak tidak lama dahulu. Semuanya berlaku selepas dua keping gambar suaminya, Carey Hart seorang bekas pelumba sukan motocross membawa anak mereka, Willow Sage Hart yang berusia dua tahun menaiki motosikal dimuat naik di laman sosial Instagram miliknya.

Satu gambar anaknya duduk di depannya dan satu lagi gambar anaknya memeluk erat leher Carey. Peminat yang risau akan keselamatan kanak-kanak itu mengkritik cara penjagaan anak oleh Pink dan suaminya.

Balas Pink kepada peminat: "Jika sesiapa daripada anda lebih berpengalaman menunggang motosikal daripada suami saya, maka saya akan dengar pendapat anda bagaimana caranya untuk dia membawa anak saya menaiki motosikal."

Beg tangan Rihanna dicemuh

Penyanyi terkenal Rihanna pernah memuat naik sekeping gambar beg tangan di laman sosial Instagram.

Beg tangan itu merupakan hadiah yang diterimanya sempena perayaan Krismas daripada pereka fesyen terkenal, Donatella Versace.

Salah seorang peminatnya dengan nama Farielaaa segera memberi komen seperti penyanyi itu menunjuk-nunjuk barangan mewah yang dimiliki.

RIHANNA


"Terdapat ramai orang di luar sana hidup susah dan kamu mengambil gambar barangan mewah. Bantulah mereka yang tidak pernah memiliki beg jenama Prada.

"Jika kamu sayangkan peminat kamu, bantulah mereka. Semuanya sebab kami (peminat), kamu dapat buat banyak duit. Apa yang kami dapat? Tidak ada apa-apa," tulis peminatnya.

Rihanna segera membalas komen peminatnya itu dengan menulis: "Kasut Prada yang saya beli tidak boleh hentikan sesiapa daripada kematian. Bagaimanapun saya baru sahaja hantar AS$100,000 (RM333,634) kepada tabung bantuan Filipina."

Kim Kardashian balas kenyataan

peminat

Bintang program realiti Kim Kardashian mungkin sudah terbiasa dengan kritikan memandangkan dia sentiasa menjadi perhatian dan diekori paparazi.

Bagaimanapun, tunang kepada penyanyi Kanye West itu naik angin apabila peminat mempersoalkan cara dia menjaga anaknya, North West.

Kim telah menulis status anaknya gembira apabila dia membawanya belajar berenang untuk kali pertama.

Namun, seorang peminat menulis: "Mungkin anaknya dapat lihat ibu bapanya salin pakaian."

Balas Kim: "Kamu sangat berlagak. Jika saya tidak menulis di Twitter atau Instagram tidak bermakna saya tidak bersamanya 24 jam sehari. Apabila anak tidur, ibu bapa dibenarkan untuk bekerja, sokong antara satu sama lain dan mungkin berseronok juga."

Selena Gomez kritik pembuli

Bintang remaja terkenal, Selena Gomez mengkritik peminat yang membuli peminat yang lain di Instagram.

Penyanyi dan pelakon itu kemudian telah mencelah di antara komen dua peminat. Peminat pertama memuat naik gambar dengan parut di tangan kanannya.

Peminat kedua yang menggunakan nama selinagomesfan menulis: "Potong, potong, potong, potong."

Peminat pertama kemudian menulis: "Saya ingin mati supaya semuanya berakhir kerana saya rasa sangat tidak berguna. Susah untuk saya untuk tidak pedulikan komen orang lain."

Selene kemudian mencelah dan meminta peminat kedua untuk menghentikan komen-komen negatifnya kepada peminat pertama.

"Ini tidak betul. Peminat saya tidak akan membuli orang lain. Saya hanya menggalakkan kasih sayang, keyakinan dan kebaikan."

'Puak Tikus' penuhi Beijing

Posted:

'Puak Tikus' penuhi Beijing

'Puak Tikus' penuhi Beijing


GUAN Sheng sedang sibuk mencari pekerjaan dengan melayari internet di biliknya yang berkeluasan empat meter persegi.


PEKERJA asing, Ye Yiwen bersama suami dan dua orang anaknya hidup sesak dalam sebuah bilik bawah tanah yang terletak berhampiran Stadium Olimpik Beijing, melindungi diri mereka daripada keadaan cuaca sejuk yang melanda dan kos hartanah yang melambung tinggi di ibu negara China itu.

Keluarganya telah meninggalkan sebuah rumah berkeluasan 200 meter persegi di kawasan luar bandar yang terletak kira-kira 1,000 kilometer dari Beijing. Kini, mereka tinggal di ruang bawah tanah suram seluas 10 meter persegi yang hanya dapat menempatkan dua buah katil dan sebuah meja.

"Kediaman lama kami di kampung lebih selesa. Tetapi, di sini merupakan tempat kami mencari rezeki," ujar Ye yang enggan mendedahkan nama sebenarnya.

Perpindahan jutaan penduduk dari kawasan desa ke bandar-bandar utama di China merupakan penghijrahan terbesar dalam sejarah. Namun demikian, mereka yang terlibat tidak semestinya memperoleh kesejahteraan hidup di destinasi baharu itu.

Menurut pihak berkuasa Beijing, kira-kira 281,000 orang penduduk yang mendiami ruang bawah tanah dan bekas tempat perlindungan serangan udara sekitar bandar raya tersebut. Namun demikian, laporan-laporan lain menganggarkan angka tersebut melebihi satu juta orang.

Menerima nama jolokan 'Puak Tikus' dalam kalangan penduduk tempatan, kumpulan ini sebahagian besarnya terdiri daripada pekerja migran miskin yang mencari peluang baharu di bandar-bandar maju negara berkenaan.

Ye meninggalkan kampung halamannya di Wilayah Timur Anhui sejak 15 tahun lalu untuk hidup di Beijing.

Bekerja sebagai pembersih domestik di kawasan perkampungan Olimpik untuk menyara keluarganya di Guanjuncheng atau lebih dikenali sebagai Bandar Juara, wanita tersebut turut membawa dua anak lelakinya yang kini berusia 20 dan 21 tahun ke Beijing selepas mereka menamatkan persekolahan.

"Tiada ruang bagi kami di dalam bilik ini. Saya juga tahu tidak sesuai untuk dijadikan kediaman bagi keluarga kami," ujarnya.

Penghijrah seperti Ye menghadapi halangan besar untuk menetap di bandar-bandar besar negara China ekoran pelaksanaan sistem pendaftaran isi rumah yang dikenali sebagai hukou.

November lalu, parti komunis yang mentadbir mengumumkan rancangan untuk membenarkan lebih banyak golongan petani berhijrah ke bandar. Namun, dengan kos hartanah yang melambung tinggi menyebabkan keluarga Ye, yang meraih pendapatan isi rumah 9,000 yuan sebulan (RM4,960), sukar memperoleh kediaman sendiri.


KELUARGA yang tinggal di bawah tanah sedang menikmati pelbagai hidangan sempena menyambut Tahun Baru Cina baru-baru ini.


Menurut satu kaji selidik bebas oleh Akademi Indeks China, purata harga hartanah di Beijing yang juga merupakan bandar raya termahal di China, pada bulan Disember tahun lalu ialah sebanyak RM17 bagi setiap meter persegi. Ia merupakan lonjakan 28.3 peratus setiap tahun.

"Di 100 buah bandar utama, harga kediaman baharu meningkat 11.51 peratus setiap tahun kepada RM6 untuk setiap meter persegi," katanya.

Menurut laporan media tempatan, pada Disember tahun lalu, harga purata rumah di Beijing ialah 13.3 kali pendapatan purata. Sementara itu, Bank Dunia menganggap sebagai lima nisbah satu mengikut had kemampuan dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah meletakkan pada kadar tiga nisbah satu.

Kenaikan harga hartanah yang dianggap sebagai simptom jurang yang kian membesar antara golongan kaya dan miskin itu sentiasa menjadi punca rasa ketidakpuasan hati terhadap Parti Komunis yang memerintah.

Seorang warga Beijing, Guan Sheng, 25, duduk di atas katil di dalam bilik bawah tanah seluas empat meter persegi sambil sibuk mencari pekerjaan melalui internet. Setiap hari dia terpaksa menghidu bau busuk dari tandas yang digunakan penduduk di situ.

Di atas kepalanya, kelihatan deretan baju digantung di atas paip keluli yang berkarat dengan cat yang menggelupas untuk dikeringkan. Paip yang membekalkan air panas kepada penduduk yang tinggal di tingkat atas bangunan yang sama itu juga berperanan sebagai sumber haba lelaki berkenaan.

Guan, bukan nama sebenar, membayar 600 yuan (RM329) sebulan untuk tinggal di kediaman bawah tanah itu.

"Penjimatan wang merupakan keutamaan saya berbanding keadaan tempat tinggal saya. Pada kebiasaannya saya membayar 30 yuan (RM16) sebulan untuk penggunaan elektrik dan 15 yuan (RM8) bagi air," ujarnya sambil berjalan di koridor suram kediamannya.

Sungguhpun berbangga kerana dapat hidup di sebuah kediaman dengan bayaran yang murah, nadanya berubah apabila memberitahu bahawa beliau merasa tidak yakin dapat memiliki sebuah rumah sendiri di masa hadapan.

Terdapat segolongan penduduk di Beijing yang menetap jauh di bawah tanah, dalam keadaan yang lebih kotor.

Pada Disember tahun lalu, media tempatan telah melaporkan sekumpulan penduduk yang hidup di dalam sebuah kawasan pembentungan. Migran-migran yang tinggal di situ telah dihantar pulang dan lurang tersebut ditutup segera pihak berkuasa untuk mengelakkan reputasi Beijing sebagai sebuah metropolis maju tercalar.

Selain itu, ramai penduduk miskin di Beijing masih mendiami bekas-bekas tempat perlindungan udara yang dibina di serata Beijing oleh Parti Komunis selepas mengambil alih kuasa pentadbiran pada tahun 1949 sungguhpun tindakan itu telah diharamkan. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Horizon

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Horizon


Promosi kempen kesedaran alam sekitar

Posted:

Promosi kempen kesedaran alam sekitar

Promosi kempen kesedaran alam sekitar

Oleh MOHD NOOR MAT AMIN

MENAIKI kenderaan pacuan empat roda selama enam jam melalui laluan balak ternyata menguji ketahanan mental Khairul Aliza Alias. Walaupun perit dan memenatkan, ia merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakannya sepanjang menyertai Program Trans Borneo (PTB), Jelajah Jejak Mesra Rakan Alam Sekitar 2013 baru-baru ini.

Baginya, program anjuran Jabatan Alam Sekitar (JAS) di Sarawak dan Sabah itu memberi kesedaran kepada masyarakat terutama yang tinggal di kawasan pedalaman di kedua-dua negeri itu betapa pentingnya menjaga alam sekitar.

"Saya kagum dengan sambutan penduduk apabila promosi Rakan Alam Sekitar (RAS) dijalankan di kawasan mereka," ujarnya.

Program PTB itu turut disertai 50 kakitangan JAS dari seluruh negara.

Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang program itu yang menjelajah Kuching, Sarawak, Brunei dan Kota Kinabalu, Sabah yang berlangsung selama seminggu.

Program yang diketuai oleh Pengarah Bahagian Komunikasi dan Strategik, JAS, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Abu Hassan Mohd. Isa itu turut merentasi Sibu, Miri dan Lawas di Sarawak serta Sipitang, Sabah.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah kempen membersihkan sungai, melawat menara pencegahan kebakaran dan mengedarkan borang keahlian RAS.

PESERTA PTB membersihkan kawasan sekitar Kolam Sungai Ranchan sebagai langkah asas memelihara alam semula jadi.


Pembersihan

Taman Air Terjun Serian yang terletak hanya satu kilometer dari Bandar Serian, Sarawak merupakan lokasi pertama program itu dengan menjalankan aktiviti pembersihan.

Taman Air Terjun Serian merupakan destinasi tumpuan penduduk setempat untuk melakukan pelbagai aktiviti riadah keluarga.

Dari Sibu, peserta meneruskan perjalanan ke Kuala Baram, Miri. Di situ, terdapat sebuah menara pencegahan kebakaran dan pengurusan tanah gambut. Lokasi itu berhampiran dengan sempadan negara Brunei.

Menara setinggi 30 meter yang bernilai RM300,000 itu dibina bagi memantau kawasan sekeliling daripada kebakaran terutamanya pada musim kemarau. Sebelum ini, kawasan hutan tersebut pernah terbakar dan sukar untuk dipadamkan.

Bagi langkah pencegahan kebakaran, JAS Sarawak telah membina sekatan aliran air dan telaga tiub di kawasan tanah gambut di situ.

Seterusnya, peserta konvoi PTB di bawa ke sebuah perkampungan masyarakat Iban di Rumah Panjang, Rh. Jarek, Miri.

Seramai 234 orang Iban yang terdiri daripada 17 etnik berbeza tinggal di rumah panjang itu. Seramai 41 keluarga yang tinggal di situ merupakan peserta program rumah angkat Local Agenda 21 (LA21).

Menariknya, di perkampungan ini, para peserta didedahkan dengan kemampuan penduduk menghasilkan baja kompos bokashi daripada sisa-sisa makanan daripada sayur-sayuran. Ia digunakan untuk mencuci sistem perparitan dan sinki.

ROZI menunjukkan baja kompos yang diproses daripada sisa buangan makanan di Rumah Panjang Rh. Karek, Miri, Sarawak.


Menurut Ketua Rumah Panjang Rh. Jarek, Rozi Elon, baja kompos itu digunakan untuk tanaman sayur-sayuran, mencuci sinki dan sistem perparitan.

"Sebelum kempen RAS dijalankan di kawasan ini, semua sisa makanan dibuang begitu sahaja. Namun, apabila JAS menyediakan tong khas di setiap kediaman, sisa makanan itu dapat dikitar semula menjadi baja kompos.

"Usaha ini dapat mengelakkan pencemaran alam sekitar terutamanya sungai yang menjadi sumber air utama kepada penduduk rumah panjang ini," katanya.

Pengorbanan dan kerjasama penduduk menjaga kebersihan dan alam di kawasan tersebut nyata berbaloi apabila Rumah Panjang Rh. Karek menerima Anugerah Kampung Angkat Terbaik Miri pada 2009 dan Anugerah Kampung Terbersih Miri LA21 tahun 2011.

Dalam kunjungan itu, para peserta turut mengedarkan beg kitar semula, baju dan borang penyertaan ahli RAS kepada penduduk kampung.

Panorama

Para peserta kemudiannya meneruskan perjalanan sejauh 128 kilometer dengan menaiki 15 buah kenderaan pacuan empat roda menuju ke perkampungan tanpa wayar di Long Pasia.

Sepanjang perjalanan yang penuh berliku itu, peserta meyaksikan keindahan panorama hutan di Sabah, Sarawak dan Kalimatan, Indonesia.

Selepas menempuh enam jam perjalanan, para peserta tiba di tempat penginapan iaitu Resort Long Mio sebelum meneruskan perjalanan ke Kampung Long Pasia. Di situ, peserta berpeluang berkongsi pengalaman sepanjang ekspedisi bersama penduduk setempat.


SEBAHAGIAN peserta PTB dan kakitangan Majlis Daerah Serian yang terlibat dalam aktiviti pembersihan Kolam Sungai Ranchan.


Selain itu, penduduk diberikan tunjuk ajar tentang cara-cara membuat lilin daripada minyak masak terpakai.

Dari Sipitang, rombongan ekspedisi bergerak ke Tuaran. Di Tuaran, Abu Hassan dan Pengarah JAS Sabah, Datin Halili Ghazali menyampaikan sumbangan pasu bunga kepada ketua kampung dan sumbangan beg sekolah kepada 20 murid sekolah rendah.

Sementara itu, Pemangku Setiausaha, Majlis Daerah Serian, Muzaimah Sumar berpendapat, kempen tersebut mampu memberi impak positif kepada masyarakat dalam usaha menjaga kelestarian alam.

"Kempen ini memberi pelbagai pendedahan kepada masyarakat tentang kepentingan menjaga alam sekitar terutama kepada generasi muda. Sebelum ini, ia hanya tertumpu kepada kawasan bandar dan pekan besar." ujarnya.

Penangan konsert Soundwave

Posted:

Penangan konsert Soundwave

Penangan konsert Soundwave


KUMPULAN Metallica merupakan teraju utama dalam keseluruhan konsert Soundwave pada tahun lalu.


PENERBANGAN selama lima jam ke Perth, Australia dari Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCCT), Sepang tidak terasa penatnya. Sejurus sampai di Lapangan Terbang Perth, saya bersama abang terus bergegas ke bilik penginapan sepanjang percutian kami di Perth selama enam hari lima malam itu.

Kami memilih hostel Kanggaroo Inn di Murray Street yang terletak di tengah-tengah bandar Perth. Dengan harga US$20 (RM60) semalam, ia merupakan penginapan pilihan kami walaupun terpaksa berkongsi bilik bersama dua pelancong dari negara lain. Namun, ia bukanlah satu masalah besar buat kami.

Matlamat utama kami berkunjung ke Perth pada tahun lalu ialah untuk menyaksikan konsert Soundwave 2013 iaitu festival muzik tahunan terbesar di negara itu.

Konsert yang berlangsung di Claremont, Perth menampilkan barisan kumpulan muzik pelbagai genre antarabangsa yang mengadakan persembahan di 10 pentas.

Dengan bayaran tiket RM500, kami berpeluang menyaksikan kumpulan Heavy Metal dari Amerika Syarikat iaitu Metallica yang merupakan impian saya sejak kecil lagi.

Tiket konsert telah ditempah secara dalam talian di tanah air sejak tempahan mula dibuka. Kami menghadiri festival itu pada hari ketiga kunjungan di Perth. Ia merupakan pengalaman pertama saya menyaksikan konsert di luar negara.

Agresif

Sepanjang festival muzik 12 jam tanpa henti itu, saya melihat pelbagai ragam penonton yang jarang sekali dapat dilihat di dalam sesebuah konsert di Malaysia. Mereka lebih agresif terutama ketika sesebuah kumpulan sedang mengadakan persembahan. Tetapi dalam masa yang sama menghormati pelancong seperti kami.

Selain Metallica, kumpulan Linkin Park, A Perfect Circle, Fozzy, Antrax, Madball, Killswitch Engage dan Cypress Hill turut memberi persembahan yang bertenaga sepanjang konsert itu.

Selain konsert Soundwave 2013, saya dan abang turut berpeluang berkunjung ke beberapa destinasi menarik yang terdapat di Perth. Kings Park merupakan antara tumpuan utama kami untuk menyaksikan keindahan malam di bandar yang terletak di bahagian barat Australia itu.


MENYAKSIKAN konsert Soundwave 2013 secara langsung merupakan pengalaman manis penulis sepanjang bercuti di Perth.


Dari hostel penginapan, kami berjalan kaki sejauh tiga kilometer untuk ke kawasan taman awam itu. Suasana dingin malam yang menemani perjalanan membuatkan kami tidak berasa penat walaupun berjalan kaki.

Kings Park merupakan kawasan taman awam popular yang menjadi tumpuan penduduk sekitar bandar itu untuk beriadah. Ia juga digelar sebagai kawasan botanik yang menjadi habitat lebih 3,000 spesies flora dan fauna.

Ketika kami berkunjung di situ, kelihatan masih ramai penduduk Perth sedang berjoging dan berbasikal walaupun pada waktu malam.

Taman awam di Perth itu mengingatkan saya kepada Bukit Ampang, Kuala Lumpur. Kedua-dua destinasi tumpuan pelancong itu mempunyai tarikan yang sama iaitu dapat menyaksikan pemandangan malam bandar Perth dan Kuala Lumpur yang diterangi cahaya lampu.

Penjara

Selain Kings Park, kami juga berkesempatan berkunjung ke penjara Freemantle Prison di The Terrace, Freemantle. Menurut laman web pelancongan di Perth, bekas penjara British itu merupakan destinasi yang wajib dikunjungi sekiranya berada di bandar itu.

Dari pusat bandar Perth, kami menaiki kereta api ke Freemantle.

Penjara yang dibina pada tahun 1829 semasa penjajahan British di Australia itu merupakan tempat buangan bagi warga Britain yang melakukan kesalahan berat seperti membunuh dan merogol. Sebagai pengajaran, mereka yang bersalah dihantar ke penjara itu.

Pemandu pelancong di penjara itu yang berusia dalam lingkungan 60-an banyak memberi maklumat mengenai Freemantle Prison. Dia yang merupakan warden penjara itu sekitar tahun 1960-an turut menceritakan pengalamannya menguruskan banduan di situ.

Menurutnya, antara pengalaman pahit yang dilalui sepanjang bertugas sebagai warden ialah menyaksikan seorang banduan menelan sebutir bom tangan sebelum ia meletup menyebabkan mukanya hancur. Ketika itu, lelaki berkenaan dijatuhi hukuman gantung sampai mati setelah didapati bersalah membunuh isterinya.

Kini, Freemantle Prison menjadi destinasi tarikan pelancong. Struktur bangunan yang bercirikan seni bina British masih utuh dan tidak ditelan zaman. Setinggi-tinggi pujian buat pihak kerajaan Australia kerana menjaga khazanah negara yang tiada nilainya itu.


DERETAN sel di Freemantle Prison ini pernah menempatkan ribuan banduan dari British suatu ketika dahulu.


Maklumat mengenai penjara itu terpampang di segenap dinding. Kunjungan ke bilik hukuman gantung merupakan pengalaman yang menyeramkan buat saya. Keadaan dan suasana bilik yang suram itu telah menjadi saksi kepada tamatnya ribuan nyawa banduan di situ.

Selain penjara itu, kami juga berpeluang bersiar-siar melihat persekitaran bandar Freemantle yang menjadi tumpuan pelancong.

Pantai

Destinasi terakhir yang menjadi persinggahan kami sebelum pulang ke tanah air di Perth ialah Pantai Cottesloe. Ia merupakan pengalaman pertama saya berkunjung ke kawasan pantai di luar negara.

Walaupun selesema, saya bersama abang tetap mengambil peluang untuk mandi-manda di pantai itu. Selain aktiviti mandi-manda, ombak tinggi yang menghempas pantai turut menjadi lokasi bagi penggemar sukan luncur air.

Bagi saya, pantai yang angin itu merupakan kawasan yang amat sesuai bagi pengunjung yang datang bersama keluarga untuk beriadah. Kami juga sempat bersiar-siar di sekitar bandar Cottesloe dan berpeluang menikmati hidangan masakan Barat di sebuah restoran popular di situ.

Secara kesimpulannya, dengan bajet RM2,000 bercuti di Perth, saya dapat mengunjungi pelbagai destinasi pelancongan di bandar itu. Bajet bukanlah menjadi penghalang utama untuk melancong. Sekiranya pandai mengurus kewangan sejak berada di tanah air, Antartika juga bukanlah satu destinasi yang mustahil untuk dikunjungi.

Bagi saya, peluang menyaksikan persembahan Metallica di luar negara merupakan pengalaman yang paling bermakna yang dijadikan modal untuk bercerita kepada rakan taulan mengenai percutian saya tahun lalu.

Persepsi tanpa visual Dialogue In The Dark

Posted:

Persepsi tanpa visual Dialogue In The Dark

Persepsi tanpa visual Dialogue In The Dark


DIALOGUE In The Dark merupakan aktiviti pelancongan terbaharu yang diperkenalkan di Petrosains.


PAMERAN Dialogue In The Dark (DITD) di Pusat Penemuan Sains Petrosains yang terletak di pusat beli-belah Suria KLCC, Kuala Lumpur pastinya pasti memberi pengalaman baharu kepada pengunjung.

Dicetuskan oleh Dialogue In The Dark Sdn. Bhd. (Malaysia), pameran DITD yang dilihat sebagai pameran seumpamanya di negara ini membolehkan pengunjung memasuki sebuah bilik gelap dan melakukan aktiviti secara berkumpualan selama 45 minit.

Jurugambar Kosmo!, Azliza Hailani berkongsi pengalaman, DITD merupakan destinasi terbaik kepada pengunjung yang ingin menyelami kehidupan individu cacat penglihatan.

"Sebelum memasuki dewan pameran, pengunjung dibekalkan dengan sebatang tongkat. Sebaik kaki melangkah ke dalam dewan pameran, keadaan menjadi gelap-gelita kerana tiada sebarang cahaya yang kelihatan. Kami seperti orang buta," jelasnya.

Tidak membiarkan pengunjung teraba-raba mencari jalan, kedengaran Lisa Chee Li Li yang merupakan seorang jurulatih, memberi arahan dan panduan arah bagi membantu mereka yang terlibat.

"Sebanyak 80 peratus keputusan kehidupan harian individu bergantung pada apa yang dilihat, namun pengunjung yang menyertai aktiviti ini hanya menggunakan 20 peratus untuk membuat tindakan atau keputusan.

"Pengalaman berada di dalam dewan ini memberi petunjuk kepada mereka tentang kehidupan seorang yang cacat penglihatan. Pengunjung diajar cara melintas jalan dengan hanya mendengar bunyi kenderaan sekeliling, membeli barangan keperluan di pasar dan beriadah di taman," ujarnya yang buta sejak tiga tahun lalu akibat diabetes kepada Kosmo! baru-baru ini.

Cabaran

Tambahnya, segala aktiviti yang diadakan di pameran tersebut bertujuan meningkatkan kesedaran dan kepekaan umum terhadap cabaran yang perlu diatasi individu cacat penglihatan setiap hari.

Idea asal DITD telah dimulakan oleh seorang usahawan sosial, Dr. Andreas Heinecke di Frankfurt, Jerman pada tahun 1988 ketika bertugas di sebuah stesen radio. Beliau pada ketika itu bertanggungjawab membangunkan sebuah program pemulihan bagi seorang rakan sekerja yang kehilangan penglihatannya dalam satu kemalangan jalan raya.


PENGUNJUNG yang menyertai aktiviti Dialogue In The Dark pastinya merasai pahit dan manis kehidupan seorang individu yang cacat penglihatan. - Gambar Hiasan.


Rentetan pengalaman itu, Heinecke, telah menjadikan DITD sebagai langkah permulaan untuk memberi gambaran mengenai persepsi tanpa visual yang diharungi oleh orang buta setiap hari.

Kaedah terbaik

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif DITD (Malaysia), Stevens Chan memberitahu, fokus pameran itu adalah untuk menyediakan satu platform khusus yang membolehkan pembelajaran melalui pengalaman yang lebih terbuka kepada pengunjung.

Menurutnya, kaedah pembelajaran di DITD merupakan salah satu kaedah terbaik untuk mempelajari cara sosial golongan orang kurang upaya, terutamanya yang cacat penglihatan, meniti hari mereka.

"Kaedah ini juga mampu mewujudkan rasa hormat individu normal terhadap orang yang cacat penglihatan. Sesi komunikasi antara pelatih dan pengunjung merupakan kaedah terbaik untuk berkongsi pandangan mengenai aktiviti yang telah dilakukan," jelasnya.

Sementara itu, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Petrosains, Tengku Nasariah Tengku Syed Ibrahim memberitahu, DITD merupakan destinasi yang wajib dikunjungi di pusat pameran sains berkenaan kerana aktiviti yang dianjurkan dapat merangsang minda seisi keluarga.

"Pembelajaran melalui aktiviti di sini diklasifikasikan sebagai proses perkembangan minda yang sihat. Ia juga merupakan kaedah sains sosial secara interaktif di dalam kawasan gelap yang membantu pengunjung lebih fokus dalam melakukan sebarang keputusan," ujarnya. – MUHAMMAD AYMAN GHAFFA

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Program tarik minat murid Orang Asli bersekolah

Posted:

Program tarik minat murid Orang Asli bersekolah

Program tarik minat murid Orang Asli bersekolah

SEBAHAGIAN murid Orang Asli melakukan senamrobik dalam program Jalinan Bersama PIBG di Sekolah Kebangsaan Sungai Rual, Jeli, Kelantan baru-baru ini.


BERSEMANGAT. Seramai 125 murid-murid Orang Asli sekitar Daerah Jeli, Kelantan menghadiri program Jalinan Bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah (PIBG) Kebangsaan Sungai Rual, Jeli, Kelantan baru-baru ini.

Program yang diadakan di pekarangan sekolah itu dianjurkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Empower Ecer bertujuan memupuk minat murid-murid Orang Asli ke sekolah.

Guru besar sekolah itu, Baharuddin Daud berkata, program santai itu juga memberi penerangan kepada ibu bapa Orang Asli pentingnya persekolahan kepada anak-anak mereka serta bantuan yang diberikan kerajaan.

27 keluarga terima bantuan pemimpin turun padang

Posted:

27 keluarga terima bantuan pemimpin turun padang

27 keluarga terima bantuan pemimpin turun padang


CHE ZULKIFLY (depan empat dari kanan) dan Mohd. Jidin (depan tujuh dari kanan) bergambar bersama penduduk kampung ketika melawat keluarga miskin di Setiu, Terengganu baru-baru ini.


ZIARAH. Sebanyak 27 keluarga miskin di Kampung Banggol, Bukit Kemudu dan Kampung Buruk menerima sumbangan pada program Pemimpin Turun Padang yang diadakan di Setiu, Terengganu baru-baru ini.

Program itu diterajui gandingan dua wakil rakyat iaitu Ahli Parlimen Setiu, Che Zulkifly Jusoh dan Ahli Dewan Undangan Negeri Permaisuri, Datuk Mohd. Jidin Shafee.

Mohd. Jidin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri berkata, melalui program itu mereka dapat mendekati dan menghulurkan bantuan secara terus kepada golongan yang memerlukan.

Hasani Group hulur komputer kepada rumah kebajikan

Posted:

Hasani Group hulur komputer kepada rumah kebajikan

Hasani Group hulur komputer kepada rumah kebajikan


FADZIL (dua kiri) bergambar kenangan setelah menyerahkan komputer kepada Sahodah (kanan) di Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.


PRIHATIN. Sebuah syarikat swasta, Hasani Group Sdn. Bhd. menyumbangkan satu unit komputer kepada badan amal Persatuan Ibu Tunggal dan Anak-Anak Yatim Parlimen Sungai Petani (Jatiwaja) di Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.

Majlis penyerahan itu disempurnakan oleh Pengarah Urusan Hasani Group, Fadzil Ismail kepada Pengerusi Jatiwaja, Sahodah Yusof di ibu pejabat pertubuhan bukan kerajaan itu.

Menurut Fadzil, sumbangan itu adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial syarikatnya bagi membantu badan amal dan rumah kebajikan.

Sementara itu, Sahodah mengucapkan terima kasih kepada Hasani Group dan turut mengalu-alukan sekiranya ada pihak lain yang ingin menghulurkan sumbangan dengan menghubunginya di talian 017-5389 750.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Barang kemas untuk 'dibersihkan'

Posted:

Barang kemas untuk 'dibersihkan'

Barang kemas untuk 'dibersihkan'

Oleh ADLAN JAAFAR
adlan.jaafar@kosmo.com.my

MUHAMAD SAFWAN (kiri), Azizi Aizat (dua dari kiri), Mohamad Sharafe (tiga dari kiri) dan Mohamad Zul Shahril Suhaimi (kanan) diringi anggota polis keluar dari Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor semalam.


SHAH ALAM - Pensyarah Bahasa Inggeris Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernatics (KTAC), Zara Eleena yang mati dibunuh bersama bapanya, Omar Peter Abdullah ada menyerahkan barangan kemas milik ibunya, Normaliah Mahmood kepada 'Ustaz Shah' untuk 'dibersihkan'.

Normaliah, 53, yang merupakan saksi keempat pendakwaan berkata, anak tunggalnya itu menyerahkan barangan kemasnya kepada tertuduh pertama, Mohamad Zul Shahril Suhaimi atau yang dipanggil Ustaz Shah ketika disoal di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Halim Aman pada sesi perbicaraan hari ketiga semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Ancaman cuaca panas hingga hujung Februari

Posted:

Ancaman cuaca panas hingga hujung Februari

Ancaman cuaca panas hingga hujung Februari

KUALA LUMPUR - Fenomena cuaca panas dan kering yang dialami di kebanyakan tempat di negara ini khususnya di Semenanjung Malaysia dijangka akan berterusan sehingga penghujung bulan ini.

Keadaan tersebut berlaku berikutan kadar hujan yang diterima di beberapa kawasan amat sedikit terutama di bahagian utara Semenanjung sejak bulan lalu.

Pengarah Pusat Cuaca Nasional, Muhammad Helmi Abdullah berkata, keadaan panas dan kering itu akan mula berkurangan pada awal dan pertengahan Mac depan apabila jumlah hujan dijangka akan bertambah.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Rakyat Malaysia lebih gemar guna tunai

Posted:

Rakyat Malaysia lebih gemar guna tunai

Rakyat Malaysia lebih gemar guna tunai

KUALA LUMPUR - Satu tinjauan seluruh dunia oleh Nielsen menunjukkan bahawa warga Malaysia adalah orang yang paling kurang yakin di dunia terhadap pembelian melalui internet dengan enam daripada 10 pengguna memilih tunai sebagai kaedah perbelanjaan harian mereka.

Ia disebabkan oleh kebimbangan tentang keselamatan siber yang membuatkan mereka teragak-agak atau tidak mahu membeli dalam talian dan menggunakan perincian kad pembayaran mereka melalui telefon pintar atau peranti tablet meskipun maklumat peribadi mereka dilindungi.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Potensi madu kelulut jana pendapatan

Posted:

Potensi madu kelulut jana pendapatan

Potensi madu kelulut jana pendapatan

SYAKIRAH (kanan) bersama ibunya Norlezah menunjukkan rupa sarang kelulut.


RAMAI yang beranggapan kelulut merupakan sejenis serangga seperti lebah madu yang tidak boleh menghasilkan madu dalam kuantiti banyak. Hakikatnya, serangga yang banyak ditemui di hutan hujan tropika itu boleh membantu menjana pendapatan seseorang jika bersungguh-sungguh mengusakan dan tahu kaedahnya.

Hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) penternakan kelulut yang diusahakan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) berjaya membuktikan meningkatkan pengeluaran madu kelulut sehingga 2 kilogram (kg) untuk satu koloni dalam tempoh satu bulan.

Menurut Pegawai Penyelidik MARDI, Mohd. Fahimee Jaapar, sebelum ini kelulut hanya digunakan sebagai ajen pendebungaan sahaja dan biasanya boleh menghasilkan madu dalam tempoh satu bulan.

"Sebelum tahun tahun 1990, madu kelulut belum lagi dikomersialkan, selepas melihat potensi kelulut, satu program telah diaktifkan oleh MARDI untuk mengkaji perilaku serangga tersebut," katanya ketika ditemui.

Hasil penyelidikan tersebut telah berjaya dimanfaatkan oleh beberapa usahawan produk berasaskan madu, termasuklah Syakirah Hamdan, 24.

Menurut pengusaha madu kelulut yang banyak mendapat nasihat dan tunjuk ajar MARDI itu, beliau berjaya menternak lebah kelulut untuk mendapatkan madu dan propolis serangga tersebut.

Propolis ialah struktur binaan sarang kelulut dan kantung simpanan madu yang dihasilkan daripada campuran resin pelbagai sumber botani seperti pokok dan tumbuh-tumbuhan.

Potensi kelulut

Propolis terbahagi kepada dua iaitu propolis yang lembut dan keras dan rapuh.

Syakirah yang mengambil alih perniagaan Trigona Bee daripada ibunya, Norlezah Baharom, 53, akhir tahun lalu menjelaskan, hasil kerjasama dan khidmat nasihat MARDI membolehkan madu dihasilkan lebih banyak dan berkualiti sehingga boleh dikomersialkan.

Ujar bekas penuntut Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur jurusan Diploma Perniagaan itu, sebelum ini Trigona Bee ditubuhkan pada tahun 1995, syarikat tersebut hanya menternak lebah madu sahaja, namun setelah mendapati potensi dan khasiat madu kelulut lebih baik maka syarikat tersebut cuba kepada menternak kelulut.

MADU kelulut mengandungi bahan antioksidan yang tinggi dan baik untuk kesihatan.


"Madu lebah kelulut mengandungi bahan antioksidan yang tinggi dan dipercayai dapat melambatkan proses pengoksidaan dalam badan. Ia baik untuk mengurangkan tahap kolesterol dalam plasma darah dan risiko mendapat kanser perut," katanya ketika ditemui di Kajang, Selangor.

Kesedaran masyarakat mengenai kebaikan madu kelulut telah menyebabkan permintaannya meningkat sekali ganda sehinggakan syarikat tersebut sukar menampung permintaan tersebut. Madu kelulut syarikat itu diperoleh daripada penternakan dua buah ladang yang terletak di Semenyih dan Serdang, Selangor.

Tambah gadis yang masih belum berumah tangga itu, lebihan permintaan tersebut berlaku disebabkan kelulut hanya menghasilkan madu secara bermusim iaitu pada musim pokok berbunga sedangkan permintaannya berterusan.

Ujar Syakirah, madu kelulut dijual pada harga RM40 bagi 350 gram.

Selain penjualan madu lebah dan kelulut, syarikat Trigona Bee turut menjual koloni kelulut kepada pelanggan yang berminat untuk menternaknya pada harga antara RM400 hingga RM1,000 untuk satu koloni bergantung kepada spesies kelulut.

"Sifat kelulut yang tidak menyengat berjaya menarik minat ramai orang untuk membeli koloni dan menternaknya sendiri di rumah," kata Syakirah yang banyak dibantu keluarganya.

Jenis madu

Kini, hasil jualan keseluruhan produk syarikatnya mampu mencecah RM20,000 sebulan sekali gus menjadikan Syakirah tidak menang tangan.

Selain madu kelulut, syarikatnya turut menawarkan madu-madu lainseperti Madu Hutan, Madu Habbatus Sauda, Royal Honey, Madu Propolis,

"Madu-madu tersebut mempunyai keistimewaannya tersendiri.

"Misalnya, madu hutan yang boleh membantu meringan batuk, lelah, selesema dan masalah tenaga batin," katanya sambil memberitahu produk tersebut mendapat sambutan daripada pengguna dari luar negara seperti Asia Barat.

Prinsip operasi ikut syariah

Posted:

Prinsip operasi ikut syariah

Prinsip operasi ikut syariah


DUBAI Islamic Bank antara bank Islam yang berjaya ditubuhkan selepas persidangan Menteri-Menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam di Jeddah, Arab Saudi.


PERBANKAN Islam merupakan salah satu sektor atau juzuk dalam sebuah sistem kewangan Islam yang prinsip operasi dan amalannya berlandaskan hukum Islam atau juga disebut sebagai syariah.

Faktor utama yang membezakan antara perbankan Islam dan perbankan konvensional ialah segala urusan dalam perbankan Islam hendaklah dikendalikan tanpa melibatkan sebarang unsur-unsur yang bercanggah dengan syariah.

Perbankan Islam dunia mula mengorak langkah seawal tahun 1963, terutamanya apabila tertubuhnya Mit Ghamr Local Saving Bank di Mesir tanpa menggunakan perkataan syariah secara rasmi. Bank ini menggunakan model German Savings Bank mengikut kesesuaian sebuah bank yang berlandaskan Islam.

Penubuhan Islamic Development Bank (IDB) di Jeddah, Arab Saudi pada sidang Menteri-Menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menjadi pemangkin kepada kewujudan perbankan Islam di serata dunia.

Berdasarkan hukum

Antara bank-bank Islam yang berjaya ditubuhkan ialah Dubai Islamic Bank pada tahun 1975, diikuti dengan Faisal Islamic Bank of Sudan (1977), Faisal Islamic Egyptian Bank dan Islamic Bank of Jordan (1978), Islamic Bank of Bahrain (1979) dan The International Islamic Bank of Investment and Development, Luxembourg (1980).

Konsep kewangan berdasarkan hukum Islam bukanlah sesuatu yang baharu. Sejak perkembangan Islam di kepulauan Nusantara pada abad ke-12, undang-undang Islam dalam perdagangan telah mula mempengaruhi masyarakat tempatan.

Dalam Undang-Undang Melaka, terdapat beberapa peraturan yang menyentuh tentang pengharaman amalan riba dalam urusan jual beli. Selepas kemerdekaan, permintaan untuk mewujudkan sebuah institusi kewangan yang halal telah meningkat.

Pada tahun 1963, Lembaga Tabung Haji telah ditubuhkan dengan tujuan untuk membantu umat Islam di Malaysia menyimpan wang untuk menunaikan ibadah haji.

Kejayaan Tabung Haji menyebabkan timbul pula usul untuk mewujudkan sistem perbankan Islam di negara ini.

Hasilnya, Kabinet telah meluluskan penubuhan bank Islam pertama pada tahun 1983 yang dikenali sebagai Bank Islam Malaysia Berhad, disusuli dengan kewujudan Syarikat Takaful Malaysia Berhad selaku pengendali takaful yang pertama pada tahun 1984.

Bank Negara Malaysia (BNM) pula diberi mandat untuk menjadi badan pengawal yang membantu dalam penyelarasan dan keseragaman pentafsiran syariah dalam memperkukuhkan pengawalseliaan dan tadbir urus industri kewangan Islam di Malaysia.

Antara langkah yang telah diambil BNM dalam mengawal selia industri kewangan Islam terutamanya dalam segmen perbankan dan takaful ialah mengeluarkan resolusi, garis panduan dan perkara berkaitan lain yang bertujuan untuk mewujudkan kesepakatan dalam keputusan-keputusan syariah. Ini sekali gus mempertingkat dan memperkukuhkan tadbir urus syariah institusi kewangan.

Produk kewangan

Dahulu, kita mungkin tiada pilihan untuk menggunakan produk kewangan Islam dalam aktiviti-aktiviti kewangan seperti perbankan, pajak gadai, insurans dan sebagainya, namun dewasa ini terdapat pelbagai institusi perbankan islam dan juga bank-bank konvensional yang membuka 'tetingkap Islam' dengan menawarkan produk-produk perbankan Islam kepada mereka yang berminat terutamanya umat Islam.

Antara produk-produk kewangan Islam yang berada di pasaran semasa pada hari ini ialah pajak gadai Islam yang dikenali sebagai al-rahnu, takaful dan sukuk.

Dalam keterbatasan dan situasi darurat, kita mungkin akan memberi alasan tiada alternatif lain melainkan sistem kewangan konvensional. Ini memaksa kita menggunakan kaedah itu sama ada secara rela ataupun tidak.

Tetapi apabila sudah ada alternatif-alternatif produk kewangan Islam di hampir semua institusi perbankan di negara ini di samping kecaman oleh Allah SWT dan Rasul-Nya ke atas pengamal riba, adakah kita masih memilih untuk menggunakan sistem kewangan konvensional yang berasaskan riba dan mengabaikan sistem kewangan Islam?

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Biar FAM selesai isu bola sepak

Posted:

Biar FAM selesai isu bola sepak

Biar FAM selesai isu bola sepak

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

TENGKU ABDULLAH


PARA pemimpin, bekas pemain bola sepak negara bersetuju dengan nasihat Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berhubung kontroversi sumpah al-Quran yang dilakukan oleh pemain serta pegawai pasukan T-Team.

Mereka berpendapat tindakan tersebut dilihat bertentangan dengan konsep semangat kesukanan yang sentiasa diberi penekanan dalam kalangan ahli dan pemimpin sukan di Malaysia.

Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh menjelaskan, nasihat Tengku Abdullah (selaku Timbalan Presiden FAM) seharusnya dipandang serius oleh para pemimpin mahu pun ahli sukan terbabit.

Katanya, setiap masalah ada jalan penyelesaiannya dan tindakan membabitkan hal-hal agama seharusnya dielakkan. Sumpah al-Quran bukan jalan penyelesaian walaupun ia bertujuan untuk menegakkan kebenaran.

"Setiap pasukan yang bersaing dalam liga seharusnya mengambil pendekatan yang lebih profesional dan jika berlaku sebarang insiden kekecohan, ia hendaklah dirujuk dengan FAM terlebih dahulu. Biar FAM yang buat kerja kerana mereka mempunyai undang-undang untuk menyelesaikan mana-mana kes. Tidak perlu libatkan hal agama walaupun ia dilihat sebagai jalan terbaik untuk menegakkan kebenaran," jelas Che Mat.

Menurutnya, memang tidak dinafikan ada persatuan melihat pendekatan yang berbeza, tetapi dalam kes seperti ini, ia seharusnya diserahkan kepada FAM.

"Ada pandangan yang berbeza, saya tahu mereka (T-Team) mahu mencari kebenaran dan bagi mereka, (membuat sumpah al-Quran) adalah jalan yang terbaik untuk menegakkan keadilan.

"Benda yang lepas, biarkan ia berlalu tetapi saya berharap selepas ini, tiada lagi mana-mana pasukan dalam Liga M berbuat demikian.

"Mereka harus faham tindakan sumpah al-Quran. Saya percaya sukan bola sepak ini sebenarnya tidak perlu sampai ke peringkat tersebut.

"Banyak lagi cara lain untuk menyelesaikannya, tetapi ia hendaklah berlandaskan semangat kesukanan tanpa melibatkan sentimen agama (Islam)," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Semalam, Tengku Abdullah menasihatkan pihak terbabit agar mengelak daripada melakukan sumpah al-Quran kerana ayat-ayat al-Quran ini bukan benda yang boleh dimain-mainkan.

Titah baginda: "Jangan main-main dengan ayat al-Quran. Biar FAM yang buat kerja. Kita ada jawatankuasa tertentu untuk mengendalikan sesuatu kes."

Tengku Abdullah yang juga Tengku Mahkota Pahang bertitah demikian bagi mengulas langkah yang diambil oleh para pemain dan pegawai pasukan T-Team yang melakukan sumpah al-Quran bagi mencari kebenaran terhadap insiden kekecohan dalam terowong menuju ke bilik persalinan pemain pada aksi pusingan kedua kempen Piala FA 2014 antara Johor Darul Takzim (Johor DT) menentang T-Team pada 1 Februari lalu.

Insiden tersebut dilaporkan berlaku pada waktu rehat separuh masa pertama perlawanan tersebut yang menyaksikan Johor DT mendahului 2-1.

Mengulas lanjut, Tengku Abdullah bertitah, masih banyak lagi cara lain untuk menyelesaikan insiden tersebut dan berharap sentimen agama tidak perlu dipermainkan dalam kemelut sukan bola sepak tanah air.

Dalam perkembangan sama, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Mokhtar Ahmad turut senada dengan pandangan yang dilontarkan oleh Tengku Abdullah.

Katanya, mana-mana pasukan perlu memahami prosedur sumpah al-Quran dan pihak terbabit perlu merujuk terlebih dahulu dengan orang yang lebih arif berkenaan ahl-hal berkaitan agama.

"Pada pendapat saya, perkara seperti ini tidak perlu melibatkan hal-hal agama. Kita harus mengikut peraturan (FAM) yang sedia ada.

"Sumpah al-Quran itu agak besar. Jika sampai ke tahap itu, mungkin ada sesuatu yang mahu ditegakkan oleh pasukan tersebut tetapi saya fikir, mungkin bola sepak tidak perlu sampai ke peringkat tersebut," katanya.

Sementara itu, bekas pemain kebangsaan, Datuk Shukor Salleh menggesa pasukan-pasukan lain agar tidak lagi melakukan perbuatan sama meskipun cuba mencari jalan kebenaran.

Beliau menganggap insiden yang dialami pasukan T-Team itu seharusnya diserahkan kepada FAM kerana badan induk bola sepak negara itu ada undang-undang untuk menyelesaikan sesuatu kes.

Hafiz, Badhri dalam senarai utama

Posted:

Hafiz, Badhri dalam senarai utama

Hafiz, Badhri dalam senarai utama

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my


BADHRI (kiri), Hafiz (gambar depan kiri) dan Junior (kanan) kembali disenaraikan dalam skuad Harimau Malaya kendalian Kim Swee.


PEMAIN tengah Pahang, Hafiz Kamal mengakui teruja apabila disenaraikan dalam skuad Harimau Malaya kendalian Datuk Ong Kim Swee.

Ia merupakan kali pertama namanya disenaraikan untuk menyertai latihan skuad negara kendalian jurulatih baharu, (Datuk Ong Kim Swee).

Atas pemilihan itu, Hafiz mahu membuktikan kemampuannya sekali gus bertekad untuk merebut tempat dalam skuad utama untuk aksi persahabatan menentang Filipina dan kelayakan Piala Asia 2015 bertemu Yemen pada 1 dan 5 Mac depan.

Aksi cemerlang Hafiz berjaya menarik perhatian Kim Swee ketika meledak gol kemenangan Pahang ketika menewaskan Johor Darul Takzim (Johor DT) pada aksi Liga Super Jumaat lalu.

Justeru, Hafiz mengakui dia tidak memiliki alasan untuk terus berhenti daripada melakarkan persembahan terbaik sebaik tersenarai menyertai skuad kebangsaan pada kali ini.

"Sebelum ini, saya hanya dalam senarai simpanan sahaja ketika di bawah bekas jurulatih, Datuk K. Rajagobal. Akhirnya, saya berjaya bersama pelatih-pelatih utama skuad Harimau Malaya di bawah Kim Swee.

"Sebenarnya, saya rasa sangat istimewa selepas disenaraikan dalam skuad kebangsaan kali ini. Sebagai pemain profesional, kamu akan berasa lebih semangat dari segi motivasi apabila mendapat peluang berkerja dengan jurulatih hebat seperti Kim Swee.

"Sejujurnya, inilah pertama kali saya berkerja di bawah bimbingan Kim Swee dan saya sudah bersedia untuk memberikan yang terbaik jika khidmat saya diperlukan nanti," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Dalam perkembangan sama, kapten Kelantan, Mohd. Badhri Mohd. Radzi turut gembira selepas disenaraikan dalam skuad Harimau Malaya.

Jelas Badhri yang lebih mesra disapa sebagai Piya, kredibiliti Kim Swee tidak perlu dipertikaikan lagi dan dia semakin bersemangat untuk menyertai skuad kebangsaan pada kali ini.

"Saya tahu ramai mempertikaikan kemampuan saya selepas kurang menyerlah ketika bersama skuad kebangsaan berbanding ketika mewakili Kelantan.

"Saya masih mahu belajar dan saya yakin dengan kehadiran ramai pemain hebat Liga Malaysia, saya akan mendapat ilmu dan pengalaman yang cukup berguna.

"Apa yang pasti, saya akan memberikan komitmen dan khidmat terbaik buat Kim Swee jika saya mendapat peluang untuk beraksi bersama skuad kebangsaan nanti," katanya.

Turut tersenarai dalam skuad Kim Swee kali ini ialah kapten pasukan Kedah, Baddrol Bakhtiar.

Turut disenaraikan ialah pemain Sarawak, Junior Eldstål yang kini sudah pulih sepenuhnya daripada kecederaan.

Pemain Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bobby Gonzales yang sebelum ini sering diletakkan dalam senarai simpanan, turut mendapat tempat dalam senarai 25 pemian utama yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam.

Real lebur impian Atletico

Posted:

Real lebur impian Atletico

Real lebur impian Atletico


RONALDO (kanan) menerima pujian daripada Bale selepas membantu Real mara ke final Piala Raja Sepanyol awal pagi semalam.


MADRID - Cristiano Ronaldo membantu Real Madrid mara ke final Piala Raja Sepanyol buat musim keempat berturut-turut selepas menewaskan Atletico Madrid 2-0 pada aksi separuh akhir kedua awal pagi semalam.

Penyerang sensasi Real itu menyempurnakan dua sepakan penalti seawal minit ketujuh dan ke-16, sekali gus meleburkan impian Atletico untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi musim lalu selepas tewas dengan agregat 0-5.

Skuad The Galaticos akan bertemu pemenang dalam satu lagi aksi separuh akhir antara Barcelona dan Real Sociedad pada 19 April depan.

"Ini adalah pertandingan yang kurang penting pada tahun ini tetapi melangkah ke final adalah sesuatu yang baik buat pasukan," kata jurulatih Real, Carlo Ancelotti.

Pada aksi tersebut, Atletico terpaksa beraksi tanpa beberapa pemain utama iaitu dua penyerang, Diego Costa dan David Villa, penjaga gol, Thibaut Courtois dan pemain pertahanan, Felipe Luis.

Biarpun jurulatih Atletico, Diego Simeone berjanji untuk menampilkan persembahan terbaik pada perlawanan itu, harapan skuad bimbingannya itu musnah seawal minit ketujuh apabila Javier Manquillo menjatuhkan Ronaldo dalam kotak penalti.

Pemain antarabangsa Portugal itu berjaya menewaskan penjaga gol kedua Atletico, Daniel Aranzubia, sekali gus menamatkan kemarau jaringan selama tiga perlawanan.

Selepas itu, giliran pemain pertahanan Atletico, Emiliano Insua pula menjatuhkan Gareth Bale sebelum Ronaldo sekali lagi menewaskan Aranzubia dan merekodkan gol yang ke-34 musim ini.

"Perlawanan pertama sangat penting termasuk dua sepakan penalti itu kerana ia melemahkah semangat mereka (Atletico)," kata penjaga gol Real, Iker Casillas.

Kejayaan terbaharu itu membantu Real merekodkan 24 perlawanan tanpa kalah.

Namun, Real tidak dapat menyenaraikan Ronaldo dalam kesebelasan utama pasukan itu sehingga pertemuan menentang Schalke pada aksi kalah mati Liga Juara-Juara, 26 Februari depan.

Pemain Terbaik Dunia 2013 itu akan terlepas dua aksi liga selepas digantung tiga perlawanan. - AP

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved