Sabtu, 24 Mei 2014

Kosmo Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Kuasa besar badminton dunia rebah

Posted:

Kuasa besar badminton dunia rebah

Kuasa besar badminton dunia rebah

CHONG WEI FENG muncul wira selepas menyumbang mata ketiga buat skuad negara, sekali gus mengesahkan tempat ke perlawanan akhir untuk bertemu Jepun esok.


MALAYSIA tampil dalam kelas tersendiri apabila mara ke final Kejohanan Badminton Piala Thomas selepas menumbangkan Indonesia 3-0 pada aksi separuh akhir yang berlangsung di Stadium Siri Fort, New Delhi semalam.

Mereka akan membuat perhitungan dengan Jepun dalam final di stadium yang sama esok.

Jepun melangkah ke final selepas melakar kejutan dengan menewaskan China 3-0 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir semalam.

Ini merupakan kemaraan pertama skuad negara ke final sejak tahun 2002 yang menyaksikan mereka tewas kepada Indonesia pada kempen yang berlangsung di Guangzhou, China.

Aksi esok akan menjadi penampilan ke-14 Malaysia di pentas final Piala Thomas.

Daripada jumlah tersebut, Malaysia sekadar muncul juara lima kali dan tewas lapan kali.

Sejak kali terakhir menewaskan Indonesia ketika menjuarai Piala Thomas 1992 di Kuala Lumpur, seteru utama itu dilihat sebagai badi yang sentiasa menyekat laluan Malaysia.

Bagaimanapun, Malaysia sudah lama tidak bertemu dengan Indonesia pada kejohanan dwitahunan itu sejak kali terakhir tewas pada suku akhir di Jakarta pada tahun 2004.

Pada aksi separuh akhir semalam, pemain No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei sekali lagi tidak berdepan masalah untuk mengutip mata pertama skuad negara.

Pemain berusia 31 tahun itu tampil dengan aksi cemerlang untuk menewaskan Tommy Sugiarto 21-19, 21-13 dalam masa 52 minit.

Malaysia terus berada dalam kedudukan selesa apabila gandingan Tan Boon Heong-Hoon Thien How membuat kejutan selepas menumbangkan beregu No. 1 dunia, Hendra Setiawan- Mohammad Ahsan 21-19, 8-21, 23-21.

Mata kemenangan Malaysia hadir menerusi perseorangan kedua, Chong Wei Feng yang sekali lagi menewaskan pemain yang mempunyai ranking lebih baik daripadanya, Dionysius Hayom Rumbaka 21-10, 21-17.

Biarpun tampil selaku pemain ke-27 dunia, Wei Feng tidak menunjukkan sebarang kesukaran untuk menumbangkan pencabar yang berada di ranking No. 19 dunia itu dalam tempoh 43 minit.

Untuk rekod, Malaysia menjuarai Piala Thomas pada tahun 1949, 1952, 1955, 1967 dan 1992.

Tiada padang tempat berlatih

Posted:

Tiada padang tempat berlatih

Tiada padang tempat berlatih

Laporan AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI,
MUHAMMAD ZUHAILY BADLISHAH &
MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM
sukan@kosmo.com.my

"SIAPA cepat dia dapat." Mungkin itu konsep yang dipraktikkan oleh setiap pasukan bola sepak yang bertanding pada Sukan Malaysia (Sukma) 2014 di Kangar, Perlis.

Bunyinya agak janggal tetapi itu hakikat yang terpaksa dihadapi setiap pasukan sebagai persiapan terakhir bagi menghadapi acara bola sepak temasya Sukma 2014 yang membuka tirai secara rasmi hari ini.

Akibat kekurangan fasiliti, kebanyakan pasukan terpaksa berkongsi dan menjalani latihan di padang yang sama, sekali gus mencetuskan suasana kurang selesa buat mereka.

Difahamkan, penggunaan padang berkonsepkan 'siapa cepat dia dapat' sehingga memaksa setiap pasukan yang bertanding perlu berkongsi satu padang dalam satu-satu masa.

Situasi itu sudah pasti mengehadkan peluang setiap pasukan untuk menjalani latihan penuh sehingga ada yang terpaksa menjalani latihan ringan sedangkan acara bola sepak dianggap 'ibu emas' dalam mana-mana temasya sukan.

"Saya beranggapan mungkin padang agak terhad di Perlis. (Namun) sekurang-kurangnya kena ada satu padang khusus dan masa ditetapkan untuk latihan kepada setiap pasukan. Ia satu perkara yang biasa dilakukan dalam mana-mana pertandingan.

"Akibat tiada padang khusus dan masa ditetapkan, ada pasukan yang hanya menjalani latihan ringan. Keadaan itu juga membuatkan ada pasukan yang tidak cukup latihan penuh .

"Apa yang saya lihat, siapa cepat pasukan itulah dapat berlatih dulu. Cuma hari ini (semalam), baru kami boleh menjalani latihan penuh.

"Namun, kami terpaksa turun ke padang seawal pukul enam pagi untuk menjalani latihan penuh," kata seorang pegawai pasukan yang enggan namanya didedahkan.

Masalah yang berlaku itu sudah pasti menjadi tamparan hebat buat tuan rumah, Perlis selepas mereka turut dipalit kontroversi apabila Pusat Akuatik yang menjadi venue acara akuatik dikatakan masih belum siap sepenuhnya.

'Jangan emosional sangat'

Posted:

'Jangan emosional sangat'

'Jangan emosional sangat'

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

BEKAS Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar menasihatkan Tan Sri Annuar Musa agar tidak terlalu 'sensitif' atau 'emosional' menjelang Kongres FAM ke-50 pada Ahad ini.

Raja Ahmad berkata demikian sebagai respons mengenai pandangan bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) itu dalam entri terbaharu di laman sosial Facebook semalam.

Dalam entri tersebut, Annuar mendedahkan, pendapat Raja Ahmad dilihat seperti tidak relevan dan ia sekadar kenyataan untuk menyokong Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah untuk dilantik sebagai Presiden baharu FAM.

Bagaimanapun, Raja Ahmad sekali lagi mengulangi pendiriannya untuk memberi sokongan kepada kepimpinan Tengku Abdullah dan pada masa yang sama menjelaskan bahawa Annuar tidak sepatut 'terasa' dengan kenyataan tersebut.

"Saya boleh terima pandangan-pandangan negatif daripada orang lain tetapi dalam soal ini (Kongres FAM), kita sebagai orang luar tidak boleh terlalu emosional.

"Saya juga pernah digantung selama 3 tahun pada 1991 kerana mengkritik FAM (dikenakan hukuman mengikut peraturan Artikel 88) sama seperti beliau (Annuar) tetapi sepanjang tempoh pergantungan saya, saya tidak terlalu bebas berkata apa-apa mengenai persatuan.

"Saya hanya memberikan pendapat peribadi sahaja. Suka atau tidak, terpulanglah. Kita sebagai orang luar seharusnya membiarkan orang-orang baharu FAM membina rancangan sendiri.

"Tengku Abdullah memiliki pengalaman di pentas antarabangsa. Baginda adalah ahli jawatankuasa FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa), mewakili benua Asia. Pengiktirafan tersebut adalah berdasarkan berdasarkan kredibilitinya.

"Saya kekal dengan pandangan peribadi saya untuk menyokong Tengku Abdullah. Tidak mengapalah jika orang menganggap pendapat saya tak relevan atau sebaliknya," katanya ketika dihubungi semalam.

Sementara itu, Raja Ahmad turut menyatakan sokongan padu kepada calon-calon Timbalan Presiden FAM, Datuk Mokhtar Ahmad dan Datuk Seri Subahan Kamal yang dianggap sebagai calon pilihan untuk menduduki jawatan tersebut.

"Bukan perkara yang pelik jika ada dua Timbalan Presiden FAM daripada persatuan yang sama (Persatuan Bola Sepak Selangor). Kita menilai kredibiliti orang, bukan menilai dari mana persatuan itu datang.

"Jika orang baharu boleh buat kerja, mengapa tidak? Mokhtar asing dalam dunia bola sepak tempatan. Beliau memiliki pengalaman cukup luas.

"Saya percaya perwakilan akan membuat keputusan yang matang pada Kongres FAM ke-50 nanti," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved