Rabu, 4 Jun 2014

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Banjir kilat tenggelamkan UIAM

Posted:

Banjir kilat tenggelamkan UIAM

Banjir kilat tenggelamkan UIAM

Oleh NOR AFIQAH MAT NOR
afiqah.matnor@kosmo.com.my

KEJADIAN banjir kilat di sekitar UIAM di Gombak semalam.


GOMBAK – Kampus Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini dikejutkan dengan kejadian banjir kilat semalam apabila pekarangan kampus universiti itu dinaiki air sedalam setengah meter menyebabkan puluhan kenderaan terperangkap dalam kejadian tersebut.

Kejadian banjir itu berlaku akibat hujan lebat yang melanda kawasan kampus tersebut dan sekitarnya selama sejam mulai pukul 3 hingga 4 petang semalam.

Jurucakap Bahagian Komunikasi Korporat UIAM memberitahu, hujan lebat itu menyebabkan air naik sehingga ke paras pinggang dan menenggelamkan puluhan kereta dan motosikal milik pelajar dan kakitangan universiti itu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Bos YTL nafi Malaysia amal kapitalisme kroni

Posted:

Bos YTL nafi Malaysia amal kapitalisme kroni

Bos YTL nafi Malaysia amal kapitalisme kroni

Oleh ZULKIFLI MANZOR
zulkifli.manzor@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR – Pengarah Urusan Kumpulan YTL Corporation Bhd. (YTL), Tan Sri Dr. Francis Yeoh (gambar) menafikan laporan sebuah portal berita bahawa beliau membuat kenyataan yang mendakwa Malaysia dilanda masalah kapitalisme kroni pada satu majlis di ibu negara kelmarin.

Beliau yang merupakan orang ke-24 terkaya di Malaysia dengan harta sebanyak RM1.3 bilion sebaliknya menjelaskan, masalah tersebut sebenarnya tidak berlaku di negara ini sambil mendakwa portal berita itu tersalah tafsir kenyataannya berhubung perkara berkenaan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Usahawan PKS diberi e-Baucar

Posted:

Usahawan PKS diberi e-Baucar

Usahawan PKS diberi e-Baucar

Oleh ZULKIFLI MANZOR
zulkifli.manzor@kosmo.com.my


NAJIB menaiki motosikal kuasa besar tiga roda ZET yang menggunakan kuasa bateri selepas majlis pelancaran Smidex 2014 di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Kerajaan mengumumkan pemberian e-Baucar bernilai RM1,000 kepada usahawan perusahaan kecil sederhana (PKS) bagi membantu mereka membangunkan perisian perakaunan masing- masing dengan sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, bantuan kewangan melalui SME Corp. Malaysia (SME Corp.) itu antara insentif kerajaan untuk memastikan peralihan kepada sistem GST bermula tahun depan berjalan dengan lancar.

Menurutnya, usahawan PKS yang ingin mendapatkan e-Baucar itu perlu menghantar permohonan secara dalam talian.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved