Kosmo Online |
- MH370: Aset lebih canggih untuk pencarian fasa baharu - Hishammuddin
- Lelaki maut dalam nahas di Jalan Tamparuli-Ranau
- Lelaki ditemui tergantung dalam bilik
MH370: Aset lebih canggih untuk pencarian fasa baharu - Hishammuddin Posted: MH370: Aset lebih canggih untuk pencarian fasa baharu - Hishammuddin17/05/2014 7:50pm KUALA LUMPUR - Ketika operasi mencari bagi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 yang hilang sejak 8 Mac memasuki fasa baharu, aset lebih canggih dan berteknologi tinggi diperlukan untuk pencarian di laut dalam. Menyatakan demikian, pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau akan mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Chuck Hagel di Singapura dalam dua minggu ini untuk memohon penggunaan aset berkenaan. Hishammuddin berkata, badan komersil yang telah dihubungi untuk operasi mencari di laut dalam ialah syarikat-syarikat minyak dan gas iaitu Petronas, Sapura Kencana, Boustead Holdings Berhad dan DRB-HICOM Defence Technologies Sdn. Bhd. (DEFTECH) dan aset kini amat terhad. "Adalah mustahak bila saya menemui Setiausaha Hagel dan saya mohon untuk aset lain yang telah dikenalpasti, yang Tentera Laut AS boleh bantu membekalkannya. "Aset itu ialah sonar imbasan sisi (side-scan sonars)," kata beliau semasa sesi eksklusif bersama media tempatan, di sini hari ini. Sonar imbasan sisi adalah sistem sonar digunakan untuk mencipta imej kawasan dasar laut yang jauh lebih luas. Ia mampu memberi pemahaman tentang perbezaan antara bahan dasar laut dengan jenis teksturnya. - Bernama |
Lelaki maut dalam nahas di Jalan Tamparuli-Ranau Posted: Lelaki maut dalam nahas di Jalan Tamparuli-Ranau17/05/2014 7:23pm TUARAN - Seorang lelaki maut manakala isterinya cedera ringan selepas kenderaan pacuan empat roda yang mereka naiki bertembung dengan sebuah treler di Kilometer 20.6 Jalan Tamparuli-Ranau berdekatan Kampung Kelawat di sini. Dalam kejadian kira-kira pukul 9.20 pagi itu, Koh Tze Guan, 52, yang memandu dari arah Tamparuli ke Ranau, disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Tuaran manakala isterinya yang duduk di kerusi penumpang depan cedera di tangan kanan dan kepala. Pemandu sebuah lagi kereta, seorang lelaki berumur 36 tahun, yang turut terlibat dalam nahas itu, cedera parah di kepala manakala penumpang kenderaan berkenaan, seorang wanita, 36, cedera ringan di bahagian perut, dada dan leher. Pemandu treler dan kelindannya cuma mengalami kecederaan ringan. Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Abd. Fuad Abdul Malek berkata, siasatan awal mendapati treler itu, yang dipandu dari arah Ranau ke Tamparuli, hilang kawalan apabila tiba di lokasi kejadian sebelum terbabas dan merempuh dua kenderaan dari arah bertentangan. - Bernama |
Lelaki ditemui tergantung dalam bilik Posted: Lelaki ditemui tergantung dalam bilik17/05/2014 7:06pm ALOR SETAR - Seorang lelaki berusia 41 tahun ditemui mati dalam keadaan tergantung dalam bilik tidur rumahnya di Taman Bahagia, Jalan Kota Tanah hari ini. Mangsa dikenali Chiu Chee Wei ditemui anggota keluarganya dalam keadaan tergantung dengan wayar elektrik yang berada pada dinding bilik itu kira-kira pukul 1.30 petang. Seorang anggota keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata, Chiu sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak, kini tidak bekerja selepas peniagaan dijalankan sebelum ini tidak berjaya. Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung insiden itu dan punca kejadian masih dalam siasatan. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk bedah siasat. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan