Kosmo Online - Negara |
- Sultan Azlan Shah mangkat
- Komando mati kena tembakan
- Keputusan bantah nusyuz Sari Yanti September ini
Posted: Sultan Azlan Shah mangkatOleh SAHLIZAH MOHAMED
IPOH – Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, 86, mangkat pada pukul 1.30 petang semalam dan jenazah baginda akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas solat Asar hari ini. Jenazah Almarhum akan dibawa ke Balairong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar untuk penghormatan terakhir. Baginda yang memerintah Perak selama tiga dekad sejak ditabalkan pada 3 Februari 1984 mangkat di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Posted: Komando mati kena tembakanOleh MOHD. YUNUS YAKKUB ![]() ANGGOTA polis memeriksa lokasi kejadian seorang anggota tentera komando yang mati terkena tembakan rakan setugas di Lahad Datu, Sabah semalam. LAHAD DATU – Seorang anggota tentera komando terbunuh manakala dua orang awam cedera selepas terkena tembakan dipercayai dilepaskan rakan setugas ketika mereka cuba meleraikan satu pergaduhan di hadapan sebuah kedai serbaneka 24 jam di sini semalam. Dalam kejadian pada pukul 4.45 pagi itu, mangsa Lans Koperal Mohd. Fiffixezapey Mat Hussin, 28, yang berasal dari Pasir Puteh, Kelantan disahkan meninggal dunia di Hospital Lahad Datu akibat mengalami kecederaan pada dada kiri. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Keputusan bantah nusyuz Sari Yanti September ini Posted: Keputusan bantah nusyuz Sari Yanti September iniOleh WAZIHA WAHID SHAH ALAM – Mahkamah Rendah Syariah Petaling di sini semalam menetapkan 8 September depan untuk membuat keputusan berhubung bantahan awal pelakon Sari Yanti Mohamad Nazari berhubung bidang kuasa mahkamah itu mendengar kes nusyuz yang difailkan suaminya, Mohd. Edy Casmady pada Mac lalu. Nusyuz ialah wanita yang didakwa menderhaka kepada suami. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan